Isnin, 6 Jun 2011

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


^My Story ^ My Life ^: Majlis perkahwinan <b>di Jenjarom</b>, Banting <b>...</b>

Posted: 01 Dec 2010 08:46 PM PST

hi allz....

pekaba? ok2 je kan? hu9.. lama dah tak tulis blog.. bz wehh... biasalah sekarang ni kan da hujung tahun, gamen closing account, sebagai syarikat sub dari gamen tu, kita pun ikut bz nak kejar deadline payment n arahan kerja yang belum turun... so, hidup agak berserabut sikit.. berat badan pun turun.. :(

dalam bz2 macam tu, lya pun sempat melangsungkan kenduri kali ke-3 di jenjarom, banting.. (kampung hubby lya) he9.. kelakar bila ingat pasal kenduri ni... ye la, sampai 3 kali buat majlis... walaupun ketiga-tiga majlis tu simple jer.. tapi lya terasa macam artis pulak, ha9.. (PERAS SANtan sikit, no hal kannnn?)

tak banyak yang dapat lya cerita pasal kenduri ni.. sbb lya bukan membabitkan diri secara langsung dalam hal ni.. lya juz datang betandang jer... dari KL pukul 9 pagi gerak ke jenjarom sampai dalam kul 10, terus gi butik andaman Elly's Andaman di pekan banting.. make up ambil masa dalam sejam n then terus gerak ke rumah hubby.. tema baju lya majlis kali ni pink ke pepel-pepelan, hu9..

jap erk, lya upload gambar lya...

ni gambar masa makan beradap ;-)


kat sebelah lya tu, adk pompuan hubby lya... dia pun sama langsung sekali... save bajet kitorang kan kan kan??   

selepas makan naik atas jap, amik gambar kat pelamin..

kat depan meja makan beradap tu...


sikit je yang boleh lya upload.. tak banyak amik gambar sebab battery kamera kong... gambar yang xpenting tu banyak la.. tapi gambar majlisnya segini jer... yang paling lya kesalkan, tak sempat bergambo dengan mak ayah lya.... :(

tapi xper la.. at least ada gak kenangan masa majlis umah hubby lya...

okey la... cenggini je la adanya untuk kali ini.. lain kali lya sambung lagi yer...

ta ta allz.......

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Kementerian Sedia Bantu Pengusaha Nurseri <b>Di Sg</b>.<b>Buloh</b> | MyNewsHub (BM)

Posted: 05 Jun 2011 09:11 PM PDT

KAJANG – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedia memberi bantuan kepada pengusaha-pengusaha nurseri di Sungai Buloh akibat Lesen Pendudukan Sementara (TOL) bagi tanah di situ tidak diberikan kepada mereka sebaliknya kepada Yayasan Selangor.

Menteri berkenaan Datuk Seri Noh Omar berkata bantuan itu termasuk penyediaan tapak yang sesuai untuk mereka terus mengusahakan perniagaan masing-masing.

"Saya minta persatuan ini jika hadapi masalah tapak, saya sedia berunding dan berusaha tengok jika ada tanah di bawah kementerian yang ada kerana memang perancangan kementerian nak buat pameran bunga ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Hulu Langat di sini Ahad.

Baru-baru ini kira-kira 52 pengusaha nurseri mengadakan tunjuk perasaan di "laluan hijau" Sungai Buloh membantah keputusan kerajaan negeri menolak permohonan mereka mendapatkan TOL.

Mereka berkata setiap daripada pengusaha itu mungkin mengalami kerugian hingga RM500,000 jika mereka dipindahkan dari situ. Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata TOL diberikan kepada badan milik kerajaan itu kerana "ia mempunyai pengalaman 30 tahun dalam pengurusan harta".

Noh berkata kerajaan Selangor diibaratkan seperti tikus membaiki labu kerana tidak menghargai apa yang dilakukan kerajaan negeri pimpinan BN sebelum ini.

"Bagi kementerian kita lihat industri bunga salah satu industri kita beri keutamaan. Malah kita nak buat promosi bunga ini. Jika kerajaan negeri utamakan kepentingan rakyat, ia tidak akan ambil tindakan seperti ini," katanya. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


Musafir di Bumi Tuhan: Hari Keluarga <b>di Morib</b> Gold Coast

Posted: 06 Jun 2011 02:46 AM PDT

Assalam...

Sekali lagi sepatutnya entry ini sudah di postkan pd last week. Baru balik dr Gold Coast, kiranya sedang PANASS la.. tp biasalah since dh nk menghampiri date untuk audit ISO Fakulti, maka sibuk la tengok fail2 penyelidikkan dulu..

Kerja mesti mau settle dulu...ekeke..

Anyway ummi nak ucapkan banyak2 terima kasih kepada AJK BAKKAH dan staff2 HARAKAH yang mmg happening bersama-sama memeriahkan sambutan HARI KELUARGA BAKKAH..

Best..next year buatlah kat Gold Coast Australia pula ekkk...haha..(berangan)

Information untuk para pembaca yg budiman...HARAKAH x ada duit sgt pon..tp ini semua atas inisiatif staff2 HARAKAH (En Hubby sy, one of them) yg buat potongan gj tiap2 bulan utk isi tabung BAKKAH nih...kalu tak, tak merasalah nk pi jalan2...n tak lupa juga kepada para sponsor...


Kat PD last year takut air...dh nk masuk 2 tahun..tahu2 je la..dh besor


Jumpa air...tak hengat nk naik...


Main masak2. Dh janji ngan Yad, kalu x main pasir kat dpn rumah...diizinkan main pasir tepi pantai neh...


Sebelum ke Hotel...


pemandangan yang indah. SubahanAllah...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Suara Baru Pemuda <b>Kapar</b>: Aktiviti Sepanjang Minggu <b>DI</b> PARLIMEN <b>KAPAR</b>

Posted: 05 Jun 2011 06:16 PM PDT






Telah selamat berlangsungnya dua kejohanan sukan oleh Pemuda UMNO Bahagian Kapar dan Pemuda UMNO Cawangan Serai Wangi iaitu:

Kejohanan Futsal Pemuda BN 1 Malaysia Bahagian Kapar telah berjaya menghimpunkan hampir 700 belia berbilang bangsa berumur 20-40 tahun di seluruh parlimen kapar... Kejohanan yang diadakan di Arena Futsal Gadong ini telah dijurai oleh WANTED FC dari Sungai Pinang.

Selepas Ucapan Perasmian Oleh Yang Mulia Ungku Salleh Ungku Jamal , Ketua Pemuda BN , Satu Perlawanan Persahabatn telah diadakan antara Pemuda BN Kapar dan BN Bahagian Kapar yang telah membakar semangat para peserta.

Manakalah di Bukit Kapar pula kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah telah berjaya mengumpulkan 30 buah pasukan sekitar dun meru ... kejohanan yang menawarkan Hadiah berjumlah RM2000.00 ini telah dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar ..Tuan Haji Roslee Abdul Hamid, merangkap Setiausaha Pemuda BN Selangor.

Kejohanan Tersebut telah dimenangi oleh Pasukan Majlis Perbandaran Klang hadiah telah diasampaikan ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


Restoran <b>Sekinchan</b> Ikan Bakar

Posted: 01 Jun 2011 11:00 PM PDT

baru 2 orang yang join..korang leh terjah..

cepat..sebab ada masa 3hari lagi untuk contest ini di tutup..

memag sekejap..tengok la sapa yang sudi masukkan..

hadiah apa?aku tak leh janjikan dulu skrg..

tapi semestinya yang terbaik buat aku..

doakan aku murah hati..:)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

korang pernah berkunjung atau try Restoran Sekinchan Ikan Bakar..

satu restoran yang telah menjadi fenomena rakyat Malaysia kut aku rasa sekarang..

yerla..kalau sebelum ni kita tengok kalau bangunan kedai warna Coklat je..mesti dalam kepala otak cakap ni mesti Old Town White Coffee..tak pun ahli saudara Coffee yang sewaktu dengannya la..tul tak??

tapi sekarang Restoran Sekinchan Ikan Bakar memecah monopoli warna coklat tu dengan meletakkan warna tema diorang pun warna coklat juga..

kat sini aku inform skit Kisah Sekinchan Ikan Bakar ni yang aku ambil dari website dia..

"sesenja di Sekinchan...ketika kami menjejaki kampung nelayan di Sekinchan pada waktu senja, ikan-ikan segar kelihatan dipunggah bakul demi bakul ke atas pelabuhan. Kesegaran ikan dan bau ikan bakar ramuan tradisi sekinchan semakin dekat di hati. Ikan yang di panggang segar dan di renjis dengan air asam dan limau..begitu nikmat dimakan begitu sahaja dengan sos tradisi turun temurun.

inilah yang menjadi inspirasi kami utuk membawa nikmat sebenar Sekinchan Ikan Bakar lebih dekat ke hati warga kota dengan suasana restoran yang mesra, selesa dan harga yang berpatutan.."

begitu bersungguhnya member aku makan..hehe

aku berkesempatan berkunjung ke Restoran Sekinchan Ikan Bakar ni..kat Bandar Puteri Puchong..yerla..setiap kali lalu mesti tanya apala istimewa nye restoran ni sampai dah buka di merata KL ni..sedap sangat ke?boleh lawan ke Restoran Umbai Ikan bakar di Melaka..hehe

pesan 2 ekor ikan..ikan apa entah aku pun tak tahu..sebab member aku yang pilih..beserta ulam-ulaman..almaklumla..makan dengan Pegawai Zat Makanan ..kenala makanan tu berkhasiat..hehe

rasa ikan bakar dia boleh tahan la sedapnya..tapi nasi dia skit..tak cukup ko..

korang boleh la try gi usha makan sana..tempat yang sesuai di makan seisi keluarga kerana tempat dia besar dan selesa..

tapi makanan dia tak boleh menggilakan korang sampai korang termimpi2..kalau 4bulan sekali boleh la makan sekali..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Job Vacancy Technical Officer Monash University <b>Sunway</b> Campus June <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2011 06:27 AM PDT

Job Vacancy Technical Officer Monash University Sunway Campus June 2011

';
div.innerHTML = summary;
}

//]]>

MONASH UNIVERSITY has a bold vision  to deliver significant improvements to the human condition. Distinguished by its international perspective, Monash takes pride in its commitment to innovate research and high quality teaching and learning.

Our campus at Bandar Sunway in Petaling Jaya strives to be a premier private researchintensive university, contributing to Malaysia and Asia. Due to our rapid growth and expansion, we are seeking suitably qualified individuals to join our dynamic team.

Senior Technical Officer  School of Science
(Selangor  Bandar Sunway)

Responsibilities:

  • The incumbent reports to the Science Laboratory Manager. Responsibilities include assisting the Laboratory Manager in general maintenance and operations of the laboratories , preparing the laboratories for practical classes and planning purchases related to practical classes.

Requirements:

  • A relevant bachelor's degree is desirable but a basic science background with at least a MLT / STPM / SPM or equivalent with comparable laboratory experience may be substituted for tertiary education.
  • Ability to understand and interpret written material of a fairly technical nature including chemical and biological terminology.
  • Good organization skills to maintain instruments and the laboratories in optimal condition.
  • Ability to perform basic mathematical calculations.
  • Ability to utilize independent judgment in solving problems.
  • Ability to follow safe laboratory practices.
  • Knowledge and ability to operate computer and various software applications e.g. Microsoft Word and Microsoft Excel.
  • Able to carry out duties and responsibilities with limited supervision and establish work priorities on procedure oriented operations.
  • Ability to communicate well in English.
  • Manual dexterity to perform job responsibilities.

Please refer to the Position Description on the positions, at our website:

http://www.monash.edu.my/hr/vacancies/administrative.html

Interested candidates are required to send their application to the University or email to recruit@monash.edu.my by 30 June 2011
The Human Resources Department
Monash University Sunway Campus
Jalan Lagoon Selatan
46150 Bandar Sunway
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

The University reserves the right to delay or not to proceed with an appointment for the above position. Only short listed candidates will be notified.

Interested candidates please send application online to the University.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


UMNO Online - Konsert MTV <b>Di Shah Alam</b> : Bantahan Pas Sekadar <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2011 12:34 AM PDT

Kategori Utama

Konsert MTV Di Shah Alam : Bantahan Pas Sekadar Lakonan Sandiwara

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

KUALA LUMPUR, 2 Jun – UMNO Shah Alam hari ini menyifatkan Pas sebagai "Parti Amalkan Sandiwara" berhubung bantahan mereka  terhadap penganjuran konsert MTV World Stage yang akan diadakan di I-City Shah Alam pada 24 Julai ini.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md Zin berkata bantahan yang dilakukan Pas itu hanyalah sekadar mainan wayang bagi mengaburi mata rakyat khususnya pengundi Islam di negeri ini.

Tegasnya adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila Pas membuat bantahan sedangkan Pengerusi Pasi Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sendiri merupakan Exco Kerajaan Negeri yang akan bermesyuarat setiap minggu bersama Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan negeri yang lain.

Berdasarkan hakikat tersebut kata beliau lagi, Hassan Ali  sendiri boleh menyatakan prinsip sebenar Pas menolak dan membantah cadangan membenarkan penganjuran MTV World Stage ini.

"Ini semua sandiwara semata-mata untuk mengaburi mata rakyat Selangor khususnya orang-orang Islam. Mereka tidak serius menangani atau membantah konsert ini. Mereka sebenarnya 'ibarat lembu dicucuk hidung' oleh DAP yang hakikatnya mendominasi pentadbiran kerajaan Selangor.

"Kenapa mereka tidak menganjurkan demonstrasi besar-besaran, mengapa mereka tidak menaikkan poster-poster dan kain-kain rentang dan sebagainya untuk menunjukkan mereka benar-benar membantah penganjuran konsert MTV ini di Selangor.

"Jika ini berlaku di zaman pemerintahan kerajaan BN, mereka pastinya akan membantah dan melakukan berbagai-bagai kempen dan demonstrasi bantahan,"  katanya kepada UMNO-Online di sini.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa UMNO Bahagian Shah Alam sama sekali menolak dan membantah konsert penganjuran MTV World Stage di i-City, 24 Julai ini.

Pendirian ini kata beliau lagi jelas sejak BN mentadbir Selangor, sebarang bentuk konsert tidak sesuai diadakan di Shah Alam memandangkan statusnya sebagai sebagai bandar raya Islam contoh.

"Tidak ada sebarang aktiviti hiburan yang boleh dianjurkan di bandar raya ini dan ia sepatutnya dikekalkan", ujarnya.

Pendirian ini turut dikongsi bersama Ketua Pemuda UMNO Shah Alam, Azahari Datuk Shari yang melihat tindakan Pas Selangor ini sekadar lakonan untuk memperlihatkan pendirian Pas sebagai sebuah parti yang kononnya berjuang atas nama Islam.

Pas Selangor kata beliau lagi diibaratkan seperti seekor 'semut' yang mengigit sekadar untuk rasa gatal, tetapi tidak boleh mendatangkan kesan buruk kepada kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui PKR dan DAP.

"Mereka tidak ikhlas, isu arak yang timbul dulu pun tidak dapat diselesaikan Pas Selangor, inikan pula isu konsert MTV ini.

"Dulu mereka kata, nak tutup kilang arak terbesar di Shah Alam, tetapi bila kerajaan negeri dah berada di tangan mereka, apa yang mereka robohkan dan apa yang mereka khususnya Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tawarkan kepada kilang arak tersebut?", katanya

Pendirian Pemuda UMNO Shah Alam tambah beliau menolak penganjuran konsert tersebut malah bersedia untuk bersama-sama mana-mana pihak termasuk Pas Selangor untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran bagi membantah konsert tersebut. -MediaUMNO

Berita Bertarikh 2 June 2011 Pada 3:34 PM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


[Sinar Harian] Sindiket wang palsu berleluasa <b>di Balakong</b> dan Sg Long

Posted: 25 Jan 2011 08:26 PM PST

SUNGAI LONG – Golongan peniaga sekitar Sungai Long, Kajang digesa sentiasa berwaspada dalam menjalankan urusan perniagaan dengan pelanggan supaya tidak menjadi mangsa wang palsu hingga memberi kesan kepada perniagaan mereka.

Penggunaan wang palsu ini dikesan berlaku minggu lalu yang membabitkan perniagaan kopitiam dan pasar pagi dengan menggunakan wang palsu RM100 dan RM50.

Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Zon 5, Lee Ah Seng berkata, aduan diterima daripada mangsa yang memaklumkan ia berlaku pada minggu lalu. Kes ini didapati semakin ketara berlaku terutamanya menjelang Tahun Baru Cina.

"Dalam kejadian terbaru, pengadu yang merupakan peniaga pasar menerima dua keping wang palsu bernilai RM100 daripada pelanggan dan tidak menyedarinya kerana sibuk melayan pelanggan yang lain.

"Wang palsu berkenaan hanya disedari pengadu semasa dia sedang mengira jumlah pendapatan apabila selesai perniagaan dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati ada dua keping wang palsu RM100," katanya kepada media.

Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang turut hadir dalam sidang media berkenaan berkata, peniaga perlulah sentiasa berwaspada terhadap kegiatan ini terutamanya semasa musim perayaan dan hujung minggu.

"Mereka ini akan mengambil kesempatan di atas kesibukan peniaga melayan pelanggan tanpa menyedari wang yang digunakan adalah wang palsu.

"Kegiatan ini perlulah dibendung segera dan kita akan meminta kerjasama polis untuk menjalankan siasatan berhubung laporan yang telah dibuat pengadu kerana penggunaan wang palsu ini akan menjejaskan pendapatan peniaga", katanya.

Menurutnya, peniaga boleh mengetahui dan mengenal pasti wang palsu berkenaan berdasarkan kertas yang agak nipis dan warnanya yang sedikit pudar berbanding wang asli.

"Perbezaan yang ketara ialah daripada segi kualiti kertas yang digunakan serta warnanya yang seakan pudar. Namun, ada ketikanya peniaga tidak sempat untuk menelitinya disebabkan sibuk melayan pelanggan.

"Saya difahamkan sebelum ini pun ada berlaku kejadian yang sama di Balakong, namun ia senyap seketika hasil laporan polis yang dibuat pengadu serta langkah pencegahan yang dilakukan polis.

"Kita percaya kegiatan ini dilakukan oleh sindiket yang menunggu masa sesuai terutamanya musim perayaan dan saya mengharapkan peniaga yang menjadi mangsa segera melaporkan kepada polis bagi membendung kegiatan mereka daripada terus berleluasa," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Azman Ayob ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung penemuan wang palsu berkenaan.
Berita dipetik dari Sinar Harian

Today's Visitors: 0 Total Visitors: 2

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads