Ahad, 2 Disember 2012

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


REKREASI MINDA: &#39;MENCUBA NASIB&#39; <b>DI</b> KOLAM UDANG <b>CHERAS</b>

Posted: 15 Nov 2012 07:42 AM PST

   Sewaktu pulang dari uptown Bandar Tun Razak, sahabat saya Razwan, telah mengajak saya singgah ke sebuah kolam memancing udang yang terletak berhampiran SK Taman Cuepacs dan gelanggang badminton Challenger  di Cheras.
  Tanpa membawa sebarang peralatan memancing, kami singgah juga ke kolam tersebut. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM15 bagi sejam memancing. Joran dan umpan hati ayam disediakan.
Memandangkan sudah agak lama tidak memancing, kami pun menduga kolam tersebut. Kebetulan, rakan kami, Abang Halim, turut berada di situ bersama isterinya. Mereka kerap memancing di sini. Justeru, kami turut bertanyakan tentang keadaan kolam, peluang dan sebagainya, sebagai panduan untuk kami mengenali kolam ini... Satu hal yang menarik, pengunjung yang membawa isteri, isterinya boleh memancing secara percuma..
Kami hanya memenuhi masa sejam itu sebagai 'latihan' kerana tidak seekor pun udang yang berjaya kami naikkan.. InsyaAllah, cuba di lain kali!

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


Seniman HM Busrah : Dari <b>Semenyih</b> ke Jalan Ampas

Posted: 30 Nov 2012 01:14 AM PST

Oleh : Harith Faruqi Sidek
"..Siapa tu?...Maznah ya?.." itulah antara dialog yang diucapkan oleh seniman lagenda H.M Busra dalam filem Seniman Bujang Lapok, meskipun adegan yang melibatkan beliau hanya sampingan, namun kehadirannya dalam filem tersebut cukup terkesan dan diingati sehingga ke hari ini. H.M Busra atau nama sebenarnya Mohamad Busra Bin Hashim mula menjejak kaki di Studio Malay Film Productions di Jalan Ampas pada pertengahan tahun 50an sebagai pekerja biasa, sebelum beliau diberi peluang membintangi filem-filem keluaran syarikat berkenaan dengan membawa watak komedi.
Nama H.M Busra muncul sebagai bintang komedi sezaman dengan Ibrahim Pendek, S. Shamsuddin, Aziz Sattar, Ahmad C. dan M.Rafi. Sepanjang penglibatan beliau dalam dunia perfileman di Studio Jalan Ampas, beliau telah membintangi lebih kurang 30 filem, dan yang pastinya dikenang ialah Tiga Abdul, Seniman Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok. Sewaktu di Jalan Ampas, sudah menjadi kelaziman bagi beliau untuk minum di warung kopi yang terletak di hadapan studio MFP sambil ditemani teman rapatnya seperti Ibrahim Pendek, S.Shamsuddin, Aziz Sattar, S. Sudarmaji, Mustafa Yassin dan Malik Sultan Muda (Berita Harian, 12 April 1981: 7). Menurut laporan Zainuri Misfar, selain berlawak, HM Busra juga mempunyai kebolehan bermain trumpet dan biola.
Selepas Studio Jalan Ampas ditutup pada sekitar bulan November 1967, H.M Busra telah pulang ke Malaysia sebagaimana kebanyakkan seniman-seniman lain yang berasal dari Malaysia, termasuk juga Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Dari Singapura, H.M Busra kembali ke kampung halaman beliau di Semenyih, disitulah beliau memulakan perusahaan membuat kicap, menternak ayam serta membuka tapak semaian. Menurut laporan Sulaiman Jeem (Berita Harian, 12 April 1981: 7), perniagaan yang diusahakan oleh HM Busra itu mendapat sambutan dan maju. Beliau dan keluarga menetap di Kampung Sungai Macang, Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Selangor.
Pencalonan Anugerah 'Pelawak Terbaik'
Didalam kesibukan menguruskan perniagaan, H.M Busra sempat juga berlakon dalam filem "Langit Tidak Selalu Cerah" yang turut dibintangi oleh Mokhtaruddin dan Uji Rashid. Filem ini mendapat sambutan, dan HM Busra sendiri telah terpilih sebagai antara calon penerima anugerah "Pelawak Terbaik" bagi Pesta Filem Malaysia ke-2 pada 7 April 1981. Selain daripada itu, beliau juga sempat bertindak sebagai pengarah filem 'Dunia Terbalik' , sebuah filem komedi yang turut membariskan pelakon veteran seperti Wahid Satay, Normadiah, Ibrahim Pendek, Norlia Ramlee, S.Shamsuddin serta menampilkan muka baru, Julie Dahlan dan Azim Chan.( Berita Harian, 25 Jun 1980:5).
Pada malam selasa, 7 April 1981, ketika berlangsungnya Pesta Filem Malaysia ke-2, HM Busra telah meninggalkan majlis berkenaan lebih awal. Sebelumnya beliau telah memberitahu hasrat untuk pulang lebih awal kerana penat  kepada Seniman S. Sudarmaji yang kebetulan duduk disebelah beliau pada malam itu. Menurut S.Sudarmaji (Berita Harian, 9 April 1981), sewaktu dalam perjalanan pulang dari Stadium Negara, dimana Pesta Filem Malaysia ke-2 diadakan, beliau ternampak kereta milik HM Busra berhenti di pinggir Jalan Yoke Yew, lalu beliau memberhentikan kereta dan merapati kereta berkenaan. S.Sudarmaji kemudiannya mendapati HM Busra ada didalam kenderaan tersebut, namun beliau kelihatan tidak bermaya sambil mengadu sesak nafas, lantas S. Sudarmaji bergegas untuk mendapatkan Ambulan. Sekembalinya beliau ke kereta Busra, didapati seniman tersebut telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir, iaitu kira-kira antara jam 11.00 malam hingga 11.30 malam. Pada ketika itu Allahyarham HM Busra berusia 48 tahun.
Kasih kakak hingga ke akhir hayat
Lebih  trajis lagi ialah, sebaik sahaja berita kematian arwah disampaikan kepada keluarganya di Semenyih, kakak Allahyarham yang berusia 60 tahun, Shamsiah Sarmin, tiba-tiba rebah dan meninggal dunia, dipercayai akibat terlalu sedih dan terkejut dengan berita kematian adiknya. Kedua-dua jenazah, Allahyarham HM Busra dan kakaknya disemadikan sebelah menyebelah di Tanah Perkuburan Islam Semenyih. Allahyarham HM Busra meninggalkan seorang balu, Salmah Yusof dan lima orang anak, Rosilawati, Mohd Suhaimi, Rosmilah, Mohd Afendi dan Rosailah (Bernama, 6 Februari 2000).
-          Al-Fatihah –
A. Jalil Salleh (25 Jun 1980), Taukeh kicap arahkan filem 'Dunia Terbalik'. Berita Harian. P.5
Busra Meninggal, kakak mati lepas dengar berita (9 April 1981), Berita Harian.p.1
Sulaiman Jeem (12 April 1981), Mengenang kembali actor lawak H.M Busrah. Berita Harian. P.7
Zainuri Misfar (30 Januari 2000), Tuah Busra pada badan. Bernama.
Zainuri Misfar (6 Februari 2000), Keluarga Busra terharu. Bernama.

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Misteri Suara Dari Pokok Kelapa <b>Di Kuala Selangor</b> | ! ‿ CERITA <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2012 05:00 PM PST


Misteri Suara Dari Pokok Kelapa Di Kuala Selangor | Mungkin ada di antara kita pernah membaca satu keratan akhbar tentang  kes seorang lelaki yang bertindak terjun dari sebatang pokok kelapa di di Jalan Budi, Sungai Buloh-Jeram suatu ketika dahulu. Namun cerita itu sudah beberapa bulan berlalu, namun wujud pula cerita misteri di sebaliknya. Walaupun ramai yang tidak mempercayainya, cerita ini masih lagi sampai ke telinga penduduk di sana. Ikuti kisah di bawah ini.
Seorang lelaki yang pernah menggemparkan orang ramai di Jeram, Selangor semalam apabila bertindak nekad terjun dari pokok kelapa. Dia mati di tempat kejadian.
Jam menunjukkan jam 3 pagi. Dollah (bukan nama sebenar) tidak sabar-sabar lagi hendak pulang selepas waktu syif kerjanya di sebuah kilang di Kapar berakhir jam 2.30 pagi. Rumah sewanya terletak di taman perumahan di Sungai Buloh, Jeram di Kuala Selangor.
Lelaki ini memekik meminta permintaannya ditunaikan, Nekad terjun pokok selepas kemahuan gagal ditunaikan.
Bukan kepalang lagi rasa penat yang ditanggung Dollah setelah hampir 10 jam bekerja. Untuk cepat sampai ke rumah, dia memilih Jalan Budi untuk pulang meskipun sebelum ini, dia sering melalui persimpangan lampu isyarat bersebelahan projek perumahan teres setingkat yang terbengkalai untuk ke rumahnya.
Jalan kecil yang hanya muat satu kereta dalam satu-satu masa itu dilalui dengan berhati-hati berpandukan cahaya lampu motosikal.
Dengan tak semena-mena, bulu tengkuk Dollah terasa meremang. Dalam sunyi sepi itu, dia tiba-tiba terdengar bunyi seakan-akan suara orang merintih sebaik sahaja melepasi satu selekoh.
Bimbang kalau ada yang benar-benar dalam kesusahan dan perlukan pertolongan, Dollah memberanikan diri mahu berhenti. Namun sebaik sahaja dia memijak tanah tanpa mematikan enjin motosikal, dia langsung mengubah fikiran.
Dollah terus memecut laju motosikalnya dalam kegelapan malam tanpa dia menoleh ke belakang lagi. Esoknya, apa yang berlaku kepada Dollah menjadi modal sembang seluruh kampung.  
Hingga hari ini – selepas lebih dua bulan – masih lagi jadi sebutan di Kampung Sungai Buloh, Jeram. Tersebarnya cerita itu hingga ada yang percaya, apa yang didengar Dollahada kaitan dengan kejadian seorang lelaki mati setelah terjun dari pokok kelapa di kawasan berhampiran tiga bulan lalu.
"Saya pun pernah dengar cerita ada suara meminta tolong yang menakutkan di kawasan Jalan Budi itu pada waktu malam. Tapi cerita itu terhenti begitu sahaja," kata Penghulu Mukim Jeram, Kamaruddin Abd Rahman kepada Sinar Harian.
Menurutnya, cerita itu disampaikan seorang ketua kampung selepas selesai mesyuarat mingguan di Balai Penghulu Jeram.
"Ia agak mengejutkan memandangkan insiden lelaki terjun pokok sudah berlalu lebih beberapa bulan," katanya yang memaklumkan turut hadir melihat lelaki terjun pokok selepas dimaklumkan penduduk.
Dalam kejadian yang heboh diperkatakan buat penduduk di situ, dia tidak menyangka lelaki terbabit nekad untuk terjun pokok selepas sesi memujuk gagal.
Insiden bunuh diri seumpama itu katanya, adalah kejadian pertama kali berlaku sepanjang tempoh khidmatnya selama 13 tahun sebagai Penghulu Mukim.
"Ketika kejadian, saya antara orang terawal yang datang untuk melihat sendiri lelaki yang berada di atas pucuk pokok kelapa. Dia menjerit tidak keruan dan mahu berjumpa beberapa individu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Saya juga ada memujuk lelaki terbabit supaya turun dari pokok dengan rela hati. Minta dia berbincang dengan baik tanpa perlu mengugut untuk membunuh diri."
Ketika merujuk kepada Ketua Kampung Sungai Buloh, Hashim Mansor, 63, untuk mendapatkan kepastian mengenai kejadian misteri yang dikatakan berlaku selepas kes bunuh diri itu, Hashim menegaskan, itu hanya cerita yang diada-adakan.
"Rumah saya hanya 100 meter saja lebih kurang dari tempat lelaki itu mati. Tak ada pula saya dengar bunyi suara orang merintih atau apa-apa.
Kalau betul ada, tentu saya atau keluarga saya ada dengar. Bukan jauh sangat pokok tu dari rumah kami," katanya.
Menurut Hashim, dia dan keluarganya malah tidak pernah terganggu oleh apa-apa bunyi yang seumpama itu.
"Saya nak bagi peringatan. Janganlah sesiapa yang percaya kepada cerita seperti ini dan jadi taksub. Bimbang kalau kita terlibat dengan perkara khufarat yang boleh bawa syirik. Bahaya besar pada akidah kita nanti," katanya.
Atas sebab itu, Hashim mengarahkan pokok kelapa di mana lelaki itu mati, ditebang selepas sahaja jenazah lelaki itu dibawa ke Hospital Tanjung Karang.
"Saya tak mahu ia jadi tempat perbuatan khurafat, saya yang bertanggungjawab," katanya.
Mengimbas kejadian pada 13 Mei lalu, Hashim berkata, pada hari itu, seorang lelaki tidak dikenali telah memanjat pokok kelapa di kebun belakang rumah keluarganya itu,kemudian mengugut akan terjun kerana kecewa. Dia dipercayai mempunyai masalah peribadi.
"Dia menjerit-jerit atas pokok itu hingga tidur kami terganggu sejak awal pagi. Penduduk kampung keluar pujuk lelaki itu supaya turun, termasuk imam dan polis tetapi dia tetap juga berkeras mahu terjun," katanya.
 Biasalah jika terdapat gangguan seperti bunyi atau jelmaan itu, sudah tentu ia adalah makhluk halus dan sudah tentu ia makhluk Allah SWT. Cerita ini sekadar menyampaikan apa yang berlaku akan tetapi janganlah kita membuat sebarang andaian untuk menokok tambahkan cerita. Semoga penduduk di sana dijauhkan dari segala gangguan misteri.

SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


SEKOLAH KEBANGSAAN <b>BUKIT LANJAN</b> (ASLI): LAWATAN <b>...</b>

Posted: 22 Oct 2012 07:48 AM PDT

Pada 20 dan 21 Oktober yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar untuk peserta Kelas Dewasa Asli dan Pribumi (KEDAP) serta murid Pendidikan Khas SK Bukit Lanjan. Rombongan ini juga disertai oleh beberapa orang guru KEDAP dan Pendidikan Khas. Pada tahun ini lawatan tertumpu di Daerah Taiping dan Kuala Kangsar. Antara tempat-tempat yang dilawati adalah Pulau Orang Utan dan Eko Park di Bukit Merah, Night Safari di Zoo Taiping, Galeri Sultan Azlan Shah, Masjid Ubudiah, MCKK dan Dataran Kuala Kangsar. Sesungguhnya lawatan ini telah memberi manafaat yang besar kepada peserta lawatan yang memberi pengetahuan tentang alam sekitar, fauna dan flora serta sejarah negara kita.

Berikut adalah rakaman lawatan tersebut yang diabadikan dalam bentuk foto.





12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


anwar ibrahim <b>di batang kali</b> - ceramah jelajah <b>...</b> - Pakdoe Allan

Posted: 02 Nov 2012 09:23 AM PDT


P/S: RAKYAT SEMAKIN FAHAM MENGAPA UMNO BEGITU SIBUK INGINKAN KEPADA KUASA....MEREKA TAKUT DIDAKWA DAN USAHA MEREKA UNTUK MENGKAYAKAN KRONI TERBENGKALAI

PAKDOE ALLAN

Dosa PAS: Khatib Doa Hancur UMNO <b>Di Batang Kali</b> Cetus <b>...</b>

Posted: 24 Nov 2012 09:02 PM PST

November 25, 2012   ·   69 Comments

er.jpg-746693

Masih lagi terngiang-ngiang di gegendang telinga suara-suara sumbang sekelompok umat yang mengaku Islam sedang mendoakan kehancuran sekumpulan lagi jemaah Islam hanya kerana mereka berbeda fahaman politik.

Meskipun dikritik oleh pelbagai pihak, termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan dan Mufti-Mufti di seluruh negara, kumpulan yang bergelar PAS itu tetap mempertahankan isi kandungan doa mereka itu melalui fatwa Mursyidul Am mereka yang bernama Nik Aziz Nik Mat.

Sehingga kini, pengguna laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram yang beragama Islam semakin nyaring bersuara menempelak tindakan PAS yang tidak bertamadun itu.

Namun seperti biasa, juak-juak pejuang siber PAS tetap juga "menghalalkan" tindakan mazmumah tersebut meskipun berdepan dengan firman Allah SWT dan hadis Rasulullah SAW yang jelas bertentangan dengan tindakan PAS pada Muktamar parti itu yang ke-58 baru-baru ini.

Saya tidak pasti apa mahu PAS melalui doa tersebut. Namun apa yang saya pasti ialah tindakan PAS itu telah mengundang kesan buruk yang amat sangat kepada rakyat negara ini, khususnya di kalangan umat Islam.

Pada Jumaat lalu misalnya majoriti jemaah di sebuah masjid di Batang Kali telah menurunkan tangan dari menadah doa ketika khatib masjid itu menutup khutbah dengan doa meminta kehancuran UMNO dan BN selepas mendoakan kesejahteraan DYMM Sultan Selangor.

Malah ada yang marah dan tersinggung dengan kebiadapan khatib di masjid itu, ada di kalangan jemaah yang keluar dari masjid dan kemudiaannya membuat laporan polis bersama jemaah lain selepas kejadian tersebut.

Yang menyedihkan, apabila salah seorang anak qariah tersebut bertanya kepada khatib itu tentang rasional dia berdoa sedemikian, khatib itu menengking dan melemparkan caci maki kepadanya, serta cuba mencari sesuatu untuk memukul anak qariah tersebut.

Nah! Inilah salah satu kesan buruk hasil dari tindakan tidak bertanggungjawab kumpulan PAS yang berakhlak "syaitan" dan berlaku seolah-olah mereka sajalah yang beragama Islam di negara ini dan memurtadkan saudara seagama yang lain hanya kerana tidak menyokong pergerakan politik mereka.

Sikap mereka bagaikan pengganas komunis di negara kita dulu yang akan menembak sesiapa saja yang tidak menyokong perjuangan mereka. Sinonim sungguh PAS dan Komunis!

Antara hikmah tuntutan solat Jumaat adalah untuk menyatukan umat Islam di suatu qariah seminggu sekali dan merapatkan ukhuwwah di antara mereka setelah terpisah dengan urusan masing-masing di sepanjang minggu.

Namun hanya kerana doa jijik dan jelek itu, umat Islam  yang menjadi anak qariah di Masjid Al Falah, Hulu Yam Bharu, terpaksa makan hati, kecewa, marah, dicaci maki dan diambang pepecahan apabila timbul insiden tidak bertanggungjawab seperti itu.

Bila orang menyatakan supaya tidak membawa fahaman politik ke dalam masjid, mereka "bijak" memberi alasan bahawa "politik itu sebahagian dari Islam".

Padahal, politik yang menjadi sebahagian dari Islam itu bersifat menyatu padukan di antara sesama Islam dan bertegas serta berlaku adil kepada golongan bukan Islam yang tinggal di dalam sebuah negara Islam.

Malangnya, politik PAS sangat bertentangan dengan semangat Islam apabila parti itu menganjurkan pepecahan, sakit hati, dendam dengki dan pergaduhan di kalangan umat Islam di negara ini.

Saya amat malu melihat perkara ini berlaku di kalangan umat Islam di mana ia memberikan imej buruk kepada Islam di mana golongan bukan Islam akan mencebik melihat percakaran sesama kita begini.

Persoalannya, apakah PAS sedar tentang kesilapan dan kesalahannya? Kononnya mereka sedia untuk ditegur sekiranya mereka bersalah. Namun bila ditegur begini, ramai pula pak-pak lebai itu yang marah-marah dan nak baling kita dengan batu! Patut ke?

By


12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


Tanah pertanian 10 ekar <b>di Jenjarom</b> - Klang, Land - Sheryna.com <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2011 07:50 PM PDT

Malaysia » Selangor » Klang » Property » Land > Agricultural Land » Tanah pertanian 10 ekar di Jenjarom

PRIVATE AD

Property type: Land For Sale

Price: RM 3,900,000

Land type: Agricultural Land

Size: 10 acres

Local area: Jenjarom

TANAH PERTANIAN 10 EKAR DI JENJAROM UTK DIJUAL

HARGA : RM390, 000 PER EKAR

POKOK KELAPA SAWIT
HARGA JUAL: RM390, 000 (BOLEH RUNDING)
HUBUNGI : 014-2397872 PUAN ZILA

 
Puan Zila
Selangor
Tuesday, 29 March 2011, 10:50
167566
0176049241

Reply to this Ad


REMEMBER:
- Deal locally and meet in-person with buyer/seller (in a public place and take a friend with you).
- Never pay with Western Union or Moneygram.
- Don't accept cashier checks or money orders.
- Sheryna.com.my is NOT involved in any transaction (payment services, shipping, guarantee transactions, etc), does NOT offer "buyer protection" and does NOT offer "seller certification".

Sheryna.com.my does not accept any responsibility for the above classified. The advertiser bear all the responsibility. For any problems, please use Report abuse button!

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Sunathon Teramai <b>Di</b> Dun <b>Bangi</b> Bertempat <b>Di</b> Kompleks <b>...</b>

Posted: 29 Nov 2012 03:09 PM PST

BBB, 13 Muharram 1433 = 25 November 2012 (Ahad):
Jam 9.00 pagi ini Adun menghadiri Majlis Berkhatan paling ramai setakat ini di Dun Bangi. Iaitu seramai 101 orang anak-anak. Majlis bertempat di Kompleks Pendidikan Islam Bandar Baru Bangi. Majlis yang dinamakan `Sunathon Amal` ini dianjurkan secara bersama oleh Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Hospital Pakar An-Nur BBB, Persatuan Kebajikan Pekerja Islam TNB Bangi dan IKRAM.

Hadir ke Majlis ini Y.B.Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi, Ybhg. Dr. Tajul Ariffin Noordin, Pengerusi Kompleks Islam BBB, Tuan Haji Shahrum Mohd Sharif Ketua Eksekutif Hospital Pakar An-Nur, Tuan Haji Sufyan Mohd Nor Pengerusi Pertubuhan Ikram, Dr. Amin Mohd Daud yang mengetuai 12 tenaga pakar yang mengendalikan khatan. Turut sama hadir ialah para ibu bapa dan anak-anak. Pada sebelah pagi sebelum berhimpun di Dewan Pihak Penganjur, ibu bapa bersama anak-anak berarak keliling kawasan hadapan warung makanan dan pulang kembali ke Kompleks Pendidikan Islam. Sebelum perhimpunan Adun menyampaikan cendera hati bagi setiap daripada anak-anak. Kemudian Majlis berpindah ke dalam Dewan Sekolah.

Memulakan majlis, Dr. Tajul Ariffin Noordin selaku Tuan Rumah mengucap terima kasih kepada hadirin. Beliau memaklumkan bahawa inilah kali pertama kompleks Pendidikin Islam bersama rakan-rakan menganjurkan Majlis Berkhatan sedemikian. Beliau juga memaklumkan bahawa kos bagi membangun bangunan kompleks yang sedang digunakan adalah hingga kini berjumlah RM2.7 juta dan masih memerlukan lagi dana bagi melengkapkan bangunan, 75% dari perbelanjaan adalah hasil dari derma orang ramai. Ybhg, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar An-Nur Tuan Haji Shahrum melahirkan kegembiraan melihat begitu ramai yang hadir bagi meraikan anak-anak yang berkhatan. Menurut Pengarah Hospital An-Nur itu bahawa pihak Hospital An-Nur mengadakan majlis sebagai satu kegiatan kebajikan An-Nur bagi mendekatkan diri dengan masyarakat. Kegiatan seperti ini diadakan setiap tahun dan berubah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Adun Bangi juga bercakap dan berterima kasih di atas jemputan. Beliau juga rasa gembira dengan begitu ramai yang menyertai khatan. Kompleks Pendidikan Islam menyediakan kemudahan yang selesa untuk Majlis Berkhatan. Kompleks ini akan menjadi `land mark` penting di Bangi yang istimewa dengan berbagai-bagai kegiatan termasuk kebajikan dan kemasyarakatan. Menurut Adun pada masa tutup Sekolah ini adalah masa yang paling sesuai bagi anak-anak untuk berkhatan. Dengan mengadakan Majlis Berkhatan secara berjamaah adalah lebih murah. Adun bercakap, bahawa acara berkhatan melahirkan beberapa nilai murni kebudayaan seperti membaca marhaban, bersalawat, berarak, berkompang dan bersilat. Tradisi ini seharusnya kita pertahan sebagai nilai budaya murni masyarakat umat Islam – terutama bagi budaya Melayu-Islam.
Selepas daripada majlis Ucapan perasmian Adun bersama Tuan Haji Shahrum dan Dr. Tajul Ariffin Noordin sekali lagi menyampaikan cenderahati bagi setiap anak-anak. Kemudian Dr. Amin bin Mohd Daud menyampaikan penerangan mengenai khatan, bahawa hari ini adalah khatan secara biasa, bukan secara clamp. Bermula dengan suntikan pelali sehingga rasa kebas. Khatan mengambil masa 20 minit seorang. Biasanya tidak banyak mengeluarkan darah, tapi jika berlaku pendarahan, usaha menyekatnya dilakukan, tetapi jika serius, maka dibawa kembali ke Klinik untuk dipulih dan diubat. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya jangan bimbang.

Selepas Adun, En. Shahrum dan Dr. Tajul Ariffin Noordin, bergerak ke Dewan khatan yang dibuka dinding pemisah yang menjadikan kawasan agak luas. Khatan secara ramai berterusan dan mana-mana yang selesai berkhatan dibawa di dewan bersebelahan yang agak luas. Mereka diatur duduk diruang Dewan dengan jumlah yang agak ramai. Sementara itu bagi memenuhi masa ibu bapa dan yang datang menunggu selesainya berkhatan, para hadirin berpeluang mendengar ceramah bertajuk, ``Anak, musuh atau sahabat ke Syurga` disampaikan oleh Ustaz Abd. Rahim Ketua Unit Pendidikan Islam Menengah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selepas upacara Perasmian itu para tamu dijemput minum. Dengan ramainya Doktor dan pembantu, majlis berakhir agak segera, iaitu tengahari jam 1,00.

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


PROMOSI <b>DI</b> GOLD COAST <b>MORIB</b> TELAH TAMAT | SyamSGold <b>...</b>

Posted: 27 Nov 2012 06:49 AM PST

PROMOSI YANG DIWAR-WARKAN OLEH SYAMS-GOLD 
DI GOLD COAST MORIB RESORT
TELAH TAMAT SEHINGGA DIBERITAHU KELAK.
PROMOSI TAHUN 2011 - TAMAT.
PROMOSI TAHUN 2012 - TAMAT.
PROMOSI TAHUN 2013 - AKAN  DIBERITAHU.
# Jangan rujuk Entry yang lama.

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


~Brought up 2 SharE~: Mari Makan <b>di Tanjung Sepat</b>

Posted: 22 Nov 2009 07:20 PM PST

When dad suggested that we should go out together, it must be something we should all game for.

"Let's have a day food trip to Tanjung Sepat"
Not a surprise at all, I was the first to agree immediately.
IMG_8829
Equipped with a "food map", we were so ready to go hunt down some famous delicacies at Tanjung Sepat.
IMG_8844
Stopped half-way to quench our thirst with some rambutans
IMG_8853
Tanjung Sepat is a town in Kuala Langat district in Selangor, on the Straits of Malacca which is primarily a fishing town & is about 20 minutes away from Morib Beach.
We stopped by again at one of the fishing village for some snaphots.

It was actually more like a half-day trip and a full day trip as we ran late and reached Tanjung Sepat about 3pm.
#1 Freshly steamed PAUs came out the right time!
IMG_8867
During the 'in-search' progress of our first stop: the famous Hai Yew Heng Pork Pau, we noticed a petite individual shoplot surrounded with many people lining up. That must be it!
When we entered, many people were already lining up, waiting to buy dozens of paus.
IMG_8884
IMG_8881
One corner with dumpling fans, another corner tucked with dumpling 'manufacturing'. Busy as a bee, making and steaming up to thousands of paus everyday. The dumpling buns here were still laboriously hand-made. There were even tour buses who dropped by this little outlet where the tourists were introduced and fed with these savoury ball of dough. Loads of reservations made, and we were lucky to get some for ourselves.
IMG_8870
pau1
pau
#2 Tea Break with Buns and Fishballs
After taking away the buns, we settled at the coffe shop opposite Hai Yew Heng to check those paus with different stuffings out. This coffee shop USED to be Hai Yew Heng's bun manufacturing spot (same owner). Looks like business expanded quickly and they decided to build an extension opposite only to sell these famous buns. We only manage to get 3 different types ingredient fillings. Pork and preserved vegetable buns are in the top list!
pau2
TS
1. Bouncy fishballs are highly recommended. Seems like they are selling these fishballs everywhere in Tanjung Sepat.
3. Kuih Udang the light snack and our hunger saviour while waiting for the buns.
4. Udang Kering that mom bought. Put in some while stir-frying your vegetables at home. It gives more 'oomph' explained the local aunty.
#3 Despite the rainy season, weather was terrific that day and we spent some time chillin' around at Lover's Bridge
IMG_8945
IMG_9003
IMG_9004

sunset

sunset1

#4 Dinner at Baywatch Restaurant
Seeking for hours of relaxation and serenity away from the bustling city and every-tired lifestyle? Take a break and plan a get-away here for outskirts chill out. This eatery is located not very far from Lover's Bridge, is settled by the seaside. While enjoying seafood meals, one can seek tranquility by enjoying the breeze and not to forget; the sunset.

IMG_9046
Deep Fried Beancurd with Minced Pork - crispy outler layer enwrapping the silky smooth tofu, with flavoursome mined pork went very well with the rice.

IMG_9054IMG_9065
Live Razor Clams (Bamboo Clams) Kam Heong style - With its shell removed, these bamboo sweethearts were stir fried fragrantly ala kam heong style and was pleasantly tasted.
IMG_9060
Yin Yang Fish - splited into two parts: steamed and stir-fried with black pepper. Do check this out. I personally adore the black peppered fish more to the steamed version but my family preferred the opposite ;P
IMG_9078
Salted egg Crabs - we were expecting a lip smacking seafood from Tanjung Sepat all day long but was way disappointed with this dish. One of their specialty it seemed, but the crabs weren't very fresh and this cooking method with salted egg was too dry. Not the best choice.
IMG_9069
Circled in RED are the Hai Yew Heng Buns & Baywatch Restaurant respectively.
12

12 di paya jaras - Google Blog Search

12 di paya jaras - Google Blog Search


ICU Bina Longkang Pelik <b>di Paya Jaras</b>

Posted: 14 Sep 2012 05:00 PM PDT

PAYA JARAS 15 SEPT : Penduduk Kampung Merbau Sempak di sini berhadapan dengan masalah bau busuk ekoran pembinaan longkang yang dibina oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) tidak memenuhi spesifikasi menyebabkan air sering bertakung.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Anuar Abdul Rahman projek di bawah Kerajaan Umno-BN itu mula dilaksanakan sebelum sambutan Aidilfitri dan siap sepenuhnya pada 3 September lalu.

Beliau berkata, pembinaan longkang itu adalah bertujuan mengalirkan air dari setiap kawasan perumahan ke sungai berhampiran.

Namun katanya, pelaksanaan kerja yang tidak selaras oleh kontraktor terbabit mengakibatkan longkang tersebut berubah menjadi kolam takungan.

"Asalnya tiada longkang, kemudiannya mereka (Umno-BN) bina longkang baru. Longkang baru ini merupakan sambungan daripada longkang tanah yang dibuat oleh penduduk setempat. Jadi mereka gunakan longkang sedia ada itu untuk sambung ke sungai.

"Isunya ialah kontraktor buat longkang dari sungai tarik ke jalan menyebabkan longkang sedia ada menjadi tinggi (cetek) dan tidak bertemu apabila siap. Hal itu yang menyebabkan air mula bertakung," katanya.

Tambahnya, kesan daripada itu, nyamuk Aedes juga mula membiak dan memenuhi sekitar kawasan perumahan.

Malah katanya, penduduk telah mengadukan perkara tersebut kepada Pejabat Umno-BN, namun tidak dilayan hingga menyebabkan masalah itu berlarutan sehingga ke hari ini.

"Saya juga ada berhubung dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), tetapi mereka juga tidak boleh berbuat apa-apa kerana projek itu tidak merujuk kepada PBT dan pejabat daerah," katanya lagi.

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Pemimpin Santuni Rakyat Selaras Dengan Konsep Negeri <b>...</b>

Posted: 03 Nov 2012 10:42 AM PDT

4 11 2012

Sungai Sireh, 2 Nov    :    Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong hari telah mengadakan program sarapan pagi bersama rakyat melalui program  Pemimpin Santuni Rakyat yang berlangsung selama sehari dan berjalan di seluruh kampong di DUN Sungai Burong.

Melalui program tersebut beberapa pimpinan masyarakat seperti Pegawai Penyelaras PKM DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo dan Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Misran Serman dan Mohd Faizal Mohd Barja serta pimpinan PAS Kawasan Tanjong Karang dan Pengerusi- pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam DUN Sungai Burong telah dilibatkan.

Program sarapan pagi bersama rakyat relah berjalan serentak melibatkan empat buah kampong iaitu Sungai Sireh, Parit 2 Sungai Burong, Parit 3 Sungai Burong dan Kampong Sungai Burong.

Selain bersarapan pagi, Ustaz Mohamad Judi yang juga Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang dan rombongan turut berkesempatan menziarahi rakyat yang uzur dan tidak berkemampuan untuk diberikan bantuan berupa barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka.

Ustaz Mohamad Judi berkata, program ini bukanlah merupakan program pertama tetapi ianya adalah merupakan kesinambungan daripada program-program yang telah dilakukan sebelum ini dan ianya akan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha untuk mendekati rakyat diperingkat bawahan.

Dalam usaha untuk membantu rakyat, pihak PKM dengan bantuan daripada Ketua-ketua Kampong berusaha sedaya upaya yang boleh untuk turun ke bawah bagi melihat sendiri kesusahan rakyat dan berusaha untuk membantu mereka yang ditimpa kesusahan selaras dengan konsep negeri berkebajikan, katanya lagi.

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


PANAS!!! ANWAR PENGSAN <b>DI SHAH ALAM</b> SEMALAM <b>...</b>

Posted: 22 Nov 2012 07:22 PM PST

MALAM tadi telah berlangsungnya Jelajah Merdeka di Seksyen 24, Shah Alam yang membariskan penceramah-penceramah hebat dari Pakatan haram.
Untuk mengetahui cerita panas yang berlaku semalam, sila baca di sini - JAWA BERNAM

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


3 maut, dua parah nahas dekat Sepang – Perak Today

Posted: 01 Dec 2012 10:01 PM PST

Gambar hiasan:-

SEPANG: Tiga maut dan dua lagi mengalami kecederaan parah selepas dua kereta dinaiki bertembung di laluan pintasan Putrajaya-Banting berhampiran Sungai Pelek, Sepang awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua orang mati di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia di Klinik Sungai Pelek.

Mereka yang terkorban berusia di antara 19 dan 23 tahun.

Sementara itu, dua yang cedera dihantar ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan kritikal.

- BERITA HARIAN

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


myMetroPorsche hangus dalam kebakaran <b>di Petaling Jaya</b>

Posted: 01 Dec 2012 02:14 AM PST

thumbnail

JIKA dulu, dunia wanita hanya terhad di rumah atau ceruk dapur dan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah dianggap melanggar norma tradisi.

»

LAGI . BESTARI
  • CCM Jati latih bakal ahli farmasi

    DALAM usaha memupuk minat dan menggalakkan graduan farmaseutikal meneroka masa depan dalam perniagaan runcit farmaseutikal, Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM) meluaskan program CCM Jati (Jalinan Universiti dan Industri) bersama mahasiswa Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

  • Kerja apa selepas universiti?

    SEJAK kecil lagi anak-anak sering ditanya, "Sudah besar nanti hendak jadi apa?"

  • Matlamat tetap sama

    HARI ini seramai 517,139 calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu bakal menerima keputusan masing-masing, sekali gus menjawab persoalan mengenai tahap kemampuan mereka dalam peperiksaan berkonsep akademik.

thumbnail

KEMASYHURAN Volkswagen Golf memang diakui peminat kereta malah sejak diperkenalkan 30 tahun lalu, ...

»

thumbnail

SERANGAN bertali arus tentera Zionis Israel terhadap Palestin ketika perang singkat Gaza, baru-baru ...

»

LAGI . it@METRO
  • Reviu Produk: Peka dengan Note 2

    SUKAR untuk mengalahkan penerimaan pantas masyarakat terhadap produk Samsung Galaxy Note 2 selagi anda tidak keberatan untuk memegang gajet yang besar.

  • Reviu Apps: Cipta playlist video sendiri

    SETIAP kali ingin menonton video atau video muzik pada laman sosial seperti YouTube, antara langkah yang biasanya dilakukan adalah mencari judul video berkenaan sebelum menontonnya pada peranti telefon pintar atau tablet anda.

  • Malaysia perlu pandang jauh

    SIDANG Kemuncak Animasi Asia 2012 yang bakal berlangsung bulan depan mengundang persoalan sejauh mana masa depan animasi mampu menarik minat kanak-kanak moden selain memperkasa ciptaan produk tempatan yang lebih baik.

thumbnail

SYDNEY boleh dikatakan unik dan kaya dengan budaya kehidupan bandar tepi pantai. Kesemuanya ...

»

thumbnail

RAMAI di kalangan suami lupa antara tanggungjawab terpenting mereka terhadap isteri ialah ...

»

LAGI . AD-DIN
  • Sucikan jiwa, harta

    KEKAYAAN harta ada hubung kait dengan penyucian jiwa iaitu menginfakkan harta kita untuk dizakatkan bagi mendapat keberkatan Allah.

  • Kem Mojat bentuk peribadi, sahsiah

    BAGI melengkapkan anak anda dengan ilmu agama, nilai murni dan jati diri, ia perlu dibaja sejak kecil kerana prosesnya mengambil masa yang lama serta berliku-liku.

  • Pengikut taksub pegangan Al-Arqam

    PERKEMBANGAN ajaran sesat di negara ini ternyata disebabkan kecetekan ilmu mengenai Islam hingga memberi kesan terhadap akidah.

thumbnail

SESIAPA yang melewati Restoran Arabisque pasti menjeling melihat dekorasi hebat ilham kreatif ...

»

LAGI . DEKOTAMAN
  • Dekorasi ruang tamu luas

    REKA bentuk kediaman banyak mempengaruhi penataan kerana ada ruang yang sempit dan terlalu luas.

  • Indah penuh ketenangan

    TERLETAK di kawasan pergunungan yang indah dan memukau, ia kelihatan unik serta memberikan pengalaman berada dalam suasana semua jadi.

  • Cantik, berguna

    TAMAN Bunga Raya milik Perbadanan Putrajaya (PPj) di Presint 2, Putrajaya menjadikan pusat pentadbiran kerajaan itu kebun bunga indah dengan penghuninya bekerja serta tinggal dalam taman.

Porsche hangus dalam kebakaran <b>di Petaling Jaya</b>

Posted: 01 Dec 2012 01:58 AM PST

Sebuah kereta Porsche turut hangus dalam kebakaran yang melibatkan dua buah rumah satu tingkat di Jalan 1/4, Seksyen 1, Petaling Jaya pagi tadi.

Kereta tersebut yang terletak di halaman salah sebuah rumah tidak dapat diselamatkan kerana pemiliknya tidak berada di rumah ketika kejadian kira-kira 10.35 pagi itu.

"Ketika bomba tiba, api sedang marak di kedua-dua rumah yang terletak bersebelahan itu," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala, Penolong Penguasa Bomba Mohd Hashim Mat Yasih.

Beliau berkata api dipercayai bermula dari salah sebuah rumah tersebut sebelum merebak ke rumah satu lagi.

ads