Isnin, 21 Januari 2013

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Sini Saya Salwa: Velocity Mall, Viva Mall, TRX IKEIA <b>di Cheras</b>.

Posted: 27 Dec 2012 08:23 PM PST

Sape orang Cheras? Sape orang Cheras?

Hehe. Kawasan Cheras sekarang mesti tengah banyak pembinaan bangunan. Kawasan ni nanti ada shopping mall yang banyak. Sekarang al-maklum dah ada Viva Mall, Jusco Taman Maluri, Jusco Cheras Selatan. Stesen komuter LRT pun dah ada di Stesen Miharja, Stesen Maluri, Stesen Chan Sow Li. Sekarang manusia masih tak puas hati. Hehe. Diorang nak tambah lagi shopping mall.

Sekarang dah ada Viva Mall. Tak pernah pergi lagi. Orang kata Viva Mall ni jual barangan perabot rumah. Perabot-perabot dia agak mahal jika nak dibandingkan dengan IKEA. Kalau saya nak pergi pun mungkin sebab Viva Mall ada pawagam MBO. Bile nak pergi? Don't know yet. Ada orang bawa saya pergi saja. Hehe.

Ini la Viva Home kome. Ada MBO. ok, ada alasan nak pergi sana. Hehe.
Tak jauh dari Viva Mall, company Sunway nak bina Sunway Velocity di Jalan Cheras. Velocity Mall ini ada rumah apartment link sekali dengan shopping mall dia. Harga usah cakap ar, mesti mahal gilaw. Projek ni RM3.6billion ringgit! Bunyi cam mahal. Don't know la. Saya bukan orang bisnes. Diorang expect nak siap 2013. Eh! tahun depan sudah. Cepat masa berlalu kan.
Ini la ghopenye Sunway Velocity tu nanti. Cantik bebenor la kome buat.

Tak jauh dari Jalan Cheras, Boulevard Holdings Bhd nak bina IKEA kat Jalan Cochrane. Boulevard juga lah yang bina The Curve dan IKEIA kat Damansara nun.

Apa yang diorang interested sangat kat kawasan ni. Sebab makin maju dan maju dan maju. Kerajaan pulak ada projek besar bernama Tun Razak Exchange (TRX) project RM26billion di Jalan Tun Razak berdekatan dengan Jalan Cochrane. TRX ini akan menempatkan pejabat-pejabat syarikat tempatan dan syarikat antarabangsa. Ada link untuk MRT dan highway berdekatan. Projek ni dikatakan akan meningkatkan ekonomi negara. Goodluck with that. Diorang expect nak siap 2016 nanti. 4 tahun lagi na.

Tu dia. Kerajaan kite tengah duk bina ni la.

Sebelah TRX je dah ada KLCC dan sebagainyer lah. Oh not to mention, MRT tu pun dah dibina di Stesen Cochrane dan Stesen Maluri.
Kebabom! Peta kad kahwin.

Big money everywhere. Negara maju, orang kita pun kena maju. Tak boleh ketinggalan ok.

Dunia, dunia gak. Akhirat tu jangan lupa plak. Tetibe. Adios.

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


laman blog pergerakan pemuda umno cawangan <b>telok datok</b>

Posted: 19 Jan 2013 07:19 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

BN KUASAI KUALA LANGAT!

Posted: 19 Jan 2013 04:17 AM PST

SEDIA GEMPUR!YA..ITULAH UNGKAPAN YANG KAMI TANAMKAN DI DALAM HATI KAMI..YANG SAYANGKAN AGAMA,BANGSA DAN AGAMA KAMI AKAN GEMPUR HABIS-HABISAN!
BENGKEL PEMANTAPAN JENTERA PRU13 BAGI DUN TELUK DATUK,PARLIMEN KUALA LANGAT TELAH PUN SELAMAT DIADAKAN PADA HARI INI.KIRA-KIRA 500 ORANG TERDIRI DARIPADA PELBAGAI JAWATANKUASA TERTINGGI PERINGKAT CAWANGAN TELAH MENGHADIRKAN DIRI BAGI MENDENGAR SENDIRI AMANAT YANG DISAMPAIKAN OLEH PENGERUSI BARISAN NASIONAL KUALA LANGAT,Ybhg DATO HJ.SULAIMAN KARLI.
SYABAS SEMUA YANG TERLIBAT.
SAYANGI SELANGOR..YAKINI BN!
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Kampus Universiti Xianmin <b>Di Salak Tinggi</b> - Tv3

Posted: 20 Jan 2013 09:49 PM PST

21/01/2013 13:49:00

Malaysia menerima penghormatan oleh kerajaan China untuk membuka kampus cawangan pertama universiti dari negara tembok besar itu.

Perkembangan itu adalah satu sejarah kerana Malaysia negara pertama diberi kebenaran berkenaan.

Surat jemputan penubuhan kampus itu diserahkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mewakili Kementerian Pengajian Tinggi kepada Presiden Universiti Xianmin, Profesor Zhu Chong Shi di Kompleks Bunga Raya, Sepang pagi tadi.

Hasrat berkenaan pernah disuarakan Datuk Seri Najib kepada rakan sejawatannya dari China, Wen Jiabao.

Kampus cawangan Universiti Xianmin ini akan dibina di Salak Tinggi, Selangor di sebidang tanah seluas 60 hektar.

Dijangka siap pada 2015, ia bakal memuatkan 10 ribu pelajar tempatan, China dan negara serantau.

Menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, Universiti Xianmin berkenaan akan menawarkan lima kursus pengajian.

Satu memorandum persefahaman akan ditandatangani antara kedua-dua pihak semasa pelancaran Pusat Perindustrian Kuantan yang juga mendapat kerjasama China.

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


KRISIS AIR <b>DI SELANGOR</b>: SYABAS BIDAS KERAJAAN <b>NEGERI</b> <b>...</b>

Posted: 18 Jan 2013 01:56 AM PST

Walaupun sudah 2 minggu krisis air berlaku di Selangor, namun Kerajaan Selangor tiada usaha untuk mengatasinya sebaliknya setiap hari menunding jari kepada Kerajaan Pusat BN sebagai punca krisis air ini. Krisis air yang berlaku di Selangor ini telah menyebabkan kira-kira 500,000 penduduk mengalami gangguan dan mencetuskan permasalahan kehidupan seharian.
Susulan daripada krisis air itu juga, Menteri Besar Selangor telah membuat pelbagai kenyataan yang tidak berasas sehingga membuatkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menjawab dakwaan Khalid Ibrahim itu.
Menurut Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal SYABAS, Ir. V. Subramaniam, kenyataan Khalid Ibrahim berkaitan krisis air sekarang telah mengelirukan rakyat. Untuk itu, SYABAS terpaksa menjawab tuduhan itu supaya rakyat mengetahui keadaan sebenar khususnya peranan Kerajaan Selangor yang telah melepaskan tanggungjawab dalam menjaga kebajikan rakyat.
Dakwaan Khalid Ibrahim: SYABAS tidak menyelenggara sistem Variable Speed Drive (VSD) di rumah pam Wangsa Maju, Kuala Lumpur secara berkala.
Jawapan Ir. V. Subramaniam: Tidak benar. Penyelenggaraan dibuat secara berkala setiap bulan malah jadual pelaksanaan dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.
Dakwaan Khalid Ibrahim: Insiden 'pump tripped' bukan disebabkan kegagalan VSD kerana ia merupakan sistem pintar yang boleh menerima maklumat dari luar seperti keadaan motor, pam, getaran dan suhu.
Jawapan Ir. V. Subramaniam: Tidak benar. Sistem VSD merupakan sebahagian daripada komponen penting di dalam sistem rumah pam ini, dan justeru insiden pump tripped juga mempunyai kaitan dengan operasi VSD.
Dakwaan Khalid Ibrahim: SYABAS gagal mengenal pasti kerosakan pam-pam yang terdapat di rumah pam terlibat.
Jawapan Ir. V. Subramaniam: SYABAS mempunyai bukti terdapat dokumen yang merekodkan segala aktiviti yang dilakukan di rumah pam itu termasuklah kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan.
Dakwaan Khalid Ibrahim: Sepanjang tahun 2012, hanya 18 hari sahaja pam yang beroperasi melebihi 200 juta liter sehari (JLH).
Jawapan Ir. V. Subramaniam: Tidak benar. SYABAS mempunyai rekod bahawa pam-pam di Wangsa Maju telah beroperasi melepasi 200 JLH sebanyak 2,023 kali sepanjang tahun 2012.
Dakwaan Khalid Ibrahim: Beliau pernah menegur SYABAS lebih awal namun tindakan tidak dibuat.
Jawapan Ir. V. Subramaniam: Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah mengeluarkan sebarang teguran kepada SYABAS sama ada bertulis atau lisan.
Dakwaan Khalid Ibrahim: Permohonan SYABAS membangunkan pengepaman tambahan baharu di Wangsa Maju dibuat pada November tahun lepas dan disokong Kerajaan Selangor pada awal tahun ini.
Jawapan Ir. V. Subramaniam: Tidak benar, kerana cadangan pembangunan sistem itu telah dimajukan kepada Kerajaan Persekutuan pada awal tahun Jun 2009 diikuti cadangan sama di majukan Pejabat Menteri Besar Selangor pada bulan Jun 2010 namun tidak ada respons.
Dakwaan Khalid Ibrahim: SYABAS beri alasan tidak cukup duit untuk membaiki pam kerana tarif air tidak naik.
Jawapan Ir. V. Subramaniam: SYABAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang ia tidak mempunyai wang untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik. Abdul Khalid hanya mereka-reka cerita.
Dakwaan Khalid Ibrahim: Xavier dan Janice mendakwa krisis air merupakan tindakan sabotaj dan reka cipta oleh SYABAS bagi memburukkan imej Kerajaan Selangor.
Jawapan Ir. V. Subramaniam: Tidak benar. Kerosakan pada pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti reka bentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memenuhi permintaan bekalan air. Kerajaan Negeri Selangor sudahpun dimaklumkan.
Dakwaan Khalid Ibrahim: Zuraidah Kamaruddin mendakwa SYABAS tidak mengambil kira perancangan jangka panjang dalam aspek penyelenggaraan, sistem naik taraf, pemantauan berkala, sistem sokongan yang lebih efektif dan pengurusan berwibawa.
Jawapan Ir. V. Subramaniam: SYABAS mahu melaksanakannya tetapi dibekukan oleh SPAN atas arahan Kerajaan Negeri Selangor sejak bulan Julai 2008 (selepas PRU 2008) kecuali kes-kes kritikal. 

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


GEMPAR!! ALIEN <b>DI AMPANG</b> & PUTRAJAYA??? | Tok Bugis

Posted: 17 Jan 2013 12:58 AM PST




PERHATIKAN PERBEZAAN ALIEN PADA 2 GAMBAR DI ATAS.... 
ADAKAH SAMA????
PERHATIKAN SECARA RAPAT (ZOOM) DAN ANDA PASTI TERLIHAT AKAN PERBEZAANNYA. SERUPA, TAPI TAK SAMA.... 
PERHATIKAN PADA KENING 2 ALIEN TERSEBUT SEKARANG.... BAGAIMANA, DAH NAMPAK????

ITULAH YANG MEMBEZAKAN 2 JENIS ALIEN YANG BERBEZA SERTA 2 JENIS SITUASI YANG BERBEZA, NAMUN BENTOKNYA SEAKAN SAMA JIKA DILIHAT MENERUSI SUDUT PANDANGAN MATA AKAL....
SAMA TAPI TAK SERUPA????

Subhanallah....... Mahasuci Allah Yang Menghidupkan Dan Mematikan sesuatu.... Mahasuci Allah Yang Menchipta Pelbagai Hidupan Di Langit Dan Di Bumi.... Rukun Perchaya di dalam Rukun Iman di antaranya perchaya pada yang ghoib. Allah itu ghoib, Malaikat itu ghoib, Rasul juga telah ghoib karena telah berpindah 'alam, Al-Quran juga terdapat yang ghoib di dalam tuboh badan manusia (bachaan di dalam solat itu sendiri merupakan bahasa Al-Quran yang ghoib dalam sebutan), Qada' & Qadar juga perkara yang ghoib dan Hari Qiamat juga tidak terkechuali daripada peristiwa yang ghoib bagi manusia selagi belom tiba tika dan saatnya.....


Menyedari akan kewujudan makhlok yang ghoib serta tidak menyangkal akan kewujudannya (di-artikan sebagai sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia), juga termasuk di dalam Rukun Perchaya selagi ia tidak menjurus kepada keperchayaan yang boleh menjurus kepada syirik, tahyol, khurafat dan kafir kepada Allah dan Rasul.... Tidak terkechualilah wajib bagi orang Islam itu Perchaya akan penghidupan makhlok-makhlok Jin, Iblis dan Syaitan di atas muka bumi SERTA penghidupan makhlok-makhlok aneh/asing (di dalam bahasa Quran), atau makhlok alien/predator (di dalam bahasa Sains) di alam sistem chakerawala di sekeliling bumi. Bukankah Allah itu Maha Kaya dari segala...????


2 foto di atas, telah dikirim oleh Sahabat Tok Bugis agar ia dapat dikongsikan kepada tuan-tuan yang setia melayari blog ini. Satu foto berlokasi di hadapan Masjid Putrajaya dan satu lagi berlokasi di dalam rumah sekitar Ampang, Selangor. Menurut pemilik foto ini, bukanlah sekadar mahu mengejar publisiti atau glamour NAMUN sebenarnya ada suatu cherita mistik yang berkait rapat dengan makhlok Alien ini dengan sakit yang dialami anak-anak beliau.... Terpulanglah kepada masharakat dalam menilai ketulenan foto ini ATAU sebaliknya berkait dengan aplikasi "Camera 360" ipad..? Nilaikanlah sendiri dengan mengguna Mata Hati.....


Kesahnya bermula begini.......

Adapun kesah Alien ini tidak pernah kelihatan mahupun kedengaran di sekitar tempat kediaman sahabat saya, namun pada hakikatnya memang terdapat kelibat makhlok itu sekali-sekala terpacul di lokasi-lokasi yang kita memang tidak terduga samaada muncol dengan kapal angkasanya (UFO) atau muncol dengan seketol tuboh anggotanya dengan chara tiada sengaja. Tiadalah mustahil jika kelibat makhlok ini dapat terakam dengan menggunakan lensa kamera kerna pada sebelom-sebelom ini, kita pernah dikejutkan dengan gambar atau objek misteri / seram / menakutkan yang pernah terakam / dirakam  oleh individu-individu yang menggunakan lensa kamera pada waktu-waktu senja, tengah malam, tengah hari tepat mahupun selepas jam 12 tengah malam. Perkara ini juga turut diakui oleh Sahabat saya, cuma peluang untok terlihat seketol Alien di depan mata belomlah lagi... Tapi jika iblis setan ni biasa dah! (ujar beliau sambil berseloroh...)

Berbalik pada rentetan tadi, dengan kahendak dan izin tohan maka terjadilah sesuatu yang pelik dan ganjil terhadap kedua-dua sepasang cahaya mata beliau yang berusia  5 tahun dan sa-orang lagi berusia 3 tahun. Kejadian ini telah berlaku pada sebulan yang lepas sebelom anak-anak memulakan sesi persekolahan mereka..... Sechara tiba-tiba, anak-anak beliau yang kelihatan sehat walafiat telah ditimpa kesakitan pelik yang mana jika ditafsirkan oleh perubatan moden, ia dipanggil sebagai demam virus..?! Maka sebagai langkah awal sebelom keadaan menjadi lebih terok, dibawanyalah anak-anaknya mendapat rawatan di klinik pakar.....


Rujukan dari Akhbar Utusan Malaysia

Maka berusahalah beliau dengan chara yang serba moden itu sahinggalah berlanjutan selama hampir satu minggu namun tiada juga perubahan yang baik ke atas anak-anak beliau walaupun disiplin memakan obat doktor. Yang peliknya, ada doktor yang mengatakan anak-anak beliau terkena jangkitan demam virus dan ada pula doktor yang mengesahkan anak-anak beliau sehat tiada sakit apa-apa setelah menjalani ujian darah??? Sedangkan pabila di rumah, setiap kali MENJELANG MAGHRIB maka suhu badan anak-anak beliau akan naik mendadak sahingga mengakibatkan demam. Manakala pabila MENJELANGNYA SELEPAS JAM 12 TENGAH MALAM (bermula dari jam 1 pagi hingga jam 5 pagi), keadaan semakin terok! Suhu badan yang naik mendadak itu telah mengakibatkan demam panas beserta dengan batok yang berterusan hingga muntah....

Lalu terpanggillah beliau untok berikhtiar melalui RAWATAN TRADISI CHARA ISLAM pula setelah mencoba chara moden yang tiada kesudahan. Maka bertemulah beliau dengan sa-orang hamba Allah yang bergelar KIYAI / USTAZ / TABIB itu bagi menchari kesembohan anak-anaknya. Syukor Alhamdu lillah.....  dengan kahendak dan izin Allah, dilalukan kelebihan itu ke atas orang-orang yang terpilih maka sembohlah penyakit misteri yang dialami oleh anak-anaknya itu pulang pulih seperti sediakala.... Dengan hanya memberi AIR PENAWAR DAN BEBERAPA OBATAN HERBA YANG DIADUN SENDIRI OLEH TUKANG OBAT, penyakit yang gagal diobati dengan chara moden itu dapat ditawarkan hanya dengan beberapa ketika... Maka terungkailah misteri kesakitan anak-anak beliau... Tanpa disedari, makhlok aneh yang menyerupai Alien telah mendampingi anak-anak beliau sejak mula dijangkiti demam. Bunyinya seakan luchu, namun tiadalah mustahil pada yang mengerti.... Jin, Iblis, Syaitan mahupun Dewa-Dewa berupaya bertukar rupa menjadi apa jua bentok dan rupa yang ia terlihat / mahukan!? Berkemungkinan besar memang wujudnya Alien di persekitaran rumah beliau yang terletak di kaki Banjaran Titiwangsa itu..?! Buktinya gambar yang telah dikirimkan, wallahu'alam..... Menurut Pak Kiyai @ Tuan Tabib yang merawat anak-anak beliau, bukan semua penyakit itu dapat dirawati dengan chara rawatan moden. Adakalanya penyakit itu hanya boleh diobati dengan obat yang bebas dari kandongan DADAH WALAUPUN DADAH YANG TERKAWAL...

KERNA DADAH ITU BOLEH MENGENYANGKAN MAKHLOK HALUS YANG BERLEGAR DI DALAM SALURAN DARAH MAKNUSIA. HANYA ADA SATU SAJA JALAN IKHTIAR YANG BISA MENGOBATINYA IAITU DENGAN CHARA KEMBALI KEPADA ISLAM YAKNI DENGAN MERUJUK KEPADA PAK KIYAI, USTAZ ATAUPUN TUAN TABIB YANG MENGAMALKAN RAWATAN TRADISIONAL CHARA ISLAM. NAMUN HARUSLAH BERWASPADA.... KERNA TERDAPAT JUGA SEGELINTIR INDIVIDU YANG BERLAGAK ALIM MENJALANKAN RAWATAN TRADISIONAL DENGAN MENGGUNAKAN KHIDMAT JIN DAN KHADDAM YANG BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM! KAEDAH RAWATAN YANG BIASA DIJALANKAN OLEH GOLONGAN SEPERTI INI ADAKALANYA TURUT MENGGUNAKAN AYAT-AYAT SUCHI AL-QURAN, MEMBAKAR KEMENYAN, BERZIKIR BERIBU KALI, MENURUN, ISIM, MERENJIS DARAH AYAM DAN SEBAGAINYA..... 

Atas dasar itu maka saya mensarankan agar kita lebih berhati-hati dalam menafsir setiap tipu daya dari maknusia yang hanya berkepentingan pada nama, pangkat, harta, rupa, takhta dan keuntongan semata.... Memanglah ada di antara mereka yang pernah mendapatkan rawatan dari individu fasik yang saya sebutkan di atas serta berjaya dalam rawatan mereka NAMUN berapa lama??? Apa syarat-syaratnya??? Bagaimana chara rawatannya??? Apa pengerasnya??? Di mana rawatannya??? Apa latar belakang tukang obatnya??? Dan banyak lagi persoalan yang mungkin bermain di fikiran jika kita mahu benar-benar yakin bahawa rawatan itu berlandaskan ciri-ciri Islam Yang Mukmin...... Semoga artikel kali ini dapat memberi serba sedikit pengajaran, garis panduan dan kesedaran kepada seluroh muslimin dan muslimat sekalian agar kita tidak mudah diperdaya oleh permainan iblis serta tipu daya maknusia yang fasik. Apa yang lebih penting, kembalilah kepada Islam dan kaedah-kaedah penawarnya..... Andai terdapat di antara tuan-tuan di luar sana yang menghadapi masaalah yang sama atau seangkatan dengannya, sila gmail kepada sahabat baik saya di alamat ayahanda.kaichun @ gmail . com untok sebarang bantuan atau pertanyaan. Insya Allah, jika mendapat perkenan dari Pak Kiyai @ Tuan Tabib, pesakit akan dibawa oleh saya atau sahabat saya untok bertemu beliau..... Semoga diberkati Allah S.W.T.......


- Kalam Tok Bugis -

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


Taiping Mali: Nurul Izzah ganti Eli Wongge <b>di Bukit Lanjan</b>

Posted: 20 Jan 2013 11:05 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Nurul Izzah ganti Eli Wongge di Bukit Lanjan. Penduduk Lembah Pantai sudah siapa untuk memberikan kerusi Parlimennya ke BN tak lama lagi. Oleh itu Nurul Izzah sudah pun siap sedia untuk angkat kaki ke Bukit Lanjan.

1 TAIPINGMALI: Nurul Izzah ganti Eli Wongge <b>di Bukit Lanjan</b>

Posted: 20 Jan 2013 11:05 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Nurul Izzah ganti Eli Wongge di Bukit Lanjan. Penduduk Lembah Pantai sudah siapa untuk memberikan kerusi Parlimennya ke BN tak lama lagi. Oleh itu Nurul Izzah sudah pun siap sedia untuk angkat kaki ke Bukit Lanjan.

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Menggapai Bintang...: Berurut <b>di Puchong</b>

Posted: 05 Jan 2013 09:52 PM PST

Assalamualaikum..

Kami baru balik berurut pagi td.. Berurut dgn ibu mariam di punchong.. Diperkenalkan oleh kawan hubby.. Kawan hubby ni dah 3 bulan berubat dgn ibu mariam.

Pagi td, bersama2 ngan kawan hubby dan suaminye kami berjanji berjumpa di shell dan bergerak ke rumah ibu mariam bersama-sama. Ibu mariam ni orang indonesia..

Hasil drpd urutan, rahim saya letaknya di kiri.. Perut juga byk lemak.. Huhu... Pangkal rahim (saluran luar kata ibu mariam) sempit.. Kilang telur dan rahim juga kecil.. Menurut ibu mariam, bila kilang telur kecil, maka rahim akan turut mengecil.. Ok.. Itu yg sy faham la.. Harap2 sy x tersalah tafsir apa maksud beliau sbb ade juga perkataan yg sy x berapa faham..

Saya diberi 3 jenis ubat berbentuk butir yg halus. Rasanya utk kempiskan perut,  membesarkan saluran dan membesarkan telur dan rahim.. Itu kalau x silap laaa.. Hehe.. Air pula ada 2 jenis. Air halia dan air kunyit.. Bila dah makan n minum ubat ibu mariam ni jgn dicampur dgn ubatan lain yer..

Malam esok dan malam lusa kami akan pergi lagi.. InsyaAllah kami akan fokus dgn ibu mariam ni. Semoga serasi dgn kami..

Makanan yg sy kene elak ialah ikan bilis.. Yg ini kata ibu mariam, utk elakkan rahim drpd kering.. Yg lain sy kene elak ialah taugeh, buah ciku, ikan pari, air gas dan ais.. tp setiap org x sama.. Masalah setiap org pun x sama kan..

Ibu mariam menggalakkan sy makan buah betik.. Katanya utk mengembangkan rahim..

Sekian saja laporan saya utk hari ini.. Sekian..

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


PENGEDAR SAH SHAKLEE <b>DI DENGKIL</b> BANTING SEPANG KLIA <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2013 04:00 PM PST

Sebenarnya saya suka nak berkongsi dengan anda tentang rangkaian vitamin yang saya sedang makan sekarang sebab saya hamil. First trimester ni sangat penting kerana bayi di dalam kandungan sedang develop dengan sangat pantas. Jadi, selain nutrisi untuk bayi, ibu juga perlu menitikberatkan pengambilan vitamin. Jadi, mengapa nutrisi sangat penting untuk ibu hamil? 
  • Penting untuk kesihatan ibu - berupaya mengandung dengan sihat sehingga waktu kelahiran.
  • Agar perkembangan bayi sihat.
  • Untuk memastikan kelahiran bayi tanpa komplikasi.
  • Supaya proses pemulihan cepat semasa dalam berpantang.

Berat badan ibu akan bertambah seiring dengan tumbesaran bayi dalam kandungan. Jadi, memang kena ambil vitamin, jika tidak banyak komplikasi di kemudian hari.
Dan ini dia, Shaklee menawarkan rangkaian vitamin untuk ibu-ibu hamil, rangkaian vitamin ini boleh diambil sejak dari trimester pertama lagi, kecuali Omega ambil semasa minggu ke-18. Omega sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Dan yang PALING BEST ialah set ini boleh dimakan semasa dalam berpantang, menyusu, malah ada pendapat Dr mengatakan yang wanita harus mengambil kesemua vitamin-vitamin ini demi kesihatan diri dalam jangka masa panjang. 
Rangkaian vitamin-vitamin di atas boleh consume up to 3-4 bulan. Sangat jimat kan! Harganya juga sangat berbaloi! Jika anda seorang ibu hamil dan masih ragu-ragu untuk mengambil vitamin, usah risau dan ragu dengan produk-produk Shaklee kerana ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam. Saya akan sambung di entri lain perbezaan yang saya rasai semasa hamilkan Irfan TANPA Shaklee dan hamil yang sekarang ni dengan Shaklee. Memang banyaaaakk perbezaannya dan saya sangat berpuas hati dengan Shaklee! (^_^)
Jika berminat untuk mendapatkan rangkain vitamin untuk ibu hamil seperti di atas, boleh hubungi saya, jangan risau saya akan berikan cara makan, TIPS EXCLUSIVE beserta konsultasi percuma berterusan hanya untuk anda ~ My Lovely Customer.. :-)

Puan Lia [UmmiIrfan]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 853880]
Mobile:             012-2541296      Emel: rafaliah@yahoo.co.uk
Fanpage: UmmiIrfan Online Shoppe


*Click here to order.
**COD disekitar Dengkil, KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Banting, Putrajaya.


>> Ingin menjadi ahli Shaklee? Sertai saya dan klik sini <<

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


CikLilyPutih Story&#39;s: Maggi Ketam Ada <b>Di Bangi</b>

Posted: 25 Dec 2012 08:00 PM PST

Actually aku dah 2-3 kali pi makan maggi ketam kat area umah aku ni.
Yelah nak pi makan mee ketam kat Shah Alam tu tak de masa, jauh kan. Jadi apa yang ada je lah untuk hilangkan rasa ngidam tu.
Maggi yang di masak ala kuah tomyam gituh but no so tomyam sangat dan ditambah dengan makanan laut (seafood) macam udang, sotong dan memacam lagi la.
Bukak mulut, suap je teruslah. Apa lagikan. Itu pun nak kena ajar ke, heehhehe itu jangan mare ye 


Tak la, diorg ada sediakan penyepit untuk kopek isi ketam ni so tak dela korang nak gigit kulit keras ketam tu kan.


Nak ke sini? ni tempatnya



Anjung Selera Ikan Bakar,
No. 18, Jalan 7/7B,

Selain dari maggi ketam ada gak makanan lain macam entry aku sebelum ni, baca kisah IKAN BAKAR tau.



Semangkuk maggi ketam ni RM21.++ cam tu coz ikut harga pasaran ketam kan. Yang aku makan ni lebih kurang 300gm. Banyak gak isinya.

Lepas makan terus tersandar aku dibuatnya.



12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


cakeART: Krismas <b>di Klang</b>

Posted: 17 Jan 2013 06:55 AM PST


Home for the holidays.... back in Klang where we grew up. Eat , drink and be merry. Decided to make a personalized christmas tree for Ma since she had quite a few kids attending the party. Baubles with their names and stars for Zach since that's his favourite shape since he was tiny.
The pine cones were so fun to do. Roll a brown piece of fondant into an oval shape then hold the tip of a small round nozzle at an angle to make semicircle indentations to create the look of a pine cone. Then dust it with metalic gold lustre dust. There you go... one down 19 to go!

Sivam rolling the red berries (thanks darling, there were hundreds to roll!! excellent effort for a 1st timer). And seasoned cakeART elf Anita doing the more intricate stuff like rolling branches, assembling the leaves and berries for me.

 Zach loves grandma and Tata's house! and it was extra fun this year with best friend Ashley....



12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


Addin: Panas!! Lagi Cawangan <b>Sekinchan</b> Ikan Bakar <b>Di</b> Tutup

Posted: 19 Jan 2013 06:43 AM PST


Lagi restoran Sekinchan Ikan Bakar di tutup.. kali ini di cawangan Ayer Keroh, Melaka. Gambar ni di ambil oleh pembaca blog Addin
Menurut sumber restoran ini baru sahaja ditutup. Sekarang berlaku kerja-kerja pemunggahan barang-barang di kedai tersebut.
Sebelum ini Addin ada mendedahkan beberapa cawangan restoran Sekinchan Ikan Bakar di tutup.. baca di sini dan di sini.

Mungkin inilah akibatnya apabila melawan arus kebangkitan rakyat.. waallahualam..

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Nizar Tidak Lagi Berminat Dengan DUN <b>Pasir Panjang</b> - Perak Today

Posted: 20 Jan 2013 09:13 PM PST

Menteri Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang kerap membangkitkan masalah di situ tetapi tidak menghiraukan langsung kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang seolah-olah menunjukkan beliau tidak lagi berminat di DUN Pasir Panjang.

Menurutnya, buat masa ini pengundi di DUN Pasir Panjang ditinggalkan begitu sahaja oleh Nizar.

"Saya berasa kecewa dan sedih terhadap pengundi di kawasan DUN Pasir Panjang yang ditinggalkan oleh wakil rakyat mereka.

"Wakil rakyat di kawasan tersebut yang diwakili Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin seolah-olah lebih mengutamakan kawasan lain yang diwakilinya daripada penduduk di DUN Pasir Panjang.

"Saya tahu bahawa DUN ini ditinggalkan oleh wakil rakyatnya dan saya tidak tahu samada wakil rakyat ini memberi perhatian yang lebih kepada tempat lain dan tidak kepada Pasir Panjang.

"Dalam sidang DUN sebelum ini saya menimbulkan perkara ini kerana saya amat sedih sepanjang Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menjadi wakil rakyat, saya tidak dengar sebarang masalah samada soalan secara lisan mahupun secara bertulis atau pun semasa sesi perbahasan mengenai masalah di DUN Pasir Panjang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Gelanggang Futsal dan makan tengah hari bersama Komuniti Kampung Padang Tembak dan Siswa Siswi Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Kampung Padang Tembak, Teluk Muroh, dekat Lumut, Ahad.

Terdahulu, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut telah merasmikan Bilik Gerakan dan Jentera Pilihan Raya Pusat Daerah Mengundi (PDM) Damar Laut Cawangan UMNO Batu 4, Segari dekat Sitiawan.

Menurutnya, ketika ditanya kepada Nizar, ADUN Pasir Panjang itu mendakwa semua masalah yang melibatkan DUN Pasir Panjang telah diselesaikan bersama pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Beliau berkata, bagaimanapun, hal ini telah dinafikan oleh pihak MPM.

"MPM telah memaklumkan daripada 50 aduan, tiada satu pun yang datang daripada Pejabat DUN Pasir Panjang dan ini nampaknya dia berbohong lagi, dalam sidang DUN yang baru juga masih tidak ada perkara yang dibangkitkan," katanya.

Beliau juga menyifatkan Nizar mungkin sudah tidak berminat lagi dengan DUN Pasir Panjang kerana setiap kali berbahas di dalam dewan, beliau sering membangkitkan isu permasalahan di Parlimen Bukit Gantang.

- NORAINI MAHAMAD

12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


~ Truly Love ~: Berendam <b>di Ulu Yam</b>

Posted: 20 Jan 2013 04:37 AM PST

Aktiviti tak dirancang hari ni... Cuaca yg cerah dan tak de aktiviti lain.... En somi terus mengajak melakukan aktiviti yg tergendala dulu... Bermandi manda di Ulu Yam...

Alhamdulillah... Perjalanan yg lancar...cuma sesak sikit di Batu Caves sebab penganut agama Hindu merayakan Thaipusam...

Sesampai je...msih belum ramai sgt org kt sana... Terus mencari port yg santai sebab nak rendam Faiqah... Lepas je kenakan Faiqah ke air yg sejuk.... Dia menangis sbb sejuk... Hehe.... Namun...lpas lama sikit...bru dia ok...

Tapi sekejap je berendam dia dah menggigil...berpeluk je dgn abi... Smpai la ke sudah... Itu je lah... Faiqah kesejukan... Dalam sejam kot brendam... Naik kedarat... Masa aku tggu en.somi tukar baju...faiqah boleh tertido... Haha...sejuk sgt la tu...

Lepas salin baju dia...dia kembali ok dan bercakap kembali... Lau tak...msa sjuk diam seribu bahasa... Alhamdulilah...rasa seronok sebab dh lama betul tak mandi air sungai... Biasa lah... Aku anak kampung... Pasti rindukan suasana sebegitu....

Dalam jam 2 ptg kami balik...elok siap je salin baju sume...hujan dh renyai2... Lepas la gian nak mandi air terjun kan... Alhamdulillah... Bila pula nak mandi lagi aku sndiri tak pasti...


Terima kasih sebab baca coretan MyFirdz. Jika tak dak idea nak komen tekan like atau share pun ok... (>_^)

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


AAKJ: Lombong Emas Purba Di Jumpai <b>Di Subang Jaya</b>? Tanah <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2013 08:00 PM PST


Rakyat Selangor d perbodohkan lagi dan lagi..kena boddo kata Ustak Mek Dee..kena tipu hidup-hidup..kena kencing..piang !!

Beberapa hari yang lalu aakj ada dedahkan kejadian tanah runtuh d Subang Jaya, klik d SINI

Ketika kejadian banjir lumpur akibat ledakan air yang melimpah maka 7 buah kenderaan hancur..jalan utama d tutup beberapa hari untuk kerja baikpulih dan ini semua kerana satu je..tamak haloba puok kera ni nak kaut harta rakyat Selangor !

Bukit Cermin yang terletak d Putraheights ni dulunya tempat riadah semulajadi..bukit yang menghijau dan tak pernah d usik semasa BN memerintah Selangor malah menjadi 'kampung' kepada binatang yang jinak seperti monyet dan kera yang sentiasa menjadikan bukit ini d kunjungi pleh penduduk setempat maupun dari luar..

Apa yang hangat d perkatakan sekarang oleh penduduk Putra Heights sekarang adalah..apakah MPSJ sudah d beli ? Apakah wakil rakyat pakatan haram berpakat dengan pemaju dan juga MPSJ dalam usaha menggondolkan bukit tersebut sebaik saja mereka menang PRU12 ?

Apakah kerana harga tanah d kawasan ini antara yang tertinggi d Selangor ? maklumlah berhadapan dengan tanah bukit ini..satu perumahan elit yang amat mahal harganya..dengar2 harga murah Semi-D RM 1.3 juta.

Cuba lihat foto yang d atas sekali..bangunan tinggi mula d bina..!! apartment rumah murah atau yang harga sederhana atau yang harga mewah ?

Kenapa begitu berani d bina d lereng bukit ?
Dulu d situ terletak rumah berhala Hindu dan akhirnya rumah berhala Hindu tersebut d pindahkan ke tempat yang lebih baik..malah d atas tapak tanah "rumah ibadat" atau tapak surau ? (aakj akan letak foto kuil tersebut)

Aakj harap UMNO BN atau bekas Ahli Majlis MPSJ d zaman BN dulu tampil untuk jelaskan kiranya mereka tidak terlibat dalam projek yang seolah-olah tergesa-gesa buat ni..kalau terbukti yang UMNO BN tidak terlibat maka siapa yang luluskan segera projek ini ?

Kawasan yang d landa petaka adalah kawasan laluan kabel letrik bervoltan tinggi dan juga laluan paip gas bawah tanah..

Mampukah stuktur tanah d halang dengan tutupan 'gebar' plastik ? teknologi siapa tu ? Bangla ke Indon hahahaha tuiHHH !!

Mohon SPRM siasat segera..UMNO BN d kawasan ini wajar bertindak..kita Juara Rakyat !!

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


VIDEO KEPINCANGAN PKR dan PAS <b>di KUALA LANGAT</b>.WAJIB <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2013 04:46 AM PST

ads