Jumaat, 21 Disember 2012

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


gundam <b>di cheras</b>: restock hg 1/144 seed destiny collections

Posted: 17 Dec 2012 12:12 AM PST

RESTOCK HG 1/144 SEED DESTINY COLLECTIONS Gundam Di Cheras - CHERAS DOWNTOWN / CLEAR STOCK SALES MG 1/100 PRICE REDUCED... WHILE STOCK LAST!

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


hot news !!! bukti kerajaan <b>negeri selangor</b> pengecut <b>...</b> - MyKMU.Net

Posted: 08 Dec 2012 06:00 PM PST

December 9, 2012   ·   1 Comments

air-selangor

Kenyataan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor,Iskandar Samad bahawa Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan undang-undang kepada peserta demonstrasi yang menuntut tunggakan air percuma membuktikan Kerajaan Negeri Selangor hari ini tidak mengamalkan demokrasi.Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS),Datuk Sohaimi Shahadan berkata,demonstrasi tersebut dilakukan oleh penghuni rumah flat dan apartmen yang dinafikan hak mereka untuk memperoleh air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan yang memang disebut dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum 2008.Pada Jun 2008,kerajaan pakatan pembangkang yang mengambil alih pentadbiran Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac tahun itu,memperkenalkan subsidi sebanyak RM11.40 kepada rakyat Selangor di bawah Skim Air Percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan. Malangnya bukan semua rakyat di negeri ini yang menikmati skim itu kerana pelaksanaannya hanya melibatkan pengguna meter individu,bukan meter pukal.Peserta demonstrasi yang terdiri daripada rakayat berbilang kaum melakukan tunjuk perasaan secara aman kerana tidak puas hati dengan kegagalan kerajaan pakatan pembangkang melaksanakan janji tersebut walaupun sudah hampir lima tahun memerintah. Lebih menyedihkan apabila Iskandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka tanpa usul periksa membuat tuduhan secara 'mala fide' bahawa peserta demonstrasi berkenaan bukan penghuni di kawasan tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya,Gerakan Prihatin Rakyat Selangor GPRS) turut mempersoal tujuan pemimpin Pas itu menuduh peserta demonstrasi menerima ugutan dan tidak dimaklumkan tujuan sebenar bantahan.Sepatutnya Iskandar perlu membuat siasatan terperinci sebelum membuat kenyataan dangkal itu di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana penghuni-penghuni terbabit sudah pun membuat tuntutan saman di mahkamah. Setakat ini sebanyak 6,000 saman penduduk di Selangor telah difailkan berhubung tuntutan tersebut. "Jumlah saman itu adalah daripada tujuh kawasan Parlimen di negeri Selangor dan kemungkinan jumlah tersebut akan terus meningkat berdasarkan kepada senarai menunggu untuk difailkan. Setakat ini, tiga kumpulan pengguna air daripada kawasan penduduk Kinrara, Puchong, Bukit Mahkota Cheras melibatkan 1,313 pengguna telah membuat tuntutan tunggakan subsidi RM748,410, manakala 2,020 penduduk Shah Alam dan Petaling Jaya (RM1.15 juta) sementara dari Seksyen 7 dan 18 Shah Alam melibatkan 711 orang dengan tuntutan RM450,270. Iskandar tidak perlu menutup kelemahan pentadbiran kerajaan negeri dan kegagalan pakatan pembangkang melaksanakan janji-janji pilihan raya dengan menakut-nakutkan rakyat kononnya peserta demontrasi akan dibawa ke muka keadilan. Inikah demokrasi yang diamalkan oleh Negeri Berkebajikan?," tambahnya.

Apakah rakyat tidak boleh menuntut hak mereka seperti mana yang dijanjikan ??? Jika itu yang dilakukan,ternyata kerajaan pembangkang mengamalkan pemerintahan kuku besi dan sanggup mengugut rakyat untuk menutup mulut mereka daripada berkata tentang kebenaran.Sudahlah mengamalkan diskriminasi apabila rakyat yang berhak mendapatkan air percuma itu kebanyakannya berpendapatan rendah,mereka diugut pula untuk dikenakan tindakan undang-undang kerana 'menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pembohongan-pembohongan kerajaan pakatan pembangkang'. "Sudah tentu GPRS tidak akan berdiam diri dan berikrar untuk terus membantu rakyat yang merintih kerana menjadi mangsa pembohongan dan kemudian ditindas pula oleh Kerajaan Negeri yang kononnya mengamalkan konsep Negeri Berkebajikan. GPRS juga akan terus menggerakkan inisiatif membantu rakyat yang menuntut hak berkenaan daripada Kerajaan Negeri yang diterajui oleh PKR dan sekutu mereka, DAP dan Pas.Pada masa yang sama,GPRS mengajak rakyat agar tidak terpedaya lagi dengan janji manis pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang dan menolak kerajaan yang gagal melaksanakan janji yang termaktub dalam manifesto," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.

http://badutrakyat.blogspot.com/2012/12/hot-news-bukti-kerajaan-negeri-selangor.html

By


12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


Pembangunan <b>di Bukit Lanjan</b> ~ RhumZi Blogs

Posted: 11 Oct 2012 11:34 PM PDT

Area ni memang pesat dengan pembangunan di sekelilingnya. Kampung pun dah tak macam kampung rupanya

Sempat juga menikmati nasi ayam kelah di sini sementara menunggu rakan-rakan.

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Roboh Gerai Penjaja Melayu <b>Di Klang</b> - Zalimnya Kerajaan PR <b>...</b>

Posted: 04 Dec 2012 12:43 AM PST


Tindakan Kerajaan Pakatan Haram Selangor merobohkan 12 gerai penjaja Melayu yang terletak berhampiran perhentian Teksi Klang Utara, hari ini membuktikan sikap Kerajaan PR Selangor kejam dan zalim. Perobohan gerai penjaja ini adalah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab oleh Kerajaan PR Selangor terhadap peniaga Melayu yang mencari sesuap nasi berniaga di Bandar Klang. Disebabkan Kerajaan PR Selangor gagal untuk menyediakan kemudahan penjaja makanan di bandar Klang terutamanya kepada peniaga Melayu, telah menyebabkan peniaga-peniaga bertindak menyewa tanah kosong untuk mendirikan gerai sementara untuk berniaga demi mencari rezeki untuk keluarga.
Perobohan gerai ini merupakan perbuatan penguasa yang zalim. Kerajaan PR Selangor wajar berunding dan bertolak ansur dengan pelbagai kesulitan yang Rakyat Selangor alami sekarang. Peniaga wajar diberikan pampasan sekiranya gerai mereka hendak dirobohkan. Peniaga juga wajar dipindahkan ke tempat yang berhampiran untuk mereka meneruskan usaha mencari rezeki dalam perniagaan. Klang Bandar Diraja yang aman dan makmur memerlukan kerajaan yang prihatin terhadap permasalahan rakyat, bukan menghukum kesalahan rakyat yang berpunca dari sikap Kerajaan PR Selangor yang tidak mahu memahami penderitaan rakyat marhaen akar umbi.

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


Gelengg@ng Melenggang: Sosilawati Lawiya

Posted: 21 Dec 2012 04:27 AM PST

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Datuk Sosilawati Lawiya (47) adalah jutawan kosmetik Malaysia berketurunan Melayu, bekas isteri Nash diberitakan dibunuh dengan kejam bersama-sama tiga rakan yang lain di Morib, Selangor.

Latarbelakang

Datuk Sosilawati adalah jutawan menerusi syarikat Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd sejak 1990-an. Beliau tinggal bersama keluarganya di Taman Harmonis, Gombak.[1][2]

Dibunuh dengan kejam dan mayatnya dibakar

Berita kematian Datuk Sosilawati yang beberapa hari dilaporkan hilang mula tersebar di laman sosial Twitter. Berita rasmi kemudiannya dikeluarkan oleh Bernama, Kosmo dan Utusan. Menurut Utusan, keempat-empat mayat dah salah satu daripadanya mayat Datuk Sosilawati ditemui di pantai Morib. Kesemua mereka dibunuh kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.[3]
Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong. Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut ialah di mana suspek membuang abu mayat selepas dibakar di ladang ternakan ayam (Ladang Gadong, Tanjung Sepat) tersebut dan pasukan penyelam Polis Marin manjalankan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain. Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dari Ladang Gadong Tanjung Sepat.
Jam mahal milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang diambil salah seorang penjenayah sebagai 'kenang-kenangan' selepas mangsa dibunuh menjadi petunjuk paling penting berhubung kes arwah Datuk Sosilwati mati dibunuh dan dibakar bersama-sama tiga yang lain.

Barang Bukti

Antara bukti-bukti yang ditemui ditemui pihak forensik di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut:
1.Cebisan tisu anggota tubuh, termasuk rambut selain tulang hangus manusia yang dipercayai milik mangsa yang hilang
2.Tinggalan abu dipercayai milik mayat empat mangsa dibunuh
3.Tiga utas jam tangan berjenama. Masing-masing dua jam tangan termasuk jenama mewah Rolex dan Longines serta seutas jam tangan Seiko.
4.Enam keping zink ditemui di Sungai Gelanggang Buaya, Kampung Kelanang (digunakan untuk membalut atau menutup mayat sebelum dibakar)
5.Pisau sepanjang 30 sentimeter
6.Dua telefon bimbit itu ditemui dalam tali air berdekatan sebuah restoran makanan segera di sekitar Banting (pemilik sebenar kedua-dua telefon bimbit itu masih belum dapat dipastikan)
7.Sebatang besi
8.Dua telefon bimbit jenis Blackberry (dalam tali air berdekatan sebuah restoran makanan segera di sekitar Banting)
9.Kayu yang mempunyai kesan terbakar
10.Kunci BMW X5 ditemui berhampiran Angsana USJ 1
11.Polis sedang mencari besi cangkuk sawit yang dikatakan digunakan untuk membunuh keempat-empat mangsa berkenaan

Kronologi

Bagaimana kronologi Datuk Sosilawati mati dibunuh bersama-sama 3 lagi mangsa bunuh yang lain?
Pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai. Mangsa ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah. Ada mangsa yang dikatakan dikerat-kerat tubuhnya sebelum dibakar.

Kemudian tubuh mereka dilumur dengan tahi lembu. Tahi lembu digunakan untuk mempercepatkan proses pembakaran. Petrol dicurahkan sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah di ladang kelapa sawit milik suspek berdasarkan bukti awal yang di mana lokasinya terletak Sungai Gadong, Tanjung Sepat.

Sebelum dibakar, mangsa dibalut pula dengan dengan zink!
Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau.

Suspek dipercayai turut membuang senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa di dalam sungai yang sama. (LAPORAN Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Sri Bakri Zinin)

Hilang

Sebelum hilang Sosilawati membuat ucapan khas hari raya Bernama TV. Kemudian sesi fotografi bersama majalah Wanita. Pada 28 Ogos beliau menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Juga menghadiri perbicaraan kes tuntutan harta RM1.38 juta dengan bekas suaminya , penyanyi Lefthanded Nasharuddin Elias atau Nash.[4]

Sejak 30 Ogos 2010, Sosilawati dilaporkan hilang bersama tiga lagi iaitu pemandunya, peguam peribadi serta seorang pegawai bank. Beliau dikatakan membawa wang RM4 juta ke Banting,Selangor untuk menemui peguam atas urusan pembelian tanah di Pulau Pinang bernilai RM1.4 juta. Polis klasifikasikan kes ini sebagai kes orang hilang kerana tiada sebarang tuntutan wang.

Pada 6 September 2010, keretanya jenis BMW X5 plat WTL11 ditemui di parkir Pangsapuri Angsana USJ1 Subang Jaya. Kemudian kereta BMW 5 series milik peguamnya di sebuah kawasan perumahan berhadapan Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya. Polis forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur mengesan cop jari dan butiran DNA pada kereta. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyatakan semula panggilan telefon dan SMS keluar dan masuk sedang diperiksa. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman menyatakan keterangan suaminya telah diambil.[5]

Suspek

DATUK PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN (NRIC NO : 690211-10-5525) SURENDREN A/L NALLIANNEN (NRIC NO : 720801-10-5773) Seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan Banting dan bergelar "Datuk", adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka. Peguam berstatus Datuk dan adiknya diberkas pada 11 September 2010. Polis turut menahan seorang remaja berusia 19 tahun yang turut dikaitkan dengan pembunuhan berkenaan Polis berjaya menahan seorang lagi suspek, dipercayai bekas pengawal peribadi kepada Datuk berkenaan pada 14 September, 11 pagi. Jumlah setakat ini yang ditahan adalah 9 orang (setakat pada 16 September)

Tuntutan harta daripada Nash

Pada 27 Ogos 2010, perbicaraan tuntutan aset RM1.3 juta terhadap Nash diteruskan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Wang RM1.38 juta itu digunakan untuk membayar hutang rumah serta dilaburkan dalam tiga akaun atas nama bekas suaminya, Nash adalah hasil titik peluhnya sendiri. RM500,000 dikeluarkan melalui dua keping cek Bank Bumiputera Commerce Berhad adalah dari akaun peribadinya. Daripada jumlah itu, RM400,000 dilaburkan ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) atas nama Nash. Cek RM500,000 daripada akaun Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd dilaburkan di Public Mutual Berhad atas nama Nash.[6]

Keluarga

Anak perempuannya Erni Erinawati Sofea Bukhari (21) adalah antara orang terakhir yang dihubungi.
Pada 16 November 2006 Sosilawati berkahwin dengan penyanyi Rock Jamaludin Elias/ Nash sebelum bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 26 Mei 2009.

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Songkok Terbalik: DUN <b>Sungai Panjang</b>, Ng Swee Lee pula <b>...</b>

Posted: 23 Nov 2012 10:00 AM PST

Aku sebenarnya nak tergelak bila baca satu artikel dari sumber berita bangang Malaysiakini pasal isu warga emas kaum cina yang lahir di Malaysia tapi pegang ic merah. (Korang boleh baca kat sini) Kelakar je bila aku baca statement yang kononnya kod ic tengah 71 tu hanya untuk mereka yang berasal dari negara China. Sumber mana la mamat ni dapat. Korang tengok la sendiri kat lama web JPN di sini dan korang nilai sendiri tahap ilmu Ng Swee Lee tu yang suka putar belit dan reka fakta sendiri. Malaysiakini pun dah kena tempias kebodohan beliau dan termasuklah mereka yang membaca dan mempercayai 100% sumber berita Malaysiakini tu.

Kalau kod negara tu untuk orang yang berasal di negara china, macam mana dengan mamat bangla, indon, nepal, vietnam yang ada kod negara 71 tu? Sebelum JPN ada kod negara, kod 71 tu diberikan kepada semua warga asing yang mempunyai status pemastautin tetap di negara kita ni dan banyak sebab lagi (aku dah terangkan dalam post aku sebelum ni, malas nak terangkan lagi). Sekarang JPN dah ada kod negara dan kod negara bagi negara china ialah 74. Kan dah nampak kebodohan Ng Swee Lee tu. Macam mana la korang boleh pilih mamat ni jadi DUN dan ahli majlis daerah. Buat memalukan kawasan je la dia ni.

Pasal gagal ujian Bahasa Melayu tak boleh nak jawab nama bendera tu pada aku memang patut la. Korang dah duduk berapa lama kat Malaysia ni? Takkan tak pernah tengok tv? Ke korang ni dengar radio komunis je? (ada ke? kalau ada KDN kena siasat..heheh) Mustahil la dalam radio or tv negara kita ni takder sebut nama bendera kita. Kalau aku la, aku tanya sejarah negara sebelum dan selepas merdeka je, baru padan muka. Kalau nak jadi rakyat Malaysia, kena la tahu pasal Malaysia. Gagal syarat utama dalam Perlembagaan Persekutuan, gagal la semua. Ada paham ka? Jadi kajilah dulu segala kenyataan sebelum keluar dari mulut ko tu wahai saudara Ng Swee Lee, jangan sampai kena bodoh dengan orang....ko memang tak layak nak jadi DUN. Nasib la tak kena saman dengan JPN. Aku rasa JPN pun malas nak saman sebab buang masa je layan orang picisan macam ko ni...hahaha...buang duit rakyat je....hahahaha....bangang!!

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Fizz Crew bersama Fizz Fairuz <b>di Bandar Sunway</b> | FizzStars Fan Club

Posted: 28 Nov 2012 06:03 PM PST

Lepak bersantai sambil menikmati minuman Coffee di Starbuck Sunway Piramid .Perbincangan kali ini lebih banyak kearah aktiviti sukan berkumpulan .Keputusan discussion telah dipersetujui oleh Fizz Fairuz .Update tentang aktiviti sila rujuk di ruangan FizzStarsfc Activity .









12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


ceramah isu semasa <b>di meru</b> mendapat sambutan baik - khidmat meru

Posted: 15 Dec 2012 03:47 AM PST





Masyarakat kampung semakin berminat untuk mendengar isu-isu semasa dari pimpinan PR yang diadakan dikampung-kampung. Ceramah YB Manikavasagam, YB Dr Rani dan Ustaz Salahuddin Nasir berjaya mengumpul pendengar yang ramai dari kalangan lelaki dan wanita di Jalan Jabar, Meru.

12 di pandamaran - Google Blog Search

12 di pandamaran - Google Blog Search


GAMBAR &#8211; Roadshow <b>di Pandamaran</b>, Klang pada 17hb <b>...</b>

Posted: 17 Jul 2012 01:50 AM PDT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*