Selasa, 14 Mei 2013

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Azmin persoal ceramah politik Muhyiddin <b>di Ampang</b> <b>...</b>

Posted: 29 Mar 2011 10:41 PM PDT

AMPANG: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali mempersoal tindakan polis membenarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berceramah di Kampung Pandan, dekat sini malam tadi.

Sedangkan katanya, ceramah anjuran KEADILAN yang diadakan di Taman Melawati, Gombak Jumaat lalu, dihalang polis.

"Saya bertanya mengapa polis beri permit ceramah politik (kepada Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) di Kampung Pandan malam tadi?

"(Sedangkan) Kelulusan oleh IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) yang sama. (Tetapi mereka) Tak boleh jawab," lapor Azmin dalam twitternya selepas memberi keterangan di IPD Ampang Jaya, pagi ini.

Azmin mendakwa, dua laporan polis yang dibuat terhadapnya, dilakukan oleh pihak polis sendiri. Satu daripadanya, dibuat di bawah Akta Hasutan.

Malah, pegawai polis yang merakamkan keterangannya, ASP Dr Vasu dikatakan masih belum lagi melihat laporan tersebut.

"Baru saya dimaklumkan bahawa ada dua laporan polis terhadap saya. Satu lagi ialah di bawah akta hasutan kerana ajak rakyat bawa perubahan," kata Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa.

Menurutnya lagi, 18 soalan yang dikemukakan kepadanya disediakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

"Soalan semua disiapkan oleh IPK Selangor. Hebat!" kata Azmin.

Ahli Parlimen Gombak itu hadir di IPD Ampang pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung ceramah yang diadakan di Gombak, Isnin lalu.

Turut hadir memberi kenyataan kepada polis ialah Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Batu Caves, Amiruddin Saari.

Jumaat lalu, polis bertindak ganas apabila menyerbu dan menghalang ceramah kempen  'Tolak Fitnah' anjuran KEADILAN di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar berucap 15 minit sahaja,  sebelum mematikan pembesar suara dan mengheret Ketua Umum KEADILAN itu turun dari pentas, sehingga menimbulkan kemarahan hampir 5,000 yang hadir.

Selasa lalu, sepasukan polis  'mengepung' rumah Azmin di Ampang bagi menyerahkan notis mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah supaya beliau memberi keterangan kepada polis berhubung ceramah tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10152

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


KedahLanie.info: Analisis ringkas PRU 13 <b>di Negeri Selangor</b>.

Posted: 10 May 2013 11:30 PM PDT

Analisis ringkas ini berkisar di dua Parlimen panas di negeri Selangor iaitu P108 Shah Alam dan P109 Kapar.
Pertama, kenapa saya memilih kedua-dua parlimen itu?
Pertama, kedua-dua parlimen itu, majoriti pengundinya adalah Melayu yg beragama Islam.
Kedua, kerana kedua-dua kerusi Parlimen itu mempunyai bilangan pengundi antara yg tertinggi di Selangor dan juga Malaysia.
Ketiga, kerana Shah Alam merupakan Ibu negeri bagi negeri Selangor, manakala Kapar mempunyai pintu masuk ekonomi Malaysia, iaitu Pelabuhan Klang.
Terlebih dahulu, kita melihat kempen BN di negeri Selangor. Kempen BN di Selangor mencakupi dari segi aspek fizikal melalui Karnival Sayangi Selangor, Karnival Jom Heboh dan juga pelbagai jenis Karnival lain, termasuklah Karnival Ambang Tahun Baru di ICT. Itu dari segi fizikal. Dari segi penggunaan media massa, jelas kesemua media utama, baik percetakan (Utusan, BH, Kosmo, NST), media elektronik (Media Prima, Astro Awani) BIAS kepada Kempen Barisan Nasional.
Beralih kepada kempen PR di Selangor. PR di Selangor, terutama sekali PKR aktif dalam mengadakan ceramah penerangan mengenai isu-isu semasa. DAP bergerak melalui media cetak berbahasa mandarin. Dan PAS banyak bergerak melalui program-program Dakwah di masjid-masjid di negeri Selangor. Saya suka untuk menyatakan bahawa, program kelolaan Dr Halimah iaitu SPIES. Antara program-program lain yg dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor adalah Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan dan Tahun Baru bersama Ulama'.
Sebagai pembuka minda, apakah sebenarnya punca kekalahan BN di Selangor sedangkan Kempen untuk menakluki Selangor sangat-sangat hebat? Pelbagai janji, projek-projek mega yg dijanjikan khas untuk rakyat Selangor tidak mampu untuk menarik minat rakyat di negeri ini.
Di Parlimen Kapar, calon drpd PKR menang dgn majoriti yg besar. Untuk makluman, di P109 ada 4 DUN. Barisan kalah di kesemua empat-empat kerusi DUN tersebut, sekaligus mempertahankan P109 terus di bawah PR. Untuk pru 13, didapati BN mendapat kembali sokongan kaum India berbanding pru 12. Tetapi kenapa BN tetap tewas di P109 dan juga kesemua DUN? Bukan kerana tsunami kaum cina, tetapi penolakan orang melayu sendiri keatas BN.
Situasi yg sama berlaku di P108, Shah Alam. Melihat sokongan rakyat semasa karnival Sayangi Selangor, BN begitu yakin akan mampu merampas Selangor dari tangan PR. Calon P108 dr Mesra BN, iaitu Datuk Zulkifli Nordin merupakan satu pesaing kuat kepada Yb Khalid Samad. Diatas kertas, Khalid Samad akan tumbang menyembah kaki Zul Kulim. Tetapi, 5/5/13 menjadi saksi pengundi Shah Alam menolak Datuk Zulkifli Noordin. Antara hujah kenapa kepimpinan BN negeri cukup yakin untuk menawan Selangor adalah berdasarkan faktor kehadiran pengunjung yang ramai, baik Karnival Sayangi Selangor ataupun Majlis Makan Malam bersama masyarakat cina di Selangor. Sedarkah anda, para jentera BN, majoriti pengunjung-pengunjung yg dtg ke setiap karnival anjuran BN terdiri drpd mereka yg masih bersekolah dan juga belia yg belum cukup umur untuk mengundi? Jika tidak, memang patut BN kalah diatas ketidak-sensitifan pihak kepimpinan BN.
Berbanding program keagamaan anjuran Kerajaan PR SELANGOR, yang mengadakan program-program kuliah yang membariskan para HEAVYWEIGHT spt Ust Azhar Idrus, Ustaz Bollywood dll yang mana setiap kali program kuliah ini diadakan, baik di Masjid Negeri Selangor atau Dataran Kemerdekaan Shah Alam, pasti yang datang puluhan ribu malahan ratusan ribu pemuda pemudi Muslim yg merupakan prospek undi kpd PR.
Berfikir secara logik, mana lebih sukar, mengumpulkan ratusan ribu manusia melalui Majlis Ilmu atau Majlis Hiburan? Jawapannya Majlis Ilmu. Lihat, disini saja sudah menjadi faktor kekuatan PR di Selangor. Mereka melalui PAS berjaya mendidik masyarakat untuk mencintai majlis ilmu berbanding majlis hiburan yang penuh dgn hiburan duniawi semata.
Kenyataan ini bukan bermaksud, PR mempergunakan masjid untuk berkempen, tetapi sebaliknya yang berlaku. Jentera kerajaan negeri sentiasa memastikan masjid-masjid di negeri Selangor penuh dgn aktiviti kuliah dan aktiviti selain kuliah yg bermatlamatkan Mengimarah Masjid, Nadi Kejayaan Ummah. Lihat saja Masjid As-Salam Puchong, sgt aktif walaupun majoriti warga Puchong adalah non muslim. Lihat sahaja jadual Aktiviti Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, penuh dgn aktiviti dakwah. Bandingkan dengan Masjid Negeri di Negeri pimpinan BN, adakah semakmur masjid negeri Selangor? Adakah masjid-masjid lain di Malaysia yg tiap-tiap malam ada sahaja anak-anak sekolah menengah yg beriktikaf di masjid & pada paginya mereka pergi ke sekolah setelah bersolat Subuh secara berjemaah?
Hasilnya, BN hilang undi orang Melayu Islam diatas keseronokan Barisan Pimpinan BN mengadakan karnival-karnival bermotifkan maksiat. Masyarakat Selangor menilai kerajaan mana yang lebih memberi manfaat kpd rakyat. Manfaat disini bukannya projek-projek mega, bukannya penyediaan kemudahan asas, tetapi suatu pencapaian aspek SPIRITUAL kerana negeri Selangor sudah siap dibangunkan oleh kerajaan BN terdahulu. Rakyat Selangor terutama sekali umat Islam sangat takut akan pengaruh hidonisme tajaan BN melalui tarikan K-POP kepada anak-anak mereka. Walaupun media pro BN memanaskan isu kalimah Allah, tetapi, rakyat Selangor tetap tidak terpengaruh kpd isu tersebut, kerana rakyat Selangor faham benteng akidah umat bukan pada kalimah Allah semata-mata, tetapi ia lebih daripada itu iaitu kerja-kerja dakwah dikalangan umat Islam haruslah digerakkan secara aktif & sistematik.
Itu di parlimen Shah Alam. Di parlimen Kapar pula, situasi sedikit berbeza kerana faktor demografi. Di Shah Alam, boleh dikatakan bahawa, penduduk Shah Alam majoriti adalah golongan educated. Di parlimen Kapar bercampur-campur. Hanya DUN Sg. Pinang shj majoriti pengundi.cina. Itu tidak perlu dianalisis lagi. Perhatian akan diberikan di 3 lagi DUN dlm Parlimen Kapar iaitu Sementa, Selat Klang & Meru. Dun Selat Klang yg dikemudi Dr Halimah memperlihatkan peningkatan yg amat baik. Dr Halimah berjaya melaksanakan tugas beliau sbg wakil rakyat Selat Klang. Beliau aktif menjalankan aktiviti tajaan Keagamaan, kekeluargaan dan juga program motivasi khas utk anak negeri yg mana ianya percuma.
Di Dun Meru pula, kawasan Dr Abd Rani, Pesuruhjaya PAS Selangor juga seperti kwsn Selat Klang. Masjid As-Syarif antara masjid yang aktif mengadakan program-program dakwah. Berbeza di DUN Sementa dibawah pentadbiran Datuk Abdul Rahman Palil. Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan gerak kerja yg konstruktif di DUN ini. Melainkan sebahagian tugas-tugas biasa seorang wakil rakyat. TIADA, NOTHING HE DO FOR HIS DUN. Jangan kata tiada peruntukan, kerana kerajaan persekutuan telah memberikan sejumlah dana untuk beliau laksanakan tanggungjawabnya.
Rasanya, tidak perlu untuk saya mengulas perihal calon yang bertanding. Ini kerana masyarakat tempatan kenal dgn siapa calon2 parti yg bertanding.
Terus-terang saya katakan bahawa saya merupakan penyokong BN, tapi utk PRU ini saya memilih PR mengetuai kerajaan negeri kerana saya mahu masjid dan surau negeri Selangor terus subur dengan kuliah agama. Belum lagi memerintah negeri, BN sudah mempromosikan hedonisme tidak terkawal. Ingin saya tegaskan, bukan semua pro-BN redha dgn cara kempen BN. Tiada guna pemimpin BN & penyokong BN mempertahankan kalimah Allah, sedangkan kalian sendiri yang mempermainkan kalimah Allah diatas tindak-tanduk kalian. Ingat, rakyat mahukan ISLAM sebagai ADDIN, bukan yang lain. Kenyataan ini disokong hasil bancian syarikat penyiar TV, bahawa rancangan yang mendapat rating tertinggi penonton di Selangor adalah rancangan berbentuk keagamaan spt Tanyalah Ustaz dan lain-lain lagi rancangan yg seangkatan dengannya, bukannya rancangan Akademi Fantasia @ Mentor.
Ikhlas saya katakan, jikalau Pengerusi BN iaitu Datuk Seri Najib Razak mahukan BN kekal relevan pada PRU 14, ISLAMKAN lah UMNO. Tunaikanlah hak Kerajaan Kelantan untuk mendapatkan royalti Petroleum. Bergabunglah dgn PAS dan kesemua anggota MP yg beragama Islam untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Jadikan Kelantan sbg negeri contoh. Dengan jumlah MP muslim baik dlm BN & PR, saya merasakan ia sudah cukup untuk kalian mendapat sokongan 2/3 anggota dewan rakyat bagi meminda perlembagaan. BN mesti memperlihatkan keikhlasan untuk membantu semua rakyat Malaysia, kerana BN adalah kerajaan untuk rakyat Malaysia, bukan untuk rakyat BN semata. Pepatah Inggeris berbunyi: " What you give, you get back" adalah sangat sesuai bagi menggambarkan iklim politik hari ini. Hanya dgn keikhlasan gerak kerja mampu menarik sokongan pengundi kpd BN.

Nazri Cabar Anwar hapuskan Ketuanan Melayu <b>Di Negeri Selangor</b> <b>...</b>

Posted: 11 May 2013 07:07 PM PDT

By Sungai Rapat on Sunday, May 12, 2013 with 11 comments

Ahli Parlimen Padang Rengas Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencabar ketua pengkhianat bangsa Anwar Ibrahim agar menghapuskan ketuanan Melayu yang dicanangkan diseluruh negara di negeri Selangor.

Oleh kerana di negeri Selangor mereka mendapat majoriti 2/3 jadi Anwar dan kuncu-kuncunya termasuk cina DAP boleh meminda perlembagaan agar status bumiputera di negeri Selangor dimansuhkan.

"Saya yakin Pas, DAP dan PKR akan bersetuju jika ketuanan Melayu dihapuskan kerana mereka tidak pernah mengaku mereka adalah orang Melayu", kata Nazri.

Category: politik

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


PENGEDAR SAH SHAKLEE <b>DI DENGKIL</b> BANTING SEPANG KLIA <b>...</b>

Posted: 02 May 2013 05:00 PM PDT

Yezza.. bulan ni memang OFFER BEST ! Mana taknya Offer untuk Shaklee VIVIX ! Pasti ramai yang dah ternanti-nanti, tertunggu-tunggu bilalah agaknya Shaklee VIVIX ni nak offer lagi kan? Haa.. tu lar.. masa tengah offer takmo beli.. Dah abes offer tanya lak.. hihi.. Takpe, takpe.. ni offer dah datang lagi, jangan tunggu lama-lama, silalah rembat yea.. HARGA OFFER memang berbaloi.. 
Apa itu vivix?
Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat & tumbuh-tumbuhan lain.

Apa yg terkandung dlm Vivix ni sehinggakan ia dikatakan sangat best?
Vivix ia mengandungi resveratrol. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.

Dan akhir sekali..ni saya nak share satu rahsia..
Saintis mendapati Orang Perancis makan makanan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui: Rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terdapat dalam wain merah...

Apakah itu Resveratrol?
• Antioksidan yang kuat,
• Anti-inflamasi
• Anti-kanser
Tapi takkanlah kita as muslim nak gi minum wine merah plak kan..hehe.. ALTERNATIF terbaik adalah dptkan vixix..Satu hidangan Vivix™ mengandungi sama banyak resveratrol yang terdapat dalam 100 gelas wain merah..Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)..

Jadi, apa yang ditunggu lagi? Nak baca testimoni? Haa.. boleh klik sini.. Dan saya akan kongsikan lagi dan lagi testimoni-testimoni yang menarik tentang VIVIX!
Hubungi saya untuk mendapatkan HARGA OFFER VIVIX! :-)

Puan Lia [UmmiIrfan]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk
Fanpage: UmmiIrfan Online Shoppe


*Click here to order.
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.


>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini <<

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


Coret-coret: Catatan setahun <b>di</b> SJKT <b>Jenjarom</b>

Posted: 07 Nov 2012 05:52 PM PST

Mula mendapat tawaran masa kursus dulu, aku tak percaya akan ditempatkan di SJKT. Masa mula-mula masuk di SJKT Jenjarom, aku agak ragu-ragu. Rasa tak mampu, soalan tentang logiknya aku, seorang Melayu ditempatkan di SJKT selalu datang bertalu-talu. Dengan semua rakan kerja adalah berbangsa India, rasanya ketika tu mustahil untuk aku hidup di sini. 
Tapi, Allah Maha Mengetahui. Sedikit demi sedikit, aku rasa aku dan SJKTJ adalah sama. Malah aku rasa bangga mengajar di SJKTJ. Banyak kisah lucu dan duka di sini. Paling kelakar bila anak-anak kecil tahun 1 memanggil aku kakak. DUnia mereka masih kecil. Tidak luas kerana kurang jauh perjalanan mereka. Pada mereka, orang Melayu adalah kakak (pembantu pra sekolah aku Melayu) yang membantu guru-guru mereka ketika mengajar. Seikhlasnya, aku simpati dengan mereka kerana kurangnya pendedahan.
Anak-anak ini nampak sangat semangat ingin menjalin hubungan baik dengan aku kerana aku berbangsa asing. Ketika aku beritahu yang aku bakal berpindah, mereka mengeluh dan bertanya kenapa. Ya, mereka tidak fasih berbahasa Malaysia kerana persekitaran. Tetapi mereka tetap cuba bercakap dengan aku walaupun kebanyakan waktu mereka berbahasa Tamil dengan menganggap aku memahaminya. Kelakar sangat rasanya berdepan dengan anak-anak ini. Kelakar tapi membahagiakan.
Berada di sekolah Tamil, aku selamat dari banyak perkara. Kurangnya teman berbicara menyelamatkan aku dari sudut pengurusan masa. Kemudahan tahap yang sederhana menyeronokkan aku. Mana nak dapat bilik guru yang ada 'cubicle' masing-masing. Itu tahap orang kerja pejabat. Dek kerana itu, aku mampu melengkapkan tempat bekerja aku dengan pelbagai kemudahan. Sampaikan Pushpa kata aku ni stationary shop. Even aku boleh terus mencetak dokumen disebabkan cubicle aku ada pencetak sendiri yang aku bawa dari rumah. Aku mampu menyediakan ABM sebanyak yang mungkin. Memang seronok di sini. Makan pun di meja sendiri.
Ada dua tiga perkataan yang aku belajar dari rakan-rakan guru dan anak-anak didik aku. Ukkar (duduk), paadi (baca), satham poda dei (Jangan bising), un gal dan pin gal (budak lelaki dan perempuan), sikkaru (cepat). Ada lagi kot. Tapi mungkin aku dah terlupa. Seronok juga belajar bahasa asing.
Bila permohonan tukar berjaya, aku akui hati aku separuh-separuh. Seronok juga di SJKT kerana aku sudah bersedia dengan bahan dan segala macam benda untuk tahun depan. Berpindah ke tempat baru bererti aku kena mula semula dari bawah. Setahun untuk aku menyesuaikan diri dengan suasana sedia ada. Harapnya, di sekolah baru aku dapat menyesuaikan diri nanti. I'm gonna miss my kids and colleagues... Bet, they don't believe this. :|

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di tanjung sepat</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2013 11:32 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Minggu Antidadah SMK <b>Tanjung Sepat</b>, Kuala Langat

Posted: 11 Apr 2013 10:45 PM PDT


Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan terus melaksanakan program pencegahan bersama komuniti supaya impaknya lebih besar kepada masyarakat. 
Bagi memastikan visi membanteras masalah penagihan dadah tercapai, AADK telah melaksanakan pelbagai program secara tersusun dan terancang bersama komuniti yang mana akan memberikan impak tinggi kepada masyarakat.
Baru-baru ini bas pameran AADK  telah diundang ke SMK Tanjung Sepat, Kuala Langat sempena Minggu Antidadah pada 14 Mac 2013. Objektif utama pameran ini adalah untuk menyampaikan maklumat dan kesedaran kepada para pelajar sekolah supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjauhi dadah.
Bas pameran telah diletakkan di perkarangan bangunan SMK Tanjung Sepat bagi memudahkan aktiviti pameran dan lawatan pelajar sekolah. Aktiviti pameran bermula jam 9.00 pagi dan pelajar-pelajar telah membuat lawatan secara giliran mengikut kelas. 
Diharapkan dengan pameran seperti ini para pelajar di peringkat sekolah mendapat pemahaman tentang kesan dadah terhadap kesihatan di samping meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang bahaya dadah.

                            
hidup ini terlalu indah untuk disiakan...

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Azmin Ali Bidas PR Anjur Perhimpunan <b>Di Kelana Jaya</b> Lapor <b>...</b>

Posted: 09 May 2013 03:04 AM PDT


Yahoo News cakap ada ura2 yang Azmin Ali nak letak jawatan.

Errr..

Tak mungkin.

Tapi tatau pula kalau ia betul2 terjadi. Dalam sehari dua neh di kalangan orang2 PKR sendiri berkata bahawa kekalahan PKR di beberapa kerusi dalam PRU ke 13 menyebabkan Azmin dipersalahkan oleh ramai anggotanya atas alasan memilih kroni daripada individu yang telah berjasa di kawasan tersebut.

Cakap2 orang dalam PKR sendiri mengesahkan bahawa pergolakkan dalaman yang kurang senang dengan sikap yang di tonjolkan oleh Azmin Ali semakin memuncak pada tahun 2010. Dan seterusnya semakin berkembang dalam tahun2 kebelakangan itu.

Berikut antara yang dilaporkan oleh Yahoo News ;

Anwar Ibrahim's right-hand man Mohamed Azmin Ali is purportedly set to ditch Parti Keadilan Rakyat and the Pakatan Rakyat coalition.

According to party sources, the 49-year-old politician wants to leave the coalition 'due to his dissatisfaction over the allocation of Selangor state executive committee seats among Pakatan members.' 

It is believed that 11 senior Pakatan figures – said to be newly elected Members of Parliament - are set to follow Azmin out the door. 

Azmin's absence from the mammoth Pakatan Rakyat rally fronted by leader Anwar Ibrahim in Kelana Jaya, Selangor on Wednesday night has not gone unnoticed, thanks in no small part to Azmin's scathing Tweets about the event. 

On Twitter, he slammed Pakatan for organising the rally, urging the coalition to accept their loss at the recently concluded 13th General Election.  

Azmin tweeted, "Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman, muhasabah diri, akui kelemahan, maju ke hadapan, tumpu rakyat bukan kerabat." (The people are tired over the excessive political pressure. Accept the punishment, judge yourselves, admit weakness, progress and focus on the people, not kinship).


The 46-year-old Azmin is reportedly one of those battling to become the new Selangor Menteri Besar. Several candidates' names, including PAS' Ahmad Yunus Hairi, have surfaced. However, incumbent Menteri Besar Khalid Ibrahim is believed to be the Pakatan Rakyat leadership's choice to keep his position. 
Attempts to contact Azmin by Yahoo Malaysia, have so far been unsuccessful. Sinar Harian, however, quoted Azmin as saying that he wants to 'save PKR from any form of nepotism that could erode the public's trust in the party'.

He further denied rumours that he was set to leave the party along with other members of parliament. "I will not abandon this noble fight and will never betray the trust of the people who want change," he said.

 
Translation. Point penting.

1. Menurut sumber dalaman PKR, Yahoo News menyatakan bahawa Azmin Ali akan meninggalkan Pakatan Rakyat disebabkan tidak berpuas ahti dengan pengagihan kerusi Exco antara parti2 yang menang di Selangor, iaitu PAS, PKR dan DAP.

2. Antara yang disebut2kan akan meninggalkan PR ialah 11 ahli parlimen yang baru memenangi PRU juga akan mengambil jejak langkah yang serupa.

3. Ketidakhadiran Azmin Ali di perhimpunan mega Kelana Jaya mengesahkan lagi cakap2 yang sedang tersebar sekarang neh. Twitter yang dikemaskini oleh Azmin Ali juga menambahkan lagi persepsi negatif umum.

4. Azmin Ali dalam twitternya berkata [seperti di dalam gambar] telah membidas perhimpunan tersebut.

5. Azmin Ali antara nama2 yang disebut akan mencabar jawatan Menteri Besar. Terdapat satu laporan yang mengesahkan nama  Azmin Ali antara yang tercatit dalam kertas cadangan lantikan menteri besar. Namun, nama Khalid Ibrahim yang menjadi pilihan rakyat jelata dan juga parti2 komponen Pakatan Rakyat lebih menguasai keadaan.

6. Yahoo News gagal menghubungi Azmin Ali untuk mengesahkan beberapa perkara namun, laporan Sinar Harian menyatakan bahawa Azmin Ali dilaporkan berkata 'SELAMATKAN PKR daripada sebarang amalan NEPOTISME mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap parti [PKR].

7. Dia kemudian berkata bahawa tidak akan meninggalkan parti dengan mana2 ahli parlimen kerana tidak mahu mengkhianati kepercayaan rakyat yang diberikan ke atas nya. Lapor Sinar Harian yang dipetik oleh Yahoo News.

Pendapat aku. 

NEPOTISME tue merujuk kepada siapa? Dalam PKR jelas NEPOTISME merujuk kepada

Anwar Ibrahim

Wan Azizah

Dan Nurul Izzah.

Nak cari gaduh dengan Anwar Ibrahim? Aku rasa Azmin Ali kena hadap dengan penyokong tegar Anwar Ibrahim dulu untuk bernafas dalam PKR.

Pendapat peribadi ah. Aku yang bidas Anwar Ibrahim pun kena ketuk. Padahal medium kecik jek. Berapa ramai yang baca sangat apa yang aku tulis? Ini Azmin Ali? 

Hehe. 

Bersiap sedia la ek. Sebab  penyokong Anwar Ibrahim memang ramai. Mak aku salah seorang dari nya dan aku terlebih2 kagum macam mana ah si ANwar Ibrahim tawan ahti depa. Bertahun2 beb. Jampi ke apa?  Demmit.

Wakaka. Bai.  


IKLAN TEXT DISINI


USAHAWAN TELCO HIJAU MODAL RENDAH!


TAHUKAH ANDA KANSER BOLEH DICEGAH JIKA ANDA LAKUKAN SESUATU? KLIK SINI!


DAPATKAN HANDPHONE DAN GAJET MURAH DISINI!

Tukar Tiub: BERTEMU <b>DI KELANA JAYA</b> MALAM ESOK

Posted: 07 May 2013 08:07 AM PDT


malam esok jam 8:30 malam


--------

ads