Khamis, 3 Mei 2012

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


2 Wanita Disimbah Asid <b>Di Rawang</b>

Posted: 27 Mar 2012 06:13 PM PDT

KUALA LUMPUR — Seorang wanita dan seorang gadis menjadi mangsa simbahan asid oleh dua lelaki ketika menunggu bas di Batu 16, Rawang, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, S.Rani, 46, dan Nuraqilah Osman, 16, telah disimbah asid oleh seorang daripada suspek yang berjalan kaki.

Beliau berkata, suspek telah meragut rantai leher Rani sebelum melarikan diri ke kawasan berhampiran.

"Semasa melarikan diri, seorang daripada suspek itu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah wanita itu yang turut mengenai mangsa kedua menyebabkan belakang badannya melecur," katanya dalam satu sistem pesanan ringkas malam ini.

Abdul Rahim berkata, Nuraqilah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Selayang manakala Rani, yang cedera di muka, leher, tangan serta dada, masih dirawat di hospital sama.

"Mangsa tidak dapat mengecam identiti kedua-dua suspek kerana semasa kejadian, keadaan gelap dan perlakuan suspek terlalu pantas," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. — BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Nayati Shamelin ditemui selamat <b>di Rawang</b> | :: cina islam | 2012 ::

Posted: 03 May 2012 01:56 AM PDT

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nayati Shamelin Moodliar, yang diculik minggu lalu, ditemui selamat pagi ini.
Nayati Shamelin ditemui di Rawang jam 7.30 pagi tadi.
Dalam kenyataan dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook kira-kira jam 10 pagi tadi, keluarga Nayati berkata:
"Kami gembira untuk memberitahu bahawa Nayati sudah pulang ke rumah dan meskipun ia detik yang sangat traumatik bagi dirinya, dia kelihatan berada dalam keadaan baik."
Keluarganya juga berkata akan mengadakan satu sidang media khas esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads