Ahad, 13 Mei 2012

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: Minang Hanyut buat operasi IC <b>di Cheras</b>

Posted: 27 Apr 2012 01:21 AM PDT

CHERAS: Task force memberikan status warganegara kepada warga asing semata-mata untuk menjadi pengundi BN pada pilihan raya didapati berlaku di Cheras, dakwa satu sumber.

Ia dibuat melalui kumpulan yang dinamakan 'Lagenda Minang Hanyut'.

Menceritakan kepada Harakahdaily sumber tersebut mendakwa, ianya berlaku sekitar bulan Januari dan Februari lalu di Kampung Cheras Baru.

Ketika itu diwarwarkan bahawa pilihan raya umum akan berlaku pada Mac atau April.

Menurutnya, sindiket di kampung itu diketuai seorang individu bernama 'Pak Ngah' berketurunan Minang yang dipercayai mempunyai 'kabel kuat' dengan seorang menteri kabinet.

"Bukan Kampung Cheras Baru sahaja dia punya pelanggan, tapi seluruh Ampang.

"Siapa warga asing yang kahwin dengan orang kita walaupun baru setahun di sini, mereka boleh dapat IC dengan syarat kena undi BN," katanya yang mengaku sebelum ini adalah jentera Umno.

Sumber itu juga memberitahu, beliau dimaklumkan terdapat sebanyak 1,280 kuota untuk Pak Ngah mendaftar warga asing di sekitar Ampang untuk mereka menukar status sebagai penduduk tetap dan boleh mendapatkan IC.

Mengulas modus operandinya pula, sumber itu berkata, warga asing yang mahu menukar pasport mereka kepada IC biru perlu bertemu dengan 'Pak Ngah' dengan membawa sejumlah wang yang dipercayai sebagai 'kos pemprosesan'.

"Saya tengok sendiri warga asing itu jumpa Pak Ngah, serah pasport dan sejumlah wang dalam satu sampul surat.

"Seminggu kemudian Pak Ngah beri orang itu IC," katanya lagi.

Menurutnya lagi, dia mendedahkan hal itu kepada Harakahdaily kerana bimbang masa depan rakyat negara ini yang akhirnya terjajah di bumi sendiri.

"Bagus la BN menang, tapi negara tergadai buat apa.

"Sebab itu saya harap himpunan Bersih 3.0 ini boleh hentikan semua perbuatan mengkhianat negara ini," katanya.

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


UMNO Online - <b>Negeri Selangor</b> Tapak Kebangkitan Gelombang <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 08:46 PM PDT

Kategori Berita Pilihan

Negeri Selangor Tapak Kebangkitan Gelombang Merah UMNO, BN

Oleh : Azman Abas

SHAH ALAM 10 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi percaya Selangor akan menjadi tapak kebangkitan semula UMNO dan BN menerusi gelombang merah yang diwujudkan oleh Presiden Parti, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau dengan gelombang merah yang telah bertebaran di seluruh negara dan kini berada di Selangor, tentunya akan memberi impak yang besar kepada kebangkitan semangat ahli parti.

"Aura gelombang merah ini telah tersebar ke serata pelusuk negara dan kita yakin seluruh ahli-ahli UMNO Selangor akan berarak ke Bukit Jalil dengan satu semangat baru, di mana kita akan menjadikan Selangor sebagai tapak kebangkitan semula UMNO dan BN untuk merampas kembali pemerintahan negeri Selangor.

"Justeru itu, kita mesti ketepikan segala masalah kita jika ada. Ini perlu dilakukan demi agama, demi UMNO, demi rakyat di negeri Selangor dan demi negara. UMNO Selangor mesti berazam dan berikrar untuk berusaha menjamin kemenangan UMNO dan BN di Selangor ini dengan izin Allah.

"Semangat yang ada ini  harus kita semarakkan sentiasa. Rakyat Selangor beruntung kerana Datuk Seri Najib Razak menjadi Pengerusi Perhubungan dan kemenangan BN di Selangor nanti merupakan satu hadiah yang cukup bermakna kepada Perdana Menteri.

"Oleh yang demikian, semangat ini harus berkobar dan dijulang dengan cara kita mestilah memberikan perhatian dan tanggungjawab sepenuhya kepada rakyat, memahami kehendak akar umbi dan selesaikan masalah mereka. Insyallah BN boleh mencapai kemenangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan bendera oleh Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Nawawi Ahmad.

Larian bendera UMNO sempena ulangtahun UMNO ke-66 tiba daripada Selatan menerusi Beranang semalam, manakala bagi zon utara, larian itu memasuki Hulu Bernam dan pada hari yang sama juga UMNO Selangor turut menyambut larian bendera daripada Sabah yang tiba di KLIA.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar pula menyifatkan larian berkenaan yang bermula serentak di seluruh negara melambangkan perpaduan di kalangan ahli-ahli UMNO di seluruh negara.

"Inilah yang dikatakan perpaduan UMNO. Bermula daripada utara, selatan, timur dan barat akhirnya kita akan berkumpul di Stadium Bukit Jalil menterjemahkan perpaduan dan kekuatan kita pada Jumaat ini. Malam ini kita sambut bendera Sang Saka Bangsa bendera keramat UMNO dengan pentas silat, pakaian Melayu, dengan dikir barat dan sebagainya lagi sebagai satu simbolik semangat kemelayuan kita,"

"Dan inilah mengingatkan kita 66 tahun yang lepas bagaimana keadaan datuk nenek kita yang pada waktu itu  hidup dalam keadaan susah, semangat berpuak-puak kenegerian yang cukup kuat dan sebagainya lagi. Tetapi  dengan semangat perpaduan yang dibawa Datuk Onn ketika itu dan UMNO ditubuhkan akhirnya kita berjaya menyatukan umat Melayu dan UMNO menerusi rakan-rakan kita dalam BN telah berjaya mengemudi negara ini sejak dulu hingga ke hari ini," katanya.

Datuk Noh seterusnya menambah UMNO Selangor kini telah belajar daripada kesilapan dan akan mengambil iktibar memperbaiki kesilapan dengan membawa semangat juang yang baru bersama BN.

"Walaupun kami pembangkang, amanah bendera Sang Saka Bangsa kami tetap pertahankan….apa pun berlalu, apa pun berlaku walaupun kami jatuh tertiarap  hingga misai mencecah tanah, namun bendera UMNO ini tetap akan kita pertahankan.

"Itu janji kami. Kami akan belajar daripada kesilapan dan kami insaf, kami akan mara ke depan dengan semangat juang bersama BN, insyaallah UMNO selangor akan terus mara," katanya. -MediaUMNO

Berita Bertarikh 10 May 2012 (4 Hari Lalu) Pada 11:46 AM

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


Kisah Kehidupanku: Berkelah <b>di</b> Sg <b>Batang Kali</b>

Posted: 24 Apr 2012 10:58 PM PDT

Hujung minggu lepas kebetulan member x ada kelas so otw kema pulang dari submit assignment kat UTM. Dapat sms ada plan ape2 x arini ni klu x nk ajak mandi sg... Best tu dh lama x mandi sg lgpun skrg ni musim panas elok juga tu... Siap sedia arahan dari kema huhu ok... Sementara tunggu kema smpi umh mandi n parking barang2 utk pergi berkelah... X sempat nak masak bagai. Before gerak tapau nasi lemak n nasi ayam utk 5org makan..gi ambil member kema nadia n rozi.. Perjalanaan 45min juga la klu tak silap kema yg bawa kete so x perasaan la hehehe... Masuk tol dr subang n kuar rawang sampai di petronas batang kali jumpa gan zarul kwn kema yg akan bw kami berempat ke sg yeyeye... Sampai je ambil barang2 n mknan utk ke kawasan yg dipilih utk mandi... Sejuk je air mmg kena la sbb mmg panas sangat ni... Sampai je letak barang n mandi... Mmg sejuk tp best pas mandi lapar la pulak naik n makan hehehe... Lepas mk turun mandi lg hehehe mmg best la....pas settle mandi zarul nk bw gi kolam air panas hulu tamu sebelum balik subang... Seronok + penat tp mmg best hehe... Otw balik my turn drive kema dh kepenatan hehehe...

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Makan Malam <b>di</b> Sri Kampung Pandan Bandar Putri <b>Puchong</b> <b>...</b>

Posted: 10 May 2012 11:37 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Makan Malam di Sri Kampung Pandan Bandar Putri Puchong - Tajaan Datin Noor Fadillah Dato' Ridzuan. ... Makan Malam di Sri Kampung Pandan Bandar Putri Puchong - Tajaan Datin Noor Fadillah Dato' ...

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Lakaran Musim Bunga: banjir <b>di Bangi</b>

Posted: 02 May 2012 01:30 AM PDT

"jalan antara Bulatan Seksyen 7/Reko ke arah PKNS tersekat kerana air bertakung (banjir)"

hujan lebat yang bermula sejak 1 petang. kira-kira jam 1.30 petang hari ini 2 Mei 2012 (Rabu), aku memasuki jalan ke arah PKNS dengan harapan dapat sampai ke UPM. sebelum tu lagi aku dah fikir, pasti akan ada banjir di mana-mana, setelah kenal pasti semua kawasan tanah rendah, hanya jalan inilah yang terbaik. dengan yakinnya, sekali jangkaan meleset, sesak di pertengahan, sebelum tiba di kawasan kedai-kedai Seksyen 8 (Muzdalfa Fried Chicken dan Pizza Hut Delivary). menunggu dalam kereta sambil dengar radio Bernama tentang Klinik Pengguna PPIM, To'ki celoteh.

setelah 10 minit menunggu, memang takde langsung yang bergerak. daripada 2 lane jadi 3 lane, semua tak bergerak. aku matikan enjin. masih dengar radio. jimat minyak lah kononnya. aku dah terbayang huh, sampai petang la ni. duduk saja, sambil tengok semua tak keluar kereta. dan kereta belakang aku ni sibuk hon. aku malas nak hon, sebab agak banjir atau kemalangan.

setelah 20 minit, ada pakcik keluar dari lori dan cuba intai-intai, jadi aku pun keluar sekali.
borak-borak, dan semangat ingin tahu aku membawa aku ke arah masalah ini. sempat juga aku capai kamera. jauh juga berjalan, ada juga kereta Saga biru cuba nak tembus sempadan jalan, tapi masalahnya rumput dan tanah lembut pula, jadi abang tu jadi buntu. ada pajero selamba je lepas sempadan ni.





 aku ke depan lagi. akhirnya, aku tahu puncanya. sempat ada kereta Vios kot, berani lepas air banjir ni, tapi memang ekzos tu setahap dengan air.
Viva akak ni tak berani, macam takut-takut, jadi ada abang-abang tolong carikan batu untuk kereta dia lepas penghadang jalan untuk patah balik.gambar nya di bawah.





aku pun patah ke kereta semula, sepanjang jalan, orang bertanya, aku pun terangkan. ada sorang makcik ni ada appoinment dengan Doc. terbatal lah temujanji itu. sampai di kereta aku, semua sedang pakat untuk songsang arah jalan, aku pun turut serta, alhamdulillah, semua kereta pakat songsang. dan patah semula ke bulatan. polis yang melalui bulatan tu pun senyap. aku dah takut kena saman, tapi ramai kot yang songsang arah. alhamdulillah... sejam juga tersangkut di sini.

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


Sukaneka Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Zon <b>Beranang</b>

Posted: 09 May 2012 08:35 AM PDT

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil semasa Sukaneka Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Zon Beranang/Semenyih. Mak fa sebagai salah seorang ahli dalam AIM.  Pagi-pagi ada senam aerobik. Wah jangan ingat perempuan tak boleh bersenam. Semangat mak-mak kita tau.







Terdapat beberapa permainan yang dianjurkan oleh pihak AIM untuk para ahli, anak-anak dan dll. Ada bawak bola pingpong guna sudu, tarik tali suami dan ahli, isi air dalam botol, bowling kelapa dan lain-lain. Akhir acara- pemenang dapat la hadiah sumbangan dari setiap zon di Semenyih. Terdapat jugak gerai-gerai yang dibuka seperti makanan, minuman dan lain-lain. Paling femes gerai mak fa, nak promote sikit. Datuk Johan, Adun BN Semenyih says "Ini baru betul. makanan tradisional" ada gambar dengan mak fa dengan Datuk Johan tapi tak tahu sapa punya kamera. hahaha. sebagai tanda kenang-kenangan. hadiah Kuih Karas dan Kuih Goyang diberikan. kalau korang tak tau. boleh search kat google apa itu Kuih Karas dan Kuih Goyang. 
*Thanks to Datuk Johan kerana menyumbangkan mesin pengacau-Mixer-kepada Mak. Raya nanti boleh buat biskut/kek banyak-banyak. dan tukang makan dan beli adalah KORANG la. hihi..

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Program SERANG <b>di</b> Parit 3 <b>Sungai Burong</b>, Tanjung Karang.

Posted: 13 May 2012 04:45 AM PDT

13/05/2012 - Program SERANG Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Karang, menerima sambutan daripada golongan muda serta penduduk sekitar Kampung parit 3 Sungai Burong, Tanjung Karang.

Saudara Budiman, selaku Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor, turut hadir bagi menyampaikan ceramah berkaitan salah guna kuasa kerajaan negeri selangor dalam Program SERANG di sini, malam tadi.

Selain itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Karang bersama Ahli Jawatankuasa Pergerakan itu, turut sama hadir dan duduk bersama dengan orang ramai yang hadir di Program SERANG ini untuk mendengar ceramah yang disampaikan.

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Terkini!! Live : Video Demo Mansuhkan Tol <b>di</b> Plaza Tol Batu 3 <b>Shah</b> <b>...</b>

Posted: 13 May 2012 12:30 AM PDT

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


kathyjem: First Time Checkup <b>Di</b> Klinik Kesihatan <b>Kelana Jaya</b>

Posted: 02 May 2012 12:18 AM PDT

Demi buku merah ini ku sanggup berjam-jam lamanye di Klinik Kesihatan Kelana Jaya.. pufff~~

Owh di fb aku tulis Hospital Kesihatan Kelana Jaya kan.. Tapi sebenarnya di Klinik Kesihatan KJ yek.. hehehe Silap di situ yer.. =D


Ko dari pukul 8.15 aku kat sepital gomen ni sampai kol 1.00 tgh ari baru settel.. rase nak nangis jer masa tunggu kat sepital KK ni tau.. Siap cakap kat Affan.. ** hey b macam ni ker kite nak pegi second checkup.. Tunggu punye lama ni.......

Tapi dah tau dah klinik KKJ ni memang ko akan tunggu berjinggut di situ.. Sajer nak nak buat buku merah ni sebab takut kalo ada kes berat2, Hospital Umra akan refer Hospital Kerajaan gak.. So untuk langkah berjaga aku di nasihatkan untuk check kat Klinik Kesihatan.. Nasib ada Klinik Kesihatan Kelana Jaya ni dekat sikit ngan rumah..

Tapi dari segi checkup KK ni bagus.. Dieorang check detail.. Sebelum ni aku pergi klinik swasta dieorang just check perut jer..

Ada la jugak bagus Klinik Kesihatan ngan Klinik Swasta.. Yang best klinik swasta ko takyah tunggu lama.. Sampai2 terus jumpe doktor.. Kalo KK ko kena register pastu die akan check satu badan ko.. Pastu next appointment baru leh jumpe doktor.. haaa gitew...

Pagi tadi sampai2 jer ambik nombor.. pastu check berat badan.. Dah ambik masa 1 jam.. Pastu ambik ujian HIV.. Dh 1 jam  menunggu.. Pastu ujian darah.. Tunggu nak ambik ujian darah ni la yang paling lama aku rase.. Pastu tunggu untuk check breast.. bla bla bla.. tunggu ambik ubat.. Done.. Lama kan proses die.. Setiap checkup adalah memakan 1 jam lebih yer... senyum skitttttt... =)

Second checkup ni tak tau nak pegi ke tak Klinik Kesihatan ni.. Tapi dieorang suruh datang gak sebab nak check ngan doktor.. Tadi tak jumpe doktor pon.. tapi aku cakap ngan dieorang yang aku hujung bulan ni nak check terus kat Hospital Umra tempat aku bersalin..

Tapi dieorang suruh gak aku datang second checkup.. hurrmmm tak tau nak pergi ke tak... bukan apa tak tahan nak menunggu sebenarnya.. Dah la klinik kerajaan susah nak bagi mc.. Kat SYABAS ni pulak kalo ambik timeoff lebih 2 jam dieorang akan tolak terus cuti tahunan.. Sayangla kan cuti kena tolak.. =(

piece : kathyjem

ads