Rabu, 28 November 2012

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


REKREASI MINDA: &#39;MENCUBA NASIB&#39; <b>DI</b> KOLAM UDANG <b>CHERAS</b>

Posted: 15 Nov 2012 07:42 AM PST

   Sewaktu pulang dari uptown Bandar Tun Razak, sahabat saya Razwan, telah mengajak saya singgah ke sebuah kolam memancing udang yang terletak berhampiran SK Taman Cuepacs dan gelanggang badminton Challenger  di Cheras.
  Tanpa membawa sebarang peralatan memancing, kami singgah juga ke kolam tersebut. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM15 bagi sejam memancing. Joran dan umpan hati ayam disediakan.
Memandangkan sudah agak lama tidak memancing, kami pun menduga kolam tersebut. Kebetulan, rakan kami, Abang Halim, turut berada di situ bersama isterinya. Mereka kerap memancing di sini. Justeru, kami turut bertanyakan tentang keadaan kolam, peluang dan sebagainya, sebagai panduan untuk kami mengenali kolam ini... Satu hal yang menarik, pengunjung yang membawa isteri, isterinya boleh memancing secara percuma..
Kami hanya memenuhi masa sejam itu sebagai 'latihan' kerana tidak seekor pun udang yang berjaya kami naikkan.. InsyaAllah, cuba di lain kali!

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


2 Maut Kemalangan Ngeri <b>di Kuala Kubu</b> Bharu | Kaki Bising Dot Com

Posted: 05 Sep 2012 04:53 AM PDT

image

Gambar oleh Amir Ali

KUALA KUBU BHARU – Dalam tempoh dua jam, dua kemalangan maut berlaku melibatkan empat kenderaan di laluan sama di Jalan Bandaran dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, kemalangan pertama berlaku jam 3.20 petang melibatkan motosikal dan kereta jenis Perodua Myvi.

"Manakala kejadian kedua berlaku kira-kira jam 5.20 petang melibatkan lori muatan balak dengan sebuah kereta.

"Dalam kejadian awal, motosikal ditunggang Zaliha Che Pin, 48, dipercayai gagal dikawal dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta Myvi dipandu Low Yoke Teng, 27.

"Pertembungan itu mengakibatkan penunggang motosikal daripada Taman Teratai, dekat sini maut di tempat kejadian kerana kecederaan di bahagian kepala," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Manakala, kemalangan kedua katanya, berlaku hanya pada jarak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian pertama.

Menurutnya, kejadian di Jalan Hamzah berdekatan Desa Rening itu berlaku apabila kereta dipandu S Thevandran, 28, yang datang dari arah Rasa ke Kuala Kubu Bharu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Katanya, lori muatan kayu balak itu yang datang dari arah bertentangan dipercayai gagal mengelak lalu bertembung dengan kereta terbabit.

"Kejadian itu mengakibatkan kereta yang dipandu Thevandran terputus dua.

"Dia yang berasal dari Taman Ampang Pecah dekat sini maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.

"Manakala pemandu lori, Abdul Majid Ismail tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun lorinya terbalik," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mayat mangsa kemalangan berasingan itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).

Menurutnya, kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 .

Sementara itu, beliau berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

http://din.huluselangor.net/?p=18683

Incoming search terms:

  • kemalangan ngeri 2012
  • kemalangan maut
  • MAKTAB POLIS KUALA KUBU BHARU
  • hospital kuala kubu bharu
  • kemalangan ngeri
  • kemalangan maut 2012
  • kemalangan ngeri kuala kubu bharu
  • kuala kubu baru groupon
  • kuala kubu bharu
  • kemalangan kuala kubu baru pada 12/10/14

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Bowling <b>di Ampang</b> SuperBowl Summit USJ. | Main Bowling

Posted: 17 Nov 2012 02:39 AM PST

Antara tempat yang syok untuk main bowling bagi aku adalah di Summit USJ. Kat sini pusat bowling dia adalah oleh Ampang SuperBowl. Main kat sini memang puashati sebab surrounding yang cool, dan lane yang boleh dikatakan sentiasa dijaga. Boleh dikatakan semua lokasi yang ada Ampang Superbowl akan memberikan anda servis yang terbaik. Ampang Superbowl nih juga adalah penyedia rangkaian pusat bowling terbanyak di Malaysia. So rasanya kesemua rangkaian mereka nih memberikan servis dan kepuasan tempat bowling kepada peminat-peminat dan playa2 bowling disini. Check it out.!!

usjbowling

usj bowling centre

Ampang SuperBowl Summit USJ

Ampang SuperBowl Summit USJ

Bowling di Summit USJ

Bowling di Summit USJ

Banyak lane..

Banyak lane..

Pilih bola bowling

Pilih bola bowling

Aku pernah main tournament kat Summit nih dengan cemerlang.. hehehe. Dan pernah juga organisekan bowling tournament kat sini. Kalau main kat tempat nih kira best lah..  Ok.. cuba ler. Jom bowling.

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Hentikan Maksiat <b>di Negeri Selangor</b> – Pribumi Perkasa Negara

Posted: 06 Aug 2012 11:45 PM PDT

Negeri Selangor mempunyai lebih kurang 259 masjid dan 939 surau bagi orang Islam menunaikan amal ibadat, bagaimanapun agak dikesali, pertambahan rumah urut dan pusat reflexsologi bertambah begitu banyak akhir-akhir ini.

Lebih malang waktu operasi dan aktiviti rumah urut dan pusat reflexsologi langsung tidak menghormati umat Islam di bulan Ramadhan.

Dimanakah sikap pemimpin parti-parti yang memperjuangkan Islam di negeri Selangor dalam memastikan kemuliaan Ramadhan tidak dicemari dengan anasir-anasir ini.

Sehingga hari ini, tiada siapa yang bangkit menyuarakan pandangan mahupun membantah perkara tersebut walaupun sudah dipertengahan bulan Ramadhan.

Setidak-tidaknya mereka perlu mendesak Kerajaan Negeri megeluarkan arahan memberhentikan perniagaan tersebut selama sebulan demi menghormati bulan Ramdhan ataupun mengenakan tindakan kepada premis yang membenarkan orang Islam menjadi pelanggan mereka.

Perkasa berharap kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang beragama Islam tidak kira apa parti sekalipun mesti memandang berat dan bertindak menanganinya.

Yang Dipertua Perkasa Selangor

Abu Bakar Yahya

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


Kejohanan Bowling anjuran DUN <b>Bukit Lanjan</b> - R Sivarasa

Posted: 29 Sep 2012 09:00 PM PDT


12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


Rakaman video ceramah Azmin Ali <b>di Batang Kali</b>: syabas tidak <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 07:52 PM PDT

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Belantan: 40 rumah dilanda banjir kilat <b>di Meru</b>!

Posted: 25 Nov 2012 07:07 PM PST



Hujan lebat selama beberapa jam sejak pukul 3 pagi ini mengakibatkan kira-kira 40 buah rumah di Jalan Persiaran Hamzah Alang, Meru di sini dilanda banjir kilat.

Menurut penduduk, rumah mereka dinaiki air sedalam 0.5 meter dan banjir itu merupakan antara yang terburuk tahun ini selepas kejadian serupa beberapa minggu lalu.

Tinjauan mendapati, selain rumah kediaman, beberapa premis perniagaan juga turut dinaiki air sehingga memaksa pemiliknya menutup perniagaan lebih awal.

Banjir kilat tersebut turut menyebabkan beberapa laluan masuk ke beberapa majlis perkahwinan dan cukur jambul yang dirancang penduduk sekitar terjejas.

Seorang penduduk, Abdul Rahman Kasmiran, 60, mendakwa, banjir kilat itu berpunca daripada masalah kerja-kerja mendalamkan parit yang tidak seimbang.

"Daripada pemerhatian saya, pihak berkuasa hanya memfokuskan kerja-kerja mendalamkan parit di saliran yang menghala ke Meru manakala saliran ke Kapar pula sering dibiarkan.

"Ini merupakan kali ketiga kawasan rumah saya dilanda banjir kilat dan kali ini merupakan yang terburuk," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.


Selain itu, dua laluan masuk utama Masjid As-Shariff di sini juga terjejas teruk apabila ditenggelami air setinggi paras lutut.

Seorang peniaga durian, Mali Ahmad, 60, berkata, kejadian yang telah beberapa kali terjadi sepanjang tahun ini menyukarkan jemaah untuk datang ke masjid berkenaan.

Yang peliknya tidak pula kelihatan kelibat Adun Meru datang melawat, padahal begitu banyak bendera PAS dipasang disekitar Pekan Meru! Kemana perginya Dr.Rani ya? Indah khabar dari rupa..hamPAS..!!!

Suara Politik
Belantan

Sampah dan kini parit masih masaalah <b>di Kapar</b> | The Unspinners

Posted: 16 Jul 2012 01:35 AM PDT




Gambar di atas adalah sampah sarap di tapak pasar pekan Kapar.

PBT bawah kelolaan Ronnie Liu gagal sediakan tong sampah. Dahlah itu, sampah dah 2 hari tak dikutip sehingga melimpah ke tengah jalan dan memenuhi tempat parking. Ianya menyusahkan pengguna jalan raya untuk melalui jalan tersebut dan mengurangkan bilangan tpt parking.

Amatlah memalukn ada tanda amaran larangan membuang sampah dengan denda tetapi PBT bawah Ronnie Liu gagal ambil tindakan.

Hanya menjadikan pekan Kapar jijik dan bau busuk.



Gambar di atas pula di Batu 3 Jalan Shahpadu Klang. PBT bawah Ronnie Liu gagal sediakan tong smpah. Sampah dah 4 hari tak dikutip dan mengakibatkan sistem perparitan tersumbat serta bau busuk.

SIbuk pertahankan rumah urut saja si Ronnie Liu.



Ditambah pula dengan masaalah parit pula.

Gambar di atas di Kg Batu 3, Jln Kapar Klang. PBT bawah Ronnie Liu gagal bersihkan parit. Rumput telah mengakibatkan sistem perparitan tersumbat dan jadi tempat pembiakan nyamuk serta menyebabkan banjir.

Mana peruntukan cuci parit kepada JKKN sudah pergi? Ke Selanbgor Ku jadi peruntukan kempen PR ke?

12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


Media Shah Alam – DOA &#39;KO BN&#39; <b>DI ULU YAM</b>.. HASAN ALI CABAR <b>...</b>

Posted: 26 Nov 2012 12:19 AM PST

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) perlu mengambil tindakan tegas
terhadap khatib yang mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN)
dalam doa penutup khutbah Jumaat lalu di Masjid Al Falah, Hulu Yam.

Bekas Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata, perkara itu
jelas bertentangan dengan peraturan Jais kerana diakui sendiri khatib
terbabit bahawa doa tersebut merupakan tambahan dan bukannya dalam teks
khutbah.

Menurutnya, perkara ini perlu ditangani dengan tegas kerana bimbang
akan terus berleluasa dan mendatangkan impak negatif kepada perpaduan
ummah.

"Apabila doa tersebut tidak terkandung dalam teks khutbah Jumaat, ini
jelas bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan dalam pentadbiran
dan pengurusan Jais sendiri.

"Kita juga bimbang sekiranya doa negatif sebegitu dibenarkan dan tiada
sekatan, sudah pasti ianya akan 'berjangkit' ke tempat-tempat lain pula.

"Jika ia terus dibiarkan berlaku, dikhuatiri akan timbul perpecahan
dalam masyarakat kerana sesiapa yang mendengarnya akan timbul kemarahan
dan tidak mustahil boleh berlaku pergaduhan melibatkan perilaku fizikal
dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, institusi masjid sebagai rumah ALLAH SWT juga akan
tercemar sekiranya berlaku pergaduhan di dalamnya seterusnya kesucian
agama Islam akan tercemar.

Dalam pada itu, Adun Sementa, Datuk Abd Rahman Palil yang juga bekas
Exco Agama Selangor berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana
masjid bukan gelanggang politik.

Abd Rahman turut menyifatkan doa tersebut lebih menjurus kepada hawa
nafsu semata kerana sebagai orang Islam tidak sepatutnya mendoakan
kehancuran saudara seagama.

"Ajaran apa yang dia (khatib) itu ikut kerana dalam Islam kita ditegah
mendoakan yang tidak baik lebih-lebih lagi sesama kita Islam, bagaimana
kalau yang didoakan itu termasuk keluarga dan saudara maranya, adakah
dia rela melihat kehancuran mereka?" katanya.

Jumaat lalu, jemaah Masjid Al Falah terkejut apabila khatib menutup
khutbah dengan doa meminta kehancuran Umno dan BN selepas mendoakan
kesejahteraan Sultan Selangor.

Sementara itu, khatib terbabit yang merupakan Imam II masjid itu,
Mohamad Azmi Hassan mengakui doanya itu adalah tambahan beliau sendiri
dan tidak terkandung dalam teks asal dan tindakannya itu semata-mata
mahu meluahkan segala yang terbuku di hatinya.

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Tawas: Awal dicemuh, kini dikutuk ramai tidak <b>...</b>

Posted: 25 Nov 2012 11:07 PM PST


SHAH ALAM: Pada peringkat awal, penubuhan Tabung Warisan Anak-anak Selangor (Tawas) dicemuh, namun kini ia dipertikaikan pula kerana ramai yang tidak mendapat manafaatnya.

Isu ini menjadi pertikaian dalam sidang DUN Selangor hari ini apabila di dibangkitkan oleh Adun MCA dari Sungai Pelek, Yap Ed Wah dalam mesyuarat peringkat jawatankuasa di DUN Selangor.

Beliau mempertikaikan kenapa ramai anak-anak yang lahir di Selangor tidak didaftarkan di bawah skim ini.

Ia berdasarkan laporan audit negara yang mendakwa, seramai lebih 300,000 kanak-kanak lahir di Selangor namun hanya kira-kira 18,000 lebih sahaja yang didaftarkan di bawah Tawas.

Melalui skim Tawas di Selangor, setiap kanak-kanak yang lahir di negeri ini akan diberikan wang RM100 oleh kerajaan negeri dan dimasukkan ke dalam satu tabung.

Tabung ini menjanjikan apabila sampai umur 18 tahun, RM1,500 daripadanya akan dikeluarkan dan diberikan kepada kanak-kanak berkenaan.

"Kita minta actuaris yang buat kajian. Bila harijadi ke 18, kanak-kanak ini akan dapat RM1,500," kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menjelaskan tabung ini dalam sidang DUN.

Dalam jawapan itu, Khalid juga meminta Adun Sungai Pelek supaya belajar dari pengalaman Amanah Saham Selangor (ASS) yang dilaksanakan oleh kerajaan BN sebelum ini yang gagal.

"ASS buat perniagaan dengan melabur dalam pasaran saham. Akibatnya, ASS rugi misalnya harga asalnya RM1, hasilnya tinggal 10 - 20 sen sahaja.

"Tawas lain, kita tidak labur tetapi simpan melalui riserve negeri," kata Khalid yang pernah menubuh dan mengurus Amanah Saham Nasional (ASN) sebelum ini.

Khalid mendedahkan, Tawas tidak mendapat kerjasama yang baik dari badan-badan kerajaan Pusat untuk mendaftar seramai mungkin peserta.

"Kita cuba nak bangunkan Selangor, tetapi kerjasama sangat tidak menggalakkan," katanya.

Khalid membuat penyataan ini ekoran kenyataan Adun Sungai Pelek bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai mekanisma yang baik untuk mendaftarkan peserta Tawas ini.
Khalid juga menjelaskan, Tawas ditawarkan kepada anak-anak yang lahir di Selangor bukan dipaksakan kerana ada yang tidak mahu berdaftar dengannya.

Exco Kesihatan Selangor, Dr Xevier Jayakumar ketika mencelah mendakwa, berdasarkan pengalaman beliau yang menjaga urusan kesihatan, pihak hospital diberikan arahan agar tidak menyimpan borang-borang Tawas di hospital mereka.

Dakwaan ini dibantah oleh Adun Sungai Pelek dan meminta Exco berkenaan mengemukakan bukti bertulis mengenainya.

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Projek kondominium <b>di Batu Caves</b> dihentikan buat sementara <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 06:44 AM PDT

alt

 

KUALA LUMPUR, 30 Oktober - Kerajaan Selangor mengarahkan projek pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat berhampiran kuil di Batu Caves dihentikan buat sementara waktu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebuah jawatankuasa bertindak bebas akan dibentuk esok untuk menyelesaikan masalah itu.
Beliau berkata, ahli jawatankuasa itu akan dilantik oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

"Ahli jawatankuasa akan dilantik dari kalangan profesional seperti peguam, bekas hakim dan perancang bandar," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

Ditanya sama ada pihak pengurusan kuil Batu Caves akan dilantik dalam jawatankuasa itu, Abdul Khalid berkata, ia tidak membabitkan mereka yang berkepentingan termasuk dari pengurusan kuil tersebut.

Kira-kira 300 individu mengadakan demonstrasi di depan Kuil Sri Subramaniar Swamy pada 26 Okt lepas bagi membantah cadangan pembinaan kondominium berhampiran bukit batu kapur di Batu Caves.

Mengulas isu pembinaan rumah mampu milik di Selangor yang dibangkitkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai baru-baru ini, Khalid berkata, butiran lengkap berhubung perkara itu akan diumumkan.

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Aziz Bari ada kelebihan tanding <b>di Sabak Bernam</b> - Kembara Jr <b>...</b>

Posted: 01 Nov 2012 09:57 AM PDT


SHAH ALAM – Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan pemilihan bekas pensyarah  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Abdul Aziz Bari sebagai calon untuk bertanding kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ada kaitan dengan penyandang jawatan itu yang disabitkan kesalahan tuntutan palsu.

 "Semua itu tidak ada kaitan, calon yang dipilih sebenarnya mempunyai kelebihannya sendiri.

"Aziz merupakan seorang yang pakar dalam bidang undang-undang, menpertahankan hak asasi dan mempunyai kefahaman Islam yang baik, maka sebab itulah beliau dipilih,"  katanya kepada Sinar Harian Online selepas hadir pada pelancaran Buku  `Anwar's Third Trial' di sini, hari ini.

Ketua Umum PKR ini berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Aziz yang mengesahkan beliau akan bertanding di Sabak Bernam pada PRU13.

Penyandang jawatan Datuk Abdul Rahman Bakri disabitkan bersalah atas tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000 empat tahun lalu.

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Kemajuan IKS Gombak Menjadi Inspirasi <b>Kuala Langat</b>

Posted: 08 Nov 2012 02:03 AM PST

GOMBAK, 9 NOV : Lawatan sekumpulan ketua kampung daerah Kuala Langat ke beberapa kampung di sini untuk melihat perindustrian kecil dan serderhana (IKS) menjadi pencetus idea untuk membawa pulang cara mengurus IKS di situ ke kampung mereka.

Penolong Pegawai Daerah Kuala Langat, Mohamad Zamir Shah Hamzah berkata, ketua-ketua kampung tersebut mengambil kesempatan mendalami dan mempelajarinya pengurusan IKS di Gombak.

Menurutnya, kira-kira 80 pengerusi serta urusetia Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) melawat Kampung Damai, Kundang dan Serai.

"Kampung Damai di Kuang contohnya sudah mempunyai pusat pengumpulan IKS.

"Jadi ia adalah peluang terbaik bagi kita belajar cara pengurusan daripada JKKK kampung berkenaan cara mereka memajukan IKS di kawasan ini.

"Kita juga bertukar idea dan pandangan dengan pengurusan daerah Gombak dan JKKK di sini kerana kawasan di sini kemajuan industri beratnya lebih ke hadapan berbanding di Kuala Langat.

"Ia juga lawatan balas kerana sebelum ini kita pernah dikunjungi rombongan JKKK daerah Gombak," katanya kepada TVSelangor di sini hari ini.

Dalam lawatan itu, rombongan tersebut dibawa melawat beberapa tempat seperti Pusat Pengumpulan IKS di Kampung Damai, Kuang, kilang Motor Teknologi & Industri Sdn Bhd dan Pusat Equestrian di Rawang.

Penghulu Kanan Daerah Gombak, Izenan Basar berkata, lawatan rombongan JKKK Kuala Langat itu satu cara bagi mengeratkan hubungan silaturrahim yang sedia terjalin antara dua daerah.

Beliau menjelaskan pihaknya berbangga kerana menjadi tuan rumah dan sedia memberikan kerjasama terhadap segala bantuan diperlukan.

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


himpunan konsert 8t <b>di</b> stadium <b>kelana jaya</b>, 13 - radio bangsar utama

Posted: 06 Oct 2012 08:33 AM PDT

SENIMAN, ARTIS DAN KUGIRAN YANG AKAN MEMBUAT PERSEMBAHAN SASTERAWAN NEGARA - DATUK A SAMAD SAID ZUNAR & KUMPULAN KARTUNIS INDEPENDEN THE GARRISON LIBANG LIBU SOUL SAVIOR THE MAHARAJAH COMISSION REDEMPTION REPUBLIC OF BRICKFIELDS ITO, JULIAN MOKHTAR & THE GANG DUM DUM TAK HUI SE DI DAI RAY CHEONG NIK JIDAN Ksatriya ATAMA KATAMA

ads