Ahad, 27 April 2014

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Suspek tembak polis <b>di Ampang</b> Jaya diberkas ABN News | BM

Posted: 24 Apr 2014 04:30 AM PDT

Oleh Asyraf Fauzi (asyraf.fauzi@abnxcess.com)

SHAH ALAM – Polis Selangor memberkas suspek yang menembak anggota polis unit kereta peronda di Ampang Jaya pada 11 April lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, suspek yang merupakan lelaki Cina Muslim berumur 44 tahun ditangkap di sebuah rumah di Ipoh, Perak, semalam.

"Hasil daripada tangkapan yg dibuat itu, ini bermakna polis berjaya menyelesaikan kes berkenaan.

"Suspek telah ditangkap dan kami percaya kami akan dapat laksanakan siasatan lebih lengkap lagi untuk mengesan rakan suspek yang terlibat dalam kejadian itu," jelas beliau.

Polis turut merampas dua butir peluru 'pump gun' dan sebuah unit telefon bimbit dipercayai milik suspek.

Mohd Shukri berkata, serbuan dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.

Suspek yang ditahan semalam akan direman sehingga 27 April ini sementara polis menyiapkan kertas siasatan.

Pada 11 April lepas, dua anggota polis unit kereta peronda cuba melakukan pemeriksaan terhadap dua lelaki dipercayai bangsa Cina yang kini merupakan suspek kes di Taman Lembah Maju, Pandan Indah.

Dua suspek itu kemudiannya bergelut dengan polis sebelum salah seorang suspek menembak seorang anggota polis di tempat kejadian sebelum melarikan diri ke taman berhampiran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan di mana tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


KLXPRESS | #DariDaerah : Pesta Lihat Buaya <b>Di Tanjung Karang</b>

Posted: 11 Apr 2014 08:24 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]TANJONG KARANG: Tak ubah seperti pesta! Begitulah gelagat orang kampung yang berpusu-pusu datang untuk melihat buaya yang berjemur di kawasan lumpur berhampiran Kampung Lubuk Jaya dan Kampung Nyiur, ...

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


ADUN <b>Sungai Panjang</b> Hairan Dengan Gelagat Wan Azizah <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2014 05:18 AM PDT

budimanzohdiTindakan bakal Menteri Besar Selangor, ADUN Kajang, Datin Seri Wan Azizah meminta ADUN Sungai Panjang bertanya soalan kepada beliau menimbulkan kekeliruan dan gelak ketawa di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Wan Azizah yang berucap kali pertama dalam DUN Selangor kelihatan tidak fokus dan tidak mempunyai sebarang topik perbincangan jelas. Lebih mengejutkan, secara tiba-tiba beliau meminta ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi bertanyakan soalan kepada beliau.

Ini menyebabkan beliau disindir oleh Sungai Panjang dengan pertanyaan, "ini peraturan mana tidak minta untuk bertanya, tapi diarahkan untuk bertanya."


Posted by KuntaKinte Malaysia on April 16th, 2014 :: Filed under Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


PKMM Perak Diberi Kepercayaan Bangunkan Tanah <b>Di Meru</b> Raya <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2014 04:30 AM PDT

mou 2

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Perak telah diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri untuk membangunkan tanah seluas kira-kira 1.6 hektar di kawasan Meru Raya, dekat Ipoh.

Menurut Presiden PKMM, Datuk Mokhtar Samad, projek pembangunan yang membabitkan pembinaan dua bangunan telah dilaksanakan sejak dua tahun lalu dan kini 90 peratus siap.

"Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah memberi sepenuh kepercayaan dan peluang kepada kontraktor dari PKMM cawangan Perak untuk membangunkan projek pembinaan di Meru Raya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Peraktoday.com.my selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKMM cawangan Perak di Hotel Casuarina @Meru, di Ipoh, hari ini.

Mengulas lanjut, projek di Meru Raya itu katanya, melibatkan dua jenis bangunan iaitu rumah kedai dan kondominium.

"Projek ini dibangunkan oleh orang Melayu dan dijual semula pada orang Melayu dan Alhamdulillah, kira-kira 98 peratus bangunan ini sudah dibeli," katanya lagi.

Tambahnya lagi, penglibatan kontraktor Melayu ini adalah hasil daripada syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan yang ingin melihat lebih ramai kaum Melayu terlibat dalam sektor pembinaan.

Beliau juga mengharapkan agar kerajaan memberi peluang dan ruang kepada kontraktor Melayu untuk terus maju ke hadapan.

"Diharapkan agar kerajaan dapat memberi peluang dan ruang untuk kontraktor Melayu membuktikan yang mereka juga mampu melakukan sesuatu di luar jangkaan," tambahnya lagi.

Pada majlis sama, beliau turut menjadi menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) antara pihak PKMM Perak dan Kolej Vokasional Seri Iskandar yang bakal membuka peluang pekerjaan kepada pelajar lepasan kolej itu untuk menceburi bidang pembinaan.

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


fishmalaysia » Jeti Memancing Pak Long Botak, <b>Sungai Pelek</b> <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2014 08:41 PM PDT

There are many options for boat charters to go fishing in Malaysia. People can charter boats for a very reasonable price and still enjoy some fishing for some saltwater fish. This is possible if you are planning a saltwater fishing expedition in the mangrove area of the estuary. To charter a boat and fish in these parts will give one access to fishing options for fish like Barramundi, Groupers, Garfish, Mangrove Jack, the occassional trevally and many more mangrove breeding fish. The boats available for charter are in the price range of lower hundreds up to the thousands. Each depending on what kind of fishing you plan to do and what kind of fish you plan to fish.

Jeti ini terletak lebih kurang dua batu sebelum ke pekan Sungai Pelek. Ia terletak betul-betul selepas selekoh besar dan sebelum Sekolah Sungai Pelek. Jalan yang menuju ke jeti ini terletak di belah kiri jalan setelah mengambil selekoh. Jeti memancing ini terletak di penghujung jalan ini.20140422_15350620140422_153523

 Kadar bayaran untuk memancing di jeti ini amat murah. Kadar untuk setiap satu joran adalah RM 2 di siang hari dan pada waktu malam adalah RM 3. Jeti ini dibuka 24 Jam.

Terdapat juga servis menyewa bot. Bot boleh disewa dengan tekong dengan harga yang amat berpatutan. Pemilik jeti ini dikatakan amat arif dengan lubuk di kuala dan akan membawa bot yang cukup besar untuk memastikan anda mendapat pancingan terbaik.

20140422_153530

20140422_15360820140422_153644

Pengurus jeti ini yang suka dikenali sebagai Pak Long Botak berkongsi dengan kita bahawa masa yang paling sesuai untuk memancing disini adalah pada waktu subuh dan senja. Ikan sasaran utama disini adalah ikan Siakap dan Kerapu. Selain dari ikan ini pernah juga dinaikkan ikan Senohong dengan ikan Kurau oleh pemancing yang mengunjung ke sini.

Sekiranya anda ingin mengambil angin sambil memancing tempat ini amat sesuai untuk tujuan sebegitu. Bagi peminat teknik casting anda juga boleh mengasah bakat anda disini juga. Tempat ini boleh menggunakkan gewang yang menyelam secara dalam atau "jig" plastik lembut yang boleh merayap di dasar sungai.

20140422_15373420140423_081849

Terdapat payung untuk berteduh dari panas terik matahari. Sekiranya anda berminat untuk memancing ikan todak, terdapat banyak ikan todak yang bermain di permukaan air kawasan ini. Ikan ini pasti sangat mencakup sekiranya anda menggunakkan set ringan kerana ia membuat lonjakan yang amat bertenaga.

Untuk membuat booking bot dan servis tekong sila Pak Long Botak boleh dihubungi di talian 019 610 1323. 


View Larger Map

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Merasai pengalaman pelumba F1 <b>di Sepang</b> - Macikz konah - Blogger

Posted: 23 Apr 2014 08:46 AM PDT


Prolong : Terima kasih kepada Ckin,kamar dan Kak yani sebab invite kita join hari tu & Happy birthday usue!

 

Pengalaman Sepang Go Kart

Bertempat di lokasi Sepang F1 Circuit, Kami mencabarkan  diri untuk merasa pengalaman pelumba F1. Kami telah pun berlumba di Litar Go-Kart Sepang yang bertempat di sebahagian Litar Sepang F1 Circuit.

 Panjang Track adalah 1247 m yang direka dalam bentuk mengikut jam. Selekoh kombinasi  dengan selekoh high-G last selekoh tu sememangnya menguji stamina pemandu.

 Mula-mula semasa menerima invitation tu, konah terkenang race date konah di Go-kart Shah Alam. Tak berapa ingatlah tapi itu kisah silam. Di Sepang Go Kart, Kami diberi 10 minit untuk berlumba dengan bayaran RM40. Mula-mula terfikir kenapa 10 minit sahaja ????
Tapi itu adalah  di luar jangkan atau assumption Konah semata-mata. Pengalaman yang dikutip adalah pengalaman yang mengujakan, ini kerana dengan "race olok-olok" kami . Rasanya 10 minit tu seperti lama. Dan rasa tak puas , sebab korang akan rasa mahu lagi dan lagi untuk merasai thrill selekoh high G litar. Moment melayan 11 selekoh yang berbeza cabarannya meningkat adrenalin yang menegak tengkuk Konah. Konah tak kira berapa lap konah buat, yang pasti konah tekan minyak dan layan break. Ada sekali tu part go-kart konah berpusing sebab bertembung dengan Kamar. ehehehe Pecut je minyak.
Rasa priceless bila time korang layan selekoh-selekoh high G litar Go- Kart. Bila layan corner kat sini , rasanya seperti Konah punya masalah tertinggal dekat penjuru selekoh.  No wonderlah kadang-kadang litar go-kart sepang menjadi latihan pelumba secara privasi. Sebab kalau korang datang petang sikit ,korang akan nampak beberapa orang pelumba melaku latihan di sini.

 

 

Macam mana nak pergi sini ?

Macam nak pergi ke arah LCCT, cari papan tanda litar Sepang F1. Pastikan masuk di Enterence utama kat depan selepas traffic light tu, bukan masuk di bahagian paddock. Sepang Go kart betul-betul ada sebelah kiri bila korang dah masuk Ke Sepang F1. (Papan tanda dia kecil sikit kena alert)
Alamat : Jalan Pekeliling , 64000 KLIA . Selangor Darul Ehsan.
Operasi Masa: Selasa- Khamis & Sabtu - Ahad di buka daripada 10 pagi hingga 7 petang , manakala Jumaat  dibuka 10 pagi hingga 12 tengah hari sahaja.
Harga : RM40 untuk 10 minit seorang/ ada go-kart seat couple harga sedikit berbeza iaitu RM50 untuk 10 minit
Dream Konah : One day...and hope Ckin organize benda ni, dimana kami berangan untuk race lagi dimana untuk race sebenar kami akan dapat percuma khidmat time keeper RM150 untuk 12 minit X 4

Tips

1. Khabarnya ramai orang datang pada hujung minggu. disarankan untuk membuat panggilan telefon dahulu jika anda datang dalam berkumpulan
2. Main pagi-pagi, sebab bila masuk pukul 11 pagi. Matahari dah terpacak macam sejengkal di atas kepala...panas...
3. Daripada rumah dah siap-siap pakai sun block
4. Bila dah bayar, dia akan kasi slip kecil. Simpan slip kecil tu sebab masa nak masuk go-kart , penjaga go-kart akan minta.
5. Benda ni fun bila anda bergroup buat "race olok-olok" baru rasa thrill
6. Have fun and follow your instance . Kalau tak boleh buat jangan push. Fahamkan jalan selekoh litar ni
7. Bawa go-kart macam bawa kereta auto

ads