Isnin, 17 September 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


Sunaina Salim.... bersama diary Mama: Sokongan buat Dania ku

Posted: 16 Sep 2012 05:53 AM PDT

Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) bagi pertandingan Teakwando akan diadakan pada 18.09.2012 bersamaan hari Selasa bertempat di Stadium Matshushita, Shah Alam.  Bagi Dania dan team STC mereka tidak ketinggalan.  STC menghantar seramai 27 peserta dari pelbagai kategori dan mereka ini akan mewakili Sekolah masing-masing disekitar Kuala Langat.  Dania merupakan peserta tunggal mewakili Sekolah Rendah Sri Langat, hebat tu....!! harapan dan tanggungjawab tergalas dibahunya.  Inilah yang sering kami nyatakan padanya, supaya dia sedar bahawa dia membawa harapan yang besar sebagai wakil dari SK Sri Langat.  Surat pelepasan telah pun dihantar ke sekolah bersama surat sokongan dari PPD dan TM,  Amin dengan senang hati berjumpa  Guru Besar Sekolah dan beliau dengan gembiranya memberikan pelepasan untuk Dania. 
Pemilihan dibuat di minggu ke2 hari raya,  dan bermula dari hari pemilihan latihan intensive 3 kali seminggu giat dijalankan untuk semua peserta MSSS yang terlibat.  Bermula dari jam 8.00 hingga 11.00 malam setiap Rabu dan Sabtu dan 3.00 ptg - 6.00ptg setiap Ahad.  Setiap peserta diwajibkan hadir dan tindakan gugur akan dikenakan kepada peserta yang tidak komited.  Kesungguhan Dania untuk menyertai Perkemahan Lencana Keris Perak dan terus berlatih diwaktu yang sama membuatkan aku dan Amin tidak kemana pada minggu ini, undangan rumah terbuka terpaksa kami lupakan dan begitu juga dengan undangan untuk menghantar pengantin ke Keramat.  Pelepasan selama 3 jam pada malam Perkemahan malam Ahad iaitu malam kemuncak merupakan cabaran bagi Dania.   Namun sebagai parents, kami tetap akur dengan jadual latihan yang telah ditetapkan oleh STC. Kerjasama yang amat baik dari guru-guru pengakap yang terlibat semasa perkemahan berlangsung begitu memudahkan Dania untuk meneruskan latihan seperti biasa. 
Walau dia kelihatan begitu letih pada masa kami menjemputnya di tapak perkemahan dia masih mampu berlatih seperti biasa, Master Ari telahpun aku maklumkan keadaan Dania yang terlibat dengan Perkemahan dan akan tetap hadir seperti mana jadual latihan.  Terkejut bila melihat dia di gelanggang dengan baju habis basah dek peluh...... rasa kasihan menyelinap di penjuru hati ku, namun inilah cabaran untuk Dania.  Kekuatan mental dan fizikalnya teruji...... kami terkecima dengan kemampuan gadis ku, "Adik..... adik boleh.... Mama tau, adik memang boleh..... " itulah kata-kata yang aku lafazkan untuk Dania ketika dia melangkah ke dalam kereta.   Papa janji akan handphone Samsung Corby andai dia memberikan perlawanan yang baik.  Setelah mandi dan makan di rumah dia kami hantar semula ke tapak perkemahan bersama Domino pizza permintaannya untuk dimakan bersama teman-teman perkemahan.  Janji ku untuk belanja Pizza dengan wang hasil jualan kek semalam..... aku laksanakan....:)  Alhamdulillah..... (Dania sering menjadi pendorong aku untuk berniaga, dan aku kira dia punya hidden marketing talent!)  Apapun, aku doakan semuga dia akan berjaya memberikan sumbangan dan mengharumkan nama Sekolah dan STC di MSSS, InsaAllah......
Headgear dan growing guard baru untuk Dania......  untuk kali ini, semua peserta sparring disarankan supaya mempunyai segala peralatan sendiri untuk memudahkan ketika pertandingan dan latihan. 

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


Kerja meletupkan batu <b>di Jeram</b> Pelagus hampir selesai - my Sarawak

Posted: 20 Aug 2012 05:28 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUCHING: Kerja meletÂupkan batuan besar dan batu-batan yang menganjur di Jeram Pelagus di hulu BaÂtang Rajang yang kini hampir selesai, mengurangkan bahaya kepada bot ekspres komersil untuk dikemudi di laluan ...

Mr and Mrs Faez: Berbuka Puasa <b>Di</b> Ikan Bakar <b>Jeram</b>

Posted: 16 Aug 2012 12:45 AM PDT


Salah satu wishlist poser tahun nih nak g makan sifud hihihi~ Alhamdulillah tercapai gak. Kami sefamily dan rakan-rakan g makan kat Ikan Bakar Pantai Jeram. Ngah dok secing-secing pakcik gugel cari tempat makan yang best tertimbul lak page FB IBPJ nih. Bila dok godek-godek nampak lak dia ada sediakan pekej untuk berbuka poser. Mining leh buk tru fon jek n nanti bila sampai sumer dah siap terhidang.. tak yah nak tunggu lama-lama. Bagus betul.
Terdapat dua pekej disediakan.. RM135 dan RM160. Oleh sebab kami g beramai-ramai lam sepuluh orang.. so kami decide untuk amik 1 pekej RM135 + 1 pekej RM160. Nah kau makan la pepuas hahaha~ Nih details untuk setiap pekej..
Marbelessss~ makan utk 10 pax tapi kalo bawak tambahan 2 3 orang lagi pon saya rasa cukup. Tak tau la pekej nih khas untuk ramadhan ke or hari biasa pon ada. Kalo minat nak g leh lawat page FB dorang kat atas tuh ek. Tapi memang puas hati la dan boleh tahan sedap. Dapat lak pot kat tempat terbuka tepi pantai + cuaca yang baik memang lagi berselera la. 
Jom layan gambo kami kat sana lak
Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


TEMASYA SUKAN TAHUNAN SK <b>BUKIT LANJAN</b> KALI YANG

Posted: 27 Jun 2012 05:28 PM PDT

Pada hari Ahad lepas bersamaan dengan 24 Jun 2012 telah berlangsung acara Temasya Sukan Tahunan SKBL kali yang ke 29 bertempat di padang Desa Temuan Bukit Lanjan. Temasya kali ini telah dirasmikan oleh En. Norazman bin Jamalim YDP PIBG SK Bukit Lanjan. Pelbagai acara telah dijalankan termasuk acara olahraga, sukaneka, acara ibu bapa dan pegawai kejohanan. Acara sampingan untuk mengutip dana PIBG juga diadakan iaitu cabutan nombor bertuah dan meneka biji tembikai susu. Ramai ibu bapa dan penduduk sekitar Desa Temuan telah hadir dan kelihatan sukan tahunan pada tahun ini berlangsung dengan meriah dan jayanya. Tahniah kepada adik Mikail Sarakit dan Anis Usof kedua-duanya daripada Rumah Biru kerana menggondoli anugerah Olahragawan dan Olahragawati SKBL pada tahun ini. Syabas kepada Rumah Merah kerana memenangi perbarisan terbaik serta sekalunh tahniah kepada Rumah Kuning kerana muncul sebagai rumah sukan terbaik keseluruhan. Kepada yang berjaya tahniah diucapkan manakala yang kurang bernasib baik, cuba lagi di tahun hadapan.
ADMIN : Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Temasya Sukan Tahunan pada tahun ini : guru-guru, murid, PIBG, ibu bapa dan tidak lupa juga guru-guru pelatih IPGKBM yang banyak membantu.

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Kuliah Ustaz Kazim Elias <b>Di Hulu Klang</b> – Julai 2012 « Karim&#39;s Blog

Posted: 17 Jul 2012 08:37 AM PDT

Wacana Ancaman Pasca Modernisme dan Kekeliruan Perenialisme

Tarikh:
30 Jun 2012 (Sabtu)
Masa:
8.00 pagi – 1.00 tgh
Tempat:
Balai Ilmu, Tingkatan 1 Blok A,
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya

Tajuk:

1. Post Modernisme Ancaman Terhadap Aqidah & Akhlak
Ustaz Muhammad `Uthman El-Muhammady – ISTAC – UIA
2. Kekeliruan Perenialis Terhadap Konsep Nasakh
Dr Wan Adli Wan Ramli – JAPI, Akademi Pengajian Islam UM

akarimomar Youtube Channel

Click here to go to my Youtube Channel:

Buku-buku Karangan Awang Goneng: Growing Up in Trengganu + A Map of Trengganu

DAPATKAN NASKAH ANDA SEKARANG !!!
Klik imej:

.

PLACE YOUR ORDER NOW !!!
SMS: 019-3199788 (Karim)
email: akarimomar@yahoo.com

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


Sehari <b>di Morib</b> | zamsamudera

Posted: 16 Sep 2012 10:40 PM PDT


Baru-baru ini, aku ada tugas di Selangor, berdekatan dengan Pantai Morib dan menginaplah aku di Gold Coast Morib. Kebetulan menggunakan Streetdeal..bayaran murah hanya dengan RM 188, mungkin promosi untuk gold coast hotel tuh dengan lengkap dinner dan breakfast malah free atv ride dan semestinya waterpark. Best kan..gunalah streetdeal booking di internet. http://www.streetdeal.my/
First time aku guna streetdeal takut jugak ada apa2 yg tak kena dengan bayaran ke atau apa2 yg tak valid..so far aku guna sehingga check out dari Hotel tuh..semua memuaskan hati..tiada bayaran tambahan atau caj-caj yang lain. So aku bayar RM 188 sahaja untuk semua. Menarik kan..tapi kalau korang nak try biasakan lawat laman tuh kadang2 harga berbeza sedikit tapi masih murah..untuk promosi.
Perjalanan pagi sehingga dalam jam 3-4 petang aku memasuki kawasan berhampiran pantai morib..lalu mengikut kg tali air..
Kampung tali air diiktiraf kampung tanpa wayar..hehe..
Sampai di sana hotel yang besar dan tinggi aku rasa hotel gold coast nih lah..yg lain besar tapi tak tinggi..rasenyer lah..kalau silap sory ..
parking so far ok...depan ada belakang ada..besar..jangan risau parking tuh..
bilik so far ok..aku dengar ramai yang komplen hotel nih..bagi aku alhamdullilah..kira aku bertuah jugak..bilik yang aku nginap takder masalah cuma telefon dan hair dryer ada problem sket..ehm..masa aku lepak kat lobby ada satu family berbangsa cina marah-marah kat kaunter reception macam2 hal ..ehm..mungkin ada masalah ada bilik lain..

keadaan bilik bagi aku memuaskan ..dan yang best dilengkapi Jakuzi massage...wow..feel jer rasa..
Breakfast pagi ...masakan so far ok..pilihan standard lah..menu breakfast di hotel ..huhu...so far ok..lazatt...
Pantai depan hotel yang luas dan besar..sesuai untuk game tepi pantai..sukaneka ker..anything..hehe..
ATV Track RIde.. Kecil RM 20 Besar RM 35..huhu..guna streetdeal je..termasuk sekali tp yg kecil ler..layan nih...
So far aku bg rating dari 10 ..aku bg 8..salah satu yg aku suka sebab jakuzi dia..lengkap..mungkin aku bertuah kot..sebab bila tgk respon dari org ramai ..ada yg kata bad..ada yg kata ok..ehm..terpulang pada masing-masing. Kebetulan aku ada keje di selangor..selepas meeting..baru merasa semua di atas..bg aku tak ralat kot sebab bayaran aku tak mahal dengan menggunakan streetdeal tuh..kalau ada kurang pun boleh lagi..aku sempat tengok flyers hotel nih bilik aku nginap tuh RM400 semalam..huhuhu..
Untuk yang ingin mencuba sendiri..boleh terus cari jalan nak ke KLIA kalau dari IPOH ..guna lebuhraya terus ke KLIA dari situ dah boleh nampak signboard ke Pantai Morib..

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Aidil bercuti <b>di Selayang</b>

Posted: 12 Aug 2012 10:28 AM PDT

hari Ahad gedik-gedik balik Selayang bawak Aidil sekali, satu kereta penuh barang dia je, tak padan dengan kecik. so memandangkan rumah kat Selayang ni tinggi, barang banyak benor, panggil assistant kat IPD tu angkat barang.
lepas tu, pegi beli barang Aidil kat Selayang mall dan berbuka kat JM bariani.berbuka dengan kakyu, Am, Aidil yang tak puasa tu.







pagi Isnin, check kasut kat luar, HILANG.. oh sedih. kasut baru beli masa kat karnival Jom Raya kat Putrajaya hilang. kasut shopping dengan papa Hilang! kasut selesa gila, harga pun okayyyy laa, hilang! terus meroyan sekejap kat twitter. malam tu assign kakyu tugas untuk menjaga budak kecik. aku keluar dengan Am, shoes hunting. bila pusing-pusing cari kasut, bukan aku yang shopping, am yang beli kemeja dan kasut baru. -_- pastu mak dia call, tanya, "hannis nak jubah tak?" aku pun geleng-geleng kepala. tapi am angkut aku jumpa mak dia. okay, mak dia suruh amek satu jubah, aku pun amek satu jubah hitam yang sangat simple tapi sweet je la. terima kasih cik mah.lepastu baru cari kasut, semua kedai jelajah, jumpa kat Parkson. beli la satu.

Selasa, bosan duduk rumah, main dngan budak kecik ni je, kakyu berbuka luar harini. so berdua je la dengan Aidil. pukul 4 lebih, tengah syok online, terbaca budak batch cakap results dah keluar, dengan pantas, check student portal. Alhamdulillah. saya gembira, guling-guling dibuatnya. killer paper dua ekor berjaya di killed. yeay! as reward, okay xde reward apa-apa. berbuka, masak sendiri sorang-sorang kat rumah. secara officialnya, saya dah habis diploma, kan??? yeay! rasa macam nak meraikan je, namun apakan daya, ada tangungjawab yang perlu digalas. nak KFC! nak kek Secret recipe! nak chocolate! nak ice cream! hee

Rabu, kakyu ajak berbuka kat The Curve. so ajak Am, sebab kakitangan extra diperlukan since nak angkut Aidil yang mok mok tu. so jalan-jalan kat IKEA, kakyu nak beli katil baru, baru survey. lepas tu, berbuka di Waroeng Penyet. sedap jugak. sangat better la dari ayam penyet kat Selayang Mall tu. malam tu start gatal tengok cerita Prison Break season 1.debar-debar tengok cerita tu.











Khamis, kakyu berbuka kat luar. so ingatkan buka sorang la kat rumah, masak nasi siap-siap. tetiba Am call suruh siap, buka kat rumah dia, MEMANG TAK LAA. segan kot. dia pun kata, xpe laaa. tiba-tiba call sekali lagi, suruh siap cepat, mandi semua, Cik Mah(mak Am) datang jemput, serious la! dengan keadaan mengelupurnya, pegi la berbuka kat rumah Am, bawak si kecik sekali. Family dia semua ramah je, first time jumpa atok Am. sihat walafiat lagi, rindu arwah atok. :( Al-fatihah.

dapat tawaran degree. Program : AC220 SARJANA MUDA PERAKAUNAN. Kampus : UiTM Shah Alam. Alhamdulillah bersyukur sangat. hari tu memang online seharian, settlekan pendaftaran, terima tawaran dan sebagainya, berbuka pun kat rumah je. Sabtu buat kuih tart nenas dengan kakyu, sambil tu jaga Aidil. keluar dua jam, untuk print borang degree, amek gambar passport dan cuci mata kat Selayang Mall, nak shopping tak berkesempatan.
berbuka dengan Aidil je kat rumah. kakyu berbuka luar, Am ada masak-masak kat kolej. :(

Ahad, lepas sahur tak tidur, sambung tengok Prison Break sampai habis season 1. tak berani nak sambung season 2 takut melekat depan laptop, x beraya nnt. dalam pukul 10, start misi buat cookies yang tak tau apa nama dia. kiranya, ramuaannya ada nestum+milo, dah rasa masa berbuka tadi. SEDAP!. hee. lepas habis buat kuih raya, pack barang balik Bangi. mintak tolong Am angkat barang masuk kereta, tiba-tiba kakyu ajak Am ikut balik. :)) setelah dipujuk, yeay! dia ikut, so untuk pertama kalinya Am dtg rumah. berbuka, lepas solat, dia ikut kakyu balik. :))))

tu je nak cerita. tak tahu nak update pasal apa. so cerita la pasal seminggu di Selayang.

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


PKR <b>HULU SELANGOR</b>: Laungan Merdeka <b>di</b> Majlis Rumah <b>...</b>

Posted: 16 Sep 2012 08:39 PM PDT

Majlis Sambutan Rumah TerbukaEidulFiti dan Hari Malaysia Peringkat Parlimen Hulu Selangor disambut sederhana tetapi meriah melibatkan lebih 3000 orang tetamu yang hadir di perkarangan pejabat Penyelaras Parlimen Pakatan Rakyat Hulu Selangor semalam. Laungan MERDEKA sebanyak tujuh kali kedengaran di majlis tersebut bagi mengibas kembali laungan keramat MERDEKA yang dibuat di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 lalu oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman.
Majlis yang bermula jam 5 petang sehingga jam 10 malam, 16 September 2012 itu diserikan dengan kehadiran beberapa pimpinan Pakatan Rakyat Hulu Selangor, Yang DiPertua PAS Kawasan Hulu Selangor, Tuan Hj Idris, Penyelaras DUN Hulu Bernam, Tuan Hj Cikgu Syukor, Penyelaras DUN Kuala Kubu Bharu, Ms Lau, Wakil-wakil parti DAP, PAS. Turut memeriahkan majlis adalah ketua-ketua kampong. JKKK dari bebrapa kampong sekitar Batang Kali, Rasa, Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu.
Hadirin dan tetamu yang hadir bersama keluarga masing-masing memenuhi perkarangan yang dihias indah dengan juadah hariraya yang menarik. Pada sebelah malamnya, tetamu di hiburkan dengan sebuah kumpulan nasyid, Sinar Jernih dari Bukit Beruntung.

Majlis rumah terbuka ini adalah anjuran bersama pejabat Penyelaras Pakatan Rakyat Parlimen Hulu Selangor dan Ahli-ahli majlis serta JKKK Kg Seri.
Tahniah kepada semua yang hadir terutama kepada Tuan Hj Razali Mokhtar (Ahli majlis MDHS), Tuan Haji Mustapha Kamal (Timbalan Ketua Cabang), Sdr Azli (SU JKKK Kg Seri), Tuan Hj Khalid (Ketua JKKK Kg Seri), Pn Kameliyah Bien (Ahli majlis MDHS) dan seterusnya kepada semua AJK yang bertungkus lumus pada hari tersebut.

.

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


Video: Ceramah Perdana – Tsunami Politik Sabah dan Konspirasi <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2012 10:14 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Sinopsis: Rancangan ini telah disiarkan secara langsung oleh TVSelangor pada 6 September 2012 di Padang Awam, Taman Rambai Indah Batu 13, Kg Sungai Rambai, DUN Sijangkang, Selangor.

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Perbandaran <b>Subang Jaya</b> (MPSJ) - Sep <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2012 01:01 PM PDT

JAWATAN:
1. PEGAWAI VETERINAR
2. PEGAWAI TADBIR
3. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
5. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA
6. PEMBANTU PENILAIAN
7. PELUKIS PELAN
8. PEMBANTU AM PEJABAT

IKLAN JAWATAN:
http://ocps.mpsj.gov.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.section.Section_ec5c1653-a020f414-b2fd3000-847c50ba

BORANG PERMOHONAN:
http://ocps.mpsj.gov.my/cms/documentstorage/com.tms.cms.document.Document_764a5d92-a020f414-d1918a00-432efe32/Syarat%20Lantikan%20&%20Borang%20Permohonan%20Ogos%202012.pdf

TARIKH TUTUP : 15 September 2012

ads