Jumaat, 12 Julai 2013

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Blogger <b>di</b> Burger Bakar Abg Burn jajahan <b>Cheras</b> - YaNa YassiN

Posted: 04 Jul 2013 10:04 AM PDT

Sekarang jam menunjukkan pukul 12.40malam. Kira dah lewat malam arr kan. YY baru balik dari Burger Bakar Abg Burn yang hari nie melancarkan Burger Al-Lazat . Apakah burger Al-Lazat nanti YY citer kemudian.
Sebenarnya YY nak bgtau betapa meriah nya Majlis pelancaran nie sebab di hadiri ramai Bloggers. Dah macam Ghatering dan reunion plak. Sebab ada Bloggers yang memang susah dan jarang sangat jumpa. Meriah sangat. Masing – masing memang sibuk bergambar jer. Meh layan sape yang YY jumpa tadi.
Fatin Suhana , Cik Epal dan Fatin Liyana.
Kak Zulitha senior masa sekolah Teknik dulu.
Kami Kenyang makan burger bakar

Semua Gambor amik pakai Iphong , so memang cahaya kejap ada kejap takde yaa.
Antara Blogger yang ada tadi .


Gegurl

1. www.yanayassin.com – Yana Yassin

2. www.ruby.my – Ruby

3. www.penmerah.com – Anne Raihan

4. http://cikepal06.blogspot.com – Cik Epal

5. http://kupukupukecik.blogspot.com – Yuyu Zulaikha

6. http://fatinsuhana.blogspot.com – Fatin Suhana

7. http://honeykoyuki.blogspot.com – Fatin Liyana

8. http://ietams.blogspot.com – Zulitha

9. http://teddypinkygurl.blogspot.com/ – Nunu

10. http://c33ram00n.blogspot.com/ – Ceeramoon

11. http://ctliyana86.blogspot.com/ – Yana Ujang

12.



BoBoi

1. www.shakiddo.com

2. www.hazmanfadzil.com

3. www.jmr23.com

4. http://penaberkala.blogspot.com/

5. http://www.terbangtinggitinggi.com/

6. www.budiey.com

7.


Kalau ada yang tertinggal bagi tau eh. Nanti YY update lagi . Dah kul 1.10malam. Nak tido dulu arrr. Daaaaa Smile Gigih update tau .



12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jun 2013 07:32 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 24 May 2013 07:23 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 05 May 2013 07:20 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Apr 2013 07:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit lanjan</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jan 2013 07:19 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jadual program dan jelajah Anwar Ibrahim 12 Jan-3 Feb <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2013 01:13 AM PST

Berikut jadual program dan jelajah yang akan dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula 12 Januari sehingga 3 Februari 2013:

Januari:

12.1: Sabtu- Himpunan Kebangkitan Rakyat

13.1: Ahad- Pulau Pinang

19.1: Sabtu- 1) 5 petang: MeetAnwar Kajang anjuran AIC

2) 9 malam: Makan malam di Petaling Jaya Utara bersama Tony Pua

3) 11 malam: Ceramah di Batu Tiga, Shah Alam

20.1: Ahad- 1) 9 malam: Pongga Lembah Pantai

2) 11 malam: Ceramah di Bukit Lanjan

24.1: Khamis- Sambutan Maulidur Rasul di kediaman Anwar

25.1: Jumaat- Johor

27.1: Ahad- Negeri Sembilan

29.1: Selasa- Tapah dan Perak

Februari:

1.2: Jumaat- Makan malam bersama DAP Pulau Pinang dan di Pokok Sena, Kedah

2.2: Sabtu- Terengganu

3.2: Ahad- Melaka

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42718

SEKOLAH KEBANGSAAN <b>BUKIT LANJAN</b> (ASLI): MAJLIS <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2013 06:20 PM PDT

Pada 27 April yang lalu, satu Majlis Perpisahan sempena pertukaran guru besar Pn. Hajah Nur Ma binti Baharom dan Penolong Kanan HEM Pn. Rosnani binti Mohamed Arus telah diadakan di Dewan Mini SK Bukit Lanjan. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Yang Dipertua PIBG En. Norazman Jamalim dan juga barisan AJK PIBG SK Bukit Lanjan. Pn. Hajah Nur Ma telah bertukar ke SK Bandar Sri Damansara 3 dengan menjawat jawatan guru besar juga manakala Pn. Rosnani bertukar ke SK Damansara Damai 1 dengan memegang jawatan PK HEM. Majlis diselubungi dengan rasa sayu memandangkan Pn. Nur Ma telah berkhidmat di SKBL dengan gigih selama hampir 5 tahun. Pn. Rosnani pula tidak jemu-jemu menabur bakti kepada masyarakat beliau iaitu Orang Asli Bukit Lanjan selama hampir 23 tahun lamanya. Mereka berdua telah menaikkan nama SK Bukit Lanjan sehingga dikenali ramai melalui pencapaian akademik dan kemenjadian muirid. Seluruh warga SKBL akan merasa kehilangan mereka berdua dan berharap mereka akan lebih berjaya meneruskan kecemerlangan di tempat baru. Budi dan jasa mereka akan senantiasa dikenang.

Dari Daik pulang ke Daik,
Pagi-pagi menebang pisang.
Budi baik dibalas baik,
Akan sentiasa dikenang orang.

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


<b>Sungai</b> Dan Hutan Sumber Kehidupan Kita - Relaks Minda

Posted: 04 Jul 2013 10:23 AM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Tahukah anda dari manakah puncanya air sungai? Pernahkah anda ketahui bagaimana pula air sungai boleh muncul keluar dari tempat yang tinggi lalu mengalir ke kawasan rendah? Ianya terhasil dari aturan alam yang sungguh menakjubkan. Sungguh sempurna alam ciptaan Allah ini.
Terdapat beberapa sumber punca kewujudan air sungai. Ianya adalah dari air hujan, pencairan glasier, tasik dan mata air. Di negara kita, punca air sungai adalah dari hujan dan mata air. Bagaimana pula ia boleh berlaku?

Hujan memainkan peranan penting untuk membekalkan air mentah semulajadi. Hutan di tanah tinggi merupakan kawasan yang utama tempat dimana hujan akan turun. Maka dari situlah munculnya nama kawasan tadahan hujan. 
Tekanan rendah di tanah tinggi membuatkan awan cuba untuk naik tinggi. Akibat terlalu berat ianya akan melepaskan sebahagiannya sebagai hujan. Hutan yang tebal pula umpama span berongga yang besar menyerap air hujan ini lalu menapisnya secara semulajadi. 
Air yang terserap ini akan keluar semula dari dalam tanah melalui rekahan dan celahan batu. Inilah yang dinamakan sebagai mata air semulajadi. Air ini sangat bersih dan kaya dengan mineral semulajadi yang baik untuk kesihatan. Air mengalir mengikut tarikan graviti lalu mengalir menuruni lurah gunung dan bukit lalu membentuk aliran yang kita kenali sebagai anak sungai. 
Air yang mengalir menuruni lurah gunung dan bukit ini menghakis dan membawa segala yang ada dilaluannya lalu hanya meninggalkan batu yang berat dan terpasak di bumi. Di sinilah bermula terjadinya air terjun yang indah yang menghiasi lanskap hutan. Aliran sungai yang kecil ini mengalir laju hingga ke lembah yang semakin mendatar. Beberapa aliran tadi ada yang bercantum sesama sendiri lalu membentuk sungai yang semakin besar. 
Sungai yang mengalir ini akan terus bergerak ke lembah yang rendah. Ada yang tersekat lalu bertakung dan membentuk tasik. Yang selebihnya pula terus bergerak ke permukaan paling rendah lalu terus menuju ke laut.
Lautan yang terbentang luas ini pula merupakan sumber utama bagi kejadian awan. Awan yang terbentuk akan bergerak pabila di tiup angin menuju ke kawasan tekanan rendah iaitu di tanah tinggi. Maka proses yang sama akan berulang kembali...ianya akan berterusan selagi tiada gangguan. 
Dari informasi ini, tahulah anda betapa pentingnya hutan di tanah tinggi ini menjadi tadahan hujan untuk membekalkan kita air mentah semulajadi untuk sumber kehidupan kita dan setiap makhluk bernyawa. Oleh itu hargailah dan cintailah hutan kita. Ia adalah sumber oksigen dan air bersih untuk kehidupan kita. 
Kawasan tadahan hujan perlu di pelihara dan sungai pula harus di jaga kerana kita amat bergantung kapadanya untuk meneruskan kehidupan ini. Elakkan kemusnahan dan pencemaran demi kehidupan yang selesa untuk masa kini dan akan datang.
Sesungguhnya setiap kejadian dan ciptaan Allah SWT itu ada sebab dan fungsinya. Andai kita musnahkan ia maka terganggulah aturannya lalu membawa kepada bencana. Bala bencana tidak mengenal mahupun memilih mangsanya...Jangan sampai 'sudah terhantuk baru hendak tergadah'...kerana alam semulajadi yang musnah tidak dapat di kembalikan semula dengan sekelip mata.
Terima kasih bersama Relaks Minda... Menjamu mata sambil mendapat informasi berguna.
Admin...

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


Malang Tak Berbau, ADUN PAS <b>Tanjung Sepat</b> DiKianati Jeti <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2013 07:32 AM PDT

Ir Haslin, ADUN Tanjung Sepat, Kuala Langat, membuat lawatan ke jeti nelayan cinabeng di Tanjung Sepat. Beliau telah menguji struktur binaan tersebut dengan kakinya (gambar di atas) ..... entah mengapa ... TIBA-TIBA......


Seluruh binaan jeti tersebut RUUUUNNNTUUUHH!

Mujurlah Ir Haslin terselamat dan tidak mengalami kecederaan yang serius. 



Hai, entahlah .... di Pulau Pinang, ada juga binaan runtuh. Penangkap kilat runtuh. Sabtu lepas, jerebu teruk. Kini, di Selangor, seorang ADUN PAS di timpa kecelakaan dalam kawasan cinabeng. 
Malang tak Berbau, kita doakan saja keselamatan dan kesihatan ADUN berkenaan. Nampaknya, di mana DAP-PKR kuat di situ banyak bencana menimpa. 

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


PENDEDAHAN - Pelancaran markas Syiah Melayu <b>di Klang</b>, Selangor

Posted: 20 Jun 2013 05:00 PM PDT

Mendedahkan video pelancaran markas Syiah Melayu di Klang, Selangor - 2013
video nie di laman youtube setelah dikongsi oleh salah seorang pengikut SYIAH MELAYU dan diupload pada tarikh 12 JUN 2013 - terus buka link tersebut : "Pembukaan Madrasah Ansar Imam Mahdi di Malaysia" 

Perhatikan :
1. Cara Syiah Melayu - Iqamat (minit 1:33)
2. Cara Solat Syiah - Solat (minit 2:28)
3. Cara Mereka Bersalaman - Bila Bertemu Sesama Ahli (minit 3:10)

Pendedahan bersifat umum hanya memohon tindakan selanjutnya dari pihak berwajib serta diri kita sendiri tentang aktiviti penyebaran Syiah secara diam di Malaysia 

yang semakin berkembang.

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Gambar Kemalangan Perodua Viva <b>Di Shah Alam</b> 16 Jun 2013 <b>...</b>

Posted: 16 Jun 2013 06:07 AM PDT

Gambar kemalangan kereta perodua Viva Di Shah Alam pada 16 Jun 2013. Dilaporkan tiga pelajar UITM maut terkorban manakala seorang cedera parah pada awal pagi tadi berpunca akibat hilang kawalan dan terbabas ke penghadang jalan di Kilometer 14.5 Lebuh Raya Persekutuan. Difahamkan, empat sahabat sedang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Kuala Lumpur setelah melawat I-City sebelum kemalangan berlaku pada awal 5.15 pagi.

 viva-kemalangan-shah-alam

Hasil daripada siasatan, kereta tersebut dipandu dengan laju sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan. Akibat daripada rempuhan kuat, bonet kereta yang terperosok di bawah pembahagi jalan rosak teruk dan dinding kereta sebelah kanan terkopak menyebabkan pemandu dan seorang penumpang wanita yang duduk di belakang tercampak keluar.

Lagi Gambar Kemalangan

Nahas-Shah-AlamNahas-Shah-Alam-2Nahas-Shah-ALam-3

viva-kemalangan-shah-alam

kemalangan

Senarai Mangsa Kemalangan Perodua VIVA 16 Jun 2013

  • (Gambar Pertama Dari Kiri) Terkorban- Adam merupakan pelajar Diploma Pengajian Sukan di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang;
  • (Gambar Kedua dari Kiri) Terkorban- Ameer (pelajar asasi jurusan perakauan di UiTM Shah Alam);
  • (Gambar Ketiga dari kiri)- Terkorban- Nurfarina (pelajar asasi Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, UiTM Shah Alam)
  • Gambar keempat dari kiri (Hanya Cedera) Nurul Maizura (pelajar asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia).

ohtidak-viva-kemalangan-shah-alam-2

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


PENIPUAN GORES DAN MENANG <b>DI</b> MEDAN <b>BATU CAVES</b>

Posted: 09 Jul 2013 08:28 AM PDT

Tujuan saya menghubungi Mazidul ni adalah untuk meminta tolong agar dapat diwar2 kan tentang penipuan gores & mng yg berleluasa di Medan Batu Caves, berhampiran cawangan Tabung Haji.
Target mereka adalah warga tua & baru2 ni ibu saya adalah mangsa mereka whereby my mom lost 8k, yg di keluarkan dari Tabung Haji.
Tengahari tadi sewaktu saya membuat urusan di KWSP Batu Caves, saya dapati beberapa individu yg mencurigakan, yg menunggu dan menegur warga tua di parking berhadapan cawangan Tabung Haji di Medan Batu Caves. I managed to snap a photo of one of them dari jauh, and afterward I showed the photo to my mom & my younger sister (she was also there when it happened). My mom & my sister confirmed that he was indeed the same person yg dah tipu mak saya.
Saya dah bawa mak saya untuk buat aduan di tribunal ptg tadi, & according to pegawai2 di TTPM, mmg byk dah kes warga tua di tipu di hadapan cawangan tabung haji medan batu caves tersebut. Yang mengecewakan saya, jika telah byk kes dilapurkan kenapa tiada tindakan dari pihak berwajib? Org2 sindiket tersebut masih lepas bebas utk memperdaya mangsa yg kebanyakan dari golongan tua yg sudah bersusah payah mengumpul duit utk menunaikan haji.
Saya faham, peluang utk mak saya mendapatkan semula duit tersebut mmg sgt2 tipis skrg, tapi saya rasa terpanggil utk  memberitahu ttg kegiatan ini kepada org ramai supaya dapat mengelakkan lebih ramai org tertipu. Saya harap Mazidul dapat membantu supaya lebih ramai yg tahu tentang kegiatan penipuan ni.
Thanks for reading. Assalamualaikum.

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Selangor Bina Mahad Tahfiz Terbesar <b>Di Sabak Bernam</b> - Selangorku

Posted: 30 Jun 2013 12:38 AM PDT

SHAH ALAM 30 JUN : Maahad Tahfiz Sains yang terbesar di Selangor di Bagan Terap, Sabak Bernam dijangka akan siap suku tahun hadapan kata Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi.

Manakala kerajaan negeri bercadang untuk membina dua lagi maahad tahfiz yang baru di kawasan Sepang dan Selayang, kata Sallehin, yang juga Adun Sabak.

Bagi maahad tahfiz di Bagan Terap itu, Sallehin berkata kerajaan negeri dalam proses membaikpulih bangunan Institusi Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) yang lama supaya ia boleh digunakan untuk maahad tersebut.

"Kita merangka untuk lima tahun ini, kita mahu tubuhkan tiga mahad tahfiz.

"Tujuan utama perancangan menubuhkan Maahad Tahfiz Sains adalah untuk melahirkan ramai pelajar penghafaz Al-Quran.

"Disamping itu pelajar juga tidak ketinggalan meningkatkan prestasi akademik mereka," katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan di Masjid Negeri, di sini.

Untuk permulaan, Mahad Tahfiz Sains Bagan Terap akan menampung seramai 500 pelajar.

"Saya amat berharap bilangan pelajar akan meningkat kepada 1,000 sehingga 2,000 pelajar. Mungkin mengambil masa selama tiga sehingga empat tahun lagi," katanya.

Dalam majlis semalam, sebanyak RM 2.7 juta diperuntukkan kepada masjid dan surau seluruh negeri bagi sumbangan program moreh Ramadhan.

Sebanyak 394 majid menerima RM 1,650 manakala 196 surau solat Jumaat menerima RM 1,250 dan 1,883 surau lain menerima
RM 1,000.

Pendapat Anda

Pendapat

ads