Rabu, 7 Mac 2012

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


This Is Our Story: Mencari Hadiah <b>Di</b> Jusco <b>Bukit Raja</b>

Posted: 31 Oct 2011 02:28 AM PDT

selepas hantar shumie ke rumahnya
sayang tanya nak pergi Jusco Bukit Raja atau Jusco Bukit Tinggi
terus aku cakap Jusco Bukit Raja
sebab aku suka ke sana berbanding Jusco Bukit Tinggi
tujuan utama kami ke sana sebab nak belikan hadiah hari jadi umairah


umairah bermain sekejap kuda berpusing dan melihat kolam deepavali

umairah siap tanya macam rumah auntie tu kan

nak sebab rumah kak viji dia tak pandai sebut sebab tu la dia cuma cakap rumah auntie
sampai di kawasan permainan

berpusing-pusing jugak umairah nak pilih apa

sebenarnya kami nak belikan kabinet dapur mainan untuk umairah

tapi bila aku tujukkan mainan tersebut

umairah taknak, terus dia tunjukkan nak set rumah

siap cakap macam kawan dia emmmm apa orang lain ada dia pun nak jugak


jadi bila umairah sudah buat pilihan, kami ikutkan sahaja
sambil pusing-pusing untuk cari mainan untuk umar
umairah tak bagi aku bawakkan kotak mainan tersebut
umairah sendiri yang nak bawak
xcited sungguh dengan mainan barunya itu

bila tengok umar taknak duduk diam bila di dukung oleh babahnya

terus masukkan ke dalam troley dan singgah ke mc'd

beli set nugget dan bagi budak berdua tu makan french fries

terus senyap bila ada makanan di tangan

umairah tertarik dengan patung rabbit nie

sebab minta aku snapkakn gambar dia dengan rabbit nie eheh

sambil menunggu sayang bayar parking kereta

panjang gak Q untuk membayar parking kereta

layan snap gambar anak aku berdua nie

masing-masing senyap dengan ada makanan di tangan

selesai urusan di Jusco terus balik ke Sijangkang

tapi bila sampai di Sijangkang tak terus balik jugak

sebab singgah sekejap di rumah kawan sayang

sebab membernya ada buat majlis aqiqah untuk anak perempuannya

dan kebetulan nama anak perempuan member sayang memang sama

nama dengan anak aku umairah zahrah hehehehehhe

sampai rumah memang penat gila..dari pagi non-stop berjalan

umar malam memang tidor cepat sebab kepenatan sangat

sayang plak tengok games bola = terengganu lwn n9

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


Ceramah <b>Dato</b> Seri Anwar Ibrahim <b>Di Telok</b> Bakong. | <b>Telok</b> Bakong <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2012 01:52 PM PST

Kehadiran Dato Seri Anwar Ibrahim sesungguhnya telah memberi suatu impak yang besar kepada perjuangan Pakatan Rakyat di Perak Tengah. Ianya adalah pemangkin berbisa yang memberi tamparan kepada kedudukan Barisan Nasional. Kira kira 3000 orang penyokong telah berpusu- pusu memenuhi perkarangan Pekan Telok Bakong untuk mendengar sendiri pesanan dan amanat dari Penasihat Parti Keadilan Rakyat tersebut.Didalam kesesakan ini, juga turut hadir ialah ahli ahli Umno yang juga turut bersimpati kepada DSAI dan muak dengan taktik Umno untuk memenangi hati rakyat. Mereka mereka ini hanya menunggu masa dan ketika untuk berhijrah menyertai Pakatan Rakyat.
Dalam ucapannya yang dijalankan dengan gaya bebas, DSAI menyelar media massa yang tidak putus putus memfitnah beliau dengan pelbagai kaedah.Isu terkini yang dimainkan oleh media massa yang menuduh DSAI pro zionis adalah merupakan langkah terdesak Umno untuk memburukkan imej beliau dimata rakyat.Beliau menasihatkan Umno agar memeriksa perlakuan pemimpin nya sendiri terutama mantan Presiden nya sendiri yang berjumpa dan menulis surat kepada pemimpin Israel.Bagaimanakah hubungan dagang antara Malaysia dan Israel boleh berlaku.Diberitakan Malaysia adalah rakan dagang ke 15 terbesar Israel.Antara komoditi yang terlibat adalah minyak sawit.
Beliau menyeru kepada kaum muda supaya sedia berkorban untuk membela kebenaran demi menjamin keadilan untuk rakyat.Beliau meminta pemuda dan pemudi untuk mencontohi perjuangan yang dilakukan oleh pemuda al-kahfi yang berjuang menentang kerajaan yang zalim sehingga memaksa mereka bersembunyi didalam gua bersama seekor anjing.

Beliau juga meminta rakyat membuat pilihan yang betul semasa PRU 13 kerana ianya adalah masa yang sesuai untuk menyelamatkan Malaysia dari tangan kerajaan yang korap dan kronisma.Dasar Gaji minima yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat tidak akan mengbangkapkan Negara seperti mana yang diwarwarkan oleh Dr Mahathir, tetapi sebaliknya penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan kroni yang akan memalapkan ekonomi Negara.Ini boleh dilihat dengan penglibatan anaknya dalam Kenchana Petroleum dan pembelian syarikat arak San Miguel.


Penganjuran upacara seperti ini sebenarnya memainkan peranan dalam pengukuhan Pakatan Rakyat di Telok Bakong.Para ahli dari kedua dua parti PKR dan PAS telah bersungguh sungguh mengembeleng tenaga untuk menjayakan nya.Sebenarnya untuk menganjurkan suatu majlis besar seperti ini adalah sukar untuk dilakukan terutama dari segi penyediaan tapak.Pakatan Rakyat tidak dibenar untuk mengunakan stadium,dewan dan lain lain kemudahan memaksa ianya diadakan di lokasi yang sempit.Dataran yang besebelahan Masjid tidak dapat digunakan kerana ianya telah dijual kepada UMNO cawangan Telok Bakong untuk mereka mendirikan Bilik Gerakan Umno 1Malaysia. Maka terpaksalah pihak Pakatan membersihkan kawasan Pekan lama sebagai tapak untuk ruang perniagaan.


Dari segi keselamatan,ianya amat dititikberatkan,ini adalah kerana diakhir akhir ini banyak kejadian samseng dimajlis yang dihadiri oleh DSAI. Disamping pengawal keselamatan peribadi DSAI,pihak penganjur juga mengambil langkah langkah keselamatan sendiri dengan menyediakan pasukan keselamatan khas untuk membendung sebarang  provokasi dari pihak lawan yang nampaknya sudah begitu terdesak dewasa ini. Namun sekiranya ada samseng samseng yang cuba menganggu majlis ini, penduduk Telok Bakong akan mengambil tindakan keatas samseng tersebut kerana penduduk beranggapan DSAI adalah khazanah Negara yang mesti dipertahankan sebaik baiknya.

Diharapkan pihak Pakatan Rakyat akan berterusan menganjurkan majlis majlis seperti ini dimasa akan datang dengan lebih konsisten. Aktiviti-aktiviti mestilah dipelbagaikan untuk menarik semua golongan.Sewajarnya golongan muda digerakkan semaksimum yang mungkin kerana mereka ini aktif dan berkemampuan untuk mempengaruhi golongan tua yang selama ini merupakan faktor penghalang kepada kemenangan Pakatan Rakyat di sini.Kepada mereka mereka yang masih berpayong kepada UMNO,disini pihak Telok Bakong Online menyeru kepada kesemua mereka untuk melakukan penghijrahan daripada yang bathil kepada jalan kebenaran dengan menyertai Parti dibawah Pakatan Rakyat.Sedarlah bahawa hayat Umno… kin lama kin nazak..kin lama kin nazak..

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Lagi pasal jelajah Hassan Ali <b>di Ampang</b>.. ~ aku peduli apa @ APA

Posted: 05 Feb 2012 11:31 AM PST

Cantiikkk...atas scallop Umno
.....pentas lak warna PKR?

Saperti yang aku janjikan,aku ulas sedikit tentang ceramah Hassan Ali yang berlangsung di Ampang malam tadi.Aku pada mulanya memang tak mahu turun membuang masa mendengar ceramah bekas motivator dan Pesuruhjaya Pas Selangor ini,tapi atas desakan beberapa sahabat AJK Bahagian aku turun lah juga.Semua pun tahu aku ini skeptikal sikit dengan karektor Hassan Ali dan pernah aku sarankan dia jual KISMIS JAMPI dari membuang masa menjelajah negara menerangkan sebab dia DITENDANG keluar Pas dan perjuangan IMR (Islam Melayu Raja) yang baru diilhamkan nya itu.

Memang sejak dipecat dari Pas aku tak pernah menulis atau membaca artikel tentang Hassan Ali ini malahan video video siri jelajah dia setakat hari ini yang banyak dipromo sahabat sahabat bloggers pun tak pernah aku tonton lagi.Hanya sekadar tertonton bila menonton Buletin Utama TV3 setiap hari,itupun klip klip pendek yang disunting TV3 untuk tujuan propa,jadi tak adalah aku ambil serious sangat apa yang dilalakan Hassan Ali hampir setiap hari.

Jadi misi aku turun ke Ampang Indah malam tadi adalah untuk mengikuti sendiri secara LIVE apa yang akan diperkatakan Hassan Ali yang aku rasa tidak akan banyak berbeza dengan apa yang telah dia perkatakan sebelum ini dalam siri jelajah nya.Aku berharap aku SILAP dalam membuat andaian aku terhadap dia sebelum ini dan mungkin malam ini akan mengubah PERSEPSI aku tentang susuk tubuh yang bernama HASSAN ALI.

Tapi setelah mengikuti ceramah penerangan/penjelasan Hassan Ali malam tadi,aku tambah menyampah dengan manusia bongkak dan hipokrit ini.Tiada apa yang diperjuangkan oleh Hassan Ali kecuali KEPENTINGAN DIRI dia sendiri dengan menjaja keburukan Pas yang dianuti dan didakapi nya selama bertahun tahun.Persetan lah dengan alasan PERJUANGAN DEMI MENEGAKAN AGAMA TOK NENEK yang konon nya menjadi sebab mengapa dia DISINGKIR Pas!Semua nya sembang kosong dan terlalu plastik pada aku.

Dato Mail Kijo dan Hj Aziz Derus cuma duk dalam gelap je..?

Hassan Ali tidak lebih dari PEMECAH MELAYU dengan agenda KUASA KETIGA dan NGO JATI yang bakal dia lancarkan pada 21 Feb ini.Tidak kah secara terang terangan Hasan Ali berniat memecahkan kesatuan orang Melayu kepada kumpulan baru yang akan bernaung dibawah NGO JATI?Tidak cukupkah perpecahan sebelum ini yang melibatkan Perkasa dan lain lain NGO?

Nampaknya UMNO masih buta dengan menyediakan platform untuk PENJUAL KISMIS JAMPI ini menjual temberang nya.Meskipun Ketua Bahagian dan Timbalan nya tidak duduk dalam kemah dan memilih untuk duduk dalam samar samar cahaya belakang kemah utama,tapi kehadhiran ramai AJK Umno Bahagian Ampang memperlihatkan program malam ini di Ampang adalah dengan kerjasama Umno Bahagian.Tenguk saja kain scallop merah putih orang dah tahu anjuran siapa program ini.

Tak tahulah aku apa MILEAGE yang Umno akan perolehi dengan MENGUSUNG Hassan Ali kesana kemari memberi ceramah?Apa yang aku nampak Hassan Ali hanya berminat menarik penyokong nya didalam Pas untuk menyertai JATI yang mungkin akan digunakan nya sebagai PLATFORM untuk dia bertanding sebagai Calun Bebas di PRU13.Program malam tadi tak ubah macam sessi motivasi yang diberi percuma ditengah padang dan tidak dikenakan bayaran saperti lazimnya.Hasan Ali saperti ramai pemimpin Pas tidak lebih dari SAUDAGAR AGAMA!Jadi persoalan nya...

APAKE JADAH YANG UMNO TERHEGEH HEGEH PROMO HASSAN ALI INI..???

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


。‿。 Cik Jannah 。‿。: Teaser photoshoot <b>di Tanjung Karang</b> Selangor

Posted: 05 Mar 2012 04:34 AM PST

Weekend lepas Jannah ke Tanjung Karang Selangor attend wedding my BFF masa zaman Universiti dulu. Jauh betol rasanya tanjung karang tu, sampai lenguh montot jannah. HAHA. Tapi kepenatan tu berbaloi bila sampai di kampung pengantin. MasyaAllah indah permai mata memandang. Jannah rasa macam berada di kedah tempat jannah belajar 4-5 tahun yang lepas. Terubat juga rindu bila tengok sawah padi di tanjung karang.

Serius pemandangan sawah padi kat kampung kawan jannah nie memukau mata memandang. Sampaikan jannah rasa bila kawen nanti nak photoshoot kat sini. See how much i love the scenery? Rasa macam beruntung gila pengantin area tanjung karang nie sebab ada tempat yang cantek untuk buat photoshoot. jealous gila hokey!
Ada banyak lagi gambar kami beraksi kat sawah padi nie. Tapi later jannah upload. Gambar kawen kawan jannah si sumata tu pon belum transfer lagi sebab member adik jannah pinjam kamera so kena tunggu dia pulangkan kamera baru dapat upload gambar-gambar pengantin. Tak sabar rasanya! :)

Seronok kan? Tengok gambar jer dah rasa seronok apatahlagi kami yang ke sana dan lebih-lebih seronok adalah orang-orang yang duduk tanjung karang tu sendiri. Sejuk mata memandang tengok pemandangan depan mata hari-hari. Tambah ada sungai yang boleh berkubang. Kalau tahu ada tempat yang best macam nie, confirm jannah bawak baju mandi. HAHA. Tak apalah next time insyallah jannah datang lagi attend majlis kawan jannah si dora pulak. Itu pon kalau dia jempot. hehe :)

❤Thanks for reading guys!❤


12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


Kampung <b>Jenjarom</b> Ada Rumah Kaca?

Posted: 16 Jan 2012 03:13 AM PST

BENTONG – Penduduk kampung di Jenjarom terharu apabila ketua kampung mereka, Tan Cheng Hin sudi melaburkan sejumlah wang dan hartanya untuk merealisasikan impian membina sebuah rumah kaca seperti dalam cerita dogeng di kampung itu.

Untuk struktur pembinaan rumah-rumah yang biasa, bata dan simen menjadi bahan utama yang digunakan oleh pembina rumah, tetapi bagi Cheng Hin, dia 'berani' untuk menggunakan kaca sebagai bahan utama.

Sewaktu memikirkan ilham untuk merealisasikan rumah 'dongeng' tersebut, Cheng Hin sudah pun mempunyai idea dan konsep yang tersendiri .

Menurut laporan yang dipetik dari The Star, Cheng Hin telah membelanjakan hampir setengah juta untuk membaik pulih rumah itu yang terletak di lot akhir kawasan perumahan termasuklah membaiki pagar, siling rumah, dinding, bilik tidur dan kabinet dapur.

Apa yang lebih menarik, Cheng Hin juga turut membina gelanggang skuasy di tingkat atas yang diperbuat daripada kaca yang permukaanya lebih keras.

"Ia sentiasa menjadi impian saya untuk tinggal di rumah seperti ini.

"Malah, saya telah menghadiri pelbagai pameran di China tentang cara untuk menggunakan kaca sebagai bahan binaan, "kata Cheng Hin.

Untuk menjamin keselamatan sewaktu tinggal di rumah 'dongeng' itu nanti, Cheng Hin mendakwa kaca yang digunakan telah disalut dengan cecair Nano terlebih dahulu supaya rumahnya tahan dengan haba yang tinggi termasuklah cuaca yang panas.

"Kaca adalah bahan yang menarik, dan sekeping kaca boleh dijadikan bahan binaan yang berwarna-warni dan berseni.

"Tetapi anda perlukan kreativiti untuk mencapai matlamat itu," katanya.

Cheng Hin yang mempunyai bisnes sendiri iaitu kilang yang mengeluarkan karya seni halus dari kaca berkata, dia telah melantik seorang pakar kaca dari China untuk memberikan sentuhan terakhir ke atas rumah 'dongengnya'.

"Saya fikir saya boleh melakukan kerja pembinaan ini sendiri tetapi proses itu menjadi semakin sukar," katanya.

Di dalam rumah itu, terdapat juga kira-kira 40 arca kaca dan lukisan, termasuk lukisan yang saiz luasnya 2.8m.

"Ini lukisan yang besar dan dikenali sebagai Sungai dan Gunung Gemilang dan kos pembuatannya hampir mencecah RM20, 000," Cheng Hin menambah.

Mengenai langkah-langkah keselamatan pula, rumah terbabit tidak mempunyai apa-apa gril atau pagar kecuali memasang gril di pintu masuk bahagian dapur.

Selain itu, dia juga turut memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan sistem penggera untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


Taiping Mali: Lokasi pembunuhan kejam <b>di Morib</b> semakin hilang <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2012 04:00 PM PST

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


TR. Salin, Ketua Kampung baru <b>Sungai</b> selulit, Bakong. | Chris Blog <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2012 06:19 PM PST

Sg. Selulit Bakong –Penduduk dari kampung Sungai Selulit, Sebatang (dalam daerah Bakong) telah mengadakan mesyuarat khas bagi memilih jawatan ketua kampung (Tuai Rumah) bagi menggantikan Bekas Tuai Rumah sebelum ini iaitu Encik Ela anak Bong yang telah dinaikkan pangkat menjadi Penghulu daerah Bakong sebelum ini.

Menurut sejarah, Pada tahun 1971, semua rumah panjang di kawasan Sebatang telah bergabung membentuk satu rumah panjang yang terdiri daripada lebih kurang 60 pintu. Ketua kampung pada masa itu adalah Tuai Rumah Pagon. Walau bagaimanapun, rumah panjang tersebut hanya bertahan selama lebih kurang 15 tahun sahaja.

Akhirnya, pada tahun 1987 sebahagian penduduk telah berpindah ke rumah panjang yang ada seperti pada hari ini yang dinamakan Sungai Selulit sempena nama sungai di belakang rumah panjang ini iaitu Sungai Selulit. Ketua kampung yang pertama di rumah panjang ini adalah TR Eding anak Ngah. Pada tahun 1992, TR Eding telah diganti oleh adik beliau iaitu TR Ela anak Bong.

Pada malam 3.3.2012 yang lalu penduduk kampung berkenaan sekali lagi membuat pemilihan Ketua kampung yang baru. Mesyuarat yang dihadiri oleh seluruh penduduk kampung berkenaan telah sebulat suara melantik Encik Salin Anak Abong menjadi ketua kampung baru mereka.

Sebelum ini Encik Salin menyandang jawatan sebagai Ketua Setiausaha untuk AJKKK kampung tersebut dibawah pentadbiran 2 Tuai Rumah sebelum ini.

tandatangan

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Geng pecah rumah <b>di Kajang</b> tumpas | Info Gallery

Posted: 06 Mar 2012 05:00 PM PST



KAJANG — Geng pecah rumah di sekitar daerah ini, yang aktif sejak awal tahun, tumpas apabila polis menahan tiga anggotanya selepas mereka memecah masuk rumah pembantu khas anggota Dewan Undangan Negeri Balakong Yap Lum Chin di Taman Mahkota Cheras, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek yang berusia lingkungan 23 dan 30 tahun, diberkas pada hari sama selepas memecah masuk rumah serta melarikan kereta pembantu khas itu pada kira-kira 7 pagi.

Suspek pertama ditangkap di Dataran Cheras empat jam selepas itu dan polis menemui sebuah kereta lain yang dipercayai dicuri di Seri Kembangan awal tahun ini.

Suspek kedua pula ditahan di sebuah rumah di Balakong dan polis turut merampas sebuah kereta yang dilaporkan dicuri dari sebuah rumah di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi pada 1 Mac lepas, selain beberapa unit TV LCD, barangan elektrik dan kelengkapan memecah rumah.

Suspek ketiga ditangkap di sebuah hotel di Cheras dan polis menemui kereta milik pembantu khas Yap.

Semua barangan yang dirampas ketika semua suspek ditahan dianggarkan bernilai RM350,000.

Pada sidang akhbar hari ini, Abdul Rashid berkata, modus operandi kumpulan itu ialah mereka melakukan kegiatan pecah rumah pada waktu pagi bagi memastikan semua penghuni keluar bekerja

kredit : kosmo.com.my

Info Gallery - Lega sedikit apabila mendengar berita penangkapan geng ini

Geng pecah rumah <b>di Kajang</b> tumpas | Berita Harian

Posted: 06 Mar 2012 04:25 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Geng pecah rumah di Kajang tumpas 06/03/2012 5:24pm KAJANG — Geng pecah rumah di sekitar daerah ini, yang aktif sejak awal tahun, tumpas apabila polis menahan tiga anggotanya selepas mereka memecah masuk ...

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


KEHADIRAN NAJIB <b>DI BATU CAVES</b> : PARA MUFTI PERLU <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2012 09:01 PM PST

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana berani menyatakan kebenaran dengan membantah kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Batu Caves sempena perayaan Thaipusam pada hari Selasa. Dalam satu kenyataan, beliau melahirkan rasa terkilan kerana Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup 'menggadai akidah' apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena perayaan Thaipusam di Batu Caves.

DPPM melihat keberanian inilah yang perlu ditunjukkan oleh para Mufti di negara ini apabil melihat kemungkaran berlaku di depan mata tanpa mengira siapa pun pelakunya. Soal aqidah umat mesti menjadi keutamaan dan para ulama' tidak harus berdiam diri apabila melihat aqidah umat rapuh atau runtuh.

Kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak di Batu Caves sempena perayaan Thaipusam sememangnya mengundang kegelisahan umat Islam di negara ini. Meskipun Datuk Seri Najib hadir atas kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ingin mengucapkan selamat menyambut perayaan kepada penganut agama Hindu, disisi Islam perbuatan tersebut tidak wajar dilakukan. Walaupun agama Islam tidak pernah melarang penganut agama lain merayakan perayaan masing-masing, namun Islam tetap mengharamkan umatnya menyambut perayaan agama lain kerana ia boleh menjejaskan aqidah umat Islam. Kehadiran Datuk Seri Najib dikhuatiri akan merosakkan aqidah beliau dan umat Islam yang lain memandangkan beliau adalah Perdana Menteri di negara ini, dan tindakan beliau pasti akan diikuti oleh rakyat jelata. Perdana Menteri tidak perlu hadir ke Batu Caves hanya untuk mengucapkan selamat menyambut perayaan atau menyerahkan kepada pemimpin MIC untuk mengucapkan selamat menyambutnya.

Tindakan Perdana Menteri itu menunjukkan beliau amat kemaruk untuk mendapatkan pengaruh dan populariti bagi mengekalkan kuasa beliau sehingga sanggup melanggar syariat dan aqidah. DPPM hairan mengapa penasihat agama beliau termasuk Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir tidak tampil lebih awal memberikan nasihat supaya beliau tidak hadir ke Batu Caves bagi mengelakkan kritikan rakyat.

Oleh itu, DPPM meminta lebih ramai para mufti, para ulama' dan agamawan di negara ini bersuara bagi menyatakan kebenaran di sebalik isu ini. Bagi DPPM, apa juga pandangan ulama' perlu diambil kira biarpun hasilnya pahit untuk ditelan. Demi aqidah umat, tiada siapa harus berdiam diri atau menyembunyikan kebenaran!

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Pemandu lori ditemui mati ditikam <b>di Petaling Jaya</b> | Sharing ur Life

Posted: 15 Feb 2012 06:50 PM PST

PETALING JAYA: Seorang pemandu lori ditemui mati dengan satu tikaman di sebuah rumah pangsa di PJS 1/52, di sini, pada jam 3 pagi tadi.

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Future Music Festival Asia <b>di Sepang</b> 17 March 2012 | Syahrul

Posted: 02 Mar 2012 09:24 PM PST


Future Music Festival Asia
Where : Sepang International Circuit ( Malaysia F1 Circuit)
Admission : Super early bird RM98, Early bird RM138, Pre-sale RM158

Buy tickets now, available online at airasiaredtix.com or visit the outlets below :

Rock Corner outlets -
The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 – 2283 4893)
Mid Valley (TEL: 03 – 2284 1423)
KLCC (TEL: 03 – 2161 9417)
Subang Parade (TEL: 03 – 5636 9520)
The Curve (TEL: 03 – 7729 6313)
One Utama (TEL: 03 – 7725 5667)
3.Victoria Music outlets -
Sg Wang(TEL: 03 – 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 – 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 – 7722 2955)
BSC (TEL: 03 – 2093 1093)

FMFA lineup:

International
Flo Rida, The Chemical Brothers (DJ Set), Tinie Tempah, Chase & Status, The Wombats, Pendulum (DJ Set), Grandmaster Flash, Sneaky Sound System, Cosmic Gate, Eddie Halliwell, John OO Flemming, Zane Lowe, Alex Metric, Azari & III, The Potbelleez, Kid Sister, Holy Ghost! Super 8 & Tab, The Stafford Brothers, Andy Murphy.

Regional
Shinichi Osawa (JPN), Jalebee Cartel (IN), Nikhil Chinapa (IN), Pearl (IN), Pet Conspiracy (CN), Electrico (SG), Inquisitive (SG), Agrikulture (ID), Knatz (TH), Sandwich (PHI), Good Night Electric (ID), Project E.A.R (SEA).

Local (MALAYSIA)
Kyoto Protocol, Goldfish + Blink, Twilight Actiongirl, They Will Kill Us All, Mini Compo, Enterprise, Oh! Chentaku, Bud Culture, Terence C, Victor G, Fono, Bass Agents, Phil K Lee, Ian Ross, Great Spy Experiment, Billy The Kid, Donny One

For more information, please do visit the official site : http://www.futuremusicfestival.asia/
Facebook Page : https://www.facebook.com/futuremusicasia

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


Minda Budiman: SERANG <b>di</b> DUN <b>Sijangkang</b>

Posted: 27 Feb 2012 03:53 PM PST

Program TERANG (Tekad Rampas Selangor) bersama anak muda di DUN Sijangkang di Bt 9 Kebun Baharu (rumah su PDM), malam ini 28 Februari 2012, Jam 8.30 malam. Ayuh! Kita ke sana..

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


VIDEO: MB KHALID KENA SERBUK KARI <b>DI IJOK</b>!!! « Khazanah <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2011 06:01 PM PST

December 15, 2011

Adoiii…banyaklah sangat berjanji sampai yang mana satu janji pun dah tak ingat. Sabar orang ada hadnya-kalau tidak boleh tunai janji jangan berjanji.

Begitulah kaitan cerita al kisah al Khalid MB yang disembur oleh tempias-tempias serbuk kari oleh masyarakat India di Ijok.

Sebelum ini berjanji dalam piliharaya umum 2008 untuk memberi geran tanah di perkampungan kaum India di Ijok hingga kini janji tinggal janji. Apakah penduduk kampung Ijok akan menerima nasib sama seperti penduduk kampung Buah Pala di Penang.

Wahai pembaca budiman….nilaikanlah MB Selangor dari kerajaan Tipu Rakyat ini…

3.090607 101.529597

Advertisement

ads