Isnin, 9 April 2012

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Bengkel Kecantikan (Make-Over) PERCUMA <b>di Cheras</b>...

Posted: 03 Apr 2012 09:34 PM PDT

Assalammualaikum...

Untuk sesiapa yang minat ingin mengikuti bengkel kecantikan (makeover).... Sesi bengkel akan diadakan oleh beautician & make-up artist professional dari AIVIORA Academy bagi memperkenalkan produk baru (ENUCA) di bawah naungan Aiviora Group & Elianto, jenama kosmetik yang terkenal.

Penerangan lanjut adalah seperti berikut:

- Bayaran kursus: PERCUMA - Tiket bernilai RM248 akan diberikan secara PERCUMA semasa pendaftaran
(Untuk "ENUCA product introduction")
-Masa: 11 pagi hingga 2 petang (Makan tengahari disediakan)
Tarikh: 07 April 2012 (Sabtu)
Lokasi: ENUCA The White House, Taman Shamelin Perkasa, Batu 3 1/2, Cheras, Sleangor.

Intipati Bengkel:-

  • Teknik facial & penjagaan kulit seharian
  • Teknik make-up yg sempurna (teknik akan diaplikasikan pd muka sendiri)
  • Grooming class/penampilan diri
  • Tips-tips kecantikan
  • Di akhir bengkel akan perolehi sijil penyertaan kursus
Sesiapa berminat boleh dapatkan tiket percuma dari saya, (PM Neizs @ SMS 012-6299232)
Tempat adalah terhad!!!

* Untuk mengetahui tentang ENUCA dengan lebih lanjut, anda boleh layari www.enuca.com..

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


:: Kamaluddin ::: Senja <b>di</b> Rest House <b>Kuala Kubu</b> Bharu.

Posted: 05 Apr 2012 04:04 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Senja di Rest House Kuala Kubu Bharu. Sembang2 dgn Dato Kuris di gerai depan Agro Bank K... Dah letih bagitau.. nak msg/call guna whatsapp, ta... Cilok WiFi · 90% Kolej Swasta Akan Tutup Tanpa PTPTN.. Apa maca.

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


JALAN-JALAN & MAKAN-MAKAN @ AEON <b>BUKIT RAJA</b>

Posted: 09 Apr 2012 03:12 PM PDT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Yes, i am a garang mother. Hahaha.. Tiba-tiba je speaking London berterabur, dah la lari tajuk. Apakah?
Okeylah, sebenarnya nak cerita pasal kami makan-makan dan jalan-jalan di AEON (Jusco) Bukit Raja. Ada dah cerita sikit dalam entry INI. Masa di sana memang ada kejadian yang buat ibu 'keluar tanduk'. Memang kegeraman yang tak boleh dicover lagi dah. Kalau ada orang tengok masa tu, memang orang tu akan kata' "Ish.. garangnya mak dia ni". Kih kih kih.. Jadi tu yang awal-awal entry dah buat pengakuan. Memang ibu Yusuf ni garang pun..
Mana tak garangnya, setiap kali outing je mesti ada adegan aneka ragam. Grrrr..
Tengok!! Masani tah gaduh apa dengan abang dia sampai tergolek-golek atas kerusi.
Tengok!! Dia pandai buat ibu marah, tapi dia juga yang selalu 'cairkan' ibu. Aduhai Maryam..
Bila yang diorder sampai, hilang kejap ragamnya..
Abang Yusuf yang cool. Yang ni sejak besar memang tak ada karenah, cuma bila dengan ayah je dia mengada sikit. 
Tajuk makan-makan kan? Jadi kena tunjuk juga gambar makanan. Ini ayah punya, ibu makan yang macam abang Yusuf punya..
Ayam golek.. Sama je kan rupanya yang dekat tepi jalan tu?
Tapi dah namanya KR, standardlah kan. Makan berempat hampir cecah 3 angka la juga. Sekali sekala boleh lah, selalu-selalu boleh blah. Hahaha..

Oh ya, di AEN Bukit Raja sedang ada pameran kraf sampai 15 April 2012. Ibu intai dari atas je, adalah macam-macam. Ada batik, ada songket, ada barangan kraf, ada perhiasan wanita, ada kristal dan mutiara. Macam-macamlah..

Antara gambar yang ibu sempat snap..

Lepas makan, naik atas sebab bawa Maryam layan Kiddos Ride. Lepas habis main kat sini, wah wah wah.. makin beragam-ragam dia. Pusing-pusing kejap, terus balik..

Anak tetap anak. Syukur dengan kurniaanNya. Alhamdulillah..

Sekian catatan ibu Yusuf dan Maryam. Jumpa lagi.. :D 







12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


Majlis Pertunangan Eera <b>di Batang Kali</b> (Tema - Merah & Hitam <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2012 10:28 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Majlis Pertunangan Eera di Batang Kali (Tema - Merah & Hitam). Posted 5th March by WARISAN BONDA CATERING and EVENT SERVICES · Warisan Bonda Catering & Event Services. Kami menawarkan perkhidmatan ...

12 di padang jawa - Google Blog Search

12 di padang jawa - Google Blog Search


SK <b>Padang Jawa</b>: Pelajar maut disambar petir

Posted: 03 Apr 2012 05:06 PM PDT

Nurfarhana Abd Manan
3 April 2012
SERDANG – Seorang pelajar yang menyertai Pertandingan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Daerah Petaling Perdana di Universiti Putra Malaysia (UPM), terbunuh dipanah petir manakala rakannya cedera, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang, mangsa Muhamad Mustaqim Muhamad Kamarul dan Muhammad Yusop,  masing-masing berusia 16 tahun, dikatakan baru selesai bermain bola di Padang A UPM.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan sedang menunggu bas di bawah pokok untuk pulang ke sekolah masing-masing.
Menurutnya, insiden disedari beberapa pelajar yang turut berada berhampiran padang berkenaan sebelum memaklumkan kejadian kepada seorang guru.
"Ketika kejadian, salah seorang guru memberitahu keretanya bergegar sebelum didatangi pelajar yang memberitahu dua pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Seksyen 16 Shah Alam itu dipanah petir.
"Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang, namun salah seorang daripadanya, Muhamad Mustaqim dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan," katanya.
Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke rumahnya di Padang Jawa, Klang sebelum dikebumikan di kampung ibunya di Felda Jengka Pahang.
"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang. Kes disiasat sebagai mati mengejut," katanya lagi kepada Sinar Harian.

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


myBancik: Masjid Jamek <b>Sungai Buloh</b> Perlukan Pembelaan

Posted: 24 Mar 2012 06:26 AM PDT

3 Jamadil Awal 1433

Pada sekitar 15 Mac yang lepas, disebabkan kesesakan yang teruk di sekitar parkir stesen komuter KTM di Sungai Buloh, penulis terpaksa bersolat Maghribdi Masjid Jamek Sungai Buloh yang berhampiran stesen berkenaan.Bayangkan disebabkan kesesakan di kawasan parking sahaja, ianya telah menyebabkan hampir terlepasnya solat maghrib. Terngiang-ngiang di fikiran penulis agar solat sepatutnya dilakukan di awal waktu.

Mujur ada masjid berkenaan, dan dapatlah penulis menyelamatkan keadaan. Namun ketika memasuki kawasan solat di masjid tersebut, hati penulis agak terasa pilu bila melihatkan keadaan masjid jamek berkenaan yang memerlukan agak banyak besen-besen dan timba serta periuk bagi menadah air hujan yang turun dari bumbung disebabkan bumbung masjid yang bocor.

Walaupun ada tabung diletakkan sebagai kempen mengumpul derma pembangunan semula masjid berkenaan, bagi penulis, sebagai negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi, keadaan sedemikian tidak sepatutnya berlaku, tambahan masjid berkenaan juga terletak di negeri yang menjadikan konsep negara berkebajikan sebagai dasar mereka. Semestinya perlu ada perancangan jangka pendek atau jangka masa panjang dari segi pembangunan masjid berkenaan. Sepatutnya keadaan sedemikian mendapat pembelaan yang sewajarnya terutama dari pelbagai peringkat terutama pemimpin-pemimpin politik yang beragama Islam.Keadaan masjid yang bocor tidak sepatutnya berlaku di negeri yang mana salah satu parti kompnen utama kerajaan sekarang menjadikan Islam sebagai perjuangan mereka.

Apakah para-para  pemimpin yang beragama Islam kita sekarang ini asyik berpolitik untuk mendapatkan sokongan dari kalangan pengundi bukan Islam sehinggakan perkara asas seperti ini dipandang sebelah mata? Apakah pengundi -pengundi dikalangan umat Islam sudah tidak penting lagi buat mereka sehinggakan keluhan dan keperluan mereka tidak perlu diambil tahu? Penulis tinggalkan persoalan ini untuk renungan bersama dikalangan pembaca terutama yang beragama Islam.

Wallhualam

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


RUMAH MAWI <b>DI</b> BANDAR BARU <b>BANGI</b> DIPECAH MASUK <b>...</b>

Posted: 26 Mar 2012 03:56 AM PDT

Kediaman juara Akademi Fantasia musim ke-3, Mawi yang terletak di Bandar Baru Bangi dirompak, awal pagi tadi. Dalam kejadian itu, Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 31, sedang berada di rumah bersama isteri, Nora'Asikin Rahmat atau Ekin, 32, bersama anak dan ibu mertuanya.

Ekin ketika ini masih berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka, Cahaya Malaika, 28 Februari lalu. Dalam insiden itu, Mawi dan ahli keluarganya diikat sebelum perompak berjaya melarikan barangan bernilai lebih RM10,000.

p/s : oh.. rugi barang tak apa mawi, asalkan keluarga selamat jer…

Incoming search terms:

  • rumah mawi (150)
  • rumah mawi masuk pencuri (38)
  • rumah mawi bangi (21)
  • rumah mawi masuk perompak (16)
  • rumah mawi banglo (16)
  • rumah mawi dipecah masuk (15)
  • rumah mawi masuk (7)
  • rumah banglo mawi di bangi (6)
  • rumah baru mawi (5)
  • rumah mawi di pecah masuk (5)

Tags: , , ,

Category: INFO SEMASA

About the Author ()

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : amri0868@gmail.com]

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Ceramah Bongkar <b>di Kapar</b> Kelang malam ni « taipingmali

Posted: 15 Mar 2012 01:54 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Ceramah Bongkar di Kapar Kelang malam ni. 15 Mar 2012 Leave a Comment. by taipingmali in ZON TENGAH. Ceramah Bongkar mlm ni 15/3 jam 9pm diJalan Cempedak Bukit Kerayong 2,Kapar,Sgor. Penceramah: Lokman Adam & Khairul ...

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Playschool <b>di balakong</b> - Homeschooling 101 | Tadika2U.com <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2012 11:31 AM PST

It has been a very long process deciding on an educational path for our children. It began when I was not thrilled with the schools we are zoned for.

Read this article:
Homeschooling 101

Incoming search terms:

Users who found this page were searching for:

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


CINTAMANISZ Lite: Ke KL - Mee Bandung Muar <b>di Kajang</b>

Posted: 17 Mar 2012 09:08 AM PDT

10hb Mac 2012
Sabtu..

Aku soh fadel bawak gi makan mee bandung Muar di Kajang...Mak ler yg beria-ia kata mee bandung tu sedap sangat terutama mee bandung tulang tu. Mak ngan ayah pun ri tu...Fadel yg bawak ke sini.

Kat situ bkn mee bandung aje...mcm2 menu ada, western pun ada, satay pun ada, yong tau foo dan mcm2 lah. Oder aje laa. Dh abes makan pandai2 laa bayar sendiri, ye..hehe....
Kitorang dh dtg situ sudah tentulah nk pekena mee bandung ni. Kalo setakat nk makan seafood...kat area Cheras pun ada, kan Fadel??? hehe...takyah gi sampai ke area Kajang nun!!
Mee bandung tulang ni mmg terangkat. Wlpn namanya mee bandung tulang tp dia taruk daging yg sangat lembut dlm hidangan mee tu. Menjadikan rasanya sgt enak.
Aku mmg tak penah lagi makan mee bandung Muar ni kat betul2 di daerah Muar. Jd takleh nk bandingkan laa rasanya seperti ori ke tak kan!!
Cuma tu lah...yg ni pun dh rasa sedap, hihi..Dh abes pun entry kali ni....Aitt??? pendek aje?? mcm tak percaya!!!!

Nota Alona:-
-Ntah bila ler nk sampai Muar, ngee...
-Letih laa ari ni (Sabtu 17hb). Aktiviti sgt padat, badan letih, sakit tekak, mata ngantok tambah2 pulak dok isap ubat DEQ utk sakit tekak ni, mm..

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Tertunailah Hasrat <b>Di</b> Hati: Kerepek <b>Sabak Bernam</b>

Posted: 23 Mar 2012 10:26 AM PDT

Kami ni jarang lalu jalan Sabak Bernam dan sewaktu dengannya sebab ashik ke selatan ajerlah.  Bila lalu jalan kat sini rasa excited tenguk ada macam-macam yang di jual di tepi jalan.

Salah satu tempat yang kami singgah ialah tempat orang jual bermacam-macam jenis kerepek termasuk popia simpul dan macam-macam lagi sampai rasa nak rembat semuanya.  

 Harga pun tak mahal sangat macam jual kat sini.  Sebelum cuba kena rasa dululah, ada yang akak gemar, suami tak gemar, suami suka akak tak suka.  Al maklumlah tekak masing-masing mana nak sama selera.

 Kami ambik peket kecil sikit dulu sebab senang nak makan dalam kereta.  Kononnya nanti balik nak beli lagi, tapi akhirnya tak jadi beli pun.

Ada jugak di jual bangkit bakar dan bangkit kelapa, nanti sape yang lalu bolehlah singgah..akak pun tak tau km berapa sebab tak tau sangat jalan kat sini.  Orang Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Sekinchan taulah kan. 

Oh yer..ada geng talibarut berasal dari sini.  Nanti bolehlah tanya kat tempat ni..tapi Firdaus kata kat Sabak Bernam?  Hermmmm betul ker?

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Kelana Jaya dan <b>Subang Jaya di</b>&#39;biru&#39;kan dengan program BN <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2012 09:37 AM PDT

Program Puteri UMNO bahagian Kelana Jaya hari ni (24/3/2012) betul-betul meriah . Ramai yang hadir termasuk ahli-ahli parti komponen BN dari MCA. MIC dan PPP . Program ini dibuat untuk mendekatkan BN dengan anak2 muda di sekitar Parlimen Kelana Jaya. Boleh dikatakan program ini berjaya dengan penyertaan konvoi bermotor dan berkereta yang melebihi dari jangkaan . Boleh dikatakan hampir setiap kawasan-kawasan strategik di sekitar Kelana Jaya dan Subang Jaya dilalui konvoi. Program ini dirasmikan oleh Datuk Haji Yahya . 

Program konvoi Puteri ini bermula dari Pejabat UMNO/Barisan Nasional Kelana Jaya melalui Subang Parade, Maideen USJ dan seterusnya berhenti di PDM Angsana untuk program bersama kanak2 di  Dewan Masyarakat Angsana, USJ1 Subang. Persinggahan konvoi di PDM Angsana juga disambut meriah, lebih ramai yang menunggu kedatangan konvoi melebihi jangkaan awal. 
Selesai aktiviti di PDM Angsana, konvoi bergerak melalui Desa Menteri , seterusnya ke Padang Kelana Jaya, berhampiran 7 Eleven dan menamatkan konvoi di Pejabat UMNO/BN Kelana Jaya . Boleh dikatakan program Puteri UMNO Kelana Jaya hari ni berjaya mem'biru'kan sekitar Kelana Jaya dan Subang Jaya yang dikuasai oleh PR. Kehadiran mereka di tempat-tempat ini memberi isyarat bahawa BN di Kelana Jaya dan Subang Jaya masih 'hidup' dan akan sentiasa bersedia bersama rakyat di kawasan-kawasan ini tanpa mempedulikan tohmahan-tohmahan oleh pemimpin-pemimpin PR Selangor.

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Panglima Perang Cyber: Dr Hassan Ali Masuk PKR <b>Di Kelana Jaya</b> <b>...</b>

Posted: 05 Apr 2012 02:41 AM PDT

Jom sebarkan... Ahli-Ahli PAS kena dengar penjelasan beliau.

ads