ads

Rabu, 12 Mac 2014

12 di shah alam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


Video Patung Lilin <b>di</b> I-City <b>Shah Alam</b> Dibakar - kepala bergetar

Posted: 03 Feb 2014 05:45 AM PST



Patung Lilin di I-City Shah Alam Dibakar. Beberapa patung lilin di muzium lilin pertama negara, Red Carpet At I-City telah dibakar. Kejadian yang berlaku Rabu lalu dipercayai tindakan sabotaj oleh pihak tertentu terhadap usaha menjadikan muzium berkenaan sebagai lokasi tarikan pelancong Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Menerusi rakaman Kamera Litar Tertutup CCTV, perbuatan khianat itu didalangi tiga individu yang menceroboh muzium berkenaan.

Kebakaran bagaimanapun berjaya dikawal oleh jabatan bomba dan penyelamat. Menurut Pengurus Informasi I-Berhad, Tang Soke Cheng, pameran utama di Red Carpet At I-City akan ditutup kepada umum. Ia bagi membolehkan proses penyelenggaran dan pembentukan patung lilin yang rosak dijalankan. Proses itu dijangka mengambil masa selama dua bulan. Patung yang tidak terjejas akan dipamerkan kepada umum di lokasi lain pada kadar bayaran masuk serendah lima ringgit.

I-city merupakan salah satu destinasi utama sektor pelancongan sempena tahun melawat malaysia 2014. Sejumlah 10,000 tiket telah dijual sebelum ini bagi Pameran Patung Lilin Red Carpet I-City. Orang ramai yang telah membuat bayaran tiket boleh menunda tarikh kunjungan atau menuntut pulangan wang di Kaunter Red Carpet At I-City.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved