TC Euro Cars Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan Renault di Malaysia memperkenalkan edisi khas terbaru bagi model laris Megane RS 250 Cup di bilik pameran baru syarikat itu di Seksyen 13, Petaling Jaya.

Turut memeriahkan acara perasmian serta penyerahan kunci kepada dua pemilik terawal kenderaan terbabit ialah pemandu dari pasukan Williams F1, Bruno Senna dan Valtteri Bottas.

Model edisi khas berkenaan hanya ditawarkan sebanyak 10 unit untuk pasaran Malaysia. Di datangkan dalam warna Glacier White, perbezaan ketara turut melibatkan bahagian luaran, dengan tempat duduk kulit bagi penumpang serta dilengkapi dengan rim 19 inci dan dijana oleh enjin terdahulu yang sudah terbukti kuasanya, 2.0 liter dengan 250hp kuasa maksimum dan 340Nm tork.

Ia dijual pada harga RM245,000 (tanpa insurans). - BH Auto, 23 Mac 2012.