Semangat Axiata Cup sudah sampai ke Final. Siapa pergi tonton perlawanan akhir Axiata Cup hari ini? Jumpa anda disana ya..
Ribuan terima kasih kepada Celcom kerana memberi 2 keping tiket yang bernilai RM 33 sekeping kepada saya untuk menyaksikan perlawanan Akhir Piala Axiata pada 14 April 2013 di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras.
Dapatkan yang terbaik daripada Piala Axiata dari The Cube! Langganlah wallpaper Axiata Cup dari The Cube dan jawab soalan-soalan mudah berkaitan sukan untuk melayakkan anda memenangi kereta baru Nissan Teana. Selain itu, jika anda terpilih sebagai pemenang harian, anda berpeluang untuk memenangi pek eksklusif badminton bernilai RM 2,000 dan peluang untuk mencabar radio cruiser bermain Gateminton di depan pintu rumah anda. Jika anda dapat mengalahkan cruiser, anda akan memenangi wang tambahan bernilai RM2, 000!
Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Dail *888# dan pilih Axiata Cup 2013 kemudian, pilih "stand to win Nissan Teana". Ingin mengetahui cara-cara untuk memenangi hadiah-hadiah yang lebih hebat? Jom layari http://www.thecube.my
Okaylah sekarang sudah jam 9 pagi. Jumpa anda di Stadium Badminton Kuala Lumpur Cheras.
Sudah beberapa kali pihak Masjid Salak Tinggi menghubungi Adun, minta datang ke Masjid Salak Tinggi bagi memenuhi slot tazkirah antara waktu Maghrib ke Isyak. Namun waktu-waktu cadangan yang biasanya pada hari minggu, tiada kosong. Hinggalah tarikh hari ini Adun berjanji untuk datang, jika tidak ada program penting di tempat lain.
Salak Tinggi adalah berada di dalam Kawasan Sepang yang merupakan kawasan Selatan bagi negeri Selangor yang bersempadankan negeri Sembilan. Kawasan Sepang bukanlah asing bagi Adun Bangi, kerana Bangi juga bersempadankan Sepang seperti kawasan Sungai Merab. Sepang juga merupakan Kawasan Angkat bagi Adun. Lantaran urusan perlantikan imam-imam memerlukan kehadiran Adun Di Pejabat Agama Sepang bagi mesyuarat dan menandatangani kelulusan. Begitu juga berhubung dengan perlantikan Ketua Kampung menghendaki Adun menghadiri mesyuarat, temuduga dan menandatangani kelulusan. Adun juga sering menghadiri majlis-majlis sambutan, penyampaian zakat dari JAIS dan sebagainya di Masjid Hishamuddin yang merupakan Masjid Jami` di Daerah Sepang, lagi pula Adun sering bersolat di Masjid ini apabila datang ke rumah anak di perumahan kediaman dalam kawasan Sekolah Agama Menengah di sini yang berhampiran dengan kawasan Masjid Hishamuddin. Beliau sebagai guru di Sekolah tersebut.
Ketibaan Adun di Masjid Salak Tinggi seelok waktu Maghrib tidak berkesempatan bercakap dengan jamaah dan tiada siapa yang menyambut hadir sehingga menyangka silap masjid yang Adun hadiri. Namun selepas solat sunat ba`diyyah Maghrib Adun dijemput menyampaikan tazkirah. Adun hanya dapat berkenalan selepas solat Isya` yang Adun sendiri mengimami, khususnya semasa minum. Adun berkenalan dengan Ketua Kampung Tuan Haji Muhammad bin Othman dan beliau menyebut telah beberapa kali
bersama Adun, masa interview dan berurusan sebagai Ketua Kampung. Beliau menyebut Salak Tinggi, Labu Lanjut dan Gincing termasuk di bawah Mukim Labu di dalam Daerah Sepang.
Bercakap bersama kami ialah Tuan Haji Ismail bin Ahmad yang merupakan Nazir Masjid. Beliau adalah graduan UKM dalam bidang Sains dan keluar semasa UKM di Jalan Pantai. Ini bermakna beliau adalah antara dari generasi awal UKM dan kini sudah berpencen dan menetap di Salak Tinggi setelah berkahwin dengan orang tempatan di sini. Menurut Tuan Haji Ismail Masjid Salak Tinggi didirikan secara gotong royong pada tahun 1963. Bangunan asal menurut Tuan Haji Ismail adalah kecil. Beliau menunjukkan bahagian awal dari masjid dan agak kecil, tapi cukup bagi keperluan masyarakat pada masa itu. Kini masjid ini telah ditambah dan berada di tepi simpang jalan. Turut bersama kami ialah Imam Masjid Tuan Haji Sharafuddin yang menyebut bahawa tapak masjid ini asalnya adalah tanah padi. Tapi sekarang semua sudah berubah dan berada di pinngir Pekan Salak Tinggi. Menurutnya ada satu lagi penempatan baru, iaitu Salak Jaya. Di Salak Jaya ini terdapat 10 buah taman. Menurutnya, suasana di sini lebih sebok berbanding dengan 10, 20 tahun dulu.
Sebelum itu untuk datang bertazkirah di sini, Adun membuat sedikit persiapan nota pada buku catatan poket yang sering Adun bawa ke mana saja. Persediaan yang Adun buat ialah hendak bercakap tentang `Pentingnya Tarbiah Dalam Kehidupan.` Namun sebelum penyampaian tazkirah, pengerusi memperkenalkan Adun dengan mengaitkan usaha Adun mempopularkan Bangi Bandar Ilmu (BBI). Nampaknya motto yang kita perkenal Bangi Bandar Ilmu sudah begitu terkenal. Ianya menjadi buah mulut dan diperkatakan orang, khususnya di Selangor bahkan seluruh Malaysia. Adun juga menanggapi bahawa mereka ingin tahu lebih dalam mengenai Bangi Bandar Ilmu. Dengan tanggapan ini secara spontan Adun mengubah tajuk, tidak memperkatakan soal Tarbiah, sebaliknya Bangi Bandar Ilmu. Adun bercakap berdasarkan fakta-fakta popular yang sudah ada di dalam minda. Adun bercakap berdasarkan fakta-fakta.BBI bukan slogan kosong, tetapi:
1)Bangi dibangunkan berkait rapat dan bersama dengan pembangunan Kampus UKM. (1965) Sebelumnya BBI adalah kawasan ladang kelapa sawit & getah. Bangi dibangunkan sebagai pemangkin bagi kemajuan UKM.
2)Pembangunan Bangi memberi keselesaan kepada tenaga Pengajar, pelajar dan orang ramai mendapat keperluan asas.
3)Terdapat 18 universiti di dalam dan berdekatan dengan DUN Bangi. Terdapat pula berpuluh Pusat Pendidikan dan Penyelidikan yang memprojekkan
4)Ramai tenaga Pengajar dan mahasiswa tinggal di Bangi dan sekitarnya yang menghidupkan suasana keilmuan di BBI.
5)Masjid-Surau berjumlah (surau 110 buah – masjid 6) mengadakan kegiatan keilmuan saban hari yang meningkatkan imej BBI.
6)Badan-Badan Politik dan NGO-NGO sering mengadakan kegiatan keilmuan dan membaca.
7)Adun sendiri menganjurkan majlis-majlis ilmu dari pasar ke Medan Usahawan. Ke surau-masjid dan di dewan-dewan.
8)Pejabat Adun mengadakan Kegiatan Seminar, forum, Diskusi, dan berbagai kegiatan ilmiah.
9)Pejabat Adun memberi kerjasama dan peruntukan bagi berbagai kegiatan ilmu
10)Adun adakan Hari-Hari sambutan yang berhubung dengan Ilmu
11)Adun gunakan sebahagian dari peruntukan bagi kegiatan keilmuan.
12)Setiap tahun memberi insentif kepada pelajar cemerlang.
13)Menerbitkan buku-buku berhubung dengan BBI
14)Menyampaikan bantuan pembangunan institusi keilmuan sama ada dari peruntukan Adun atau negeri.
15)Bekerjasama dengan institusi-institusi, badan-badan dan Ngo-Ngo yang mmembuat kegiatan berhubung dengan ilmu.
Adun berpendapat, bahawa Salak Tinggi dan Sepang sama terpercik dengan kegiatan-kegiatan ilmu, ianya bukan saja berjiran dengan Bangi, tetapi dengan Nilai dan Putra Jaya yang juga pesat berkembang dengan Ilmu – termasuklah Cyberjaya di Sepang yang juga menjadi pusat kegiatan ilmu. Walau bagaimana Salak Tinggi jangan hanya melihat kelilingan pesat dengan pembangunan dan kegiatan ilmu, tetapi hendak berusaha dan mengambil bahagian membangun masjid dan kawasan dengan kegiatan-kegiatan ilmu.
Di akhir tazkirah Adun menghadiahkan kepada masjid 3 salinan bagi dua judul buku, iaitu Bangi Bandar Ilmu dan Gagasan Bangi untuk Perpustakaan Masjid. (Kedua-dua buku ini Adun sentiasa sediakan dalam kenderaan Adun dan menghadiahkan kepada sesiapa yang difikirkan wajar).
Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan penduduk semasa hadir bagi merasmikan bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bestari Jaya di Kuala Selangor hari ini.
Masalah pengangkutan awam di kawasan Kuala Selangor akan diselesaikan sekiranya Barisan Nasional (BN) mendapat mandat daripada rakyat Selangor untuk mentadbir negeri ini pada pilihan raya umum 5 Mei ini.
Itu antara aku janji tambahan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan kira-kira 3,000 warga Ijok yang menyambut kedatangan beliau di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bestari Jaya, di sini hari ini.
"Kita akan selesaikan masalah pengangkutan awam antara Bestari Jaya ke Kuala Selangor dan Bestari Jaya ke Tanjong Karang," katanya disambut tepukan gemuruh daripada rakyat yang hadir.
Turut hadir Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, K. Parthiban dan calon BN Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim.
Bagi SJKT Bestari Jaya, Najib turut mengumumkan bantuan dana untuk pembinaan dewan bagi sekolah tersebut. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlahnya.
Najib berkata, BN berjanji menyelesaikan isu penduduk di tanah rezab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Bukit Badong jika diberi mandat menubuhkan kerajaan negeri.
Bagi kawasan parlimen Kuala Selangor pula, aku janji tambahan BN merangkumi pembinaan hospital di Puncak Alam dan pembinaan 2,000 rumah mampu milik di Kuala Selangor, umum Najib yang juga Pengerusi BN Selangor.
Terdahulu ketika merasmikan bangunan tambahan SJKT Bestari Jaya, Najib berkata ia merupakan satu lagi janji ditepati kerajaan BN.
Pembinaan bangunan tambahan itu dijanjikan BN pada pilihan raya kecil Ijok pada 2007.
"Hari ini juga menggambarkan usaha untuk membantu dan membela rakyat Malaysia secara inklusif dan komprehensif...terbukti usaha kita menunjukkan hasil yang boleh dibanggakan," katanya. Najib berkata BN berjanji menyelesaikan isu penduduk di tanah rezab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Bukit Badong jika diberi mandat menubuhkan kerajaan negeri.
Bagi kawasan parlimen Kuala Selangor pula, aku janji tambahan BN merangkumi pembinaan hospital di Puncak Alam dan pembinaan 2,000 rumah mampu milik di Kuala Selangor, umum Najib yang juga Pengerusi BN Selangor.
Terdahulu ketika merasmikan bangunan tambahan SJKT Bestari Jaya, Najib berkata ia merupakan satu lagi janji ditepati kerajaan BN.
Pembinaan bangunan tambahan itu dijanjikan BN pada pilihan raya kecil Ijok pada 2007.
"Hari ini juga menggambarkan usaha untuk membantu dan membela rakyat Malaysia secara inklusif dan komprehensif...terbukti usaha kita menunjukkan hasil yang boleh dibanggakan," katanya.
Ramai juga pelajar sekolah rendah di Kuala Lumpur yang mempunyai bakat dalam permainan catur antaranya adik Joelle. Baru darjah 2, sudah kadang-kadang boleh selesaikan puzzle cam level darjah 5 atau darjah 6.
Ini membuktikan Kuala Lumpur tidak akan ketandusan pemain catur peringkat negerinya dalam beberapa tahun akan datang.
Sudah menjadi kebiasaan, banyak sekolah di daerah-daerah negeri Selangor dan zon-zon di Kuala Lumpur yang memanggil SM untuk membuat program pembangunan catur di sekolah-sekolah mereka dan juga membantu mengenalpasti pelajar-pelajar sekolah mereka yang berbakat dalam permainan catur.
GD Star Rating a WordPress rating system
GD Star Rating a WordPress rating system
RAMAINYA PEMAIN CATUR YANG BERBAKAT DI NEGERI SELANGOR & KUALA LUMPUR, 10.0 out of 10 based on 1 rating
This entry was posted on May 22, 2013, 1:59 PM and is filed under BAKAT CATUR. You can follow any responses to this entry through RSS 2.0.
You can leave a response, or trackback from your own site.
Kepada pembaca yang berada di Batang Kali atau kawasan yang sekitarnya yang ingin mendapatkan majalah terbitan DBP (bulan Mac 2013) bolehlah dapatkannya di sebuah kedai runcit di Batang Kali.
Saya juga agak terkejut apabila kedai yang selalu saya kunjungi ini tiba-tiba menjual majalah ini. Namun, majalah yang ada hanyalah:
Noh, 55, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor merupakan anggota Parlimen selama empat penggal bagi kerusi Tanjong Karang sejak 1995.
Herman Tino (kiri), penyanyi era 80-an bertanding sebagai calon Bebas sementara calon PAS ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Tanjong Karang, yang juga bekas guru, Mohamad Rashdi Deraman, 49.
Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, popular dengan lagu seperti 'Yale Yale' dan 'Pelita Dalam Kabus' mendapat pendidikan sehingga tingkatan tiga di Sek Men Keb Dato' Haron di sini.
Beliau akan menggunakan lambang bunga raya pada pilihan raya ini.
Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang, pertandingan tiga penjuru berlaku antara calon BN Sulaiman Abdul Razak yang juga penyandang kerusi itu, calon PKR Mohd Yahya Mat Sahri dan calon Bebas peniaga, Low Tan.
DUN Sungai Burong pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Mohd Shamsuddin Lias (penyandang) dan calon PAS Mohamad Judi Sarjo.
Noh yang ditemui pemberita selepas mengemukakan kertas percalonan di Dewan Datuk Hormat di Tanjong Karang, berkata kawasan Parlimen itu mencipta sejarah apabila pertama kali mempunyai calon Bebas yang bertanding pada pilihan raya umum kali ini.
Pada pilihan raya umum 2008, Noh yang berasal dari Parit 2, Sungai Burung di Tanjong Karang menewaskan Mohamed Hanipa Maidin (PAS) dengan majoriti 3,820 undi.
"Trend calon Bebas pada pilihan raya umum kali ini menunjukkan negara kita mengamalkan demokrasi, siapa pun boleh bertanding. Apapun saya yakin BN akan mengekalkan kerusi Parlimen dan dua DUN ini memandangkan kita telah memberi khidmat yang baik kepada rakyat," katanya.
Sementara itu Herman Tino ketika ditanya mengapa bertanding sebagai calon Bebas, berkata beliau sebagai seorang artis hanya ingin 'mencantikkan keadaan'.
"Saya tidak kisah kalau terlepas pandang, tetapi saya kisah kalau saya tidak dipandang," katanya.
Parlimen Tanjong Karang menjadi satu-satunya kawasan di Selangor yang mengekalkan kesemua calon BN yang bertanding pada pilihan raya umum 2008 lalu pada PRU13.
Parlimen itu mempunyai 42,410 pengundi berdaftar dengan pengundi Melayu seramai 31,096 orang, Cina (7,043), India (4,158) dan kaum lain (113).
Demo LoNieAl Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
Tempoh hari ARICOM menerima panggilan dari seorang pelanggan yang baru sahaja membeli sebuah kediaman jenis teres setingkat di daerah Jenjarom, Selangor. Dari bual bicara, pemilikmahukan kediaman barunya ini memilik sebuat set kabinet dapur yang elegan dan sempurna. Begitu juga beliau mengidamkan sebuah almari pakaian sediabina untuk bilik utama.
Zal tiba di rumah pelanggan di daerah Jenjarom, Selangor.
Setelah memahami apakah kemahuannya, ARICOM memberi cadangan dan pandangan setelah mengambil kesemua ukuran di bahagian-bahagian tertentu. Oleh kerana kediaman ini mempunyai ruang-ruang yang cukup terhad jadi ARICOM menggunakan setiap inci yang ada untuk dimanfaatkan.
Setelah meneliti keseluruhan ruang rumah dan memahami apa yang dimahukan pemilik, akhirnya ARICOM memberikan satu cetusan idea penuh inspirasi. Meski pun punya ruang yang terhad, ARICOM tampil membawakan struktur dapur yang cukup moden dan ringkas buat keselesaan memasak. Walaupun kabinet dapur ini tidak besar namun susunan rapi dan reka bentuknya cukup menarik, tampil beraura dan berkonsepkan moden. ARICOM memberi 2 cadangan tona warna untuk pilihan tuan rumah, samada alunan hitam zaitun ataupun pilihan rona coklat tanah. Jadi ianya terserah kepada pemilik untuk memilih.
Ruang dapur asal dan ruang dapaur selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) beronakan Hitam Zaitun.
Ruang dapur asal dan ruang dapur selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) beronakan Coklat Tanah.
Bagi ruang bilik tidur pula, ARICOM menampilkan satu sentuhan almari pakaian sediabina yang serba ringkas tetapi anggun. Dengan 3 pintu tolak berkonsepkan almari Jepun, dua daripadanya berterapkan cermin bias agar dapat meluaskan lagi ruang bilik yang terhad ini. Dengan ruang-ruang penyimpanan yang selesa, segala pakaian dan fabrik dapat disimpan dan disusun rapi.
Ruang asal bilik tidur utama dan selepas mendapat sentuhan Zal (dalam rekaan 3D) almari pakaian sediabina berkonsepkan 'Modern Jappan'.
Nah... kini tuan rumah amat berpuas hati dengan cetusan idea dan proposal kami. Bagi keluarga ini mereka tidak sabar melihat hasilnya dan memulakan kehidupan indah di kediaman baru ini.Segala proses renovasi dan dekorasi ini bakal bermula pertengahan April 2011 ini!
Adakah anda juga punya impian yang sama, mahu memiliki ruang-ruang indah di dalam kediaman anda, inilah masanya, berbicaralah bersama ARICOM dan dapatkan sentuhan inspirasinya....Setiap dari anda berhak memilik kediaman impian!
Pada Ahad lepas, balik je dari Seminar Buat Duit Dengan Blog, kami sekeluarga menghala ke Dengkil kerana ada urusan. Alang² dah sampai Dengkil, terasa terpanggil-panggil pulak oleh Cendol Bakar Kuala Selangor yang kini ada di Dengkil. Di Pekan Dengkil sudah ada banner Cendol Bakar Kuala Selangor @ Dengkil.
Sampai di situ, ramainya tengah beratur untuk mendapatkan semangkuk atau bermangkuk-mangkuk Cendol Bakar Kuala Selangor yang popular itu.
Yang menariknya, siap ada pandu lalu lagi..hehe. Tapi janganlah menyamakannya dengan McD atau KFC, sebaliknya akan ada seorang pekerja yang akan mengambil order dan menghantar cendol yang siap kepada pembelinya.
Agak janggal dengan cara 'layan diri'. Biasanya kalau layan diri, semuanya kita ambil sendiri pergi bayar je. Kali ni layan diri ni order dan ambil..hehe.
Akhirnya dapat juga cendol bakar yang sedap ini. Saya order 2 jenis cendol dan sepinggan tauhu untuk 2 orang.
Rasanya memang sedap. Ada rasa pahit² seakan-akan kopi mungkin kesan daripada air gulanya yang dibakar. Dengan harga yang murah, ianya sangat berbaloi-baloi untuk buat U-Turn sejauh 3km untuk balik ke Putrajaya.
Cadangan
1. Kebersihan perlu ditingkatkan lagi setaraf dengan kepopularan yang ada.
2. Buat sistem nombor. Ambil order, diberikan nombor. Jadi pelanggan² tak perlulah berpanas beratur panjang. Sistem ini ada dipraktikkan di Gerai Roti Canai di Presint 9 Putrajaya.
Rumah Melayu ialah sebuah rumah melayu Terangganu yang dibina sebagai sebuah rumah replika yang terletak dalam kawasan konservasi di Paya Indah Wetlands Dengkil. Dibina sepenuhnya dengan bahan binaan kayu Seraya hitam. Rumah yang terletak di tepi tasik ini sangat indah dan cantik. Menurut pihak pengurusan Paya Indah Wetlands dengkil, rumah ini boleh disewa untuk aktiviti keluarga, photografi , perfileman dan perkelahan dengan kadar sewa yang berpatutan.
Oleh kerana rumah ini terletak dalam kawasan konservasi, maka para pengunjung perlu memohon melalui Jabatan Perhilitan Paya Indah Wetlands terlebih dahulu dan dikenakan bayaran guides.
Petang semalam (18 Februari 2013) lebih kurang jam 5:30 petang telah berlaku banjir kilat yang menenggelamkan beratus kenderaan di atas jalanraya juga yang berada di parking bawah Pasaraya IOI Mall yang juga turut ditenggelami air. Banjir kilat ini surut sejam kemudian. Apapun tiada sebarang insiden lain berlaku.
Lagi gambar..
3 lagi gambar yang baru diterima. Terima kasih Fadzly Mohamad:
Laporan Buletin Utama, TV3:
Bencana yang diturunkan Allah merupakan satu peringatan kepada kita semua agar beringat agar tidak terlalu rakus dalam pembangunan dan menjaga nilai sivik untuk tidak membuang sampah merata-rata yang akhirnya memberi impak kepada saluran pengairan itu sendiri. Ada juga yang menyatakan banjir kilat ini terjadi akibat pembangunan MRT yang sedang giat berlangsung memandangkan ini adalah pertama-kali banjir sebesar ini melanda Puchong di dalam sejarah.
Hulu Kelang, 9 & 10 Mac 2013 – Saari dan Aliza memenuhi program hujung minggu dengan menghadiri undangan majlis perkahwinan penduduk di DUN Hulu Kelang.
9 Mac 2013 – Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Dato' Mohd Zahari Abd Rahman & To' Puan Siti Norizam Mohd Yusof yang telah berlangsung di kediamannya, Jalan Utama Hillview, Ampang
9 Mac 2013 – Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Safiah Muhammad yang telah berlangsung di kediamannya, Jalan AU5D/9 Lembah Keramat
9 Mac 2013 – Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Syed Hamid Syed Abd Rahman Alkaff & Rahimah Rahman yang telah berlangsung di kediamannya, Jalan F16, Taman Melawati
10 Mac 2013 – Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Ismail Sidek yang telah berlangsung di kediamannya, Jalan Haji Mokhtar, Kg Pasir
10 Mac 2013 – Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Rodzman Tuah & Bi bt Omat yang telah berlangsung di kediamannya, Blok B, Pangsapuri Kos Rendah, Ukay Perdana
10 Mac 2013 – Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Zamri Karim & Rohani Mohd Raus yang telah berlangsung di kediamannya, Blok C, Jalan AU1C/1, Taman Keramat Permai
Senarai Tanah Untuk Di Jual Dalam Kawasan Hulu Selangor
1.HULU RENING, BATANG KALI (2 ekar) TANAH DUSUN. Lapisan ketiga dari jalan besar.Ada jalan sampai ke tanah. Dekat dengan kemudahan api dan air.Pokok buah pelbagai cth.durian,rambutan,cempedak,pulasan dan lain-lain.Selang beberapa lot daripada tanah akan dibangunkan sebuah kawasan untuk tujuan perumahan dan komersial. REZAB MELAYU 99 TAHUN. Harga RM90 ribu seekar(runding) ADA 2 LOT.
2.HULU RENING,BATANG KALI (6 ekar). KEBUN GETAH.Jarak dari jalan besar dalam lingkungan 2km hingga 4km. Jauh dari kemudahan api dan air.Ada jalan sampai ke tanah. REZAB MELAYU 99 TAHUN.Harga RM70 ribu seekar(runding). ADA 2 LOT.
3.HULU TAMU,BATANG KALI. (21.986 ekar). DUSUN DURIAN. Terdiri dari 5 lot tanah yang bercantum. Ada sungai dalam tanah.Untuk jalan masuk perlu buka simpanan jalan untuk ke tanah.Kemudahan api dan air dimasa akan datang tiada masalah kerana bersebelahan tanah akan dibangunkan KEM PLKN. Dijangka KEM PLKN beroperasi pada Januari 2014.REZAB MELAYU 99 TAHUN.Harga RM90 ribu seekar (runding).
4.BUKIT TAMU,BATANG KALI (1.8 ekar). DUSUN BUAH-BUAHAN DAN KOLAM IKAN. Ada jalan masuk sampai ke tanah.Tiada kemudahan api.Sungai mengalir ditengah-tengah tanah. Di atas tanah ada sebuah rumah batu(rumah rehat). Kedudukan rumah dan kolam ikan ditengah-tengah di kelilingi oleh dusun buah-buahan.Ada 4 kolam ikan Talapia Merah yang dijaga dengan baik.Anggaran hasil jualan ikan boleh mencecah RM10 ribu sebulan. REZAB MELAYU 99 TAHUN.Harga RM460 ribu keseluruhan (runding).
5.BUKIT TAMU,BATANG KALI (2 EKAR).DUSUN BUAH-BUAHAN.Ada jalan masuk sampai ke tanah. kedudukan tanah rata dan sedikit landai.tiada kemudahan api.Ada sebuah ruah rehat.Mempunyai 3 punca air dari Hutan Simpan Bukit Tamu. Ada 2 buah kolam tetapi tidak dijaga dengan baik.REZAB MELAYU 99 TAHUN.harga RM360 ribu keseluruhan (runding).
6.BATANG KALI (3 ekar). DUSUN DURIAN. Ada jalan masuk sampai ke tanah.Tiada kemudahan api tetapi ada sungai melalui tanah.REZAB MELAYU KEKAL. Harga RM90 ribu seekar(runding).
7.HULU YAM LAMA,BATU 30 (2 ekar). DUSUN BUAH-BUAHAN. Ada kemudahan api dan air. Tanah rata.REZAB MELAYU KEKAL.Harga RM270 ribu keseluruhan(runding)
8.HULU YAM LAMA,BATU 30 (3 ekar).KEBUN GETAH. Jalan sampai ke tanah(separuh tar dan separuh tanah merah). Tidak ada kemudahan api. Ada punca air (tali air). tanah rata dan sedikit berbukit. REZAB MELAYU KEKAL. Harga RM140 ribu keseluruhan(runding)
9.RASA,TAMAN RASA TAMBAHAN (2.6 ekar). DUSUN BUAH-BUAHAN Jalan sampai ke tanah.Tidak ada kemudahan api. Ada sungai kecil melalui tanah.tanah landai. PAJAKAN 99 TAHUN SEMUA BANGSA. Harga RM240 ribu keseluruhan(runding)
10.RASA,SEMERPOH (1 ekar). Terletak antara jalan dari Pekan Rasa ke Bukit Beruntung. Ada jalan ke tanah. Tiada punca api dan air.Tanah berbukit. REZAB MELAYU 99 TAHUN.Harga RM60 ribu seekar(runding)
SENARAI TANAH UNTUK DI JUAL DI KAWASAN LEMBAH KLANG
1.DENGKIL (2.5 ekar). TANAH KOSONG dan ada sungai.Sesuai untuk pertanian,rumah sewa dan rumah kediaman.Berdekatan dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).Status Tanah REZAB MELAYU KEKAL PERTANIAN.Harga RM190 ribu seekar(runding)
2.MERU KG.BUKIT CERAKAH,KLANG (3 ekar). TANAH KOSONG TEPI JALAN BESAR. STATUS PAJAKAN 99 TAHUN SEMUA BANGSA.BERDEKATAN BANDAR PUNCAK ALAM < 7 Km. Harga RM500 ribu seekar(runding)
3.JALAN GOMBAK BATU 4 (5 ekar).TEPI JALAN. STATUS PEGANGAN KEKAL PERTANIAN.Harga RM180 sekaki(runding).
4.JALAN GOMBAK BATU 4 (1.5 ekar). TANAH KOSONG TEPI JALAN.STATUS REZAB MELAYU KEKAL PERTANIAN. Harga RM230 sekaki(runding)
5.SG.LONG KAJANG (7.77 ekar).TEPI JALAN bukit landai. STATUS PAJAKAN 99 TAHUN SEMUA BANGSA, BANGUNAN. HARGA RM40 sekaki(runding)
Bagi anda yang berminat untuk mendapat detail lanjut tanah yang berkenaan, sila emel atau smskan emel anda ke 0176548878 atau mdalff0@gmail.com
Incoming search terms:
rumah untuk dijual batang kali 2013 (4)
rumah untuk dijual di hulu selangor 2013 (2)
perniagaan untuk dijual di batang kali (2)
rumah untuk dijual di selangor 2013 (1)
rumah untuk dijual di sungai besar selangor 2012 (1)
rumah untuk dijual kawasan klang 2013 (1)
rumah untuk dijual sungai besar di pejabat daerah sungai besar selangor (1)