Ahad, 29 April 2012

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


Makan malam <b>di</b> Rest House <b>Kuala Kubu</b> Bharu « Kamaluddin&#39;s <b>...</b>

Posted: 05 Apr 2012 05:50 AM PDT

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Gelora PKR Kapar: Jonah AMK Bakal Bertanding <b>Di Kapar</b> <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2012 04:00 PM PST

Ke mana hilangnya Jonah @ Khairul Anuar Ahmad Zainuddin?

Setelah pendedahan oleh beberapa blogger tentang habuan jutaan ringgit yang diterimanya melalui tender-tender projek PBT, khususnya dari MBSA, Jonah dilihat cuba menyepikan diri dari sebarang kontroversi.  Habuan ini diterima setelah bersetuju untuk bersekongkol meminggirkan pengandang Ketua AMK Selangor ketika itu, Halimi Abu Bakar demi memberi undi kepada Samsul Iskandar yang ingin memegang jawatan Ketua AMK Pusat ketika itu.

Berikutan dari "rampasan kuasa" itu, Jonah mengidamkan jawatan ahli majlis MBSA, namun kecewa setelah Khalid Ibrahim melantik Jonah sebagai ahli majlis Kuala Langat.  Jonah, selaku ketua AMK Selangor merasa terhina kerana diletakkan di kawasan luar bandar, lantas memaklumkan Khalid akan perkara itu.

Sejak dari kemelut itu, Jonah mengambil sikap mendiamkan diri.  Apa yang berlaku jelas membuatkan Jonah memendam rasa marah terhadap Khalid.  Dan Jonah, kini difahamkan menyertai kem Azmin Ali, yang giat menyusun strategi untuk PRU akan datang dan bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Seperti artikel terdahulu, terdapat gerakan untuk menyingkirkan Azizi Ayob, anak tempatan merangkap Ketua Cabang PKR Kapar dari kebarangkalian untuk menjadi calon.  Azizi sedang diserang dari dua penjuru, dan penafian bahawa Azizi akan dapat bertanding dibuat oleh seorang MP PKR dan ADUN DAP Selangor.

Cubaan untuk Jonah bertanding di kerusi Pelabuhan Klang, dengan berdemo bak anjing gila dan menyerahkan memorandum kepada Speaker, Teng Chang Kim sebagai cara untuk menyahkan Badrul Hisham, ADUN Pelabuhan Kelang yang bertindak keluar parti dan berpendirian bebas, telah gagal.

Cubaan itu menunjukkan cita-citanya untuk terus berada di dalam lanskap politik negara.

Bersikap low profile dari sebarang kontroversi, adalah pendekatan terbaik bagi menyiapkan diri menghadapi PRU yang akan datang.  Apatah lagi mempunyai sokongan yang tidak berbelah bahagi dari "tangan ghaib" PKR, Jonah sedang bersiap sedia membentuk jentera sendiri di Kapar.

Lebih memeranjatkan, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Jonah telah memberi sebuah rumah di kawasan Sg. Serdang.  Ini adalah indikasi paling penting untuk menyokong cerita-cerita politik bahawa Jonah akan bertanding di Kapar.

Parlimen Kapar terdiri dari 4 DUN, iaitu DUN Sementa, DUN Selat Klang, DUN Meru dan DUN Sg Pinang. Andai benar Jonah telah memberi rumah di kawasan Sg. Serdang, ini bermakna kemungkinan dia bertanding di DUN Sementa, yang ketika ini disandang oleh YB Dato' Hj Rahman Palil (BN).

Azizi Ayob terus dihimpit.  Peluangnya untuk bertanding atas kapasiti anak tempatan semakin tipis. Apakan daya, lihat sahaja struktur parti itu sendiri, dengan anak beranak menguasainya.  Mana mungkin Azizi, yang tiada kena mengena dengan keluarga puaka itu bakal diberikan peluang bertanding!

Ini soal kroni.

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


MALAY DELIMA: Sampah Punca Banjir <b>Di Klang</b>...!!!!

Posted: 14 Apr 2012 05:00 AM PDT


Penduduk sekitar kawasan Klang, kini fobia apabila tiba musim hujan kerana kediaman mereka akan ditenggelami air disebabkan jumlah sampah yang banyak dan tidak diselenggarakan dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Pandamaran, Datuk Dr Ching Eu Boon berkata, jumlah kerugian dialami oleh 2,448 penduduk bernilai RM15.4 juta.

Menurutnya, Kerajaan Negeri perlu membantu meringankan beban penduduk yang terjejas teruk akibat musibah banjir dengan memberi pampasan setimpal.

"Jika kita lihat, dari kawasan Kampung Raja Uda dan kawasan sekitarnya, air mengalir mengikut kunci air secara automatik mengikut air pasang surut.

"Banjir ini berlaku kerana masalah perparitan yang tidak baik akibat sampah tidak dibersihkan dengan sempurna," katanya kepada media ketika ditemui, kelmarin.

Beliau sebelum itu menghantar memorandum kepada wakil Pejabat Menteri Besar di Bangunan SUK, di sini bersama lebih 50 penduduk yang terjejas.

Menurutnya, masalah banjir itu berlaku bukan kerana bencana alam sebaliknya kelalaian pihak bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Sementara itu, Penduduk Taman Tengku Bendahara Azman, Shamsuri Mehat, 35 berkata, sebelum ini masalah banjir tidak pernah berlaku, ia terjadi sejak kebelakangan ini, dipercayai akibat jumlah sampah yang banyak.

Katanya, jumlah sampah itu menutup saliran longkang di kawasan tersebut dan menghalang air dari mengalir dengan baik ketika musim hujan.

"Sekarang kami semua fobia jika hujan, rumah kami akan dinaiki air sehingga menjadi seperi kolam renang.

"Keluarga saya duduk di kawasan ini lebih 40 tahun, namun perkara ini tidak pernah berlaku, berbeza dengan keadaan sekarang," katanya.

Penduduk Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, K Krisnan, 40 pula berkata, masalah banjir tidak pernah berlaku sejak dia menetap di kawasan tersebut lebih 23 tahun.

Menurutnya, kerugian dialaminya sekitar RM15,000 melibatkan kerosakan dua buah kenderaan dan peralatan elektrik.

"Kejadian banjir ini berpunca dari longkang tersumbat dengan jumlah sampah yang banyak dan sehingga kini ia masih belum dibersihkan," katanya.

Sumber : Gelombang Rakyat

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


DuNia-MieRaLiciouss: 10 <b>Sungai</b> Terpanjang <b>Di</b> Dunia ~"

Posted: 30 Mar 2012 02:53 AM PDT

1. Sungai Nil berada di Afrika memiliki panjang 6650 kilometer
2. Sungai Amazon berada di Amerika Selatan memiliki panjang 6400 kilometer
3. Sungai Yangtze / Chang Jiang berada di Negara China memiliki panjang 6300 kilometer
4. Sungai Mississippi - Missouri berada di Amerika Utara memiliki panjang 6275 kilometer
5. Sungai Yenisei - Angara - Selenga berada di Rusia dan Mongolia memiliki panjang 5539 kilometer
6. Sungai Kuning / Huang Ho berada di China Benua Asia memiliki panjang 5464 kilometer
7. Sungai Ob - Irtysh berada di Eropa dan Asia memiliki panjang 5410 kilometer
8. Sungai Kongo berada di Afrika memiliki panjang 4700 kilometer
9. Sungai Amur berada di Eropa dan Asia memiliki panjang 4444 kilometer
10. Sungai Lena berada di Benua Eropa (Rusia) memiliki panjang 4400 km

Pandangan Panas Korang Semua Amat MieRa Hargai

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


Ipoh bakal miliki terminal bas serba moden <b>di Meru</b> Raya – Perak <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2012 09:39 PM PDT

Terminal Bas Bersepadu  yang dibina di bandar Meru Raya dijangka  beroperasi sepenuhnya pada Jun depan.

Menurut Exco Pengangkutan Awam, Datuk Dr Mah Hang Soon, lebih 90 peratus kerja pembinaan terminal bas tersebut sudah siap, lebih cepat dari jadual yang ditetapkan sebelum ini.

"Kawasan terminal bas ini begitu luas dan ia boleh menampung antara 8,000 hingga 10,000 orang pengguna," katanya.

Beliau berkata, lokasi terminal bas serba moden itu begitu strategik kerana ia dibina berhampiran pasaraya Mydin, sekolah antarabangsa, agensi kerajaan serta kawasan perumahan baru.

"Terminal bas ini bakal menjanjikan keselesaan kepada para pengguna dengan kemudahan yang disediakan," katanya selepas meninjau kerja pembinaan di terminal bas tersebut.

Dr Mah berkata, pengguna juga tidak perlu risau mengenai masalah tempat parking kerana lebih 500 petak meletak kenderaan disediakan.

Mengulas mengenai stesen bas antara bandar di Medan Kidd, beliau berkata pihak kerajaan negeri akan menaik-taraf stesen tersebut.

"Stesen bas Medan Medan Kidd akan terus beroperasi untuk perkhidmatan bas antara bandar dan kerajaan negeri akan membina semula bangunan baru yang lebih selesa ," jelasnya.

Ditanya pemberita mengenai terminal bas di Medan Gopeng, beliau berkata, cadangan telah dikeluarkan untuk mewujudkan satu terminal bas sahaja.

" Cadangan sudah diberi kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan ia masih dalam peringkat perbincangan," ujarnya.

12 di pandamaran - Google Blog Search

12 di pandamaran - Google Blog Search


Out Of Sulawesi: Hembusan Angin Mammiri <b>di Pandamaran</b> Selangor

Posted: 19 Apr 2012 09:47 AM PDT

Lagu Anging Mammiri merupakan sebuah lagu rakyat Sulawesi Selatan. Liriknya dalam Bahasa Makassar namun hampir setiap penduduk dewasa Sulawesi Selatan, termasuk etnik Goa, Bone, Luwu, Rappang, Wajo dan sebagainya, boleh mendendangkannya tanpa bantuan teks atau karaoke. 


Anging Mammiri sering berkumandang mengiringi tarian-tarian kebudayaan Makassar mahupun Bugis pada pesta atau acara-acara formal di Sulawesi Selatan.

Pada 15 April 2012 buat pertama kalinya Anging Mammiri berkumandang di Dewan SJK(C) Pandamaran, Selangor, Malaysia. Lagu warisan masayarakat Sulawesi Selatan itu mengiringi gemalai penari-penari Persatuan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PRBM) sempena perasmian bahagian persatuan tersebut di Selangor.
Melodi Anging Mammiri yang begitu indah dan amat serasi dengan senikatanya, membolehkan pendengarnya turut merasakan apa yang dialami oleh pencipta lagu tersebut, yang sehingga kini belum diketahui siapakah penyair misteri itu.

Anging mammiri' kupasang
pitujui tontonganna
tusarroa takkaluppa
e aule namangu'rangi
tutenaya
tutenaya
pa'risi'na
battumi anging mammiri'
anging ngerang dinging-dinging
namalantasa' ribuku
e aule mangerang nakku'
malo'lorang
malo'lorang
je'ne' mata
Terjemahan Lagu Anging Mammiri
Anging mammiri kupasang =  aku berpesan pada angin yang berhembus
Pitujui tongtonganganna = sampaikan (pesanku) melalui kisi jendelanya
tusarroa ta'kaluppa = pada orang yang melupakan
Eaule na mangu rangi = aduhai .. . semoga dia mengingat (menyedari)
tutenayya… tutenayya pa'risina = betapa dia tidak menghiraukan derita ini
Battumi anging mammiri = datanglah wahai angin yang berhembus
anging ngerang dinging-dinging angin rindu dalam kedinginan
namalantasa' ri buku = sakit terasa menusuk hingga ke tulang
Eaule na mangerang nakku' = Aaduhai .. . terkenanglah daku
Mallo'lorang, mallo'lorang jene'mata = bercucuran... bercucuran si air mata

ads