Khamis, 16 Februari 2012

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Detikdaily - Hikmah <b>di</b> sebalik rombakan portfolio <b>negeri Selangor</b>

Posted: 26 Jan 2012 06:41 PM PST

Oleh Penulis Khas

Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Abu Zar r.a.: "Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkhttp://4.bp.blogspot.com/-nkF1O9OV5pk/TxY6k9r87OI/AAAAAAAArZ4/q9bDbjn_iac/s1600/yunusjpg.jpgan jawatan ini adalah amanah, dan ianya adalah penyesalan di hari akhirat, melainkan kamu menerimanya di atas kelayakan kamu dan kamu menunaikan hak kepada yang berhak menerimanya (menunaikan amanahnya)..."

Ribut dalam cawan ekoran pemecatan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dari parti dan kerajaan negeri berakhir dengan perlantikan Ahli Dewan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN) yang baru.

Perlantikan Dr Ahmad diperkenankan Sultan Selangor dan majlis penyerahan watikah perlantikan berlangsung di di Bilik Singgahsana, Istana Kayangan, Shah Alam, 18 Januari lalu.

Perlantikan baru itu turut menyaksikan rombakan kecil dilakukan Menteri Besar dengan beliau mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Dr Ahmad Yunus pula diamanahkan portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan negeri.

Perubahan kecil ini bagaimanapun dijadikan modal parti pembangkang (Umno- BN) untuk mengeruhkan suasana. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Abdul Khalid yang didakwa kononnya cuba mengecilkan peranan PAS dalam kerajaan negeri.

Malah tindakan tidak melantik Pesuruhjaya PAS negeri sebagai Exco baru juga dijadikan modal untuk menyerang PAS oleh pemimpin-pemimpin Umno negeri yang kemaruk kuasa.

Mungkin kejahilan mereka terhadap konsep amanah dan kepimpinan menyebabkan Umno gagal memahami budaya politik PAS dan sikap pemimpin PAS terhadap kuasa dan amanah kepimpinan.

Bagi Umno, kuasa adalah segala-galanya dan amanah kepimpinan adalah peluang untuk mengumpul pengaruh, kedudukan dan harta. Bagi PAS, kuasa pemerintahan adalah amanah dan sesiapa juga yang dilantik perlu menjaga amanah kepimpinan tersebut.

Maka mereka terpinga-pinga apabila Pesuruhjaya PAS negeri menyatakan secara terbuka bahawa beliau tidak berharap untuk dilantik Exco apatah lagi jika ada yang lebih layak untuk mengisi jawatan itu.

Setelah gagal mengadu domba pemimpin PAS dalam isu perlantikan Exco, rombakan portfolio juga dijadikan isu. Kononnya hanya PAS yang layak memegang portfolio agama kerana berlatarbelakangkan agama bukannya Menteri Besar. Sedangkan mereka menyedari pengerusi majlis agama dan pengarah jabatan agama negeri sendiri bukan berpendidikan agama. Exco agama di era pemerintahan BN juga bukan berkelulusan agama malah Dr Hasan Ali yang pernah memegang jawatan tersebut sebelum ini juga, bukan berkelulusan agama.

Ketika menjelaskan hal rombakan itu, Menteri Besar menyebut bahawa ia dibuat berdasarkan pelbagai perkara, termasuk tempoh pilihan raya yang semakin hampir.

Adalah tidak adil bagi Dr Ahmad Yunus memegang portfolio agama sedangkan pilihan raya umum bakal berlangsung tidak lama lagi dan beliau perlu mengambil masa untuk memahami sistem pentadbiran agama negeri itu.

Adalah tidak praktikal bagi exco baru untuk bergelut memahami sistem daripada memberi fokus kepada aspek penyampaian.

Malah pengalaman tiga tahun pentadbiran Pakatan Rakyat menyaksikan bagaimana wujud anasir-anasir tertentu dalam pentadbiran majlis dan jabatan agama yang tidak mahu tunduk kepada dasar-dasar dan program kerajaan negeri.

Menteri Besar juga mahu hal ehwal majlis agama berada di bawah pengetahuan kerajaan negeri dan ini dimudahkan apabila setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang adalah ahli Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Beliau juga dapat mempengerusikan dan melihat perkemba ngan dan pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Kita juga yakin Menteri Besar dapat memberikan pandangannya terhadap hal ehwal Mais dan Jais kepada Sultan Selangor memandangkan beliau dijadual menghadap baginda pada setiap minggu bagi menyembah maklum perkembangan negeri.

Kekerapan bertemu baginda akan memudahkan Ketua Agama Islam Negeri itu diberi maklumat yang benar tentang perkembangan negeri termasuk hal ehwal Islam.

Mengulas isu yang sama, Ketua Penerangan PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan pemikiran Umno masih terikat pada kotak pemikiran lama. Bagi Umno, PAS hanya layak bercakap tentang soal agama. Sedangkan agama Islam sebenarnya mencakupi segenap bidang kehidupan.

Umno dan BN akan terus berusaha untuk memporak-perandakan pentadbiran negeri. Seperti kata Najib, Selangor akan dirampas semula dengan apa juga cara.

Bagaimanapun kita yakin dengan kebijaksanaan pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat negeri. Kerajaan rakyat, dari rakyat, untuk rakyat.-Editoral Harakah

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Tukar Tiub: MALAM INI SENI MELAWAN <b>DI</b> FELDA <b>SUNGAI TENGI</b>

Posted: 05 Dec 2011 03:26 AM PST

JEMPUTAN MALAM INI

tempat: dataran felda sungai tengi
isian: seni melawan
anjuran: seniman paksi
jamm : 8.00 - 12.00 malam

SENI MELAWAN DAN BERGUMPAL

KOMIDI TANPA HALANGAN

KOMIDI BERDIRI

12 januari 2012 khamis
black box- publica
solaris hartamas

ini komidi antarabangsa tanpa halangan:
joe christin
patrik teoh
jit murad
phoon chi ho
alfred lo
steve northcott
tukar tiub

tuan rumah: tan sri matthew sally
kerjasama dengan majalah times out

tiket boleh dibeli dipintu
atau sila hubungi majalah time out

www.timeoutkl.com
atau
www.eshop.mongooseasia.com

INI UNTUK YANG BELAJAR MATHS DAN SAINS DALAM BI

You've seen Time Out Comedy Thursday, now it's time to see the unacceptable underbelly of comedy in Kuala Lumpur. These are the acts that Time Out KL can't show at Comedy Thursday, the men who say what shouldn't be said. They are sick, they are twisted, and they are out for a night of laughs that will offend: social commentator and local icon Patrick Teoh, the outspoken Hishamuddin Rais, and the artist-cum-satirist Jit Murad.

If that's not enough, we've also got our Comedy Thursday favourites as you've never seen them before: Phoon Chi Ho, Alfred Loh, Joe Christin and Steve Northcott. Hosting the night is YBG Tan Sri Matthew Sally, who promises an evening that is not for the weak-willed or simple-minded. We are sick. We are twisted. But we're also mighty funny.

For tickets RSVP or purchase your ticket online.

Address: Black Box, MAP@Publika, Block A5 Solaris Dutamas 1, Jalan Dutamas 1, KL.
Website:http://eshop.mongooseasia.com
From: Jan 12, 2012 To: Jan 12, 2012
Time: 8pm
Price: RM25, RM15 with Comedy365 pass until Jan 5.
Advance booking: No

NOTA:
mari sama sama ketawa
kerana ketawa masih lagi percuma
dan belum dicukai oleh rosmah mansor!

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


PILIHANRAYA KINI: Ceramah HAsan Ali <b>di Bangi</b>

Posted: 02 Feb 2012 06:56 PM PST

Friday, February 3, 2012

Ceramah HAsan Ali di Bangi

12 di paya jaras - Google Blog Search

12 di paya jaras - Google Blog Search


FULL VIDEO : Bicara Memurnikan Aqidah <b>di Paya, Jaras</b>, Petaling <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2012 11:30 AM PST

Roadshow YB Dato' Dr. Hassan Ali masih berterusan menyerang Selangor. Terkini Roadshow Bicara Memurnikan Aqidah bersama YB Dato' Dr. Hassan Ali telah diadakan di Lot 3140, Jalan Tempayan Emas 3, Kpg Paya Jaras Dalam, 47000 Sungai Buloh, Petaling Jaya. Kehadiran menjangkau hampir 1500 orang memenuhi setiap inci ruang yang ada. Ada dikalangan penonton yang menyorok (mungkin ahli PAS & PKR) di dalam semak seakan takut kelibatnya dilihat.
Kupasan ahli panel yang terlibat iaitu Ustaz Norman Toha, Saudara Azizan Abdul Majid serta YB Dato' Dr. Hassan Ali sendiri yang diselang-selikan dengan gurauan menambahkan kecerian majlis ini. Tidak dapat dinafikan sambutan daripada penduduk Paya Jaras ini begitu memberangsangkan. Dengan khemah yang besar serta kawasan yang agak lapang amat menyelesakan pendengar-pendengar. Tahniah penduduk Paya Jaras.



12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


Going Places : Restoran Bagan Lalang Seaview, Bagan Lalang <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2012 02:51 AM PST

 
Pada cuti CNY yang lepas, kami telahpun bersantai2 di Bagan Lalang.... Apa yang bestnyer Bagan Lalang ni?....huhuhu.....kalau sebut Bagan Lalang mestilah terbayang nak makan ikan bakar, makan seafood.....

Bagan Lalang ni adalah tempat perkhelahan yang sesuai untuk keluarga. Pantai Bagan Lalang ni sentiasa penuh dengan pengunjung....sambil2 mandi manda di pantai...bolehlah menjamu selera...
Pantai Bagan Lalang ni berhampiran dengan Sungai Pelek yang terletak di daerah Sepang iaitu kira2 60km daripada KL. Apa yang menarik di Bagan Lalang ini ialah di mana terletaknya Sepang Gold Coast yang merupakan projek penginapan mewah yang dibina di atas permukaan air pertama di Asia.

Okay....Bagan Lalang juga terkenal dengan seafood restaurant.....memang banyak sangat..pilih jer salah satu nak makan kat mana...tapi kalau time public holiday...korang dinasihatkan book dulu....kalau tidak jadilah macam kami yang datang konon2 walk in jer.......rupa2nya time public holiday memang ramai giler orang yang datang....akhirnya, selepas penat mencari, dapat jugak tempat duduk kat Restoran Bagan Lalang Seaview.

Kat sini, korang boleh pilih sendiri ikan segar, udang, sotong, lala, pepahat, kerang dan lain-lain. Nak masak apa terpulang..ikut selera masing2.....ramai punyer pasal, 2 jam baru dapat makan...huhuhu.....

Sebenarnya ada banyak lagi makanan yg kami makan tapi tak sempat nak amik gambar sebab dah lapar sangat kan..lagipun lauk yg  di order sampai asing2...so bedal dululah mana yang sampai dulu....huhuhuhu...anyway...memang sedap2... terutamanya pepahat masam manis...fuuhh......mmg sedap sgt2....rasa nak datang lagi jer.....

Sila copy artikel ini, untuk mendapat backlink ke blog ini


12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


Terkini: Kepala Babi dalam Masjid <b>di Rawang</b>. DAP ambil kisah <b>...</b>

Posted: 30 Jan 2012 09:58 PM PST

Lagi ada pihak yang mahu bermain api apabila KEPALA BABI dijumpai DALAM MASJID di Rawang.

Menurut sumber berita Mkini, nampaknya ADUN dan PEMIMPIN DAP & PKR benar-benar serius mengutuk kejadian ini. Macam tidak percaya Ronnie Liu yang juga Exco Kerajaan Negeri sendiri turun padang !!!

Mana pemimpin PAS ? Mana Khalid ? Kalau gereja kene, dia paling laju bertindak, tapi bila Masjid ada kepala babi, dia paling lembab !!! Haaak Tuihhh !!! Masih tido dan lembab ? Atau PAS dah benar-benar menjadi Parti Adat & Sukan?

Saya secara peribadi kagum dengan YB Gan dan YB Ronnie Liu yang nampaknya prihatin dan sensitif dalam hal ini.

Adakah 'DAP GANTI PAS' jadi kenyataan?

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Pemandu lori ditemui mati ditikam <b>di Petaling Jaya</b> | Al-Ziyad News

Posted: 15 Feb 2012 06:50 PM PST

PETALING JAYA: Seorang pemandu lori ditemui mati dengan satu tikaman di sebuah rumah pangsa di PJS 1/52, di sini, pada jam 3 pagi tadi.

Pemandu lori ditemui mati ditikam <b>di Petaling Jaya</b> | Sharing ur Life

Posted: 15 Feb 2012 06:50 PM PST

PETALING JAYA: Seorang pemandu lori ditemui mati dengan satu tikaman di sebuah rumah pangsa di PJS 1/52, di sini, pada jam 3 pagi tadi.

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


Dr Shafie Abu Bakar: Ke <b>Sijangkang</b> Menjejaki Ulama Silam

Posted: 15 Feb 2012 04:24 PM PST

Sijangkang, Kuala Langat, 18 Rabiul Awal 1433 = 11 Februari (Sabtu):

Selepas sembahyang Asar bersama jamaah di sebuah masjid selepas Kuala Langat, akhirnya kami sampai di Sijangkang, kawasan Dewan Negeri Y.B. Dr. Ahmad Yunus Khairi Exco Adat Melayu Selangor, Belia dan Sukan. Adun ke sini bersama saudara Azizi bertujuan untuk menjejaki ulama` silam bagi mendapat maklumat dalam rangka memprojekkan Selangor sebagai Hub Ilmu sebagai pendekatan bahkan priority yang akan ditekankan dalam PADAT. Maklumat awal Adun dapati dari Kertas Prosiding Seminar Tokoh Ulama Selangor 2008. Sehari sebelum datang ke sini Adun menghubungi Y.B. Dr. Ahmad Yunus, walau bagaimana pada masa ketibaan kami Y.B. Dr. Ahmad Yunus tiada di kawasan, kerana beliau mempunyai urusan luar, namun beliau menghubungi beberapa orang pembantunya untuk memberi bantuan kepada kami.

Ketibaan kami terus masuk ke kawasan sebuah surau sebagaimana diberitahu orang, kami tanya di sebuah kedai. Surau dimaksudkan ialah surau bagi Pondok Hj. Husin bin Abbas, iaitu bekas Pondok yang terletak di Batu Satu, Sijangkang. Kami bertemu dengan En. Mohd. Ridhuan menantu kepada Hj. Husin yang mempunyai 8 orang anak. Menurut En. Mohd. Ridhuan, ``Surau yang ada adalah bekas Pengajian Pondok Haji Husin. Pada masa piuncak kemajuan pondok ini, ramai pelajar-pelajar yang datang belajar di sini. Terdapat berpuluh-puluh pondok mengelilingi surau yang menjadi pusat pengajian. Termasuk golongan warga emas yang datang di sini memondok untuk belajar, jumlahnya mencapai ratusan orang, termasuk ibu-ibu tua yang datang tinggal dan belajar di sini.

Tetapi menurut Hj. Mohd. Ridhuan, oleh kerana perubahan masa dan belajar di sini tidak diiktiraf secara pengeluaran sijil dan sukar mendapat pekerjaan, sebab itu pengajian merosot, akhirnya pelajar-pelajar perempuan yang tinggal dipondok tidak dibenar tinggal di pondok, mereka datang belajar dihantar oleh anak-anak. Akhirnya pada tahun 1979 pengajian di sini berakhir. Di atas tapak-tapak pondok terdiri rumah-rumah kediaman anak menantu keluarga Tuan Haji Husin dan surau hanya digunakan sebagai tempat solat berjamaah penduduk setempat, khususnya bagi keluarga Haji Husin di sini. Menurut Tuan Haji Ridhuan bekas pekerja perkapalan itu, ``Terdapat tinggalan kitab-kitab yang digunakan dalam pengajaran di Pondok di sini. Kata Haji Ridhuan, ``Terdapat ramai keluaran Pondok Haji Husin seperti Kiyai Ehsan, Ustaz Mohd Mahrol dan ramai lagi.`

Dalam masa kami bercakap dengan En. Mohd. Ridhuan, beberapa orang kuat Y.B. Dr. Ahmad Yunus datang menemui Adun untuk membawa ke sebuah pondok lagi, iaitu Pondok Haji Ali Qaribun, adik beradik bagi Haji Abbas bapa kepada Haji Husin Guru Pondok di atas. Haji Ali belajar di Jawa, Indonesia sekitar 1868-1878 dan juga di Makkah sekitar 1880an berpuluh tahun di sana. Pondok Haji Ali ini adalah lebih tua dari Pondok Haji Husin. Letaknya lebih kurang 5km. masuk ke dalam. Kami ditunjukkan tapak pondok. Kiyai Haji Ali dijangka menetap dan mengajar di Sijangkang selepas di Singapura dan Johor sekitar 1335H/1917M. Beliau bersama penduduk setempat mendirikan masjid bagi pusat pengajaran. Masjid itu dikenali dengan Masjid Kiai Haji Muhammad Ali Umar Sijangkang. Masjid lama ini kemudian diroboh dan didirikan dengan bangunan kini yang dikenali dengan Masjid Kiai Haji Muhammad Ali yang dirasmikan oleh Sultan Hishamuddin pada tahun 1921. Masjid ini sekali lagi dibina baru pada tahun 1995 dengan nama Masjid Al-Ihsaniyah.

Menurut En. Mahror Setiausaha Masjid Jami` Al-Ihsaniyah yang bersama kami, pengajian pondok di sini pernah mencapai 200 orang, termasuk pelajar warga emas perempuan. Bekas-bekas pelajar di sini adalah datangnya dari Johor, Perak, Melaka, Kelantan dan dari Selangor seperti dari Kelang, Sabak Bernam dan Sungai Air Tawar.

Kitab-kitab yang digunakan oleh Tuan Guru Haji Ali antaranya Safinatun-Naja, Fathul Mu`in, Matan Al-Jurumiyah, Ihya` Ulum ad-Din, Khazinah al-Asrar, Tafsir al-Munir dan Tafsir Al-Jalalayn. Antara murid-murid Haji Muhammad Ali yang terkenal ialah Kiai Basri Sijangkang, Kiai Yunus dan Kiai Parjo. Kiai Haji Ali berkhidmat di Selangor 40 tahun dan berumur lanjut. Beliau meninggal pada hari Jumaat 28 Januari 1955 bersamaan 05 Jamadil Akhir 1374H. Makam Haji Ali disemadikan berhampiran masjid di sini. Turut sama dikebumikan di sini ialah isterinya. Semua pondok di sini sudah tiada. Kami ditunjukkan makam Tuan Haji Ali dan isterinya. Satu kesan yang masih ditinggalkan dari zaman pondok ialah `Perigi` yang dilarang ditimbus. Sebab itu perigi ini masih kekal dipeliharakan.

Sekian.

ads