Khamis, 19 September 2013

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di teluk datok</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Aug 2013 11:13 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di teluk datok</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Aug 2013 11:17 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

pertanyaan mulut dan bertulis ADN <b>TELOK DATOK</b> - Loh CheeHeng <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2013 02:45 AM PDT

Mesyurat Kedua (Pembukaan) Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan Ketiga Belas Tahun 2013 -PERTANYAAN BERTULIS 1)Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- Apakah status permohonan geran oleh 37 unit rumah di Kampong Fatimah (Kg. Ann Kiat), Sungai Manggis, Kuala Langat, Selangor. 2)Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- Apakah status permohonan geran oleh pihak sekolah SJK C Tiong Nam di Sungai Buaya, Banting di sebidang tanah di tepi sekolah tersebut? 3)Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- Meminta jumlah pendaftaran telah dibuat dalam Program Skim Mesra Usia Emas, OKU dan Tabung Warisan Anak Selangor mengikut susunan tahun sejak 2008 sehingga bulan Mei 2013 di DUN Telok Datok. 4)Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- Meminta maklumat Lebuhraya SKVE yang mengandungi nama syarikat pengurusan, butir-butir peta jalanraya bermulanya Tol Ayer Hitam hingga ke Pulau Carey, caj tol untuk semua kelas kenderaan. 5)Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- Meminta maklumat Leburaya West Cost Expressway E28 yang mengandungi nama syarikat pengurusan, jumlah tol, R&R, caj setiap tol mengikut kelas kenderaan, butir-butir peta jalanraya yang bermula dari Bandar Mahkota Banting (Selangor) sehingga Changkat Jering (Perak). 6) Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- Apakah program atau peruntukkan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mempastikan tahap kebersihan kawasan kampong setiasa dijaga di DUN Telok Datok. 7) Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- Berapakah jumlah peruntukkan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk memajukan sektor pelancongan di DUN Telok Datok, Sijangkang dan Morib? 8) Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- Berapakah jumlah peruntukkan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk membangunkan sektor perindustrian di DUN Telok Datok, Sijangkang dan Morib? 9) Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a)Berapakah jumlah permohonan lesen-lesen perniagaan di DUN Telok Datok, Morib dan Sijangkang merangkumi penjaja statik, gerai, pasar bangunan, yang dimohon dan ditolak sejak tahun 2008 sehingga Bulan Mei, 2013; b)Apakah syarat kelulusan dan; c)Sebab-sebab ditolak. 10) Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- Berapakah jumlah peruntukkan di gunakan oleh Jabatan Pengurusan Saliran Selangor untuk membersih dan menyelenggara Sungai Langat sejak tahun 2008 sehingga Bulan Mei, 2013. PERTANYAAN MULUT 1.Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- (a)Adakah Kerajaan Negeri mangambil alih urusan penyelenggaran tapak perkuburan India di Sungai Sedu, Jalan Klang-Banting, Kuala Langat, Selangor? (b)Adakah Kerajaan Negeri akan membina krematorium awam untuk kemudahan semua lapisan masyarakat di DUN Telok Datok? 2.Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- Adakah Kerajaan Negeri menaik taraf Jalan Kampong Lombong, Saujana Putra berkeadaan rosak serius kerana ia berkepentingan memberikan kemudahan pandu lalu dari Saujana Putra ke Taman Mas, Taman Putra Prima dan kawasan perumahan sekitarnya dan sebaliknya? 3.Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- Sila nyatakan jumlah kilang yang telah mohon dalam proses pemutihan, yang telah diluluskan dan kilang yang masih ingkar berbuat demikian sejak tahun 2008 sehingga akhir bulan April, 2013 mengikut jenis perniagaan, di kawasan DUN Telok Datok, Sijangkang dan Morib. 4.Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- Berapakah jumlah peruntukkan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk menaik taraf / pembaikian infrastruktur Taman Permainan / Rekreasi mengikut susunan tahun dari 2008 sehingga bulan Mac,2013 dan menyenaraikannya mengikut susunan Daerah Negeri Selangor. 5.Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a)Berapakah jumlah peruntukkan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk mencuci parit mengikut susunan tahun dari 2008 sehingga bulan Mac, 2013 di kawasan DUN Telok Datok, Sijangkang dan Morib; b)Berapakah jumlah peruntukkan yang di salurkan oleh Kerajaan Negeri untuk menurap Jalan Kampong mengikut susunan tahun dari 2008 sehingga bulan Mac, 2013 di kawasan DUN Telok Datok, Sijangkang dan Morib. 6.Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- Sila menyatakan jumlah peruntukkan yang telah di salurkan oleh Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf kemudahan-kemudahan di Masjid, termasuk menurap kawasan lapang di dalam Masjid mengikut susunan tahun 2008 sehingga bulan Mac, 2013 di kawasan DUN Telok Datok, Sijangkang dan Morib. 7.Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- Sila menyatakan lokasi rumah mampu milik yang telah dirancang dan akan dibina oleh Kerajaan Negeri mengikut susunan tahun ia dibina, jumlah unit, keluasan dan harga mengikut Daerah masing-masing di Negeri Selangor. 8.Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a)Sila menyatakan jumlah peruntukkan yang telah disalurkan dalam Program Zon Bersih melalui PBT masing-masing sejak ia di perkenalkan, b)Adakah Kerajaan Negeri bercadang memperluaskan Program Zon Bersih ke semua kampong-kampong di Negeri Selangor? 9. Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- Sila menyatakan jumlah peruntukkan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada setiap SJK Cina dan SJK Tamil mengikut susunan Tahun sejak 2008 sehingga bulan Mac 2013 mengikut Daerah masing-masing di Negeri Selangor. 10. Tuan Loh Chee Heng (Telok Datok) bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a)Berapakah peruntukkan telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri dalam Program Membasmi Kemiskinan di DUN Telok Datok; b)Berapakah jumlah keluarga miskin tegar, OKU atau bujang telah didaftarkan dan diberikan bantuan di DUN Telok Datok. LOH CHEE HENG ADN N.52 TELOK DATOK

Kerusi N 52 Dun <b>Teluk Datuk</b>; JIMMY TAN - LAMAN BLOG <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2013 07:10 PM PDT

TAHNIAH diucapkan kepada Setiausaha MCA Kuala Langat,Jimmy Tan Cheng Chai kerana telah dipilih untuk menjadi calon wakil rakyat BARISAN NASIONAL N52 DUN TELUK DATUK.
Kepada Puan Ng Siok Hua,Penyelaras Pembangunan DUN TELUK DATUK,mewakili seluruh rakyat DUN TELUK DATUK,kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak berbelah bahagi kepada Puan  di atas komitmen yang Puan berikan sepanjang memegang jawatan tersebut.
Jimmy Tan,dikhabarkan akan "menentang"calon DAP,Tan Choon Swee...

 Menurut Presiden MCA,MCA akan bertanding di 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu kurang tiga kerusi Parlimen berbanding pilihan raya 2008, dengan 68 muka baharu di kalangan 127 calonnya.
"PRU kali ini adalah pertempuran hidup atau mati untuk MCA, kita perlu mengetepikan perbezaan pendapat dan memastikan semua calon BN menang kerana keputusan itu akan memberi kesan terhadap masa depan politik MCA serta negara," katanya.

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


<b>Bandar Baru Salak Tinggi</b> • View topic - Rumah Lelong/Subsale di <b>...</b>

Posted: 15 Aug 2013 06:23 PM PDT

Salam Perkenalan/Aidilfitri,

Saya merupakan freelance agent untuk hartanah lelong dan subsale. Saya mempunyai banyak maklumat tentang rumah lelong di sekitar kawasan Salak tinggi/ Bandar Seriemas/ Enstek.

Lelongan terbaru di Bandar Seriemas

Double Storey Semi D,
No 35, Jalan Laman Kemboja,
Kota Seriemas
RP 400K
Auction Date 3/9/2013

Lelongan Terbaru Di Putra Nilai

Single Storey End Lot
No 248, Jalan Indah 24
Desa Indah Seri Inai,
Putra Nilai
RP 145K
Auction Date 24/08/2013

If Interested call Zack 0126478021

jika ada sesiapa ingin menjual rumah tapi tak dapat buyer lagi , saya boleh membantu anda. Komisen hanya 2% dari harga rumah.

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Aug 2013 03:16 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Aug 2013 03:10 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Aug 2013 03:30 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Jul 2013 03:10 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Jun 2013 03:22 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ketua Wanita UMNO <b>Jenjarom</b> 1 maut kemalangan | Malaysia Edition

Posted: 11 Jun 2013 10:10 PM PDT

KUALA LANGAT – Hasrat Ketua Wanita UMNO cawangan Jenjarom untuk membuat pemeriksaan darah di Klinik Kesihatan Jenjarom di sini tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah motosikal lain kelmarin.

Nor Asmah (kanan) bergambar bersama menantu dan cucunya, pada hari berkempen sempena pilihan raya lalu di Kampung Jenjarom, Banting. Foto -BH

Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi di hadapan Klinik Kesihatan Jenjarom itu, Nor Asmah Paniti, 52, yang menunggang motosikal Modenas seorang diri dilanggar dari belakang oleh motosikal jenis EX5.

Penunggang motosikal EX5 ialah seorang remaja lelaki berusia 18 tahun.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika Nor Asmah mahu membelok ke kanan untuk masuk ke kawasan klinik kesihatan.

Akibat rempuhan kuat, Nor Asmah terjatuh daripada motosikal menyebabkan kepalanya cedera parah manakala kaki dan tangan kanannya patah menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 malam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) selepas 14 jam menerima rawatan.

Remaja terbabit pula patah tangan kiri selain mengalami luka-luka di badan dan dirawat di Hospital Banting.-kosmo

Aku Budak Telok: Mari Kenali Sejarah TPG: Telok, Kampung Medan <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2013 08:32 AM PDT

Salam buat kengkawan semua. Apa khabar waris
 (warigh, kata orang Nogori Sembilan)? Moga-moga sihat semua..
Sebut pasal warigh, teringat aku lagu rapper Negeri Sembilan tu...
 (Aku tukar sikit liriknya)

                                    Melayu Telok..where you at?

                                    Jawa Sijangkang...where you at?,
                                    Melayu/ Jawa  Kg. Medan...where you at?,
                                    Jawa Kebun Baharu...where you at?
                                    Jawa Jenjarom...Where you at?
                                    Sakai Telok Gonjeng...where you at?
                                    Semua ada berapa?
                                    Beribu-ribu. (Hahaha...Amekkau!)

Sebut pasal Telok Panglima Garang, sebenarnya kita bercakap pasal

 kampung dan mukim menggunakan nama yang sama. Mukim Telok ini 
terletak dalam daerah Kuala Langat. Di dalamnya ada banyak kampung
 tradisional, kampung baru dan taman-taman perumahan yang sedang 
rancak naik macam cendawan lepas hujan. Aku sengaja masukkan
 dalam entri ini sejarah kg. Jenjarom.Walaupun Jenjarom berada dalam
 mukim yang lain ( Mukim Tanjong Dua Belas), namun hubungan erat 
penduduk telah terjalin sejak sekian lama. Dulu klinik kerajaan, dewan 
orang ramai, ,balai polis, pejabat pos hanya ada di Sg. Jarom. 
Jadi, Jenjarom penting bagi orang-orang di Telok.

 Korang tengok jer peta di bawah ni, korang akan get the picture,

 kata cikgu omputeh aku dulu.


Jadi, hari ini, aku nak bawa tuan-tuan, puan-puan, adik kakak ke mukim kami
 yang tercinta ini. Bukan citer pasal lanskapnya, tapi sejarah gemilangnya.
 Semoga anak-anak dapat belajar asal usul tempat tumpah 
darah datuk nenek , ayah emak kamu sekalian. Begini ceritanya.....

Kampung Telok Panglima Garang

Nama asal Kampung Telok Panglima Garang adalah Nibong Dengkil
 dan terletak di telok sungai di mana didiami oleh kaum orang asli.
 Disebabkan kedudukannya yang strategik, ramai pedagang-pedagang Aceh
 datang dan mula membuat penempatan di hilir sungai sehingga kawasan
 tersebut dipanggil Beting Pak Aceh.
Apabila segolongan mereka mengetahui bahawa terdapat Orang Asli
 tinggal di Nibong Dengkil, maka pedagang Aceh ini mudik ke hulu 
untuk mengambilalih dan menguasai Nibong Dengkil. Sewaktu itu terjadi
 pergaduhan di antara mereka dan menyebabkan Orang Asli melarikan diri
 ke Bukit Tampoi di Dengkil. Di sepanjang perjalanan Orang Asli
 yang menyusuri sungai hingga ke Bukit Tampoi, Dengkil mereka telah
 berpesan kepada penduduk yang ditemui dengan kata-kata :

"JAGA BAIK-BAIK DI TELOK ADA PANGLIMA GARANG"


Sebagai bukti terdapat penduduk di kalangan penduduk asli di Bukit Tampoi, 

Dengkil mendakwa dan mengaku bahawa mereka berasal dari Telok 
dan menetap di sini setelah dihalau oleh pedagang Aceh yang 
amat handal dan garang. Begitulah asal-usul nama
 Kampung Telok Panglima Garang manakala
 lambang harimau diambil di atas keberanian dan sifat pedagang Aceh 


Kampung Sijangkang
Kampung Sijangkang merupakan salah satu kampung yang terletak
 di daerah Kuala LangatSelangorMalaysia. Kampung Sijangkang
 terletak lebih kurang 12 km dari arah Klang ke Banting di Kuala Langat. 
Pusatnya pekan Sijangkang.Nama Sijangkang berasal dari sejenis pokok
 yang menyamai pokok getah. Ia adalah sejenis pokok hutan yang
 menyebarkan biji-biji dengan cara ltupan sendiri.
 Nama pokok itu adalah pokok Jangkang. Pokok ini terdapat di
 sebahagian tempat di Indonesia.
Masih berkaitan dengan pendapat pertama juga. Pokok Jangkang itu mati
 di sebuah anak sungai yang kemudiannya diberi nama sungai Jangkang
 iaitu anak Sungai Langat. Dalam bahasa Cina, mati disebut 'si'.
 Maka timbul nama 'Si Jangkang' yang akhirnya bertukar menjadi 'SIJANGKANG'.
Adalah dianggarkan kampung ini mula dibuka dalam lingkungan tahun 1907.
 ia diteroka dari arah Sungai Jangkang. Sebahagian dari penduduk kampung
 ini adalah berasal dari Indonesia iaitu Pulau Jawa, manakala yang
 lainnya berasal dari kampung-kampung lain yang lebih lama dibuka
 seperti Kampung Beting Tengah dan Kampung Pendamar.
 Mereka mendarat dari Sungai Jangkang dari pengkalan-pengkalan kecil
 yang terdapat di tepi sungai. Ini bermakna kampung Benting Tengah
 dan Kampung Pendamar adalah lebih tua dari Kampung Sijangkang.
Tanah perkuburan yang pertama terletak hampir dengan sungai dan
 ketika ini dipercayai sudah terhakis oleh air sungai tersebut. Wakaf perkuburan
 yang ada sekarang asalnya adalah tapak masjid lama 
dan Sekolah Melayu lama (dibuka pada tahun 1911).Pada masa dulu tanah dari
 tepi sungai hingga ke perkuburan sekarang adalah di bawah Geran Bebas
 (Geran Putih) iaitu boleh dibeli oleh orang asing. Peneroka Kampung Sijangkang
 yang awal menjualnya kepada orang Cina untuk menambah pembiayaan
 menunaikan fardhu haji. Sebab itulah hingga sekarang, orang Cina
 masih mempunyai kebun di situ. Bagaimanapun dalam lingkungan tahun 1925,
 ada beberapa sekatan dan pindaan kanun tanah dari Geran Putih ke Geran Merah. 

Pada tahun 1930-an, kemudahan asas iaitu jalan raya mula dibina 

menghubungkan satu tempat ke satu tempat. Pekan (kedai-kedai termasuk pasar)
 Kampung Sijangkang yang awal adalah terletak di Batu 8
 (jaraknya 8 batu dari Klang = 12.8 km). Kemudian selepas zaman darurat,
 selepas orang-orang Cina dipindahkan ke kampung-kampung baru,
 Pekan Kampung Sijangkang dipindahkan ke Batu 1. 
Tanaman hasil utama di Kampung Sijangkang ketika itu ialah getah dan kopi.
Pulau Carey
Pulau Carey merupakan sebuah pulau yang terletak di dalam negeri Selangor,
 Malaysia. Ia terletak di selatan Pelabuhan Klang dan utara Banting.
 Pulau Carey merupakan pulau lembangan mendatar yang besar
 terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Walaupun secara teknikal 
ia merupakan sebuah pulau, namun pada hakikatnya tanah pulau ini 
hanya dipisahkan dari tanah besar disebabkan oleh kehadiran Sungai Langat
 diantara keduanya. Pulau Carey mendapat nama dari seorang pegawai British
 yang juga merupakan pengusaha ladang kopi dan getah bernama Valentine Carey,
 beliau dilihat arif dalam aktiviti pertanian dan kesuburan tanah pertanian yang
 telah digunakan melebihi 100 tahun. Pulau Carey juga pernah dikenali dengan
 nama seperti Pulau Bangsar dan Telok Gonjeng

Pulau Carey cukup sinonim dengan kewujudan penempatan awal

 masyarakat Orang Asli, Mah Meri yang terkenal di Malaysia.
 Mah Meri merupakan salah satu dari 18 buah puak Orang Asli
 yang wujud di Malaysia. Jarak Pulau Carey dengan bandaraya Kuala Lumpur 
ialah sekitar 50 kilometer. Di sini terdapat enam buah penempatan
 masyarakat Mahmeri iaitu di Kampung Sungai Judah, Kampung Bumbun, 
Kampung Sungai Rambai, Kampung Kepau Laut, Kampung Sungai Jugra
 dan Kampung Sungai Kurau (Shaiful Bahri Md. Radzi, 2002a).
Komuniti Mah Meri di sini cukup ramai bilangannya mencapai 1400 orang,
 yang terkenal dalam aktiviti pembuatan boneka kayu dan topeng.

Kampung Jenjarom

Menurut catatan sejarah, Kampung Jenjarom mula diterokai oleh
 sekumpulan orang Melayu pada tahun 1926 bersamaan 1346 Hijrah
 dalam Kalendar Islam. Kumpulan peneroka kebun ini diketuai oleh 
Tuan Haji Masrek Haji Narang yang juga berketurunan Banjar.
 Pada asalnya, tanah di Kampung Jenjarom hanya diusahakan
 sebagai kawasan perkebunan. Antara tanaman yang mereka usahakan
 ialah nanas, pisang, ubi kayu dan banyak lagi. Setelah selesai berkebun, 
kumpulan peneroka ini akan pulang ke rumah masing-masing yang
 terletak berhampiran Kampung Jenjarom seperti di Sungai Jarom,
 Sungai Buaya dan Kampung Sijangkang.
Jenjarom dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu Sungai Jarom
 dan Kampung Jenjarom. Nama Kampung Jenjarom berasal dari sejenis
 tumbuhan yang dikenali sebagai Rumput Purun. Pada masa dahulu,
 rumput ini banyak tumbuh di sekitar kawasan Kampung Jenjarom. 
Bentuknya yang tirus, tajam dan tersusun seperti jarum memberi ilham
 kepada peneroka kampung untuk menamakan kampung ini sebagai
 Kampung Jenjarom.
 Ia dibahagikan mengikut kawasan-kawasan tertentu, bermula dari
 Kawasan Satu hingga Kawasan 12. Setiap kawasan ditandakan 
dengan sebuah papan tanda.




seminar mengenali jati diri <b>di</b> smk <b>jenjarom</b> - unit kokurikulum sjkt <b>...</b>

Posted: 09 Aug 2013 05:04 AM PDT

            Pada 02.8.2013(Jumaat) saya diberi peluang oleh Pn.Manimegalai(Guru SMK Jenjarom) untuk memberi ceramah motivasi jati diri kepada pelajar-pelajar tingkatan 3.
                     Dari jam 8.00 hingga 10.00 pagi, saya telah memberikan ceramah mengikut citarasa dan aspirasi mereka. Saya telah mendalami minda pelajar dengan menyentuh nilai-nilai sejagat seperti nilai kemerdekaan, rasa simpati, rasa bersyukur dan  rasa berterima kasih.

Dia buat dah: Ketua Wanita UMNO <b>Jenjarom</b> 1 maut kemalangan

Posted: 11 Jun 2013 05:43 PM PDT

Ketua Wanita UMNO Jenjarom 1  maut kemalanganNor Asmah (kanan) bergambar bersama menantu dan cucunya, pada hari berkempen sempena pilihan raya lalu di Kampung Jenjarom, Banting. Banting: Ketua Wanita UMNO Cawangan Jenjarom 1, Nor Asmah Paniti, 52, maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lagi motosikal di depan Klinik Kesihatan Jenjarom, di sini, kelmarin.

Nor Asmah disahkan meninggal dunia pada jam 9.30 malam kelmarin di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, kira-kira 14 jam selepas insiden yang berlaku ketika mangsa mahu ke klinik untuk pemeriksaan kerana dilaporkan kurang sihat.

Motosikal bergesel

Selalunya, Allahyarham minta saya hantar ke klinik, tetapi semalam (kelmarin), beliau pergi sendiri dengan menunggang motosikal" Zaidon Rukiman, Suami mangsa

Difahamkan, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 7.40 pagi itu berpunca apabila dua motosikal terbabit bergesel, menyebabkan mangsa dan penunggang berasingan terbabas sebelum terjatuh di atas jalan.

Nor Asmah mulanya dikejarkan ke Hospital Banting (HB) sebelum dipindahkan ke HTAR.

Penunggang sebuah lagi motosikal dikenali Qamarul Hisyam, 19, penuntut Giat MARA Banting, turut parah termasuk patah tangan kiri, namun dilaporkan stabil di HB.

Suami mangsa, Zaidon Rukiman, 57, berkata sebelum kejadian berkenaan, isterinya mengadu kurang sihat dan mahu ke klinik kesihatan berkenaan untuk pemeriksaan.
Tak minta suami hantar ke klinik

"Selalunya, Allahyarham minta saya hantar ke klinik, tetapi semalam (kelmarin), beliau pergi sendiri dengan menunggang motosikal," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan, berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Ops Cantas: 25 wanita Vietnam ditahan <b>di Puchong</b> Jaya ABN News <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2013 11:38 PM PDT

KUALA LUMPUR – Polis menahan 25 wanita warga Vietnam dan seorang lelaki tempatan selaku penjaga premis dalam Ops Cantas dan Noda di sebuah pusat hiburan yang beroperasi secara haram di Puchong Jaya dekat sini lewat malam tadi.

Pegawai Pencegahan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Inspektor Roslin Mohd Isa berkata, premis itu tidak memiliki lesen perniagaan manakala ruang di dalamnya telah diubah suai dari satu tingkat menjadi dua tingkat.

"Ia diubah suai untuk menempatkan lapan buah bilik di atas dengan setiap bilik mempunyai kelas tersendiri iaitu bilik kecil, sederhana dan bilik orang kenamaan (VVIP) yang berharga antara RM388 hingga RM1,488 setiap satu.

"Walaupun empat kali telah diserbu, namun mereka tidak menghiraukan arahan pihak berkuasa dan berterusan menjadikan warga asing sebagai umpan untuk menarik pelanggan ke premis tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata, selain menemani pelanggan (untuk minum), mereka juga menawarkan perkhidmatan seks di luar premis mengikut kehendak pelanggan.

"Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang ditahan di di bawah Seksyen 39B dan 55B Akta Imigresen kerana menyalahi syarat pasport sebagai pelancong asing," katanya sambil menambah mereka dibawa ke IPD Serdang untuk tindakan lanjut.

Selain itu, pihaknya juga turut memeriksa 40 pelanggan yang berkunjung ke premis berkenaan yang berumur antara 40 hingga 50 tahun ke atas.

Roslin menambah untuk memastikan premis itu tidak beroperasi pada masa akan datang, pihaknya akan memohon kepada agensi yang berkaitan untuk menyita premis itu.

Serbuan yang dilakukan selama dua jam bermula 10 malam itu melibatkan dua pegawai dan 11 anggota pasukan keselamatan. – Bernama

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Hujan lebat: Trafik perlahan <b>di</b> Lembah <b>Klang</b> – Perak Today

Posted: 01 Sep 2013 04:12 AM PDT

trafik

KUALA LUMPUR – Trafik dilapor bergerak perlahan di beberapa lebuh raya sekitar Lembah Klang petang ini berikutan hujan lebat dan banjir kilat di beberapa kawasan.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memberitahu Bernama, setakat 5 petang, trafik perlahan di Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dari PJS2 menuju Maju Jaya serta di persimpangan lampu isyarat Taman Medan kerana banjir kilat.

"Trafik juga dilaporkan bergerak perlahan di Lebuhraya Kesas dari Sri Petaling menuju ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) disebabkan hujan lebat dan faktor cuti hujung minggu.

"Keadaan sama berlaku selepas Plaza Tol Grand Saga menuju ke Plaza Phoenix serta dari Plaza Tol Sunway menuju ke Lebuhraya Persekutuan," kata jurucakap itu.

Sementara itu, Jurucakap Bomba Kuala Lumpur berkata pihaknya menerima laporan banjir kilat di Jalan Klang Lama kira-kira 4.50 petang dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil telah dikerahkan ke lokasi berkenaan.

Jurucakap itu berkata pihaknya menerima beberapa laporan kenaikan paras air di beberapa kawasan di ibu negara akibat hujan lebat, namun telah surut selepas hujan reda.

Dalam pada itu, jurucakap Bomba Selangor berkata pihaknya menerima laporan kejadian pokok tumbang kira-kira 4 petang di beberapa kawasan di sekitar bandar Klang dan Pekan Meru dipercayai berpunca daripada angin kencang serta hujan lebat.

Beberapa jentera dari balai bomba berhampiran telah dikerahkan bagi mengalihkan pokok-pokok berkenaan, katanya.

- BERNAMA

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di bandar sunway</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Sep 2013 07:34 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tiga Pelajar IPTS Maut <b>Di</b> Lebuh Raya Bukit Jalil – Perak Today

Posted: 01 Sep 2013 07:30 PM PDT

eksiden

KUALA LUMPUR: Tiga pelajar institut pengajian tinggi swasta di Bandar Sunway maut manakala seorang pensyarah cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Bukit Jalil menghala ke Puchong di sini, Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, kereta Proton Wira yang dipandu pensyarah berkenaan dipercayai terbabas lalu merempuh dua batang pokok di pembahagi jalan lebuh raya itu sebelum masuk ke laluan bertentangan dan melanggar kereta Toyota Estima.

"Pihak bomba menerima maklumat kejadian itu pada 6.48 petang dan tiba ke lokasi bersama dua jentera membabitkan 11 anggota kira-kira 10 minit kemudian.

"Kami dapat mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu selepas menggunakan alat khas untuk memotong rangka kereta. Usaha mengeluarkan kesemua mangsa tamat kira-kira 8.30 malam," katanya kepada Bernama pada Ahad malam.

Azizan berkata siasatan awal pihaknya mendapati kereta yang dinaiki empat mangsa berkenaan dipercayai dari arah Bulatan Lumba Kuda menuju ke ke kolej mereka di Bandar Sunway, selepas pulang dari litar Speed City di Seri Kembangan.

Beliau berkata tiga pelajar jurusan automotif itu dikenali sebagai Mohd Nasharuddin, 20; Hafizuddin Nazri, 18; Zul Zyrean Zaharudin, 18; manakala pensyarah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini dikenali sebagai Hairiee Mohamad Ali, yang berusia lingkungan 20-an.

Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

-mStar

BLOG SELANGOR: 12 <b>di bandar sunway</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Sep 2013 07:20 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

SUDAH MELAMPAU!!!! ... PEKERJA TNB HAMPIR <b>...</b> - Omak Kau!!!!

Posted: 29 Aug 2013 08:56 PM PDT

Seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus tangan kiri akibat ditetak dengan parang setelah beliau memotong bekalan elektrik di sebuah rumah di Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway, di Kuala Lumpur semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, Muhamad Axdni Isa, 42, bersama dua lagi rakan sekerjanya dilapor melakukan kerja pemotongan elektrik di depan sebuah rumah teres sebelum dua orang lelaki yang berada dalam rumah tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata mangsa dan rakan-rakannya telah dimaki hamun lelaki itu ketika cuba menerangkan kepada suspek bahawa mereka membuat penyambungan elektrik secara haram.

"Disebabkan bengang, suspek kemudian keluar dari rumah dengan dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali manakala rakannya yang lain terselamat," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam.

Tan berkata, mangsa dihantar rakannya ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar di Kuala Lumpur untuk pembedahan.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek berusia 33 dan 45 tahun itu untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

- Bernama

Laporan penuh...

Bandar sunway rpt:6000/13
Pengadu: mohd fuad bin ishak(pekerja TNB subang jaya)
No kp:710918045373
I0:insp sim lee ping
Sek: 326kk


Pada 29/8/13 jam 1700hrs 1 team tnb dari subang jaya telah datang ke jln pjs 7/23 bdr sunway kerana telah mendapat aduan terdapat penyambungan haram di jln tersebut semasa team pengadu ingin membuat pemotongan bekalan elektrik di rumah setinggan jln pjs 7/23 bersama dengan 4orang pekerja TNB.2 lelaki india telah menghampiri dan telah menyerang team tersebut dan telah menetak mangsa beberapa kali di pergelangan tangan kiri menggunakan parang panjang sehingga hampir putus.rakan mangsa telah membawa mangsa ke hospital sdmc dan telah di pindahkan dihospital pantai bangsar dan berada di dewan pembedahan.tahap kecederaan pergelangan tangan kiri hampir putus,ditempatkan di blok d tkt 2 no katil 18.

Butir2 suspek
Penama:sellvam a/l sangaralingam
no kp:680510086687
Suspek telah ditangkap oleh anggota D7 ipd subang jaya

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Persembahan Silat <b>di</b> Taman Kantan Permai <b>Kajang</b> - Jejaka Aksi <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2013 08:56 AM PDT

"...Seperti biasalah ABG JAM sentiasa mendapat undangan persembahan silat dimajlis-majlis perkahwinan mahupun majlis rasmi. Kali ini ABG JAM diundang oleh abg Ghafar iaitu pemukul gendang kumpulan kompang zapin bandar tun razak, bagi meraikan pasangan mempelai yang merupakan warisnya. Begitulah ABG JAM, sering menjayakan apa-apa majlis sama ada untuk rakan taulan atau pelanggan lain. SO, ABG JAM tinggalkan pantun ini untuk ENTE2 sekalian, jika salah tulun betoikan..."
"...Kajang Pak Malau Kajang Berlipat,
Kajang Hamba Mengkuang Layu,
Dagang Hamba Datang Bertempat,
Datang Membawa Adat Melayu..."
...Ada Betoi Ka ini Pantun...???

Tarikh : 8hb September 2013
Tempat : Taman Kantan Permai Kajang
Aksi : Silat Sembah Pengantin & Tari Keris
Pesilat : Akmal Edge, Zaid dan Amirul

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


Hanya sekadar perkongsian...: Tanah Lot <b>di Sijangkang</b>

Posted: 02 Jul 2013 12:05 AM PDT

Alhamdulillah... Tanah lot yang dibuka untuk jualan hampir habis. Hanya tinggal 1 lot sahaja lagi. Tanah lot yang kosong ini terletak di Jalan Tanjung, berkeluasan 50' X 50' berharga RM35,000.00 (Bertambak). Anda boleh tengok
pelan tapak yang masih kosong dan tengok gambar kawasan tapak.
Tanah lot Jalan Waja & Jalan Ros semua telah habis dijual... Terima kasih kepada para pembeli yang menyokong kami.

InsyaAllah, pada bulan Julai ini kami akan membuka tanah lot baru di Kg Sungai Buaya, Banting. Lokasi di tepi jalan besar berhampiran simpang tiga ke arah Banting - Jugra. Status Geran - Geran Putih. Sesuai untuk tapak rumah atau kedai. 

Tanah seterusnya di Olak Lempit. Lokasi juga di tepi jalan besar menuju ke arah KLIA. Tanah ini terletak sebelum Stesyen Minyak Shell. 

Minggu depan bulan Ramadhan menjelma lagi...seronok rasanya sebab tugas-tugas di 'site' akan dikurangkan. Hanya fokus kepada pembukaan tanah lot baru, menyiapkan 2 'site' kerja-kerja 'renovation' dan kerja membina jambatan. Alhamdulillah....

ads