Khamis, 20 Jun 2013

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


Cantik Betul tengok Sunset <b>di</b> Tanjung Harapan, <b>Port Klang</b>

Posted: 02 Jun 2013 04:43 AM PDT

Baru-baru ini masa pi makan di Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang, sempatlah lepak-lepak untuk tengok matahari terbenam.
Memang cantik betul dapat tengok sunset, especially kawasan ni adalah pelabuhan. Ianya tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan Pantai Jeram, Kuala Selangor.
Masa ni matahari dah hampir tidak kelihatan. Tenang aja laut kat sini.
Sebelah kanan tu le tempat kami menikmati makan malam.
Boleh juga bergambar since kat tepi-tepi tu ada batu-batu besar.
Pemandangan ini menjadi salah satu tarikan kat sini, ramai yang ambil kesempatan untuk ambil gambar.
Entahlah Afiqah ni, apasal le ambil dahan pokok tu untuk bergambar.
Danish pula sangat suka dapat berada di sini. Jauh dari Kuala Lumpur. Actually tak ada le jauh sangat, lebih kurang 1 jam perjalanan.
Ada lagi gambar ya, banyak juga saya ambil. 
Tapi sayang tak sempat ambil gambar kapal besar yang lalu kawasan ini. My son cakap macam kapal Titanic pula.
OKlah semua, ni gambar terakhir untuk entri kali ini.

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Henna (Inai) Ukiran Pengantin: Henna/ Inai Pengantin <b>di Ampang</b>.

Posted: 10 Jun 2013 11:52 PM PDT

Salam Semua, Selamat kembali ke sekolah , bagi adik-adik yang bersekolah dan tak lupa juga bagi guru2 yang mengajar.

sepanjang perjalanan cuti sekolah selama 2minggu ini, keadaan jalan raya masa Norish berinai sana sini , Alhamdulillah, tak lah sibuk seperti selalu. hihhi..boleh lah budget time awal pada customer yang dah buat appointment, mmmm tapi ada gak yang jam sikit2 sebab ada accident kan.. huhuu....

Alhamdulillah rezeki Norish semakin murah , sbb tiap2 hari Norish ada job dengan pengantin, sampaikan kedai kat uptown tu ,tak sempat nak, buka. untuk pengetahuan semua, Norish masih lagi beroperasi di shah alam seperti biasa, cuma kene call dulu sebelum datang tau.... hihiihi... nasib ada crew yang boleh tolong norish buka kedai, walaupon mereka hanya buat Part time.

Makin banyak job pada cuti sekolah , makinlah banyak ragam customer yang Norish jumpa, dari secerewet orang sehinggalah seikhlas manusia..banyak yang Norish perlu bersabar dan tangani dengan sebaik mungkin.
Alhamdulillah juga rezeki Norish untuk bertemu dengan pelakon dan pelawak kita Kak Eida Moin. Ini untuk majlis adiknya, Eddy Moin, hah.. dia pon sporting sangat cool jer kira best lah. seronok betul dengan kak eida nih, macam dah kenal lama, orang nya sangat ramah dan kelakar, jadi jomlah kita lihat lukisan apa yang Norish buat khas untuk mereka :)




haa... seronok kan... huhuuh... Alhamdulillah rasa hati nih sangat berbunga bunga, sebab secara kebetulan hari yang Norish jumpa Kak Eida n Eddy nih , ialah pada hari ulang tahun perkahwinan Norish yang ke-5 dengan suami tercinta... En.Raja Abdul Firdaus.

okey u guys... jumpa lagi  :) Terima Kasih.

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


sekitar pru 13 <b>di</b> kampung <b>jeram</b> bukit batu muar - journal of life

Posted: 06 May 2013 11:55 PM PDT


PRU13 is now over... pelbagai reaksi dari pelbagai pihak dikeluarkan... kecoh, heboh sampai tak tahu yang mana tulen yang mana palsu....tapi, yang itu aku cerita nanti lah... post yang nie aku cuma nak ulas pasal suasana PRU13 kat tempat aku mengundi...
Yup...nie kali kedua aku berPRU. Kemeriahan kali ini jauh berbeza dengan 5 tahun dulu. Diakui kampung aku nie BN memang kuat... bendera sepanduk BN jelah semata sampai dalam rumah aku pun ada bendera BN. Maklumlah, mak dengan adik-adik aku semua support BN. Aku je atas pagar...miahaha....
Awal-awal pagi, tatkala aku masih enak dibuai mimpi dalam bilik tidur yang sentiasa malam itu... mak aku dah jadi antara yang terawal keluar mengundi... aku ??? Cool cool... lepak-lepak siapkan anak2...sampai ada org BN aku rasalah bagi salam cari Norafesa, dia tak balik mengundi ke? Hikhikhik....masa tu aku tgh siapkan Arissa lepas mandi.... tak kose aku nak rushing...datang pagi-pagi beratur panjang2... tak mau! Yang penting, undilah dengan betul2...before 5pm... sebab kalo dtg tepat pukul 8pagi pun kertas undi dikira bermula jam 5.30ptg jugak...hehehe....


Bersemangat aku pukul 11 lebih gitu mengorak langkah ke Sekolah Kebangsaan Seri Bukit Batu untuk membuang undi. FYI, sekolah tu belakang rumah jek... bukak pintu dapur nampak dah sekolah tu..dari pagi menderu-deru bunyi kenderaan pergi-balik dari pusat mengundi. Kereta-kereta BN pun banyak je lalu lalang menyediakan perkhidmatan FOC... akuuuu??? Memilih untuk berjalan kaki and I doubt diorang nak tumpangkan aku with this color... hehehehe.... tapi at last sepupu aku Afiq volunteer hantar naik motor... naik jela..hehehe....
Balik2 rumah hari tu mak aku terus tunjukkan aku kertas kat bawah ini... 2 kad berbeza... 2 nombor siri berbeza... kalaulah boleh undi dua kali... mampos!


Then...dari kejauhan... kemeriahan bendera BN terserlah di bawah awan mendung kelabu... markas BN selangkah je dari pusat mengundi... apo nak dikato....tapi purnama kekal mengambang penuh besar bulat dan paaaling tinggi... yeay!
+

Tu je la kot sikit-sikit gambar yang aku sempat snap :-) Obvious sangat la kan aku undi Dr Sheikh Ibrahim and Alhamdulillah dia menang :-) He is a well-deserved winner, with his contribution and responsible...aku doakan Allah permudahkan segala urusan beliau dalam menjaga DUN Sungai Abong. Semoga Allah merahmati usaha beliau dan memurahkan rezeki beliau.... Amin !!!

Masa balik tu, banyak la kereta2 BN parking tepi jalan..tapi x de sebijik pun offer nak hantar aku.... hahahahaha.... is the color so obvious??? :p :p :p
p/s - aku dengar ada org cakap aku gi khemah PAS sebab nak claim duit tambang balik mengundi? Ho ho ho... aku mengundi Lillahi Ta'ala... bukan nak buat duit... sorry!!!!
Published with Blogger-droid v2.0.10

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di jenjarom</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Jun 2013 03:27 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Aku Budak Telok: Mari Kenali Sejarah TPG: Telok, Kampung Medan <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2013 08:32 AM PDT

Salam buat kengkawan semua. Apa khabar waris (warigh, kata orang Nogori Sembilan)? Moga-moga sihat semua..
Sebut pasal warigh, teringat aku lagu rapper Negeri Sembilan tu... (Aku tukar sikit liriknya)

                                    Melayu Telok..where you at?
                                    Jawa Sijangkang...where you at?,
                                    Melayu/ Jawa  Kg. Medan...where you at?,
                                    Jawa Kebun Baharu...where you at?
                                    Jawa Jenjarom...Where you at?
                                    Sakai Telok Gonjeng...where you at?
                                    Semua ada berapa?
                                    Beribu-ribu. (Hahaha...Amekkau!)

Sebut pasal Telok Panglima Garang, sebenarnya kita bercakap pasal kampung dan mukim menggunakan nama yang sama. Mukim Telok ini terletak dalam daerah Kuala Langat. Di dalamnya ada banyak kampung tradisional, kampung baru dan taman-taman perumahan yang sedang rancak naik macam cendawan lepas hujan. Aku sengaja masukkan dalam entri ini sejarah kg. Jenjarom.Walaupun Jenjarom berada dalam mukim yang lain ( Mukim Tanjong Dua Belas), namun hubungan erat penduduk telah terjalin sejak sekian lama. Dulu klinik kerajaan, dewan orang ramai, ,balai polis, pejabat pos hanya ada di Sg. Jarom. Jadi, Jenjarom penting bagi orang-orang di Telok.

 Korang tengok jer peta di bawah ni, korang akan get the picture, kata cikgu omputeh aku dulu.


Jadi, hari ini, aku nak bawa tuan-tuan, puan-puan, adik kakak ke mukim kami yang tercinta ini. Bukan citer pasal lanskapnya, tapi sejarah gemilangnya. Semoga anak-anak dapat belajar asal usul tempat tumpah darah datuk nenek , ayah emak kamu sekalian. Begini ceritanya.....

Kampung Telok Panglima Garang
Nama asal Kampung Telok Panglima Garang adalah Nibong Dengkil dan terletak di telok sungai di mana didiami oleh kaum orang asli. Disebabkan kedudukannya yang strategik, ramai pedagang-pedagang Aceh datang dan mula membuat penempatan di hilir sungai sehingga kawasan tersebut dipanggil Beting Pak Aceh.
Apabila segolongan mereka mengetahui bahawa terdapat Orang Asli tinggal di Nibong Dengkil, maka pedagang Aceh ini mudik ke hulu untuk mengambilalih dan menguasai Nibong Dengkil. Sewaktu itu terjadi pergaduhan di antara mereka dan menyebabkan Orang Asli melarikan diri ke Bukit Tampoi di Dengkil. Di sepanjang perjalanan Orang Asli yang menyusuri sungai hingga ke Bukit Tampoi, Dengkil mereka telah berpesan kepada penduduk yang ditemui dengan kata-kata :

"JAGA BAIK-BAIK DI TELOK ADA PANGLIMA GARANG"

Sebagai bukti terdapat penduduk di kalangan penduduk asli di Bukit Tampoi, Dengkil mendakwa dan mengaku bahawa mereka berasal dari Telok dan menetap di sini setelah dihalau oleh pedagang Aceh yang amat handal dan garang. Begitulah asal-usul nama Kampung Telok Panglima Garang manakala lambang harimau diambil di atas keberanian dan sifat pedagang Aceh 


Kampung Sijangkang
Kampung Sijangkang merupakan salah satu kampung yang terletak di daerah Kuala LangatSelangorMalaysia. Kampung Sijangkang terletak terletak lebih kurang 12 km dari arah Klang ke Banting di Kuala Langat. Pusatnya pekan Sijangkang.Nama Sijangkang berasal dari sejenis pokok yang menyamai pokok getah. Ia adalah sejenis pokok hutan yang menyebarkan biji-biji dengan cara ltupan sendiri. Nama pokok itu adalah pokok Jangkang. Pokok ini terdapat di sebahagian tempat di Indonesia.
Masih berkaitan dengan pendapat pertama juga. Pokok Jangkang itu mati di sebuah anak sungai yang kemudiannya diberi nama sungai Jangkang iaitu anak Sungai Langat. Dalam bahasa Cina, mati disebut 'si'. Maka timbul nama 'Si Jangkang' yang akhirnya bertukar menjadi 'SIJANGKANG'.
Adalah dianggarkan kampung ini mula dibuka dalam lingkungan tahun 1907. ia diteroka dari arah Sungai Jangkang. Sebahagian dari penduduk kampung ini adalah berasal dari Indonesia iaitu Pulau Jawa, manakala yang lainnya berasal dari kampung-kampung lain yang lebih lama dibuka seperti Kampung Benting Tengah dan Kampung Pendamar. Mereka mendarat dari Sungai Jangkang dari pengkalan-pengkalan kecil yang terdapat di tepi sungai. Ini bermakna kampung Benting Tengah dan Kampung Pendamar adalah lebih tua dari Kampung Sijangkang.
Tanah perkuburan yang pertama terletak hampir dengan sungai dan ketika ini dipercayai sudah terhakis oleh air sungai tersebut. Wakaf perkuburan yang ada sekarang asalnya adalah tapak masjid lama dan Sekolah Melayu lama (dibuka pada tahun 1911).Pada masa dulu tanah dari tepi sungai hingga ke perkuburan sekarang adalah di bawah Geran Bebas (Geran Putih) iaitu boleh dibeli oleh orang asing. Peneroka Kampung Sijangkang yang awal menjualnya kepada orang Cina untuk menambah pembiayaan menunaikan fardhu haji. Sebab itulah hingga sekarang, orang Cina masih mempunyai kebun di situ. Bagaimanapun dalam lingkungan tahun 1925, ada beberapa sekatan dan pindaan kanun tanah dari Geran Putih ke Geran Merah. 

Pada tahun 1930-an, kemudahan asas iaitu jalan raya mula dibina menghubungkan satu tempat ke satu tempat. Pekan (kedai-kedai termasuk pasar) Kampung Sijangkang yang awal adalah terletak di Batu 8 (jaraknya 8 batu dari Klang = 12.8 km). Kemudian selepas zaman darurat, selepas orang-orang Cina dipindahkan ke kampung-kampung baru, Pekan Kampung Sijangkang dipindahkan ke Batu 1. Tanaman hasil utama di Kampung Sijangkang ketika itu ialah getah dan kopi.
Pulau Carey
Pulau Carey merupakan sebuah pulau yang terletak di dalam negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak di selatan Pelabuhan Klang dan utara Banting. Pulau Carey merupakan pulau lembangan mendatar yang besar terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Walaupun secara teknikal ia merupakan sebuah pulau, namun pada hakikatnya tanah pulau ini hanya dipisahkan dari tanah besar disebabkan oleh kehadiran Sungai Langat diantara keduanya. Pulau Carey mendapat nama dari seorang pegawai British yang juga merupakan pengusaha ladang kopi dan getah bernama Valentine Carey, beliau dilihat arif dalam aktiviti pertanian dan kesuburan tanah pertanian yang telah digunakan melebihi 100 tahun. Pulau Carey juga pernah dikenali dengan nama seperti Pulau Bangsar dan Telok Gonjeng

Pulau Carey cukup sinonim dengan kewujudan penempatan awal masyarakat Orang Asli, Mah Meri yang terkenal di Malaysia. Mah Meri merupakan salah satu dari 18 buah puak Orang Asli yang wujud di Malaysia. Jarak Pulau Carey dengan bandaraya Kuala Lumpur ialah sekitar 50 kilometer. Di sini terdapat enam buah penempatan masyarakat Mahmeri iaitu di Kampung Sungai Judah, Kampung Bumbun, Kampung Sungai Rambai, Kampung Kepau Laut, Kampung Sungai Jugra dan Kampung Sungai Kurau (Shaiful Bahri Md. Radzi, 2002a).Komuniti Mah Meri di sini cukup ramai bilangannya mencapai 1400 orang, yang terkenal dalam aktiviti pembuatan boneka kayu dan topeng.

Kampung Jenjarom
Menurut catatan sejarah, Kampung Jenjarom mula diterokai oleh sekumpulan orang Melayu pada tahun 1926 bersamaan 1346 Hijrah dalam Kalendar Islam. Kumpulan peneroka kebun ini diketuai oleh Tuan Haji Masrek Haji Narang yang juga berketurunan Banjar. Pada asalnya, tanah di Kampung Jenjarom hanya diusahakan sebagai kawasan perkebunan. Antara tanaman yang mereka usahakan ialah nanas, pisang, ubi kayu dan banyak lagi. Setelah selesai berkebun, kumpulan peneroka ini akan pulang ke rumah masing-masing yang terletak berhampiran Kampung Jenjarom seperti di Sungai Jarom, Sungai Buaya dan Kampung Sijangkang.
Jenjarom dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu Sungai Jarom dan Kampung Jenjarom. Nama Kampung Jenjarom berasal dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Rumput Purun. Pada masa dahulu, rumput ini banyak tumbuh di sekitar kawasan Kampung Jenjarom. Bentuknya yang tirus, tajam dan tersusun seperti jarum memberi ilham kepada peneroka kampung untuk menamakan kampung ini sebagai Kampung Jenjarom. Ia dibahagikan mengikut kawasan-kawasan tertentu, bermula dari Kawasan Satu hingga Kawasan 12. Setiap kawasan ditandakan dengan sebuah papan tanda.

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Retreat Pusat Khidmat Masyarakat DUN <b>Hulu Kelang</b> | Saari Sungib <b>...</b>

Posted: 14 Jun 2013 11:45 PM PDT

Hulu Kelang, 14 & 15 Jun 2013 – Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Hulu Kelang telah mengadakan Retreat selama dua hari bagi membincangkan pencapaian 5 tahun PKM beroperasi dan penambahbaikan yang perlu ditingkatkan dalam memberi khidmat kepada penduduk di DUN Hulu Kelang.

Saari mengupas beberapa pandangan umum dan kajian beliau terhadap program

Saari mengemukakan beberapa penemuan hasil kajian dari beliau berdasarkan pertemuan, mendengar pandangan dan berurusan dengan pelbagai lapisan masyarakat di DUN Hulu Kelang

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Hulu Kelang merangkap Ahli Majlis Zon 1, A Yazid Alias me

Ahli Majlis Zon 1, En A Yazid Alias menerangkan peranan yang boleh dimainkan oleh MPAJ dalam membantu PKM menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk

Pengurus PKM Hulu Kelang, Mohd Helmizan Abd Karim menerangkan permasalahan yang berlaku ketika penduduk berurusan di pejabat yang perlu penambahbaikan perkhidmatan kepada merea

Pengurus PKM Hulu Kelang, En Helmizan Abd Karim menerangkan pencapaikan 5 tahun PKM beroperasi dan permasalahan yang perlu dibaiki dalam memberi perkhidmatan terbaik  kepada penduduk

Beberapa pandangan dan cadangan telah diutarakan

Beberapa pandangan dan cadangan telah diutarakan dalam merancang perlaksanakan beberapa program dan perkhidmatan kepada penduduk

Antara wakil yang telah hadir pada majlis tersebut

Ahli Majlis, Pegawai PKM, Jawatankuasa Penduduk (JKP), wakil dari masjid & surau, anak muda dan wanita antara yang hadir pada retreat tersebut

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


chedinsphere.: Mengopi <b>di Bangi</b> - Newer Posts

Posted: 10 Jun 2013 11:40 PM PDT

Salam. Segala kandungan dalam blog '.chedinsphere.' ini adalah bersifat untuk perkongsian maklumat dan ilmu sahaja. Segala pandangan yang diberikan pada bahagian komen pengunjung blog, tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Sebahagian maklumat, gambar dan bahan yang dipaparkan di dalam blog '.chedinsphere.' ini adalah hak milik pihak penerbitan masing-masing dan disiarkan di sini sebagai rujukan semata-mata. Sebarang penyalahgunaan maklumat, gambar dan bahan daripada blog ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang menyalahgunakannya. Harap maklum. Salam hormat daripada saya. Terima kasih.

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Mummy-Loves-You: Tadika & Taska <b>di Selayang</b>

Posted: 05 Mar 2013 08:01 PM PST

aku ni mmg jenis suke fikir bende seploh tahun akan datang.. so since raisha baby lg aku da mule mencari dan menilai bila mase yang sesuai utk die pegi sekolah..
penat gak la goggle bace forum sane sini sampai aku migrain muntah2 hahaa over! tp mmg betul bila baca mcm kat forum aku rase cuak dan risau.. takut tak bokleh bagi yg terbaik utk die..takut tersalah pilih..takut die tak suke..

pada aku tak salah nak survey sekolah utk anak awal2 sbb kite boleh budget & simpan duit sikit.. sekolah skrg ni nak pakai duit bukan sikit woii kadang2 tu lebih dari gaji aku sebulan..


mule2 sekali aku survey SmartReaders.. branch paling dekat ngn ofis aku ade kat Hartamas.. kalau da name Hartamas aku nak tanye harga pun tak berani.. confirm meninggal!
tapi aku tau kat Selayang ade banyak branch..
nk pegi tanye satu2 takde mase so aku email la SmartReaderKids HQ
mase tu raisha belum 2 tahun lagi..dalam satu malaysia ni ade dua je centre yang terima budak umur 3 tahun.. iaitu di Klang dan Selayang! haa cantik sgt la tu kan..
mmg dekat sgt ngn umah aku..
bila aku call die ckp boleh terima raisha tp utk weekend class sahaja 2hours every class fee RM 80 per month.. ok la tak mahal sangat tapi aku rase itu belum campur bende2 lain lagi.. mau makan beribu agaknye.. sepatutnya kene hantar raisha trial class dulu class start 10am hari sabtu .. malas plak rase nak siap2kan die sbb hari sabtu adalah hari untuk aku bergolek2 atas katil smpai tengahari.. hahaa

kebetulan pulak tuan rumah aku sendiri dah bukak branch CIC kat Selayang Pandang... skrg ni Islamic School da jadi trend kan..lagipun mmg CIC ni antara yang terbaik la..
aku survey2 harga hurmmm agak costly sikit.. luar kemampuan eden ni haa..
register RM 580 kalau tak silap.. sampai pukul 12pm RM 250-280 kalau tak silap gak la.. pukul 2pm RM 400 dan sampai fullday sampai pukul 6pm RM550.. aku kalau boleh nak hantar fullday kalau tidak pun atleast sampai pukul dua.. so mmg babai CIC :(

Brainy Bunch pun ade kat Selayang.. tapi bila check website die mahal.. lagi mahal dari CIC
maybe sebab status International kot sbb tu mahal..

survey2 lagi bump la kat website.. The Little Caliphs


yang ni best sikit sebab ade branch baru bukak kat area Selayang Mall.. Taman Paragon.. harga pun ok tp tadika tu tak boleh nak terima raisha sbb raisha kecik lagi baru umur dua tahun..
yang ni mmg KIV la..
ingat tahun depan mmg nak hantar raisha kat situ.. fullday dalam rm370++..
nak tau harga lebih lanjut email sendiri khalifahikhlas@gmail.com untuk branch Selayang Paragon sahaja ye ibu-ibu..

Selayang ni mmg untung merata-rata tadika untuk budak-budak ade.. dekat-dekat plak tu kat umah aku.. KRISTA ade.. in fact PASTI  sebelah umah aku je hahaa ... raisha lari 5 langkah je da sampai! tapi tula aku kalau boleh nak hantar die fullday atau pukul dua.. PASTI sampai pukul 11 pagi je.. lagipun raisha kecik sgt diorg tak boleh terima..

Tadika Kemas pun ade belakang umah aku je.. yang ni lagi la 5-6 tahun baru boleh masuk..
lagipun mase aku survey2 aku pernah terbaca kat blog mane ntah cakap tadika kemas untuk ibubapa yang kurang berkemampuan shj.. yuran murah sbb ade subsidi kerajaan..
bukanlah maksud aku nak merendah2 kan tadika kemas tp kesian la kat mak bapak yang anak die boleh sekolah kat tadika kemas kang aku hantar raisha kang penuh anak2 diorg da tak boleh masuk..
macam BR1M la kalau kau da tau ko tak layak tp kau apply gak.. tup2 ko dapat.. sedangkan ade orang yg lagi susah dari kau apply tak dapat.. kire macam kau da caras orang yang selayaknye dapat la.. tak baik mcm tu menganiaya orang namenye.. eh melalut mane ni hehee

ok tapikan sebenarnye papa raisha nak anak die masuk sekolah cina.. dan anak die pun mmg da start kat sekolah tu.. hahaa penat je aku survey selame ni T_T .. nanti aku cite macam mane raisha boleh masuk sekolah cina tu ok papai!

thank you so much for reading this entry.. have a good day mothers!

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


[n03 <b>sungai panjang</b>] budiman mohd zohdi, pemuda <b>...</b> - Jawa Bernam

Posted: 30 Apr 2013 05:30 AM PDT

CALON N03 DUN Sungai Panjang yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Sungai Besar. Budiman Mohd Zohdi merupakan anak jati Sungai Limau, Sungai Besar. Siapa yang tidak kenal dengan tokoh pemimpin belia ini yang juga Pengerusi Majlis Belia Daerah Sabak Bernam. 
Pemegang Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang komunikasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini merupakan anak muda tempatan harapan rakyat di DUN Sungai Panjang. Pemuda gagah berani yang lantang bersuara disegenap medium. Seorang pemimpin belia yang akitf memberikan motivasi dan penguat semangat kepada anak muda yang lain demi untuk mengekalkan keharmonian negara yang sedia ada.
Budiman Mohd Zohdi atau lebih selesa dengan panggilan Budi amat disenangi oleh penduduk setempat yang memerlukan semangat orang muda untuk mengubah kerajaan negeri Selangor kembali kepada Barisan Nasional. Antara jawatan dan pencapaian sepanjang terlibat dengan politik adalah, Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Sabak Bernam dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar. Naib Presiden MAYC Kebangsaan. Aktivis Mahasiswa Pertengahan 90'an. Telah menulis 3 buah buku: Pengucapan Awam, Taman Rohani dan Mesyuarat itu Mudah. Menulis rencana berkaitan isu belia di akhbar-akhbar utama. Penerima anugerah Belia Negara peringkat Negeri Selangor kategori kepimpinan dan mengasaskan Program Komuniti Belia Jom Berubah - program pembangunan diri secara percuma.
Penampilan beliau dalam PRU13 kali ini umpama memberi harapan baru kepada rakyat Selangor khususnya di DUN Sungai Panjang yang memerlukan tenaga segar dari orang muda. Pernah juga menjadi wakil negeri Selangor bagi membawa hasrat rakyat di Perhimpunan Agung UMNO 2012. Calon yang dinanti-nantikan bagi mewakili semangat anak muda diperingkat nasional. Pencabarnya di DUN Sungai Panjang adalah calon dari PAS yang sudah 2 kali berturut-turut kalah kepada calon Barisan Nasional sebelum ini.
Calon yang bakal meremajakan UMNO. Pemuda Harapan Bangsa. Inilah Calon Barisan Nasional.

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


GAMBAR KEMALANGAN MAUT PELAJAR UITM <b>DI SHAH ALAM</b> 16 <b>...</b>

Posted: 16 Jun 2013 06:30 PM PDT

Kemalangan maut 16 June 2013 pelajar Uitm melibatkan Perodua Viva di Shah Alam

kereta viva remuk kemalangan di shah alam 2013 kemalangan maut pelajar uitm di shah alam 16 jun 2013

Malang tidak berbau, apabila tiga sahabat maut manakala seorang cedera selepas kereta yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Km 14.5 Lebuh Raya Persekutuan menghala Kuala Lumpur menurut laporan dari sumber berita

Tragedi tragis yang berlaku kira-kira jam 5.30 pagi itu menyebabkan pemandu Perodua Viva, Adam Abdul Rahman dan dua rakannya, Ameer Asyraf Sulaiman  dan Nurul Maizura Maidan Dali  meninggal dunia di tempat kejadian

Dalam insiden itu, Nurfarina Mokhtar berasal dari Kelantan, yang merupakan penumpang di bahagian hadapan hanya cedera ringan

Kesemua mangsa berusia 18 tahun. Adam, Ameer dan Nurfarina merupakan penuntut di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam manakala Nurul Maizura pula penuntut di Universiti Putra Malaysia, Serdang

Difahamkan keempat-empat sahabat itu dalam perjalanan pulang dari taman tema i-City, Shah Alam ke Kuala Lumpur

Impak rempuhan itu, turut menyaksikan kereta Perodua Viva yang dinaiki mangsa remuk dan terkopak teruk

kereta viva remuk kemalangan di shah alam 2013 2 kemalangan maut pelajar uitm di shah alam 16 jun 2013

Foto – Facebook rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat

kereta viva remuk kemalangan di shah alam 2013 1 kemalangan maut pelajar uitm di shah alam 16 jun 2013

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di</b> Lembah Klang & <b>Hulu Selangor</b> Khamis Ini

Posted: 17 Jun 2013 04:56 PM PDT

Beberapa kawasan di Lembah Klang dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air pada Khamis ini berikutan kerja-kerja mengganti injap di Pam No 3, Rumah Pam Air Terawat di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.
Gangguan bekalan air dijangka berlaku dari pukul 8 pagi hingga 8 malam berikutan kerja yang akan dijalankan oleh operator Loji Rawatan Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash), menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd di sini Isnin.
Pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.
Antara kawasan yang terlibat di Kuala Lumpur ialah Bukit Kiara, Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara Resort, Pusat Sukan Bukit Kiara, Pusat Sains Negara, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Suruhanjaya Sekuriti, Bahagian Teknologi Pendidikan dan Pusat Konvensyen Sime Darby.
Kawasan Bukit Damansara meliputi Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setiabistari, Jalan Setiamurni 1-12, Jalan Setiabudi, Jalan Setiarasam, Jalan Setiaraya, Jalan Setiajaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setiabakti, Jalan Setiakasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.
Kawasan Gombak meliputi Bandar Sri Damansara, Kepong Industrial Park, Kawasan Industri Tago, Sunway SPK, Wangsa Permai, Desa Park City, Taman Bukit Maluri, Manjalara Kepong, Desa Aman Puri, Medan Putra, Country Height Damansara dan Sunway SPK Harmoni 3.
Di Hulu Selangor, kawasan yang terlibat ialah Kampung Sungai Serai, Kuang, Kampung Baru, Kampung Melayu Sri Kundang, Kampung Permata, Taman Desa, Bandar Baru Kundang, Kundang Jaya, Bandar Tasik Puteri, Taman Tasik Biru dan Taman Perindustrian.
Kawasan Petaling melibatkan Bukit Rahman Putra, Taman Impian Indah, Taman Sri Putra, Saujana Akasia, Taman Sri Putra Mas, Taman Matang Jaya dan Kampung Matang Pagar.
Sementara itu, beberapa kawasan akan mengalami tekanan air yang rendah iaitu kawasan Segambut meliputi Taman Sri Sinar, Taman Sri Bintang, Taman Bukit Sri Bintang, Taman Prima Pelangi, Taman SPPK Segambut, Taman Segambut, Taman Segambut Permai.
Taman Segambut Damai, Taman Segambut Muda, Taman Segambut Aman, Taman Bukit Segambut, Taman Indah Murni, Taman Prima Impian, Taman Desa, Kampung Segambut Dalam, Kampung Segambut Bahagia, Kampung Segambut Tengah, Kampung Segambut Gate, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta, Kesington Park, Changkat Kiara Bayu, Changkat Kiara Surya, Prima Duta, Menara Duta, Duta Ria dan kawasan Mont Kiara.
Di Petaling meliputi kawasan Kuarters Penjara Sungai Buloh, Kampung Kubu Gajah, Kampung Merbau Sempak, Desa Moccis, Kampung Paya Jaras, Hospital Kusta, Kampung Baru Sungai Buloh (Kampung Baru Cina), Kampung Desa Aman, Saujana Damansara dan Prima Damansara.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL)di 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222.
Maklumat lanjut boleh melayari laman web Syabas di www.syabas.com.my atau menerusi Twitter dan Facebook PUSPEL.- BERNAMA

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


KHIDMAT MERU: PENGHARGAAN KEPADA PENGUNDI <b>DI MERU</b>

Posted: 10 Jun 2013 08:19 AM PDT






YB Dr Rani menyampaikan sumbangan buah kurma dan buah tin dari Tunisia kepada peniaga-peniaga dan pengunjung-pengunjung gerai di Pasar Pagi Jalan Kedah sebagai penghargaan kepada sokongan mereka kepada beliau didalam PRU yang ke 13 yang lalu. YB Dr Rani menang dengan majoriti 9,079 undian bertanding melawan calun Umno di DUN Meru.

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Hasan Ali Tercicir Dari Perjuangan - PKM <b>Sungai Burong</b>

Posted: 25 Apr 2013 05:03 AM PDT

Block D Sawah Sempadan, 24 Apr    :    Rakyat di Tanjong Karang diminta tidak terpengaruh dengan ucapan yang telah 20130424_231256disampaikan oleh Presiden Jalur Tiga (JATI), Dato' Dr Hasan Mohamed Ali, yang juga Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor  yang baru-baru ini datang memberikan ceramahnya di kampong ini, kata bekas Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir.

Dr Hasan, katanya, adalah tergolong dari kalangan orang yang tergelincir daripada perjuangan, kerana tidak sabar dalam mengharungi gelora di dalam bahtera perjuangan.

"Jika kita berada di dalam sebuah bahtera yang sedang belayar di tengah lautan, kita jangan pula cuba untuk menebuk kapal tersebut kerana bukan sahaja orang yang berada didalam kapal akan tenggelam tetapi orang yang menebuk kapal tersebut juga akan  turut tenggelam", katanya lagi.

Saya difahamkan, semasa beliau berceramah di kampong ini, beliau telah meminta supaya orang ramai tidak memberikan undi satu pun kepada calon PAS yang akan bertanding di DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, sedangkan semasa Dr Hasan, bertanding di DUN Sungai Burong pada tahun 1999, Ustaz Judi lah yang telah bertungkus lumus untuk memenangka20130424_231235n Dr Hasan Ali sehingga Berjaya menjadi ADUN Sungai Burong selama sepenggal, katanya lagi yang juga bekas Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang.

"Bahkan, saya difahamkan juga, Ustaz Judi, yang semasa itu menjadi Guru Besar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Parit Serong turut dipindahkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan mengajar di SRA Taman Medan, Petaling Jaya selama beberapa tahun",  katanya lagi.

Kita lihat sekarang, ujarnya, sebaik sahaja beliau meninggalkan PAS, siapa yang menjadi pengikutnya, tidak ada kecuali dua orang iaitu bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Ustaz Hassan Basri dan bekas Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor (BPPNS) Norman Toha.

Sedangkan kedua-duanya ini adalah merupakan pimpinan PAS Selangor yang bermasaalah semasa memimpin PAS Selangor, Ustaz Hassan Basri, penah digugurkan sebagai Ketua Penerangan PAS Selangor oleh Dr Hasan sendiri selaku Pesuruhjaya PAS Selangor pada waktu itu, kerana menurut Dr Hasan, Hassan Basri tidak boleh membuat kerja hanya tahu berkata-kata sahaja, kata beliau lagi.

Begitu juga  dengan,Norman Toha, yang terpaksa diturunkan daripada jawatannya sebagai Setiausaha BPPNS kerana beberapa masaalah. Sekarang orang-orang inilah yang mengelilingi beliau dalam JATI sekarang, katanya lagi yang juga bekas Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)

Beliau berkata demikian sewaktu berceramah di Markaz PAS Block C Sawah Sempadan bersama-sama bekas Imam Masjid Sultan Ibrahim Kuala Selangor, Ustaz Mohd Ashraf Suarin Al Hafiz dan calon P095 Tanjong Karang, Drs Mohamad Rashdi Deraman dan calon N08 Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


This is Our Story: Kunci Air Batu 9 <b>di Sijangkang</b>

Posted: 18 Jun 2013 06:18 PM PDT

last week kami di Sijangkang
ajak mr.hubby pergi sekejap ke tempat kunci air
korang pernah tengok Kunci Air
Kunci air nie berfungsi untuk mengawal paras air sungai
dari membanjiri sungai yang berhampiran dengan rumah orang kampung
tapi terkejut bila sampai di sini
sebab bila masuk kawasan kunci air terus lubang hidung berbau something yang tak best
tengok air sungai kotor dan berwarna hitam
mr.hubby cakap mungkin dari kilang yang berhampiran
last time aku datang ke sini, sungainya masih bersih dan airnya sungai masih jernih
kesian nelayan di situ mungkin tangkapan ikan makin berkurangan 
dahulu masih cantik dan bersih

--kini kotor dan berbau busuk--
kecantikkannya tercemar dengan kerakusan manusia
sayang kawasan yang cantik nie bertukar rupa
kulau tidak pasti lagi ramai yang datang ke sini
untuk memancing dan mencuci mata melihat keindahan alam
kami di situ pun sekejap sahaja
sebab tak tahan dengan bau yang busuk
sempat snap gambar beberapa keping gambar sahaja
aku harap ada pihak membuat pemantauan di kawasan tersebut
harap ada pemulihan di kawasan tersebut

--mr.hubby dan anak-anak--
sempat bergambar di sampan

--suka dengan gambar nie--
korang pernah tengok kunci air
tapi aku suka tengok kunci air di sawah


12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Pabila Lapar ~ Burger <b>di</b> Selambe Corner,Salak Tinggi,<b>Sepang</b> | the <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2013 07:50 AM PDT


Satu lagi lokasi yang best untuk menikmati burger
Betul2 di tepi simpang berdekatan deretan Avon
Van putih ni senang je nampak
Betul2 depan kedai Pinjaman Wang Berlesen(ceti ler)

 Ramai suka burger di sini
walaupun ada gerai burger lain yang berdekatan

 Anak gadis ambil order & anak bujang di belakang tolong siapkan bahan2
Dah lama berniaga di sini lebih kurang 9 tahun lebih
Kadang2 mereka pakai t-shirt 'uniform' hijau bertulis Selambe Corner
Punyalah panjang signboard tu,hah

Kak Lea pilih burger ayam biasa je
Kadang2 suka pilih yang ada cheese
Bosan nak hirup tomyam kalau selsema
macam biasalah ada serbuk cili,black pepper dll
Kalau korang kebetulan ada di Salak Tinggi

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Kena Tipu Dengan Penjual Handphone <b>Di Subang Jaya</b> - khidmat <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2013 03:08 PM PDT


Aku ni tak pernah ada handphone mahal , Tak plan nak beli pun sebenarnya,
Tetiba pulak kedai ni ( ACCESS MOBILE, Lot 14 AEON BIG SUBANG JAYA ) offer aku RM 1250 konon AP Set Samsung S3. 

Aku ni bukan reti sangat, As long as boleh function.. siap tunjuk aku Imei no.. kemudian cakap dia authorised samsung.. siap ada samsung banner bagai.. aku pun percaya la...
Rupa-rupanya dier kncing aku.. dah balik bila aku cek kat kedai lain kata handphone tu bukan set AP tu CLONE mari..China atau Korea set. 

Aku pergi balik kedai tu malam tu jugak, Dia mati-mati cakap tu AP set...kemudian  bagi aku alasan konon dari korea la apa kejadahnya...

Kemudian lepas tu aku tiap-tiap call dan datang kedai tu..sebab nak tukar handphone lain ...tapi dia tetap bagi aku handphone CLONE..

Kesudahannya aku ilang sabar, aku mintak duit balik...dapat la gak tapi tak full..siap bagi aku 2x cek tendang.. then masih utang aku RM350.00

Dah lebih 3 bulan dah aku tetap tak dapat full lagi ,bila aku datang arini dia cakap besok, bila aku datang esok dia cakap esok lagi... HAMPEHH
Harap korang ati-ati je la yer... jangan kena kencing cam aku gak...

ads