Khamis, 29 Mac 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN <b>TELOK</b>

Posted: 15 Mar 2012 07:42 AM PDT


Bubar Parlimen : Lebih baik tunggu selepas pertabalan Agong

Posted: 15 Mar 2012 12:38 AM PDT

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata adalah lebih baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah supaya membubarkan Parlimen selepas istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda disempurnakan 11 April nanti.

Beliau berkata ia penting supaya tidak timbul sebarang persoalan atau dicabar di mahkamah kelak mengenai kesahihan pembubaran itu.

"Banyak intepretasi undang-undang mengenai perkara ini. Seri Paduka bersemayam di takhta sekarang kerana perkhidmatan Agong yang lepas telah tamat.
  
"Ada yang berpendapat apabila Agong belum ditabalkan, jadi tak boleh  bubar Parlimen. Pada saya ini adalah pandangan peribadi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
  
Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lepas menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat pemerintahan pada 11 November 2011.
  
Pensyarah Undang-undang Universiti Islam  Antarabangsa (UIA) Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata pertabalan Yang di-Pertuan Agong adalah satu formaliti dalam proses peralihan kuasa ketua negara.
  
Beliau berpendapat apabila Yang di-Pertuan Agong baru sudah dilantik dan menduduki takhta berkenaan, satu penyerahan kuasa telah berlaku.
  
"Sekiranya tidak, Agong yang baru dilantik tidak boleh berada di situ  dan tidak boleh digelar Yang di-Pertuan Agong.
  
"Berkenaan sama ada Perdana Menteri boleh menasihatkan Agong  untuk membubarkan (Parlimen), itu tidak timbul masalah," katanya.
  
Pembubaran Parlimen sebelum Yang di-Pertuan Agong ditabalkan tidak pernah berlaku sebelum ini, kata Shamrahayu. - Bernama

selagi boleh berkata....

Posted: 14 Mar 2012 07:46 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN <b>TELOK</b>

Posted: 14 Mar 2012 10:37 PM PDT

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata adalah lebih baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah supaya membubarkan Parlimen selepas istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda disempurnakan 11 April nanti.

Beliau berkata ia penting supaya tidak timbul sebarang persoalan atau dicabar di mahkamah kelak mengenai kesahihan pembubaran itu.

"Banyak intepretasi undang-undang mengenai perkara ini. Seri Paduka bersemayam di takhta sekarang kerana perkhidmatan Agong yang lepas telah tamat.
  
"Ada yang berpendapat apabila Agong belum ditabalkan, jadi tak boleh  bubar Parlimen. Pada saya ini adalah pandangan peribadi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
  
Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lepas menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat pemerintahan pada 11 November 2011.
  
Pensyarah Undang-undang Universiti Islam  Antarabangsa (UIA) Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata pertabalan Yang di-Pertuan Agong adalah satu formaliti dalam proses peralihan kuasa ketua negara.
  
Beliau berpendapat apabila Yang di-Pertuan Agong baru sudah dilantik dan menduduki takhta berkenaan, satu penyerahan kuasa telah berlaku.
  
"Sekiranya tidak, Agong yang baru dilantik tidak boleh berada di situ  dan tidak boleh digelar Yang di-Pertuan Agong.
  
"Berkenaan sama ada Perdana Menteri boleh menasihatkan Agong  untuk membubarkan (Parlimen), itu tidak timbul masalah," katanya.
  
Pembubaran Parlimen sebelum Yang di-Pertuan Agong ditabalkan tidak pernah berlaku sebelum ini, kata Shamrahayu. - Bernama

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Rakaman video ceramah Azmin Ali <b>di</b> Taman Kosas, <b>Ampang</b> <b>...</b>

Posted: 29 Mar 2012 07:13 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]This entry was posted on March 30, 2012 at 2:13 am and is filed under Malaysia news with tags Azmin Ali. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed You can leave a response, or trackback from your own site.

Malaysia Flip Flop: Unwanted baby without a head

Posted: 29 Mar 2012 09:16 AM PDT

Bayi Tanpa Kepala Di Ampang | Mayat bayi mengerikan tanpa kepala dan putus sebelah kakinya ditemui seorang lelaki ketika menjala ikan di sebatang sungai, di sini, petang semalam. Bayi tersebut dikatakan adalah mangsa jenayah buang bayi oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 1 petang berhampiran kawasan perumahan­ di Kuala Ampang.
"Bayi itu ditemui tersangkut pada celah-celah batu di tebing sungai berhampiran dengan kilang elektronik, ketika ditemui,mayat bayi tanpa pakaian itu dalam keadaan tertiarap dan telah hampir reput," katanya.
Setakat ini, beliau berkata, jantina bayi itu masih belum dikenal pasti, pemeriksaan unit forensik polis mendapati, mangsa tidak berkepala dan kaki kanannya juga tiada.
"Mangsa dipercayai dibuang di lokasi lain dan dihanyutkan arus sungai sebelum dijumpai, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat," katanya.
*********************************
When parents are too busy to care, why bother to have children?
No-one should blame the children who are looking for love, attention, care and got into a mess.
The unwanted children are the most pitiful ones because they are thrown away like thrash.
Government should legalize abortion. 

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Demi Keselamatan Anak, Seorang Ibu <b>Di Klang</b> Terpaksa Relakan <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2012 11:02 PM PDT

Seorang ibu terpaksa membenarkan dirinya diperkosa oleh seorang penceroboh bersenjata di rumahnya di Kampung Jawa di sini, minggu lalu demi melindungi anak-anaknya.

Wanita berkenaan, seorang suri rumah berusia 38 tahun, telah dirogol berulang kali manakala empat orang anaknya telah dikurung, menangis di bilik bersebelahan.

Kejadian itu berlaku pada 5.45 pagi apabila wanita itu dikejutkan oleh seorang lelaki bersenjatakan sepasang gunting.

Suspek yang menutupi mukanya dengan sehelai baju kanak-kanak, dipercayai telah memecah masuk ke dalam rumah melalui sebuah tingkap.

Dia menutup mulut wanita itu dengan tangannya dan meletakkan gunting di lehernya.

Suspek memberi amaran kepada wanita itu supaya tidak menjerit meminta pertolongan atau dia akan membunuhnya.

Mangsa berkenaan diarah menyerahkan barang kemas dan wang.

Wanita itu kemudiannya membungkus wang berjumlah RM300, dua telefon bimbit, satu gelang tangan dan sepasang anting-anting ke dalam sarung bantal dan menyerahkannya kepada suspek.

Suspek kemudian memberitahu wanita itu yang dia akan merogol salah seorang anak perempuannya dan ketika itulah dia merayu dengan suspek untuk merogol dirinya sebagai ganti.

Ketika itu, anak-anak wanitu itu terbangun dan suspek mengunci mereka di dalam bilik.

Suami wanita itu tiada di rumah atas urusan perniagaan.

Suspek kemudian kembali ke wanita itu, yang akhirnya terpaksa merelakan lelaki itu menanggalkan pakaian dan merogolnya.

Wanita itu kemudian memberitahu polis yang suspek itu tidak menggunakan kondom, sebaliknya menggunakan beg plastik untuk membalut kemaluannya.

Mangsa telah ditampar beberapa kali apabila dia cuba menghalang suspek daripada merogolnya lagi.

Selepas suspek melarikan diri, mangsa memanggil jirannya untuk bantuan sebelum membuat laporan di balai polis.

Mangsa di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan perubatan.

Satu pasukan forensik polis mengunjungi tempat kejadian dan menemui beberapa pasang cap jari. Mereka juga menemui sepasang gunting dan baju kanak-kanak yang digunakan oleh penceroboh untuk menutup mukanya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


Jawatan Kosong Sebagai Pesyarah (sambilan) <b>di</b> Kolej Profesional <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2012 09:03 PM PST

sumber : http://www2.kpm.edu.my/beranang/

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Rumah Mawi <b>Di Bangi</b> Dirompak - Gua.com.my

Posted: 25 Mar 2012 10:40 PM PDT

Kediaman penyanyi Mawi yang terletak di Bangi dimasuki empat perompak awal pagi tadi. Mawi, isterinya Ekin serta ibu mertuanya berada di rumah tersebut sewaktu kejadian. Berdasarkan laporan berita yang disiarkan Buletin 1.30, Mawi dan ahli keluarganya telah diikat dan barangan bernilai RM10,000 telah dilarikan perompak tersebut.

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


ASAPANAS BISTRO | RESTORAN STEAMBOAT TERHANGAT <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2012 10:38 PM PDT


ASAPANAS BISTRO | RESTORAN STEAMBOAT TER' HANGAT ' DI SELAYANG. Salam sahabat, mungkin kita sudah biasa dengan makanan-makanan yang bercorak sebegini. Namun apa yang istimewanya ASAPANAS BISTRO  ini yang boleh mengamit ramai pengunjung dari orang biasa sehinggalah golongan artis untuk merasai keenakan steamboat yang disediakan di premis perniagaan ini. Jadi hari ini aku nak membawa para pembaca menikmati apa yang istimewanya ASAPANAS BISTRO ni...jom...

Seperti banner di atas ASAPANAS BISTRO  sangat mudah dikunjungi. 'landmark' hanya kita perlu tahu Stadium Selayang.. belakang ESSO bandar baru Selayang ..senang jer kan...tempat parking pun senang tak perlu berpeluh cari parking, tapi bila time perlawanan bola sepak mungkin keadaannya agak sesak sedikit. 
Apabila kita ingin mencari tempat untuk menikmati selera sudah semestinya selain daripada keenakan dan kesedapan dari segi rasa dan selera kita sudah semestinya akan menitik beratkan tentang faktor kebersihan bukan ???? jadi ASAPANAS BISTRO merupakan kedai yang mendapat pengiktirafan kelas ' A ' dari Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS)...tak caya tengok gambar di bawah..;)

Jadi tak perlu risau akan mutu kebersihan ASAPANAS BISTRO. insyaallah semuanya terjamin bersih dan menyihatkan..;). Bila dah tahu semua ni apa tunggu lagi jom kita masuk ke dalam ASAPANAS BISTRO mesti ada yang tak sabar bukan..jom ;)


ASAPANAS BISTRO ni berkonsepkan ala-ala 'english style' sikit. Deco atau hiasan dalamannya diilhamkan sendiri oleh pemiliknya.  kombinasi warna hitam dan putih sedikit sebanyak menaikkan 'feel' eksklusif dan kontemporari ASAPANAS BISTRO yang memang menerujakan  kepada sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki ke premis ini. Selain faktor kebersihan dan deco plak boleh tahan cantiknya... rasa masakan dan mutunya mesti debooommmm laaa kan.;)





Susunan hidangan yang tersusun dan sentiasa fresh akan membuatkan sesiapa sahaja yang datang ke ASAPANAS BISTRO  berpuas hati dengan mutu dan kualiti bahan-bahan masak yang disediakan. Yang lebih menarik dan berbeza dari kedai-kedai steamboat lain ialah sos yang digunakan adalah resepi istimewa dari pemiliknya sendiri..memang tip top...;). 
Kesimpulannya apa yang boleh aku bagitau memang berbaloi-baloi jika sekali sekala kita membawa family atau kawan-kawan untuk menikmati steamboat di ASAPANAS BISTRO ini selain rasanya yang enak suasana sekeliling juga santai dan amat mendamaikan....cuba sekali pasti mau lagi.. selamat menjamu selera. 
p/s : Kumpulan Rabbani pun adowwww...;) nak tahu lebih lanjut dan berhubung terus dengan pemiliknya boleh klik ASAPANAS BISTRO FACEBOOK.

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


QGIS MALAYSIA: QGIS gets warm reception at DCR workshop

Posted: 28 Mar 2012 09:00 AM PDT

QGIS menerima sambutan baik di bengkel DCR 

Bengkel mempromosikan cadangan jabatan saya untuk membangunkan Pusat Repositori Digital berkaitan dengan permohonan kebenaran merancang telah diadakan di Shah Alam pada 27-29.3.2012. Pelbagai agensi awam dari wilayah pusat dan selatan menyertainya dimana saya telah memain peranan fasilitator. Nampaknya satu faktor utama yang menghalang kejayan DCR adalah masih terdapat agensi yang memerlukan data GIS dalam bidang pengkhususannya akan tetapi tiada perisian GIS yang cukupi. Ini memberi gambaran bahawa terdapat agensi yang masih tidak tahu wujudnya OSS GIS seperti QGIS yang boleh terus mengatasi masalah mereka tanpa melibatkan sebarang kos. Untuk membantu mereka, lalu pada hujung bengkel tersebut, saya mengambil kesempatan untuk memberi demo QGIS dalam menjalankan SQL query, memaparkan lapisan .tab mengubahkannya kepada lapisan .shp dan menunjukkan kebolehan templat warna perancangan. Ini diakhiri dengan tepukkan yang tidak saya tersangka, oleh itu, amat berpuashati mesej saya dapat disampaikan.
QGIS gets warm reception at DCR workshop 
A workshop promoting my department's proposal to establish a Digital Centre Repository (DCR)  related to applications for planning permission was held at Shah Alam from 27-29.3.2012. Various public agencies from the central and southern region attended where I was a fasilitator. It appeared a critical factor hindering the success of the DCR was that there are still agencies that required GIS data for their specific field yet lacked adequate GIS software. This pointed out that such agencies were still unaware of the existence of OSS GIS like QGIS which could immediately solve this problem at zero cost. To assist them, towards the end of the workshop I gave a demo of QGIS ability at accomplishing SQL query, open a .tab layer, convert it to a .shp layer and show what our planning colour template could do. It ended with a clap of hands I did not expect and am very pleased my message got across.

HOT: KHALID SAMAD TUMBANG <b>DI SHAH ALAM</b>! - Pengundi Baharu

Posted: 22 Mar 2012 12:48 PM PDT


Pada 20 Mac, Khalid Samad bersama Dato Nasarudin Daud, Speaker DUN Kelantan telah mengadakan ceramah di Taman Batu 3, Shah Alam yang hanya dihadiri kira-kira 50 orang.

Manakala pada tarikh yang sama, Datuk Hassan Ali berceramah di Taman Alam Megah, Shah Alam yang dihadiri oleh ribuan orang.

Ibarat langit dengan bumi, sambutan rakyat Selangor kepada ceramah Khalid Samad dengan Dr Hassan Ali.

Berikut ini disertakan gambar-gambar perbandingan ceramah tersebut.










PengundiBaharu: Habislah lu kali nih...

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


APARTMENT LAGOON PERDANA, <b>BANDAR SUNWAY</b> UTK <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 29 Mar 2012 12:17 AM PDT

Publish date: March 29, 2012 7:17 am
Contact Name: qareem
Price: RM1000
Region: Selangor
Location: bandar sunway
Phone: 0133273327
Tags:

Category: Apartments
For rent
Region: Selangor
… Area: USJ
Heading: Lagoon Perdana Aprtment
Bedrooms: 3
Size: 992 sq.ft.
Monthly rent: RM 1 000
Property Type: Apartment/ Flat
Bathroom: 2
Furnished: Not furnished
Facilities: Covered parking,Playground,24 hour security,Balcony/Patio
Ad text: rumah baru dan masih belum diduduki
tingkat 1
apartment ada lift
rumah basic tetapi owner akan tambah grill bila
confirm dah ada penyewa berminat
sewa rm1000 ( optional)(nego lagi pon boleeh)
deposit sewa 2+1
deposit api air rm550
security rm400
preferable malay only
married
no foreigner pls

0133273327

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

Contact Ad Owner

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


pangsapuri suakasih bandar tun hussein onn SEWA | Apartment <b>...</b>

Posted: 08 Mar 2012 02:40 PM PST

unit pangsapuri di tingkat 3, 3 bilik 2 bilik mandi, pintu/tingkap bergrill

LOKASI SANGAT STRATEGIK!!!MENGAPA??..

1)sangat sesuai untuk disewa oleh para guru,para jururawat/paramedik, sales assistant di jusco/econsave/carrefour. A WALKING DISTANCE to workplace!!**

2) berdekatan dengan surau, nursery, tadika, sekolah rendah dan menengah..

3)berdekatan dengan tempat membeli belah – rekreasi bersama keluarga di hujung minggu tanpa perlu bersesak2 ke KL atau kajang (jusco, carrefour, econsave, giant, tesco)

4)neighbourhood yang majority muslim, SAFE, TIDAK CROWDED, BERSIH, tidak BISING, persatuan penduduk yang aktif

5)no traffic congestion. =)

**saya bekerja di kajang — 15 minit perjalanan sahaja dari rumah..

rm550 sebulan termasuk maintenance fees (bayaran permulaan sebelum masuk rumah = 1+1+rm100 deposit air letrik)

lokasi : bandar tun hussein onn, cheras. berdekatan jusco balakong econsave balakong carrefour bdr tun hussein onn tesco kajang hospital columbia asia

ke pekan kajang (15 minit perjalanan), ke jusco 5 MINIT perjalanan.

berminat sila TELEFON (email tak layan) no : 0123485614 (puan fatin)

Incoming search terms:

  • rumah sewa di bandar tun hussein onn
  • apartment bandar tun hussein onn for rent
  • rumah sewa di balakong
  • rumah sewa cheras 2012
  • rumah sewa bdr tun hussein onn
  • rumah flat untuk disewa di bandar hussein onn
  • pangsapuri suakasih for rent 2012
  • pangsapuri suakasih bandar tun hussein onn for rent
  • RUMAH UNTUK DISEWA BANDAR TUN HUSSEIN ONN
  • Rumah sewa di tun hussien onn

Publish date: March 8, 2012 10:40 pm
Contact Name: fatin hayyani
Rental: 550
Region: Selangor
Location: bandar tun hussein onn, cheras
Phone: 0123485614
Tags:

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Program Dato&#39; Seri Anwar Ibrahim <b>di Hulu Selangor</b> dan Tanjung <b>...</b>

Posted: 30 Nov 2011 09:03 PM PST

DEMI RAKYAT

2 Disember 2011 (Jumaat)

Program 1) Hulu Selangor

9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana – Malaysia Tanpa UMNO

Lokasi: Dewan Dato' Hamid, Batang Kali, Hulu Selangor

Penceramah:

1.      YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2.      YB Azmin Ali

3.      YBhg N Surendran

4.      YBhg Khalid Jaafar

Program 2 ) Tanjung Malim, Perak

9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana – Demi rakyat


Lokasi: Kg Klan Halt 3, Simpang Felda Sungai Behrang, Slim River, Perak

Penceramah:

1.      YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2.      YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin

3.      YB Nga Kor Ham

4.      YBhg Dr Muhammad Nor Manuty

5.      YBhg Jeneral (B) Dato' Abdul Hadi Khattab

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Dr Shafie Abu Bakar: Demonstrasi Silat Gayung Malaysia <b>Di Kajang</b> <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2012 05:21 PM PDT

Kajang Utama, 01 Jamadil Awal 1433 = 24 Mac 2012 (Sabtu):

Pusat Latihan Kajang Utama (PLKU) bagi Silat Gayung telah bertapak sudah agak lama iaitu sejak 2004 bertempat di sebuah premis kedai bersebelahan dengan Sekolah Kafa Integrasi al-Hidayah di sini. Menurut Cikgu Idris Shafie Pengerusi Silat Gayung di sini PLKU di sini adalah di bawah Pertubuhan Silat Gayung Malaysia. Silat Gayung yang didukung oleh PLKU di sini pada asalnya diasaskan oleh Dato` Mior Abdul Rahman pada tahun 1938 di Singapura. Beliau adalah Bekas Anggota Polis. Ianya merupakan Silat Tempur bagi mempertahan diri dalam menentang musuh.

Pada malam ini diadakan Program Himpunan Waja Diri (PHWD) sebagai demonstrasi kejayaan latihan yang telah disampaikan selama ini. Adun Bangi sebagai Pengerusi Perbadanan Permuziuman, Adat Melayu dan Warisan (PADAT) diberi penghormatan merasmikan program yang diadakan sejak pagi tadi dan akan merasmikan penutup oleh Y.B. Dr. Ahmad Yunus bin Hairi Exco Belia, Sukan dan Adat Resam Melayu pada petang esok (Wakil beliau). Hadir pada majlis malam ini antaranya Tuan Haji Ibrahim Martibi Pengerusi Rukun Tetangga Kajang Utama, Ustazah Tumijah Ketua Guru Sekolah Kafa Integrasi Al-Hidayah, Cikgu Akhtar Pengarah Program, Leftenan Kernal Jaafar Abdul Ghafar, Cikgu Ahmad Harun,, Cikgu Ruslan, Ustaz Ruslan dan tamu-tamu jemputan.


Menurut Cikgu Akhtar, program yang diadakan sejak pagi ialah motivasi Jati Diri yang disertai pelajar-pelajar dari beberapa pengajian tinggi, teknik bela diri, sukan dan tahlil.Menurut Cikgu Idris Pengerusi PLKN, ``Penyertaan kali ini sejak pagi dihadiri lebih kurang 1.000 orang. Antara pasukan silat, mewakili Kelab Silat UKM, UNITEN, UIAM, Wakil-Wakil dari Sekolah, Rela dan kumpulan-kumpulan yang lain. Antara mereka dari:

Seni Silat Gempur 200 orang

Kesatria Wanita 20 ,,

Gayung Petani 20 ,,

Tempur Betawi 10 ,,

Majlis perasmian berlangsung di padang berhampiran Sekolah dengan pasukan-pasukan pesilat berpakaian seragam hitam segak di dalam barisan. Sejak dari ketibaan Adun disambut dengan iringin gendang silat yang menaikkan semangat. Kemudian keizinan dipohon dari Adun bagi memulakan acara dengan berpancak silat. Cikgu Idris memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan dan memaklumkan tentang PLKU dan tujuan diadakan Program Himpunan Waja Diri. Menurutnya sejak 8 tahun PLKN dapat bertapak di institusi-institusi pengajian tinggi dan Silat anjuran PLKN diterima sebagai ko-kurikulum pelajar-pelajar.

Adun Bangi berterima kasih di atas jemputan dan berpendapat keperluan pertahan diri satu kemestian. Silat adalah merupakan kaedah teratur bagi mempertahankan diri. Pada peringkat masyarakat dan bangsa pertahanan adalah kewajipan, sebab itu kita memerlukan, askar, tentera, polis dan berbagai lagi bagi pertahanan dan keamanan. Jika pertahanan memerlukan peperangan, maka kita perlu berperang sebagaimana di dalam Islam banyak berlaku peperangan bagi mempertahan dan menegakkan Islam contoh Perang Badar, Uhud, Khandak dan sebagainya. Jadi mempertahankan diri adalah tugas suci. Selain daripada itu silat adalah latihan dan amalan untuk kesihatan dan melatih diri dengan disiplin dan aturan. Silat juga pada peringkat yang lebih tinggi ialah membina `Seni Mempertahankan Diri` yang mempunyai elemem estetik dan menarik. Sebagai Pengerusi PADAT Adun berminat untuk mempastikan tentang seni silat asal Selangor. Bagi mencari akar seni pertahan diri tempatan dan negeri, barangkali kalau perlu kita boleh mengadakan Konvensyen Seni Pertahan Diri dan meneliti akar dan tradisi yang boleh membina imej dan identiti Seni Pertahan Diri masyarakat dan negeri.

Selepas perasmian diadakan demonstrasi silat dari berbagai pasukan dan berbagai jenis silat yang dipersembahkan secara solo dan berpasukan. Persembahan diiringi dengan gendang silat (gendang, gong dan serunai). Persembahan berterusan sehingga jam 11.30 malam.

Sekian.

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


2 Wanita Disimbah Asid <b>Di Rawang</b>

Posted: 27 Mar 2012 06:13 PM PDT

KUALA LUMPUR — Seorang wanita dan seorang gadis menjadi mangsa simbahan asid oleh dua lelaki ketika menunggu bas di Batu 16, Rawang, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, S.Rani, 46, dan Nuraqilah Osman, 16, telah disimbah asid oleh seorang daripada suspek yang berjalan kaki.

Beliau berkata, suspek telah meragut rantai leher Rani sebelum melarikan diri ke kawasan berhampiran.

"Semasa melarikan diri, seorang daripada suspek itu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah wanita itu yang turut mengenai mangsa kedua menyebabkan belakang badannya melecur," katanya dalam satu sistem pesanan ringkas malam ini.

Abdul Rahim berkata, Nuraqilah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Selayang manakala Rani, yang cedera di muka, leher, tangan serta dada, masih dirawat di hospital sama.

"Mangsa tidak dapat mengecam identiti kedua-dua suspek kerana semasa kejadian, keadaan gelap dan perlakuan suspek terlalu pantas," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. — BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


himbauan desa: HELAH kaki judi <b>di</b> pekan <b>Sabak Bernam</b>

Posted: 26 Mar 2012 07:32 AM PDT


BERJUDI merupakan satu kesalahan jenayah yang tercatat dalam al-Quran.  Kerajaan negeri Selangor telah menjadikan satu undang-undang bertulis apabila dijadikan Enakmen Jenayah Syariah 1995.
BAHAGIAN III - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA

(1) Mana-mana orang yang berjudi, atau didapati berada di rumah judi, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. 

(2) Tiada seorang pun boleh disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen ini kerana didapati berada di tempat yang merupakan rumah judi jika dia memuaskan hati Mahkamah bahawa dia tidak tahu dan tidak mungkin tahu bahawa tempat itu ialah rumah judi. 

(3) Dalam seksyen ini, "rumah judi" ertinya mana-mana premis, termasuk bilik, pejabat atau gerai, sama ada terbuka atau tertutup , yang digunakan atau disimpan bagi maksud penjalanan apa-apa permainan yang keputusannya bergantung kepada nasib atau campuran nasib dan kemahiran, sama ada dibenarkan oleh mana-mana undang-undang lain atau sebaliknya, untuk mendapat wang atau nilai wang.
Saya hendak mendedahkan taktik kaki judi muslim di pekan Sabak (Sabak Bernam) yang berhelah semasa membeli nombor ramalan.  Jika anda berdiri di pintu Maybank berdekatan stesyen minyak Mobil akan kelihatan sebuah kedai kopi bangunan kayu dan sebuah kedai nombor ramalan berwarna kuning.  Antara dua premis perniagaan itu ialah sebuah bengkel membaiki motorsikal.
Kaki judi muslim tahu dirinya boleh 'dipegang' oleh penguatkuasa syariah jika berada di dalam kawasan kedai nombor itu sama ada sedang membeli nombor atau sekadar melihat-lihat apa yang ada.  Oleh itu kebanyakan kaki judi muslim akan berkumpul di kedai kopi milik seorang Tionghua.  Kemudian, ada seorang Tiongua (lelaki atau perempuan) sebagai 'runner' yang mengambil wang daripada pelanggan yang 'ngopi' di kedai itu untuk membelikan nombor-nombor judi di kedai judi bersebelahan bengkel motorsikal.
Agaknya mereka berhujah, "Kami tidak membeli nombor ekor, orang Tionghua itu yang memberlinya."
Saya teringat cerita dalam al-Quran mengenai helah kaum Yahudi yang dilarang menangkap ikan pada hari Sabtu.  Allah menguji mereka dengan menjadikan banyak ikan di laut (tepi pantai) pada hari Sabtu. Oleh itu mereka berhelah dengan membuat terusan yang menyebabkan ikan yang begitu banyak pada hari Sabtu akan terperangkap dalam terusan yang dibina.  Benar, mereka tidak menangkap ikan pada hari Sabtu, tetapi itulah helah mereka memerangkap ikan pada hari Sabtu yang dilarang oleh Allah itu.  Akhirnya Allah menghukum mereka menjadi 'kera'.
Begitulah, kedai judi nombor yang katanya untuk memenuhi permintaan kaum bukan Islam telah menjadi masalah kepada masyarakat Islam pula. Orang bukan Islam tahu muslim tidak boleh berjudi, tetapi atas permintaan muslim itu orang bukan Islam membantunya.

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


F1 - Fernando Alonso Menang <b>di Sepang</b>

Posted: 25 Mar 2012 04:16 AM PDT

Apabila keadaan cuaca menjadi tidak menentu, perlumba yang tidak diberikan harapan tiba-tiba mampu menyerlah.

Perlumbaan Formula 1 (F1) di Litar Sepang kali ini memihak kepada pasukan yang menggunakan enjin Ferrari. Dimulakan dengan cuaca yang kurang baik, Fernando Alonso akhirnya berjaya memenangi perlumbaan di Litar Sepang.


Photo Kredit Getty Images

Fernando Alonso dan Sergio Perez, pemandu yang menduduki tempat ke 8 dan ke 9 pada pusingan kelayakan semalam telah mendapat tempat pertama dan kedua. Manakala Lewis Hamilton melangkapkan kedudukan podium di tempat ke 3. Malang buat Lewis Hamilton walaupun sudah 2 kali mencatat "Pole Position" di Albert Park dan Sepang, namun masih belum menterjemahkannya kepada kejuaraan.

Walaupun Fernando Alonso memenangi perlumbaan di Litar Sepang, tumpuan tentunya terarah kepada Sergio Perez. Pelumba muda dari Mexico ini telah memandu dengan sangat konsisten dan hampir memintas Fernando Alonso dibeberapa pusingan sebelum perlumbaan berakhir. Pun begitu faktor pengalaman serta tahap tumpuan yang tinggi telah membezakan antara keduanya.

Kejayaan di Sepang ini adalah kemenangan ke 28 disepanjang kerjaya Fernando Alonso sebagai pelumba Formula 1 (F1). Benar seperti kata kebanyakkan penganalisis sukan Formula (F1) bahawa tahun ini semua pasukan berpeluang untuk melakukan kejutan.

Sedikit saguhati buat rakyat Malaysia apabila Kimi Raikkonen berjaya membawa Pasukan Lotus menduduki tempat ke 5. Kalaulah Micheal Schumacher tidak dilanggar dari belakang oleh Romain Grosjean pada awal perlumbaan tentu akan ada pasukan yang membawa nama Malaysia di podium!

Hujung minggu yang cemerlang buat pasukan yang menggunakan enjin Ferrari!



ads