Jumaat, 17 Mei 2013

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Mencari rumah sewa <b>di Salak Tinggi</b> – 5055th Edition | Portal <b>...</b>

Posted: 17 May 2013 06:45 PM PDT

© 2013 Portal Rumah Sewa . Com – Portal sewa rumah terbaik di Malaysia | rumah untuk disewa | sewa rumah | cari rumah sewa | mencari rumah sewa | iklan rumah sewa percuma. All Rights Reserved.

Best Theme Ever | Powered by WordPress

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Santai Travel Blogger by SOTA <b>di</b> Flora Cafe, <b>Ampang</b> | ! nama saya <b>...</b>

Posted: 08 May 2013 03:42 AM PDT


aku tak pasti korang macam mana tapi spesis aku, aku susahhhhhh nak cakap tak bolehh. dia macam emmm tak sampai hati kott ntahh. :p tapii, kalau sesuatu yang melibatkan bidang aku sukaa, aku enjoy buat keje tu, macam contoh aku sedang bekerja, dan dalam satu masa yang sama, aku tetap boleh lepak-lepak dengan kawan-kawan dan makan-makan dengan kawan-kawan, memang takkkkkkk la aku nak tolak kannnn. tu untung bila berkawan dengan orang yang minat kaw dengan minat aku sama. wiwiwiwi ;) 
again, mendapat jemputan makan-makan dan peluang bekerjasama dengan pihak SOTA kaw gilee aku nak tolakk memang takkkkk laa kann. :P bukan calang-calang company niii. T__T sebelum ni kan kitorang dapat jemputan sebagai media blogger untuk jubilee dinner Kuala Lumpur Tourism Associates dekat Hotel Istana. SOTA dengan KLTA ni bernaung di bawah satu line yang sama iaitu pelancongan. rentetan dari dinner tu, kali ni SOTA ajak kitorang join satu event di bawah SOTA sendiri dan event ni berlangsung dekat Flora Cafe yang amagadddddddd! super duper ohsemmmmm. T__T macam dalam istana kayangannnn babeee. cantikkk sangattt. sangattt. kaw nampak tak pengulangan ayat sangattt aku. (-__-')



kalau kaw planning nak kawen tema garden wedding, aku syorr sangatttt kaw kawen dalam cafe ni tapi aku tak pasti pernah di buat orang tak kawen dalam ni. mihmihmih. tapi awal dengan scha alyahya pernah buat press conference umum dorang nak kawen dalam cafe ni. seriussss dia punya keindahan decoration akan buat kaw rasa macam wahh princesss sangattt.

ohh berbalik kepada event Santai Travel Blogger bersama SOTA,

semuaaaa tengah kusyuk mendengar taklimat dari boss besar. jangan tanya kitorang yang mana. :p kalau tak sama warna tudung, mesti nak sama warna baju. kalau tak sama warna baju, mesti nak sama warna seluar. kalau tak sama warna seluar, mesti semua nak sama-sama mintak pelempang. :) HAHAH. aku rasa kelebihan mana-mana company yang bekerjasam dengan kitorang adalah macam buy 1 free 4. kahkahkah. :p kaw contact aku, sah-sah aku nak angkut lagi 4 orang kawan aku ni. kalau kaw contact dorang, sah-sah dorang ponn akan angkut lagi 4 orang yang lain. it comes in package. hugeeee package. take it or leave it! HAHAHAHA. :P kenalkannnn, ni Encik Zainal Abidin Othman. beliau Project Manager SOTA. sangattt friendly dan tak sombong lansunggggg. :)


masa ni encik zainal tengah terangkan pada kitorang, apa sebenarnya SOTA, macam mana SOTA beroperasi dan menjalankan servis mereka dan semua yang berkaitan dengan SOTA la kannn. SOTA ni sebenarnya sangattt membantu korang yang spesis bz keje semedang tapi suka berjalan. sempatt ke kaww nak arrage kaw punya holiday first day kemana second day kemana, nak book hotel la, nak book transport la, semuaa la senang cite. SOTA ni pembantu online yang akan membantu korang secara maya. korang decide nak kemana, nanti dorang akan suggest tempat apa yang menarik dekat sana, hotel mana yang sesuai dengan bajet kita, heyy macam-macam laaa. kaw boleh try tengok dekat sini, http://www.sota.travel/


settle dengar penerangan big bos, makan timeee :) idaaa kaw kenapaaa, tak puas hati dengan kak syuhaida eh tengok macam nak gaduhh. :p kak syuhaida ni pon orang kuat SOTA jugak. :)






aku cakap terus terang dengan korang ehh, mula-mula aku tengok ubi goreng ni aku macam errrrrr ape kess ubi makan dengan kicap cili padi ni. sedap keee. macam tak berapa boleh masukkk je tekak wa babe. kan selalu kalau dekat kfc potato wedges dia makan dengan sos ke, cheese ke, mayonis  ke kann. ni macam emmmmmm sedappp keee. aku pon amek la seketul dua nak try. heyy ni bukan entry bodek okeh! T___T ni aku cite pengalaman aku. aku taip ni pon sambil telan air liur tau. sumpahh. sedapppp gileeee! lagi sedappp dari kfc punya! dia rasa macam hoiii sedapnyaaa. tak tau nak cakap macam mana! ubi goreng, makan dengan kicap yang dorang campur ape ntah tapi rasa la cili dia. sedapppppppppp. kaw pegi sini, kaw tak cuba, aku hempap laju-lajuu. tak cukup dua ketul, aku terus tambah berketul-ketul. kehkehkeh :p

kenalkann, ni semuaaaa yang hadir untuk event Santai Travel Blogger anjuran SOTA di Flora Cafe ni. :) nampak tak sape paling fotogedik dalam gambar dekat atas ni? orang lain kemain sopannnnn. muahahaha
 ok sekarang baru sesi menggedik bersama :p
bersama tiga orang kuat SOTA, sebelah ida tu kak syuhaida, lelaki sorang tengah-tengah sengal senget semua dia sambil lap air liur tu nill. HAHAHA. nill, nilll, rosak gambar kitorang pose gini. kuikuikui :p kakak sebelah nill tak tau nama sorryy.
dan macam biasa penutup cerita, tadahhh la korang dengan asyik-asyik muka ni, asyik-asyik muka ni. ;) ida, mila, nory, dan sheila. tu jeeew. sokmooo. HAHAHA. dan aku syak, leher aku terseliuh tiba-tiba time ni sebab tu terkehel semacam. muahaha :p yang sopan sebelah bos besar tu alyza. kitorang kenal time event nuffnang hari tu lagi. :) tapi dia macam malueww malueww. jangan la maluuuuuuu. ;)) mau tak malu, kitorang kan sokmo kecoh tak tengok kiri kanan belakang depan. hewheww. nanti jumpa lagi ehhhhhh.

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


ANWAR IBRAHIM - JELAJAH MERDEKA RAKYAT <b>DI BUKIT</b> <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2013 09:33 AM PST


PAKDOE ALLAN

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


Tanah Lot Banglo, <b>Jenjarom</b>, Kuala Langat

Posted: 16 Feb 2013 07:52 AM PST

Tanah Lot Banglo untuk dijual di Taman Putra Hill Jenjarom, daerah Kuala Langat.

Dapatkan tanah lot banglo dengan harga yang sangat murah dengan harga serendah RM42,800 sahaja.

Luas tanah: 40′x75′ =3000sqft

* 5 minit ke SKVE
* 20 minit ke Shah Alam
* 20 minit ke Klang
* 20 Minit ke Putrajaya
* 20 minit ke KLIA
* Berdekatan sekolah dan masjid.

Pakej ekslusif
-Infra jalan bertar
-Sistem saliran dan perparitan disediakan
-Menyediakan perkhidmatan tambak tanah dan membina rumah
-Lampu jalan disediakan
-Pihak syarikat sedia membeli semula tanah lot selepas 3 tahun.
-Pinjaman diuruskan pihak syarikat

8 pembeli terawal akan terima FREE GIFT.

Hubungi Syamsul 012-2249895


View Larger Map

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


PENGEDAR SAH SHAKLEE <b>DI DENGKIL</b> BANTING SEPANG KLIA <b>...</b>

Posted: 02 May 2013 05:00 PM PDT

Yezza.. bulan ni memang OFFER BEST ! Mana taknya Offer untuk Shaklee VIVIX ! Pasti ramai yang dah ternanti-nanti, tertunggu-tunggu bilalah agaknya Shaklee VIVIX ni nak offer lagi kan? Haa.. tu lar.. masa tengah offer takmo beli.. Dah abes offer tanya lak.. hihi.. Takpe, takpe.. ni offer dah datang lagi, jangan tunggu lama-lama, silalah rembat yea.. HARGA OFFER memang berbaloi.. 
Apa itu vivix?
Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat & tumbuh-tumbuhan lain.

Apa yg terkandung dlm Vivix ni sehinggakan ia dikatakan sangat best?
Vivix ia mengandungi resveratrol. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.

Dan akhir sekali..ni saya nak share satu rahsia..
Saintis mendapati Orang Perancis makan makanan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui: Rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terdapat dalam wain merah...

Apakah itu Resveratrol?
• Antioksidan yang kuat,
• Anti-inflamasi
• Anti-kanser
Tapi takkanlah kita as muslim nak gi minum wine merah plak kan..hehe.. ALTERNATIF terbaik adalah dptkan vixix..Satu hidangan Vivix™ mengandungi sama banyak resveratrol yang terdapat dalam 100 gelas wain merah..Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)..

Jadi, apa yang ditunggu lagi? Nak baca testimoni? Haa.. boleh klik sini.. Dan saya akan kongsikan lagi dan lagi testimoni-testimoni yang menarik tentang VIVIX!
Hubungi saya untuk mendapatkan HARGA OFFER VIVIX! :-)

Puan Lia [UmmiIrfan]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk
Fanpage: UmmiIrfan Online Shoppe


*Click here to order.
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.


>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini <<

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


"Sojourn Saga": UK. United Kingdom, NOT <b>Ulu Kelang</b> ok!!.

Posted: 02 May 2013 07:11 PM PDT

Yahoo...First time naik A380. Perjalanan mengambil masa 12 jam 45 min. Disebabkan bertolak dr KLIA pada 11.55 mlm, tidak dapat tidur dlm flight, aku pun 'mabuk' la dlm flight. Hidangan yg dihidang beberapa kali sekadar dipandang dan tidak dijamah. Inflight Entertainment langsung tidak dipedulikan. ALL I WANT WAS A GOOD SLEEP, dalam keadaan berbaring, bukan dalam keadaan duduk. Dan segala isi perut berjaya dimuntahkan keluar sebaik je sampai tandas di imigresen Heathrow, London. Uwekkkk...

Selepas lbh kurang 1 jam perjalanan dr Heathrow International Airport ke Central London, kami pun memulakan perjalanan sekitar City of London. Jalan dekat2 je, sebab tak boleh check-in hotel lagi. Masih jam 10 pg. Check-in pukul 2.00 ptg nnt. Ok, Long-John-checked, glove-checked, sweater-checked, lipstick-checked. Bukan apa, takut bibir pecah dan pucat di dalam gambar. Tak kiut gitew. Hehe. Masa ni, otomatik kepala yg pening, rasa mabuk dan loya hilang sekelip mata. Ntah kenapa. Sihat walafiat tanpa memakan panadol. Excited dan Hyperactive lagi tu?. Pelik Bin Ajaib. Umpama beruk kena belacan gitew. Haha. Korang rasa kenapa?. Hihi

Freezing!. Titisan2 salji yg halus masih kelihatan turun dr langit. Buat pertama kalinya nmpk salji di depan mata. Sebelum ni tgk kat tv je. Hehe. Bila sejuk, mmg jadi 'naga' la. Bercakap dan bernafas je, keluar 'wap' dari mulut dan hidung. Masa ni la balik2 nak bcakap sbb terasa best pula kalau keluar wap. Haha. Bas double-decker sedang parking di depan apartment, wah..ada bar SHERLOCK HOLMES, basikal sewa tertulis Barclays, pondok telefon merah yang sinonim dengan London dan arggghhh...semuanya sekaligus dalam sekelip mata. Itulah "stimulan" yang menggantikan Panadol sebenarnya. Haha.

We stayed at Citadines Apartment. Just 2 mins walk to Trafalgar Square.

Trafalgar Square merupakan destinasi pertama. Majoriti yg berada di sini semuanya pelancong sbb semuanya memegang kamera di tangan. Semua pun kelihatan "jakun", hyperactive, super excited dan seperti "beruk kena belacan". Bila menyaksikan gelagat mereka memanjat tugu yang tinggi, siap ada menolak bontot dari bawah dan menarik tangan dari atas, berlari dari jauh untuk dapatkan momentum, hahaha... terhibur rasanya. Dan tidak lama kemudian, aku pun turut serta dalam aksi panjat memanjat, tolak dan tarik, baring dan melompat dan sebagainya, demi mendapatkan gmbr yg cantik katakannnn...

 Tgk tu betapa tinggi utk memanjat dr bwh ke "tingkat 1" tugu dan betapa besar singa itu. 
Bila tangan dah kebas akibat sejuk, kami akan singgah masuk mana2 kedai utk memanaskan badan. Rugi kan kalau lepas duduk selama hampir 13 jam tp tak full-blast berjalan. Lepas makan "shiwarma" di salah satu kedai makanan yg berasal dari Timur Tengah, sambung jalan lagi ke Picadilly Circus dan singgah shopping kasut kejap kat Lily's White aka sesi memanaskan badan.

Menggagahkan tubuh menghadapi 1'C di luar (but felt like 0'C due to the wind), kami meneruskan perjalanan ke House of Parliament yg terletak di Westminster. Kerana tidak biasa ke'dinginan', (maklumlah, cuaca Malaysia HANGAT gitew), kami pun menaiki tube aka Underground (keretapi bawah tanah). Merasa juga naik tube. Haha.


Apa yg bestnya, semua landmarknya dekat2. Bersebelahan Big Ben ni, terletak River Thames dan juga Eye Of London. Dada, jari jemari kaki dan hampir semua anggota badan pun mula sengal2 akibat kesejukan yang melampau. Paling baik adalah balik check-in, panaskan dan rehatkan badan secukupnya dan bersedia utk hari esok. Dan hari ini, seawal 6.40 pm waktu tempatan aku sdh Zzzzz....End of day 1!.

Day 2- 26th March 2013.

Hari ni kami akan ke Stonehenge. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam dr Central of London-Wiltshire, 1 jam meluangkan masa di sana, dan 2 jam perjalanan balik. Bagi yang berminat utk ke sana, bolehlah melayari website ini: http://www.evanevanstours.co.uk. Ada pelbagai tour yang boleh dipilih. Bagi single tour ke Stonehenge shj, kosnya ialah RM 113.55.

Trivia: Di bina lbh kurang 5000 tahun dahulu. Siapa dan kenapa dibina masih lagi menjadi misteri. Dipercayai menjadi tempat pemujaan dan penentuan kalendar pada masa dahulu. Batu terbesar, yang dikenali "Sarsens" mencapai ketinggian 9 m, seberat 25 tan, manakala yang kecil sedikit, "bluestones" mencapai 4 tan. Kini, runtuhan Stonehenge di pagar untuk mengelakkan daripada di conteng dan dicuri oleh peminat batu.

Day 3- 27th March 2013.

Hari ni kami pergi ke Istana Buckhingham. 10 minit je jln kaki dari apartment. Nak tgk The Change of The Guards pd jam 11.00 pg. Hmm...walaupun berpagar dan dikawal, sgt terdedah la istananya. Mcm kurang selamat gitew. Tak mcm kat Malaysia, yg dr 1 km lg dah di pagar dan di kawal. Tak people friendly gitew.


Org kata 'Guard' tu berkawal berdiri dan tidak akan bergerak walau dlm apa keadaan sekali pun. Tp aku berjaya  membuatkan 'dia' bergerak. Tangan kirinya bergerak setinggi 30' apabila aku berdiri begitu rapat dengan beliau. Isyarat agar aku tidak berposing maut begitu rapat kot?. Apa pun, DIA BERGERAK!. Mitos yg dipercayai sebelum ini berjaya dibuktikan TIDAK BENAR!. Haha.

Seterusnya kami berjalan ke The Household Cavalry Museum, Covent Garden Market, Tower of London, London Bridge dan shopping..shopping..shopping di Hamley's, Zara, SuperDry dan macam2 outlet lagi yang terletak di Oxford Street. Mgkin akibat sejuk sehingga ke sum-sum tulang, tapak kaki jg terasa begitu sakit, sehingga terasa semacam tulang yg bersentuhan dengan jalan tar.

Kalau murah, unik atau takde kat Malaysia dibeli lah, kalau tak...tgk je lah. 
Hr ni kami meninggalkan London untuk meneruskan kembara ke bumi Amsterdam menggunakan Eurostar. Secara keseluruhannya, dari 10 bintang, sy akan memberikan 7 bintang. London masih tidak dapat menandingi jumlah bintang yang diberikan pada Mesir, Jepun dan juga New Zealand. Apa pun, aku gembira kerana impian menakluki negara yang ke 18 telah pun tercapai dengan jayanya.
Kpd kengkawan yg berhajat ke sana, anda boleh berbuat demikian wpun hanya dengan RM 5k (minimum).

Berikut adalah perbelanjaan sy:

1. Tiket KUL/ LON/ AMS  ( RM 3,201.00 )
2. EuroStar Train                 ( RM    366.40 )
3. Apartment (share 5 pax)  ( RM    944.15 )
4. Stonehenge                      ( RM    113.55 )
5. Heathrow Shuttle             ( RM      45.00 )
6. Tube ( Daily Pass x 2 )    ( RM       73.00 )
7. Taxi                                 ( RM      50.00 )
TOTAL                                 RM   4,793.10

* Tukaran matawang masa ini ialah RM 5 = 1 Pound.

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


Welcome To My Life : Bercuti <b>Di</b> Impian <b>Morib</b>

Posted: 12 May 2013 08:13 PM PDT

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, tahun ini berpeluan sambut Hari Ibu di Impian Morib, Morib. Sebenarnya, plan asal nak ke sini adalah pada 4&5hb Mei yang lepas & kebetulan masa tu pula jatuh pada hari mengundi so terpaksalah kami tunda ke minggu 11&12 Mei. Siapa sangka jatuh pula pada minggu hari ibu, senyum lebarlah aku:))

Tapi macam biasalah, anak-anak yang super seronok:) Jom layan gambar! Nanti aku bagi review untuk Hotel Impian Morib ni dalam entri yang lain.























Thanks en suami kerana hadiahkan percutian ini buat kami. Lain kali nak g lagi:)) *wink wink*

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


Jawatan Kosong Kolej Profesional MARA <b>Beranang</b> - 24 Mei 2013 <b>...</b>

Posted: 14 May 2013 03:02 PM PDT

Terdapat 8 kekosongan jawatan kosong di Kolej Profesional MARA Beranang. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Kolej Profesional MARA Beranang sebagai :-

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 - 8 kekosongan jawatan

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah melalui laman sesawang jobsmalaysia. Sila ikuti langkah dibawah.
1. Sila ke laman jobsmalaysia : KLIK DISINI
2. Sila ke Carian Segera , Pilih Majikan dan Masukkan kata kunci : kolej profesional mara beranang
3. Sila pilih Majikan: KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG





12 di tanjung sepat - Google Blog Search

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


Minggu Antidadah SMK <b>Tanjung Sepat</b>, Kuala Langat

Posted: 11 Apr 2013 10:45 PM PDT


Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan terus melaksanakan program pencegahan bersama komuniti supaya impaknya lebih besar kepada masyarakat. 
Bagi memastikan visi membanteras masalah penagihan dadah tercapai, AADK telah melaksanakan pelbagai program secara tersusun dan terancang bersama komuniti yang mana akan memberikan impak tinggi kepada masyarakat.
Baru-baru ini bas pameran AADK  telah diundang ke SMK Tanjung Sepat, Kuala Langat sempena Minggu Antidadah pada 14 Mac 2013. Objektif utama pameran ini adalah untuk menyampaikan maklumat dan kesedaran kepada para pelajar sekolah supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjauhi dadah.
Bas pameran telah diletakkan di perkarangan bangunan SMK Tanjung Sepat bagi memudahkan aktiviti pameran dan lawatan pelajar sekolah. Aktiviti pameran bermula jam 9.00 pagi dan pelajar-pelajar telah membuat lawatan secara giliran mengikut kelas. 
Diharapkan dengan pameran seperti ini para pelajar di peringkat sekolah mendapat pemahaman tentang kesan dadah terhadap kesihatan di samping meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang bahaya dadah.

                            

hidup ini terlalu indah untuk disiakan...

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Kilang perabot <b>di Kajang</b> musnah dijilat api | :: cina islam | 2013 ::

Posted: 13 May 2013 07:28 PM PDT


KUALA LUMPUR — Sebuah kilang perabot mengalami kerugian puluhan ribu ringgit apabila kilang itu yang terletak di kawasan perindustrian Bandar Teknologi Kajang dekat sini musnah dalam satu kebakaran pukul 7.16 malam tadi.
Pegawai Bomba Kanan I Hamzah Mohammad Shariff berkata selepas pihaknya menerima panggilan pada 7.20 malam, jentera pertama dikejarkan ke lokasi pada 7.21 malam.
"Enam jentera bersama 35 anggota dari Balai Bomba Semenyih, Balai Bomba Bangi, Balai Bomba Mantin, dan dua dari Balai Bomba Kajang serta satu tangki air dari Kuala Lumpur dihantar ke tempat kejadian.
Kebakaran itu dapat dikawal sejam kemudian.
"Turut memberi bantuan lapan anggota bomba sukarela dari Balakong dan Hulu Langat," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata kebakaran kilang seluas kira-kira 8,000 meter persegi itu dipercayai bermula dari bahagian tengah sebelum merebak ke bahagian lain.
Hamzah berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


Panglima 7: Kubu PAS <b>Di</b> Saujana <b>Rawang</b>.

Posted: 04 May 2013 05:15 AM PDT


Bismillahirrahmaanirrohim.

Inilah Kubu PAS.....di Saujana Rawang.  Menjadi benteng pertahanan Panglima7 dan Panglima 6 serta rakan-rakan seperjuangan di sana.  40 kaki ketinggian tiang bendera.  Lambang Kekuatan PAS di sana.  Didedikasikan buat semua.

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Leonora Online Boutique: SHAKLEE <b>DI</b> KLCC DAN <b>BATU CAVES</b>

Posted: 08 Apr 2013 09:23 AM PDT

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua pengunjung blog ini :)

Istimewa buat orang-orang di sekitar KLCC dan Batu Caves. Anda boleh mendapatkan produk-produk Shaklee dengan saya secara pickup dan Cash On Delivery (COD) di mana-mana area berhampiran KLCC dan Batu Caves.

Anda boleh hubungi saya dengan WhatsApp/sms saya di 017-423 8980(Jacky).

Jika anda masih belum pasti untuk memilik mana-mana produk yang sesuai untuk keperluan kesihatan dan bujet anda, saya sedia memberikan konsultasi percuma supaya saya dapat mengesyorkan produk Shaklee yang paling tepat dan sesuai buat anda sekeluarga.

Selain KLCC dan Batu Caves, saya juga menyediakan penghantaran ke seluruh Malaysia menggunakan Pos Laju. Dapatkan tawaran harga paling istimewa untuk cadangan vitamin dan set-set Shaklee bersama free gift dari saya.

Untuk lebih informasi dan order pada harga istimewa:

Shaklee Indipendent Distributor- ID: 889149 (NURUL ZAKEYAH)
leonora.firman@gmail.com
WhatsApp/sms: 017- 423 8980
COD: Batu Caves & KLCC
FB page: Leonora Online Boutique

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


PRU13: Apakah Khalid Ibrahim kekal <b>di Ijok</b>? - Harakahdaily

Posted: 05 Apr 2013 11:31 PM PDT

(Orang ramai berrebut untuk bersalam dengan Khalid dan ustaz azhar di Masjid Ijok)

SHAH ALAM: Di manakah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan bertanding dalam pilihan raya umum kali ini masih lagi menjadi tanda tanya.

Ini berikutan kenaikan mendadak pengundi luar di DUN Ijok yang kini diwakili oleh Menteri Besar Selangor itu.

Menurut sumber, 3,000 Bangladesh telah didaftarkan di kawasan itu kerana calon Umno dijangka akan bertanding semula di situ.

Dalam pilihan raya kecil Ijok, calon MIC, K Partibhan dipilih dan menang. Namun Partibhan tidak diletakkan dalam pilihan raya umum dan Khalid menang dalam pilihan raya umum itu.

Ekoran itu, para pegawai Khalid dikatakan berusaha untuk mempastikan beliau menang dalam pilihan raya kali ini dan mengelakkan diri dari terperangkap dalam permainan kotor lawannya itu.

(Orang India Bestari Jaya yang menyertai majlis Khalid dan Ambiga)

Media ada melaporkan Khalid akan ke Port Klang dan ada juga yang berkata beliau akan ke Bukit Melawati.

Namun kedua-dua kerusi itu bukanlah kerusi yang selamat. Jika begitu lebih baik Khalid kekal di Ijok.

Dalam pilihan raya umum lalu, Khalid mendapat 7,196 undi berbanding lawannya, Datuk Mohamed Sayuti Said dari BN 5,276. Khalid menang dengan majoriti 1,920 dalam kawasan 50 peratus Melayu itu.

"Kerusi yang sesuai untuk Khalid adalah Bukit Lanjan kawasan DUN Elyzabeth Wong yang dikatakan akan berpindah ke kerusi Parlimen Petaling Jaya Selatan.

"Satu lagi adalah bertukar dengan Dr Nasir Hashim di Kota Damansara," kata sumber yang rapat dengan pejabat MB itu.

Namun Khalid dikatakan bertegas mahu kekal di Ijok walaupun terpaksa kalah dalam pilihan raya ini.

(Khalid menghadiahkan buku tentang Selangor kepada Ustaz Azhar Idrus)

"Khalid orang yang tidak ada kepentingan diri. Harga diri lebih penting bagi beliau. Jika dia ke Bukit Lanjan, dia akan dituduh Umno lari dari kerusi Melayu ke kawasan kerusi Cina.

"Jadi, mengenali Tan Sri (Khalid), saya yakin dia akan bertegas mahu mempertahankan Ijok walaupun berhadapan dengan risiko kalah," kata sumber itu.

Sokongan yang melonjak kepada Khalid sejak kebelakangan ini di Ijok menambahkan lagi semangat beliau untuk kekal di Ijok walaupun berdepan dengan permainan kotor pihak lawan itu.

Semasa ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Ijok baru-baru ini, 12,000 orang telah menyertai majlis yang turut disertai Khalid itu.

"Memang antara sebab orang datang kerana Ustaz Azhar tetapi apabila bersalam, orang ramai berebut untuk bersalam dengan Tan Sri," kata satu sumber.

Majlis di Bestari jaya yang turut disertai oleh Datuk Ambiga Srenevasan juga mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat India di situ.

Kira-kira 5,000 orang khasnya masyarakat India temepatan menyertai majlis bersama Khalid dan Ambiga itu.

Di majlis itu, orang-orang India juga nampaknya sangat positif dengan Khalid tambahan lagi calon Umno akan bertanding di Ijok kali ini.

Antara calon Umno yang disebut-sebut bakal bertanding di Ijok adalah Datuk FD Iskandar, seorang usahawan Melayu yang berjaya dan naik dengan kekuatan peribadi.

Iskandar disebut Umno melalui laman webnya antara calon MB Selangor di kalangan Umno.

ads