Khamis, 3 April 2014

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


gerakan penyebaran kristian dapat dipatahkan <b>di teluk datok</b>,banting?

Posted: 17 Jan 2014 01:30 AM PST

dapat info dari rakan blog pemuda teluk datok

mereka-mereka ini tengah menyebarkan risalah berkaitan agama kristian di kawasan penduduk yang majoriti melayu, wah makin slumber ek, kang ada la geng kangkungkerang kata ahh ini semua lakonan dari umno untuk buat cerita, tak payah sembang bagai la cacai jibrauk, ada bukti bergambar lagi la..





Selama ini BELUM lagi kejadian sebegini berlaku dikawasan Telok Datok. Seolah-olah mereka sengaja mencabar penduduk di sini. Atas dasar apa mereka lakukan perkara sedemikian rupa?

Pihak kami telah dimaklumkan bahawa terdapat hampir 20 orang telah memasuki kawasan perumahan kami. Berpakaian kemas dan berjalan kaki menuju ke beberapa destinasi sekitar kawasan. Mereka bergerak dalam 4-5 kumpulan.

Bertindak di atas laporan yang diterima, pasukan kami telah berjaya menahan serta menyoal sebahagian daripada anggota kumpulan. Mereka mendakwa kehadiran mereka ke kawasan ini adalah untuk mengedarkan risalah Bibble kepada penduduk bulan Islam.

baca seterusnya di blog pemudatelokdatok

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Birthday Party <b>di Bukit Raja</b>, Klang - Hairy Canopy Services - Blogger

Posted: 05 Oct 2013 11:32 AM PDT

Hairy Canopy Services (SA0008807-U): Birthday Party di Bukit Raja, Klang

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


Makan malam <b>di</b> Aroma Ikan Bakar <b>Jeram</b>, Kuala Selangor

Posted: 23 Mar 2014 10:46 PM PDT

Cerita dah basi tapi tak pelah, dari terperap dalam hp baiklah kita cite kat sini kan, memandangkan bulan Mac dah nak melabuhkan tirai, baru ada 4 entry je. huhu.. sadis betul. salahkan hormon ye :-p
Minggu lepas, 15hb Mac, hari sabtu, kami menyambut ulang tahun kelahiran yg ke 33 kak long ku. actually besday dia 13 mac. lajak ke belakang sikit nak makan besar sama2.. mama dan ayah turun klang. so hari sabtu tu ramai2 lah berkumpul di Klang. Nak makan di Aroma Ikan Bakar Jeram kat kuala selangor. Ni first time aku sampai sini. selalu duk dengar orang cerita je kan. dari klang dalam sejam lebih la. kami bertolak petang dalam pukul 6.. tapi dah siap booking la..
Sesampai je, elok timing azan maghrib. ada surau disediakan di sana.. nasib booking okey, kalau tak, silalah berdiri tunggu orang habis makan.. ramai kot orang hari tu padahal tengah bulan. huhu.. kami dapat view yang cantik sebab memang abang long booking cakap nak view cantik. hehe. tapi tak dapat menikmati view cantik tu sebab dah gelap. kebetulan petang tu hujan, lagi cepatlah langit gelap..
Kami order tomyam, butter prawn, chilli crab, kupang masak cili, sotong celup tepung dan nasi. air fresh oren 3 jug.. budak2 lah happening habis. ada pulak orang menjual kat situ. atok pulak melayan je belikan pistol la. memang memekak. siap main lawan2 dengan meja sebelah. riuh kat kawasan tu malam tu. tak larat nak marah dah. huhu.. Okey, jom tengok gambar :-)
having our dinner.. tq ayah belanja makan :-)

butter prawn.. jaring2 telur dia kurang. tapi oklah..

kupang cili.. banyak nak mam... sedap jugak

ketam cili. ni pun sedap. bawa balik makan esoknya, bertambah sedap :-)



sotong celup tepung. oklah.


danish bersama ayah long dan maklong

birthday girl with cake from mak ida :-)

adik2 ku, danish dan mama
tuan punya blog dan anak.. 

aroma ikan bakar jeram. bukti kami dah sampai. hehe
Overall food semua oklah.. penantian tak delah lama sangat.. tapi sebab lauknya banyak sangat, macam dah tak tentu arah nak makan yang mana satu.. bila esoknya makan lebihan ketam tu, baru terasa kesedapannya.. hehe.. kami balik bertiga tinggalkan aqil yang nak tido rumah mak longnya. buat kali kedua dia tido tanpa ibu.. nasib baik boleh tido. tu pun terkebil2 nak tido. tido dengan tok ma baru ok.. hai lah aqil, camanalah kalau ibu tak de nanti.. semua nak dengan ibu ye walau pun ibu dia garang macam singa.. huhu.. 
Keesokkannya, hari ahad, kami ditinggalkan lagi oleh sang bapa yang berbengkel selama 4 hari 3 malam. tapi adalah adik aku teman. so lepas ni no more outstation la ye cik abe. sebab dah hujung2 ni memang perlukan banyak bantuan rohani dan jasmani. huhu
eh, lari topik pulak. ok.. lepas ni boleh lah datang lagi kalau ada orang ajak. jauh juga kalau datang semata2 nak makan kan.. tapi oklah. harga ku rasakan mahal sikit may be amik banyak kot... sebab bila baca blog orang lain regenya macam murah2 je.. tapi bolehlah dah nama seafood kan, belasah je lah. sekali sekala.. ada rezeki lebih kami belanja ayah dan mama pulak ye :-) 

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Tanah Untuk Dijual <b>Di Sungai</b> Lokang Kota <b>Tinggi</b> Johor - Mia Liana

Posted: 31 Jan 2014 02:00 PM PST

Tanah Untuk Dijual Di Sungai Lokang Kota Tinggi, Johor
Tanah kosong dibuka untuk jualan. Berdekatan dengan Estet Asahi dan Makam Kota Seluyut.
Jalan : Kota Tinggi - Desaru
Keluasan : 0.4154 hektar bersamaan 1.028 ekar
Kategori Penggunaan Tanah : Dusun
klik pada gambar untuk besarkan
Harga boleh dirunding dengan pemilik tanah. Sekiranya berminat, sila hubungi terus Soria di nombor 019-7528504.

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di beranang</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jan 2014 12:00 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

ujang kutik: MITOS <b>BERANANG</b> (SELANGOR) DIRUNGKAI

Posted: 28 Sep 2013 05:42 PM PDT

Sejak saya mengetahui Beranang, sebuah daerah di dalam Negeri Selangor dan juga pintu masuk di sebelah utara Negeri Sembilan, ada dua mitos mengenai Beranang yang pernah hidup subur dalam tanggapan saya. 
Salah satu di antaranya baharu sahaja dapat dicerahkan. Mitos kedua sebenarnya telah lama saya nyahkan tetapi perlu juga dinyatakan sebagai rekod. 
Saya juga yakin bahawa itulah juga persepsi yang menguasai kebanyakkan Orang Negeri Sembilan dan penduduk Melaka di sekitar Masjid Tanah dan Alor Gajah terhadap Beranang. 
Pertamanya, saya beranggapan bahawa semua penduduk Beranang adalah dari keturunan Minangkabau asli - keturunan generasi baru Minangkabau dari Tanah Minangkabau yang berhijrah ke Malaysia berabad-abad selepas gelombang kedatangan pertama Orang Minangkabau ke Negeri Sembilan pada sekitar tahun 1500-an. Komuniti Minangkabau asli di Beranang ini masih bercakap dalam dialek Minang asli dan masih berhubungan dengan saudara mereka di Tanah Minangkabau. 
Saya cuma mengetahui bahawa bukan semua penduduk Beranang adalah dari keturunan Minangkabau asli lebih kurang dua bulan yang lalu. Ceritanya bermula apabila saya bertanya kepada seorang rakan seorganisasi yang berasal dari Beranang mengenai dialek percakapannya adalah dialek Negeri Sembilan ( bukannya dialek Minang asli). 
Dia menjelaskan, " Aku (dia tidak membahasakan dirinya Eden) bukannya orang Minangkabau. Aku adalah 'Orang Negeri Sembilan' . Kedudukkan geografi kampung aku (Beranang) yang bersempadan dengan Negeri Sembilan terletak di dalam Negeri Selangor."
Melaluinya saya baru mengetahui bahawa komuniti Minangkabau asli di Beranang cuma didapati di sebuah kampung sahaja. Selainnya adalah komuniti ' Orang Negeri Sembilan' yang dipisahkan dengan 'saudara kandung' mereka di Negeri Sembilan oleh kanun geografi. Melaluinya saya mengetahui bahawa dialek Negeri Sembilan adalah dialek dominan di kalangan penduduk Beranang.
Saya sebenarnya berat hati hendak menyatakan mitos kedua kerana mungkin boleh mengguris hati  rakan-rakan yang berasal dari Beranang. Ketika berulang alik dari Kuala Lumpur - Rembau dan Rembau-Kuala Lumpur (balik bercuti di kampung) pada zaman remaja, saya diingatkan supaya jangan sekali-kali singgah makan atau minum di Beranang. Kononnya, penduduk Beranang suka bermain santau. Saya patuh sepenuhnya!
Tanggapan kononnya penduduk Beranang suka bermain santau adalah satu tanggapan di tahap ' fenomena' di kalangan penduduk Negeri Sembilan/Melaka (Alor Gajah,Masjid Tanah) suatu ketika dahulu. Mitos ini sama makamnya dengan keyakinan " Orang luar yang berkahwin dengan wanita Negeri Sembilan akan tinggal sehelai sepinggang jika berlaku perkara yang tidak diingini ".
Saya akui baharu sahaja mengetahui ' pengaruh Negeri Sembilan' terutamanya dialek percakapan begitu dominan di Beranang, Selangor. Namun, mitos mengenai santau sebenarnya telah lama tidak saya yakini lagi. Saya dan keluarga selalu singgah makan di warung-warung di sekitar Pekan Beranang ketika dalam perjalanan balik ke kampung atau ketika balik semula ke Ampang, Selangor. Saya juga mempunyai ramai rakan-rakan anak jati Beranang yang saya kenali hati budi mereka.    

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Pesawat Cessna dikhuatiri terhempas <b>di Batu Caves</b> - Kosmo

Posted: 10 Jan 2014 09:16 AM PST

Pesawat Cessna dikhuatiri terhempas di Batu Caves

Pesawat Cessna dikhuatiri terhempas di Batu Caves

11/01/2014 1:09am

KUALA LUMPUR - Sebuah pesawat jenis Cessna dipercayai terputus hubungan dengan menara kawalan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ketika di kawasan Batu Caves, di sini lewat petang tadi.

Kejadian dipercayai berlaku pukul 5.15 petang, kata Penolong Kanan Penguasa Bomba Pusat Gerakan Operasi Selangor Kardi Mohsin kepada Bernama di sini malam ini.

Bagaimanapun menurut Kardi, pihak bomba hanya dimaklumkan oleh DCA mengenai kejadian itu pada 11.15 malam tadi.

Kami telah menghantar sepasukan anggota dan pegawai untuk meninjau di kawasan terbabit namun setakat 12 tengah malam ini kami tidak menemui apa-apa,katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan menyambung operasi mengesan pesawat terbabit pada esok pagi.

Sementara itu DCA tidak dapat dihubungi untuk maklumat lanjut. - Bernama

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


Sepaktakraw: Siri Jelajah Gelanggang - <b>Sungai Pelek</b> Sepang

Posted: 17 Feb 2014 02:58 PM PST

Siri Jelajah Gelanggang kali ini membawa kita ke Sungai Pelek Sepang. Seperti juga gelanggang Kanchong Darat, gelanggang ini sebenanrnya menjadi laluan saya ke Sepang untuk berkerja tetapi tidak pernah saya jelajahi sebelum ini walaupun terletak di tepi Medan Selera Sungai Pelek sahaja. Barangkali saya terlepas pandang kerana kedudukannya di tengah semak dan di bawah kabel TNB yang besar!
Gelanggang ini memiliki barisan pemain yang juga pelbagai latar usianya. Suasana nyaman kampung sangat dirasai dan mereka juga beraksi setiap hari dari jam 6 petang hingga Maghrib.
Tahap permainan mereka juga pelbagai dengan jumlah pemain sekitar 12 - 15 orang. Di waktu malam, mereka kadangkala sambung bergasak di Dewan Ulu Chuchuh yang terletak beberapa kilometer dari lokasi gelanggang Sungai Pelek ini. Saksikan rakaman yang sempat saya titipkan untuk anda.

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jan 2014 01:35 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Dec 2013 01:19 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

raya aidiladha <b>di</b> kampung <b>sijangkang</b> - kisah tentang duniaku

Posted: 16 Oct 2013 06:00 PM PDT

Alhamdulilah rezeki beraya di Kampung Sijangkang...walaupun raya aidiladha tapi tetap meriah uols...happening...

ni la kampung halaman saya @kampung sijangkang...kampung sini la tempat bermain, menanggis, gelak ketawa bersama-sama saudara mara dan yang lain...bila besar ia adalah kenangan terindah buat kami yang kadang-kadang menjadi ingatan dan cerita bila berkumpul.

pagi raya hidangan atas meja panjang ni memang banyak, syukur alhamdulilah rezeki ALLAH berikan...walaupun tak semeriah seperti raya aidilfitri tapi ia masih sama seperti dulu...cuma raya aidiladha tahun ni tak dapat ikut mak balik terengganu sebab suami kena standby kerja jadi kami decide balik sendiri kampung sijangkang dan balik sana..
lagi pun raya puasa dah beraya di kampung rembau dengan keluarga mertua jadi biarla raya aidiladha aku sambut dengan atuk nenek belah aku lak..walaupun suami tak dapat merasa kemeriahan raya di kampung terengganu tapi di kampung sijangkang meriahnya tetap sama..love uols..

makanan yang dihidang..banyak tak terkira..macam-macam ada...kenyang sampai ke malam...

sayur lodeh ada, rendang ada, nasi impit ada dan lemang pun ada juga...

jemput makan dari kami...

pakcik aku yang very da sporting...

bila ibu-ibu berbicara..love uols..

cousin lepak-lepaking depan tv ruang tamu rumah atuk
mak ngah tengah suapkan nenek makan bubur..ini la nenek kesayangan saya, dah beberapa tahun terlantar..masih lagi sihat cuma tak dapat nak berjalan walauapa pun aku sentiasa doakan nenek sihat selalu dan sekiranya panjang usia nenek, aku harap nenek dapat tengok cicit-cicitnya membesar..
tangan nenek juga yang jaga aku kalau mak abah hantar aku bercuti di kampung..menjaga makan minum aku..mengusap badan aku kalau demam dan juga memakaikan aku inai di jari..kenangan tu tak mungkin aku lupa di saat nenek sihat...

aku dengan cousin yang giler happening...banyak gambar kat bawah ni..jadi koorang layan kan jela yer...aku doakan hubungan persaudaraan ini akan kekal bahagia ke akhir hayat...amin...
ini adalah adik beradik perempuan Mrs.Mak, dalam gambar ini ada dua insan yang aku sayang tak ada..of course la seorang tu adalah Mrs.Mak sebab balik kampung abah di terengganu dan arwah aunty yang telah meninggalkan kami hampir 16tahun dalam insiden yang tidak diduga..al-fatihah...
aku doakan semoga kalian diberikan kesihatan yang sihat sepanjang hayat dan sentiasa bahagia disamping keluarga tersayang dan dimurahkan rezeki..amin....
kakak-kakak yang tua dikalangan saudara mara..iaitu kak iza yang bertudung hitam adalah cucu pertama nenek dan kak yang baju coklat cucu keempat nenek...

kami semua bersama nenek 

INI LA CERITA RAYA AIDILADHA AKU....

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Kakitangan Bank Mati Akibat Di Pukul Kekasih <b>Di Subang Jaya</b> <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2014 12:53 AM PST

SUBANG JAYA - Seorang kakitangan sebuah bank maut disyaki dibelasah teman lelakinya dalam pertengkaran di sebuah rumah di Lagoon Perdana, Bandar Sunway, malam tadi.
Wanita berusia 27 tahun itu meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira jam 1.40 pagi. Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan muka selain kesan lebam dan calar pada badan. 
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, sehingga kini polis masih mengesan teman lelaki mangsa yang dikatakan menghilangkan diri. #sumber

12 di pandamaran - Google Blog Search

12 di pandamaran - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di pandamaran</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Oct 2013 01:26 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di pandamaran</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Sep 2013 01:29 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

video Bangla dan myanmar kena belasah <b>di pandamaran</b> <b>...</b>

Posted: 06 May 2013 03:20 PM PDT

Sebuah bas dikesan membawa myanmar dan bangla di Pandamaran,klang, 5,5,2013. Bas tersebut berjaya ditahan dan semua penumpang diarahkan turun daripada bas.

Orang ramai yang berada di situ mengumpulkan mereka di dalam sebuah bangunan yang kelihatan seperti restoran.

Orang ramai meminta mereka mengeluarkan kad pengenalan. Kedengaran suara "ambil ic, ambil ic!!!"

Dalam perjalanan dari bas ke banguan tersebut kelihatan satu aksi pukul-memukul berlaku.

 Sambil-sambil tu mohon jengok  POLL "kami mahu TS Khalid MB Selangor" kat atas tu dan sila undi.- terima kasih

kredit video meshmesh
Dua lagi video menunjukkan Bangla dan Myanmar

ads