Khamis, 3 Mei 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN <b>TELOK</b>

Posted: 29 Apr 2012 07:29 AM PDT


Inilah yang dinamakan bersih!

Posted: 28 Apr 2012 09:43 PM PDT

KP merakamkan ucapan tahniah kepada pihak keselamatan yang telah mengawal insiden paling buruk semalam,memalukan negara!
Ramai juga anggota Polis yang tercedera semalam,
Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S.
Ambiga menyifatkan perhimpunan Bersih 3.0 berjaya
walaupun ia berakhir dengan pertembungan antara ribuan
penyokongnya dan pasukan polis.
"Hari ini ialah hari yang bersejarah buat kita semua.
Walaupun kita tak sampai Dataran Merdeka, kita sudah
berjaya hari ini
SELEPAS UCAPAN TERSEBUT, PESERTA PERHIMPUNAN TELAH BERTINDAK AGRESIF DENGAN MEMBALING PELBAGAI OBJEK KE ARAH POLIS DAN MEREMPUH PENGHADANG SERTA BERGERAK MENGHALA KE DATARAN MERDEKA. PIHAK POLIS TELAH MENGAMBIL TINDAKAN DENGAN MELEPASKAN TEMBAKAN AIR DAN KEMUDIANNYA DIIKUTI DENGAN GAS PEMEDIH MATA BAGI MENGHALANG KEMARAAN KUMPULAN TERSEBUT. KUMPULAN BERKENAAN TELAH BERTINDAK GANAS SEHINGGA MENYEBABKAN (11) ORANG ANGGOTA POLIS TERCEDERA, (9) ORANG ANGGOTA DIRAWAT DI HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL) DAN (2) ORANG ANGGOTA DIRAWAT DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PPUKM).
MANGSA KEJADIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1. KPL 165534 MOHD FAIRUZ BIN ZULKIFLI, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KECEDERAAN LUKA DAN CALAR DI BADAN AKIBAT DITENDANG DAN DIPIJAK OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. BELIAU DIRAWAT DI HKL. 
2. KPL 141269 ABU BAKAR BIN ABDUL RAHMAN, ANGGOTA IPD PUTRAJAYA, MENGALAMI KECEDERAAN PECAH DIBIBIR, BENGKAK BAWAH MATA KIRI DAN KESAKITAN DI BADAN AKIBAT DITUMBUK DAN DIBALING OBJEK SEHINGGA TERJATUH DARIPADA MOTOSIKAL. BELIAU DIRAWAT DI PPUKM.
3. KONST 171506 AZIZI BIN MOHD NOH, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK BUKIT AMAN, MENGALAMI KECEDERAAN DI PIPI AKIBAT DIBALING OBJEK KERAS DAN MENDAPAT RAWATAN DI HKL.
4. L/KPL 152574 MOHD NASIR BIN ABU MANSUR, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KESAKITAN BADAN DAN TIDAK BOLEH DUDUK AKIBAT TERJATUH MOTOSIKAL DAN DIPUKUL DI PERUT. BELIAU DIRAWAT DI HKL.
5. L/KPL 157576 DATU MOHD JOHAR DATU SHARIMAN, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KECEDERAAN DI MATA AKIBAT DITUMBUK OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. BELIAU MENERIMA RAWATAN SEBAGAI PESAKIT LUAR DI HKL.
6. KONST 178857 MOHD NOR FIRDAUS BIN HJ ABU BAKAR, ANGGOTA IPD PUTRAJAYA, MENGALAMI KECEDERAAN RETAK TULANG LENGAN KANAN DAN DIRAWAT DI PPUKM.
7. KONST 175128 MOHD KAMIL BIN PARIMIN, ANGGOTA IPK TERENGGANU, MENERIMA 7 JAHITAN DI KEPALA DAN DIRAWAT DI HKL.
8. KONST 179689 ZAMAN BIN ALI, ANGGOTA BALAI POLIS WANGSA MAJU, MENGALAMI KECEDERAAN PATAH HIDUNG DAN DIRAWAT DI HKL.
9. SJN 84797 SHUIB BIN JAMALUDDIN, ANGGOTA IPD KANGAR, SAKIT DARAH TINGGI DAN DIRAWAT DI HKL.
10. L/KPL 124962 TUAN RUZI BIN TUAN SENG, ANGGOTA IPD MACHAP JOHOR, KECEDERAAN PATAH DUA BATANG GIGI, KOYAK DI BAHAGIAN BIBIR (7 JAHITAN DI DALAM BIBIR), DAN LEBAM SELURUH BADAN. BELIAU DIRAWAT DI HKL.
11. L/KPL 157813 AMIRUL BIN NAWRI, ANGGOTA BALAI POLIS PORT DICKSON, MENGALAMI SESAK NAFAS AKIBAT DITUMBUK. BELIAU DIRAWAT DI HKL.
PESERTA PERHIMPUNAN JUGA TELAH MEROSAKKAN KENDERAAN PASUKAN POLIS, IAITU (2) BUAH KERETA PROTON WAJA, SEBUAH PACUAN EMPAT RODA NISSAN XTRAIL DAN SEBUAH MOTOSIKAL. KATEGORI KENDERAAN TERSEBUT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1. (1) PROTON WAJA KL176, MENGALAMI KEROSAKAN CERMIN SEBELAH PEMANDU PECAH DAN ANTENA (AERIAL) BELAKANGNYA DIPATAHKAN.
2. (1) PROTON WAJA WTJ2974, MENGALAMI KEROSAKAN SEMUA CERMIN HADAPAN DAN BELAKANG SERTA TINGKAP PECAH AKIBAT DITERBALIKKAN OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. 
3. (1) NISSAN XTRAIL WQW 160, MENGALAMI KEROSAKAN SEMUA CERMIN TINGKAP DAN CERMIN HADAPAN PECAH. BADAN KENDERAAN KEMEK. 
4. (1) MOTOSIKAL TRAFIK WSB 723, JENIS HONDA CBX 750 TELAH DIBAKAR OLEH PESERTA PERHIMPUNAN.
PERHIMPUNAN YANG DIADAKAN DI DATARAN MERDEKA TELAH BERJAYA DISURAIKAN OLEH PIHAK POLIS DAN PIHAK POLIS MASIH LAGI MEMANTAU KEADAAN DAN KETENTERAMAN AWAM DI KAWASAN TERSEBUT.
( MOHMAD BIN SALLEH ) DCP
(Dikeluarkan pada 28 April 2012 jam 2240hr)

Pemuda UMNO Telok Datok

Posted: 28 Apr 2012 07:26 AM PDT

Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S.
Ambiga menyifatkan perhimpunan Bersih 3.0 BERJAYA

walaupun ia berakhir dengan pertembungan antara ribuan
penyokongnya dan pasukan polis.
"Hari ini ialah hari yang bersejarah buat kita semua.
Walaupun kita tak sampai Dataran Merdeka, kita sudah
berjaya hari ini.
"Desakan kita sudah didengari kerajaan dan seluruh dunia.
Semua kaum datang untuk pilihan raya yang bersih dan adil.
Kita berjuang bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi
untuk anak-anak kita dan masa depan Malaysia," kata beliau.
Perhimpunan hari ini, walaupun tidak mendapat kebenaran
untuk diadakan di Dataran Merdeka, ia diteruskan dan
dicemari insiden merempuh sekatan didirikan oleh polis di
lokasi bersejarah itu.
Beliau berucap dari atas sebuah kereta pacuan empat roda,
di hadapan stesen LRT Masjid Jamek, sebelum berarak
menuju ke persimpangan menuju ke Dataran Merdeka.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata:
"Kami ucapkan terima kasih pada semua yang hadir."
"Kita nakkan pilihan raya yang bersih dan adil bukan kotor.
"Kita berhimpun untuk mendapatkan pilihan raya yang adil
dan ini membuktikan perhimpunan ini berjaya apabila rakyat
turun beramai-ramai secara aman tanpa sebarang
kekacauan," kata beliau.

Pemuda UMNO Telok Datok

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: Minang Hanyut buat operasi IC <b>di Cheras</b>

Posted: 27 Apr 2012 01:21 AM PDT

CHERAS: Task force memberikan status warganegara kepada warga asing semata-mata untuk menjadi pengundi BN pada pilihan raya didapati berlaku di Cheras, dakwa satu sumber.

Ia dibuat melalui kumpulan yang dinamakan 'Lagenda Minang Hanyut'.

Menceritakan kepada Harakahdaily sumber tersebut mendakwa, ianya berlaku sekitar bulan Januari dan Februari lalu di Kampung Cheras Baru.

Ketika itu diwarwarkan bahawa pilihan raya umum akan berlaku pada Mac atau April.

Menurutnya, sindiket di kampung itu diketuai seorang individu bernama 'Pak Ngah' berketurunan Minang yang dipercayai mempunyai 'kabel kuat' dengan seorang menteri kabinet.

"Bukan Kampung Cheras Baru sahaja dia punya pelanggan, tapi seluruh Ampang.

"Siapa warga asing yang kahwin dengan orang kita walaupun baru setahun di sini, mereka boleh dapat IC dengan syarat kena undi BN," katanya yang mengaku sebelum ini adalah jentera Umno.

Sumber itu juga memberitahu, beliau dimaklumkan terdapat sebanyak 1,280 kuota untuk Pak Ngah mendaftar warga asing di sekitar Ampang untuk mereka menukar status sebagai penduduk tetap dan boleh mendapatkan IC.

Mengulas modus operandinya pula, sumber itu berkata, warga asing yang mahu menukar pasport mereka kepada IC biru perlu bertemu dengan 'Pak Ngah' dengan membawa sejumlah wang yang dipercayai sebagai 'kos pemprosesan'.

"Saya tengok sendiri warga asing itu jumpa Pak Ngah, serah pasport dan sejumlah wang dalam satu sampul surat.

"Seminggu kemudian Pak Ngah beri orang itu IC," katanya lagi.

Menurutnya lagi, dia mendedahkan hal itu kepada Harakahdaily kerana bimbang masa depan rakyat negara ini yang akhirnya terjajah di bumi sendiri.

"Bagus la BN menang, tapi negara tergadai buat apa.

"Sebab itu saya harap himpunan Bersih 3.0 ini boleh hentikan semua perbuatan mengkhianat negara ini," katanya.

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


THE FLYING KICK: PATUT SAMPAH BERLAMBAK <b>DI AMPANG</b> <b>...</b>

Posted: 02 May 2012 11:35 PM PDT



Semalam, banjir kilat melanda sebahagian daerah Ampang. Dan sebenarnya bukan setakat Ampang sahaja yang banjir kilat, sebahagian besar Lembah Kelang juga menghadapi masalah yang sama.
Namun, pendedahan yang dibuat oleh Sahabat Blogger, KUKUKAKI membuatkan penulis tersenyum kambing, apatah lagi mengingatkan pegawai yang sama jugalah yang menafikan tarian tiang di Pandan Perdana kerana katanya, tidak ada aduan dan laporan dari penduduk setempat walaupun daripada apa yang diketahui, laporan dan aduan telah berpuluh-puluh kali dibuat.

Mungkin bagi kebanyakan orang di Selangor, masih tidak mengetahui bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah MEMANSUHKAN PERJANJIAN dengan Alam Flora Sdn. Bhd. dalam hal pengurusan sampah dan sisa pepejal. Mungkin pegawai berkenaan cuba untuk memberi gambaran kononnya Alam Flora Sdn. Bhd. tidak buat kerja sehingga menyebabkan sampah tidak diangkat dan longkang tidak dibersihkan.

Kalau dah nama Pakatan Rakyat, sememangnya puak-puak ini penuh dengan taik dan najis dalam kepala otak mereka.

Bayangkan bagaimana tanpa malu dan tanpa segan, puak-puak Pakatan danrakan subahat mereka boleh menipu secara terang-teangan. Tugas mengangkut sampah dan membuat pembersihan longkang di seluruh Selangor bukan lagi tanggungjawab Alam Flora Sdn. Bhd. Sebaliknya yang bertanggungjawab menjaga sampah dan longkang adalah KRONI-KRONI KHALID IBRAHIM, ZURAIDAH KAMARUDDIN dan AZMIN ALI.

Kalau dalam hal BERSIH 3.0 yang dipersalahkan adalah POLIS. Dalam hal gamba erotik dan lucah Azmin Ali, yang dipersalahkan adalah UMNO dan terkini, dalam hal sampah dan longkang, tidak pula dipersalahkan kontraktor kroni sebaliknya Alam Flora Sdn. Bhd yang tiada kena -mengena dengan sampah danmpembersihan di Selangor lagi.

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Saingan sengit antara MIC dan Pakatan <b> - Malaysian Times

Posted: 20 Apr 2012 04:03 AM PDT

Oleh :A. Sham

KAPAR April 20 — Pakatan Rakyat (PR) dikatakan semakin tertekan dan lebih berhati – hati dalam meletakkan calonya di negeri Selangor dalam usaha untuk mempertahankan negeri tersebut. Fenomena tersebut dikatakan wujud di hampir kesemua 22 Parlimen di negeri itu termasuk di Parlimen Kapar yang mempunyai jumlah pengundi paling di Malaysia iaitu melebihi 125, 000 pengundi.

Pada pilihanraya umum 2008, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) , S. Manickavasagam menewaskan calon MIC Datin Paduka Komala Devi yang juga Ketua Wanita MIC dengan majoriti 12, 297. MIC menerima tamparan hebat pada PRU 2008 disebabkan pelbagai isu di Selangor termasuk kebangkitan suara Makkal Sakthi yang mengegarkan arena politik negara.

Justeru , tidak dinafikan penampilan buat julung kali Manickavasagam di Parlimen Kapar pada PRU 2008 sebagai calon "bukan pilihan" berjaya menyingkirkan Komala disebabkan pelbagai faktor dalaman politik negara. Malah wujud juga faktor yang tidak menyebelahi Komala termasuk prestasinya tidak begitu memuaskan walaupun dua penggal memimpin Parlimen tersebut bermula dari 1999 hingga 2008. Pada PRU 1999 Komala menewakan calon Pas Dr. Dzulkfly Ahmad dengan majoriti 2, 860 undi.

SAINGAN SENGIT

Pemerhati politik berpandangan Pakatan dijangka akan melalui saingan sengit pada PRU ke 13 dan besar kemungkinan pertandingan tiga penjuru. The Malaysian Times juga difahamkan suasana politik di Kapar tidak lagi seperti tahun 2008 . Ahli Parlimen Kapar S.Manickavagam pula dikatakan tidak sehaluan dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga wujud pelbagai usaha untuk menyingkirkanya dari Kapar ke kawasan lain.

Walaupun prestasi Manickavasagam dilihat cukup baik tetapi penduduk Kapar merasakan nasib mereka lebih terjamin sekiranya kawasan tersebut dipimpin oleh seorang pemimpin yang mendapat perhatian daripada kerajaan pusat disebabkan kepadatan penduduk semakin tinggi.Apa yang pasti, dari skop Parlimen, penduduk merasakan kuasa Manickvasagam terlalu terbatas disebabkan banyak faktor politik dalaman di PKR dan kerajaan negeri Selangor. Selain isu seharian, penduduk Kapar juga merasakan nasib mereka perlu terbela dan mendapat perhatian melalui perancangan jangka panjang.

MANICKAVASAGAM DI CALONKAN SEMULA?

Namun sekiranya Manickavasagam di kekalkan di Kapar, calon MIC bakal berdepan dengan laluan yang cukup sengit disebabkan undi masyarakat India akan berpecah. Antara calon PKR yang disebut yang bakal bertanding di Kapar ialah Dr. Nedunchellian yang telah kembali menyertai PKR baru – baru ini selepas meninggalkan parti tersebut dan menyertai MCLM(Malaysian Civil Liberties) – sebuah barisan rakyat yang dianggotai calon bebas untuk PRU ke 13.

Dr. Nedunchellian yang juga seorang Doktor gigi dilihat seorang pemimpin yang berpengaruh di Kapar dimana hampir 20 tahun berkecimpung dalam aktiviti masyarakat khususnya dikalangan masyarakat India. Walaupun Manickavasagam dan Nedunchellian dikatakan tidak sehaluan sebelum ini, namun kesediaan Manickacasagam untuk menerima dan menyokong permohonanya untuk kembali ke PKR dilihat satu "klimaks" politik yang cukup menarik di Kapar baru – baru ini.

Selain itu, Exco kerajaan negeri Selangor Dr. Xavier Jayakumar juga dikatakan antara calon popular yang bakal dicalonkan di Kapar. The Malaysian Times juga mendengar spekulasi Manickavasagam berkemungkinan besar berpindah dari Parlimen ke Dewan Undangan Negeri, sama ada Batu Caves ataupun Sri Andalas. Kedua – dua DUN tersebut merupakan kerusi MIC.

SIAPA CALON MIC ?

Sementara itu, MIC pula semakin yakin dapat merampas semula kerusi tersebut berdasarkan perkembangan positif yang diterima daripada masyarakat setempat dalam tempoh setahun ini. Faktor Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel turut memainkan peranan yang penting dikalangan pengundi Kapar sejak Najib menghadiri sambutan Ponggal di Kapar baru – baru ini yang dianjurkan oleh MIC pusat dengan kerjasama MIC Bahagian Kapar ,komponen BN dan badan – badan bukan kerajaan dari seluruh Kapar. Hampir 15 ribu orang meghadiri majlis tersebut.

Presiden MIC G.Palanivel telah melantik dua Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) parti sebagai Koordinator dari MIC untuk memperkuatkan lagi jentera parti dan BN iaitu Ketua MIC Puchong A. Sakthivel dan Madhu Marimutthu. Manakala Ketua MIC Bahagian Kapar T. Ganesan merupakan Penyelaras BN untuk Parlimen Kapar.

Mereka bertiga dikatakan mempunyai peluang yang baik untuk dicalonkan di Kapar, namun diatas kertas peluang A.Saktivel dikatakan amat cerah berdasarkan "kredibilitinya " amat baik.

Apa yang pasti MIC dikatakan mampu merampas semula Parlimen tersebut sekiranya semua pihak dapat menerima sebarang calon yang bakal dicalonkan mahupun calon luar ataupun anak tempatan demi masa depan parti. Peluang memang terbuka untuk MIC kali ini.

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Harga Padi Turun Mengejut, Noh Omar Anak Tirikan Pesawah

Posted: 25 Apr 2012 02:54 AM PDT

TANJONG KARANG, 25 APR :  Seramai 20 pesawah mewakili hampir 3,000 pesawah di kawasan Sawah Sempadan, Tanjong Karang menuntut tindakan segera Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkaitan penurunan harga padi secara mengejut semalam.

Ketua Blok Q, Sawah Sempadan, Mohd Ali Abdul Kasim berkata harga yang ditetapkan bagi penjualan padi adalah RM1,250 bagi satu tan metrik.

Namun, harga itu turun kepada RM1,200 dan ini menyebabkan sebilangan besar pesawah enggan menuai padi dan mereka melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap tindakan itu.

"Pesawah-pesawah merasa ditipu dan marah dengan tindakan kementerian tidak mengambail sebarang tindakan kepada pihak yang menurunkan harga padi tanpa memberi notis awal dan sebab-sebab yang boleh diterima," katanya ketika ditemui di Blok S, Sawah Sempadan hari ini.

Menurutnya, pesawah-pesawah tidak mempunyai pilihan selain menjualnya juga kerana padi akan kering jika melebihi tempoh pemotongannya.

Selain itu, syarikat-syarikat yang menguruskan pembelian padi memberi alasan padi yang dijual banyak 'hampa'dan semua kawasan lain turut mengalami penurunan harga padi mendadak.

Ketua Kampung Blok EQSW, Sawah Sempadan, Sanusi Jawus berkata, pesawah-pesawah di sini merasa dianak-tirikan oleh kementerian terbabit kerana sejurus selesai pemotongan padi di Sawah Sempadan, harga padi mungkin akan naik semula di kawasan Sungai Burong dan Sekinchan.

" Kawasan padi di Selangor terbahagi kepada 4 zon dan Sawah Sempadan merupakan Zon 1 dan kami memotong padi lebih awal dari kawasan-kawasan lain dan harganya tidak tentu sama," tambahnya.

Dalam pada itu, Sanusi menjelaskan, kos menanam padi semakin meningkat dan subsidi yang diberikan tidak mencukupi kerana padi yang ditanam tetap berhadapan kemungkinan dijangkiti penyakit.

"Hasil padi ini bermusim dan seharusnya pihak yang terbabit tidak menangguk di air yang keruh kerana mengusahakan padi bukan mudah," jelasnya lagi.

Sementara itu, pesawah yang ditemui, Jailani Mansor, 66, walaupun terdapat perbezaan fahaman politik, kementerian tidak boleh bersikap sambil lewa dalam menangani isu ini.

"Sawah padi merupakan periuk nasi kami sejak puluhan tahun, jadi kami minta pihak berkenaan mengambil jalan segera menyelesaikan masalah ini," ujarnya.

Serentak itu, pesawah-pesawah di kawasan ini menuntut supaya Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani bertanggungjawab membela nasib para petani dengan menetapkan keseragaman harga padi di semua kawasan di Selangor.

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Kemalangan Bas Persiaran <b>di Hulu Selangor</b> – 3 Mati (5 Gambar <b>...</b>

Posted: 01 May 2012 07:48 PM PDT

Seorang pemandu bas dan 2 orang penumpang maut apabila bas terbalik selepas melanggar penghadang jalan di lebuhraya PLUS berdekatan Hulu Selangor.semalam.

Kemalangan Bas Persiaran di Rawang, Bukit Beruntung, Hulu Selangor – 3 Mati (5 Gambar) | Hasrat 48 penduduk Kampung Sungai Lah, Chenderiang, Perak untuk bercuti ke Melaka sempena cuti Hari Pekerja semalam tidak kesampaian apabila tiga daripada mereka maut selepas bas persiaran dinaiki terbabit dalam kemalangan jalanraya di Kilometer (km) 434, Lebuh Raya Utara Selatan arah ke selatan, awal pagi semalam.

Mangsa yang maut dalam kejadian kemalangan jalanraya jam 1.50 pagi itu ialah dua penumpang, K Virmala, 55 dan Setapa a/k Mat, 46 serta pemandu bas, S Velmuruvu, 45 akibat tersepit di bawah bas. Seramai 24 lagi penumpang cedera termasuk tiga parah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata kemalangan berlaku selepas bas terbabit merempuh tembok penghadang di plaza tol baru Sungai Buaya-Rawang berhampiran Bukit Beruntung sebelum terbalik.

Katanya, pemandu bas dipercayai tidak perasan kewujudan tembok penghadang itu yang dalam pembinaan berikutan keadaan jalan yang gelap.

"Akibat rempuhan, bas itu terbalik dan cermin depannya pecah menyebabkan pemandu serta dua penumpang tercampak keluar dan kemudian tersepit di bawah bas. Ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan mengenai punca sebenar kemalangan jalanraya dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seramai 24 penumpang yang cedera, termasuk tiga parah dihantar ke Hospital Sungai Buluh untuk rawatan. Ketiga-tiga mangsa yang parah dilaporkan dalam keadaan stabil.

Sementara itu, anak kedua Vimala, K Ravinathan, 37, yang ditemui di bilik mayat Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), berkata ibunya amat teruja apabila dipelawa rakannya menyertai rombongan ke Melaka kerana hanya dikenakan bayaran RM50.

"Ibu saya penoreh getah dan pendapatannya tidak seberapa. Jadi bila dia dapat peluang pergi ke Melaka dengan bayaran hanya RM50, dia sangat teruja," katanya.

Sementara itu, tiga wartawan sambilan daripada satu keluarga yang dalam perjalanan membuat liputan kemalangan itu, cedera selepas terbabit dalam kemalangan berasingan di persimpangan ke Tol Rawang, awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 3 pagi itu, tiga beranak terbabit, Sarinah Salleh, 46 dan dua anaknya, Ina Shamsuri Ibrahim, 26 serta Afiq Shahif Ibrahim, 24 dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4X4), yang datang dari arah bertentangan.

Melayukini.net – Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali. Semua manusia akan mati, tiada yang kekal abadi. Dunia ini hanyalah sebagai jambatan kepada dunia yang kekal abadi di akhirat. Takziah kepada keluarga mangsa2 kemalangan.

P.S. I – 14 Sikap Suami yang Tidak Digemari oleh Isteri
P.S. II – Menakjubkan! Pernah tengok tak gambar langit dunia runtuh? Jom kita saksikan!
P.S. III – Gambar Pokok Rasulullah SAW Berteduh

Sumber: Berita Harian Online | Gambar: Ondscene | Layari Berita Kemalangan Bas Informasi Malaysia Kini

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Kematian Seorang Doktor Pelatih <b>Di</b> Hospital <b>Kajang</b>....Apa Yang <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2012 10:33 PM PDT

Seorang doktor pelatih dijumpai mati di dalam tandas di Hospital Kajang kerana dipercayai menyuntik sejenis 'bahan' yang belum dikenal pasti, melebihi dos yang dibenarkan.

Lee Chang Tat, 29, ditemui di dalam tandas lelaki di Wad Pediatrik hospital itu kira-kira pukul 7 pagi oleh seorang pekerja hospital yang sedang mencarinya.

Turut ditemui disisi mayat adalah jarum suntikan yang telah digunakan.

Apa yang 'mengharukan', mendiang dipercayai menyuntik bahan tersebut ditubuhnya bagi melawan kepenatan yang keterlaluan disebabkan tugasnya di situ.

Menurut The Star, Chang Tat yang telah bertugas di hospital berkenaan sejak tiga tahun lalu, telah bertugas 'on call' sejak lima hari berturut-turut.

Dalam pada itu, Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Azman Abu Bakar berkata, usaha menyelamatkan Chang Tat telah dilakukan namun ia tidak berjaya.

" Mendiang dikejarkan ke bilik kecemasan namun semuanya sudah terlewat," katanya.

Menurutnya, Chang Tat tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan sebelum ini.

Seorang pengawal keselamatan hospital memberitahu, dia mendengar bunyi telefon bimbit mendiang dari luar tandas.

" Kami terpaksa memecahkan pintu tandas sebelum menemuinya bersama dengan jarum suntikan itu," katanya.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, Chang Tat yang mendapat latihan perubatan dari Uruguay ada mengadu kepada keluarganya mengenai waktu kerjanya yang panjang.

" Keluarganya memberitahu Chang Tat merancang untuk bercuti di Kemboja bersama rakan-rakannya tidak lama lagi," katanya.

Beliau mengesahkan bedah siasat ke atas mendiang menunjukkan yang beliau meninggal dunia kerana pengambilan dos yang berlebihan.

Baik, penulis ingin bertanya kepada anda, bagaimana anda melihat kematian doktor muda itu?

Benar, jika betul, tidak wajar beliau mengambil suntikan itu kerana rasanya beliau tentu maklum mengenai risiko yang dihadapi tetapi bagaimana pula dengan pengorbanannya untuk menyembuhkan pesakit di hospital itu sehingga terpaksa 'mengorbankan' dirinya sendiri?

Banyak yang kita boleh ambil iktibar dan renungan dari kisah sedih ini….takziah buat keluarga Dr. Lee Chang Tat. - Oleh SYAHRIL A. KADIR

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


2 Wanita Disimbah Asid <b>Di Rawang</b>

Posted: 27 Mar 2012 06:13 PM PDT

KUALA LUMPUR — Seorang wanita dan seorang gadis menjadi mangsa simbahan asid oleh dua lelaki ketika menunggu bas di Batu 16, Rawang, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, S.Rani, 46, dan Nuraqilah Osman, 16, telah disimbah asid oleh seorang daripada suspek yang berjalan kaki.

Beliau berkata, suspek telah meragut rantai leher Rani sebelum melarikan diri ke kawasan berhampiran.

"Semasa melarikan diri, seorang daripada suspek itu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah wanita itu yang turut mengenai mangsa kedua menyebabkan belakang badannya melecur," katanya dalam satu sistem pesanan ringkas malam ini.

Abdul Rahim berkata, Nuraqilah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Selayang manakala Rani, yang cedera di muka, leher, tangan serta dada, masih dirawat di hospital sama.

"Mangsa tidak dapat mengecam identiti kedua-dua suspek kerana semasa kejadian, keadaan gelap dan perlakuan suspek terlalu pantas," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. — BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Nayati Shamelin ditemui selamat <b>di Rawang</b> | :: cina islam | 2012 ::

Posted: 03 May 2012 01:56 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nayati Shamelin Moodliar, yang diculik minggu lalu, ditemui selamat pagi ini.
Nayati Shamelin ditemui di Rawang jam 7.30 pagi tadi.
Dalam kenyataan dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook kira-kira jam 10 pagi tadi, keluarga Nayati berkata:
"Kami gembira untuk memberitahu bahawa Nayati sudah pulang ke rumah dan meskipun ia detik yang sangat traumatik bagi dirinya, dia kelihatan berada dalam keadaan baik."
Keluarganya juga berkata akan mengadakan satu sidang media khas esok.

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Pasar Raya Mydin <b>Di Subang Jaya</b> Ditutup Selepas Terbakar <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2012 07:55 PM PDT

SUBANG JAYA: Perniagaan di pasar raya Mydin Hypermarket di sini terpaksa dihentikan selepas papan tandanya tiba-tiba terbakar pada petang Selasa.

Ketua Balai Bomba Subang Jaya, Mohd Khairi Daud berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.12 malam.

"Kami tiba ditempat kejadian 10 minit kemudian, papan tanda tersebut telah hangus terbakar dan api telah marak hingga ke arah bumbung bangunan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Mohd Khairi berkata, dua kereta bomba serta 10 ahli bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memadamkan api dan mengawal kebakaran sepenuhnya pada pukul 8.20 malam.

"Kami telah menasihatkan pihak pengurusan supaya menutup bangunan ini sehingga kami dapat menentukan struktur bangunan berada dalam keadaan yang baik," katanya sambil menambah bahawa satu unit forensik telah dirahkan untuk menyiasat punca kebakaran.

Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin berkata semua kakitangan dan pelanggan telah diarahkan untuk segera meninggalkan bangunan tersebut ketika kebarakan itu berlaku.

"Hujan yang turun bukan sahaja membantu memadamkan api malah ia membantu daripada mengelakkan orang awam daripada terkorban kerana papan tanda tersebut betul-betul berada di atas sebuah restoran.

"Kebiasaannya, pada waktu malam, orang ramai akan duduk di luar dan mungkin ada yang akan mengalami kecederaan sekiranya papan tanda itu jatuh," katanya.

Beliau turut mengesahkan pasar raya tersebut akan ditutup sementara waktu sehingga jabatan bomba selesai menjalankan siasatan.

-mStar Online

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


PEWARIS ANAK BANGSA: MP <b>KELANA JAYA</b> SOAL <b>DI</b> PARLIMEN <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2012 03:18 AM PDT

Fulamakkkkk!!!! Perrrrggghhhhh! Dahsyatlah punya soalan. Ni buat Anwar terjongkang ke lantai dengar soalan MP Kelana Jaya !
Apa punya bodoh punya soalan. Ni bukan balun Kementerian belia dan sukan dah! Tapi direct award bantai Anwar ibrahim yang tua 6o-an up tapi nafsu kalah orang muda.
SOALAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA
Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memupuk belia yang kental dan berupaya melawan desakan seks daripada seorang berusia lebih 60 tahun yang didakwanya meliwat.
Soalan ni dah sah -sah memperakui selama ini, tindakan anwar ibrahim dalam aktiviti seks nya adalah benar! Betullah tu, semua dia sapu tak kira jantan betinanya! Dari china doll hingga saiful sekali. "SUKA SAMA SUKA"!!!!!

JAWAPAN
Dato Seri Ahmad Shabery Chik [MENTERI BELIA DAN SUKAN] Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, melalui 12 Kementerian yang terlibat secara langsung dengan pembangunan belia, pelbagai program telah dan sedang di jalankan bagi memastikan generasi belia menjadi warganegara yang cemerlang, kental dari segi fizikal dan mental serta bertanggungjawab kepada masyarakatnya. Namun begitu, tidak mungkin mana-mana kerajaan mampu mengadakan program terhadap perlakuan setiap individu di negaranya. Ini termasuk mengawal setiap individu tanpa mengira usia, yang mungkin ada keupayaan dan kelainan tertentu yang boleh menguasai dan mengawal orang lain bagi memenuhi semua jenis kehendak individu berkenaan. Saya percaya, YB Kelana Jaya boleh mencari banyak contoh di dunia di mana ada individu yang walaupun berusia tetapi mempunyai keupayaan untuk menundukkan orang lain yang lebih muda darinya. 

Toksahlah cari keliling dunia. Kat Malaysiapun dah ada contoh paling dekat. Tak percaya? Duduk satu kumpulan lagi di meja Parlimen. Dari pening-pening buat search google. Tak per biar pu3 bagi clue. "SUKA SAMA SUKA"
Nak tergelak pu3 baca soalan MP Kelana Jaya ni. Banyak-banyak soalan yang boleh mengangkat kualiti diri, boleh dikeluarkan soalan low class. Kalau ini macamlah .. Baik belajar baliklah MP kelana Jaya. Memalukan kepimpinan pakatan pembangkang je! Soalan bantai bos sendiri!
Pssssstttt.. Kot-kot MP Kelana Jaya so jelousy ngan Anwar.. Yeleh. Dah tua masih bertenaga. Mengalahkan diri masih muda lagi! Hahahahahahha... 
Cayalah DS. Menteri Belia Sukan. Sekali bagi jawapan, bukan je MP kelana Jaya. Aura tamparan terus kena pada King of Drama!!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ads