Jumaat, 25 Mei 2012

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


Selamat Datang Ke Website SK <b>Bukit Lanjan</b> (Asli): PROGRAM <b>...</b>

Posted: 25 May 2012 07:32 AM PDT

Sk Bukit Lanjan adalah di antara 15 buah sekolah di dalam PPD Petaling Utama yang terlibat dengan Program Penutur Jati KPM. Mentor bagi SK Bukit Lanjan ialah Mr. Erick Blees dari Amerika Syarikat yang gigih membantu Cikgu Suffian dan pihak sekolah mempertingkatkan minat murid Orang Asli mempelajari Bahasa Inggeris seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam matapelajaran tersebut. Adalah diharapkan Program Penutur Jati ini akan memberikan impak yang berkesan kepada SK Bukit Lanjan selaras dengan dasar MBMMBI KPM. Terima kasih Sir Suffian dan Mr. Erick kerana tidak putus-putus berusaha mencari kaedah yang sesuai bagi menarik minat murid Orang Asli mempelajari Bahasa Inggeris. Keep up the good work!

ADMIN : Ibarat air menitik ke batu, akhirnya akan lekuk jua.





12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


Papa Hebat: Azmin Ter dedah lagi <b>di BATANG Kali</b>

Posted: 25 May 2012 05:19 AM PDT

Jom lepak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Nasib rakyat <b>Pasir Panjang</b> terabai, Nizar sibuk dengan ceramah <b>...</b>

Posted: 25 May 2012 02:37 AM PDT

Nasib dan kebajikan rakyat Pasir Panjang terus mendapat perhatian dan pembelaan daripada kerajaan negeri meskipun kawasan itu kini dikuasai pihak pembangkang.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk meninjau masalah rakyat tanpa mengira sama ada kawasan itu diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) ataupun pembangkang.

Pengundi DUN Pasir Panjang, katanya tidak terkecuali mendapat perhatian daripada kerajaan negeri walapun kawasan itu semakin dipinggirkan oleh wakil rakyatnya, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

"Hari ini, saya turun lagi ke  Pasir Panjang untuk meninjau permasalahan rakyat yang seolah-olah dipinggirkan oleh Nizar.

"Saya ingin melaksanakan kerja yang diabaikan oleh Nizar yang nampaknya lebih suka berjalan ke sana-sini dan berceramah politik daripada menyelesaikan masalah rakyat di Pasir Panjang.

"Jika beliau (Nizar) balik ke sini, jangan hanya duduk minum dan bersembang di kedai kopi dengan memaki hamun orang tak tentu hala, sebaliknya turun padang dan selesaikan masalah rakyat Pasir Panjang," katanya kepada pemberita selepas melawat warga Kampung Sungai Wangi dan Kampung Bharu, dekat Sitiawan hari ini.

Rumah pertama yang dilawati Dr Zambry menjadi tempat berteduh Latifah Abdullah, 40an, seorang ibu tunggal yang mengidap penyakit sendi kronik hingga membataskan pergerakan seharian.

Bercakap kepada Peraktoday.com, ibu kepada empat anak itu berkata, beliau cukup terharu menerima kunjungan pemimpin nombor satu negeri yang begitu prihatin dengan masalah yang dihadapinya selama ini.

"Ketika ini, saya menerima bantuan RM200 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kehidupan saya bersama dua lagi anak kadang kala berhadapan detik sukar kerana saya tidak lagi mampu bekerja akibat penyakit sendi yang kronik.

"Saya juga terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan dan turut dinasihatkan doktor supaya tidak melakukan kerja berat bagi mengelak penyakit ini menjadi lebih teruk," tegasnya lagi.

Latifah ternyata gembira dan tidak mampu menahan sebak apabila Zambry mengumumkan kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan membesarkan rumahnya yang agak sempit.

"Saya mengarahkan agar ruang rumah Latifah diperbesarkan dan jika kemudahan ini dapat disediakan, beliau dan dua lagi anaknya dapat tinggal dalam keadaan dan rumah yang lebih selesa," kata Zambry.

Sementara itu, pasangan warga emas, Yusof Din, 70, dan Hendon Hashim, 58, turut menerima kunjungan Zambry yang sempat meluangkan masa kira 15 minit untuk meninjau masalah yang dihadapi mereka.

Sejak enam tahun lalu, Yusof yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan terlantar uzur tidak maya akibat lumpuh dan segala keperluannya diuruskan oleh Hendon dengan bantuan anak lelaki mereka.

"Walaupun menerima bantuan RM300 sebulan daripada JKM untuk menampung keperluan suami, ia masih jauh daripada mencukupi untuk membiayai kos hidup yang semakin meningkat.

"Jika dahulu makcik menoreh getah sebagai sumber pendapatan tetapi apabila suami jatuh sakit, kehidupan kami sekeluarga turut terjejas apatah lagi kesihatan makcik juga begitu mengizinkan kerana sering sakit lutut," katanya lagi.

Hendon turut menyuarakan rasa kecewa kerana wakil rakyat Pasir Panjang jarang turun padang apatah lagi mengambil berat atau menyelesaikan masalah rakyat di kawasan itu.

"Rakyat di sini seolah-olah dipinggirkan dan saya sendiri cukup kecewa di atas sikap wakil rakyat Pasir Panjang yang gagal melaksanakan tugasnya untuk membantu dan menyelesaikan masalah rakyat.

Selain bantuan membaiki struktur rumah yang semakin uzur akibat dimakan anai-anai, beliau turut menyuarakan harapan agar permohonan anak lelakinya untuk memiliki sebuah bot menangkap ikan dapat diluluskan oleh pihak kerajaan.

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


BERSIH 4.0 BERSAMA SAMA PEGUAMNYA <b>DI SEKINCHAN</b> IKAN <b>...</b>

Posted: 25 May 2012 05:33 AM PDT

BERSAMA PEGUAM UNTUK MENUNTUT KERUGIAN PENIAGA2 KUALA LUMPUR AKIBAT PERHIMPUNAN BERSIH 1,2DAN 3 TERHADAP DATO AMBIGA N GANG SERTA PELANCARAN FB FAN PAGE BERSIH 4.0 CINTAKAN KEAMANAN.

apa - apa aje lah.......: Beli Jagung <b>Di Sekinchan</b>

Posted: 04 May 2012 05:56 PM PDT

Apa khabar? Aku dan keluarga sihat-sihat aje. Maaf sebab aku dah lama tak 'update' blog ini kerana agak sibuk sedikit dengan tugas dan tanggungjawab samada di rumah atau di pejabat.
Semalam aku ke Sitiawan, Perak kerana ada kerja nak buat.
Aku teringat pada kampung halaman yang dah lama aku tak singgah. Apa khabar agaknya orang - orang di sana? Aku harap mereka juga sihat dan sentiasa dimurahkan rezeki. Yelah... 12 tahun dah aku tak balik kampung.
Dalam pada itu, aku singgah di salah sebuah gerai yang terdapat di tepi jalan dekat Pekan Sekinchan.
Aku cuba cari benda apa yang sesuai untuk aku bawa balik ke rumah. Di gerai itu ada menjual mangga, jambu air, keladi, sukun dan jagung. Tengok punya tengok, aku ternampak beberapa longgok jagung. 
Jadi aku mula memilih nak pilih longgok yang mana satu sebab semuanya menarik. Akhirnya aku membeli selonggok jagung mentah dan beberapa ketul jagung rebus. Harganya lebih kurang RM 15.00 aje.
Selain menjual jagung rebus dan jagung cawan, di gerai itu juga ada menjual benih jagung.
 Jagung rebus dan jagung cawan. Sedap oooooiiiiii.......
 Makcik ini dibantu oleh anak-anaknya untuk menjalankan perniagaan
Buah sukun sedap digoreng garing. Begitu juga dengan keladi, tetapi aku tak berapa gemar makan keladi. Buah timun laut tu aku tak tahu cara nak makan. Itulah kali pertama aku tengok buah timun laut tu.
Di hadapan gerai itu, kelihatan deretan pokok kelapa dengan satu lagi pemandangan indah di waktu petang. 
Dalam memandu menuju ke rumah selepas itu, aku pun makanlah jagung rebus yang aku beli tadi. Aku puas hati membelinya kerana rasa isi jagung tu tak terlalu manis.
Akhirnya aku tiba di rumah sekitar jam 8 malam selepas mengharungi perjalanan yang lancar cuma ada sedikit kesesakan di plaza tol kerana masih banyak kenderaan yang baru pulang kerja agaknya...

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


Skandal YB Yunus & Bekas Nazir <b>Di Sijangkang</b> - ANGIN <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2012 08:00 PM PDT

Haji Yassin, bekas nazir Masjid Kampung Sijangkang dituduh menggelapkan wang peruntukan masjid sejumlah RM100,000 dalam facebook. Nazir tersebut juga dituduh menggelapkan wang hasil tanah wakaf seluas 35 ekar.
Tuduhan dalam facebook tersebut dibuat oleh penyokong penyokong PKR dan PAS terhadap nazir tersebut. Tuduhan tersebut sudah pun sampai ke telinga YB Dr Yunus Hairi (Exco Adat Istiadat Melayu & Sukan, ADUN Sijangkang). 
Persoalannya mengapa YB Yunus tidak mengambil sebarang inisiatif untuk membuat tindakan terhadap tuduhan penyokongnya itu? 
Apakah YB Yunus simpati dengan bekas nazir tersebut? Khabarnya YB Yunus tidak sanggup mengambil tahu kes tersebut kerana ingin menjaga hubungannya dengan golongan JATI. Betul ke? 
Malah ramai penyokong PAS (bukan parasit) sudah tahu YB Khairi dipilih sebagai Exco gantikan Hasan Ali adalah kerana ingin mengekalkan kumpulan penyokong Hasan Ali terhadap kerajaan Khalid Ibrahim. 

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Festival Kerja Kahwin <b>Di Subang Jaya</b> 2-8 Julai 2012

Posted: 19 May 2012 09:30 PM PDT

0

Warga Selangor tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menghadiri Festival Kerja Kahwin di Subang Jaya yang akan diadakan pada Julai 2012.Festival kerja kahwin ini akan diadakan selama 7 hari iaitu bermula dari 2 haribulan dan berakhir pada 8 haribulan Julai 2012.

Festival Kerja Kahwin Di Subang Jaya

Festival Kerja Kahwin Di Subang Jaya

Mydin Mall telah dipilih sebagai lokasi penganjuran festival kerja kahwin ini dan dijangka mendapat sambutan hangat daripada warga Subang Jaya yang boleh membeli belah di sana selepas mengunjungi festival ini.

Selain itu festival kerja kahwin ini turut dimeriahkan dengan majlis persandingan antara penyanyi Watie Elite dan Joey Daud.Bagi para peminat mereka boleh menyertai peraduan yang diadakan dan jika bertuah akan mendapat VIP seat di majlis perkahwinan tersebut.Tajuk peraduan tersebut adalah untuk anda menceritakan bahagiaan mana yang menjadi kesukaan di dalam majlis perkahwinan anda.

Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk menghadiri festival kerja kahwin ini kerana diadakan selama 7 hari untuk anda pergi ke sana dan mendapat pakej perkahwinan yang berpatutan.

Sila Kongsikan Bersama Kawan-Kawan Anda

Carian Yang Sama:

kerja kahwin festival may 2012

ads