Khamis, 8 Mac 2012

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Kembara Sufi: Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Kuala Selangor</b>

Posted: 16 Feb 2012 05:08 AM PST


Penolong Pegawai Perancangan Bandar dan Wilayah (J2-1)
Penolong Pegawai Tadbir (N3-1)
Pembantu Kesihatan Awam (U4-1)

Tututp: 21 Feb 2012
http://www.mdks.gov.my

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Fasha Sandha Nikah April <b>Di Ampang</b>

Posted: 08 Mar 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks Oleh Syafiqah Jalal

PETALING JAYA, 8 MAC 2012: Teka- teki majlis pernikahan aktres popular Fasha Sandha bersama kekasihnya Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai, akhirnya terjawab apabila pelakon tersebut mengakui bakal melangsungkan pernikahan pada penghujung April depan.

Namun jelas Fasha Sandha, di masih belum bersedia untuk berkongsi tarikh sebenar majlis pernikahannya itu.

"Memang betul saya akan bernikah pada penghujung April ini, tetapi saya belum bersedia untuk memberitahu tarikh yang sebenar,"katanya yang ditemui selepas pelancaran program Wanita Inspirasiku, di restoran Fullhouse, Sunway Giza, tengah hari tadi.

Dalam pada itu, pelakon kelahiran Johor Bahru ini turut mengakui akan melangsungkan majlis pernikahan di kediamaan barunya di Ampang, Selangor yang juga merupakan pemberian bakal suaminya itu.

" Kami akan bernikah di rumah baru saya di Ampang dan rumah tersebut merupakan pemberian Jejai untuk saya. Majlis resepsi pula akan diadakan di Perlis untuk sebelah perempuan manakala majlis pihak lelaki akan dibuat di sebuah lokasi di luar Malaysia,"katanya.

Mengulas mengenai lokasi luar negara yang disebut-sebut iaitu Bali atau Jakarta, Fasha enggan mengulas lanjut.

Tambah Fasha lagi, dia juga tidak mengharapkan perkahwinannya kelak menjadi Wedding of the year, sebaliknya memilih untuk mengadakan majlis yang serba sederhana.

"Terus-terang saya memang tak pernah terfikir untuk mengadakan perkahwinan besar-besaran, jauh sekali mengimpikan Wedding of The Year. Saya lebih suka majlis yang sederhana dan tidak suka untuk membazir wang kepada majlis perkahwinan.

"Sebab itu, majlis saya nanti hanya akan dihadiri oleh tetamu yang terhad. Bagi saya sederhana itu lebih indah untuk kami selain dalam masa yang sama kami dapat melayan semua tetamu yang hadir,"katanya.

Mengulas mengenai persiapan perkahwinannya kata Fasha, semuanya sudah semakin terlaksana dan dia akan mula bercuti pada 7 April depan bagi memberi tumpuan kepada majlis tersebut.

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


6 suspek ditahan bantu siasatan bakar lelaki <b>di Sungai Tengi</b>

Posted: 01 Mar 2012 11:19 PM PST

[unable to retrieve full-text content]SHAH ALAM: Polis Selangor hari ini menahan enam lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian membakar seorang lelaki sehingga tubuhnya melecur 80 peratus di ladang kelapa sawit di Sungai Tengi, Hulu Selangor Ahad ...

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


Ber&#39;santai&#39; bersama hidangan &#39;ayam eksotik <b>Jenjarom</b>&#39;......cesssss <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2012 06:25 PM PST

Inilah padahnya......hasil dari kempen 'gila-gilaan'.....promosi 'lampau-lampauan'...kononnya untuk menggalakkan industri pelancongan yang akhirnya menjadi industri pelacuran.

Hidangan 'ayam eksotik' di sebuah restoran di Jenjarom.....ber'santai' di persekitaran kelapa sawit akhirnya terbongkar seperti dilaporkan DI SINI .

al-brangionline:

Aktiviti tertua di dunia......

Lebih daripada political will untuk menangani aktiviti ini......alahai.....

12 di padang jawa - Google Blog Search

12 di padang jawa - Google Blog Search


Video Ceramah Zul Nordin <b>di</b> Jalan Kundang, <b>Padang Jawa</b> <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 12:56 AM PST

Berikut adalah video ceramah Zulkifli Nordin pada 24 Februari 2012 yang diadakan di Jalan Kundang, Padang Jawa .


12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Sikap pemandu <b>di</b> simpang berhadapan Komuter <b>Sungai Buloh</b> <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2012 06:17 AM PST

Saya ingin membuat aduan tentang sikap pengguna jalan raya di sekitar Sungai Buloh. Ketika di waktu puncak, banyak kereta yg tidak menunggu giliran di lampu isyarat bertentangan dengan Komuter sungai buloh. Akibat sikap pemandu yg tidak bersabar menunggu giliran, kesesakan jalan raya telah berlaku di sepanjang lalaun dari Kota damansara hingga ke Lampu isyarat bertentangan komuter sungai buloh yang juga menyebabkan simpang menghala ke sungai buloh telah di halang oleh kereta-kereta yang tidak bertanggungjawab ini.

Juga ketika waktu puncak lebih kurang bermula 7.30pagi, jalan di berdekatan dengan maybank damansara damai juga menghadapi kesesakan kerana sikap pemandu yg menjadikan 2jalan keluar masuk menjadi 3jalan keluar sahaja, ada juga kereta yg telah mengunakan jalan sehala untuk mengelakkan kesesakan di jalan utama keluar dari damansara damai.

Saya memohon agar pihak polis trafik membantuk mengurangkan kesesakan jalan akibat dari pengguna yang tidak bertanggungjawab ini. Setahu saya, balai polis di damansara damai juga ada dikawasan berdekatan tetapi belum pernah dilihat ada percubaan untuk mengurangkan kesesakan ini.

Sekian Terima Kasih diatas kerjasama anda.

By: lina

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

Aduan yang berkaitan:

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


CERAMAH HASAN ALI <b>DI</b> KAMPUNG KUNDANG,<b>TANJUNG SEPAT</b>

Posted: 08 Mar 2012 04:34 AM PST



12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


10 <b>Sungai</b> Terpanjang <b>di</b> Dunia | Fressay

Posted: 06 Mar 2012 01:24 AM PST

Berikut ini 10 sungai terpanjang di dunia :

1. Sungai Nil berada di Afrika memiliki panjang 6650 kilometer
2. Sungai Amazon berada di Amerika Selatan memiliki panjang 6400 kilometer
3. Sungai Yangtze / Chang Jiang berada di Negara China memiliki panjang 6300 kilometer
4. Sungai Mississippi - Missouri berada di Amerika Utara memiliki panjang 6275 kilometer
5. Sungai Yenisei - Angara - Selenga berada di Rusia dan Mongolia memiliki panjang 5539 kilometer
6. Sungai Kuning / Huang Ho berada di China Benua Asia memiliki panjang 5464 kilometer
7. Sungai Ob - Irtysh berada di Eropa dan Asia memiliki panjang 5410 kilometer
8. Sungai Kongo berada di Afrika memiliki panjang 4700 kilometer
9. Sungai Amur berada di Eropa dan Asia memiliki panjang 4444 kilometer
10. Sungai Lena berada di Benua Eropa (Rusia) memiliki panjang 4400 km

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Geng pecah rumah <b>di Kajang</b> tumpas | Berita Harian

Posted: 06 Mar 2012 04:25 AM PST

Geng pecah rumah di Kajang tumpas

06/03/2012 5:24pm

KAJANG — Geng pecah rumah di sekitar daerah ini, yang aktif sejak awal tahun, tumpas apabila polis menahan tiga anggotanya selepas mereka memecah masuk rumah pembantu khas anggota Dewan Undangan Negeri Balakong Yap Lum Chin di Taman Mahkota Cheras, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek yang berusia lingkungan 23 dan 30 tahun, diberkas pada hari sama selepas memecah masuk rumah serta melarikan kereta pembantu khas itu pada kira-kira 7 pagi.

Suspek pertama ditangkap di Dataran Cheras empat jam selepas itu dan polis menemui sebuah kereta lain yang dipercayai dicuri di Seri Kembangan awal tahun ini.

Suspek kedua pula ditahan di sebuah rumah di Balakong dan polis turut merampas sebuah kereta yang dilaporkan dicuri dari sebuah rumah di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi pada 1 Mac lepas, selain beberapa unit TV LCD, barangan elektrik dan kelengkapan memecah rumah.

Suspek ketiga ditangkap di sebuah hotel di Cheras dan polis menemui kereta milik pembantu khas Yap.

Semua barangan yang dirampas ketika semua suspek ditahan dianggarkan bernilai RM350,000.

Pada sidang akhbar hari ini, Abdul Rashid berkata, modus operandi kumpulan itu ialah mereka melakukan kegiatan pecah rumah pada waktu pagi bagi memastikan semua penghuni keluar bekerja.— BERNAMA

Originally posted here:

Geng pecah rumah di Kajang tumpas

Artikel Berkaitan:

  1. Geng pecah rumah di Kajang tumpas
  2. Geng pecah rumah di Kajang tumpas
  3. Geng pecah rumah di Kajang tumpas
  4. Geng pecah rumah di Kajang tumpas
  5. Geng pecah rumah di Kajang tumpas
  6. Geng pecah rumah di Kajang tumpas
  7. Geng pecah rumah di Kajang tumpas
  8. Geng pecah rumah di Kajang tumpas
  9. Geng pecah rumah di Kajang tumpas
  10. Geng pecah rumah di Kajang tumpas
Posted by on Mar 6th, 2012 and filed under Bharian. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response by filling following comment form or trackback to this entry from your site

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Ihram di Mekah terlucut <b>di Batu Caves</b>

Posted: 14 Feb 2012 02:05 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Tindakan Najib menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves bersama jutaan penganut agama Hindu dengan berpakaian Kurta kuning baru-baru ini, yang kemudian disifatkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai ...

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: 2000 Tong Gas Meletup <b>Di Kajang</b>

Posted: 28 Feb 2012 08:30 PM PST

Kajang: "Saya sempat melihat puluhan tong gas meletup dan melantun setinggi bangunan tiga tingkat disusuli api yang marak. Malah bunyi letupan seolah-olah di medan perang," kata Tazrul Tahir, 25, saksi kejadian kebakaran sebuah kilang mengisi dan memproses gas memasak di Jalan Semenyih Mantin, dekat sini, malam tadi.

Gambar: KEBAKARAN kilang memproses dan mengisi gas di Batu 22, Jalan Beranang.

Tazrul yang bekerja sebagai petani, berkata ketika kejadian dia sedang berada di rumah di Kampung Sentosa kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

Menurutnya, ketika itu dia ingin mengambil air wuduk untuk menunaikan solat Isyak sebelum terkejut apabila mendengar bunyi letupan kuat berulang-ulang kali, kira-kira jam 8.30 malam.

"Saya kemudian terus bergegas ke tempat kejadian sebelum tergamam seketika apabila melihat tong gas terbabit `terbang' manakala api mula marak.

"Ketika itu saya berasa seperti berada di medan perang apabila mendengar dentuman bunyi yang kuat. Bimbang kejadian tidak diingini berlaku saya kemudian berlari semula ke jalan utama sebelum polis dan bomba tiba di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata lima jentera bomba dengan kekuatan 30 anggota termasuk bantuan air dari Balai Bomba Mantin, Negeri Sembilan, dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.

Menurutnya, api dapat dikawal dalam sejam bagi mengelak api merebak ke kawasan lain di samping meletakkan kawasan berkenaan dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kemungkinan termasuk letupan.

"Unit Forensik Bomba kini sedang menjalankan siasatan lanjut secara menyeluruh bagi mengenalpasti punca dan kerugian sebenar," katanya.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku namun pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca utama kebakaran.

Menurutnya, 2,000 tong gas musnah dalam kebakaran itu bersama treler, lori sarat dengan tong gas, sebuah Proton Waja dan motosikal.

"Hasil siasatan awal yang dijalankan stor penyimpanan gas ini didapati tidak memenuhi piawaian keselamatan pada tahap sebenar hingga mengakibatkan kebakaran dan letupan berlaku.

"Sehingga ini, kita sedang mengesan pekerja dan pemilik stor dipercayai menghilangkan diri sejurus kebakaran berlaku," katanya yang ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan juga mendapati punca kebakaran dipercayai akibat kebocoran paip gas.

"Polis juga akan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Kajang bagi mengambil menyemak operasinya sama ada sah atau tidak," katanya.

Difahamkan, kilang terbabit sudah beroperasi sejak 10 tahun lalu dan kejadian ini adalah yang pertama. -hm

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


JAWA BERNAM: KASI GEGAR! HASAN ALI <b>DI PETALING JAYA</b> <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2012 09:13 PM PST

[unable to retrieve full-text content]HASAN ALI DI PETALING JAYA SELATAN ESOK MALAM. ... Jika hendak memberikan atau menyiarkan artikel-artikel hebat atau beriklan bolehlah diajukan kepada Yong di alamat rumah maya :- naemjawa@gmail.com ...

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


It&#39;s Mine..: Jumaat Yang Terik <b>Di Sabak Bernam</b>

Posted: 07 Mar 2012 07:20 PM PST

Semalam kitaorang sampai rumah dalam pukul 8pm..terus abah ajak makan kan luar. Port kesukaan abah..restoren di Sungai Besar. Alhamdulillah..sendat seluar aku. Ni kalau timbang kat klinik konpem berat naik. Selalu weight asyik turun jer..
Hari jumaat tu..masing2 bangun lewat. Penat tak hilang lagi. Lepas semua bersiap, bermulalah aktiviti ziarah kami. Mula2 singgah rumah Wak Nab [makcik] aku kat sebelah rumah ni..lepas tu terus ke rumah Wak Usin pulak. Wak tu gelaran untuk pakcik/makcik yer. Nanti ada yang tanya pulak..'wak' tu ape. Sape yang tak tau lagi..aku ni orang jawa okey. Tapi jawa pada nama je lah..nak cakap tak reti you. 
Lepas tu terus bergerak ke kedai abah aku. Dekat dengan masjid al-Taqwa Batu 38, Sabak Bernam..sape tau? Sape2 orang Sabak Bernam tu boleh lah singgah yer.
Kitaorang berhenti untuk brekpes plus dengan lunch sekali. Lepas kenyang terus berjalan ke Sungai Besar.
Kebetulan pulak..cuaca panas terik. MKS nak balik rumah pon malas..panas katanya. Orang dah biasa duduk dalam aircond gitu lah gamaknya. Tak biasa dengan suasana kampung. Tu belum abah aku ajak masuk kebun lagi..menggelupur agaknya nak pegang sabit & parang!
Sudahnya lepas keluar masuk kedai [sempat jugaklah rembat 2 cadar - barang2 Sg.Besar memang murah!], MKS ajak masuk KFC. Nak duduk tempat sejuk katanya.

Alah..KT pon ada KFC lah bang! Jom kita masuk Mee n Cafe..ada aircond jugak. Sedap jugak layan aiskrem time cuaca panas terik ni.

Aku tak taulah apa penyakit budak kecik ni. Asal balik kampung jer..mesti selera makan dia hilang. Kalau seminggu duduk kampung..seminggu lah dia tak makan nasi. Abis kuruih kering bila balik kampung.

Tu yang order kentang goreng & aikrem untuk dia. Memang sebakul kentang tu abis ke dia jer lah. Sampai tak cukup..kena order pulak.

Menyibuk amik mak usu punya aiskrem. Nak buat cam ne..aiskrem mak usu lagi sedappppp..

Balik rumah..masing2 membuta pulak. Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan bukan main lebat lagi. Makin sedap lah melayan tido..sampai ke maghrib.

Sincerely...

ads