Khamis, 12 September 2013

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


Bantuan Ramadhan <b>di</b> Kompleks Penghulu <b>Semenyih</b>, Selangor <b>...</b>

Posted: 03 Aug 2013 03:00 PM PDT

Alhamdulillah, Bantuan Ramadhan oleh Rakan Niaga PETRONAS Kawasan TA31 & Sek. Men. Sri Al-Amin Bangi Kompleks Penghulu Mukim Semenyih, Selangor pada 29.7.2013 berjalan lancar. Seramai 70 penerima menerima bantuan Ramadhan.

Jutaan terima kasih kepada Rakan Niaga PETRONAS Kawasan TA31 & Sek. Men. Sri Al-Amin Bangi atas tajaan bantuan Ramadhan. Semoga dengan usaha ini, lebih ramai penerima dapat dikurangkan beban pada bulan Ramadhan.

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Ucapan perbahasan Titah <b>Di Raja</b> Adun <b>Bukit</b> Antarabangsa <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2013 12:39 AM PDT

Puan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mohon izin untuk membawa suatu usul yang berbunyi seperti berikut:

Ampun Tuanku,

Patik–patik sekalian iaitu Speaker dan Ahli–Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang berhimpun memohon sembah terima kasih serta menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagi membuka dengan rasminya Mesyuarat Pertama Pembukaan Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor Yang Ketiga Belas.

Saya menjunjung kasih atas Titah Tuanku Sultan Selangor tatkala Istiadat Pembukaan Penggal Pertama, Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang Ketiga Belas pada 28 Jun 2013 yang lalu. Hari ini saya tampil untuk membawa usul dan mengambil bahagian dalam perbahasan demi mengangkat suara rakyat dalam Dewan yang mulia ini.

Reformasi Dewan Negeri Selangor

1. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB Puan Speaker yang telah terpilih sebagai Speaker wanita yang pertama di negara kita. Saya yakin YB Puan Speaker dapat memimpin Dewan yang mulia ini ke arah memartabatkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di Negeri Selangor.

2. Sebagai permulaan, saya ingin mencadangkan supaya Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor perenggan 22(2) yang mewajibkan setiap pertanyaan hendaklah dikeluarkan pemberitahunya oleh seseorang Ahli Dewan Negeri dengan bertulis tidak kurang daripada 21 hari daripada hari yang dikehendaki jawabnya dipinda kepada satu tempoh yang lebih munasabah.

3. Pertanyaan – pertanyaan mulut dan bertulis yang perlu dihantar begitu awal menyebabkan Ahli Dewan Negeri tidak dapat menggarap isu – isu semasa yang muncul sejurus sebelum sidang dewan bermula. Sebagai contoh, Ahli – Ahli Dewan Negeri tidak dapat mengemukakan soalan mengenai darurat jerebu yang melanda Negeri Selangor baru – baru ini.

4. Amalan negara – negara demokrasi maju seperti New Zealand dan Australia memperuntukkan tempoh masa kurang 3 hari bagi mengemukakan soalan lisan kepada Parlimen. Amalan ini dapat memastikan kepentingan rakyat dan negara yang berbangkit dapat dibincang dan dibahaskan dengan komprehensif di Dewan yang mulia ini.

Pasca PRU 13 – Reformasi Sistem Pilihan Raya

5. Alhamdulillah, rakyat Negeri Selangor terus memberikan mandat yang besar kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Kerajaan Negeri Selangor. Mandat ini adalah manifestasi rakyat yang menuntut dasar pentadbiran yang berteraskan prinsip tata kelola yang baik (good governance), kepimpinan yang berintegriti dan prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam membuat keputusan.

6. Pakatan Rakyat di Negeri Selangor telah berjaya meraih 1.04 juta undi dari 1.7 juta undi di peringkat DUN. Sementara itu, 298 ribu rakyat telah memberikan sokongan dengan memilih parti DAP, 367 ribu memilih parti PAS dan sejumlah 373 ribu rakyat telah memilih KEADILAN bagi menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan meneruskan kecemerlangan yang dikecapi sebelum ini.

7. Muafakat utuh di antara komponen Pakatan Rakyat di Selangor telah berjaya mencatatkan 60 % undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya menerima 40 %. Peratusan ini memperlihatkan bahawa dukungan rakyat di Negeri Selangor terhadap Pakatan Rakyat meningkat sebanyak 4 % berbanding Pilihan Raya Umum 2008.

8. Sementara itu, Pakatan Rakyat di peringkat persekutuan mendapat 51 % undi popular sementara sokongan kepada BN terus merudum kepada 47 %. BN terpaksa membentuk sebuah Kerajaan Minoriti.

9. KEADILAN dan Pakatan Rakyat mendapat 51 % undi popular disebalik kecurangan dan penipuan dalam proses pilihan raya yang ditaja oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Isu dakwat kekal yang tidak kekal, orang asing diberikan kelayakan mengundi, lebih 60 000 orang pemilih berstatus 'dubious voters', wujudnya pengundi yang mengundi 2 kali, media yang tidak bebas dan sogokan wang tunai untuk membeli undi. Ini semuanya telah mencemarkan proses pilihan raya di Malaysia dan Dewan ini menuntut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR segera meletakkan jawatan.

10. Artikel 114 Perlembagaan Persekutuan berkenaan keanggotaan SPR dalam fasal (2) menegaskan peri mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam.

Fasal tersebut menyatakan :

"Pada melantik anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengambil perhatian tentang peri mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam."

11. Oleh kerana keyakinan rakyat sudah terhakis ekoran kecurangan dalam PRU – 13, maka Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR harus mengambil tanggungjawab moral untuk meletakkan jawatan masing – masing.

12. Saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri berhubung Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang memberikan kuasa perundangan yang sama kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di – Raja. Saya mendesak supaya Kerajaan Negeri segera menggunakan peruntukan ini bagi maksud menyiasat kecurangan dan penipuan dalam proses Pilihan Raya Umum ke 13 yang turut berlaku di Negeri Selangor. Ini kerana penyelewengan pilihan raya adalah hal yang melibatkan kepentingan awam dan perkara ini termaktub di bawah akta berkenaan. Selaras dengan Seksyen 2(1)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang memberi kuasa kepada sebuah suruhanjaya siasatan menjalankan siasatan yang berfaedah bagi kebajikan awam.

13. Seksyen 21 Akta Suruhanjaya Siasatan ini memberi perlindungan kepada saksi – saksi yang bersedia untuk memberikan keterangan termasuk di kalangan Pegawai – Pegawai Perkhidmatan Awam dan juga SPR. Suruhanjaya ini juga diberikan kuasa undang – undang untuk mengeluarkan sapina terhadap mana – mana individu yang difikirkan dapat membantu siasatan termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dan sekiranya ingkar, maka waran tangkap boleh dikeluarkan. Suruhanjaya ini boleh mengeluarkan sapina terhadap media seperti Utusan Malaysia dan TV3 yang digunakan sepenuhnya oleh UMNO untuk memaparkan berita – berita fitnah dan pembohongan terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor seperti isu sampah, isu air bersih dan juga program – program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

14. Fungsi Suruhanjaya Siasatan Di – Raja ini dapat mencari jawapan melalui keterangan bersumpah daripada saksi – saksi yang boleh membantu siasatan yang menyeluruh terhadap isu kecurangan dan penipuan dalam proses pilihan raya bagi melindungi kepentingan awam dan kedaulatan Negeri. Justeru itu, saya menyeru rakyat Negeri Selangor khususnya para pengundi untuk bersedia tampil sebagai saksi dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Di – Raja ini dengan mengemukakan keterangan dan bukti – bukti yang kukuh kerana mereka akan diberikan jaminan perlindungan mengikut undang – undang. Negeri Selangor harus memimpin usaha untuk membersihkan sistem pilihan raya di Malaysia

15. Sebagai sebuah negara yang demokratik, pilihan raya yang bersih, adil dan telus adalah tunjang kepada pengukuhan demokrasi. Ketempangan sistem pilihan raya yang berlaku wajar diperbetulkan melalui agenda reformasi sistem pilihan raya. Pakatan Rakyat sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang menjunjung prinsip dan lunas – lunas demokrasi berperlembagaan tuntas mendukung usaha reformasi sistem pilihan raya.

azmin16. Ketempangan sistem pilihan raya di Malaysia juga berpunca daripada gerrymandering. Persempadanan bahagian pilihan raya dibuat secara tidak adil dan tidak memenuhi prinsip sistem demokrasi berperwakilan.

17. DUN Permatang dan DUN Seri Serdang mempunyai jumlah pengundi yang begitu besar perbezaannya. DUN Seri Serdang mempunyai jumlah pengundi seramai 72,769 orang sementara DUN Permatang mempunyai hanya 19,636 orang pengundi.

Ini berlaku apabila urusan persempadanan semula yang dilakukan selama ini tidak bersandarkan kriteria – kriteria tetap sejajar dengan lunas demokrasi.

18. Peranan SPR sewajarnya lebih tertumpu kepada urusan pengendalian pilihan raya dan tidak dibebankan dengan tanggungjawab untuk mengemukakan syor – syor persempadanan baru bahagian pilihan raya kerana ianya menggasir kredibiliti dan kebebasan SPR.

19. Boundary Commission for England diwujudkan bagi mengemukakan syor sempadan baru bagi kawasan – kawasan pilihan raya dalam tempoh setiap 5 tahun. Antara kriteria – kriteria yang menjadi pertimbangan adalah electoral quota and 5 % rule, geographical size, special geographical consideration, local government boundaries, boundaries of existing constituencies and local ties. Garis panduan ini terkandung dalam Laporan Boundary Commission for England 2013.

20. Justeru, saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menerajui usaha untuk melantik dan menubuhkan satu jawatankuasa yang professional dan berkredibiliti untuk meneliti dan memberikan syor – syor berkenaan urusan persempadanan bahagian – bahagian pilihan raya dalam Negeri Selangor.

Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA)

21. Saya percaya rakyat Negeri Selangor mengikuti perbahasan mengenai hasrat Kerajaan Persekutuan untuk menandatangani Trans – Pacific Partnership Agreement (TPPA).

22. Sebanyak 17 pusingan rundingan telah dijalankan dengan negara – negara anggota yang lain. Dalam masa terdekat rundingan bagi pusingan ke 18 akan dijalankan di Negeri Sabah pada 14 Julai 2013 ini.

23. Adakah Kerajaan Negeri sedar bahawa TPPA mempunyai kesan langsung yang boleh menjejaskan perlaksanaan dasar Kerajaan Negeri ? Persoalan saya ialah apakah langkah – langkah proaktif yang telah dan akan di ambil oleh Kerajaan Negeri untuk terlibat secara langsung di meja rundingan ?

24. TPPA adalah satu daripada Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang bersifat pluri – lateral. Namun, lebih mencabar kerana ianya bukan sahaja melibatkan isu – isu pelaburan dan perdagangan tetapi juga instrumen – instrumen baru ekonomi seperti intellectual property rights, procument, buruh dan kedaulatan negara.

25. Daripada 29 bab dalam perjanjian, hanya 5 bab sahaja yang berhubung secara langsung dengan isu perdagangan dan pelaburan. Manakala selebihnya isu – isu baru yang sangat mencabar keupayaan dan kekuatan delegasi negara dalam mempertahankan kedaulatan negara dan kepentingan pengusaha – pengusaha tempatan khususnya dalam Industri Kecil dan Sederhana (SME) di Negeri Selangor.

26. Salah satu daripada 29 bab yang terkandung dalam TPPA adalah berhubung dengan bab perkhidmatan. Di bawah tajuk bab perkhidmatan, terdapat satu klausa yang bertajuk domestic regulation discipline dan klausa ini boleh memberi impak kepada dasar dan polisi Kerajaan Negeri yang sedia ada.

27. Antara lain, isu perlesenan yang dikeluarkan oleh PBT dan dasar industri dan perkhidmatan air yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri boleh menjejaskan pentadbiran Kerajaan Negeri atas alasan non trade discriminatory yang dicadangkan oleh TPPA.

28. Ini menuntut supaya Kerajaan Negeri segera menyemak sama ada Kerajaan Negeri melalui Penasihat Undang – Undang Negeri telah menerima panggilan untuk proses perbincangan dan konsultasi bagi mendapatkan persetujuan Negeri khususnya dalam hal – hal yang berkait dengan bidang kuasa Negeri sebelum Kerajaan Persekutuan menandatangani TPPA.

29. Adalah sangat penting untuk konsep federalisme serta hubungan Persekutuan – Negeri dibangkitkan dalam membahaskan isu TPPA ini. Ini penting kerana setiap Negeri – Negeri di Malaysia akan menerima kesan langsung hasil daripada rundingan TPPA yang dipimpin oleh Kerajaan Persekutuan. Merujuk kepada jawapan lisan Menteri MITI di Dewan Rakyat pada 27 Jun 2013, YB Menteri menyatakan bahawa proses konsultasi telah berlangsung antara MITI bersama 19 buah organisasi NGOs, parti politik dan agensi – agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan. Namun tidak ada dinyatakan langsung tentang konsultasi dan perbincangan dengan mana – mana Kerajaan Negeri termasuk Kerajaan Negeri Selangor.

30. Antara perihal penting dalam rundingan perdagangan bebas antarabangsa seperti TPPA ialah elemen 'Non Conforming Measures' (NCM) yang mana Kerajaan yang mewakili negara perlu menyenaraikan 'perkara yang dipersetujui' oleh Kerajaan dan 'perkara yang tidak dipersetujui' oleh Kerajaan termasuklah 'perkara yang dipersetujui oleh Negeri' dan 'perkara yang tidak dipersetujui oleh Negeri'.

31. Biarpun keputusan muktamad di tangan Kerajaan Persekutuan, namun adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan konsultasi dengan Kerajaan Negeri. Konsultasi ini penting kerana ianya termasuklah hal – hal yang berkait dengan klausa – klausa perlindungan seperti affirmative action dan hak Negeri untuk menerima atau menawarkan pelaburan asing ke Negeri tersebut.

32. Maka, Kerajaan Persekutuan perlu menghormati semangat federalisme dan pengasingan kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sebagai mana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan harus sedar bahawa persetujuan Kerajaan Negeri penting memandangkan setiap pelaburan asing atau domestik yang masuk ke Malaysia pastinya akan diurus dan diakomodasikan oleh Negeri. Maka Negeri berhak untuk menentukan apa yang 'state exclude' dan 'state include'.

33. Justeru, saya akan menggesa Kerajaan Persekutuan dalam perbahasan saya di Dewan Rakyat supaya mengadakan proses konsultasi dengan Kerajaan Negeri termasuk Negeri Selangor diberikan keutamaan. Malahan, wakil – wakil Kerajaan Negeri perlu terlibat sama dalam proses rundingan TPPA ini khususnya kerana ia melibatkan hal – hal negeri seperti domestic regulation discipline yang terkandung dalam sektor perkhidmatan. Perlu diingatkan bahawa dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan telah dinyatakan Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

34. Ini menuntut perbincangan dan konsultasi berlangsung kerana sebahagian besar hal perdagangan dan pelaburan melibatkan perkara – perkara yang tercatat dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama seperti tanah, perancangan bandar dan desa, perumahan, kesihatan awam serta saliran dan pengairan. Di Amerika Syarikat, Kerajaan Persekutuan telah mengadakan rundingan dan perbincangan bersama Kerajaan Negeri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan yang melibatkan kepentingan kedua – duanya. Ini semangat federalisme yang harus ada di Malaysia dan Negeri Selangor perlu menerajui semangat ini.

35. Sebagai langkah proaktif, saya juga mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya menerajui usaha perbincangan dan konsultasi ini dengan mewujudkan sebuah kaukus antara Kerajaan – Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat; Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan untuk membuat satu ketetapan segera berkenaan hal – hal ini termasuk mendapatkan nasihat pakar dan profesional sebelum mengadakan konsultasi dengan Kerajaan Persekutuan.

36. Di samping itu, Kerajaan Negeri amat perlu untuk menuntut satu kerusi dalam Jawatankuasa Rundingan di peringkat pusat. Saya difahamkan kini terdapat 20 kumpulan kerja yang mewakili negara ke meja rundingan; 8 daripada MITI dan 12 daripada kementerian dan agensi – agensi kerajaan yang lain. Tidak ada wakil Negeri yang dilantik bagi bersama – sama membincangkan perkara penting ini.

Perbekalan Tambahan – Belanjawan

37. Kerajaan Negeri akan sekali lagi mengemukakan Perbelanjaan Perbekalan Tambahan berjumlah RM 761 juta dalam Mesyuarat kali ini.

38. Alasan yang diberikan adalah untuk beberapa perbelanjaan Kerajaan Negeri bagi maksud – maksud yang tidak diperuntukkan atau yang tidak diperuntukkan dengan secukupnya termasuk keperluan RM 165 juta untuk menampung bayaran Program Air Percuma, pemberian pinjaman berjumlah RM 413 juta untuk KDEB bagi tujuan pengambilalihan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), RM 24 juta sebagai pinjaman kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi pelaksanaan projek – projek dan RM 76 juta untuk perbelanjaan bagi menampung kekurangan bagi projek – projek pembangunan yang sedang dilaksanakan.

39. Saya pernah menegur dalam Dewan yang mulia ini bahawa pengurusan kewangan yang baik adalah pengurusan yang berasaskan disiplin fiskal, perancangan kewangan dengan unjuran dan angka yang tepat serta perbelanjaan yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi negeri. Perbekalan tambahan dengan jumlah yang besar tidak seharusnya dibentangkan selain daripada berlakunya krisis ekonomi yang mendesak atau malapetaka besar seperti tsunami atau gempa yang menyebabkan unjuran asal tersasar dan menuntut Kerajaan menyediakan perbelanjaan luar jangka.

40. Jika disemak rekod selama 5 tahun Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Selangor, mulai tahun 2008 sehingga 2012, peruntukan perbekalan tambahan yang diminta pastinya dibentangkan lebih daripada 1 kali setiap penggal. Malah pada mesyuarat bagi penggal ketiga, peruntukan perbekalan tambahan dibentangkan sehingga 3 kali.

41. Teguran saya ini adalah untuk mengelakkan daripada rakyat membina persepsi dan berpandangan bahawa Kerajaan Negeri tidak dapat merancang penggunaan wang Negeri dengan bertanggungjawab dan pengurusan kewangan yang jujur. Apatah lagi, ini adalah Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri. Apakah peruntukan yang diluluskan dalam Belanjawan yang lalu telah dibelanjakan sepenuhnya dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini ?

42. Apabila dewan bersidang untuk meluluskan Belanjawan Negeri pada setiap tahun, ianya adalah bertujuan secara prinsipnya untuk mendapat kelulusan rakyat melalui dewan bagi tujuan – tujuan pembangunan yang telah dirancang. Adalah amat malang sekiranya dalam setiap sidang dewan, Ahli – Ahli Dewan Negeri diminta untuk memberi kelulusan terhadap perbelanjaan perbekalan tambahan atas alasan perbelanjaan luar jangka. Ianya membayangkan bahawa Kerajaan Negeri telah memesongkan Dewan yang mulia ini dengan membentangkan Belanjawan yang berimbang tetapi 3 atau 4 bulan berikutnya tampil di Dewan dengan mengemukakan sejumlah perbelanjaan perbekalan tambahan yang akhirnya akan menjadikan Belanjawan Defisit bagi Negeri Selangor.

43. Saya mengambil maklum bahawa simpanan rizab Negeri telah meningkat kepada RM 2.5 bilion. Ini tidak bermakna Kerajaan Negeri boleh berbelanja tanpa perancangan yang baik dan pengurusan kewangan yang berhemah.

44. Banyak perkara perbelanjaan bagi tujuan kebajikan rakyat boleh dirancang dan dibajetkan setiap tahun tanpa perlu dikemukakan dalam dewan ini untuk kelulusan perbelanjaan perbekalan tambahan yang terlalu kerap.

45. Saya sedia maklum KDEB telah lama merancang untuk melakukan pengstrukturan korporat melalui pengambilalihan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB). Persoalannya, mengapa dalam masa yang singkat dan diluar tempoh sesi Belanjawan Negeri yang mengikut amalannya diadakan pada suku tahun ke 4 setiap tahun, KDEB memberi notis yang singkat dan tergesa – gesa untuk mendapatkan pinjaman daripada Kerajaan Negeri berjumlah RM 413 juta sehingga berlakunya keperluan untuk perbekalan tambahan dalam mesyuarat kali ini.

Sekiranya penstrukturan korporat ke atas KHSB ini mempunyai nilai yang tinggi dan bakal meraih keuntungan, saya percaya KDEB boleh mendapat pembiayaan dana dan kemudahan pinjaman dari sektor kewangan. Mengapa KDEB mengambil jalan mudah dengan membebankan Kerajaan Negeri melalui pinjaman yang merupakan wang rakyat Negeri Selangor ?

46. Keupayaan pengurusan sesebuah GLC diukur berdasarkan pengurusan yang cekap, berhemah dan tidak bergantung dengan dana Kerajaan sebaliknya peranan GLC adalah untuk menjana keuntungan dan mengembalikannya kepada rakyat melalui Kerajaan Negeri.

47. Sebagai contoh, Petronas hanya menerima modal berbayar berjumlah RM 10 juta pada tahun 1974 dan pada tahun – tahun yang berikutnya, Petronas mendapat pembiayaan dari sektor swasta dan sektor kewangan atas dasar pengurusan korporat yang berwibawa. Petronas menjana keuntungan melalui pembiayaan swasta dan kemudiannya mengembalikan keuntungan ini kepada rakyat melalui pembayaran dividen dan cukai kepada Kerajaan Persekutuan.

48. Berhubung Perbelanjaan Perbekalan Tambahan berjumlah RM165 juta untuk menampung bayaran Program Air Percuma, saya ingin berhujah bahawa peruntukan sepatutnya telah dibajetkan dalam Belanjawan Negeri 2013 yang dibentangkan pada tahun yang lalu. Program Air Percuma telah dilaksanakan hampir 5 tahun yang lalu dan sewajarnya Kerajaan Negeri dapat membuat unjuran yang tepat dan bertanggungjawab berhubung kos program ini bagi setiap tahun.

Sekiranya Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan isu penstrukturan industri air dengan Kerajaan Persekutuan lebih awal daripada jadual yang disasarkan, maka lebihan peruntukan boleh dimasukkan semula dalam Akaun Yang Disatukan Kerajaan Negeri bagi keperluan perbelanjaan di masa yang akan datang. Saya berhujah Kerajaan Negeri boleh mengelak dari membentangkan Perbelanjaan Perbekalan Tambahan sekiranya unjuran dan perancangan dibuat dengan bertanggungjawab.

49. Maka saya menggesa Kerajaan Negeri untuk lebih cermat mengimbangi keperluan pengstrukturan korporat dengan kepentingan membuat unjuran dan perancangan yang menyeluruh dalam Sidang Belanjawan Negeri bagi mengelakkan kekerapan perbelanjaan perbekalan tambahan dalam Dewan yang mulia ini.

Pembangunan Rakyat

50. Tuanku Sultan Selangor telah bertitah supaya perbelanjaan untuk infrastruktur diberikan keutamaan secara berterusan demi kesejahteraan rakyat.

51. Pelaburan di dalam teknologi jalur lebar dan kemudahan internet berkelajuan tinggi perlu diperluas ke kawasan desa dan luar bandar. Hanya dengan teknologi maklumat kita dapat membina modal insan yang berilmu dan menolak kezaliman dan kemungkaran ekonomi dan politik.

52. Perbincangan dua hala antara saya dengan Yth. Bapak Ir. Jokowi, Gubernur DKI Jakarta baru – baru ini telah memperlihatkan bagaimana keupayaan beliau yang baru dipilih sebagai Gubernur Jakarta pada bulan Oktober 2012 telah berjaya memberikan tumpuan dan perhatian kepada pembangunan perumahan rakyat dalam skala yang besar dan juga menyelesaikan masalah pengangkutan awam melalui projek MRT yang dilancarkan pada bulan Mei 2013 yang lalu.

53. Pengalaman mengurus Mega City Jakarta yang mempunyai penduduk siang seramai 11 juta dan 5 juta berulang alik dari Kota Jakarta ke Kota Satelit di pinggir Jakarta amat mencabar pentadbiran Negeri Selangor supaya mengurangkan birokrasi dan menumpukan persoalan menyelesaikan masalah rakyat.

54. Bapak Jokowi yang dikenali sebagai pemimpin yang bersih dan melancarkan jihad rasuah telah dengan tegas dan berani memecat Wali Kota atau Datuk Bandar Jakarta Selatan yang dilihat tidak cocok dengan prinsip dan amalan pentadbiran yang telus dan bersih.

55. Perlantikan Datuk Bandar yang baru tidak lagi dibuat digedung atau hotel mewah, tetapi di kawasan perumahan rakyat yang usang dan penuh sampah sarap yang tidak dikutip. Bapak Jokowi menegaskan bahawa peranan Wali Kota adalah menggalas amanah rakyat supaya segera menangani masalah perumahan dan menjadikan Jakarta sebuah perbandaran yang bersih dan selamat.

56. Tuanku Sultan telah bertitah supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan. Penyediaan perkhidmatan bandar, infrastruktur dan utiliti yang berkualiti, perumahan mampu milik dan pengangkutan awam yang efisien perlu disediakan untuk mewujudkan persekitaran kehidupan bandar yang sejahtera dan berindentiti.

Tuanku Sultan turut menegaskan PBT perlu pantas mengambil tindakan terhadap aduan – aduan rakyat dan sentiasa bersikap inovatif dan proaktif dalam melaksanakan sebarang perubahan dan penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatannya. Sudah tentulah aduan–aduan ini sampai ke pengetahuan Tuanku Sultan ; apabila PBT dinasihatkan untuk terus memberi tumpuan kepada tanggungjawab asasnya iaitu menyediakan kemudahan jalan dan longkang, pengurusan sampah yang cekap, pemotongan rumput dijalankan secara berjadual serta lampu – lampu jalan yang sentiasa berfungsi.

57. Sementara kita boleh menegur prestasi PBT, Kerajaan Negeri juga bertanggungjawab untuk membantu PBT bagi mempertingkatkan kualiti hidup rakyat di setiap daerah melalui peruntukan yang lebih besar bagi semua PBT untuk menjayakan program – program pembangunan yang dinyatakan tadi. Kesemua peruntukan ini tidak perlu dibuat dalam belanjawan tambahan tetapi perlu perancangan yang menyeluruh dan unjuran yang bertanggungjawab.

58. Sementara PBT digalakkan untuk meningkatkan kutipan hasil, saya merasakan Kerajaan Negeri juga mempunyai peranan besar bagi membantu PBT. Geran MARRIS wajib disalurkan terus kepada semua PBT dengan adil dan telus supaya dapat meringankan beban kewangan PBT untuk menjalankan kerja – kerja penurapan dan pembaikan jalan.

59. Saya juga ingin menggesa Kerajaan Negeri untuk menyegerakan peruntukan pembangunan bagi Ahli – Ahli Dewan Negeri dikalangan pembangkang di Negeri Selangor sebaik sahaja Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengamalkan dasar yang sama dengan mengembalikan peruntukan Ahli – Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

60. Mereka berhak mendapat peruntukan ini kerana mereka juga mewakili rakyat Negeri Selangor. Marilah kita tunjukkan contoh teladan kepimpinan yang baik dan berharap Kerajaan Persekutuan juga akan mengikuti langkah – langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor termasuk memberi balik kepada Negeri Selangor sejumlah peruntukan yang setimpal dengan sumbangan Negeri Selangor kepada KDNK.

61. Perbincangan saya dengan Bapak Jokowi mengesahkan bahawa Kerajaan Republik Indonesia membayar balik kepada Badan Pemerintahan DKI Jakarta sejumlah 66 % daripada sumbangan yang dibuat oleh rakyat Jakarta.

Memartabatkan Institusi Umat Islam

62. Tuanku Sultan juga menitahkan supaya institusi umat Islam terus dimartabatkan untuk menjamin kesejahteraan umat Islam di Negeri Selangor.

63. Masjid Zakaria Gombak Utara yang dibina pada tahun 1938 adalah di antara masjid tertua di Gombak. Oleh kerana itu, kerja – kerja pembaikan termasuk keperluan untuk menaiktaraf dan pembesaran adalah mendesak kerana sudah tidak dapat menampung jamaah yang terpaksa menunaikan solat di bahu jalan utama. Keadaan ini boleh terdedah kepada risiko keselamatan para jamaah.

64. Saya telah membawa perkara ini kepada perhatian Kerajaan Negeri seawal Mac 2009 sehinggalah sejumlah peruntukkan bernilai RM 6 juta diluluskan pada 8 November 2010 bagi pembinaan bangunan baru Masjid Zakaria.

65. Pada 25 Mac 2011, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Gombak memaklumkan kepada JAIS untuk membuat nilaian awal cadangan pengambilan tanah untuk tujuan tapak baru Masjid Zakaria di Lot 1199, Batu 1/2, Gombak seluas 1.1 hektar.

66. Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) kemudiannya menyusul pada 29 Julai 2011 memaklumkan kepada JAIS bahawa permohonan peruntukan pengambilan tanah diluluskan bagi bajet tahun 2012.

67. Pada 20 April 2012, Pengarah JAIS meminta Pentadbir Tanah Daerah Gombak untuk menguruskan proses pengambilan balik tanah bagi tujuan tapak tambahan untuk Masjid Zakaria, Batu 8 1/2 Gombak seluas 2.779 ekar.

68. Akhirnya pada 1 November 2012, Warta Pengambilan yang dicadangkan di bawah Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960 dikeluarkan; Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 4707.

69. Perisytiharan Pengambilan Tanah di Bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk tujuan tapak tambahan telah ditandatangani oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor melalui Borang D, Akta Pengambilan Tanah 1960 (Seksyen 8) pada 16 November 2012 dan 6 hari berikutnya, pada 22 November 2012 – Perisytiharan Warta Pengambilan di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 dikeluarkan; No. Warta : 5087.

70. Untuk makluman Dewan, siasatan bagi mendengar semua tuntutan pampasan mengenai semua kepentingan pada tanah selaras dengan Seksyen 10, Akta Pengambilan Tanah 1960 juga telah diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak.

71. Pampasan Bertulis (Borang G & H) telah dikeluarkan pada 8 Februari 2013 kepada 2 orang pemilik tanah bersama. Bayaran telah dibuat oleh JAIS pada hujung Februari 2013. Keseluruhan proses pengambilan selesai sepenuhnya pada 8 Mac 2013. Saya juga difahamkan bahawa pihak JKR sewajarnya telah menyiapkan pelan pembangunan pembinaan Masjid Zakaria yang baru.

72. Saya merasa amat kecewa kerana setelah lebih 4 tahun saya perjuangkan untuk pembinaan Masjid Zakaria yang baru, namun sehingga hari ini tidak ada maklumbalas tentang status pembangunannya.

73. Untuk maksud ini, saya ingin mendapat jawapan yang jelas daripada Kerajaan Negeri berhubung status pembinaan Masjid Zakaria di Gombak Utara. Saya berharap Kerajaan Negeri dan JAIS dapat menyegerakan pembinaan masjid ini dalam masa yang terdekat

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54008

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Jawatan Kosong 2013 <b>di</b> Jabatan Kehakiman Syariah <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2013 12:45 AM PDT

selangor

Jawatan Kosong 2013: Pada tahun 2003 nama Mahkamah Syariah Selangor telah ditukar kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) selaras dengan perkembangan dan peningkatan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.Penubuhan Mahkamah Syariah di Negeri Selangor adalah di bawah peruntukan Seksyen 55(1), 55(2), 55(3) dan 55(4) dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) dengan ini mempelawa mereka yang berkelayakan untuk memohon jawatan yang ditawarkan seperti berikut:

// ]]>

1.1. Pegawai Syariah Gred LS52
1.2. Pegawai Syariah Gred LS41
1.3. Penolong Pegawai Syariah Gred LS27
1.4. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17
1.5. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17
1.6. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17
1.7. Pembantu Syariah Gred LS17
1.8. Penghantar Notis Gred N3
1.9. Pemandu Kenderaan Gred R3
1.10. Pembantu Am Pejabat Gred N1

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang JAKESS.PSM.1 yang boleh didapati di
laman web www.jakess.gov.my atau hadir sendiri ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor,
Tingkat 1, Seksyen Pentadbiran Dan Sumber Manusia, Bangunan Mahkamah Syariah Sultan
Idris Shah, Persiaran Masjid, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor.
(b) Semua borang permohonan hendaklah dilengkapkan dan disertakan dengan salinan Kad
Pengenalan, Sijil Lahir, Sijil-sijil Persekolahan, kelulusan akademik beserta sekeping gambar
berukuran pasport;
(c) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga melalui
E-mel dan surat;
(d) Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 SEPTEMBER 2013
(e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup
iklan adalah dianggap tidak berjaya;
(f) Setiap permohonan melebihi satu jawatan perlu menggunakan borang berasingan;
(g) Sila catatkan di hujung kiri sampul dengan No.Rujukan JAKESS.PSM.1
(h) Sila kemukakan permohonan kepada :
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR
BANGUNAN MAHKAMAH SYARIAH SULTAN IDRIS SHAH
PERSIARAN MASJID, SEKSYEN 5
40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
TELEFON : 03-55191291, 55191294, 55113708 & 55191304
FAX : 03-55105620 & 55126068

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2013 ini.

Sila klik sini untuk borang permohonan.

———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2013

from your own site.

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Kakcik Seroja: <b>Di</b> Hospital Pantai <b>Ampang</b>...

Posted: 06 Sep 2013 06:21 PM PDT

Lutut suami terkunci...

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


Jom Mancing Bersama <b>Di Port Klang</b>: Todak oh Todak..

Posted: 02 Sep 2013 01:09 AM PDT

Ketika kami bertugas, kadangkala teringin juga untuk memancing. Bila sudah jemu dengan Sardin dan Magie, lauk ikan segar menjadi pilihan. Memancing di kawasan ini pada waktu malam tidak pernah kami lakukan. Namun percubaan kali pertama, membuahkan hasil. Ikan belanak sejengkal yang kami cangkuk pada mata besar tanpa batu pemberat, kami hanyutkan saja. Hasilnya, seekor Todak besar menjadi mangsa.
Walaupun tidak sebesar Marlin atau Layaran, daya tarikan dan lompatanya begitu mengasyikkan. Waktu sesuai untuk menjerat spesis ini ialah ketika air mati perlahan pada waktu malam. Lokasi ini di boya merah di kawasan tugasan kami. Cuma pastikan perambut kuat digunakan, berikutan  terdapat 2 ekor yang berjaya memutuskan perambut 80paun kami pada malam berikutnya. Ikan ini kami jadikan lauk selama 4 hari. Walaupun bukan Tenggiri atau Siakap, setelah dimasak memang sedap. Dagingnya berlapis-lapis sesuai dimasak berkuah. pada yang pertama kali merasainya, tulang bewarna hijau pasti menghairankan!

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


<b>Bandar Baru Salak Tinggi</b> • View topic - Rumah Lelong/Subsale di <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2013 09:09 PM PDT

Salam Perkenalan/Aidilfitri,

Saya merupakan freelance agent untuk hartanah lelong dan subsale. Saya mempunyai banyak maklumat tentang rumah lelong di sekitar kawasan Salak tinggi/ Bandar Seriemas/ Enstek.

Lelongan terbaru di Bandar Seriemas

Double Storey Semi D,
No 35, Jalan Laman Kemboja,
Kota Seriemas
RP 400K
Auction Date 3/9/2013

Lelongan Terbaru Di Putra Nilai

Single Storey End Lot
No 248, Jalan Indah 24
Desa Indah Seri Inai,
Putra Nilai
RP 145K
Auction Date 24/08/2013

If Interested call Zack 0126478021

jika ada sesiapa ingin menjual rumah tapi tak dapat buyer lagi , saya boleh membantu anda. Komisen hanya 2% dari harga rumah.

Nak tahu perempuan <b>di salak tinggi</b> suka kereta model yg mana

Posted: 26 Jul 2013 01:35 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]nak kena tahu perempuan di Salak Tinggi suka kenderaan brand yg mana... I nak beli satu kereta untuk gf I....mengapa? kerana nak kahwin dengan nya. andylau: Baru Pindah: Posts: 5: Joined: Wed Apr 20, 2011 8:02 am.

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


REVIEW: Bersalin <b>di</b> KPMC <b>Puchong</b> 2013 - ThEy CaLL Me MoMmY

Posted: 09 Sep 2013 09:37 PM PDT

ENTRY MEMBANTU (Ecehh..)
Sebenarnya saya memang dah lama gile nak buat entry membantu ni..sebab saya aware,info yang akan saya kongsikan nanti,tak ramai yang dah kongsikan di blog mereka.. Entry ini hanya sebagai perkongsian maklumat..tiada niat lain..
Lagipun rakan blogger saya Aanie, telah me request entry ini diadakan..hihihi..
SebenarnyaKPMC Puchong mempunyai 3 Pakej Bersalin yang telah disediakan…
Seperti yang disertakan pada gambar di bawah ye..
Yang ni semua untuk pakej Normal delivery without any assists and untuk Caeserian, ade harga lain..boleh direct call kat Nombor kat atas ye..
Tapi ikut pengalaman saya…
Memula,saya memang nak ambik pakej paling murah..yela kan…nak kata saya prepare duit yang banyak tak jugak..sebab takut tetiba kena Emergency caeser ke kan..tak ke pengsan mak time tu..so untuk play safe,saya pon ambik pakej 3 bedded sebaik sahaja saya dipaksa untuk masuk wad malam Khamis 24/01/13.. (ESOK PAGI NAK Induce)
Tetapi malam tu saya hanya duduk kat 3 bedded room untuk 2 jam sahaja sebab FIL suruh saya pindah bilik single sebab nak suruh hubby tidur sekali dengan saya malam tu sebab takut ape-ape jadi kan..(PAdahal tak terjadi ape-ape pun) hahahha..
So saya pon berpindah ke bilik Bunga Raya..
Bilik ni..wow! bilik air besar giler..tapi bilik tidur kecik je lah kan..cukup untuk katil n ruang solat..TV,cupboard semua adalah tau..

Gambar tah pape je la yang saya tangkap kan..hahhaha...
So esok pagi Induce at 9 am..lepas makan Breakfast Mee goreng..tengahari sempat makan nasi lauk ikan goreng..Lepas tu terus ke Labor Room BERJUANG!!hahahah..pukul 2 ptg, pegi Labor room, pukul 4 dah masuk bilik..Alhamdulillah..semuanya di permudahkan..
Esoknya pukul 4 petang saya pon dah dibenarkan balik after Doktor cek condition saya n baby semuanya bagus.. (Balik petang pon sebab tunggu hubby balik dari kenduri..padahal pukul 12 tghari dah boleh balik dah)..huhu..
Review saya tentang service KPMC PUCHONG ni?
Alhamdulillah saya sangat berpuas hati dengan setiap service yang di berikan..
Doktor yang sangat berpengalaman.. (Dr. Haslinda..sebelum ni kerja kat Hospital Ampang)..So every time dengan dia, saya rasa secure and tak terbit langsung rasa tak confident bile dia treat saya..Rajin sembang and selalu advise ape yang terbaik..memang sangat bez lah doctor Haslinda ni..hehehee..
Nurses? Kat sini ade dua jenis Nurses ..yang pakai Baju PINK TERANG memang staff nurse yang sangat cekap dan bertanggung jawab..manakala yang memakai baju kaler PEACH adalah assistant nurses….Semuanya sangat friendly and helpful..Yelah private kan, harus Service at the top of their priority…
Midwife? Adalah orang yang sangat-sangat membantu during labor time..Seriously saya rasa kalau midwife tu takde , saya rasa semangat saya tak cukup kuat..nasib baik makcik tu ada..Alhamdulillah..
So far saya berpuas hati dengan setiap service yang diberikan..
Anda yang preggy dan tinggal di area Puchong boleh mencuba pakej yang telah disediakan..

Photobucket

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


Happy Irfa: Hari Bersuka Suka Bersama Keluarga <b>di</b> Gold Coast, <b>Morib</b>

Posted: 08 Sep 2013 07:57 PM PDT

Kali ke 2 ke Gold Coast, Morib. Penah ke sini dulu KLIK SINI November tahun lepas.

Pada awalnya aku tak berminat nak join Family Day ni sebab tarikhnya dekat sangat dengan tarikh kakak nak periksa Upsr (esok). Rasanya bagi ibubapa yang berjauhan dengan anak2, mesti rasa tak sampai hati nak bersuka ria @ makan sedap bila ada anak yang tak dapat join. Kalau makan pun rasa macm tercekik pun ada.

Tapi last minute join bila sorang akak committee cakap 'kenapa ko taknak pegi? free je pun. Orang lain berebut nak pegi siap kena cabut undi lagi tapi ko yang dah tentu2 ada bilik, taknak pegi pulak' yolah, den pegi lah ni :).

Pagi Sabtu, jam 7.40 pagi kami dah keluar rumah, dalam 1 jam sampai lah ke tempat kejadian Gold Coast Morib tu. Dah ramai yang beratur untuk doofgift dan pek brekfes.

Sebenarnya malam tu aku dah kena tanda2 selsema, tapi datang jugaklah sebab kesian kat anak2 terutama si abam. Dalam tak sihat pun sempat jugak join acara sukaneka, berbaloi la aku tersembam atas pasir masa acara kepit bola celah ketiak tu, team kami jadi Juara dan dapat seat tapuware dari Ikea yang banyak biji boleh susun bertingkek-tingkek tu. Pastu dalam diam en abe pun join jugak satu game lepas tu, Juara jugak dan dapat lagi satu set hadiah yang sama. Si abam join sukaneka untuk anak2 pun jadi Juara, dapat set alat tulis. Happy je dia dapat hadiah. Banyak jugak acara tapi aku dah malas, kang asik muka aku je beratur nak main marah dek orang nanti. Lunch buffet yang super mabeles sebab ada kari kambing aku kan penggemar kambing tegar sambil dihiburkan oleh penyanyi Sheeda, terkenal dengan lagu dangdut dulu-dulu dan juga UpinIpin. Budak-budak jadi hilang kawalan bila nampak maskot UpinIpin, sib baik tak roboh pentas tu dikerjakan oleh budak2 termasuk la si abam. Masa duk ralit tengok anak2 duk serbu UpinIpin, aku terpandang seseorang. Rupanya anak blogger Sis Lady@Anie yang kerja dengan UpinIpin. Sempat la aku mintak bergambar sekeping dengan Ude. Oh lepas tu ada Lucky Draw, nombor kami yang pertama naik. Dapatla sebiji lampu hiasan dari Ikea semua hadiah adalah dari Ikea katanya. hihi. Lepas makan aku dah naik bilik, kepala pening, hidung pun dah tersumbat. Sampai kemalam kami tak keluar, si abam je sorang turun main air kat theme park. Aku pantau dari balkoni je, kejap2 intai dia kat bawah. Sib baik dapat bilik ngadap theme park.

Malam pun ada lagi acara, kami turun jam 8.00 malam, semua meja dah penuh, so mintak pihak hotel sediakan meja tambahan, tempat adalah terbaik iaitu betul2 depan meja buffet walaupun jauh dari pentas utama itu tidak jadi hal, makan lagi penting, hahahaha.

Malam tu majlis makan makan di hiburkan oleh artis yang aku pun baru tahu kewujudan nya dalam, namanya Wana, katanya antara peserta OIM. dari jauh nampak kecik je orangnya, sebab jauh aku langsung tak nampak muka dia, tapi suara kemain nyaring.

Habis makan, belum sempat umum Grand Lucky Draw aku dah cabut naik bilik, anak2 dah ngantuk. Dengar citer hadiah untuk Grand Lucky Draw lagi gempak. Ada Iphone, Ipad, peti ais dan tv 50 inci. Untunglah sapa yang dapat tu...

Malam tu rasa nak menangis menunggu pagi, walaupun tilam hotel tu empuk tapi bila badan tak sihat rindu nak tido dirumah sendiri. Kalau tak kerana kesiankan si abam yang tido dengan gelang theme park sebab nak berendam lagi esoknya, konfem aku dah ajak cik abe balik rumah.

Pagi Ahad tu, jam 8.00 pagi si abam dah terjun masuk air sampai la kami panggil balik sebab nak check out. Si kenit sampai ke sudah tak ke theme park, main air dalam bath tub je. Okeylah kot sebab dia pun selsema takleh berendam lama2.

tepat jam 12.00 kami pun check out sebab en Abe keje petang, sekian kisah Family Day yang meriah. Harap tahun depan ada lagi, kalau boleh free macam ni jugak, agak2 bos besar baca tak?

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Kemalangan Ngeri Ragut Nyawa 4 Beranak <b>Di Bangi</b> | ! Erti <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2013 06:20 PM PDT


Kemalangan ngeri diteras jernang yang berlaku pagi semalam telah meragut nyawa seorang emak bersama dengan 3 anaknya..apa yang menyedihkan ialah mangsa kemalangan merupakan isteri kepada Ustaz yang pernah mengajar gua masa sekolah rendah dulu di SMKBBB =(

Ustazah Rohaya merupakan ustazah di sek jalan 2 Bandar Baru Bangi menaiki kancil terlibat dalam kemalagan ngeri dengan lori di kawasan teras jernang bangi lama pagi semalam . Isteri dan 3 anaknya meninggal dunia. Satu masih dirawat dihospital, mengikut sumber lain isteri sedang mengandung anak ke 8.

Difahamkan, ketika kejadian Ustazah Rohaya yang memandu Perodua Kancil bersama empat anaknya itu dalam perjalanan dari Bangi ke Kajang dipercayai mahu menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh di Teras Jernang, sebelum terbabas dan melanggar lori dari arah bertentangan.

Tiga anaknya, Nur Nabila Al-Huda, 9, Nur Nabila Al-Hanan, 7, Muhammad Nabil Lutfi Al-Hadif, 1. Rohaya dan tiga anaknya itu maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi anaknya, Muhammad Nabil Lutfan Al-Husni, 3, parah dan kini masih dirawat di Hospital Kajang.


Gua dapat berita pun melalui kawan sekolah rendah dulu...,hurm...,

Ya Allah tenangnya ustaz taufiq menunaikan solat terakhir buat isteri dan anak-anaknya..,begitu tabah dan kuat jiwa Ustaz menghadapi dugaan semua ini.., sayu je hati tengok wajah uztas bersama anaknya berbaju kuning
Gambar kenangan Ustaz taufiq bersama dengan Isteri dan anak-anaknya...

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada untuk Isteri dan anak-anaknya...


p/s : walaupun mungkin ustaz tak ingat saya lagi tapi saya sebagai anak murid tetap ingat ustaz yang sporting..

Kemalangan Maut <b>di</b> Jalan <b>Bangi</b> Lama - Teras Jernang

Posted: 09 Sep 2013 04:04 AM PDT

Berita TV9 ngaborkan dema datang dari arah Bandar Seri Putra, tapi kemudiannya dapat confirm bahawa Allahyarhamah merupakan warga Taman Impian Putra bila dapat tau nama jalan rumah mereka malam tadi dan disahkan oleh anak menakan yang tinggal berhampiran (jiran selang 2 rumah)..

Inna lillahi wa inna ilaihi rooji'uun.. semoga suami dan anak-anak tabah menghadapi ujian ini..

Ustazah, 3 anak maut nahas
Oleh NORAZRIN MARZUKI - pengarang@utusan.com.my


Keadaan kereta Rohaya Md. Rabi yang remuk selepas bertembung dengan lori dalam kemalangan yang meragut nyawanya bersama tiga anaknya di Jalan Kajang-Banting, Bangi Lama, Hulu Langat, semalam.

HULU LANGAT 9 Sept. - Rutin harian seorang guru agama Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Bangi untuk mengajar sesi petang berakhir dengan tragedi selepas dia bersama tiga anaknya maut dalam kemalangan di Kilometer 8, Jalan Kajang-Banting, Bangi Lama di sini hari ini.

Kejadian berlaku semasa mangsa, Rohaya Md. Rabi, 35, yang memandu kereta Perodua Kancil dan tiga anaknya dalam perjalanan ke sekolah itu pukul 12.10 tengah hari sebelum kenderaan tersebut bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

Ketiga-tiga anaknya yang terbunuh ialah Nur Nabila Al Huda Mohd. Tauffid, 9; Nur Nabila Al Hanan, 7, dan Mohd. Nabil Lutfi Al Hadif, 1.

Seorang lagi anak Rohaya yang turut berada di dalam kereta itu, Mohd. Nabil Lutfan Al Husna, 3, terselamat tetapi dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang.

Nur Nabila Al Huda, Nur Nabila Al Hanan dan Mohd. Nabil Lutfan Al Husna turut belajar di sekolah tersebut manakala Mohd. Nabil Al Hadif dibawa ibu mereka semasa mengajar kerana masih kecil.

Selain empat anaknya itu, Rohaya turut mempunyai tiga lagi anak yang masih bersekolah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaannya ketika melalui lokasi terbabit lalu bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

Difahamkan, jalan lama dilalui mangsa merupakan laluan pintas dan agak berselekoh serta curam.

"Perlanggaran itu mengakibatkan kereta tersebut remuk dengan kesemua mangsa tersepit di dalam kenderaan. Sebuah van yang berada di belakang lori itu juga gagal mengelak lalu melanggar belakangnya.

"Bagaimanapun pemandu lori dan van itu cedera ringan dan dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan. Kesemua mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, jenazah kesemua mangsa dihantar ke kampung halaman mereka di Kuala Nerang, Kedah, malam ini untuk dikebumikan.


KUALA LUMPUR 9 Sep. 2013 - Keluarga mangsa kemalangan maut empat beranak, Allahyarham Rohaya Md Rabi bersama tiga anaknya Nur Nabila Al Huda, Nur Nabila Al Hanan dan Mohd. Nabil Lutfi Al Hadif, tidak dapat menahan kesedihan menunggu jenayah di hospital di sini hari ini. - BERNAMA

Sementara itu, menurut rakan Allahyarham, Norsuriyati Abd. Rahman, arwah seorang guru yang baik dan disayangi murid-murid malah aktif dalam bidang sukan walaupun mengajar subjek Pendidikan Islam.

"Saya mengenali arwah sejak hampir 10 tahun lalu ketika kami mula berkhidmat sebagai guru di sekolah itu. Selepas dipindahkan ke pejabat pendidikan daerah di sini pun kami masih lagi saling berhubung.

"Kali terakhir saya menemui Allahyarham pada Ramadan lalu dan kurang berkesempatan untuk kerap meluangkan masa bersama.

"Pemergiannya betul-betul memeranjatkan saya kerana turut membawa tiga lagi anaknya," katanya sebak ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Serdang di sini hari ini.

Sementara itu, suami Allahyarham, Mohd. Tauffid Kassim gagal ditemui kerana terpaksa menemani Mohd. Nabil Lutfan Al Husna, 3, yang kritikal dan sedang dirawat di Hospital Kajang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130910/je_01/Ustazah-3-anak-maut-nahas#ixzz2eSGRevCv © Utusan Melayu (M) Bhd

Nota: Gambar di muka depan akhbar bercetak Utusan lebih menyayat hati..  :'(

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


suasana pru13 <b>di</b> smk <b>bandar sunway</b> - laman web smk bandar <b>...</b>

Posted: 10 May 2013 03:54 AM PDT

PERSIAPAN AWAL

SEMASA PRU 13

GURU-GURU SEBAGAI KERANI SEMAKAN UNDI



12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Bermandi manda <b>di</b> air terjun Serendah <b>Hulu Selangor</b> | AkuBiomed

Posted: 02 Sep 2013 07:52 AM PDT

Hari Sabtu lepas saya bawa adik ipar bermandi manda di air terjun Serendah. Air terjun Serendah ini terletak di Hulu Selangor, Rawang. Bermandi manda ini tidak ada kaitan dengan masalah sumber bekalan air disebabkan tumpahan diesel.

air terjun serendah

Trip adik ipar hendak datang berjalan Raya dirumah saya tertangguh 7 hari kerana saya terlibat dengan pelancaran Astro Celebrates Merdeka Ur Malaysian Is Showing di MidValley Mega Mall. Kebimbangan saya cuaca tidak menentu memungkin pelan bermandi manda di air terjun Serendah mungkin tidak kesampaian.

berenang

buat empang

main perang perang pancutan air

main perang perang pancutan air

main perang perang pancutan air

main perang perang pancutan air

Adik ipar bertolak seawal pagi dari kampung pada pagi hari Sabtu dan kami pula sediakan lauk pauk seperti Nasi Lemak, Roti John, Nasi Impit, Nugget, Sausage dan air teh untuk makan di tempat perkhemahan. Kami bertolak awal kerana mahu mendapatkan tapak khemah berdekatan dengan tempat mandi.

tapak perkhemahan

Rasa selamat bermandi di air terjun Serendah ini terutama untuk kanak-kanak kerana mempunyai pengawal selain kemudahan bilik air untuk salin pakaian dan mandi. Airnya tidaklah terlalu dalam dan deras.

abang koning

baby aslah

kemudahan awam

air sungai

pepatung

sumpah

Ini adalah trip kali ke 2 untuk kami bermandi manda di air terjun Serendah Rawang ini.

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


الفاتحة Ibu dan Tiga Anak Terbunuh Dalam Kemalangan Ngeri <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2013 01:52 AM PDT

Selasa. 10 September 2013
Kajang: "Sebaik tiba di lokasi kejadian sebak hati saya melihat Rohaya tersepit kerana kepala lori itu menghempap kereta dipandunya manakala mayat tiga anaknya sudah dikeluarkan dan terbaring di atas jalan raya."

Demikian kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Rohana Hussin, 59, yang juga majikan kepada Rohaya Md Rabi, 35, yang terbunuh bersama tiga anaknya dalam kemalangan ngeri, di sini, semalam. 
Allah swt lebih mengetahui segalanya di atas kejadian berlaku.
Manusia merancang.Perancangan Allah meliputi segalanya.Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.
Guru Kehilangan Isteri & Tiga Anak!
Kajang: "Dunia gelap seketika saat berita malang itu dikhabarkan... ia saat paling hiba dalam hidup saya," kata Muhammad Tauffid Kassim, 44, yang kehilangan isteri dan tiga anaknya serentak dalam kemalangan di Kajang, semalam.
Ketika dimaklumkan mengenai nahas kira-kira jam 11 pagi itu yang mengorbankan isterinya, Rohaya Md Rabi, 35, dan tiga anak mereka, perkara pertama terlintas dalam fikiran Tauffid ialah nasib empat lagi anak mereka yang masih kecil.
Tiga anaknya yang maut dalam nahas pada jam 11.50 pagi di KM 8 Jalan Kajang-Banting itu ialah Nur Nabila Al-Huda, 9; Nur Nabila Al-Hanan, 7; Muhammad Nabil Lutfi Al-Hadif, 1, manakala seorang lagi, Muhammad Nabil Lutfan Al-Husni, 3, parah dan dihantar ke Hospital Kajang.
"Saya hilang empat nadi sekali gus," kata guru Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi (SKBBB) itu dalam nada hiba sambil memaklumkan, empat anaknya yang masih hidup berusia antara tiga hingga 10 tahun, termasuk Nabil Lutfan.
Kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta PERODUA Kancil dipandu Rohaya, yang juga guru agama di SKBBB dalam perjalanan dari arah Bangi ke Kajang untuk menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh di Teras Jernang sebelum dikatakan terbabas dan bertembung sebuah lori dua tan dari arah bertentangan.
Dua anak mereka yang maut, juga bersekolah di SKBBB.
Tauffid berkata, dia sedang mengajar di sekolah ketika dimaklumkan mengenai kejadian itu dan terus lesu sehingga terpaksa dipapah ke lokasi nahas.
"Isteri mengajar sesi petang, saya pula sesi pagi. Biasanya jam 12 tengah hari dua anak yang kecil dihantar ke rumah pengasuh," katanya sambil menambah, jenazah empat beranak itu dibawa ke Kuala Nerang Kedah, malam tadi untuk disemadikan.
Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi, Abdullah Ramli, berkata ketika pasukannya tiba di lokasi, tiga daripada anak mangsa yang duduk di kerusi penumpang belakang sudah dikeluarkan orang ramai dengan seorang cedera dan dihantar ke Hospital Kajang.

Kereta remuk
"Kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan dua lagi mangsa, iaitu seorang wanita dan seorang kanak-kanak yang berada di kerusi depan. Keadaan kereta yang remuk teruk menyebabkan dua mangsa berkenaan sukar dikeluarkan kerana tersepit dengan bahagian depan lori," katanya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata kemalangan itu turut membabitkan sebuah van yang melanggar belakang lori berkenaan, namun pemandunya tidak mengalami kecederaan serius.
BH/-Posted by Idham Lim at 3:05 PTG 


ads