Sabtu, 23 Februari 2013

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


MIMPI SENJA: Himpunan Kebangkitan Beras Sekampit Najib <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2013 11:42 PM PST


King Jason Aku Rembat Gambaq Hang

Aku tengok gambar himpunan kebangkitan beras sekampit najib rosmah...orang ramai menyerbu lori yang agih beras.., teringat aku pada gambar gambar rakyat miskin di Eutopia yang kebuluran. Tiap kali misi bantuan makanan sampai, begitulah suasananya..macam kat Semenyih tu. mereka serbu lori yang agih bantuan beras kerana mereka tu miskin, tak ubah macam penduduk di Eutopia atau pelarian Rohingya.

Tapi penduduk penduduk tu warga Malaysia..bernaung bawah kerajaan UMNO BN yang berkuasa sekian lama, tapi masih miskin tak ubah macam penduduk di Africa. Nampak sangat UMNO BN ni hanya layan rakyat macam mereka mereka di Eutophia...hulur bantuan bila mahu perkuda mereka mereka itu.

Kalau gambar serbuan orang ramai ke lori bantuan beras tu di siar di media luar negara, pasti ramai menyangka itu di Africa atau mana mana tempat yang melarat dan miskin.

Megah kah orang orang Semenyih?. Seronok kah Najib dan UMNO BN ?

Tanpa beras, tanpa duit poket dan tanpa makan minum.....ratusan ribu rakyat hadir di Stadium Merdeka. Kalau gua PM Najib..dah lama saya pakai topeng tutup muka...maluuuuu !

Itu pun pencacai UMNO BN nak bermegah lagi?

Nie ha habuannya yang sampai bertolak-tolak bagai.. Himpunan sokong najib atau himpunan beras sekampit.

.pakat-pakat kalih

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Program SPIES Bantu Pembangunan <b>Negeri Selangor</b>

Posted: 19 Feb 2013 11:12 PM PST

SHAH ALAM 20 FEB: Program Spiritual, Physical, Intelektual, Emosi dan Sosial (S.P.I.E.S) Selangor yang dimulakan sejak lima tahun lalu berjaya melatih 101,239 rakyat di negeri ini melalui 1,252 program yang dijalankan.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim program SPIES ini memberi sumbangan terhadap pembangunan di negeri ini kerana pelaburan di negeri Selangor meningkat dalam lima tahun kebelakangan ini.

Menurut beliau, Selangor menduduki tangga pertama dengan sumbangan tertinggi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Selangor dengan menyumbang sebanyak 23 peratus.

"Saya sangat berterima-kasih dalam lima tahun penglibatan saudara-saudara semua, apa yang berlaku, Selangor membangun lebih bertambah dalam lima tahun ini.

"SPIES mengajar kita memberikan sumbangan dan sumbangan saudara adalah sebahagian daripada kejayaan kita," katanya selepas merasmikan perlancaran Pembudayaan SPIES Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini.

Program pembangunan modal insan ini dilaksanakan mengikut beberapa kategori seperti SPIES Remaja, SPIES Belia, SPIES Siswa, SPIES Penjawat Awam, SPIES Warga Pendidik, SPIES Kepimpinan Masyarakat, SPIES Keluarga, dan SPIES Profesional.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, modul program ini dibentuk bersandarkan kepada falsafah SPIES yang dibangunkan oleh ahli akademik, ahli agamawan, dan perunding berpengalaman dalam bidang pendidikan.

"Modul SPIES menggunakan beberapa teori dalam pendidikan seperti teori pembangunan manusia, falsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan kebangsaan, sosiologi Islam dan modul ini menekankan nilai universal dan prinsip universal," katanya dihadapan 700 duta SPIES dalam pelbagai bidang.

Katanya, program SPIES ini diharap akan menjadi satu model pembangunan insan bagi seluruh rakyat di negeri ini dalam usaha menjadikan Selangor sebuah negeri yang aman, sejahtera dan berkebajikan.

Pendapat Anda

Pendapat

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Gambar Suasana Majlis PM <b>Di Ampang</b>....Lautan <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2013 11:00 PM PST

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Ocean&#39;s 13: DR. DZULKIFLI AHMAD HALALKAN RUMAH <b>...</b>

Posted: 30 Jan 2013 11:02 PM PST


MACAM tak percaya pun ada apabila mendapat berita dari sahabat aku sorang ini. Artikel beliau di SINI yang telah berjaya membongkar siapa sebenarnya dalang yang menghalalkan rumah pelacuran berleluasa di Kuala Selangor.

Jarak antara kampung aku di Sabak Bernam dengan Kuala Selangor tidak jauh mana. Jika hendak ke Kuala Lumpur pasti akan melalui kawasan pekan kecil itu. Tapi tidak disangka-sangka, pekan kecil yang berkepadatan penduduk majoriti nya Islam dan Ahli Parlimennya juga Islam PAS, tidak mengetahui akan kewujudan rumah maksiat tersebut.

Bukan hendak menuding jari mencari salah sesiapa namun itulah hakikatnya. Apabila kemaksiatan berlaku di depan mata tiada dicegahnya. Dikatakan UMNO pelopor maksiat di Malaysia. Banyak anak luar nikah salah UMNO, banyak sumbang mahram salah UMNO, rumah pelacuran salah UMNO?

Jadi, ada apa-apa nak komen? Kalau rumah pelacuran kat Kuala Selangor yang berahli parlimenkan Pengarah Strategik PAS, Dzulkifli Ahmad adakah juga salah UMNO?

Sedarlah...

Sumber

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


Aedi Rizwan: Himpunan Waris Malaya <b>di Batang Kali</b>

Posted: 23 Feb 2013 07:23 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Saturday, 23 February 2013. Himpunan Waris Malaya di Batang Kali. -1383931859. Posted by Aedi Rizwan at 23:23 · Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook. No comments: Post a Comment. Older Post Home. Subscribe to: ...

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


relakslah sekejap: SESAT <b>DI</b> &#39;NURSERY BUNGA&#39; <b>SUNGAI BULOH</b> <b>...</b>

Posted: 13 Dec 2012 07:30 PM PST


Ni, bukan sesat sebarang sesat.  Sesat yang sendiri buat, hehehe.

Minggu lepas, saya teringin nak pergi cari tumbuhan wangi.  Tak kiralah, pokok ke, bunga ke, apa ke, bak kata orang, asal ia berbau harumlahkan...


Banyak betul bunga di sana.  Cantik, tak usah cakaplahkan.  Tapi, di kepala saya tetap nak mencari bunga yang berbau harum.  Nak tanam di kampung.  Walaupun mak dah bising tak larat nak jaga, tapi, saya suka.  Ah, tak kisahlah.

Sayapun tak tau sangat nak berhenti kat mana, sebabnya banyak betul 'nursery' yang ada di sini.  Kalau rajin, bolehlah pi ke semua tempat tu.  Bagaimanapun, saya tak suka sangat tempat yang susah  parkir.  
Kalau tanah luas dan rajin, boleh jadi taman yang indah.  


Pokok hiasan di atas, saya dah beli beberapa tahun lepas.  Walaupun tinggal di apartmen yang tak ada balkoni, saya tetap jaga, alhamdulillah, senang dijaga pokok ni. 






Bunga mawar kampung.  Agaknyalah, kecil. 

Bunga ni ingat ke wangi, rupanya tidak.  Saya terbaca dalam blog siapatah... katanya wangi...hmmm.


Cantik betul pokok hiasan di atas.  Ni kalau tahun baru cina dan krismas, berlambak di pusat membeli-belah, tersusun rapi. 


Cantik spesis bunga di atas, tak tau nama la pulak. 



Cantik betul tumbuhan yang daunnya pelbagai corak dan warna. 


Dulu kat rumah tok (nenek) saya berlambak pokok ati-ati kat telaga.  Sekarang kena beli pulak hehehe. 



Saya pernah beli pokok limau ni dan tanam.  Alhamdulillah, kalau dijaga betul, buahnya besar dan banyak. 



 Ini pokok 'gardenia'  baunya harum.  Rasanya bau inilah yang selalu saya tercium di kawasan belakang rumah saya bila keluar.  Padahal tak tanam pun.  Saya anggap je, agaknya bunga pokok pinang kot yang berbau wangi. 
Insyaallah dah tau dah apa nak beli untuk bawa balik ke kampung. 
Pokok bunga di ataspun wangi juga, tapi, tak tau pula kalau nak jaganya susah ke tidak.  Belum ditanya lagi.  Segan la pula, tanya banyak-banyak, lepas tu tak beli, padahal nak mencari-cari dulu. 







Ini pokok ekor musang kot.  Tak ingat, la.  Tapi, penjual tu ada sebut ekor...'something', saya senyum jer. 



Ha, kemboja.  Saya pelik, kenapa ada orang kata kemboja berbau wangi?  Rupa-rupanya wangi.  Inipun akan dibeli.  Tapi, itulah dah tau mak akan bising, sapa nak jaga.  
Orkid tak usah cakaplah, macam-macam jenis ada.


Pokok di atas ni, kat parit belakang rumah di kampung berlambak. Tengok di sini cantik la pulok. 



 Sesiapa yang sukakan kaktus.  Tak payah nak pergi ke Cameron Highlands lagi nak cari.  Sinipun banyak la jugak. 




Periuk kera, menjadi tumbuhan kegemaran saya semasa masuk hutan dulu. 


Ha, akar dani, bunga dia harum.  Rasanya bau bunga ni pun selalu saya tercium juga kat kawasan yang kita tak jangka.   Sebenarnya, inilah pokok yang saya suka sangat.  Tumbuhan ni saya ternampak di sebelah rumah jiran abang saya.  Nak minta malu.  Tak sangka kat Sungai Bulohpun dapat la juga.  
Ada beli di MAHA, tapi bunga dia macam kecut sikit.  Tapi, memang cantik dan wangi.  Saya suka.  


Kepada penggemar bunga-bunga dan tumbuhan hiasan, memang bolehlah mencari-cari di Sungai Buloh tu.  Misi saya seterusnya nak beli bunga melur yang berlapis, akar dani, kemboja dan gardenia.  Nak letak dalam rumah di apartment dululah.  
Kadang-kadang tu bau wangi memang segar je rasanya.

Cantik, macam rama-rama. 


12 di tanjung sepat - Google Blog Search

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


4 Mayat Rentung Dijumpai <b>Di Tanjung Sepat</b>

Posted: 12 Sep 2010 04:34 AM PDT

Empat mayat rentung dipercayai mangsa bunuh ditemui di sebuah ladang ternakan di Tanjung sepat. Berita ini menggemparkan berikutan kehilangan Datuk Soosilawati dan tiga lelaki lain yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Anggota polis menyekat laluan masuk ke Ladang Gadong, Tanjong Sepat dekat Banting malam tadi sementara menunggu unit Forensik Bukit Aman melakukan siasatan berhubung kehilangan Datuk Sosilawati bersama tiga rakannya yang lain

Bagaimanapun, sehingga malam tadi, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penemuan berkenaan, termasuk mengesahkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan kes Sosilawati.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Minggu, penemuan itu susulan penahanan suspek utama yang mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages itu.

"Difahamkan, suspek yang membawa polis ke tempat kejadian, Khamis lalu hingga membawa kepada penemuan mayat berkenaan," katanya.

Sehingga malam tadi, enam suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan Sosilawati dan tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu.

Turut ditahan seorang ahli perniagaan dan peguam berpangkat Datuk bersama adilknya, seorang doktor berusia lingkungan 40-an.

Difahamkan, kedua-duanya perancang utama kes itu manakala identiti empat lagi suspek dikenal pasti, namun dipercayai kumpulan sama yang melarikan semua mangsa.

Ahli forensik polis dijangka ke lokasi penemuan empat mayat rentung pagi ini bagi menjalankan siasatan lanjut.

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Polis Tahan Empat Lelaki Berhubung Kes Samun Kedai Emas <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 07:34 PM PST

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) — Polis menahan empat lelaki hari ini bagi membantu siasatan kes samun kedai emas di hadapan Balai Polis Selayang Baru pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata suspek, yang berusia antara 16 dan 27 tahun, ditahan ketika polis menyerbu sebuah rumah di Lot 27, Jalan 18 Kampung Melayu, Batu Caves pada kira-kira 6.50 petang.

"Dalam serbuan itu, polis turut merampas dua motosikal iaitu Honda EX5 dan Kawasaki RR serta empat resit pajak gadai dan dua helai "vest"," katanya kepada Bernama malam ini.

Semalam, dua lelaki bersenjatakan parang dan tukul melarikan tiga dulang emas bernilai kira-kira RM200,000 ketika menyamun sebuah kedai emas di depan Balai Polis Selayang Baru.- BERNAMA

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


.: Wedding <b>di Sekinchan</b>

Posted: 03 Dec 2012 06:07 AM PST

Rasanya banyak betul kila pergi wedding skang en.
haha yela wedding kawan mak la kawan kila kawan sepupu la
Semua kila menyebok.haahah
Sekinchan kampung mak kila.
Kami pergi wedding kawan mak je.
Pakai shawl macam tuh muka macam buah kelapa dah wei =.=' 
Errr baju kila besar ke or kila yang makin membesar ?hahahahah

Yang lelaki tuh kawan tempat kerja mak gak tapi tak tahu la sapa nama.
Ktorang sampai awal so sementara tunggu pengantin bersanding.
Pengantin lelaki dah sampai :)

Sebab selalunya make up pengantin dalam gambar je lawa.
Tapi yg ni lain. kila tengok depan depan .
cantik gila. bedak tak bercapuk.

Sesi bersalaman dgn suami :) sweettttnyaaaa

Acara membaling gula &duit  kot.
rasanya mcm nampak duit kertas jugak.
Masa ni happening sangat.
Kila pun dapat tangkap lolipop satu!.
haha tapi tuh la lolipop tu kena kepala sakit jugak.hahaha 
Pengantin bersedia nak makan beradab :)

KIla dok ushaaa udang ni jeee.
Tapi silalah sedar diri yang diri ni alergik UDANG .*nangis golek golek * haha

Korang tengok depan depan make up dia sangat lawa.
Foundation tuh memang masuk dgn kulit.
Tak putih sgt memang cun la kiranya.

Nih semua kawan kawan tempat kerja mak.
Mak kila yg baju warna merah tuh

Congrats kepada anda berdua :)
Semoga cepat cepat dapat baby & berkekalan hingga akhir hayat .

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


SEMUT HITAM: TERASA CORK TERBELIAK KENA BALUN!!!

Posted: 20 Feb 2013 06:30 AM PST

Selama hari ini, Si Terasa Cork ni rasa diri dia terlalu bagus untuk menerima kritikan. Disebabkan itulah dia terlalu angkuh bila mendapat kemenangan tempoh hari.

Bagi Si Terasa Cork ni, kemenangan puak - puak Pakatan Haramjadah merampas 5 (masa tu Perak masih bawah Rejim diorang) hanya ibarat 5 ekor babi yang dipanggang.

Korang bayang la ek. Dapat memerintah 5 Negeri, diorang hanya ibaratkan 5 Negeri tu macam Babi. Tak ke sial perangai Si Terasa Cork ni.

Tindakan Si Terasa Cork tu jelas membuktikan bahawa dia terlalu angkuh dan sombong dengan kemenangan tersebut. Dan dia memang seorang yang sombong pun.

Jadi, tak heran la kalau Si Terasa Cork ni kena balun dengan puak - puak DAPigs tu sendiri bila dia didesak untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi DAPigs Selangor. Dah dasar orang tak sedar diri, memang patut sangat la dia kena tenyeh!!!

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok didesak meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP Selangor ekoran didakwa gagal melaksanakan tugas dengan baik selain mengamalkan sikap pilih bulu dalam menangani masalah rakyat. 

Desakan itu dibuat bekas Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang, R.Vellasamy yang mendakwa banyak masalah rakyat, terutama masyarakat India di Selangor yang tidak dapat diselesaikan oleh beliau. 

Selain tugasnya sebagai Ahli Parlimen Seputeh, Kok juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara yang dilantik sebagai Exco kanan kerajaan Selangor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan kerajaan negeri. 

"Semua jawatan dia mahu, tetapi tidak boleh buat kerja, sebab itu sekarang banyak masalah di Selangor," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Beliau berkata, tahun lepas, Kok mengadakan pertemuan bersama masyarakat Cina di Sungai Pelek, Sepang bagi menyelesaikan masalah rumah ibadat dan sekolah, tetapi tidak mengadakan pertemuan serupa bagi menyelesaikan masalah masyarakat India. 

"Sebelum ini, saya telah hantar 11 memorandum minta bantuan bagi kebajikan masyarakat India di Sungai Pelek, Sepang tetapi sehingga kini masih tiada maklum balas," katanya. 

Vellasamy yang dipecat daripada DAP pada Mei tahun lalu turut mendakwa, beliau digelar sebagai 'mabuk' oleh Kok kerana sering membangkitkan isu masalah rakyat yang tidak diselesaikan oleh DAP dalam beberapa mesyuarat parti itu. 

"Pada tahun 2008, semasa itu mereka (pakatan pembangkang) tiada tempat untuk mesyuarat, kita bagi tempat di kuil, mereka janji akan bagi sumbangan dan tanah dengan geran untuk kuil, tetapi sampai sekarang tak ditunaikan," katanya.

Ps: Sedar sikit nyonya. Tak semua orang suka sama dia tau. Jadi, jangan sombong sangat!!! - seterusnya...

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Ocean&#39;s 13: Bangsat Punya MP <b>Kuala Langat</b>..Ko Main Kotor Yeee?!!!

Posted: 12 Feb 2013 08:01 PM PST


Ahli Parlimen Kuala Langat yang sebelum ini terbabit dalam kontroversi dan skandal rumahtangga, Abdullah Sani, cuba menonjolkan namanya semula setelah melihat penentangan penduduk kepada PKR dan Pakatan Rakyat di seluruh Kuala Langat. Abdullah Sani bagaimanapun, tidak melihat pengundi Melayu sebagai peluang untuknya mengekalkan kerusi yang sedang disandangnya, sebaliknya Abdullah Sani cuba mengambil hati pengundi-pengundi India yang dilihatnya lebih mudah untuk ditipu dan diperdayakan, sepertimana yang berlaku pada tahun 2008 ketika dia memenangi kerusi berkenaan dan PKR secara amnya, di Selangor.

Daripada maklumat yang kami terima, Abdullah Sani telah mengetuai PKR Kuala Langat dalam usaha mengeluarkan geran tanah kepada masyarakat atau lebih tepat lagi pengundi India di Pulau Carey bagi tujuan memancing undi dan sokongan.

Ketika memenangi kerusi Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani telah berjanji kepada para pengundi yang tinggal secara haram, Pakatan Rakyat akan memberikan geran tanah dan hakmilik tanah yang diduduki kepada para pengundi berkenaan. Bagaimanapun, selepas hampir lima tahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor, jangankan geran tanah, Abdullah Sani sendiri pun, tidak pernah menampakkan muka di kawasan terbabit kerana takut dia akan didesak tentang pemilikan serta geran tanah yang dijanjikannya.

Apatah lagi, Abdullah Sani sememangnya seorang Ahli Parlimen yang tidak bertanggungjawab kerana sepanjang masa dia bergelar Ahli Parlimen, masanya lebih banyak dihabiskan untuk BERCINTA dengan isteri barunya sekarang. Manakala peluang berada di Dewan Rakyat pula, seringkali digunakan untuk menghentam Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansor berbanding membawa masalah rakyat di Kuala Langat untuk dibincangkan.

Kini PRU13 semakin hampir. Abdullah Sani yang melihat peluang untuk menang semakin terkatup rapat, mula memikirkan sesuatu yang lebih ekstrim atau lebih tepat lagi, jalan pintas bagi memenangi hati para pengundi.

Adalah difahamkan, TANAH yang diperjudikan oleh Abdullah Sani merupakan TANAH MILIK YAYASAN SELANGOR. Yayasan Selangor di tangan Pakatan Rakyat, hanya tinggal nama. Sudah terlalu banyak aset Yayasan Selangor yang selama ini digunakan untuk membangunkan masyarakat marhein, terutama sekali masyarakat Melayu-Bumiputera, telah dijual dan dilupuskan oleh Pakatan Rakyat. Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor secara persendirian telah merompak wang dari akaun Yayasan Selangor dan dipindahkan ke akaun Parti Keadilan Rakyat Selangor.

PKR Selangor akan mengeluarkan GERAN TANAH ATAU BORANG 5A sebelum PRU. Seramai 205 orang penama atau pemohon akan terlibat, termasuklah CV1 dan CV2. PKR Selangor yang menyokong kuat kerja-kerja Abdullah Sani, berpendapat, sekiranya perkara ini terlaksana, UMNO-BN tidak mungkin dapat menawan kembali kerusi N.51 Sijangkang.

Kerusi N.51 Sijangkang sekarang ini disandang oleh Dr. Ahmad Yunus dari PAS setelah berjaya mengalahkan Abdul Fatah Iskandar (UMNO-BN) dengan kelebihan undi sebanyak 2,081 pada tahun 2008. Pada tahun 2004, kerusi berkenaan telah dimenangi oleh Abdul Fatah Iskandar dengan majoriti undi 3,396 undi.

Abdullah Sani dan PKR Selangor melihat usaha pemberian geran dan hakmilik tanah kepada pengundi-pengundi di N.51 Sijangkang akan memberi kelebihan kepada mereka. Sebabnya mudah… sekarang ini, undi masyarakat India merupakan undi penentu terutama di kawasan Pulau Carey.

Sekali lagi nampaknya, tanah-tanah Melayu dijadikan bahan sandaran oleh para pemimpin PKR dalam usaha mereka untuk mengekalkan kuasa dan jawatan.SEL13

ads