Jumaat, 12 Oktober 2012

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


mmt Qlix: Tempat makan best <b>di</b> Bandar Baru <b>Bangi</b> - Siri I

Posted: 08 Oct 2012 03:59 AM PDT

Lama tak update tetiba je nak update pasal makan kan. Takpe la dari takde update langsung hehe. Sebab saya pun memang suka makan2 ni walaupun dah makin kurus (perasan sket). Kali ni nak post pasal tempat2 makan yang best di area Bandar Baru Bangi (BBB), since saya dah lama duduk kat area ni sejak undergraduates kat ukm 2004-2008, pastu keje kat Melaka kejap 2008-2009, pastu balik semula ke BBB 2009 sampai la sekarang. Rasanya hampir semua tempat makan kat BBB ni saya dah try dan boleh la kalau nak bagi guide untuk siapa2 yang nak jalan-jalan cari makan kat BBB ni dan sekitarnya. Ok saya listkan tempat2 makan yang recommended ikut kategori ye. Oklah, untuk Siri I ni (siap ada siri2 lagi tu) saya listkan tempat makan yang best untuk kategori makan tengahari pilihan saya. Cekitout!




Pilihan tempat untuk makan tengahari di BBB:
Restoran Nasi Ulam - Jln. Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9 & Jalan Reko Sentral 2 (2 branhces)
Banyak pilihan lauk-pauk kampung especially masak lomak yg berjenis2. Ada masak lomak ayam, ikan, daging & siput sedut. Ada pelbagai ulam-ulaman dan cicah-cicahan (eh ade ke istilah ni) seperti budu, cencaluk, sambal belacan & air asam. Tempat pun selesa dan harga pun ok. 

Restoran Hassan Ayam Kampung - No. 17, Jalan 7/7A (Seksyen 7), BBB
Ayam kampung goreng dia memang menyelerakan. kalau lunch time memang penuh. Selain ayam kampung, yang special jugak ialah gulai kawah dia dan masakan lauk-pauk kelantan. Tempat selesa dan luas 2 tingkat lagi. Kalau family ramai memang sesuai.
Restoran D'Limau Nipis - Jalan 8/1, Seksyen 8, BBB (depan PKNS)
Pilihan lauk pauk kat sini pun not bad. Yang special kat sini ada ikan bakar dan sotong bakar. Pastu yang lagi special ialah ikan pekasam. Peminat2 ikan pekasam boleh la datang sini. Satu lagi, restoran ni famous dengan air D'limau nipis yang sedap dan takde kat tempat lain. Minuman ni dicampur dengan aiskrim vanilla dan jeli limau nipis yang masam2. Kalau pekena time tengahari panas2 memang terbaik la.
Restoran Asam Pedas - Jalan 8/1, Seksyen 8, BBB (depan PKNS)
Peminat2 asam pedas boleh la datang sini. Boleh pilih ikan apa yang digemari. Ada ikan kembung, ikan merah, ikan pari, ikan tenggiri & terubuk. Asam pedas daging tetel pun ada. Juga pelbagai pilihan lauk-pauk lain dan ulam-ulaman. 
Restoran Anje Nasi Beriani Gam Johor - Jalan SS 15/1C, Seksyen 15 (dekat stadium)
Kalau sesekali nak makan nasi beriani gam johor, di sinilah tempatnya. Sedap dan harga berpatutan. Pilihan lauk ada ayam beriani, ayam masak merah, ayam kampung goreng, daging & kambing. Kena datang awal sebab memang ramai waktu lunch hour siap kena beratur lagi.
Restoran Belauk - Jalan 7/7C, Seksyen 7, BBB
Lauk-pauk kat sini sangat la banyak sampai rambang mata nak pilih. Kebanyakannya masakan kelantan. Macam2 ada kat sini.
Medan Selera Seksyen 16 - Tapak Pasar Malam BBB, dekat Shell 
Kat sini port untuk student2 dan orang2 bujang sebab harga kat sini agak murah. Ada beberapa gerai yang buka waktu tengahari. Paling famous ialah gerai Azura sebab lauk pauk dia fresh, banyak pilihan dan murah. 

Ok itulah list tempat pilihan saya, sorry la takde gambar. Nanti kalau ada saya update ye. Untuk lokasi yang lebih tepat, sila tanya Mr. Google Map ok. Sekian saja untuk siri kali ini, bertemu dalam siri2 seterusnya (entah bila la dia nak update lagi). Banyak lagi tempat menarik kat Bangi ni. Tunggu ya..


mmt: Seluar2 dah longgar. apa tandanya tu? ;)

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Aircraft carrier USS George Washington sits at the pier in Port <b>Klang</b> <b>...</b>

Posted: 11 Oct 2012 12:49 PM PDT

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Pelakon Hebat Senaman Punggong, Bagi Air <b>Di Balakong</b> Kini <b>...</b>

Posted: 02 Oct 2012 09:06 AM PDT


Cukup-cukup hebat manusia yang ini. Anda sudah mengenalinya. Sebelum in i beliau beraksi senaman punggong di rumah Ambiga, selepas itu kami dedahkan tentang pelakon yang dikenalpasti membahagikan air di Balakong, sekarang ia memegang watak utama demonstrasi tuntut air percuma di Puchong Selangor.

Siapa? Siapa lagi kalau bukan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom!

Gambar tersebut di disiarkan oleh akhbar tempatan dan kita amat cam dengan topi yang digunakan. Cukup hebat beliau dengan topi komandonya itu.

Di dalam "filem" terbaru ini, beliau bersama-sama kononnya dengan 5,000 orang (itu angka BERNAMA, sedangkan dalam gambar kelihatan cuma 50 orang saja) penduduk Pangsapuri Putra Perdana mengadakan bantahan menuntut air percuma yang dikatakan telah dijanjikan Kerajaan Selangor.

Peguam kepada demontsran ini, Kamarudin Ahmad berkata bahawa "Semua kes diserahkan kepada Mahkamah Tinggi untuk diadili dan jangan mudah terpengaruh dengan dakyah tersebut kerana kes ini bukan fitnah tetapi berdasarkan bukti (manifesto)."

Cukup pelik bagaimana seorang peguam boleh membuat tuntutan dengan bersandarkan "manifesto" sedang manifesto bukanlah satu akujanji atau perjanjian bertulis (kontrak) yang mempunyai kuatkuasa melalui undang-undang.

Seperkara lagi, seperti yang diumumkan berkali-kali oleh kerajaan Selangor, mereka yang layak untuk mendapat air percuma ialah mereka yang menggunakan meter persendirian dan bukan meter pukal. Tetapi ada pihak yang sengaja tidak mengindahkan syarat tersebut dan membuat tuntutan tunggakan dengan dibantu oleh agen-agen pembakar sentimen.

Pihak mereka terlupa bahawa kerajaan negeri Selangor mempunyai ruang untuk menyaman semula pihak yang melakukan kakacau ganggu (nuisance), fitnah (defamation) dan tanggungan keras/tegas (strict liability) di bawah undangh-undang tort!

Jawapan tegas MB Selangor sebelum ini: NTBL (No time bo layan)....terhadap bayar tunggakan air percuma adalah tepat.

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Teres Corner 2 Tingkat, <b>Bandar Sunway</b> $800k

Posted: 09 Oct 2012 10:20 PM PDT

Description

Semi-furnished house for auction # 4,252 sf land area. ~ Double Storey Terrace Corner
- Call us before 12/10/2012

- Premis No.11, PJS 7/7M, Bandar Sunway, 46150 Subang Jaya, Selangor

~ This Unit is a Very Good Condition with 5 Rooms 3 Baths and comes. It is a feel of spaciousness and expansion with the strategic Feng Shui Unit.

~ It has a Beautiful Panaromic view, Quiet Environment and Convenience to Amenities.

~ It's Strategic located in Center of Bandar Sunway.

~ Well connected via Lebuhraya Pantai, LDP Highway and Shah Alam Expressway

~ 5 mins to Mentari Business Park
~ 5 mins to Sunway pyramid
~ 10 mins to University
~ 10 mins to Sunway Medical Centre

~ Good for investment!!

This is an auction property unit; interested bidders kindly prepare 10% bank draft. Kindly register to obtain a copy of Proclamation of Sale and Condition of Sale. Registration only needs your full name, I/C number and address.

For further inquiry, kindly contact;
Juan : 013-2525826
Office : 03-78322680

Prospective bidders are advice to do your own inspection.
Asking Price

RM 800,000(RM 188 psf)

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Laungan Merdeka <b>di</b> Majlis Rumah Terbuka Parlimen <b>Hulu Selangor</b>

Posted: 16 Sep 2012 08:39 PM PDT

Majlis Sambutan Rumah TerbukaEidulFiti dan Hari Malaysia Peringkat Parlimen Hulu Selangor disambut sederhana tetapi meriah melibatkan lebih 3000 orang tetamu yang hadir di perkarangan pejabat Penyelaras Parlimen Pakatan Rakyat Hulu Selangor semalam. Laungan MERDEKA sebanyak tujuh kali kedengaran di majlis tersebut bagi mengibas kembali laungan keramat MERDEKA yang dibuat di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 lalu oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman.
Majlis yang bermula jam 5 petang sehingga jam 10 malam, 16 September 2012 itu diserikan dengan kehadiran beberapa pimpinan Pakatan Rakyat Hulu Selangor, Yang DiPertua PAS Kawasan Hulu Selangor, Tuan Hj Idris, Penyelaras DUN Hulu Bernam, Tuan Hj Cikgu Syukor, Penyelaras DUN Kuala Kubu Bharu, Ms Lau, Wakil-wakil parti DAP, PAS. Turut memeriahkan majlis adalah ketua-ketua kampong. JKKK dari bebrapa kampong sekitar Batang Kali, Rasa, Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu.
Hadirin dan tetamu yang hadir bersama keluarga masing-masing memenuhi perkarangan yang dihias indah dengan juadah hariraya yang menarik. Pada sebelah malamnya, tetamu di hiburkan dengan sebuah kumpulan nasyid, Sinar Jernih dari Bukit Beruntung.

Majlis rumah terbuka ini adalah anjuran bersama pejabat Penyelaras Pakatan Rakyat Parlimen Hulu Selangor dan Ahli-ahli majlis serta JKKK Kg Seri.
Tahniah kepada semua yang hadir terutama kepada Tuan Hj Razali Mokhtar (Ahli majlis MDHS), Tuan Haji Mustapha Kamal (Timbalan Ketua Cabang), Sdr Azli (SU JKKK Kg Seri), Tuan Hj Khalid (Ketua JKKK Kg Seri), Pn Kameliyah Bien (Ahli majlis MDHS) dan seterusnya kepada semua AJK yang bertungkus lumus pada hari tersebut.

.

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Pilihan Anda: Rayuan ditolak, MP <b>Sabak Bernam</b> dan pembantu <b>...</b>

Posted: 11 Oct 2012 08:15 PM PDT

|

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Anggota Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya Rosli Busro yang didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Azhaniz Teh Azman Teh pada 1 Mac lepas.

Akhtar turut menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula Khamis.

Dalam penghakimannya, Akhtar berkata, Abdul Rahman menghadapi lapan pertuduhan membuat tuntutan palsu ketika menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar sementara Rosli didakwa bersubahat dengannya melakukan kesemua kesalahan itu.

Beliau berkata, peguam perayu berhujah bahawa keterangan dua saksi terpentingdalam kes itu iaitu Mohd Harmizar Sulaiman dan Rizam Ismail tidak sepatutnya diterima oleh mahkamah atas alasan kedua-dua mereka merupakan rakan sejenayah.

"Saya telah baca keterangan kedua-dua saksi itu dan saya tidak anggap bahawa mereka rakan sejenayah. Mereka lebih merupakan pak turut atau menurut apa-apa yang diminta oleh tertuduh pertama (Abdul Rahman) dan tertuduh kedua (Rosli).

Walaupun kedua-dua saksi ini dikatakan sebagai rakan sejenayah tetapi keteranganmereka telah disokong oleh keterangan saksi bebas lain.

"Justeru saya berpendapat Hakim Mahkamah Sesyen tidak melakukan kesilapan apabila menerima keterangan kedua-dua saksi ini. Jelas daripada keterangan mereka bahawa kedua-dua tertuduh jelas mempunyai niat untuk membuat tuntutan palsu," katanya.

Akhtar berkata, perkara itu terbukti apabila wang yang diterima bukandigunakan untuk program atau aktiviti seperti dalam tuntutan tetapi lebih kepadauntuk kegunaan sendiri.

"Peguam tertuduh juga berhujah bahawa tuntutan berkenaan bukan palsu kerana program berikut telah diadakan tetapi bukan di tempat yang dinyatakan seperti dalam tuntutan itu. Bagaimanapun saya lebih cenderung menyatakan ia adalah tuntutan palsu.

"Dalam rayuan ini saya puas hati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen tidak membuat sebarang kesilapan bila mendapati kedua-dua tertuduh bersalah atas semua tuduhan dan hukuman juga adalah setimpal dengan kesalahan serta jawatan kedua-dua tertuduh. Justeru rayuan terhadap sabitan serta hukuman ditolak dan hukuman dikekalkan," katanya.

Abdul Rahman dan Rosli diwakili peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dan Badrul Munir Mohd Bukhari sementara Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Zaki Salleh mewakili pihak responden.

Abdul Rahman, 47, didakwa menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat Adun mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.

Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cendera mata dan jamuan Program Motivasi Pelajar Peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas.

Semua tuntutan palsu itu membabitkan RM10,000 setiap satu.

Abdul Rahman didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam antara 21 Januari dan 12 Februari 2008.

Bagi setiap pertuduhan, beliau didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Rosli, 44, pula didakwa bersubahat dengan Abdul Rahman melakukan kesemua kesalahan itu. - BERNAMA

PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Berkaitan : JENAYAH, TERKINI


Share/Bookmark comments
Posted by Desperado on 11:15 AM. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

ads