Isnin, 7 Januari 2013

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


RUMAH UNTUK DISEWA <b>DI</b> SELANGOR,<b>SEMENYIH</b> IMPIAN <b>...</b>

Posted: 04 Jan 2013 08:28 AM PST

[unable to retrieve full-text content]RUMAH UNTUK DISEWA. 1.ALAMAT:NO 19,JALAN SEMENYIH IMPIAN 10,TAMAN SEMENYIH IMPIAN,43500 SEMENYIH,SELANGOR. 2.BILIK ADA 3, 3.RUMAH TEPI, 4.NO HP UNTUK.

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


kisah hidupku: Weekend <b>di kuala kubu</b> bharu selangor

Posted: 07 Jan 2013 09:05 AM PST

ha..best ke tak cuti ujung minggu nie? confirm best. sebab nana balik umah mama n abah (maklong n paklong) kat kuala kubu selangor..naik apa? naik ETS yang laju tu..nasib baik la tak terlajak sampai KL kan..da la nana first time g naik train tu..kalo tak mampus kena patah balik.sorang2 plak tu.sampai sana spupu nana nama dia kak ilah g amik..rasa macam mimpi ja..btol kah?nana berpijak di negeri orang nie?huhu..pegi tandas,tengok vermin n cubit pipi..aa..betol la.x mimpi da. haha.malam tu mama n abah bawak g celebrate makan seafood..err..teringat plak..
pastu esok tu plak kami g kenduri kat teluk intan..kawin punya la sakan..sampai 2 orang sekali adik n abg..cuak gak masa sampai teluk intan tu..tapi orang teluk intan memang sempoi2 haha. ops! 
maap ler..pic nana n kak ilah banyak plak..kami nie gila camera la.kalo bley kak ilah tu nak saja camera samsung baru..da survey harga RM1833..haha kak ilah jangan marah erk..lek lu..dok ingat harga tu ja nie..beli kat nana jala..bley?haha.nanti kalo ada cuti panjang lagi nana pi sana lg ok.kita pi fraser hills tau.tak penah pi lagi..huhu..tima kasih suma..belanja makan steamboat..fuhh! first time sumanya..21 first..sepanjang kita gi makan orang sentiasa ramai kan kak ilah. depa nak celebrate jugak tu..hehe..tq suma..

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


Rosmah, BAKTI Lawat Mangsa Banjir <b>Di Dengkil</b>

Posted: 07 Nov 2012 10:27 PM PST

alt

 

DENGKIL 8 Nov - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan ahli-ahli Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) hari ini meluangkan masa melawat mangsa banjir yang di tempatkan di Pusat Penempatan Sementara di sini.

 

Rosmah yang juga merupakan Yang Di Pertua BAKTI meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama mangsa banjir dan makan tengah hari bersama mereka.

 

"Selepas mendapat maklumat mengenai kejadian banjir, kami (BAKTI) telah berbincang dan mengambil keputusan untuk datang melawat ke kawasan yang mengalami banjir.

 

"Kami turut mengambil inisiatif untuk menyumbangkan RM 10 ribu kepada setiap negeri yang mengalami banjir iaitu di negeri Selangor, Johor, Melaka dan Perak," katanya ketika berucap di Dewan Orang Ramai, Dengkil yang dijadikan sebagai Pusat Penempatan Sementara bagi mangsa banjir.

 

Menurut Rosmah, dengan sumbangan yang disalurkan ini, dapat meringankan beban mangsa banjir untuk membeli keperluan yang diperlukan oleh mangsa banjir.

 

"Dana ini akan disalurkan melalui Pertubuhan Isteri Wakil-Wakil Rakyat setiap negeri yang terlibat, dan wang tersebut akan digunakan untuk membeli keperluan bagi kegunaan mangsa banjir," katanya.

 

Tambahnya lagi, rakyat tidak perlu risau jika ditimpa musibah kerana pelbagai pihak seperti pertubuhan kebajikan akan turut sama menghulurkan bantuan.

 

"Ini (beri sumbangan dan melawat) sahaja yang mampu kami lakukan. Segala yang terjadi adalah ketentuan Allah SWT. Saya lihat keperluan mangsa banjir mencukupi dan kita perlu bersyukur kerana pelbagai pihak turut sama membantu menghulurkan bantuan bukan sahaja daripada pihak Barisan Nasional (BN) sahaja," ujarnya lagi.

 

Seramai kira-kira 919 mangsa banjir yang ditempatkan di penempatan sementara ini dijangka akan pulang ke rumah masing-masing pada petang ini jika keadaan mengizinkan.

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


saya nur anis: PAPA Seafood <b>di kapar</b>

Posted: 01 Jan 2013 04:30 PM PST

kalau jalan dari kapar ke kuala selangor tu, ada dua kot kedai makan ni.
kalau dari kuala selangor ke kapar pulak, ada satu.
semua dekat area kapar ke jeram.
mula-mula sampai tu, tengok macam pelik.
tak macam kerabu mangga biasa.
sekali makan, sedap rupanya.
hari tu kitorang makan biasa-biasa aja.
tomyam, telur dadar dengan kailan ikan masin je.
tu yang malas nak ambik gambar tu.
p/s : entri autopost. sebab sekarang ni tengah on the way pergi lapor diri dekat hq felda jalan semarak.
ohhh..nervous takut kena campak ke mana-mana.

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Roboh Gerai Penjaja Melayu <b>Di Klang</b> - Zalimnya Kerajaan PR <b>...</b>

Posted: 04 Dec 2012 12:43 AM PST


Tindakan Kerajaan Pakatan Haram Selangor merobohkan 12 gerai penjaja Melayu yang terletak berhampiran perhentian Teksi Klang Utara, hari ini membuktikan sikap Kerajaan PR Selangor kejam dan zalim. Perobohan gerai penjaja ini adalah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab oleh Kerajaan PR Selangor terhadap peniaga Melayu yang mencari sesuap nasi berniaga di Bandar Klang. Disebabkan Kerajaan PR Selangor gagal untuk menyediakan kemudahan penjaja makanan di bandar Klang terutamanya kepada peniaga Melayu, telah menyebabkan peniaga-peniaga bertindak menyewa tanah kosong untuk mendirikan gerai sementara untuk berniaga demi mencari rezeki untuk keluarga.
Perobohan gerai ini merupakan perbuatan penguasa yang zalim. Kerajaan PR Selangor wajar berunding dan bertolak ansur dengan pelbagai kesulitan yang Rakyat Selangor alami sekarang. Peniaga wajar diberikan pampasan sekiranya gerai mereka hendak dirobohkan. Peniaga juga wajar dipindahkan ke tempat yang berhampiran untuk mereka meneruskan usaha mencari rezeki dalam perniagaan. Klang Bandar Diraja yang aman dan makmur memerlukan kerajaan yang prihatin terhadap permasalahan rakyat, bukan menghukum kesalahan rakyat yang berpunca dari sikap Kerajaan PR Selangor yang tidak mahu memahami penderitaan rakyat marhaen akar umbi.

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Tangan hantu dalam gambar gadis sedang mandi...SERAM!!! | Misteri

Posted: 06 Jan 2013 08:49 PM PST

Ni ada satu berita gempar dari Sibu, Sarawak yang berlaku minggu lepas.

Dikatakan gadis ini tiba-tiba pengsan setelah gambarnya diambil. Dan setelah diteliti gambar tersebut didapati ada penampakan objek berupa tangan misteri yang kelihatannya seperti cuba mencekik gadis berkenaan.

Meneliti gambar yang disertakan oleh berita ini, didapati memang benar kelihatan jari-jemari berkedut-kedit dan berkuku panjang seolah-olah hendak mencakik gadis ini. Ada juga kemungkinan gambar hantu ini mungkin terjadi akibat biasan cahaya dari air sungai. Rupanya sungguh real dan menakutkan. Biasan dari air tidak selalunya menghasilkan ralat fotografi ber-dimensi sebegini.

Satu lagi faktor adalah persoalan di mana adakah gadis ini pengsan setelah melihat gambar ini atau sebelumnya? Kenapa gadis ini pengsan? Adakah kerana sudah dicekik hantu?

Berikut adalah teks sebenar dari pautan berita mengenai kejadian ini yang disiarkan dalam akhbar The Borneo Post:

SIBU: Penduduk di kawasan rumah panjang di Sungai Nibong, berdekatan Jambatan Sungai Nibong dekat sini gempar apabila mendapati seorang gadis remaja pengsan setelah mandi-manda di sungai terbabit, petang kelmarin.

Menurut sumber, mangsa yang berumur lingkungan belasan tahun dari rumah panjang berdekatan dikatakan merakam gambar sewaktu mandi manda sehingga muncul satu imej yang me-nyerupai tangan satu lembaga seolah-olah hendak mencekik leher mangsa.

"Setelah mengambil gambar, mangsa terus naik ke tebing dan pengsan sehingga menyebabkan rakan-rakannya yang lain terkejut dan cuba membantunya.

"Melihat mangsa gagal memberi sebarang tindak balas, salah seorang rakannya kemudian berlari ke rumah panjang berdekatan untuk meminta pertolongan," ujarnya yang enggan dikenali kepada Utusan Borneo, semalam.

Penduduk rumah panjang yang dimaklumkan jelasnya, kemudian bergegas ke tempat kejadian dan cuba memberikan pertolongan kepadanya termasuk menggunakan jampi tertentu.

Menurutnya, sedang beberapa orang penduduk rumah panjang sibuk memberi pertolongan kepadanya, salah seorang rakannya sempat mengimbas gambar yang diambil dengan menggunakan telefon bimbit dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat objek yang menyerupai tangan 'hantu' cuba mencekik mangsa kelihatan dalam gambar itu.

"Salah satu tangan 'benda' itu terletak berdekatan dengan dagu remaja itu sementara tangan satu lagi sudah berada di tengkuk kirinya dan dilihat seolah-oleh bersedia untuk mencekik mangsa yang sedang berada di dalam sungai tersebut untuk memberikan posenya kepada rakan yang sedang mengambil gambarnya," ujar sumber itu.

Jelas sumber itu, mangsa kemudian dibawa ke rumah panjangnya dan difahamkan sudah sedar dan keadaannya tidak membimbangkan.

Bagaimanapun katanya, satu upaca-ra 'ngampun' mengikut adat lama ma-syarakat Iban akan dijalankan hari ini (semalam) di sungai tersebut bagi me-minta maaf kepada makhluk halus itu.

Bagi mengikuti perkembangan upacara terbabit semalam, Utusan Borneo tidak dibenarkan membuat liputan sama ada mengambil sebarang gambar di kawasan terbabit atas sebab-sebab tertentu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Gambar ini yang dikirimkan melalui MMS kepada telefon bimbit pemberita Utusan Borneo menimbulkan keanehan apabila tangan makhluk terbabit sungguh ketara dilihat jika ia diperhatikan betul-betul.

Percaya atau tidak, ia terpulang kepada individu itu sendiri tetapi gambar ini menimbulkan misteri dan ia benar-benar berlaku di kawasan tersebut.

Sungai Nibong yang terletak kira-kira 30 meter dari pusat bandar ini dan terletak di Jalan Nibong-Tada.

Kejadian itu berlaku tidak jauh dari jambatan Sungai Nibong yang terletak di jalan terbabit.

Utusan Borneo turut diberitahu bahawa jalan raya di situ, sama ada sebelum dan selepas Jambatan Sungai Nibong itu merupakan satu tempat yang 'sangat keras'.

Menurut penduduk di situ, jalan terbabit sudah banyak mengorbankan nyawa manusia yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya.

Kata mereka, setiap kemalangan yang berlaku di situ pasti akan meragut nyawa dan jarang yang selamat apabila ditimpa kemalangan di jalan terbabit.

Ada antara mereka menyatakan bahawa banyak pengguna jalan raya yang melalui jambatan terbabit kerap diganggu oleh makhluk halus terutama pada waktu malam.

Pondok Rahmat

Posted: 06 Jan 2013 11:45 PM PST


---------------------------------------------------

Di Musim Kemarau Sungai Golok Boleh Diseberangi Dengan Berjalan Kami atau bermotosikal tanpa bot atau perahu

----------------------------------------------------------------------------------------

Kita menyebutnya Sungai Golok atau orang Thai mnyebutnya Sungai Kolok. Pada umumnya, bila disebut Sungai Golok atau Kolok, pada latar pemikiran mereka terbayang sebuah bandar kecil yang terletak di Selatan Thailand, dan bukannya Sungai Golok yang menjadi persempadanan memisahkan negeri Kelantan atau Malaysia dengan  negara jirannya Thailand.

Sungai Golok atau Kolok sebagai sebuah bandar terletak di Selatan negara Thailand sebuah bandar sempadan. Agak besar juga dan mempunyai sebuah stesen kereta api yang menghubunginya dengan ibu negara Thailand, Bangkok. Sungai Golok terletak dalam Daerah Narathiwat.


Ia terkenal sebagai sebuah pusat membeli belah dan juga syurga peleseran untuk kaum lelaki di mana mek-mek Siam boleh diperolehi dengan mudah dan dengan harga yang istimewa.

Pada tahun 2011 penduduk Suingai Golok berjumlah seramai38, 612 orang.

Sementara di sebelah Malaysia pula ada bandar sempadan yang dikenali dengan nama Rantau Panjang, yang terletak dalam daerah Pasir Mas yang terkenal sebagai sebuah pusat membeli-belah, terutama barang-barang yang diimport dari neagra jiran itu.

Sementara Sungai Golok sebagai sebuah sungai yang mengandungi air yang mengalir ke Laut China Selatan, menembusi Pengkalan Kubor dalam Jajahan Tumpat di sebelah Malaysia dan Takbai dalam jajahan Narathiwat di sebelah negara jiran Thailand. Sungai Golok  memisahkan Rantau Panjang Malaysia dan Narathiwat di sebelah Thailand.

Sungai Golok amat berguna kepada mereka yang tinggal di pinggirannya seperti juga penduduk-penduduk yang tinggal di mana-mana pinggiran sungai di lain-lain tempat dan negeri.

Mereka menggunakannya untuk mandi-manda, mencuci badan, membasuh pakaian dan juga untuk melepas kotoran yang tidak perlu di dalam badan.

Namun begitu, di waktu-waktu tertentu dan dalam musim-musim tertentu ia menjadi ancaman, bila airnya melimpah membanjiri kawasan-kawasan sempadan, khususnya di Rantau Panjang, terutama Bandar Rantau Panjang.

Setiap hari Sungai Golok akan disberangi oleh penduduk di kedua-dua belah negara, penduduk Thaliand menyerbang ke Malaysia, dan penduduk Malaysia menyeberang ke Thailand, terutama bagi mereka yang tinggal di pinggiran sungai itu.


Tujuan mereka menyeberang sempadan ialah untuk menziarahi keluarga dan sahabat handai mereka masing-masing yang tinggal di tebing-tebing Sungai Golok itu. Pada umumnya mereka mempunyai pertalian darah yang kental.

Selain daripada barang-barang halal, sebagaimana diketahui umum, ada juga mereka dari kedua-dua belah pihak yang mengambil kesempatan untuk berniaga barang-barang haram melintasi sepanjang sungai yang panjang itu-Sungai Golok.

Barang-barang rompakan atau curian termasuk hewan-hewan ternakan dan kenderaan dari Malaysia biasanya di seludup ke Thailand menerusi Sungai Golok.

Sejajar dengan itu timbullah berbagai-bagai pangkala haram, antaranya yang terekenal ialah Pengkalan Ibrahim Pencen, Pengkalan Syed Agil dan pengkalan dekat Lubuk Jong.

Biasanya pengkalan ini diseberangi dengan menggunakan sampan atau bot kecil dimana penumpangnya dikenakan bayaran yang kecil sahaja.

Malah di musim kemarau ada di tempat-tempat tertentu sungai itu boleh diseberangi dengan berjalan kaki, atau menaiki motosikal sahaja, kerana airnya amat cetek, separas buku lali atau kering langsung dengan pasirnya yang timbul.

Sebenarnya di pekan Rantau Panjang ada sebuah jambatan yang menghubungkan kedua-dua buah negara itu yang dibina secara bersama oleh kedua-dua negara berjiran itu sekitar tahun 1970an. Ia dikenli dengan Jambatan Mahabah.

Tapi untuk melintasi jambatan ini terpaksa menggunakan paspot secara resmi baik dari Malaysia ke Thailand atau dari Thailand ke Malaysia. Peraturan lumrah untuk keluar masuk  ke mana-mana negara asing.

Di samping itu pada masa dahulu ada sebuah landasan kereta api yang menghubungi Rantau Panjang dengan Sungai Golok, yang kemudiannya dihentikankan perkhidmatannya. Kereta api itu digunakan oleh para peniaga daripada negeri Kelantan untuk membeli-belah di Sungai Golok dan memasarkannya di Malaysia. Demikian juga sebaliknya peniaga-peniaga Thailand datang berkereta api ke Malaysia untuk tujuan yang sama.

Fotot-foto yang disiarkan bersama rencana ini dirakam di musim kemarau di salah satu bahagian sungai itu yang kering di musim kemarau.

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Umno-BN Monopoli Penggunaan Balairaya <b>Di Sungai Burong</b>

Posted: 09 Jun 2012 05:00 PM PDT

TANJONG KARANG, 10 JUN : Tujuan utama pembinaannya adalah untuk kegunaan semua pihak tetapi lain pula ceritanya di DUN Sungai Burong di sini apabila balairaya yang dibina dimonopoli pembangkang Umno-BN untuk agenda politik mereka.

Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong, Mohamad Judi Sarjo berkata, pihak pembangkang(Umno-BN) di Selangor harus memahami kerajaan mewujudkan kemudahan awam seperti balairaya adalah untuk kepentingan semua dan bebas digunakan apabila diluluskan pihak berkuasa.

Menurutnya, Umno-BN tidak sewajarnya menganggap balairaya tersebut seperti kepunyaan mereka kerana ia menyalahi peraturan dan undang-undang sedia ada.

"Setelah diadukan perkara ini, kita memandang serius mengenainya dan akan merujuk kepada Pejabat Daerah untuk reaksi seterusnya. Kita berharap semua pihak dapat bekerjasama dalam perkara ini demi kepentingan bersama.

"Balairaya itu boleh digunakan semua pihak seandainya dibenarkan untuk berbuat demikian," katanya kepada SelangorKini.

Isu balairaya di Kampung Sungai Kajang Baru mendapat perhatian orang ramai apabila didakwa digunakan Umno-BN sejak sekian lama untuk kepentingan sendiri. Ia dikatakan satu-satunya balairaya yang ada di kampung itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung, Khairon Dahalan berkata, pihaknya kesal dengan apa yang berlaku kerana Umno-BN cuba memonopoli balairaya tersebut.

Dakwanya, sebelum ini beberapa program yang ingin dijalankan menghadapi kesulitan dan ada yang terpaksa dibatalkan berikutan tidak dapat menggunakan balairaya tersebut.

"Umno-BN perlu memahami bahawa balairaya itu dibina bukan untuk mereka. Ia kemudahan untuk semua. Tidak kiralah sama ada untuk badan bukan kerajaan (NGO) atau pihak lain termasuk parti politik.

"Kita harap pihak berkuasa dapat mengambil langkah sewajarnya bagi penyelesaian isu ini," katanya.

Khairon menjelaskan Umno-BN juga menyalahgunakan balairaya itu apabila memasang dan mengibarkan bendera parti di bangunan dan di sekitar kawasannya.

Pendapat Anda

Pendapat

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


<b>sungai pelek</b>, bagan lalang dan morib. - Panggil Burong - Blogspot

Posted: 23 Sep 2012 04:39 AM PDT


Bagi aku Sungai Pelek, Bagan Lalang dan Morib merupakan segitiga pelancongan yang terbesar di Selangor.  Kawasan ini juga merupakan daerah 1Malaysia yang unggul dimana perangkaan penduduk hampir sama antara Melayu (luar bandar), China (bandar) dan India yang tinggal di estet-estet getah dan kelapa sawit.  Unik dan tersendiri.
Kalau diberi kuasa mentadbir aku pasti jadikan kawasan ini tumpuan pelancong kelas pertengahan dan bawahan (proletariat) di Malaysia.  Tetapi aku pasti ini tidak akan berlaku jika Selagor di tadbir oleh kapitalis Pakatan Rakyat.  Malahan di Bagan Lalang sudah pun dibina hotel 5 bintang yang pastinya tidak akan mampu si marhaen menyewanya.  Diharap rest house persatuan nelayan tidak akan diganggu sementara tanah rizab melayu di sekitarnya juga tidak di usik. Semuga kawasan segitiga ini kekal bersih dan tidak ditelan pembangunan yang hanya mementingkan segelintir kapitalis Malaya.  Atau pun dijadikan kawasa 'red light' dengan China Dolls yang digemari VVIP.

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


TSUNAMI LUMPUR <b>DI SUBANG JAYA</b> | CikguSyahir[dot]com

Posted: 03 Jan 2013 08:28 PM PST

Home » , , » TSUNAMI LUMPUR DI SUBANG JAYA
Share
Gambar lumpur tsunami di subang jaya.MACAM BENDANG...tanah lumpur di Persiaran Putra Bahagia, Putra Heights.Ketika memandu kereta, tiba-tiba saya melihat tanah lumpur seperti ombak tsunami datang dari bukit berhampiran dan menimbus kereta saya. Beberapa saat kemudian, satu lagi runtuhan berlaku dan tanahnya menghala ke arah kereta saya.
"Tanpa berfikir panjang, saya menarik tangan isteri dan keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri," kata Abdul Talib Ramli, 59, seorang daripada lapan mangsa kejadian tanah lumpur di Persiaran Putra Bahagia, Putra Heights, di sini, jam 6.15 petang semalam.
Dalam kejadian itu, lima kereta, sebuah van dan sebuah motosikal diselaputi lumpur akibat runtuhan tanah dari Bukit Cermin yang jatuh ke dalam takungan air di kaki bukit sebelum melimpah atas jalan.

Abdul Talib berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri, Siti Laila Othman, 57, dalam perjalanan dari tempat kerja ke rumah di Putra Heights.



"Keadaan cuaca ketika itu cerah dan tidak hujan," katanya yang memberitahu turut melihat jelas sebuah Perodua Viva dan Toyota Vios yang melalui jalan sama 'bermandi' lumpur.

sape yang polish keta tu sia-sia jela. hantar kedai yer. kasi licin. :)

'; var pageArea = document.getElementsByName("pageArea"); var blogPager = document.getElementById("blog-pager"); if(postNum 0){ html =''; } if(blogPager){ blogPager.innerHTML = html; } } function showpageCount2(json) { var thisUrl = home_page_url; var htmlMap = new Array(); var isLablePage = thisUrl.indexOf("/search/label/")!=-1; var thisLable = isLablePage ? thisUrl.substr(thisUrl.indexOf("/search/label/")+14,thisUrl.length) : ""; thisLable = thisLable.indexOf("?")!=-1 ? thisLable.substr(0,thisLable.indexOf("?")) : thisLable; var thisNum = 1; var postNum=1; var itemCount = 0; var fFlag = 0; var eFlag = 0; var html= ''; var upPageHtml =''; var downPageHtml =''; var labelHtml = ''; var thisUrl = home_page_url; for(var i=0, post; post = json.feed.entry[i]; i++) { var timestamp1 = post.published.$t.substring(0,19)+post.published.$t.substring(23,29); timestamp = encodeURIComponent(timestamp1); var title = post.title.$t; if(title!=''){ if(itemCount==0 || (itemCount % pageCount ==(pageCount-1))){ if(thisUrl.indexOf(timestamp)!=-1 ){ thisNum = postNum; } if(title!='') postNum++; htmlMap[htmlMap.length] = '/search/label/'+thisLable+'?updated-max='+timestamp+'&max-results='+pageCount; } } itemCount++; } for(var p =0;p=(thisNum-displayPageNum-1) && p'; }else{ upPageHtml = ''+ upPageWord +''; } fFlag++; } if(p==(thisNum-1)){ html += ''+thisNum+''; }else{ if(p==0){ html = labelHtml+'1'; }else{ html += ''+ (p+1) +''; } } if(eFlag ==0 && p == thisNum){ downPageHtml = ' '+ downPageWord +''; eFlag++; } } } if(thisNum>1){ if(!isLablePage){ html = ''+upPageHtml+' '+html +' '; }else{ html = ''+upPageHtml+' '+html +' '; } } html = '

Pages ('+(postNum-1)+')'+html; if(thisNum'; var pageArea = document.getElementsByName("pageArea"); var blogPager = document.getElementById("blog-pager"); if(postNum 0){ html =''; } if(blogPager){ blogPager.innerHTML = html; } }

ads