Sabtu, 10 Mei 2014

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


shopping <b>di</b> daiso dan mr.DIY @ AEON <b>Bukit Raja</b> - They are <b>...</b>

Posted: 08 Mar 2014 12:35 AM PST

terkejut dgr berita kapal terbang MAS hilang hari ni. 
moga masih ada harapan utk mereka survive insyaallah...
khamis lepas, sempat juga kami singgah di AEON Bukit Raja
byk dah perubahan kat sini.
lot food court kat hujung tu tlh di ambil alih oleh DAISO, MR.DIY dan game centre (x ingat nama)
food court dah bertukar ke area cinema kat tgh2 tu.
tak lama pun kat sini...mana sy larat nak berdiri lama2 dah, mengah wei.
DAISO dia kecik jer..tp oklar byk jugak brg2 yg dijual.
 ini yg sy beli dr DAISO
 ini pula yg dibeli di MR.DIY.
termasuk habuan utk anak2 ni ha..lg murah dr tempat lain
so antara DAISO and MR.DIY, sy lg suka membeli kat DAISO kot hehehe...sebab murah. kat mr.diy blh tahan jugak mahal harga brg2nya. tp sbnrnya 2 kedai ni menjual brgn yg berbeza...
jom tgk apa projek weekend ni.
 pengurusan plastik yg sgt huru hara sebelum ni
sekarang dah jadi mcm ni..alhamdulillah, lapang sket mata memandang.
byk plastik yg sy dah buang terutama yg bersaiz kecil.
nak lipat satu-satu plastik ni semua? i is malas hahaha

 bekas mega block anak2 yg dah koyak ni perlu diganti baru
malangnya kat DAISO dah kehabisan storage/box bersaiz besar
kat MR.DIY ada jual storage, tapi mahal huhuhu
sudahnya sy guna jer kotak tricycle ni. masih elok, siap ada pemegang lg
tricycle amal ni pun dah lama kena curi huhu..

 saiz dia sdang elok nak menampung kesemua mega block anak2.
 kemas toys kat bilik anak2 dgn meletakkan toys dlm storage yg lbh teratur
 kalau rajin nnt blh label, kalau malas biar jer mcm ni hikhikhik
yg ni letaknya di atas almari pakaian anak2.
dan yang ni pula di bawah katil anak...
emm bilik kerja kami kat bilik nom.3 ni panas woooo
bilik kecik jer, kipas syiling pun kuat tp still berbahang
sudahnya sy selalu jer transfer laptop ni ke bilik anak2, tumpang meja depa sbb kat bilik depa ada econ hehehe
wahai en.suami..taknak ke install sebijik econ kat bilik kerja ni? dapat yg 1hos pun dah mencukupi sbb bilik ni kecik jer kan...plz..plz..plz...

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Pengedar Shaklee <b>di</b> Cheras, <b>Ampang</b>, Wangsa Maju <b>...</b> - Ben Ashaari

Posted: 18 Apr 2014 12:38 AM PDT

-iklan berbayar-

 

Pengedar Shaklee hari ini di cari-cari oleh ramai orang yang berhasrat nak mula mencuba atau menggunakan pelbagai rangkaian Produk Shaklee seperti ESP Shaklee, Set Kesuburan Shaklee, Set Mengandung Shaklee, Set Bersalin Shaklee, Set Menyusu Shaklee dan pelbagai lagi Set Shaklee yang lain.

fan page shaklee yang best

Untuk membantu memudahkan anda mendapatkan Set Shaklee dan Produk Shaklee anda, di sini kami senaraikan Pengedar Shaklee di Kuala Lumpur yang berhampiran dengan anda.

Sekiranya anda berminat nak menjadi salah seorang Agen Shaklee atau nak Beli Shaklee Harga Ahli, kami amat mengalu-alukan penyertaan anda. Yuran untuk Daftar Ahli Shaklee ni tak mahal, hanya RM65 saja seumur hidup. Kos pos barang Shaklee yang anda dapat selepas mendaftar ialah RM10 sahaja, so total registration ialah RM75 seumur hidup untuk dapat semua manfaat Harga Ahli Shaklee

Adakah terdapat Pengedar Shaklee di Cheras, Ampang, Wangsa Maju dan sekitar Kuala Lumpur?

Ye  , terdapat ramai Pengedar Shaklee di kawasan yang tersebut di atas dan juga di kawasan sekitar KL. Untuk memudahkan carian anda, kami senaraikan Pengedar Shaklee mengikut kawasan anda.

Bolehkah saya dapatkan Produk Shaklee secara COD?

Ye  , kini anda boleh dapatkan Set Kurus Shaklee, Set Bersalin Shaklee, Set Kesuburan Shaklee, atau apa saja Vitamin Shaklee secara COD atau Pick Up atau poslaju dengan menghubungi Pengedar Shaklee dalam senarai berikut

Pengedar Shaklee di Cheras ( Alam Damai, Bandar Tun Hussein Onn, Bandar Tun Razak, Hulu Langat, dan seluruh Cheras serta Balakong. Boleh COD J )

1. Puan Zura dan Encik Jamil : 0132383221 https://www.facebook.com/faizura.murad

2. Ustazah Najat dan Ustaz Nawawi : 0132930365 https://www.facebook.com/nnza1

3. Puan Erni – Cheras -012-3461698 - https://www.facebook.com/dina.syahmi

4. Puan Farhanah Ibrahim – Cheras – 013-3157586 -https://www.facebook.com/farhanah.ibrahim.3

5. Siti Hajar Idris – Hulu Langat – 012-6621536

6. Puan Syida – Cheras – 014-2222421 - https://www.facebook.com/nurra.syida.73

7. Puan Afza Norbahiah Mohd Zin (Cheras, kajang, balakong) 013-2095962

8. Azila ahmad : 0123987053

9. Farah liana : 60179064214

10. Adiba Miskan : 0137785264 https://www.facebook.com/adiba.miskan

Pengedar Shaklee di Ampang (Pandan, KLCC, Ampang Jaya, Taman Dagang, Taman Kosas, dan seluruh Ampang)

1. Puan Fatin Fasihah: 012 3672 560 :Pengedar Shaklee Ampang  http://hargasetmenyusu.com

2. Cik Atifah - Ampang - 017 3466 579 - http://hargasetkesuburanbajet.blogspot.com

3. Puan Yang : 0132383221

4. Azizah Osman :  0172504060

5. Farah liana : 60179064214

6. Azizah Osman – Ampang – 017-2504060 - https://www.facebook.com/eezah.liza

Pengedar Shaklee di Kuala Lumpur ( Masjid Negara, SOGO, Bank Negara Malaysia, Jalan TAR, Jalan Raja Laut, DBKL )

1. Puan Norulhuda  014-9209040  www.dasyifa.blogspot.com

2. Puan Lailina Iqtiyani 019-2659573 https://www.facebook.com/lailina.mokhtar

3. Puan Siti Norasma Razak 0123323017 https://www.facebook.com/sitinorasma.abdulrazak

Pengedar Shaklee di Wangsa Maju, Melawati, Bukit Antarabangsa, Ukay Perdana, Gombak, Keramat, Setapak

1. Puan Fatin Melawati dan Ampang - 012 3672 560 - http://hargasetmenyusu.com

2. Yusmaziah Yahya  ( Pengedar Shaklee Gombak) : 019-3967558

3. Noriati Mokhtar ( Pengedar Shaklee Keramat) 019-9429176

4. Encik Rahman (Pengedar Shaklee Ampang) 0133101221

5. Puan Hanis (Ukay Perdana) 0133080397

6. Nur Fatin Hamdan (Pengedar Shaklee Gombak) : 017-5845851

7. Fatonah Hassan :019-9174429 https://www.facebook.com/siti.fatonah.330

8. Arny Rapie – Setapak – 017-6976944 - https://www.facebook.com/arny.rapiie

9. Tina – Setapak – 0176811832 - https://www.facebook.com/agustinajusri

10. Fairuzah Hanum  019-3307605 batu caves, selayang  https://www.facebook.com/fairuzahhanum.mohdpauzi

11. Yumaziah Yahya – Gombak – 019-3967558 https://www.facebook.com/yusmaziah.yahya

12. Noriati Mokhtar – Keramat – 019-9429176 - https://www.facebook.com/noriati.mokhtar

Pengedar Shaklee di Bangsar, Pantai Dalam, TM, University Malaya , UM dan Kerinchi

1. Puan Izatun Nazariah Abu Bakar : 013-3331610 : http://clickmoment.net/

2. En. Azizi Al Rahman (Pengedar TTDI dan Bangsar) : 0133497051,https://www.facebook.com/BugisKL

3. Rufaidah Othman (011-23206064)

4. Cik Fazreena (017-5007898)

5. rosmawati mohd sidek 0133377109 cheras - https://www.facebook.com/rosmawati.mohdsidik

Pengedar Shaklee di Bandar Tasik Selatan dan Sungai Besi

1. Puan Huda 014-9209040 https://www.facebook.com/norulhuda.seman

2. Encik Arif - 016- 2079040

3. Puan Yanti (Kem Polis Sg Besi) 0123252692

4. Puan Azura (Pengedar Shaklee Bandar Tasik Selatan & Sg Besi) : 0125220191

5. Puan Fadhlina : 0193666196 http://hargasetmengandung.blogspot.com

6. Cik Farah liana : 60179064214

Boleh bayar dengan kad kredit / credit card / paypal?

Ya kami menerima pembayaran menerusi kredit kad dan Paypal. Untuk maklumat lanjut hubungi kami di talian khas 0111 999 5667

Bagaimana dengan Pengedar Shaklee di Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Penang, Perak, Kedah, Perlis, Sabah, Sarawak?

InshaaALLAH kami akan update from time to time. Jika anda rasa perlu, anda boleh subscribe kepada blog ini untuk dapatkan maklumat mutakhir tentang Shaklee.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan Produk Shaklee, Harga Produk Shaklee, Harga Set Shaklee dan Daftar Ahli Shaklee, hubungi Pengedar Shaklee di Cheras dan Ampang melalui link tersebut.

Atau hubungi kami melalui saluran berikut :

contact new and lucky

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Anwar sampaikan kuliah Kebangkitan Asia <b>di Puchong</b> 10 Mei <b>...</b>

Posted: 02 May 2014 03:13 AM PDT

Asia_Renaissance_3KUALA LUMPUR 2 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan kuliah 'Gelombang Kebangkitan Asia' bahagian ketiga pada hari Sabtu, 10 Mei 2014.

Manakala ahli Biro Politik KEADILAN, Dr Syed Husin Ali turut akan menyampaikan syarahan bahagian ketiga 'Merdeka Rakyat'.

Program istimewa ini akan diadakan pada hari Sabtu, 10 Mei 2014 pukul 2 petang, bertempat di Diwan Reformasi, Demokrasi dan Upaya Masyarakat, No 72, Jalan 2/3, Bandar Puteri Puchong.

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai program ini, sila hubungi penyelaras Centre for Reform Democracy and Social Initiative melalui emel asian.renaissance.reformasi@gmail.com.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61266

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Azie Kitchen: Mencari Nasi Ayam Faridah <b>di Klang</b>

Posted: 06 Apr 2014 12:18 AM PDT

Secara kebetulan saya berkenalan dengan Zura selepas melihat kemesraan beliau dengan anak anak sewaktu singgah minum di Restoran Kayu Kandar. Boleh dirasakan kebahagiaan mereka di saat bakal menerima baby baru yang kembar pulak. Dari situlah, saya diperkenalkan dengan Nasi Ayam Faridah yang diusahakan oleh abang Zura menggunakan resepi turun temurun diwarisi dari bonda mereka. Saya mengajak hubby ke Klang pada hari Sabtu sementara menunggu untuk mengambil Aween di sekolah yang menpunyai tugasan mengecat dinding sekolah. Gerainya terletak di sebelah kiri simpang 4 Teluk Pulai Klang. Berpusing pusing juga kami untuk mencari gerai ini. Nasib baik saya mempunyai nombor telefon Zura untuk mendapatkan talian hayat.

Kelainan pada resepi ini ialah ayamnya digoreng panas panas di gerai. Selain Nasi Ayam, dijual juga Nasi Goreng Ayam. Saya memang penggemar Nasi Ayam, jadi kalau apa sahaja resepi nasi ayam yang menpunyai kelainan, mesti saya ingin mencubanya. Saya siap meminta extra ayam lagi. Alhamdulillah rezeki kerana saya telah diberi diskaun lagi. Selain makan di sana, kami juga membungkus untuk dibawa balik pada anak anak.

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Bilik Guru Disiplin Sekolah Menengah <b>Di Kapar</b>, Hampir Musnah <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2014 11:08 PM PDT

Klang – Bilik disiplin sebuah sekolah menengah di Kapar di sini, hampir musnah dalam kebakaran sejurus individu tidak dikenali melontarkan satu objek ke arah premis berkenaan dipercayai bermotifkan khianat, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, bilik guru disiplin yang terletak di tingkat bawah dikatakan tiba-tiba terbakar sebelum disedari pengawal keselamatan bertugas pada malam kejadian.
Difahamkan, sebaik menyedari kehadiran api di bilik berkenaan, pengawal keselamatan bergegas masuk dan memadam api bagi mengelak merebak dan memusnahkan kawasan berhampiran.

Menurut sumber, ketika kejadian pengawal keselamatan berkenaan melihat tiga motosikal dinaiki enam individu menghampiri sekolah berkenaan sebelum terdengar bunyi sesuatu.

"Sebaik melihat motosikal dinaiki kumpulan itu menghampiri pagar sekolah, dia (pengawal keselamatan) ternampak ada antara pemboncengnya membaling objek ke arah bilik disiplin yang terletak tidak jauh dari pagar berkenaan.


"Lontaran objek itu menyebabkan tingkap bilik disiplin itu yang pecah sebelum berlaku kebakaran kecil membabitkan buku dan meja di bilik itu. Pengawal berkenaan sudah membuat laporan polis," katanya ketika ditemui di sini, semalam, lapor myMetro.


Wa Allahu'alam..

:: IKLAN TEKS RM20/- JE SEBULAN ::



ezybuzz hosting
Written by: Admin on Saturday, April 19, 2014
Perhatian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar blog yang diutarakan melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian admin. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Amansiara Townhouse Ground Floor, <b>Selayang</b> - Hartanah <b>Di</b> Sini

Posted: 15 Apr 2014 12:07 AM PDT

Unit Townhouse di Taman Amansiara, Selayang untuk dijual.

Jualan Segera: RM365,000 (Negotiable)

Intermediate. Ground Floor.

Berkeluasan 1129 sqft, ada 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi.

Leasehold.

Kemudahan Berdekatan
Hospital Selayang
NSK
Pasar Borong Selayang
MPS
Selayang Mall
Giant Batu Caves
Jusco Kepong
Sekolah, kolej & universiti

Akses
Jalan Ipoh
MRR2
LATAR
Jalan Kuching

** EXCLUSIVE AGENT **

Deposit 10%
Lawyer & Loan boleh diuruskan

TEMUJANJI & VIEWING

CALL/SMS/WHATSAPP Nasrul (019-2172330) untuk temujanji dan viewing.

INGIN MENJUAL RUMAH DI SELAYANG?

CALL/SMS/WHATSAPP Nasrul (019-2172330) untuk pertanyaan, nasihat & bantuan.

**Nasrul Probationary Estate Agent (PEA1063) – Shah Alam, Rawang, Kuala Lumpur & sekitarnya **

Ingin menjual atau menyewakan hartanah di Selayang? Isi borang Jual/Sewa Hartanah untuk membolehkan kami membantu anda.

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Peneroka <b>Sg</b>. <b>Panjang</b> Teraniaya : &#39;Kembalikan Semula Tanah Kami <b>...</b>

Posted: 07 May 2014 12:28 AM PDT

alt

 

SHAH ALAM 7 Mei - Peneroka Sungai Panjang mendesak kerajaan negeri Selangor supaya menarik balik keputusan untuk mengambil alih tanah di Sungai Panjang sekaligus memberikan hak milik kekal kepada peneroka memandangkan usaha peneroka di kawasan tersebut semenjak sekian lama.

Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd Zohdi berkata berkata tindakan pengambilan tanah oleh kerajaan Selangor melalui Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan Perbadangan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) jelas menunjukkan tindakan tersebut telah mengganggu sumber rezeki golongan peneroka dikawasan itu.

"Memorandum ini berkaitan pengumuman kerajaan negeri Selangor terhadap rancangan pengambilalihan Tanah Hutan Simpan Sungai Karang melalui MBI dan diuruskan oleh PKPS.

"Semenjak sekian lama usaha peneroka mencari nafkah tidak diganggu. Sebahagian besar dari peneroka tidak ada tanah lain untuk diusahakan. Majoriti daripada mereka menggunakan hasil tersebut untuk menyekolahkan anak dan menyara keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandun kepada wakil Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Pintu Utama Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor di sini, hari ini.
 

alt

 

Tambah Budiman, satu majlis penerangan telah diadakan pada 12 April 2014 di Masjid Al- Khairiah Parit namun tiada jaminan berkaitan status pemilikan tanah kepada golongan peneroka.

Jelasnya, tindakan pengambilalihan tanah itu menimbulkan persoalan apabila kerajaan negeri tidak berusaha membangunkan kawasan ladang sawit baru dan bersungguh-sungguh untuk mengambil ladang sawit yang diteroka secara kecil-kecilan oleh peneroka di kawasan tersebut setelah sekian lama ia diterokai bermula lewat 40an.

"Aktiviti penanaman sawit juga tidak mengganggu status Hutan Simpan dan pengairan padi di kawasan berdekatan.

"Bagaimana nasib peneroka yang terlibat ini? Sudah tentu mereka akan kehilangan pendapatan dan mengubah lanskap kehidupan mereka.

Dalam pada itu, Budiman berkata, golongan peneroka yang menaman tanaman padi, sawit dan koko di kawasan Tanah Parit 14/15, Simpang 5, Sungai Ranjang langsung tidak menggangu status Hutan Simpan dan pengairan padi di kawasan berdekatan.

 

 

Last Updated on Wednesday, 07 May 2014 15:29

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


Status tanah Bagan <b>Sekinchan</b> selesai selepas kajian menyeluruh <b>...</b>

Posted: 06 May 2014 09:30 PM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SEKINCHAN 7 MEI: Isu status tanah yang menempatkan jeti nelayan di sepanjang Pantai Redang, Sekinchan dijangka selesai apabila satu kajian menyeluruh dijalankan.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, kajian itu dijalankan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melibatkan isu Kebenaran Menduduki Sementara (TOL).

SekinchanKatanya, kajian itu untuk mengenalpasti dan menyusun atur semula supaya sistem lebih baik yang mampu memberi pulangan yang baik kepada pengusaha di sini.

"Sebab bila kerajaan melaksanakan polisi rezab sungai dan sebagainya kita hentikan TOL tetapi di sini ada kepentingan kepada nelayan dan juga industri pelancongan.

"Ia diputuskan Kerajaan Negeri yang sudah tentu bukan TOL tetapi yang lebih kekal dan baik sama ada mungkin sistem pajakan atau sistem pengurusan tanah digunakan, cuma pengurusan diserahkan kepada pengusaha ini," kata Dr Yunus.

IMG_0735aBeliau berkata demikian selepas menghadiri sesi dialog bersama nelayan dan pengusaha jeti dalam lawatan kerja di Pantai Redang di sini, semalam.

Dr Yunus dalam lawatan kerjanya turut meninjau jeti Jalan Tepi Sungai dan Jeti Bagan Sekinchan.

Katanya lagi kajian yang dijalankan perunding yang dilantik LUAS kini berada di peringkat akhir sebelum diputuskan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Selangor.

ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim dalam sesi dialog sebelum itu berkata, jeti di Pantai Redang merupakan sumber pendapatan nelayan dan pengusaha jeti terlibat.

Sekinchan"Jeti ini amat penting untuk nelayan menaikkan hasil tangkapan mereka dan juga semakin mendapat tempat dalam menarik kedatangan pelancong," ucap Sue Lim dalam majlis dialog itu.

Selangor Kini difahamkan terdapat 110 jeti yang beroperasi di sepanjang Pantai Redang yang digunakan sebagai tempat menaikkan ikan bagi bot nelayan besar kelas B dan C.

Manakala bagi bot nelayan kecil kelas A pula dianggarkan lebih 200 beroperasi di kawasan itu.

EZY

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Hulu Selangor</b> 23 May 2014 <b>...</b>

Posted: 04 Jul 2013 09:18 AM PDT

Laman Ping.Busuk dibangunkan dan diaturcara oleh pengaturcara kami tersendiri. Sebarang kesulitan, diharap anda dapat menghubungi kami melalui email busuk.org[at]gmail ataupun melalui laman fb kami.

Online user : 3,367
Widget Aktif : 3,936
Banner Aktif : 5,601

Domain Dibenarkan: 9,537
Jumlah Artikel : 703,090

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Besh Shimatado: Training <b>di Batu Caves</b>

Posted: 12 Apr 2014 09:45 PM PDT

Start pukul 8.00 pagi tadi, aku dan sahabat, Nizam, pergi training di Batu Caves. Target kami adalah 10 round. Dan kami berjaya buat 10 round. Pancit? Sudah semestinya. 
1-5 round pertama adalah round yang mencabar. Nak bagi habis 5 round cukup seksa. Badan baru nak adapt dengan naik turun anak tangga 270 tu.  Tapi bila dah sampai 7 round, semangat makin tinggi. Rasa confident untuk habiskan 10 round tu lebih berkobar-kobar.
Aku rasa aku masih mampu untuk sampai 15 round, tapi cukuplah untuk kali ini. Maybe next time boleh cuba up sikit. Nanti balik sakit kaki sangat pulak. Dah lah kena sound banyak kali dengan orang kat situ. " Kalau nak joging pergilah taman ke lake ke.. Ini tempat orang nak sembahyang..."
10 round kami mengambil masa lebih sejam rasanya. Kami slow-slow je takde rush. Takut nanti injured. Lagipun memang tak larat pun nak laju-laju. Bukan atlete pun nak lari. Hahaha
Lepas turun, aku beli sebiji buah kelapa dan ratah jugak kat situ. Best gila dapat minum. Lepas itu, aku makan nasi lemak 3 bungkus dan 2 biji pisang. Adoi. Lapar lain macam je. Dahaga pun lain macam je.
Note: Better bawa air sendiri sebab air mineral 500 ml kat atas sana harga RM2.00. Mahal. Tapi sebab dahaga no choice.

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Geng Penyamun Berlagak Sopan <b>Di Sabak Bernam</b> - Siakap Keli

Posted: 25 Mar 2014 08:48 PM PDT


SABAK BERNAM – Seorang daripada lima penyamun berlagak sopan apabila memberi salam dan mengucapkan terima kasih selepas merompak wang tunai RM1,400 di sebuah kedai perkakasan di Batu 37 Jalan Sekendi di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Farah Ayu Jumri, 27, yang tinggal keseorangan di kedai itu melihat sebuah kereta dipercayai Proton Saga BLM berwarna ungu diletakkan di hadapan kedai terbabit.
Farah Ayu berkata, dia yang tidak mengesyaki sesuatu kemudiannya didatangi seorang lelaki lingkungan 20-an bertopi sempat memberi salam dari luar kedai dan kemudiannya menuju semula ke kereta dengan mengajak dua lagi rakannya yang lain.
"Tiga daripada suspek yang keluar daripada kenderaan terus masuk ke dalam kedai. Salah seorang daripada mereka pura-pura tanya nak nak beli gergaji dan saya pun tunjukkanlah] barang tu ada di luar kedai.
"Selepas saya ambil gergaji dan masuk semula dalam kedai, seorang daripada mereka yang bawa beg sandang pura-pura nak bayar. Tapi, saya terkejut apabila seorang daripada mereka yang ikut saya dari belakang terus acukan parang," katanya.
Menurut Farah Ayu, ketiga-tiga suspek lelaki itu kemudiannya mengugutnya supaya mendiamkan diri sebelum ikat kedua-dua tangannya dengan tali sambil seorang lagi terus mengacukan parang ke arah mangsa.
"Mereka ugut saya supaya beritahu di mana wang diletakkan dan kemudian buka laci. Mereka juga rampas telefon bimbit jenis Samsung milik saya di laci atas. Ketiga-tiga mereka buka laci dan ambil duit tu.
Salah seorang dari mereka juga sempat ucapkan terima kasih sebelum tergesa-gesa tinggalkan kedai," katanya sambil memberitahu dalam keadaan panik dia sempat memerhatikan gelagat dua lagi suspek yang menunggu di luar kedai untuk meninjau keadaan persekitaran sementara seorang lagi berada di dalam kereta sebagai pemandu.
"Kejadian berlaku dalam tempoh lima minit. Lepas mereka pergi, terus jerit minta tolong pekerja stor belakang untuk buka ikatan dan telefon majikan," katanya.
Majikannya, Kenny Tee, 47, berkata, ketika kejadian, dia tiada di kedai kerana ada urusan di bank dan hanya dihubungi keraninya itu ketika dalam perjalanan ke Sekinchan.
"Saya terus patah balik ke kedai. Hasil Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV), saya nampak lima suspek melakukan jenayah itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, polis menerima aduan daripada kerani terbabit berhubung kejadian itu pada jam 9 malam hari yang sama.
"Semua suspek dianggarkan berumur lingkungan awal 20-an dan tidak memakai topeng semasa kejadian. Lakaran fotofit suspek sudah dibuat," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana kesalahan samun berkumpulan menggunakan senjata. – Sinar Harian Online

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


chedinsphere.: Bertemu Alistair Edwards <b>di Subang Jaya</b>

Posted: 01 Apr 2014 10:59 PM PDT

Alhamdulillah, semalam, 1hb April 2014 (Selasa), saya sempat bertemu dengan tiga orang bekas pemain Selangor FA iaitu Coach Alistair Edwards, Bro Malek Rahman dan Bro Talib Sulaiman. Pertemuan ini berlangsung di The Loaf, Empire Gallery, Subang Jaya. Syukur, dapat juga ketemu dengan para bekas pemain ini, berbincang seputar situasi serta perkembangan Liga Malaysia, selain kenangan mereka sepanjang bergelar pemain.
In sya ALLAH, Jumaat ini (4hb April 2014) pada jam lebih kurang 8 malam, akan berlangsung perlawanan persahabatan di antara skuad Bekas Pemain Selangor (Merah) menentang skuad Bekas Pemain Selangor (Kuning) di Padang SUK, Shah Alam.
Semoga semua berjalan dengan baik, in sya ALLAH. Bersama memartabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu.

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


TSDayOut : Aktiviti Lasak <b>di</b> Paradise Valley Broga, <b>Semenyih</b>

Posted: 04 May 2014 10:43 PM PDT

#TSDayOut di Paradise Valley Broga, Semenyih ini merupakan #TSDayOut edisi pertama bagi tahun 2014. Ini kali ke-4 pb join #TSDayOut selepas FRIM Kepong, Skypark Subang dan Battlefield di Hulu Langat. Untuk cerita lebih lanjut pasal TSDayOut tahun lepas, 2013 boleh baca kat sini. Macam biasa, memang tak pernah menghampakan bila dapat join #TSDayOut. Aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang hari pasti best dan menyeronokkan. Lagi-lagi, kali ni #TSDayOut bertemakan "extreme and scenery" di sekitar Paradise Valley Broga, Semenyih.
Mungkin ada yang masih tertanya-tanya apa itu #TSDayOut? Secara ringkasnya, #TSDayOut merupakan Tourism Selangor Day Out yang dianjurkan oleh pihak Tourism Selangor untuk mempromosi tempat-tempat menarik di sekitar negeri Selangor dan terbuka kepada bloggers. Untuk menyertai #TSDayOut, bloggers hanya perlu mengisi butiran peribadi di website dan 20-30 bloggers (berdasarkan aktiviti yang dianjurkan) yang terpilih akan dimaklumkan menerusi e-mel jemputan untuk menyertainya.
Nak tahu lebih lanjut, kena follow media social Tourism Selangor untuk #TSDayOut akan datang. Stay tune!
Paradise Valley Broga, Semenyih

Paradise Valley merupakan salah satu eco farm resort yang terletak di Bukit Broga, Semenyih iaitu kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur. Kalau sesiapa yang pernah sampai di Bukit Broga tu, rasanya tiada masalah untuk sampai ke sini. Apa yang menarik kat sini? Dah tentu kedamaian yang jauh dari hiruk-pikuk kota dan pemandangan bukit-bukau yang indah.
Setibanya kami di Paradise Valley, kami disambut oleh pihak resort. Memandangkan rata-rata daripada kami kali pertama tiba di sini, kami diberi briefing oleh Mr PJ serba-sedikit mengenai Paradise Valley. Sambil-sambil tu, ayuh kita breakfast ala-ala western dulu kumpul tenaga sebelum memulakan aktiviti lasak.

Kemudahan di Paradise Valley Broga

Paradise Valley menawarkan pelbagai kemudahan asas untuk aktiviti rekreasi. Pendek kata, memang sesuai untuk dijadikan lokasi pilihan bagi aktiviti team building, family day ataupun riadah bersama keluarga
Memandangkan struktur tanah di kawasan Paradise Valley berbukit-bukau, pihak pengurusan ada menyediakan kenderaan khas untuk membawa para pelawat ke sekitar resort. Selain itu, basikal juga disediakan untuk sesiapa yang berminat untuk melakukan aktiviti riadah dengan berbasikal.

Kemudahan awam seperti tandas dan sink juga disediakan di beberapa lokasi di sekitar resort. Memang terjaga rapi dan bersih. Antaranya di tempat wall climbing.

Inilah tempat kami breakfast. Memang terbaik bila tengok pemandangan kolam macam ni. Sejuk mata memandang. Kalau berminat untuk berkayak, kayak pun ada disediakan. Selain kayak, sukan polo air pun boleh diadakan dalam kolam ni. Amacam, menarik bukan?

Selain menawarkan aktivit outdoor, Paradise Valley juga menyediakan pakej penginapan. Dalam gambar tu, boleh nampak dorm dan camping tent. Apa yang menarik perhatian adalah camping tent. Bukan sebarang khemah (camping tent) biasa, tapi siap ada katil single 2 biji dan kipas. Memang canggih.
Antara pakej penginapan yang ditawarkan di Paradise Valley adalah seperti berikut:
Peak season (Public Holiday/ School Holiday/ Weekend) RM138/pax
Pakej termasuk welcome drinks, dinner dan breakfast.
Aktiviti termasuklah flying fox, wall climbing, kayaking, Broga Hill atau Broga Waterfall
Check in 2p.m dan check out 12p.m
Camping Tent (2 hari 1 malam)
Peak season (Public Holiday/ School Holiday/ Weekend) RM108/pax
Pakej termasuk welcome drinks, dinner dan breakfast.
Aktiviti termasuklah flying fox, wall climbing, kayaking, Broga Hill atau Broga Waterfall
Check in 2p.m dan check out 12p.m

Ini pula challet yang dibina di lereng-lereng bukit. Memang cantik pemandangan kat sini. Sesuai untuk bercuti dan rehat minda sambil beriadah. Dah dekat kalau pagi-pagi nak morning walk ataupun hiking ke Bukit Broga dan tengok sunrise.
Luxury Room (2 hari 1 malam)
Peak season (Public Holiday/ School Holiday/ Weekend) RM190/pax
Pakej termasuk welcome drinks, dinner dan breakfast.
Aktiviti termasuklah flying fox, wall climbing, kayaking, Broga Hill atau Broga Waterfall
Check in 2p.m dan check out 12p.m
Ok, itulah sedikit-sebanyak info pasal pakej-pakej yang ada di Paradise Valley Broga. Mungkin boleh dijadikan rujukan kepada sesiapa saja yang bercadang nak organize team building ataupun family day. Jom, sambung story pasal #TSDayOut pulak. Apa yang telah kami cuba sepanjang sehari berada di sana? Zaaaasss, layan!

Warming Up & Safety Briefing

Sebelum memulakan aktiviti, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kemudian, dimulakan dengan warming up untuk regang-regangkan otot. Ye lah, nak buat aktivti lasak ni, tak boleh main redah je. Silap haribulan, nanti tak pasal-pasal terkehel kaki, terseliuh tangan, retak atau patah kat mana-mana anggota badan. Kan nanya. So, untuk langkah pencegahan, kita lakukan stretching yang diketuai oleh instruktor khas dan terlatih dari Paradise Valley.
Selesai sesi memanaskan badan, kami diberi taklimat keselamatan (safety briefing) terutama aktiviti yang melibatkan ketinggian. Antaranya mengenai alat keselamatan seperti harness dan safety helmet. Safety first!

Briefing saja tak cukup, instruktor siap tunjuk demo lagi macam mana cara nak pakai harness dan safety helmet dengan betul.Cayalah! Siap semua,ayuh get ready to climb the wall!
 

Kumpulan 1 dan 2 buat wall climbing, manakala kumpulan 3 dan 4 buat flying fox. Kemudian, dah selesai, switch aktivit bagi semua merasa. Jom, kita tengok aksi-aksi spiderman memanjat

Wall Climbing

Aktivit pertama, wall climbing. Cuak jugak nak buat, lagi-lagi sebab gayat (takut ketinggian).Tengok orang buat mudah, tapi bila sampai turn sendiri, hah terkial-kial jugak nak sampai atas. Apapun, tak cuba tak tahu kan? Jom try


Haa,macam tu lah lebih kurang skrip yang digunapakai antara climber dan belayer. Ini kali ke-3 try wall climbing. Pertama di Pulau Jerejak, kali ke-2 di OBS Lumut. Lama betul tak buat aktiviti lasak macam ni. Agak-agak sampai ke puncak ke tak? Jeng jeng jeng


Bila kat bawah, dongak ke atas macam rendah je. Tapi, bila panjat rasa macam tinggi la pulak, wakaka. Adeh. Selain perlukan kekuatan fizikal (kaki dan tangan), wall climbing juga perlukan kekuatan mental untuk atasi ketakutan pada ketinggian dan untuk struggle sampai ke puncak dan bunyikan loceng, 'kring kring kring".
 
Tengok adik ni buat pun boleh, tak kan abang-abang dan kakak-kakak tak boleh buat kan? Terima kasih untuk semangat anda! Syabas kerana berjaya sampai ke puncak. Terbaiklah adik ni, berani dan lasak!
 
Ok, giliran tuan punya badan pulak. Phewwww.Akhirnya sampai jugak ke puncak. Yahooooooo!

Flying Fox


Aktivti seterusnya adalah flying fox. Gerun tu memang gerun, tapi dah banyak kali buat flying fox sebelum ni.Jadi, dah lali dan kalis gayat. Kita redah sajaaaa!

Aksi Khai si budak pacak buat flying fox. Nak release tension, aktiviti macam ni memang sesuai. Bila mula je terbang, silalah jerit sekuat hati. Memang terbaik....  Dah settle wall climbing dan flying fox, perut pun dah berkeroncong, moh ler kita pi makan tengah hari dulu.


Memang layan makan-makan sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Aish, geram pulak tengok kayak-kayak yang warna-warni kat seberang sana. Semua excited nak berkayak di sebelah petang.

Aktiviti di sebelah petang diteruskan dengan abseiling atau dengan nama lain repelling. Kali ni, kita cuba buat abseiling 45 darjah. Cuak lah jugak. Bila main dengan ketinggian ni, takde benda yang tak cuak. Padahal seluruh tubuh badan dan cukup-lengkap dengan alat keselamatan. Macam-macam gaya, macam-macam ragam ada. Ada yang terjerit-jerit tak mahu turun sebab gayat, hahaha. Seriously, lawak. Kagum jugak, akhirnya semua berjaya buat. 

Hujan dah renyai-renyai turun. Aktiviti seterusnya adalah cross rope. Aktiviti ni perlukan keseimbangan badan untuk meniti tali. Tapi, part paling susah adalah di tempat persilangan tu. Nak kena tukar kaki dari sebelah sini, nak kena pindah sebelah sana. Adeh, sampai cramp kaki dibuatnya. Setelah dua kali percubaan, akhirnya berjaya selesaikan cabaran ni. Ohsem!
Dalam banyak-banyak aktivit, tension travel paling mudah. Sambil pejam mata pun boleh buat. Apa yang penting, kena pandai imbangkan badan dari terjatuh. Memandangkan hari dah hujan, semua basah kuyup. Masing-masing excited nak try walaupun hujan renyai-renyai.
Malangnya, hujan semakin lebat. Jadi, aktiviti kayak terpaksa dibatalkan. Lagi-lagi, guruh mula berdentum-dentam. Dah selesai minum petang, tibalah masa untuk #TSDayOut melabuhkan tirai. 

Semua peserta #TSDayOut kali ini tidak pulang dengan tangan kosong. Semua pulang dengan goodies bag hasil pemberian pihak Tourism Selangor dan Paradise Valley Broga. Terima kasih kami ucapkan.
 Tourism Selangor: Dry bag, tumbler, pen drive
Paradise Valley Broga: T-shirt, nangka

 

Instagram Photo Contest
Selain itu, keputusan untuk Instagram Photo Contest sepanjang #TSDayOut di Paradise Valley Broga juga diumumkan. Dengan tema "extreme and scenery", alhamdulillah instagram penaberkala turut dinobatkan sebagai pemenang. Semua pemenang menerima wang tunai RM100 setiap seorang. Terima kasih Tourism Selangor!
Jadi, sesiapa yang berminat nak berkunjung atau menginap di Paradise Valley Broga, bolehlah mendapatkan maklumat lanjut seperti yang tertera di bawah

Paradise Valley @ Broga, Semenyih
Lot 1742 & 1369, Jalan Tarun Broga,
43500 Semenyih, Selangor, Malaysia.
Inilah antara bloggers yang turut serta dalam #TSDayOut di Paradise Valley Broga. Kalau rasa nak join #TSDayOut jugak, jangan lupa register untuk #TSDayOut yang akan diadakan pada bulan June nanti. Mark your calendar :)

ads