Khamis, 28 November 2013

12 di padang jawa - Google Blog Search

12 di padang jawa - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di padang jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Nov 2013 01:20 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kuat Merayau: Puasa Kali Pertama <b>di Padang Jawa</b>

Posted: 17 Jul 2013 04:06 PM PDT

Hai! Ramadhan kali ini adalah Ramadhan pertama berpuasa di Padang Jawa. Yup! Rumah sewa kat Padang Jawa, Selangor. Meriah sungguh kat sini. Lalu dekat jalan utamanya (jalan mati) meriah macam masuk bazar naik kenderaan sendiri. Boleh beli ala drive thru tau. Haha. Seronok!

Apa-apapun, setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan serumah yang sungguh rajin masak sahur. Kadang-kadang je beli. Ikhlas daripada HY yang tak reti masak. Apa yang boleh bantu, tolong bawak 'rice cooker' jela dari rumah. Pinjam dengan mama. Macam-macam menu yang dimasak tau. Antaranya tomyam, telur sambal, telur goreng, sardin, spagheti dan lain-lain. Masakan mudah? Lelaki bujang kalau nak bangun sahur pun kira eksklusif ya. Haha. Thank you, guys!

Semoga Ramadhan kita lebih bermakna tahun ini!

MBSA Perlu Perjelas Lulus Kompleks Hiburan <b>Di Padang Jawa</b> <b>...</b>

Posted: 02 Nov 2012 04:42 AM PDT

SHAH ALAM, 2 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini diminta menjelaskan mengapa permohonan IRDK Land untuk membina kompleks panggung wayang dan lounge eksekutif  di Padang Jawa diluluskan sedangkan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pernah bertitah agar tiada sebarang pusat hiburan dibina di Shah Alam.

Selain melanggar titah baginda sultan, Kompleks tersebut yang masih dalam pembinaan itu juga mendapat bantahan penduduk beberapa buah kampung di Padang Jawa.

Demikian menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya di sini.

Menurut Abdul Khalid, sebelum ini beliau ada dimaklumkan oleh pegawai MBSA bahawa pihak istana telah memberikan lampu hijau terhadap kompleks hiburan tersebut.

"Walaupun sebelum ini saya diberitahu pegawai MBSA secara lisan yang pihak istana beri kebenaran, tetapi MBSA harus beri jawapan bertulis secara rasmi kerana tidak mustahil ada pihak sengaja dan sesuka hati menggunakan nama istana.

"Kalau benarpun pihak istana beri kebenaran, pandangan penduduk Padang Jawa masih perlu diambil kira," ujar beliau.

Bagaimanapun beliau juga dimaklumkan bahawa pihak MBSA masih belum mengeluarkan lesen operasi perniagaan kepada syarikat terlibat.

Dalam sidang media sama, Abdul Khalid turut menyangkal dakwaan Adun Gombak Setia, Dr Hassan Ali dan pemimpin Umno-BN bahawa Shah Alam telah menjadi hub maksiat.

"Lesen perniagaan yang dikeluarkan dalam isu ini adalah spesifik seperti untuk tujuan perniagaan spa kecantikan dan urut refleksologi sahaja.

"Pemeriksaan di tempat pernigaan juga dijalankan dan syarat membaharui lesen juga dikenakan pemeriksaan, tetapi yang cuba jadikan Shah Alam pusat maksiat adalah Umno-BN sebab merekalah bina kompleks panggung wayang dan lounge eksekutif di Padang Jawa," ujar beliau lagi.

Menurut Abdul Khalid, syarikat IRDK Land yang memajukan projek kompleks panggung wayang dan lounge eksekutif tersebut dimiliki oleh pemimpin MIC yang juga merupakan bekas calon Pilihan Raya Umum ke 12 lalu bagi Dun di Negeri Perak.

12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


..Cik May..: Mandi-manda <b>di Ulu Yam</b> - Blogger

Posted: 16 Nov 2013 09:15 PM PST

Assalamualaikum..

Ini cerite semalam..bermandi-manda di air terjun.

Family day katenye.tapi tak banyak gambar pun.

Sebab sebok pegang Qaira.. Aku tak mandi pun..sejukkk..

Qaira?mandi kejap je.. Sebab dah menangis kesejukan..hihii..

Gi reramai dengan family husband...balik tu kepenatan..fuuhhh....

Ada kejadian sebelum balik..anak buah husband nyaris kene hanyut air..punye syiok dia dok dalam pelampung..tetibe tengok dia pun layan je ikut arus air..husband yang nampak terus lari dalam air dengan langkah panjang. Aku nampak dia lari dalam air. Ingatkan eksaited terlebih sampai tahap berlari tu.. Rupanya kejar si anak buah yang hanyut tu..

So, takde ape berlaku.. Alhamdulillah selamat..

Sesapa ada anak kecik, jaga-jaga main air ye!!

posted from Bloggeroid

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di bandar sunway</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Oct 2013 07:02 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Bandar Sunway</b> perintis Kitar Semula Industri | faqar

Posted: 15 Oct 2013 09:01 PM PDT

MAJLiS Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengadakan interaksi dua hala dengan pemilik-pemilik premis perniagaan sekitar Bandar Sunway di Seberang Jaya ke arah merealisasikan projek perintis Kitar Semula Industri.
Ahli Majlis bagi MPSP, Amir Md. Ghazali berkata, projek perintis itu dimulakan peringkat industri selepas pihak berkuasa tempatan (PBT) berjaya mewujudkan banyak program kitar semula membabitkan persatuan komuniti dan sekolah-sekolah sekitar Seberang Perai.
"Program Komuniti Mampan berjaya mendapat kerjasama daripada banyak persatuan penduduk. Begitu juga program Green School berjaya disertai banyak sekolah di Seberang Perai ini.
"Bandar Sunway ini dipilih sebagai projek perintis supaya kejayaan yang membabitkan pemilik-pemilik premis perniagaan di sini dapat diperluaskan di kawasan-kawasan komersial lain," ujar beliau dalam satu majlis interaksi di Perpustakaan Pulau Pinang di sini.
Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin menyempurna perasmian majlis, manakala, Pengarah Perkhidmatan Perbandaran MPSP, Ir. Rosnani Mahmod pula menyampaikan informasi mengenai kaedah pelaksanaan projek perintis tersebut.
Tiga Ahli Majlis MPSP lain, Tan Cheong Heng, Ahmad Tarmizi Abdullah dan Rezal Huzairi Md. Zaki turut hadir pada majlis interaktif tersebut.
Tambah Amir, projek perintis ini antara lain menumpu pada usaha mengurangkan hasil sisa pepejal, kebersihan kawasan komuniti perniagaan serta menggalakkan aktiviti kitar semula.
Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN) Seberang Jaya pula berkata, projek perintis Kitar Semula Industri jika berjaya di Bandar Sunway, sekaligus, dapat mengurangkan belanja hangus MPSP yang kini direkodkan mencecah 40 peratus dari belanjawan keseluruhan PBT tersebut.
"Untuk nak indah di sini (Bandar Sunway), perlu duit. Kita boleh ada sumber duit kalau kurang kos belanja sampah yang bernilai RM66 juta atau 40 peratus daripada bajet.
"Itu yang kita nak buat di Jalan Todak Bandar Sunway...saya yakin pemilik premis yang datang hari ini akan jadi pemangkin pada projek perintis ini," ujar Dr. Afif. 
Dalam perkembangan lain, Dr. Afif berkata, gaya hidup bersih lagi sihat di Bandar Sunway mampu mengelak insiden empat orang meninggal akibat termakan ayam basi dalam satu kenduri di negeri dari berulang di sini.
Insiatif terbaru itu sekaligus menyerlahkan komitmen MPSP dan kepemimpinan Kerajaan Negeri ke arah merealisasikan kempen Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat.

Suatu petang <b>di</b> area <b>Bandar Sunway</b> ~ RadzBerry

Posted: 19 Oct 2013 11:34 PM PDT

Pemandangan yang mendamaikan di salah satu tasik berhampiran kawasan kediaman.
Lupa sejenak bebanan kerja. Esok dah mula kerja.

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Nov 2013 01:40 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Oct 2013 01:07 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

raya aidiladha <b>di</b> kampung <b>sijangkang</b> - kisah tentang duniaku

Posted: 16 Oct 2013 06:00 PM PDT

Alhamdulilah rezeki beraya di Kampung Sijangkang...walaupun raya aidiladha tapi tetap meriah uols...happening...

ni la kampung halaman saya @kampung sijangkang...kampung sini la tempat bermain, menanggis, gelak ketawa bersama-sama saudara mara dan yang lain...bila besar ia adalah kenangan terindah buat kami yang kadang-kadang menjadi ingatan dan cerita bila berkumpul.

pagi raya hidangan atas meja panjang ni memang banyak, syukur alhamdulilah rezeki ALLAH berikan...walaupun tak semeriah seperti raya aidilfitri tapi ia masih sama seperti dulu...cuma raya aidiladha tahun ni tak dapat ikut mak balik terengganu sebab suami kena standby kerja jadi kami decide balik sendiri kampung sijangkang dan balik sana..
lagi pun raya puasa dah beraya di kampung rembau dengan keluarga mertua jadi biarla raya aidiladha aku sambut dengan atuk nenek belah aku lak..walaupun suami tak dapat merasa kemeriahan raya di kampung terengganu tapi di kampung sijangkang meriahnya tetap sama..love uols..

makanan yang dihidang..banyak tak terkira..macam-macam ada...kenyang sampai ke malam...

sayur lodeh ada, rendang ada, nasi impit ada dan lemang pun ada juga...

jemput makan dari kami...

pakcik aku yang very da sporting...

bila ibu-ibu berbicara..love uols..

cousin lepak-lepaking depan tv ruang tamu rumah atuk
mak ngah tengah suapkan nenek makan bubur..ini la nenek kesayangan saya, dah beberapa tahun terlantar..masih lagi sihat cuma tak dapat nak berjalan walauapa pun aku sentiasa doakan nenek sihat selalu dan sekiranya panjang usia nenek, aku harap nenek dapat tengok cicit-cicitnya membesar..
tangan nenek juga yang jaga aku kalau mak abah hantar aku bercuti di kampung..menjaga makan minum aku..mengusap badan aku kalau demam dan juga memakaikan aku inai di jari..kenangan tu tak mungkin aku lupa di saat nenek sihat...

aku dengan cousin yang giler happening...banyak gambar kat bawah ni..jadi koorang layan kan jela yer...aku doakan hubungan persaudaraan ini akan kekal bahagia ke akhir hayat...amin...
ini adalah adik beradik perempuan Mrs.Mak, dalam gambar ini ada dua insan yang aku sayang tak ada..of course la seorang tu adalah Mrs.Mak sebab balik kampung abah di terengganu dan arwah aunty yang telah meninggalkan kami hampir 16tahun dalam insiden yang tidak diduga..al-fatihah...
aku doakan semoga kalian diberikan kesihatan yang sihat sepanjang hayat dan sentiasa bahagia disamping keluarga tersayang dan dimurahkan rezeki..amin....
kakak-kakak yang tua dikalangan saudara mara..iaitu kak iza yang bertudung hitam adalah cucu pertama nenek dan kak yang baju coklat cucu keempat nenek...

kami semua bersama nenek 

INI LA CERITA RAYA AIDILADHA AKU....

ads