Sebuah pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) Ford baru dibuka oleh Sime Darby Auto Connexion di Jalan Ulu Kelang, Ampang, seterusnya menjadikan jumlah kemudahan yang menawarkan kedua-dua khidmat jualan dan servis sebanyak 45 unit di seluruh negara.

Pusat servis ini juga mengambil bahagian dalam kempen promosi Ford yang menawarkan insurans kenderaan, cukai jalan dan pendaftaran percuma bagi model terpilih yang ditempah dan didaftar sebelum 31 Disember 2013.

Sebagai tambahan, pemilik Ford juga boleh mengambil bahagian dalam 'Servis Ekstravaganza Ford' yang menawarkan pemeriksaan percuma, diskaun alat ganti sebanyak 10 peratus, alat elektronik seperti telefon pintar, tablet dan GPS di kemudahan ini sehingga tempoh promosi berakhir 28 Februari 2013.

Sementara itu, pelanggan yang membeli dan menerima Ford Focus baru di kemudahan ini sebelum 31 Disember pula berpeluang memenangi hadiah utama, sebuah Ford Focus Titanium empat pintu.