Ahad, 7 Oktober 2012

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


Horas...!: Wow! Ceramah Pakar Ekonomi PAS <b>Di Semenyih</b>...

Posted: 03 Oct 2012 06:51 AM PDT


Jangan main-main dengan kepakaran Mahfuz dalam bidang ekonomi.

Setakat perancangan belanjawan Perancis yang dipanggil 'Combat Budget'...ada dalam poket Mahfuz.

Mahfuz dah analisis ekonomi Perancis.
Mahfuz dah kaji belanjawan Perancis.
Mahfuz dah teliti bajet Perancis

Mahfuz tau Perancis sekarang tengah beri tumpuan kepada pengurangan hutang negara serta kos pinjaman yang kian meningkat dan pengurangan defisit perbelanjaan awam.

Kalau bajet Perancis Mahfuz boleh ulas dengan hebat...setakat bajet Malaysia apalah sangat.
Melopong lah ahlul PAS di Semenyih mendengar gorengan ekonomi Mahfuz nanti
Muahahahahhahhahahahhahahha.....!!!!!

Kalau mahu membaca kupasan hebat Mahfuz tentang bajet 2013 yang dibentangkan DS Najib baru-baru ini....rakan-rakan pembaca sekalian boleh klik disini.
credit foto pada Maklong Aziz

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


Teratak Rohas: Jalan2 Cari Makan ~ <b>Port Klang</b>

Posted: 02 Oct 2012 10:54 PM PDT

Pada Sabtu lepas, kami 1 family keluar bersama2, biasa la ni acara
every month.Sessi jalan2 cari makan.
Kali ni kami menuju ke Port Klang.....mencari kedai Ikan Bakar Muara
di Tanjung Harapan, Port Klang. Itupun En. Hubby yang cadangkan
bila Rohas kata nak makan ikan bakar sambil jalan2.
 1st time Rohas sampai ke Port Klang sejak duduk di Kuala Lumpur ni....
so, kena ler amik gambarkan.....
Ini signboard Medan Ikan Bakar Muara Tanjung Harapan.
Kami sampai di Port Klang pukul 5.30, kedai makannya buka 6.30 ptg.
Sementara menunggu kedai buka, kitorang jalan2 di Tanjung Harapan.
Macam biasa.....sebelum acara makan2 posing dulu :d
Pilih2 makanan laut yg segar spt. ikan, udang, ketam, dll.
sebelum ditimbang & dimasak.
Menu di Medan Muara Ikan Bakar
Rohas pilih Ikan siakap masak 3 rasa, ikan pari bakar, sotong goreng tepung,
sayur campur, tahu bakar & otak2.
Tersenyum anak2 Rohas bila dah kekenyangan.

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Wayang <b>di Kuala Selangor</b> larang berpasangan, pisah jantina <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2012 05:59 AM PDT

Ditulis oleh: notakosong

Majlis Daerah Kuala Selangor menetapkan peraturan dimana, pasangan kekasih yang belum berkahwin, dilarang menonton wayang beresebalahan dan perlu duduk berasingan.

Satu-satunya wayang di daerah Kuala Selangor itu adalah pawagam panggung wayang LOTUS FIVE STAR di pusat membeli-belah 1 Plaza Kuala Selangor. Dan wujudnya tanda peringatan pada ruang pawagam itu untuk mengingatkan pasangan supaya duduk berasingan.

wayang kuala selangor Wayang di Kuala Selangor larang berpasangan, pisah jantina

Kerajaan Negeri Selangor kemudiannya mengarahkan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menangguhkan arahan peraturan itu dari dikuatkuasakan.

Suara orang ramai sudah kedengaran dimana ramai yang mengatakan tindakan sedemikian adalah tindakan fanatik dan tidak menghormati orang lain, bangsa lain. Turut dipersoalkan adalah arahan itu dibuat tanpa perbincangan.

Berdasarkan peraturan yang dikeluarkan itu, panggung wayang di Kuala Selangor yang mahu memperbaharui lesen dimaklumkan perlu mematuhi peraturan pemisahan tempat duduk dalam panggung wayang mengikut jantina.

Apa pendapat anda? Ini berlaku di Kuala Selangor, dan ianya ditangguhkan sebelum berkemungkinan bakal dikuatkuasakan.

Sumber: TheStar

Related posts:

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Jawatan Kosong 2012 <b>di</b> Jabatan Kesihatan <b>Negeri Selangor</b> (JKNS)

Posted: 03 Oct 2012 07:49 PM PDT

Jawatan Kosong 2012 di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS)

Jawatan Kosong 2012:Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merupakan ibupejabat perkhidmatan kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Negeri Selangor dan dipertanggungjawabkan ke atas perkhidmatan perubatan dan kesihatan di peringkat negeri. JKNS diketuai oleh Pengarah Kesihatan Negeri dan dibantu oleh enam (6) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri yang mengetuai bahagian masing-masing. Setiap bahagian bertanggungjawab ke atas perjalanan aktivti-aktiviti dalam program masing-masing.

Makmal Keselamatan Dan Kualiti Makanan Selangor Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf sambilan harian seperti berikut :-

1. Juruteknik J17

CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang KKM.SM-1/99 Pin. 1/2001 yang boleh didapati di :-

MAKMAL KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN SELANGOR
BLOK C, JALAN LANGAT, BANDAR BOTANIK
41200 KLANG, SELANGOR.
TEL : 03 – 3323 7899
FAX : 03 – 3323 9287

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan bersama-sama resume, sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan sijil – sijil kelayakan dan salinan dokumen sokongan lain yang telah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah/ Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Penghulu.
(c) Atau membawa semua dokumen-dokumen yang dikehendaki di para 10(b) semasa menghadiri temuduga terbuka yang akan diadakan pada 8 Oktober 2012, (Isnin) jam 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari. Anda dinasihatkan menghubungi pihak makmal untuk mengesahkan kedatangan anda selewat-lewatnya sehari sebelum temuduga.

Klik sini untuk maklumat penuh dan syarat perjawatan bagi iklan jawatan kosong 2012 ini.

Jawatan Kosong 2012

You can leave a response, or trackback from your own site.

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Menghadiri Undangan Kenduri Kahwin Penduduk | Saari Sungib <b>...</b>

Posted: 29 Sep 2012 03:29 AM PDT

Hulu Kelang, 29 September 2012 – Saari dan Aliza memenuhi program hujung minggu dengan menghadiri undangan perkahwinan penduduk di DUN Hulu Kelang.

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Zakaria Abu Bakar & Jasiah Ramli yang telah berlangsung di Dewan MPAJ AU5 Lembah Keramat

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Yahya Yaakup & Jamaliah@Norliah Othman yang telah berlangsung di perkarangan Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Kapt (B) Mohamed Abdul Majid & Norma Syed Mohd Alsagoff yang telah berlangsung di Wisma LJT, Pusat Bandar Melawati

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Natiseh Sekam yang telah berlangsung di Dewan Abu Bakar Ali Basha, SRK Klang Gate

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Khalid Mohd Noor & Nur Rahmah Abdullah yang telah berlangsung di kediamanya Jalan 5, Kg Melayu Bt Caves

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Kereta Timb Menteri Hilang Di Johor Ditemui Terbakar <b>Di Kapar</b>

Posted: 18 Sep 2012 08:46 AM PDT

Klang - Kenderaan rasmi milik Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu anak Belum yang dilaporkan hilang di Seri Alam, Johor Bahru pada 2 Jun lalu, ditemui terbakar kurang 500 meter dari simpang Jalan Akob, Kapar di sini, Sabtu lalu.

Gambar: Anggota polis memeriksa kereta timbalan menteri yang terbakar di Kapar.

Kereta jenis Proton Perdana Executive itu ditemui oleh orang awam di tepi jalan kawasan terbabit kira-kira jam 7.30 malam, sebelum perkara itu dimaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian untuk siasatan dan kereta yang terbakar sepenuhnya itu berjaya dipadamkan dengan bantuan pihak bomba.

Beliau berkata, siasatan awal gagal mengenal pasti nombor pendaftaran kereta terbabit kerana kenderaan itu musnah teruk.

"Setelah kita periksa nombor chasis serta enjin kereta tersebut mendapati ia adalah kenderaan rasmi yang digunakan oleh timbalan menteri berkenaan.

"Semakan juga menunjukkan kereta bernombor pendaftaran WRM 1146 itu dilaporkan dicuri di kawasan Seri Alam, Pasir Gudang kira-kira tiga bulan lalu," katanya ketika ditemui di Balai Polis Kapar di sini, hari ini.

Mohd Shukor berkata, kereta itu dibawa balik ke Balai Polis Kapar untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan jenayah bencana dengan api.

"Setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan siasatan menjurus pelbagai aspek sedang dijalankan," katanya.

Menurutnya, bagi kes kehilangan kenderaan rasmi itu di Johor, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Sabak Bernam</b> (MDSB) |Kerja <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2012 04:56 PM PDT

mdsb

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) adalah salah sebuah daripada 12 Pihak Bekuasa Tempatan yang terdapat di seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan. Pihak Berkuasa Tempatan bagi Daerah Sabak Bernam ini mula dikenali sebagai Majlis Daerah Sabak Bernam sejak tahun 1977. Sebelum MDSB diisytiharkan sebagai sebuah Majlis Daerah, PBT bagi Daerah Sabak Bernam ini dikenali sebagai penguasa tempatan iaitu Majlis Tempatan dan Lembaga  Bandaran.

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warga Daerah Sabak Bernam / Selangor serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Sabak Bernam.

1. PEMBANTU PENILAIAN, GRED W17

Klik sini untuk maklumat perjawatan dan iklan permohonan jawatan kosong.

Tarik tutup permohonan : 12 Sept 2012

You can leave a response, or trackback from your own site.

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


...puing-puing kehidupan: Air Mata <b>di Kelana Jaya</b>

Posted: 01 Oct 2012 08:02 AM PDT

CikMa sekeluarga menghantar bonda dan rombongannya ke Kompleks Tabung Haji ,Kelana Jaya Jumaat lalu. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat juga bonda berangkat menunaikan haji tahun ini walaupun sebenarnya beliau sudahpun mengerjakan haji ketika tahun 1985.( CikMa darjah 1 ketika itu)
Bonda sudah tua. Umurnya mencecah 68 tahun. Namun, dengan kasih sayang Allah SWT, masih lagi sihat dengan  cara hidup beliau yang rajin berjoging, bersenam, bercucuk tanam dan menjaga pemakanan.
Semua adik-beradik CikMa termasuk ipar -duai dan anak-anak buah, makcik pakcik, sepupu-sepapat , semuanya berkumpul. 
Sewaktu bersalaman, tiada air mata yang tidak tumpah. Menyimpan sejuta makna tersirat, di saat saling memohon kemaafan. Dada CikMa sarat dengan doa, semoga Allah senantiasa memelihara bonda, memudahkan urusannya agar dapat beribadat dengan sempurna. Pergi ke Tanah Suci dengan selamat, dan pulang ke tanah air dengan selamat bersama-sama haji yang mabrur. 
Amin ya Allah, hamba bermohon.
Ayah telah lama pulang ke pangkuan Ilahi. Kali ini, bonda mengupah haji untuk arwah ayahanda tercinta. Semoga amalan ibadat buatnya diterima. 
Di satu sudut, CikMa memerhati.
Jemaah yang berangkat kebanyakannya sudah berumur. Makin sebak dada CikMa apabila tangan yang terketar-ketar, menarik beg bagasi masing-masing. Ada yang teroleng-oleng ke kanan, teroleng-oleng ke kiri.
Mahu menolong, namun, lorong daftar masuk khas untuk jemaah sahaja, yang lain, dilarang masuk.
Ingatan CikMa terlayang kepada suatu pengalaman ketika di Mina. (CikMa berpeluang mengerjakan haji pada tahun 1998, Alhamdulillah)
Makcik-makcik yang sedang menunggu giliran masuk tandas, masing-masing sudah 'terkucil' kerana menunggu lama. Mujur mereka sudah memakai lampin pakai buang seawal mula. Subhanallah. Tak terbayang CikMa pelbagai  cabaran yang terpaksa dihadapi demi menyempurnakan tuntutan Rukun Islam kelima, tanda ketekunan ibadah hamba.
Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. 
CikMa menyeru kepada diri CikMa sendiri dan kepada rakan pembaca sekalian, marilah sematkan azam untuk menjadi tetamu Allah pada usia muda, dan mulalah menabung mulai sekarang.
 Sikit-sikit lama-lama jadi bukit! Insya-Allah

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

ads