Khamis, 2 Januari 2014

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di bukit raja</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Dec 2013 11:22 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Selangor Selesaikan Projek Perumahan Pekerja Ladang <b>Bukit Raja</b> <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2013 03:58 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KLANG 21 MAC : Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan projek perumahan bermasalah untuk 76 bekas pekerja ladang di Bandar Bukit Raja di sini dengan pembinaan rumah teres bernilai RM 77,000 di satu kawasan ...

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Kedahkini: Polis temui bom buatan sendiri <b>di Ampang</b>

Posted: 30 Dec 2013 10:13 PM PST

Polis temui bom buatan sendiri di Ampang
2013/12/31 - 13:21:51 PM
TIMBALAN Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar menunjukkan bom buatan sendiri selepas polis menahan seorang suspek di Ampang, dipercayai bom ini akan diletupkan pada malam sambutan Tahun Baru dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini. - Foto Osman AdnanSHAH ALAM: Polis Selangor hari ini mengesahkan penemuan satu bom buatan sendiri daripada seorang lelaki yang ditahan di Tasik Permai, dekat Ampang, pagi Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar, berkata bom itu ditemui ketika anggotanya memeriksa lelaki terbabit yang dilihat dalam keadaan mencurigakan, kira-kira jam 10.30 pagi.

"Sebelum ditahan, suspek lelaki berusia 46 tahun itu dilihat mencurigakan dan tidak berhenti ketika diminta berbuat demikian oleh anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan itu.

"Polis merampas satu objek jenis paip PVC dan mempunyai sumbu bersama mercun botol disyaki bahan letupan buatan sendiri serta dua telefon bimbit milik suspek," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Dalam satu kes berasingan, polis Selangor turut merampas 56 helai baju T yang mempunyai unsur hasutan dalam satu serbuan di Seri Kembangan, awal pagi semalam.

Sehubungan dengan rampasan itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 37 tahun, sebelum melepaskan lelaki yang bekerja sendiri itu selepas keterangannya dirakamkan.

Bagi kes pertama, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 manakala bagi kes kedua, kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan. ~BH

kita tunggu pendakwaan ke atas pemilik bom mercun <b>di ampang</b>

Posted: 30 Dec 2013 10:54 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KITA TUNGGU PENDAKWAAN KE ATAS PEMILIK BOM MERCUN DI AMPANG. Jika pada bersih 2 (2011) polis membuat sidang akhbar menyatakan mereka menemui sejumlah molotov koktail dan parang, kini menjelang ...

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


Ngeri! Adengan Tetak Menetak Kumpulan Gangster <b>Di Batang Kali</b> <b>...</b>

Posted: 05 Jul 2013 07:30 PM PDT

Ngeri! Adengan Tetak Menetak Kumpulan Gangster Di Batang Kali | Jika anda pernah menonton filem Gangster, maka gambaran bagaimana sesebuah kumpulan itu bergaduh boleh digambarkan bagaimana. Baru-baru ini, di Batang Kali satu kes tetak telah berlaku. Mangsa hanya seorang lelaki ditetak beberapa kali di kepala, badan dan tangan. Melayukini.net difahamkan, mangsa ditetak sehingga terjatuh. Selepas itu mangsa cuba melarikan diri, namun akibat kesakitan yang amat sangat, mangsa rebah di lokasi berhampiran.

tetak2

BATANG KALI – Umpama babak dalam drama gengster apabila sekumpulan tiga lelaki memegang parang sambil mengejar mangsa dan menetaknya beberapa kali sehingga rebah.

Mangsa yang pada awalnya cedera di kepala, masih mampu berlari dan cuba menyelamatkan diri, namun tiga lelaki terbabit terus mengejar dan menetak badan serta tangan mangsa hingga tidak berdaya.

Penjenayah tidak bertopeng itu hanya beredar setelah melihat mangsanya terbaring dan tidak mampu berdiri lagi.

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Diana, 24, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 petang itu bermula di sebuah tempat cuci kereta dan berakhir di kawasan stesen minyak.

"Saya nampak dia berlari dari belakang stesen minyak dan dikejar tiga lelaki berparang.

tetak1
"Dua kali dia jatuh ditetak, kemudian dia bangun ditetak lagi, sampailah dekat tepi jalan itu, dia tumbang dan terus kena cincang," katanya berhampiran tempat kejadian, malam kelmarin.

Seorang lagi saksi dikenali sebagai Adib, 19, berkata, kekecohan bermula dari sebuah tempat cuci kereta di sebelah stesen minyak sebelum mangsa dilihat berlari dengan berlumuran darah dan cedera di kepala.

Menurutnya, situasi ketika itu agak tegang dan menakutkan sehingga semua pelanggan yang mengisi minyak tidak mampu berbuat apa-apa kerana bimbang dicederakan.

"Memang macam drama gengster, orang yang melihat kejadian itu hanya diam tanpa buat apa-apa. Sampailah lelaki itu terbaring di hujung sana, tiga penjenayah berparang tadi terus menetak tangan kirinya sampai putus," katanya.

Adib berkata, mangsa yang hanya memakai baju T lengan pendek dan seluar pendek berkemungkinan menunggang motosikal sebelum diserang kerana terdapat sarung tangan pada tangan kiri mangsa yang putus.

Kenalan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Kanna, 36, berkata, mangsa merupakan seorang penarik kereta dan tinggal di Taman Wawasan di sini.

Katanya, sebelum kejadian, dia ada ternampak dua kenderaan mencurigakan menggunakan cermin gelap dan bernombor pendaftaran Melaka, singgah di sebuah restoran berdekatan.

"Tidak pasti sama ada mereka ada kaitan dengan kejadian tersebut atau tidak. Tapi, kejadian itu berlaku selepas saya lihat kenderaan mencurigakan. Jadi, mungkin ada kaitan. Tapi saya lupa nombor pendaftarannya," katanya.

Sementara itu,  Ketua Polis Daerah, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mangsa, N Sangar, 33, berasal dari Bandar Utama Batang Kali, selain mempunyai sebuah kedai mencuci kereta di sini dan kedai makan di
Hulu Yam.

"Polis masih menyiasat motif sebenar kejadian mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal kes, Balai Polis Batang Kali menerima panggilan telefon daripada orang awam yang memaklumkan berlaku pergaduhan dekat sebuah stesen minyak.

Katanya, pemanggil itu memberitahu seorang lelaki ditetak dengan parang sehingga putus pergelangan tangan kiri dan luka di bahagian kepala.

"Bertindak atas maklumat tersebut, anggota polis ke tempat kejadian dan mangsa yang parah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).

"Bagaimanapun, lebih kurang jam 6.55 petang, pihak hospital memaklumkan mangsa meninggal dunia akibat pendarahan di kepala dan bahagian badan," katanya.

P.S. I – 10 Tempat Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – Keukenhof – Taman Ajaib Eropah
P.S. III – Subhanallah! Gambar Tasik Ais Gergasi Di Planet Marikh

Sumber : Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 di padang jawa - Google Blog Search

12 di padang jawa - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di padang jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Dec 2013 01:12 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kerajaan Negeri Arah PBT Segera Bina Jalan Alternatif <b>di Padang</b> <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2013 04:27 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SHAH ALAM, 19 MAC : Kerajaan Negeri akan mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menyegerakan pembinaan jalan raya alternatif di Parit Besar, Padang Jawa berikutan kematian seorang remaja ...

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Kemalangan Ngeri 3 Beranak Maut Kereta Langgar Treler <b>di Sungai</b> <b>...</b>

Posted: 30 Dec 2013 06:42 PM PST

SUNGAI BULOH: Gara-gara mengantuk, tiga sekeluarga termasuk seorang remaja berusia 17 tahun maut dalam kemalangan selepas kereta dinaiki melanggar belakang sebuah treler sebelum terbabas ke tengah jalan dan dilanggar sebuah kereta pacuan empat roda dalam kejadian di kilometer 451.6 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Kuala Lumpur berdekatan Sungai Buloh, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 pagi itu, kemalangan berkenaan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu Norhairy Ahmad, 42, bersama isterinya, Rohayati Oman, 42, dan anak pasangan itu Adibah Norkhairy, 17.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, kereta Proton Wira itu dengan tiba-tiba melanggar belakang sebuah treler dan terbabas ke tengah jalan.

Menurutnya, sebuah kereta pacuan empat roda pula yang gagal mengelak kereta berkenaan melanggar Proton Wira itu dari arah belakang.

"Akibat perlanggaran itu, isteri mangsa dan anaknya meninggal dunia di lokasi kejadian menakala pemandu kereta itu yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh namun meninggal dunia di hospital.

"Pemandu kereta pacuan empat roda itu turut mengalami kecederaan ringan," Katanya. Harian Metro

1

2

3

4

Info:

3 Kenderaan terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka. Laluan tersebut digelar oleh penduduk tempatan sebagai laluan maut.

-Sebuah kereta Proton Wira WLV 3120, dinaiki tiga mangsa.

-Sebuah Toyota Hilux dipandu seorang lelaki 44 tahun

-Sebuah Treler

Sumber


12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


Sunset <b>di</b> Pantai <b>Morib</b> | ini cerita [aku] - Blogger

Posted: 30 Nov 2013 10:59 PM PST

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Salam semua...

Sejak dua menjak tiga empat menjak neh...ntah kenapa asik ke Morib jerk kejenyer...Udah ler g memalam buta, balik ari plak tuh...ini semua gara2 kawan aku sorg neh ler...selalo menggila dgn dye jerkla...Buatnyer tetiap minggu kesana...haaaa minggu neh jerk x, sbb kwn segila aku tuh xderk kt KL. So,minggu neh dokrehat kat umah jerkla yerk... Minggu depan start balik aktiviti menggila kami. Ke mana destinasinya? jeng3...ada ler...kemungkinan besar akan balik ari jugak...tp, tmpt neh lg jauh dari Morib...hehe... So,kepada semua jgn kawan dgn kami sebab kami memang gila. hahaha

Apamotif ke Morib? 1st, sebab meneman member aku yang nak tengok MATAHARI TERBENAM katernyer..hahaha. Udah2 macam dah xderk benda lain nak dibuat gamakanyer yerk...2nd, sebab nak carik kek lapis sarawak yang sangat sedap beli kat Morib arituh...tp, malangnya tyme kami pegi utk kesekelian kalinyer tuh, makcik yg niaga kek lapis sarawak tuh xniaga...sedih pilu, hampa ganda 23 hokey rasa hatiku...(muntah) 

Dan yang ketiga sebab...kami nak pekena Sotong Kering Bakar yang digembar-gemburkan saaaaangaaaaattttt sedaaaappppp oleh seorang kawan aku neh. Hokey, ternyata memang sedap sampai melelh ayaq mata masa makan tuh yerk...PEDAS  nakkkkk..... okey xyah sambung ayat tuh. Dah ler taw aku neh xtahan mkn pedas...kenaperla ko memperkenalkan sejenis makanan itu kepada aku? Kenapa jebat?! Sakit pulak rasa hati kita neh! huh.

neh ler dye Sotong Kering Bakar...sedap memang sedap tapi pedas gler! hu2

Lepas abeh makan...masa utk menikmati keindahan alam...tengok matahari terbenam katanyer...haha...memang cantik!




Amacam? cantik tak?  cantik tak? Cantik kan u'ollssss....lagi cantik kalo korang g sendiri and nikmati sendiri secara live...dengan angin sepoi2 bahasa melayu lagik u'ollsss....memang syokkkkk uhhh!

Kalau ikutkan aku memang xpernah jejakkan kai kat ctu pown 1st and last  tyme 2 tahun lepas... Tuh pown follow member2 wat photoshoot kat sana katanyer...barulah taw pasal Morib...kalo x, asik dengar nama jerk...haha... Kira huntong jgkla dapat kenal orang2 yang dok kat sana neh. heh! Tuh ler 1st and last...and neh baru datang semula tuh pown sebab kawan segila aku neh ler...layankan ajerkla yerk...tp,syokkkk uh!


Wahai Morib...dikau telah mengingatkan daku pada kenangan2 lalu/,,,ecewah! Rinduuuussss gler u'olls! Rindu gler nak lepaking sesamer  macam dolu2...tp,apakan daya... (xmampu nak teruskan ayat) heh!

Lagu BINTANG neh dah macam lagu tema plak yerk...hik2. Dengar lagu neh for sure igt korang...seriously macam mimpi jerk...sekelip mata.hu2. Tapi, xpe...macam lirik lagu bintang neh jgkla... "Kita akan tetap bersama untuk selamanya cuma lain suasana" Perghhh...harap2 kalo korang baca entry neh be positive and profesional arr ek.ek.. ^_^

Agak2 bler lagik leh g Morib lagi ek? Kengkawan yang lain tgk aku check-in kat Morib semua dok nak g jugak...haha...Jum2 kita g bermalam plak kat sana eh walaupown rasa hati tak mampu akan ku gagahi jua...hik3.Okiesla chiow sin channn... !~


12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


NGERI!! SUPERBIKE PUTUS DUA <b>DI ULU YAM</b> - Kopi Lekat <b>...</b>

Posted: 30 Dec 2013 07:52 AM PST



 
NGERI!! SUPERBIKE PUTUS DUA DI ULU YAMSeorang penunggang Ducati Monster terlibat dalam kemalalngan ngeri di Ulu Yam. Beliau sudah pun dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Penunggang tersebut yang dilaporkan telah hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan yang menyebabkan jentera mangsa terputus dua. Alhamdulillah, penunggang tersebut diberitakan cuma cedera ringan. 

SUMBER

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


jom masuk ipt <b>di hulu selangor</b> & klang - Blogger

Posted: 30 Oct 2013 06:09 AM PDT

"KHUSUS UTK PELAJAR LEPASAN SPM DALAM DAERAH HULU SELANGOR & KLANG"
UNTUK KEMASUKAN KE UiTM SESI DISEMBER 2013. 
Tempat: BILIK MESYUARAT (TINGKAT 1), PEJABAT MARA DAERAK KLANG, NO 3 & 5A, JALAN RAYA TIMUR KS/1 PUSAT BANDAR, KLANG, SELANGOR.
Masa : 10.00 pgi - 3.00 ptg

Pada: AHAD (3/11/2013)
Tempat: BILIK MESYUARAT (TINGKAT 2), PEJABAT MARA HULU SELANGOR, BANGUNAN PAHLAWAN, JALAN MAT KILAU 44000 KUALA KUBU BARU, SELANGOR.
Masa : 10.00 pgi - 3.00 ptg

Sila datang bersama ibubapa atau penjaga & bawa bersama Sijil SPM, KP, & Surat Beranak pelajar & ibu bapa





HP: (Admin) 019-2645229 / 019-6685229



Daftar online:http://www.emailmeform.com/builder/form/2d73sKbdaxfb58EL

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Sambutan Ambang Tahun Baru 2014 <b>Di</b> Dataran <b>Shah Alam</b>

Posted: 21 Dec 2013 07:50 AM PST


Ustaz Azhar Idrus – Shiro dan Ustaz Haslin Bahrim – Sepahtu merupakan antara gandingan tokoh agama dan kumpulan pelawak popular yang bakal mewarnai program ambang tahun baru 2014 Negeri Selangor. Dua gandingan terbabit akan ditampilkan dalam segmen Sembang Santai dalam Program Generasi Idaman Selangor (GEMS) Sempena Ambang Tahun Baru 2014 yang diadakan pada 31 Disember di Dataran Kemerdekaan Shah Alam nanti.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata berbeza dari program sambutan tahun baru dikebanyakkan negeri, GEMS Sempena Ambang Tahun Baru 2014 itu turut memfokuskan Kempen Anti Zina bagi membendung gejala zina di kalangan generasi masa kini.

"Ini adalah satu program yang melibatkan jabatan dan agensi kerajaan di bawah GEMS di mana kita akan menganjurkan program alternatif dari kelaziman sambutan tahun baru yang sering diisikan dengan program yang melalaikan dan akhirnya remaja belia kita hari ini kerana keseronokkan yang melampau, mereka boleh terjebak dalam gejala sosial seperti berzina, mabuk dan sebagainya.

"Sembilan bulan selepas itu dah ada anak luar nikah, ada yang buang anak, jual anak dan sebagainya. Jadi kita lihat ini adalah satu program mendidik generasi muda iaitu boleh berseronok, bergembira tetapi dengan cara yang ada pengisian sekaligus mengelakkan mereka dari terjebak dengan dosa," kata Dr Halimah ketika ditemui Selangor Kini di pejabat beliau di Bangunan Setiusaha Kerajaan Negeri semalam.

Sebelum itu Dr Halimah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program GEMS Sempena Ambang Tahun Baru 2014 di Bilik Mesyuarat Kekwa Seksyen Sektoral, UPEN bagi menyelaras persediaan program sempena yang akan bermula seawal jam 5.00 petang itu.

Turut memeriahkan program itu nanti, penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar; pengacara, David Teoh, pelawak, Sathiya dan pelakon, Diana Amir.

Program GEMS Sempena Tahun Baru 2014 dengan konsep yang menekankan pengisian bercorak pendidikan ini merupakan kali ketiga diadakan sejak 2011.

Program sebelum ini mendapat sambutan memberangsangkan sehingga mencecah hampir 100,000 hadirin dan manakala tayangan di laman sosial, you tube pula mencecah jumlah penonton melebihi satu juta pengunjung.

Sumber: Selangorku.com

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


My Beauty Shoppee: Pari Gergasi <b>di SABAK BERNAM</b>

Posted: 26 Dec 2013 04:56 PM PST

SABAK BERNAM – "Saya berasa cuak apabila ternampak kelibat ikan besar melibas-libas ekor di gigi air," kata seorang remaja, Mohd Nor Firdaus Burhanuddin, 14, yang menemui spesies ikan pari gergasi di Pantai Sekendi, di sini, tengah hari, semalam.

Ikan pari seberat lebih 120 kilogram itu ditemuinya kira-kira jam 11 tengah hari ketika dia bersama dengan seorang abangnya dan dua lagi rakannya itu turun ke pantai untuk memukat ikan.

Mohd Nor berkata, ketika ingin memukat, dia terkejut apabila menemui objek pelik dan kemudiannya terus menjerit ke arah abangnya, Mohd Nor Fahmi, 17, yang ketika itu berada tidak jauh dari kawasan terbabit.

"Tanpa fikir panjang, saya terus menjerit ke arahnya (Mohd Nor Fahmi) kerana takut disengat ikan itu yang tiba-tiba menggelupur dengan kocakan air yang kuat seolah-olah terkejut dengan kehadiran saya di situ," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Nor berkata, ikan pari selebar kira-kira lima meter dan panjang tiga meter itu memiliki warna seperti harimau bintang.

"Tak pernah saya lihat pari sebesar ini dan ini merupakan pengalaman yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila kerana dapat membawanya naik ke darat bersama abang dan dua lagi rakan," katanya.

Bagaimanapun, Mohd Nor Fahmi pula menolak andaian sesetengah pihak bahawa kemunculan ikan itu mungkin satu petanda akan berlaku, sebaliknya berandaian ikan gergasi itu dipercayai menghanyutkan diri ke pantai bila hendak mati.

"Mungkin semua ini hanya satu kebetulan sahaja dan tidak mungkin akan berlaku sesuatu yang tidak baik, tetapi kita harap pihak berwajib membuat kajian mengenai penemuan spesies ikan tersebut," katanya.

Menurutnya, bangkai ikan itu kemudiannya dibawa menaiki gerabak motosikal di sebuah rumah saudaranya di Sekendi Sabak Bernam.

"Kami letakkannya di situ supaya orang ramai boleh menyaksikan sendiri keunikan ikan itu," katanya.

sumber : sinarharian.com.my

12 di pandamaran - Google Blog Search

12 di pandamaran - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di pandamaran</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Dec 2013 01:28 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di pandamaran</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Dec 2013 01:03 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di pandamaran</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Nov 2013 01:10 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Arada ImpressWorks: Pembinaan Gazebo <b>di Pandamaran</b>

Posted: 26 Oct 2013 12:00 AM PDT

Kerja membina Gazebo di Pandamaran. Tuan rumah hanya meminta kami membuat yang 'simple' tidak terlalu berukir.. Inilah hasilnya tetapi belum siap sepenuhnya..

Galeri gambar kerja kayu boleh lawati : Kerja Kayu atau Kemasan Kayu
 
 

ads