Jumaat, 24 Jun 2011

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Air Tasnim - Pengedar <b>di Cheras</b> - S U R A U K I N I

Posted: 19 Jun 2011 11:21 PM PDT

SK mengucapkan terimakasih kepada Ustazah Zahrah dari Cheras kerana sudi menjadi wakil penjual Air Tasnim di Cheras. Semoga usaha ini dapat membantu SK memperkenalkan lagi produk keluaran muslim ini. 

Untuk makluman air Tasnim adalah air yang dibekalkan secara percuma kepada semua pelajar Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A. Membeli air ini tidak secara langsung, adalah sebagai tanda sokongan anda kepada Blog Suraukini dan Pusat Tahfiz yang diusahakan. Air yang berzat dan mempunyai rasa tersendiri adalah air galian yang di ambil dari Kg. Sungai Gau Temerloh Pahang.

Ada pelbagai kisah menarik tentang penemuan air Tasnim ini. Kalau berkesempatan berjumpa dengan Tuan Guru  Haji  Mohamad Baqi rajin - rajin lah buka mulut dan bertanya kisah air ini.

Penemu air Tasnim... Tuan Guru Haji Mohamad Baqi -

Untuk anda yang berada di kawasan Cheras bolehlah menghubungi Ustazah Zahrah 016-2793391.

Terima Kasih kerana menyokong. yang berminat untuk mendapatkan bekalan air ini hubungi SK.

 Lanjut tentang Tasnim klik sini  info

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi <b>...</b>

Posted: 17 Jun 2011 05:51 PM PDT



IA agak jarang ditemui menyusuri jalan raya. Namun, jika ada yang terserempak dengannya, rupa bentuknya yang ranggi pasti menarik perhatian. Walaupun nampak garang, harus tahu bahawa itu bukan sifat sebenar motosikal Momos MadAss 125.

Jentera yang diedar oleh Mofaz Motosikal Sdn. Bhd. (Momos) sebenarnya bukanlah baru dalam pasaran. Kehadirannya sudah melepasi tempoh setahun.

MadAss 125 merupakan jentera underbone rekaan sebuah syarikat Jerman iaitu SFM GmbH. Syarikat tersebut merupakan antara pengeluar motosikal tertua dunia yang berkecimpung dalam aspek penghasilan basikal elektrik dan moped.

Bagi model MadAss 125, ia memiliki rekaan Jerman tetapi dihasilkan oleh pihak 5R Motors (Guangzhou) Co. Ltd. di China. Untuk pasaran Malaysia, jentera ini dibawa masuk dari China dan pemasangan dibuat di Bukit Lanjan, Selangor oleh Momos.

MadAss 125 dilengkapi enjin bersesaran 119.7cc. Ia merupakan enjin gred dua binaan syarikat pengeluar enjin Lifan Industry (Group) Co. Ltd. di China. Motosikal empat lejang itu dilengkapi kotak gear empat kelajuan dan menggunakan sistem karburetor.

Enjin tersebut dikatakan mampu menghasilkan kuasa 11 kuasa kuda (hp). Ada dua cara untuk menghidupkan enjin iaitu melalui penendang kaki atau butang penghidup.

Sekali pandang model MadAss 125, ia kelihatan seolah-olah kompleks. Sedangkan hakikatnya motosikal itu sebenarnya cukup ringkas.

Tiada double stand, ruang simpanan barang, penghadang udara mahupun bakul. Sebaik sahaja menaiki motosikal underbone ini, kaki terpaksa dijengket sedikit untuk mengimbangi jentera meskipun ketinggian saya melebihi 170 sentimeter (sm).

Hari pertama menunggang MadAss 125, lengan mula terasa lenguh. Posisi tempat duduknya yang sedikit tinggi, ditambah dengan kedudukan hendalnya yang rendah membuatkan tubuh penunggang seolah-olah terpaksa menganjak ke hadapan.

Tidak konvensional

Menyusuri kesesakan jalan raya tidak menjadi masalah besar. Tidak jauh bezanya dengan motosikal lain. Tetapi cabaran mengendalikan MadAss 125 akan muncul ketika mahu mencelah di sebalik kenderaan yang berbaris rapat.

Hendalnya yang agak panjang itu menyukarkan pergerakan, terutama ketika terpaksa mengelak daripada melanggar cermin sisi kenderaan. Namun, jika anda mempunyai skil tunggangan yang bagus dan biasa menunggang motosikal, masalah itu tidak perlu dibimbangkan.


METER digital diketengahkan tetapi tiada petunjuk minyak.


Bersifat tidak konvensional, kunci motosikal MadAss 125 terletak di sebelah kiri lampu hadapan. Untuk menghidupkannya, klac tangan perlu ditarik sebelum menekan butang penghidup. Enjinnya juga mudah untuk dihidupkan.

Memandangkan enjinnya cuma bersesaran 125cc, maka deruman bunyi ekzos dihasilkan tidaklah padat. Mungkin mengambil inspirasi daripada sebuah superbike, corong ekzosnya diletakkan di bahagian bawah tempat duduk.

Saya membawa jentera ini ke laluan sepanjang Bukit Ampang menghala ke Batu 14 di Cheras, Kuala Lumpur. Pendek kata, pengendalian MadAss 125 yang seberat 100 kilogram itu cukup mudah dan lancar.

Padanan suspensi teleskopik untuk tayar hadapan dan penyerap hentak tunggal boleh laras pada roda belakang menawarkan tahap keselesaan tunggangan yang masih boleh diterima.

Penggunaan tayar belakang bersaiz 120/70 dengan sport rim 16 inci meningkatkan lagi kestabilannya sewaktu mengambil selekoh. Kelajuan maksimum MadAss 125 sewaktu diuji mencapai 108 kilometer/sejam (km/j). Hipotesis mudah yang boleh dibuat ialah, jentera itu sebenarnya dibina untuk tunggangan secara santai, bukan merempit tidak tentu pasal.

Sewaktu menunggang MadAss 125 pada kelajuan kira-kira 80km/j dan pendikit minyak dilepaskan sedikit, kedengaran beberapa letupan kecil yang datangnya daripada ekzos. Muncung ekzos juga hitam kerana wujudnya lebihan karbon. Jadi, penalaan minyak dan udara perlu dilakukan semula.

MadAss 125 didatangkan dengan dua set brek cakera. Bahagian depan bersaiz 260 milimeter(mm) dengan angkup dua omboh. Roda belakang pula bersaiz 215 mm dengan angkup satu omboh. Sewaktu menunggang pada hari kedua, saya dapati brek belakang sudah berbunyi, Rupa-rupanya pad brek sudah bergesel dengan cakeranya. Mujur ia tidak melekat terus ketika memecut.

Satu kekurangan paling nyata pada model ini ialah ketiadaan paparan status minyak pada meter digital. Difahamkan bahawa motosikal dengan kapasiti 5.1 liter petrol itu perlu diisi semula apabila jarak perjalanan menghampiri 130 kilometer (km).

Jika sudah kehabisan minyak, anda masih boleh bergerak kira-kira tiga km lagi kerana motosikal itu memiliki simpanan minyak. Anda hanya perlu memulas penutup minyak berdekatan karburator.

Menunggang pada waktu malam, motosikal itu harus diberi pujian. Lampu hadapannya cukup cerah kerana menggunakan lampu kembar berkuasa 55watt. Lampu belakang LED dan lampu isyarat membeloknya, meskipun kecil paparannya cukup jelas.

Secara umumnya, cuma beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan, terutama aspek promosinya. Ini kerana masih ramai yang kurang mengenali MadAss 125.

MadAss 125 ditawarkan pada harga bersih RM5,453 seunit. Untuk maklumat lanjut, hubungi MVAugusta Flagship Store/Momos Taman Tun Dr. Ismail, Petaling Jaya di talian 03-77258057.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


JALAN JALAN CARI MAKAN <b>DI TANJUNG KARANG</b> - Izanmann

Posted: 13 Jun 2011 05:42 AM PDT

ahad 12 jun.......aku bersama suami dan kawan ku ..ke tanjung karang.. semata mata nak makan NASI AMBENG>.......korang tau ke apa itu NASI AMBENG>.. kalau korang tak tau korang minta tolong lah sama itu cik google..........


alamatnya ::: NASI AMBENG WARUNG IBU
batu 6, kg sungai gulang gulang, tanjung karang...


dari shah alam kami bertolak ke tanjung karang tepat jam 10am ...melalui guthrie hway dan jalan kuala selangor.. dan selamat tiba di WARUNG IBU, nasi AMBENG, kg Sungai GUlang Gulang tepat jam 11.30am.........time tu dah ada orang yang sedang dok makan.............kami terus shooting dulu sebelum makan.......


pastu terus ambik order...........NASI AMBENG 4 pinggan, SOTO 2 mangkuk dll............wow banyaknya menu kami........makan sampai kenyang...alhamdulillah..............bila dah kuar nak balik...mr ray... terjumpa secara kebetulan dengan bekas gurunya yang tak pernah jumpa 20 tahun lepas...........cikgu masih ingat nama penuh anak muridnya..........glamour juga mr ray............sembang sembang dan berposing juga........


pastu kami sempat naik menjengah HOMESTAY WARUNG IBU.........sebuah rumah untuk satu malam RM200 sahaja.. ada 3 bilik...rumah kayu.. luar...ruang tamu pun luas..........beranda cun...........

sempat berposing kat atas homestay warung ibu



                                                 sempat berposing kat atas homestay warung ibu

INI LAH warung IBU



pilih2 macam macam menu ada.........NASI AMBENG..makanan orang jawa.....



sahabat baik ku selamanya...tahun 2000 kita berkenalan...... dah lama ek...kita bersahabat


inilah NASI AMBENG....ada ayam goreng, serondeng kelapa, sambal goreng........PANDAI KE KORANG MAKAN

THANKS.. mr ray..........apa tu yang diletakkan dalam pinggan ku



                                           SURAU, TANDAS semuanya ada
                  
                                                            





Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


Gambar Kemalangan Maut <b>Di Batang Kali</b>, Hulu Selangor | 2 Maut 4 <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2011 02:39 AM PDT

Gambar jenazah mangsa kemalangan KM 46 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Batang Kali, Hulu Selangor.

Mangsa kemalangan 18 Jun 2011, 12.40 Tengah Malam.

1. NURFARAHANIM ISMAIL-18 TAHUN-DI TEMPAT KEJADIAN

2. MUHAMAD DANIAL ISMAIL-5 TAHUN-DI HOSPITAL KKB

Cedera Parah (HOSPITAL SG BULUH):

1. ISMAIL SANADI@OTHMAN-48 TAHUN-PEMANDU VAN

2. NORIDA ABD RAHMAN -39 TAHUN-(ISTERI)-MENGANDUNG 8 BULAN

Kritikal (HOSPITAL SG BULUH):

1. MOHD HAIKAL ISMAIL-1 TAHUN

2. SOPIAH ISMAIL-7 TAHUN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Prima Riders Cycling Club (PRCC): Kayuhan Pecah Mental Part I - 12 <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2011 04:59 AM PDT

Kayuhan kali ini di panggil "Kayuhan Pecah Mental", laluan 'long distance' persiapan untuk kayuhan FunRide 2 Genting pada hujung bulan ini. Seramai 8 orang pengayuh telah menyahut cabaran kali ini yang dijangkakan sejauh 70 kilometer. Laluan meliputi Sungai Buaya-Prima Beruntung-Taman Bunga Raya MK Land-Bukit Tagar-Simpang Sungai Tenggi- Unisel-Batang Berjuntai-Selangor Fruit Valley-Sungai Buaya.
Kayuhan berjaya ditamatkan pada pukul 1 tengahari dengan bergaya dan kesemua peserta telah berpuas hati dengan kayuhan pada hari ini. Mungkin kayuhan Part II akan menyusul kemudian....

Distance : 68.1 Kilometers
Moving Time : 3 hours 56 minutes
Stopped Time : 1 hours 5 minutes
Max Speed : 45.9 km/hour
Moving Avg : 17.3 km/hour

Berkumpul di surau Sungai Buaya....

8 pengayuh menyambut cabaran kali ini...2 dari Prima Riders & 6 dari Sungai Buaya Cycling Club

Kayuhan bermula tepat jam 7.50 pagi

Di kawasan Prima Beruntung...

Bukit Prima Beruntung...

Road Prima Beruntung menuju ke Taman Bunga Raya MK Land

Di pintu gerbang...Taman Bunga Raya MK Land


Offroad Estate Sawit SKC...


Laluan berpasir menuju Bukit Tagar...

Highway PLUS.... menuju ke Bukit Tagar

Terowong Bukit Tagar....



Plaza Tol Bukit Tagar...

Memikul basikal menuruni tebing tinggi tol untuk memasuki laluan highway...


Sayup mata memandang... menuju simpang Sungai Tenggi...

Simpang Sungai Tenggi - Batang Berjuntai...

Menuju Bestari Jaya...Batang Berjuntai


Pit Stop.... 'Take 5'

Pit Stop seterusnya ...Simpang Rantau Panjang...tapi bukan kat sempadan Kelantan-Thailand...

Menuju Rawang....

Selangor Fruit Valley....




Laluan Offroad menuju Sungai Buaya.... kawasan melombong pasir giat dijalankan di kawasan ini...


Jarak keseluruhan...68.1 kilometers

Puncak paling tinggi..320ft..



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tanah pertanian 10 ekar <b>di Jenjarom</b> | Land | Selangor Classifieds <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2011 07:50 PM PDT

Malaysia » Selangor » Klang > Jenjarom » Property > Land > Agricultural Land » Tanah pertanian 10 ekar di Jenjarom

PRIVATE AD

Property type: Land For Sale

Price: RM 3,900,000

Land type: Agricultural Land

Size: 10 acres

Local area: Jenjarom

TANAH PERTANIAN 10 EKAR DI JENJAROM UTK DIJUAL

HARGA : RM390, 000 PER EKAR

POKOK KELAPA SAWIT
HARGA JUAL: RM390, 000 (BOLEH RUNDING)
HUBUNGI : 014-2397872 PUAN ZILA

 
Zaleha Atan
Klang, Selangor, Malaysia
Tuesday, 29 March 2011, 10:50
167566
Phone   0142397872
Send a comment to Zaleha Atan   Send Email
 

Sheryna.com.my does not accept any responsibility for the above classified. The advertiser bear all the responsibility. For any problems, please use Report abuse button!

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM): Ceramah SSDE <b>Di Dengkil</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2011 12:03 AM PDT

19 Jun 2011, Dengkil : Satu lagi siri Roadshow Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) telah berlangsung di Kg. Labuhan Dagang, Dengkil, Selangor. Kali ini menampilkan YB Senator Ezam Mohd Nor, Dato' Dr Mohamad Satim Diman dan Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail. Program tersebut bermula pada jam 9.00 malam bertempat di kediaman di Rumah Dato' Hj Sabari Misran.

Memulakan program, YB Senator Ezam menyampaikan ceramah dengan membawa segala latarbelakang Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mana beliau sendiri telah menubuhkannya. Beliau membuka segala kelompangan serta masalah yang melibatkan Ketua Umumnya iaitu Anwar Ibrahim. Pelbagai perkara disentuh berkaitan dengan kredibiliti serta permasalahan peribadi Anwar Ibrahim.

Sebaik sahaja selesai ceramah YB Senator Ezam kemudiannya beredar dari lokasi ceramah memandangkan beliau terpaksa menghadiri satu lagi ceramah yang telah diaturkan untuk beliau di Sg. Kandis, Klang.

Kemudiannya, YB Dato' Dr. Mohamad Satim Diman (Ketua Pembangkang di DUN Selangor) mengambil tempat dengan memulakan ceramahnya dengan tayangan video yang memaparkan kebobrokan Pakatan Rakyat. Beliau juga turut mengulas kelemahan kerajaan pakatan rakyat di Selangor yang nyata gagal membawa pembangunan di Selangor sebagaimana yang diharapkan.

Sebaik sahaja selesai ceramah beliau, kini giliran Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) menyampaikan ceramah bagi mewakili suara anak muda yang tidak sanggup melihat negara tergadai dek perangan 'petualang' di dalam Pakatan Rakyat yang sanggup menggadaikan prinsip bangsa dan agama demi kuasa.

Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan semasa program tersebut berlangsung.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Permohonan tanah TOL <b>di</b> Green Lane ditolak - Utusan Malaysia

Posted: 08 Jun 2011 01:57 PM PDT

Permohonan tanah TOL di Green Lane ditolak

Permohonan tanah TOL di Green Lane ditolak

08/06/2011 10:28am

SHAH ALAM 8 Jun — Kerajaan negeri menolak semua permohonan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) termasuk Yayasan Selangor terhadap tanah kerajaan negeri seluas lapan hektar yang telah diusahakan sebagai tapak semaian yang dikenali sebagai Green Lane di Sungai Buloh.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tanah yang diusahakan sebagai tapak semaian itu adalah tanah rezab keselamatan kerana terdapat dua batang paip bertekanan tinggi yang membekalkan air kepada lebih satu juta penduduk dan tidak ada sebarang aktiviti sepatutnya dibenarkan di atas tanah berkenaan.

"Sebagai Menteri Besar yang bertanggungjawab, saya tidak boleh tutup mata kepada masalah ini," katanya dalam kenyataan selepas satu pertemuan diadakan dengan pihak-pihak yang terlibat di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


BLOG MIK - Info Corner: SSDE Malam Ini <b>Di Kapar</b>....

Posted: 23 Jun 2011 05:36 PM PDT

skip to main | skip to sidebar

Full Version Video Seks Anwar OMEGA Klik SINI

LIVE DARI MAHKAMAH SHAH ALAM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads