Khamis, 31 Oktober 2013

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Semalaman <b>di Kuala Selangor</b> - firdaus zali - Blogger

Posted: 29 Sep 2013 06:06 PM PDT

assalamualaikum,
yup semalaman di kuala selangor :)
jln hujung minggu.. sabtu petang bergerak, 
kemudian singgah umah sewa adik di kota puteri sebelum pekan ijok jalan ke bandar tasik puteri, solat maghrib sume siap jalan ke kuala selangor cari hotel bajet hahaha
alhamdulillah dapat jugak, tidur di zande motel RM60 semalaman so far nice laa 
ni gambar biliknya 


ini lah katilnya agak besar 
lengkap dengan tv, bilik air, air-cond, tandas dan meja solek
kedudukkannya betul2 berhadapan menara putih, bersebelahan dengan masjid pekan kuala selangor dan berhadapan dengan simpang ke taman alam, taman ikan air tawar dan bukit malawati. sampai lebih kurang pukul 9 mlm lebih, perut agak lapar tp sayangnya semua kedai disekeliling hotel tutup !!! kecuali 7Eleven, pekan mati.. huhhhh cari punya cari ada gak kedai mamak, mamak pun mamak laa janji kedai makan dan owner dia islam. 
ayah, dia mkn capati ngan kari daging sepiring, sy mkm megi goreng jer.. dan adik dia makan megi sup..
ni kedainya, bersih pun bersih 
malam tu jenjalan biasa2 jer x ke mana pun bandar dah gelap.. nengok jpj buat roadblock jer mlm tu, kemudian esoknya berjalan di taman alam, bukit malawati, taman ikan air tawar, kampung nelayan, pasar pasir penimbang... honestly gambar takde bateri kamera lupa nak dicas ahahaaa dan sekeping dua jer.. 
ini gate nak melawat taman kunang-kunang atau kelip-kelip
di kampung kuantan, malam tu kami x jumpa simpangnya, siang baru jumpa
lain kali pulak laa satu bot RM 50, 4 orang, buka 7:30 mlm hingga 12:30 mlm 

ini gambar di taman ikan,.
ini tak tau ler nama melayu ikan apa yang pasti memang mengerikan
hahaha mulut macam buaya, klu nengok dalam tv, alligator gar namanya..
itu sahaja nak kongsi cerita 
terima kasih, firdaus zali

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


Jom Mancing Bersama <b>Di Port Klang</b>: Di Pukul Ribut, Tirusan <b>...</b>

Posted: 28 Oct 2013 11:34 PM PDT

Salam kepada pemancing di luar sana, semoga sihat dan gembira disamping keluarga tercinta. Cuaca yang tidak menentu sekitar kawasan PortKlang banyak mengganggu kebanyakan trip yang dijalankan. Waktu begini jika anda ingin keluar ke kawasan terbuka, berfikir lah terlebih dahulu. Pada minggu yang lepas saya Sipari-pari dan Komando_sg cuba menjejak kawanan Cencaru di laluan kapal Pintu Gedung, hampa di pukul ribut. Perjalanan pergi yang disangka berakhir dengan air tenang, angin kuat beserta ombak kuat membadai bot kami. Walaupun dengan bot besar 60 kuasa kuda, terasa seperti menaiki 16 kaki dengan enjin 15 kuda. Hampir sejam kami melawan ombak ganas dan angin kencang berpatah balik ke muara sungai. Alhamdulillah, bersyukur kami kepada tuhan, apabila bot berjaya merapati kawasan muara. 
Setelah mengeringkan badan seketika, kami hanya memancing di kawasan sungai dalam perjalanan balik ke pengkalan. Hanya seekor Tirusan berjaya dinaikkan memandangkan hari telahpun malam. Berikutan hal tersebut, Komando_sg demam hampir seminggu akibat ribut tersebut. Beginilah adat di laut, kadangkala nasib tidak menyebelahi kami. Namun apa yang pasti, berusaha dan sentiasa bersyukur dengan pemberiannya.
Tirusan rezki kami hari ini. Hasil kerja tangan Komando_sg seharian..

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


sadis!! pelajar tingkatan tiga lemas <b>di tanjong karang</b>!! - Jawa Bernam

Posted: 30 Oct 2013 01:53 AM PDT

Tanjung Karang, 30/10/2013 – Seorang murid tingkatan 3 mati lemas ketika mandi di Sungai Ban Canal Sri Gambut, berhampiran dengan Homestay Sungai Sireh petang semalam.
Mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun, Tanjung Karang difahamkan bersama dengan 4 orang lagi rakan telah mandi di sungai tersebut. Mangsa dipercayai lemas dan gagal diselamatkan oleh rakan-rakan lain.
Operasi mencari mangsa telah dilakukan oleh pihak Bomba sejak petang semalam sehingga lewat malam tadi namun masih lagi gagal untuk menemui mangsa.
MejaBulat.Com difahamkan, 2 orang penyelam dari balai Shah Alam telah dipanggil untuk menyertai operasi mencari ini.
Operasi telah ditamatkan pada jam 11 malam tadi, dan akan disambung pagi ini. -MejaBulat.Com

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Mesyuarat Penyelarasan Bancian Terhadap Setinggan <b>di Hulu Kelang</b>

Posted: 28 Oct 2013 09:26 PM PDT

Hulu Kelang, 29 Oktober 2013 – Saari telah mengadakan mesyuarat bersama Pejabat Tanah Daerah (PTD) Gombak, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Gombak, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Penghulu Mukim Hulu Kelang dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak bagi membincangkan penyelarasan bancian terhadap setinggan di DUN Hulu Kelang.

Saari menyatakan hasrat supaya kaedah bancian PTD Gombak, JPS dan MPAJ diselaraskan bagi memudahkan urusan mengenal pasti setinggan

Saari menyatakan hasrat supaya kaedah bancian agensi kerajaan diselaraskan bagi memudahkan urusan mengenal pasti setinggan

Pegawai JPS Gombak, En Saiful Nizam menyatakan kesukaran mereka melalukan kerja penyelenggaraan sungai disebabkan penempatan setinggan yang tidak teratur di persisiran sungai

Pegawai JPS Gombak, En Saiful Nizam menyatakan kesukaran mereka melakukan kerja penyelenggaraan sungai disebabkan penempatan setinggan yang tidak teratur terutama di tebing sungai

Antara ketua-ketua kampung yang hadir ke mesyuarat tersebut

Antara ketua kampung yang hadir di mesyuarat tersebut

Beberapa perkara telah dibincangkan bagi menambah baik pengurusan disemua pihak

Beberapa perkara telah dibincangkan bagi menambah baik pengurusan di semua pihak termasuk penduduk setinggan

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


! SHARING IS CARING!: Berbuka puasa <b>di Beranang</b>

Posted: 31 Jul 2013 08:58 AM PDT

Hye everyone.. =)  Sabtu lepas bersamaan 27 July 2013, aku dan Qeera rancang untuk jenguk sahabat dekat Beranang.. Dalam masa yang sama, berbuka puasa bersama.. Kebetulan, Qeera ajak jalan-jalan shopping.. Aku rasa dia bukan nak shopping sangat.. Tapi saje nak hilangkan tension.. Kenapa aku cakap macam tu??? Sebab, yang ajak jalan-jalan dia, bukan aku.. Then, masa jalan-jalan tu, dia mana ada benda nak beli.. Semua dia dah shopping.. So, aku tahu yang dia nak happy-happy.. Dulu masa kat kolej, kalau kami tension dalam kelas or masa test, aku dengan Qeera selalu keluar pergi tesco.. Makan.. Makan.. Makan.. Semua kami nak makan.. Lepas tu, main game basket ball.. Dah puas gelak ketawa, kami balik.. Itulah cara aku dengan Qeera hilangkan stress time blaja..
So, pagi tu aku keluar dengan Qeera.. Sampai Masjid Jamek dalam pukul 10.30 pagi laaa.. Sampai sana, kami tunggu Asma pulak.. Junior kami.. Budak bilik Qeera dulu.. Aku tak kenal sangat.. Tapi aku kan peramah sangat, semua orang nak di tegurnya.. Asma pulak jenis yang bising macam aku.. Tak la janggal.. Hehehe.. Rupanya, Asma datang bawak boyfriend dia.. Tapi sampai Masjid India, boyfriend dia tak nak ikut.. Suka hati laa.. Kami pun jalan bertiga cari baju.. Hari tu, aku juara tau.. Ada 7 ke 8 item aku beli.. Hehehe.. Baju Jamil sehelai, baju Nana Ika sehelai sorang, baju aku 2 helai, selendang sehelai, kasut kerja sepasang.. Rasanya tu je kot.. Asma pulak shopping jubah untuk dia, akak dia dan mak dia.. Qeera pulak beli tudung 2 helai.. Itupun mencecah RM100.. Huhu.. Anyway, aku happy sangat coz aku dapat shopping barang adik-adik aku.. Memang setiap kali raya, itu yang aku buat.. Cari barang untuk adik-adik.. Selagi tak dapat, selagi tu aku tak tenang.. 
Sepanjang aku jalan dengan Qeera, dia asyik ketawa je.. Aku tahu dia tension.. Qeera pun ada cakap,
"Keluar dengan kau nie, jadi gila aku.. Ada je benda yang aku nak gelak.."
"Keluar dengan kau je aku gelak-gelak macam nie.. Dekat ofis, jangan cakap la, diam je.."
"Aku chat dengan kau pun boleh gelak Zulia.. Kelakar.."
Dalam hati sedih.. Tapi aku susah nak tunjukkan sedih aku dekat dorang.. Sebab bahagia dorang adalah bahagia aku.. Sedih dorang adalah sedih aku.. Kalau bagi dorang, aku menghiburkan, its ok.. Aku akan sentiasa ada untuk menghiburkan dorang.. Untuk pengetahuan, aku selalu chat dengan Qeera dalam facebook.. Dalam facebook pun kami gelak ketawa.. Kadang-kadang nak luahkan benda sedih pun boleh gelak.. Itulah sahabat..
Kami sampai hostel pukul 5.30 petang.. Aku tumpang bilik Fiqah.. Sampai je, Fiqah peluk and angkat aku.. Rindu beno nampaknya.. Aku pun rindu sahabat-sahabat aku.. Mandi, solat and keluar pergi bazar depan Tesco.. Rushing masa tu coz dah hampir berbuka.. Nak cari makanan Pak Cik Ayed pulak.. Kalau ikut aku, tak payah makan pun tak apa.. Pusing punya pusing, jumpa satu gerai yang jual nasi tomato tapi sikit.. Bagi aku terlebih cukup.. Tapi aku tak rasa cukup untuk Pak Cik Ayed coz dia baru balik kerja kan.. Mesti penat.. Ingat nak cari makanan lain untuk dia tapi mak cik tu bagi free 1 bungkus.. Hahhh.. So, tak payah la cari makanan lain.. Hehehe.. Yang pergi bazar, aku, Ummi, Qeera, Asma, Jiji and Yasir.. Kami berbuka sekali kat kedai Linda.. Agak kecewa coz tak semua yang ada.. Tapi tak apa, masing-masing ada hal.. Wawa, Wan, Ecah, Yayah, Ejat, Kak Anis, Airul, Tyra.. Dorang ada masalah sikit.. Its ok.. Happy dapat berbuka dengan dorang walaupun penat.. Sembang-sembang... Gurau-gurau.. 
Lepas solat maghrib, aku nak rest kejap.. Aku baru nak pejam mata, Fiqa dah tepuk-tepuk aku..
"Zulia.. Jangan la tidur.. Esok pagi kau nak balik dah.. Jangan la tidur.. Jom la sembang.. Aku duduk sini, tak tahu nak sembang dengan siapa.. Semua buat hal sendirir.. Aku banyak cerita nie.."
Lagaknya macam budak kecik.. Hehehe.. Comel.. Tak jadi aku nak lelap kejap bila dengar sahabat aku cakap macam tu.. Tapi problem nya, aku nak keluar.. Spend time dengan sahabat-sahabat aku jugak.. Hurmmm.. Serba salah di situ.. 
Pukul 9.30 malam, aku gerak pergi funfair.. Sebelum tu, aku solat Isyak berjemaah dengan Qeera.. Sahabat kan.. Kat mana-mana pun tetap satu hati.. Dorang ajak lepak, tapi tak tahu kat mana.. Kebetulan ada funfair.. So, kita boleh happy-happy.. Hehehe.. Naik pening aku.. Semua pakat dok kena kan aku.. Tapi happy sangat-sangat.. Habis funfair, kami lepak depan McD sembang-sembang.. Dah lama rasanya tak berborak.. Aku sedar, happy aku tu tak lama.. Terngiang-ngiang Khairi cakap..
"Asal balik awal sangat?? Kerusi pun tak panas lagi.. Relax laa.. Praktikal je pun.. Bukannya manager syarikat pun.." 
Hehehe.. Perli habis bila aku cakap aku kena balik esok pagi.. Aku jadi keberatan nak balik.. Tapi apa nak buat.. Aku memang susah nak bergerak sekarang.. 
Balik tu dah pukul 12 malam.. Badan terasa letih sangat.. Dengan peningnya tak hilang.. Fiqah tak tidur bilik, dia teman kawan dia.. Masa tidur tu, Qeera dodoikan aku.. Hahahaha.. So sweet.. Lena aku tidur.. Bangun subuh, mak Qeera call suruh balik sekarang jugak.. Aku dengan Qeera siap-siap balik.. Pukul 8 pagi kami gerak.. Sebelum balik, aku jumpa Fiqah.. Aku ada tinggalkan botol besar air tropicana orange untuk berbuka.. Tak bukak lagi.. ALLAH pernah berfirman, hadiahkanlah benda yang kita suka dan sayang bukan benda yang kita nak buang.. Aku jugak melawat Husna.. Rupanya sahabat aku tu demam.. Moga ALLAH sentiasa melindungi mereka.. Sayu pulak tengok Husna demam.. Pada mulanya, aku ada suruh Khairi hantar.. Tapi bila kejut tak bangun-bangun, Ummi pulak cakap dorang balik nak dekat pukul 4 pagi, aku tak jadi nak mintak tolong.. Its ok.. Sebenarnya, time tu kuku kaki aku bagaikan nak tercabut akibat banyak jalan semalam.. Aku tahankan jugak sampai KL.. Sebelum pisah dengan Qeera, aku ingat lagi pesan dia.. "Zulia.. Kirim salam pada mak dan ayah kau ye.. Bye.. Kita pisah kerana ALLAH.." Ya ALLAH.. Kau lindungi lah setiap perjalanan sahabat-sahabat aku.. Happy with them.. Thanks dad, mom coz mengerti..

TIME KASIH.. SENANG-SENANG BACA LAGI...

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


Diary Zhariff: KENDURI RAZIF <b>DI SEKINCHAN</b>

Posted: 22 Oct 2013 10:31 PM PDT

Pada 29 hb September 2013, Zhariff pergi ke kenduri kahwin seorang Staff Abah Zhariff  di Tali Air 11, Sekinchan Selangor. Lebih kurang sejam juga perjalanan. Memang OK jalan haritu. Tak jem. Tak banyak kenderaan sangat. Sampai di sana sekitar jam 12tgh. Azis sekeluarga telah sampai terlebih dahulu. Dia tengah syoru masa tu. 
Pertama kali pergi kenduri, ada kerang masak tumis dgn kulit sekali dan pertama kali juga ada dihidangkan air tebu yang diperah mesin beb...  Masakan pun boleh tahan. Ada sup tulang beb tapi aku lambat makan sebab bagi mama zhariff makan dulu, so sup tulan dah habis ler pulak....
Lepas makan pencuci mulutnya bubur kacang. Zhariff bedal juga. Abanh pun bedal juga sampai abis 2 mangkok. Macamanapun ada Muruku yang jadi kuih favourate Zhariff. Dia bedal Maruku tu aje lah....
Zhariff suka air tebu. Satu gelas dia minum air tebu. 
Zhariff jalan merata - rata di tempat kenduri tu. Letih mengikut dia. Dia pergi dekat khemah orang main kompang dan Gong. Mungkin dia ingat Dikir Barat Karoot Komedia kot.... Punyalah dia minat....
Tunggu Razif pergi bersolek sampai dah lebih dari pukul 1 tengahari tak sampai - sampai lagi jadi kita orang decided untuk balik. Masa nak balik tu Razif sampai. Jadi berkesempatanlah kitaorang bergambar. Masa nak keluar di jalan masuk berselisih dengan Abang Hamzah (TengkuJuh). Dia dan isteri baru sampai. 
Selamat Penganti Baru buat Mohamad Razif bin Jemiran semoga berbahagia ke akhir hayat.

















Balik dari Rumah Razif, singgah beli Dodol kat Sungai Leman, Sekinchan. OK juga rasanya. Memang betullah dodol tu dodol yang baru di masak.

Petang tu ke Shah Alam rumah Umi & Daddy Zhariff sebab nak ambik Atuk. Atuk ada di sana. Bawa Zhariff main - main di taman permainan di Seksyen 7 tu.... Amboi bukan main seronok sampai nak ajak balik pun dia tak nak.




12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Beli Ayam <b>Di</b> Pasar Borong <b>Selayang</b> Mungkin Haram, Rendam <b>...</b>

Posted: 23 Oct 2013 05:20 PM PDT

Sekadar gambar hiasan/ File pic: Sinar HarianSekadar gambar hiasan/ File pic: Sinar HarianSELAYANG: Cara penyembelihan dan pemprosesan ayam di lima premis Pasar Borong Selayang kemungkinan haram dimakan kerana didapati tidak mengikut hukum syarak.

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Gombak, Afida Zainudin berkata, hukum sah sembelihan haiwan termasuk ayam bukan saja dinilai dari aspek cara ia dipotong (disembelih), tetapi turut membabitkan keseluruhan proses tersebut.
"Ketika serbuan dilakukan, kerja penyembelihan ayam di sini sudah selesai dilakukan dan mereka dalam proses pembersihan dan pembungkusan.

"Malangnya berdasarkan pemeriksaan, pemilik premis gagal mematuhi aspek kebersihan seperti ayam (yang sudah diproses) diletakkan di atas lantai dan ada yang direndam dalam air darah yang banyak.

"Ini menyebabkan ayam itu tidak boleh dimakan bagi orang Islam kerana cara pemprosesan itu tidak menepati hukum syarak," katanya kepada media ketika Operasi Potong Ayam, di sini, awal pagi semalam.

Justeru, dua kad tauliah milik dua orang penyembelih ayam di premis berkenaan ditahan serta-merta manakala seorang lagi gagal menunjukkan kad tauliah penyembelihan.

"Tahanan kad tersebut diambil kerana penyembelih terbabit sudah diberi pendedahan untuk menitikberatkan kebersihan ketika kursus di pejabat agama dan mereka sepatutnya arif mengenainya serta mempraktikkan," katanya.

Selain PAID, operasi bersepadu yang diketuai Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu turut membabitkan lapan orang pegawai imigresen menjadikan jumlah keseluruhan anggota yang terbabit dalam operasi terbabit seramai 56 orang.

Pengarah Penguat Kuasa dan Keselamatan MPS merangkap ketua operasi, Azmi Ismail berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas tujuh premis seawal jam 3.30 pagi semalam selepas mendapat aduan awam mengenai keraguan dalam penyembelihan ayam.

"Bagaimanapun dari tujuh premis, lima didapati melakukan pelbagai kesalahan menyebabkan sepuluh kompaun bernilai RM10,000 dikeluarkan.

"Antara kesalahan yang dilakukan meletakkan bahan mentah di atas lantai (tanpa alas).

"Selain itu, tiga lesen perniagaan dirampas kerana meletakkan sampah-sarap di atas jalan awam," katanya.

-Harian Metro

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Skampung: Sesuap nasi <b>di</b> Nim&#39;s Little Island Cafe, <b>Kajang</b>

Posted: 10 Oct 2013 04:03 PM PDT

Salam semua...sihat-sihat belaka yer? Dengar cerita, harini hari jumaat, so kepada jejaka-jejaka tampan di luar sana, janganlah lupa tanggungjawab kita yer. Solat jumaat tu janganlah dilupakan... Yang merangkap kaum hawa pulak, toksah lah nak ajak boipren, husben, kawan laki yang merangkap bff, teman pegi shopping ke, servis kereta ke, u ambik ai dekat opis kita keluar makan nak...tak yah...tak yah... Kalau nak buat jugak boleh, biarlah lepas solat jumaat. Bukan apa, sekarang zohor masuk awal, takut-takut terlepas je nanti. Tetiba kalini nak jadi ustaz pulak kan, cewah~...

Wokey...berbalik kepada tajuk utama, semalam aku bersama wife aku telah menerjah ke satu restoran ni, dengar nama pun dah pelik, taktau lah celah mana wife aku boleh jumpa restoran ni, yang dikenali ramai sebagai Nim's Little Island Cafe. Biasalah perempuan, ingat nama jer, alamat and jalan nak pergi bukannya tau pun. So aku pun dengan rakusnya, terus mengajukan persoalan dengan pakcik google, nasib baik ada jugak info pasal restoran ni. Hmm...daripada info-info yang diorang bagi, nampak macam syok je makan dekat sini, tambah-tambah bila ada menu yang lain dari yang lain. Memang patut kena terjah la ni. Aku pun pelik, even dah lama aku stay dekat Bangi, kenapa tak pernah dengar nama restoran ni. So, lepas solat isyak, kitorang pun membawa diri ke restoran Nim's Little Island Cafe ni.


Hasil pemerhatian aku, suasana dekat sini biasa-biasa je. Tibi pun takde, so pesanan aku, janganlah datang makan sesorang. Loser sangat tu, hehe... Macam aku cakap pada perenggan kedua tadi, cewah...aku datang sini sebab tertarik dengan menu yang diorang sediakan, dari review rakan blogger lain pun cakap not bad. Di samping mendengar cengkerik dengan katak dok berbalas pantun sesama diorang, aku pun tulus ikhlas meneliti menu-menu yang ada dalam list.
Not bad kan harga! Bila tengok menu, serius beb, mula-mula memang aku gelak. Rasa kelakar and kreatif. Inilah faktor-faktor utama yang membawa aku and wife aku ke sini. Kesian dengan minah yang bawa menu ni, abis satu-satu menu aku tanya. Cinoni tu apa maksud, NyiurMelambai tu apa mende, pastu Soda Gembira, Soda Sedih, and Soda Sukaduka tu macam mana pulak? Dah macam wartawan pun ada time tu, siap dok ambik-ambik gambar lagi kan. Hasil penerangan yang minah tu bagi, akhirnya aku pun order, untuk minuman, aku ambik Soda Ceria and wife aku ambik Cinoni Kedondong. Untuk makanan, aku order nasi putih 2, Tomyam Kelapa Muda, Ikan Kembung Masak Pedas, and Telur Bungkus. Sementara menunggu order-order tadi sampai, aktiviti kitorang tak lain tak bukan, check-in lah, hehe...

Lebih kurang 5 hingga 10 minit, order kitorang pun sampai. Sebelum buat apa-apa, ambik gambar dulu. Pastu baru merasa... hmm, hisap sikit Cinoni Kedondong...ok not bad. Sedut Soda Ceria pulak, sedap nyer! Hirup sikit Tomyam Kelapa Muda, kaw jugak rasa kuah dia... So, kalau dah kaw, sedap, terus melantak lah jawab nyer, hehe...

soda + vanilla ice cream + susu + sirap = Soda Ceria
Mula-mula wife aku cakap, kelapa muda tu diorang ambik yang dah kosong, maksudnya isi kelapa tu dah takde. Disebabkan aku tak tahu apa-apa, aku iyer kan jer. Sekali masa cedok kuah tomyam nak ambik lauk, ada nampak macam isi kelapa. Eh...kelapa ni memang fresh la, terus aku bagitau wife aku, siap ada isi kelapa lagi ni... Seriusly, ni memang first time aku rasa tomyam yang ada isi kelapa muda dekat dalam, lain dari yang lain, memang meletop habislah. Pedasnyer tak yah cakap lah, nama pun tomyam... Masa dapat pinggan nasi tadi, aku siap bahagikan separuh lagi, almaklumlah...orang cakap, malam-malam tak boleh makan banyak. Sekali habis lincin aku tibai...adoi, abislah diet aku, huhu...
Lupa pulak, telur bungkus and ikan kembung masak pedas pun not bad, sedap jer... Kalau tak sedap memang aku cakap tak sedap, tapi sini ok lah. Agak-agak mahal ke tak kitorang makan ni? jeng...jeng...jeng... Total yang aku kena bayar adalah RM33. Harga pun lebih kurang macam dekat tempat lain kan, tapi di sini ada banyak pilihan makanan. Bukan saja makanan melayu, western pun ada. Kot jenis yang tak makan nasi malam-malam, boleh try diorang punya chicken chop ke, steak ke... So, kalau rasa nak try Soda Sedih, Soda Muda or Tomyam Kelapa Muda, boleh terjah sini:
Jalan Teratai, Kg. Sungai Ramal

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Oct 2013 03:18 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Oct 2013 03:13 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Oct 2013 03:29 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Posted:

[unable to retrieve full-text content]

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Sep 2013 03:21 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Sep 2013 03:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Aug 2013 03:26 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Aug 2013 03:04 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Jul 2013 03:15 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jul 2013 03:05 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Apr 2013 03:12 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

N56 - Tuan AB Manap Calon Bebas - <b>Sungai Pelek</b> - People Against <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2013 01:13 AM PDT


Calon Bebas yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) kelak mungkin bukan menjadi pilihan utama pengundi di Selangor kerana mereka dilihat tidak signifikan 'berperang' dengan dua parti dominan ketika ini. Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpendapat, ini kerana trend pengundi sekarang dilihat lebih cenderung kepada parti, sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR).Beliau berkata, calon Bebas itu bagaimanapun boleh bertanding dalam pilihan raya, asalkan mempunyai karisma, pesona dan kriteria lain untuk menambat hati pengundi.
Laporan Sinar Harian - 2 March 2013
Dun Sg Pelek bakal menjadi medan mencuba nasib bagi seorang calon Bebas iaitu - Tuan AB Manap yang berasal dari Sg Pelek. Berumur 68 tahun dan pada PRU 12 yang lepas beliau merupakan calon Bebas yang bertanding di DUN yang sama. Apa yang menarik tentang calon BEBAS - Tuan AB Manap ini adalah, beliau merupakan penyokong Barisan Nasional. Aktivis politik ini yakin dan percaya bahwa beliau masuk bertanding bagi memastikan calon Barisan Nasional -  ( Ng Chok Sin ) tidak kalah dan tidak mahu DUN Sg Pelek jatuh ke tangan pembangkang terutamanya DAP. Temuramah BLOG People Against Opposition dengan beliau di PWTC minggu lepas memaparkan satu usaha murni lagi ikhlas dari aktivis veteran ini yang sedih melihat keadaan anak bangsa yang ditindas disebabkan politik "divide and conquer" yang direncanakan oleh Pakatan Rakyat telah menjadikan parti-parti Melayu dalam Pakatan Rakyat menjadi tidak dominan. Beliau turut menjelaskan bahwa tujuan beliau bukanlah untuk menang di DUN Sg Pelek tetapi sekadar membantu calon BN menentang calon DAP. Beliau yakin bahwa BN dapat membawa kemakmuran dan perubahan di Dun Sg Pelek serta membawa perpaduan kepada rakyat berbilang kaum. Perjuangan beliau sangat mudah dan bersahaja. 
"Jika kita benarkan Pakatan Rakyat berkuasa di Malaysia maka negara kita akan ditimpa malapetaka besar akibat daripada bencana yang bakal dibawa oleh falsafah kebencian yang dipelopori oleh kepimpinan Pakatan Rakyat. Dari sudut pandangan beliau yang telah lama menjadi aktivis politik, Tuan Manap menerangkan bahwa ; "Pakatan Rakyat bukanlah sebuah pertubuhan politik berdaftar sepertimana Barisan Nasional. Ianya merupakan satu pakatan sahaja yang bersetuju bekerjasama semata-mata untuk menjatuhkan Barisan Nasional. Aspirasi parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat jelas mempunyai motif politik yang berbeza. DAP memperjuangkan agenda Malaysian Malaysia dan berusaha untuk menjatuhkan kuasa majoriti orang-orang Melayu. PKR jelas hanya mahu menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri manakala PAS masih bermimpi di siang hari dengan agenda HUDUD yang telah diganti dengan Negara Kebajikan"
Apabila di tanya soalan apa yang akan berlaku jika beliau menang sebagai ADUN Sg Pelek maka Tuan Manap menjawab sebagai pemegang amanah beliau akan memulangkan amanah kepada yang memberikan amanah tersebut kepadanya. Insya Allah. 

DIALOG RAKYAT: Kaji semula penutupan JPN, imigresen <b>Sg Pelek</b>

Posted: 05 Aug 2013 01:00 AM PDT

 
SEPANG: Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin menuntut kerajaan mengkaji semula penutupan Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Sungai Pelek, di sini sejak 1 Ogos lalu.

Menurutnya, tindakan penutupan itu telah menimbulkan kesusahan kepada penduduk untuk berurusan dalam perkara-perkara berkaitan seperti pembuatan atau pembaharuan passport, pendaftaran sijil kelahiran, sijil kematian, pendaftaran kad pengenalan dan sebagainya

"Saya difahamkan penutupan kedua-dua pejabat Kerajaan itu dilakukan kerana isu penamatan sewaan. Saya difahamkan kedua-dua jabatan tersebut tidak dapat menyambung perjanjian pelanjutan penyewaan ruang pejabat kedua-dua jabatan berkenaan kerana tiada penyelesaian dapat dicapai berhubung perjanjian baru yang disediakan oleh jabatan-jabatan tersebut dan pihak Tuan Tanah.

"Saya berpendapat adalah tidak munasabah kedua-dua jabatan tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah teknikal dan remeh tersebut hingga mengakibatkan penutupan kedua-dua pejabat berkenaan yang sekaligus mendatangkan kesusahan yang amat besar kepada para penduduk. Penutupan ini adalah bertentangan dengan janji Barisan Nasional kononnya rakyat didahulukan.," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, beliau memohon pihak kerajaan mengkaji semula keputusan penutupan kedua-dua jabatan tersebut dan seterusnya membuka semula kedua-dua jabatan tersebut di lokasi yang sama bagi memudahkan para penduduk menjalankan urusan dengan kedua-dua jabatan sepertimana sebelumnya

"Sekiranya permintaan aduan penduduk tidak didengar pihak saya akan membawa perkara ini ke Parlimen dalam sidang Parimen pada bulan September ini", katanya.

ads