Isnin, 28 Januari 2013

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Hangit Blog: Altantuya dibunuh <b>di</b> tanah <b>Bukit Raja</b> Deepak-Ropiah <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2013 07:40 AM PST


Satu maklumat yang mengejutkan berkaitan pembunuhan kejam Altantuya Shaaribu ialah ia telah dikaitkan dengan isu perjanjian RM 160 juta Boustead Holdings Bhd, di mana firma senaraian awam itu dipercayai telah membantu dengan membeli 223 ekar tanah di Bukit Raja, Selangor untuk mendiamkan rentetan pendedahan rasuah yang dilemparkan oleh sekutu bertukar musuh Deepak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Adakah penterjemah Mongolia yang cantik berusia 28 tahun itu didakwa pernah menjadi perempuan simpanan Najib pada suatu ketika dahulu, dibunuh di atas tanah tersebut oleh dua bekas pengawal peribadinya pada tahun 2006 - ditembak sebanyak dua kali dan badannya kemudian dibom sehingga berkecai dengan menggunakan bahan letupan gred C4 untuk mencegah dari dikenalpasti?

Ini adalah antara soalan-soalan yang dikemukakan kepada pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli pada sidang akhbar yang diadakan pada hari Rabu untuk menyelidiki ke dalam intipati perjanjian Boustead, yang juga melibatkan ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiaah.

"Saya tidak pasti akan perkara itu. Ia tidak pernah terlintas dalam fikiran kami tetapi kami akan selidik," kata Rafizi kepada wartawan.

Hantu Altantuya- lebih dari khabar angin?


Menurut kertas pertuduhan, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar telah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, sebuah daerah kecil di negeri Selangor, yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat dibawah pimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua bekas polis itu telah dijatuhkan hukuman gantung pada 2009 selepas perbicaraan mahkamah yang menarik minat seluruh negara. Kedua-dua mereka merupakan sebahagian daripada pasukan keselamatan yang mengawal Najib dan isterinya Rosmah. Mereka telah mengemukakan rayuan bagi hukuman itu dan sedang menunggu untuk menjalani hukuman mati kerana tarikh pendengaran semula rayuan dikatakan sengaja ditangguh sehingga pilihan raya umum, yang perlu diadakan menjelang Jun sebelum berakhirnya tahun ini.

Semasa penyiasatan yang membawa kepada perbicaraan itu, mereka telah membawa polis ke tempat kejadian. Polis menemui serpihan tulang, yang kemudiannya disahkan sebagai milik Altantuya, dalam tanah hutan berhampiran Empangan Subang di Puncak Alam, Shah Alam.

Sehingga hari ini, tidak diketahui jika Altantuya benar-benar berada di kawasan Bukit Raja yang sekarang menjadi isu perbalahan dalam perjanjian Deepak-Ropiaah-Boustead.

Jika benar, apakah kaitan semua ini? Adakah ia dilihat sebagai sebab kenapa Najib kelihatan tergesa-gesa untuk memuaskan hati Deepak dan mementerai perjanjian penswastaan tanah kementerian Pertahanan kepada Ropiaah? Dan mengapa?

Jawapan kepada soalan-soalan ini masih lagi kabur sehingga lebih banyak maklumat didedahkan. Walau bagaimanapun, kepada wartawan yang sedang mengikuti kes kedua-dua perjanjian Boustead dan dakwaan Deepak, ia mungkin lebih daripada satu kebetulan terutama sekali apabila Deepak telah berkali-kali berikrar dia tidak akan berhenti membuat pendedahan sehingga "roh Altantuya mendapat keadilan". Setakat ini, Deepak yang telah dipanggil 'anak ikan' Rosmah tidak memberi penjelasan mengapa.

Ironinya, timbalan pengerusi Boustead Holdings yang juga pengarah urusan kumpulan Lodin Wok Kamaruddin juga telah dituduh sebagai seorang individu penting terlibat dalam penjejakan wang haram sejumlah RM 570 juta yang dibayar sebagai komisyen oleh firma kelengkapan tentera laut Perancis DCNS kepada Najib dan rakannya Razak Baginda untuk membolehkan pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai RM7.3bil oleh kerajaan Malaysia.

Najib mesti memuaskan rakan-rakan dalam Umno atau parti akan berpecah


Deepak yang berusia 40 tahun telah mendapat 'mangsa' pertamanya. Najib dikhabarkan telah mengalami strok kecil kerana tekanan dan desakan terutama dari rakan-rakan Umno untuk menjawab kepada dakwaan rasuah yang dilemparkan kepada dirinya dan isteri.

PM yang berusia 59 tahun itu telah menangkis khabar angin itu dengan menegaskan bahawa dirinya 'sihat'. Namun masih terdapat keraguan terhadap dirinya kerana penafiannya tidak bersifat mutlak.

"Bagi kami, keadaan kesihatan Najib tidak menjejaskan persiapan kami untuk PRU ke-13 dan bagaimana kita mentadbir urus Malaysia. Najib hanya perlu menjawab kepada Umno dan memuaskan hati mereka sahaja. Jika dia tidak berbuat demikian, Umno akan berpecah. Jika rakan-rakannya dalam Umno tidak berpuas hati atau merasa dia tidak layak dari segi kesihatan untuk memimpin mereka semasa PRU ke-13, mereka pasti akan mengambil kesempatan atas cerita keuzuran Najib," Rafizi memberitahu Malaysia Chronicle di luar persidangan akhbar.

Pemimpin PKR itu telah mengesahkan bahawa dia juga ada mendengar khabar bahawa Najib telah mengalami strok kecil dan PM sedang berada di Singapura untuk 'berehat'. IS HE REALLY ILL? Najib must clarify rumors he had a stroke & was resting in S'pore - Rafizi

Arahan berdiam diri Dr M berikutan isu 'kelemahan' Najib: "Jatuhkannya" kemudian


Penganalisis Umno telah memberi amaran akan berlaku perebutan kuasa dalaman, yang mereka jangkakan dimana kemuncaknya akan menyaksikan Najib berundur sebelum pilihan raya umum berlangsung, menyerahkan tampuk pimpinan kepada Muhyiddin Yassin, timbalannya dengan menyatakan kesihatan yang kurang baik sebagai alasan.

Tidak hairanlah jika Muhyiddin dan bekas PM Mahathir Mohamad telah dituduh sebagai dalang disebalik pendedahan Deepak. NEW PM FOR MALAYSIA? Najib to be forced to step down on 'health reasons'?OPPORTUNITY KNOCKS AT MUHYIDDIN'S DOOR: No direct denial from Najib, only 'healthy' claim
Mahathir, yang masih dianggap sebagai lelaki yang paling berkuasa dalam Umno, baru-baru ini dilaporkan memberitahu ahli-ahli Umno secara sulit tentang kontroversi yang melibatkan Najib, Presiden Umno sekarang.

Mahathir yang berusia 87 tahun itu menasihatkan ahli-ahli parti tidak mengadu atau membincangkan kelemahan Najib sehingga pilihan raya umum sudah tamat.

"Apabila BN memenangi pilihan raya umum ke-13, barulah kita boleh membetulkan kesilapan dan salah laku untuk kepentingan semua …Apabila masa itu tiba, kita boleh menegur dan menjatuhkannya," Mahathir dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional Bernama.

Malaysia Chronicle

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Berpolitik dengan Air : Persoalan Agenda Sulit Kerajaan <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2013 04:23 AM PST

alt

 

Ketika kerajaan  Pakatan Rakyat mula menaiki tahta pemerintahan, rakyat di negeri Selangor telah berdepan dengan pelbagai isu, dari hal ladang babi mega  di mana kerajaan Pakatan Rakyat tetap meneruskan projek tersebut menganggap apa sahaja yang dilaksanakan kerajaan BN sebelumnya sebagai satu bentuk pembaziran. Kemudian menyusul isu di mana rakyat negeri Selangor diuji pula dengan perihal UNISEL diikuti oleh perlantikan bukan Melayu ke jawatan utama  PKNS dan terakhir berkaitan acahan mahu memasukan pelajar bukan Melayu ke dalam UITM.
 
Belum pun perkara atas reda Politik negara menjadi kecoh apabila kisah wakil DAP yang terpaka menjadi pemberi maklumat rasuah parti pimpinan Karpal Singh tersebut telah dilaporkan membunuh diri di pejabat SPRM , walaupun dipercayai DAP yang mengugutnya, namun kematian nya di jadikan wayang untuk tayangan perdana seluruh Negara. Kepada Pakatan Rakyat apa sahaja yang boleh di jadi kan isu utuk  alih perhatian terhadap rasuah dan kepincangan kerajaan Selangor ia tentu sekali akan di manipulasi dan menjadi isu.besar.
 
Politik baru yang di bawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat dilihat membawa pelbagai karenah dan membebankan rakyat. Politik yang tiada batas dan hadnya telah sampai ke tahap melampau apabila bahan kegunaan harian ia itu bekalan Air telah kini tersasar ke arah sudut tersasar dari masalah utama yang dibangkitkan.
 
Bekalan yang terhenti di banyak kawasan telah menganggu penduduk negeri Selangor dan pinggir Kuala Lumpur. Masalah air ini  yang boleh dikira sebagai  unprecedented  kerana perkara sebegini belum pernah terjadi di negeri Selangor ketika di bawah kepimpinan kerajaan BN.Mana mungkin dengan air yang begitu banyak penduduk tidak dapat bekalan mencukupi.Bahkan kawasan perkilangan juga menghadapi ganguan bekalan air.
 
Masalah air ini bertambah teruk apabila kerajaan negeri memilih untuk menjadi penuduh dan penuding jari kepada seluruh pemasalahan air dan bukan sebagai penyelesai masalah.Pergeseran pendapat dan perkelahian terbuka antara kerajaan negeri dan syarikat SYABAS telah bertambah parah sehingga syarikat SYABAS terpaksa menjawap tuduhan kerajaan negeri di kebanyakan akhbar dan media tempatan.
 
Walaupun kerajaan negeri sendiri menjadi pemegang saham 30% di dalam syarikat pengurusan air  SYABAS, ia memilih untuk menyerang SYABAS seolah olah Syarikat SYABAS ada lah musuh nya.Lebih pelik apabila kerajaan negeri sendiri ada beberapa wakil lantikan nya di dalam Lembaga Pengarah SYABAS..Apa kah mereka hanya patung dan tunggul sahaja di dalam Lembaga Pengarah itu?Dan tidak berfungsi lansung untuk kebaikan pengurusan air?
 
Menteri Besar nya Datuk Khalid Ibrahim seringkali  berucap di merata tempat menyata kan betapa cukup nya bekalan air seolah olah air lombong, longkang, hujan dan sungai ada lah sumber nya tanpa membeza kan jumlah air yang di rawat dan air yang tidak di rawat.Kelihatan MB Khalid semecam cuba memperbodoh kan rakyat.
 
Di pihak Syarikat SYABAS pula mereka telah berusha menjelas kan kedudukan mereka dengan  had had kuasa dan kerja yang mereka boleh laksana kan sebagai pihak lantikan kerajaan negeri. Penjelasan SYABAS nampak sekali hal ini bergantung kepada kerajaan negeri.yang mempunyai kuasa penuh.dalam menetukan pelbagai peraturan.
 
Perang air di negeri Selangor ini sudah melimpah sehingga ke Pahang apabila Datuk Seri Adnan Yakob turut memberi kenyataan tentang projek air Langat dan betapa ianya harus di sokong dan di laksana kan dengan segera.Malah menambah kata bahawa terpulang kepada rakyat negeri Selangor untuk menentu kan nasib mereka di dalam hal ehwal air ini
 
Kerajaan Selangor ketika menuduh Syarikat SYABAS sengaja mahu menyusahkan rakyat dan mensyaki kerja sabotaj oleh SYABAS untuk kepentingan SYABAS dan agenda bersama kerajaan pusat, tuduhan ini telah dijelaskan bahawa amat mustahil SYABAS mahu membuat perkara ini kerana SYABAS terpaksa keluar kan kos lebih tinggi dengan kerja penyewaan lori dan kerja tambahan untuk membawa bekalan kepada penduduk dianggap tidak masuk diakal.
 
Bagi kebanyakan rakyat  mereka tertanya Tanya dan musykil apa kah sebenar nya permainan catur MB Khalid ini dengan  isu air. Ada kah ia nya berupa ugutan kepada kerajaan pusat agar memberi mereka wang  berbillion untuk saham SYABAS dan baru lah kerajaan negeri akan memberi kerjasama menyelesaikan nya?
 
Atau , ada kah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tahu yang mereka bukan lagi kerajaan selepas PRU 13 , maka dengan itu mereka tidak perlu sangat melayani karenah air, dan membiar kan sahaja kerajaan baru menyelesai kan nya nanti?
 
Mungkin juga banyak wang yang telah di habis kan oleh rejim Khalid ini kepada perkara lain seperti isu bailout TALAM , lalu kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ini perlu menyimpan sejumlah wang untuk menunjuk kan mereka tidak belanja semua nya di dalam kantong negeri lalu projek air dan urusan air ini harus di lengah kan, supaya wang tidak terhabis untuk selesai kan isu air ini?
 
Umum juga mengetahui kerajaan negeri Selangor telah menjual banyak aset milik kerajaan negeri lalu balance sheet kerajaan negeri Selangor harus kelihatan sihat lalu apa apa baki di dalam nya  tidak layak di sentuh kerana amat sukar memberi tahu rakyat kemana pergi jumlah besar wang setelah banyak harta negeri telah banyak di jual, maka apa apa jumlah yang ada harus di kekal kan dan bekalan air ada lah mangsa kepada percaturan ini.
 
Selain itu pulangan penjualan pasir yang begitu banyak di korek sekian lama juga perlu di tunjuk kan di dalam akaun negeri, maka tidak menguna kan nya untuk pemulihan air boleh menyelamat kan kerajaan Khalid Ibrahim dari menjawap kemana pergi nya kebanyakan  wang negeri.
 
Mungkin juga penasihat RM1 negeri Selangor sebagai boss Khalid memberi arahan
Kepada Khalid untuk berhelah itu dan ini kerana hasrat peribadi nya yang mahu memerintah Negara ada lah  lebih utama dari masalah rakyat negeri Selangor, dan sifat dendam nya kepada kerajaan pusat harus di terus kan?
 
Apa pun percaturan politik menguna kan air ada lah sesuatu yang merbahaya kerana air ada lah sumber kehidupan harian manusia tidak kira siapa yang mereka undi atau siapa yang dapat undi.
 
Ada kah ini semua petanda  kejatuhan kerajaan negeri Selangor yang di pimpin oleh 2 orang anak Ibrahim semakin jelas dan terang,  kerana jika isu air yang begitu penting pun tidak boleh di selesai kan, maka apa lagi yang boleh di harap kan dari rejim 2 anak Ibrahim ini.

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


Taiping Mali: Nurul Izzah ganti Eli Wongge <b>di Bukit Lanjan</b>

Posted: 20 Jan 2013 11:05 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Nurul Izzah ganti Eli Wongge di Bukit Lanjan. Penduduk Lembah Pantai sudah siapa untuk memberikan kerusi Parlimennya ke BN tak lama lagi. Oleh itu Nurul Izzah sudah pun siap sedia untuk angkat kaki ke Bukit Lanjan.

LIVE Jelajah Merdeka Rakyat <b>Bukit Lanjan</b>. | Era Pasca

Posted: 20 Jan 2013 05:02 AM PST

LIVE Jelajah Merdeka Rakyat Bukit Lanjan.

Posted by era pasca Sunday, January 20, 2013

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


Adiza saidi: BERLIBUR <b>DI JERAM</b> TENGKEK NS 9

Posted: 11 Nov 2012 09:00 AM PST

hutan lipur ini terletak di hutan simpan serting iaitu kira kira 30 minit  pemanduan
kereta dari pekan batu kikir.Hutan dipterokap pamah ini kaya dengan pelbagai
jenis tumbuhan dan langskap batu batan yang pelbagai bentuk.sungai jempul dan 
sungai tanum mengalir membentok jeram semulajadi yang sesuai  untuk aktiviti 
berkelah. disamping itu juga terdapat perkampongan orang asal unuk di lawati.
jalan masuk utama ialah simpang disebelah balai polis batu kikir.kalau dari arah
kuala pilah atau seremban ia beluk ke kiri tapi kalau dari bahau atau serting ia beluk 
ke kanan, kira kira 4 kilo meter,dari simpang balai polis batu kikir kita akan jumpa
kampong terentang, teruskan lagi pemanduan,jangan membelok kiri atau kanan.
selepas 5 minit kita akan jumpa signboard ini.
lebih kurang 15 km kita jumpa sigboard ni pulak,kemudian kena beluk ke kanan
masuk hutan, lorong kecil............
kalau dah jumpa ni....................dah sampailah tu
dan pastikan  2 beranak ni tak ada di situ, ini cuma gambar hiasan jer.....
ini pun gambar hiasan jer, tapi bukan gambar edit.
tempat parking kereta , kalau tempat lain dah penuh.
jambatan yang merentasi sungai,untuk keseberang.
pemandangan dari atas jambatan 
air sungai ketika musim kemarau
tempat mandi untuk kanak kanak
tempat santai dan beristirehat
jeram tempat menjadi tumpuan untuk mandi
suasana masih lengang kerana masa ini masih pagi dan cuaca sejuk
possing lagi sekali sebelum balik.
selamat jalan ....dah nak balik dah.....saja saja jalan,tak mandi pun.

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Pemberian Beg Sekolah Ringankan Beban Ibubapa « PKM <b>Sungai</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2013 08:05 PM PST

14 01 2013

Sungai Sireh, 11 Jan    :    Bagi meringankan beban yang ditanggung oleh ibubapa yang66429_415812481828438_197292084_n berpendapatan rendah terutamanya pada musim penggal persekolahan yang baru, Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi berusaha membantu meringankan beban mereka dengan memberikan bantuan beg sekolah kepada mereka, kata Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

Bantuan beg sekolah tersebut telah diserahkan oleh Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri Selangor kepada setiap DUN di Negeri Selangor. Bantuan beg sekolah tersebut adalah merupakan pemberian tahunan Kerajaan Negeri Selangor sejak Pakatan Rakyat (PR) mentadbir negeri ini pada tahun 2008.

25997_415812355161784_1867539575_nKami berusaha mengagih-agihkan kepada pelajar sekolah dari keluarga kurang berkemampuan supaya mereka dapat belajar dengan selesa melalui sekolah-sekolah. Pada hari ini kami menyerahkan 50 beg kepada dua buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Sireh dan SRA Batu 11 untuk diagih-agihkan kepada pelajar mereka, katanya yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Tanjong Karang.

Semoga dengan pemberian beg sekolah ini, katanya, akan mengembirakan mereka selain meringankan beban ibubapa mereka terutamanya yang mempunyai ramai tanggungan. Ini adalah merupakan salah satu agenda Kerajaan PR iaitu Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan memulangkan Hasil Negeri Kepada Rakyat sebagaimana yang diwar-warkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim.

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


SEKOLAH KEBANGSAAN <b>SUNGAI PELEK</b>: SENARAI NAMA <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2010 05:24 AM PST

SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH

BIL

KOD SEKOLAH

NAMA SEKOLAH

NO. TEL

NO. FAX

1

BBA9201

SK SUNGAI RAWANG

0331411003

0331411003

2

BBA9202

SK BKT BANGKONG

0331414276

0331414276

3

BBA9203

SK SG PELEK

0331412758

0331412758

4

BBA9204

SK SALAK

0387061226

0387061226

5

BBA9205

SK KG BAHARU LANJUT

0387061900

0387061900

6

BBA9208

SK JENDERAM

0387687211

0387687211

7

BBA9209

SK JENDERAM HILIR

0387687900

0387687900

8

BBA9210

SK DENGKIL

0387686007

0387688267

9

BBA9211

SK SG MERAB LUAR

0389256699

0389256699

10

BBA9212

SK DESA PUTRA

0389255928

0389255928

11

BBA9213

SK DATO' ABU BAKAR BAGINDA

0389255973

0389251136

12

BBA9214

SK PULAU MERANTI

0380612610

0380612610

13

BBA9215

SK SG MELUT (ASLI)

0387310425

0387062004

14

BBA9216

SK BKT TAMPOI (ASLI)

0387687889

0387687889

15

BBA9217

SK BANDAR BARU SALAK TINGGI

0387063062

0387063062

16

BBA9220

SK TAMAN SEROJA

0387068407

0387068408

17

BBA9221

SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA

0331412775

0331412775

18

BBA9224

SK TAMAN PUTRA PERDANA

0196752004

0383194221

19

BBA9225

SK KOTA WARISAN

0387068799

0387068597

20

BBA9226

SK CYBERJAYA

0383188211

0383188411

21

BBA9227

SK KLIA

0387064295

0387064295

22

BBA9228

SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

0383184011

0383184014

23

BBA9301

SK METHODIST (INTEG) (M)

0331413173

0331413173

SEKOLAH-SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA

BIL

KOD SEKOLAH

NAMA SEKOLAH

NO. TEL

NO. FAX

1

BBC9401

SJK(C) CHIO CHIAO

0387061970

0387061970

2

BBC9402

SJK(C) DENGKIL

0387688259

0387686029

3

BBC9403

SJK(C) SEPANG

0331421848

0331421848

4

BBC9404

SJK(C) SIN MING

0380613387

0380613387

5

BBC9405

SJK(C) TCHE MIN

0331411002

0331411002

6

BBC9406

SJK(C) WAH LIAN

0331411267

0331411267

SEKOLAH-SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN INDIA

BIL

KOD SEKOLAH

NAMA SEKOLAH

NO. TEL

NO. FAX

1

BBD9452

SJK(T) LADANG AMPAR TENANG

0387687977

0387687977

2

BBD9453

SJK(T) LADANG BUTE

0192196125

3

BBD9454

SJK(T) BANDAR BARU SALAK TINGGI

0387061596

0387061596

4

BBD9455

SJK(T) DENGKIL

0387687984

0387687984

5

BBD9457

SJK(T) TAMAN PERMATA

0387680253

0387680253

6

BBD9458

SJK(T) SEPANG

0331421992

0331421992

BBD9460

SJK(T) TELUK MERBAU

0331421593

0331421593

BBD9461

SJK(T) LDG WEST COUNTRY 'BARAT'

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH

BIL

KOD SEKOLAH

NAMA SEKOLAH

NO. TEL

NO. FAX

1

BEA9601

SMK SUNGAI RAWANG

0331411039

0331411039

2

BEA9602

SMK SERI SEPANG

0387061077

0387064643

3

BEA9604

SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI

0387068849

0387068851

4

BEA9609

SMK CYBERJAYA

0383188088

0383183588

5

BEA9610

SMK PANTAI SEPANG PUTRA

0331413558

0331421968

6

BEA9611

SMK PUTRA PERDANA

0383202921

0383202922

7

BEA9612

SMK DATO' ABU BAKAR BAGINDA

0389266839

0389266840

8

BEB9651

SMK SUNGAI PELEK

0331411245

0331414308

9

BEB9701

SMK DENGKIL

0387686226

0387686226

10

BKA9001

SM TEKNIK SEPANG

0389255255

0389255244

11

BEA9607

SMK SERI PUTERI (SMBP)

0383192414

0383193937

12

BFT9001

SAM SUNGAI MERAB LUAR

0389259824

0389254507

13

BFT9002

SAM BANDAR BARU SALAK TINGGI

0387060455

0387060455

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


BANJIR LUMPUR TERUK <b>DI SUBANG JAYA</b>

Posted: 03 Jan 2013 05:58 PM PST

MO,SUBANG JAYA, 4/1/2013 – Tujuh buah kenderaan yang melalui jalan menghala ke persimpangan lampu isyarat Persiaran Putra Bahagia dan Persiaran Putra Perdana di Putra Heights di sini semalam ditimpa banjir lumpur yang mengalir secara tiba-tiba dari kawasan lopak di kaki bukit di situ.

Bagaimanapun, dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, pemandu lima buah kereta, pemandu sebuah van dan penunggang sebuah motosikal tidak cedera.

Jarak antara kawasan lopak dengan jalan yang dilanda banjir lumpur kira-kira 20 meter.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, tanah lumpur dari lopak itu mengalir menimpa tujuh buah kenderaan tersebut selepas sebahagian dari lereng Bukit Cermin yang tiba-tiba runtuh.

"Runtuhan tanah pada lereng bukit itu menimpa lopak di kaki bukit mengakibatkan lumpur dari lopak itu melimpah ke atas jalan.

"Kawasan tanah lereng bukit yang runtuh itu berlaku di kawasan tapak pembinaan rumah di atas bukit tersebut," kata beliau ketika dihubungi Kosmo!

Berikutan kejadian itu, Yahaya berkata, kerja-kerja pembersihan lumpur sedang dilakukan oleh pihak kontraktor projek pembinaan tersebut dengan dibantu pasukan bomba dan penyelamat.

"Sehingga pukul 10 malam tadi jalan tersebut masih ditutup dan dikawal oleh Unit Peronda Polis dan polis trafik," kata beliau.

Bagaimanapun, menurut beliau, tiada kawasan perumahan penduduk terjejas ekoran kejadian tersebut.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tanah runtuh itu pada pukul 6.12 petang.

"Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh tujuh anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang.

"Laluan tersebut dijangka dibuka semula pada awal pagi esok (hari ini)," kata beliau.- ( Dipetik daripada Kosmo)

ads