Source: Selangorku

April 8, 2012

Menurut Charles, surat bertarikh Oktober 2008 tersebut jelas menunjukkan terdapat unsur sabotaj kepada warga Klang dan beliau menuntut penjelasan daripada Datuk Teh Kim Poo.

Dalam surat tersebut dinyatakan, RM700,000 diperuntukkan untuk menaiktaraf Lorong Chinnlah di Pandamaran yang merupakan salah satu kawasan banjir yang berlaku baru-baru ini.

Sementara jumlah selebihnya diperuntukkan untuk projek membina struktur untuk gelanggang bola keranjang Pandamaran dan membina tempat duduk dan menaiktaraf gelanggang bola keranjang Pandamaran.

"Jelas menunjukkan bahawa, ketua BN di Klang telah mensabotaj orang Klang sendiri. Ini tidak boleh diterima.

"Saya percaya Datuk Kim Poo menulis surat dan beliau hantar kepada Jabatan Kerajaan Tempatan. Beliau perlu jelaskan kepada warga Klang berhubung kandungan surat tersebut sehingga peruntukkan ini dibatalkan," katanya.

Tegas beliau, tindakan ini bertentangan dengan dasar yang dilaungkan oleh kerajaan dimana rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.