" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();
Kisah Masjid Lama Kuala Kubu Baru yang dikatakan dibina Jin
Pernahkah anda mendengar Jin membina Masjid ? Jika anda pergi ke pekan Kuala Kubu baru, Hulu Selangor.
Jangan lupa singgah menunaikan solat di Masjid Lama Al-Hidayah yang barada di sekitar taman perumahan Ampang Pecah, kerana disitu lah terletaknya sebuah Masjid Lama yang di bina sekitar tahun 1926.
Jika dilihat Masjid Lama itu nampak seperti masjid biasa,tetapi hakikatnya masjid itu ada mempunyai pelbagai misteri yang tersembunyi malah ada pelbagai kejadian aneh berlaku di masjid Lama ini.
Jika kita melihat dan meninjau struktur masjid ini,bangunan asal masjid ini masih dikekalkan, jika ada penambahan pun hanya di bahagian depan dan belakang termasuk bahagian-bahagian yang rosak. Batu untuk membina masjid ini adalah dari batu konkrit yang pastinya besar dan berat.Jika hanya menggunakan tenaga manusia sahaja tentunya mengambil masa bertahun untuk menyiapkan masjid ini.
Persoalannya,bagaimana masjid ini dapat dibina dalam masa yang singkat ?
Dipercayai selain menggunakan tenaga manusia,bantuan jin juga turut digunakan bagi membina masjid ini.
Penduduk asal yang telah lama menetap disitu mengatakan masjid lama yang dibina pada tahun 1926 itu telah dibina dengan bantuan jin.
Apabila ada jin yang turut membantu sudah pastinya kerja berat dapat disudahkan dalam masa yang singkat sahaja.
Memang secara dasarnya kedengaran seperti tidak masuk akal dan logik.Bagi saya ianya terpulang pada individu itu sendiri untuk mempercayai atau tidak cerita itu.
Ada cerita penduduk disitu mengatakan pernah ternampak seekor ular sawa didalam masjid ketika lalu dihadapan masjid lama itu, tetapi setelah berpatah balik ular sawa itu telah tiada.
Ada juga penduduk yang terdengar bunyi tapak kaki budak berlari-lari didalam masjid, bila ditinjau tiada seorang pun didalamnya.
Pernah juga yang lalu dihadapan masjid itu lebih kurang pukul dua pagi,tiba-tiba terdengar suara dan tapak kaki budak berlari-lari.
Takkan lahpukul dua pagi ada budak bermain di situ ?
Semuanya masih menjadi misteri hingga ke hari ini dan sama ada bayangan atau kenyataan Wallahualam.
Satu lagi misteri yang harus dirungkai ialah terdapat sebuah kubur lama yang terdapat didalam masjid Al-Hidayah ini.
Ada penduduk mengatakan kubur ini adalah kepunyaan tuan punya tanah yang mewakafkan tanahnya untuk membina masjid ini dan dipercayai seorang wanita.Wanita ini dikenali sebagai Fatimah yakni isteri kepada Mat Kundur.
Jenazahnya di semadikan disitu mungkin atas sebab wasiatnya ketika hidup.
Namun ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan kubur itu sebagai tempat permujaan bagi nombor ekor.
Penduduk disitu pernah menemui bekas permujaan termasuk lilin yang ditinggalkan di atas kubur itu, terdapat banyak lagi kejadian misteri yang berlaku di masjid berkenaan yang diceritakan oleh penduduk disitu, dan tidak mustahil jika masjid itu benar-benar telah dibina dengan bantuan makhluk halus yakni jin.
Yang paling utama kita harus yakin benda-benda ghaib ini memang wujud.
Cuma ada beberapa penduduk yang rasa terkilan kerana jasa wanita yang mewakafkan tanahnya untuk didirikan masjid tidak dikenang oleh generasi kini.
Kuala Lumpur: Akibat cemburu, seorang lelaki bertindak memukul seorang lelaki yang didakwa memandang isterinya dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Cheras, di sini, tengah hari semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa dipercayai sedang menaip SMS kemudian mendongakkan kepalanya ketika lelaki terbabit bersama isteri lalu di hadapannya.
Bagaimanapun, tindakan mangsa itu disalah erti menyebabkan lelaki berusia 27 tahun itu menjadi berang sebelum berhenti lalu mencekik dan memukul mangsa bertubi-tubi di bahagian kepala.
Menurut sumber, dalam insiden itu, lelaki terbabit mengaku dirinya gengster di kawasan berkenaan dan turut mengambil alat pembuka skru tayar di dalam kenderaannya sebagai ugutan untuk memukul mangsa. "Orang ramai yang berada di tempat kejadian cuba meleraikan pergaduhan itu, namun lelaki itu terus memukul mangsa selain turut meludah ke arah mangsa sebelum beredar," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
"Suspek sudah menyerah diri di Balai Polis Sungai Besi petang tadi (semalam). "Pihak kami akan menjalankan kawad cam sebelum suspek dituduh di mahkamah. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 KK kerana mencederakan dengan niat, "katanya. -myMetro
The illustrative drawing released by Xiamen University shows its future branch school in Malaysia.
PUTRAJAYA: Prime Minister Datuk Seri Najib Razak was given a briefing on the development of the proposed Xiamen University branch campus in Malaysia today. China's ambassador to Malaysia, Huang Huikang, who made a courtesy call to Najib at the latter's office, here, briefed the prime minister on the campus progress during their half-an-hour meeting.
Also present were President of Xiamen University, Prof Zhu Chongshi and the Prime Minister's Special Envoy to China who is also Chairman of the Malaysia-China Business Council, Tan Sri Ong Ka Ting.
Ong, when met after the meeting later, said that Huang and Prof Zhu had explained the progress of the Xiamen University's Malaysia branch campus to Najib. "Today is another further progress that the university is ready to physically start work subject to all the authorities' approval and the Malaysian government will facilitate the construction of the campus to let it start as soon as possible.
"They had done a lot of preparatory work and they wish to start the project as soon as possible," he said. Ong said that Najib was very encouraged by the latest progress and wanted the development of the project to move according to plans. The prime minister had earlier announced that Malaysia had been chosen as the first venue for the Xiamen University's overseas branch campus in September 2015 and the agreement for the formation of the branch campus had been signed on Feb 5.
Najib was reported as saying that the Xiamen University's branch campus was expected to enrol 10,000 students for the first stage, of whom one-third would be Malaysian nationals, one-third Chinese nationals while the remaining one-third would be from ASEAN member countries and those outside ASEAN.
It was reported that five faculties would be built on a 60.72-hectare site in Salak Tinggi for the branch campus namely electrical biology engineering and chemical engineering,medical study centre, information and communication technology (ICT), business and economy, Chinese language and literature. The University of Xiamen, which is listed among the top 20 universities in China, was founded by famous Malaysian rubber magnate Tan Kah Kee in 1921.--BERNAMA
Kursus Gurah kali ini telah berlangsung di Ampang di rumah Tuan Hj Nazarudin. Seramai 4 orang peserta telah hadir untuk mempelajari ilmu thobib gurah ini...tahniah di ucapkan kepada peserta2 yang hadir...semoga ilmu yang di pelajari ini dapatlah di manfaatkan kepada masyarakat yang memerlukan..
-Salah seorang peserta sedang di ajar cara membancuh herba gurah..
Setelah herba gurah di bancuh barulah sessi praktikal di jalankan... setiap peserta wajib merasa untuk di gurah... kalau tak nanti anda tak tau bagaimana rasanya rawatan gurah ni..
BANTING – Bapa seorang pengurus pengeluaran di Syarikat Freescale Semiconductor di Petaling Jaya, pengsan sejurus menerima berita pesawat MAS MH370 yang dinaiki anak sulungnya, Muzi Yusop, 50, hilang awal pagi semalam.
Semah Sidik, 70, berkata suaminya, Yusop Tahir, 76, baru pulang daripada menjalani rawatan dialisis di Telok Panglima Garang di sini ketika dimaklumkan seorang anaknya mengenai kehilangan pesawat MH370 yang dinaiki Muzi.
"Bila makcik dan pakcik keluar dari kereta, kami lihat isteri Muzi, Haniza Bachik masih berada di rumah sedangkan dia dan anak-anak sepatutnya berada di Perak selepas menghantar Muzi ke lapangan terbang.
"Kami kemudian diberitahu bahawa Muzi tidak sampai (ke Beijing) dan (kapal terbangnya) tidak mendarat. Pakcik terdiam dan sedar-sedar lihat dia pengsan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jenjarom di Banting hari ini.
Muzi, yang juga abang kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Langat, Zurihan Yusop adalah antara 20 pekerja Syarikat Freescale Semiconductor yang dihantar berkursus di China selama sebulan.
Zurihan dan seorang adik lelakinya kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang untuk mengikuti perkembangan terkini operasi mencari pesawat yang hilang itu.
Semah berkata suaminya, yang merupakan bekas pengawal keselamatan, menghidap penyakit jantung, buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.
Ditanya mengenai perubahan sikap Muzi sebelum berangkat ke China, ibu kepada enam orang anak itu berkata beliau tidak perasan sebarang perubahan sikap anak sulungnya yang disifatkan seorang yang bertanggungjawab serta amat mementingkan keluarga.
"Sebelum bertolak ke KLIA, Muzi ajak makcik pergi sekali hantar dia tetapi makcik tidak mahu pergi kerana bapak (Yusop) tidak sihat. Makcik juga sempat berpesan supaya Muzi jaga diri sepanjang berada di sana," katanya, dan berdoa agar pesawat MH370 itu ditemui.
Semah berkata selepas mengetahui berita mengenai kehilangan pesawat dinaiki Muzi, saudara-mara, jiran serta sahabat tidak putus-putus melawat mereka sekeluarga dan turut bersama-sama membacakan Yasin di rumah beliau.
Sementara itu, hasrat wartawan untuk menemu bual isteri Muzi, Haniza, 47, tidak kesampaian apabila anggota keluarganya meminta supaya guru tadika yang sedang bersedih itu tidak diganggu.
Ketika mengunjungi kediaman Haniza, yang terletak di hadapan rumah ibu bapa Muzi, beliau dilihat mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di televisyen.
Hanya perkataan "reda" dan "ada hikmah di sebaliknya" dituturkan ibu kepada tiga anak berumur 24, 21 dan 15 tahun itu, yang dilihat tidak berhenti menangis.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Jenjarom, Ma'amin Radiman berkata sejurus mengetahui berita kehilangan pesawat MAS itu, penduduk mengadakan solat hajat di Masjid Al-Falah kampung itu.
"Saya telah meminta pengurusan Masjid Al-Falah dan enam surau di kampung ini untuk terus mengadakan solat hajat serta berdoa setiap kali selepas solat agar pesawat dan penumpang selamat ditemui," katanya.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan. – BERNAMA
BANTING - Bapa seorang pengurus pengeluaran di Syarikat Freescale Semiconductor di Petaling Jaya, pengsan sejurus menerima berita pesawat MAS MH370 yang dinaiki anak sulungnya, Muzi Yusop, 50, hilang awal pagi semalam.
Semah Sidik, 70, berkata suaminya, Yusop Tahir, 76, baru pulang daripada menjalani rawatan dialisis di Telok Panglima Garang di...
BANTING - Bapa seorang pengurus pengeluaran di Syarikat Freescale Semiconductor di Petaling Jaya, pengsan sejurus menerima berita pesawat MAS MH370 yang dinaiki anak sulungnya, Muzi Yusop, 50, hilang awal pagi semalam.
Semah Sidik, 70, berkata suaminya, Yusop Tahir, 76, baru pulang daripada menjalani rawatan dialisis di Telok Panglima Garang di sini ketika dimaklumkan seorang anaknya mengenai kehilangan pesawat MH370 yang dinaiki Muzi.
<strong>"Bila makcik dan pakcik keluar dari kereta, kami lihat isteri Muzi, Haniza Bachik masih berada di rumah sedangkan dia dan anak-anak sepatutnya berada di Perak selepas menghantar Muzi ke lapangan terbang.</strong>
<strong>"Kami kemudian diberitahu bahawa Muzi tidak sampai (ke Beijing) dan (kapal terbangnya) tidak mendarat. Pakcik terdiam dan sedar-sedar lihat dia pengsan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jenjarom di Banting hari ini.</strong>
Muzi, yang juga abang kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Langat, Zurihan Yusop adalah antara 20 pekerja Syarikat Freescale Semiconductor yang dihantar berkursus di China selama sebulan.
Zurihan dan seorang adik lelakinya kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang untuk mengikuti perkembangan terkini operasi mencari pesawat yang hilang itu.
Semah berkata suaminya, yang merupakan bekas pengawal keselamatan, menghidap penyakit jantung, buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.
Ditanya mengenai perubahan sikap Muzi sebelum berangkat ke China, ibu kepada enam orang anak itu berkata beliau tidak perasan sebarang perubahan sikap anak sulungnya yang disifatkan seorang yang bertanggungjawab serta amat mementingkan keluarga.
<strong>"Sebelum bertolak ke KLIA, Muzi ajak makcik pergi sekali hantar dia tetapi makcik tidak mahu pergi kerana bapak (Yusop) tidak sihat. Makcik juga sempat berpesan supaya Muzi jaga diri sepanjang berada di sana," katanya, dan berdoa agar pesawat MH370 itu ditemui.</strong>
<strong>Semah berkata selepas mengetahui berita mengenai kehilangan pesawat dinaiki Muzi, saudara-mara, jiran serta sahabat tidak putus-putus melawat mereka sekeluarga dan turut bersama-sama membacakan Yasin di rumah beliau.</strong>
<strong>Sementara itu, hasrat wartawan untuk menemu bual isteri Muzi, Haniza, 47, tidak kesampaian apabila anggota keluarganya meminta supaya guru tadika yang sedang bersedih itu tidak diganggu.</strong>
Ketika mengunjungi kediaman Haniza, yang terletak di hadapan rumah ibu bapa Muzi, beliau dilihat mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di televisyen.
Hanya perkataan "reda" dan "ada hikmah di sebaliknya" dituturkan ibu kepada tiga anak berumur 24, 21 dan 15 tahun itu, yang dilihat tidak berhenti menangis.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Jenjarom, Ma'amin Radiman berkata sejurus mengetahui berita kehilangan pesawat MAS itu, penduduk mengadakan solat hajat di Masjid Al-Falah kampung itu.
"Saya telah meminta pengurusan Masjid Al-Falah dan enam surau di kampung ini untuk terus mengadakan solat hajat serta berdoa setiap kali selepas solat agar pesawat dan penumpang selamat ditemui," katanya.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan. - <strong>BERNAMA</strong>
AuthorMNHsocialmynewshub@yahoo.comEditorMyNewsHub Seorang wanita maut manakala enam lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 51.5 Jalan Dengkil-Kota Warisan, di sini semalam.
Dalam nahas kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa, Nathrah Zulkifli, 38, yang memandu kereta proton Iswara meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang rakan dan dua anaknya cedera parah.
Difahamkan ketika kejadian, Nathrah dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Persada Murni Alam Milenia, Bandar Enstek, Labu, Negeri Sembilan sebelum dirempuh oleh kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang datang dari arah bertentangan.
Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Sepang, Inspektor Farah Hakim Azizan berkata, siasatan awal mendapati Toyota Avanza yang dipandu oleh seorang lelaki bersama dua penumpang lain hilang kawalan dan terbabas ke laluan bersebelahan.
Katanya, selain dirempuh MPV itu kereta mangsa turut dilanggar sebuah teksi yang mengekorinya di belakang.
"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala manakala kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan," katanya ketika ditemui ditempat kejadian di sini hari ini.
Pemandu teksi tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di talian 03-87724222. -Utusan
Lapan Remaja Lemas Di Sungai Buloh Kasap Segamat | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi sekalian. Malang tidak berbau. Pada pagi tadi, di Segamat sekumpulan remaja dalam lingkungan umur 13 hingga 16 tahun dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di Sungai Buloh Kasap di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Putra Mohd Aizat Mamat pihaknya masih mencari kesemua remaja itu, yang merupakan sebahagian daripada sekumpulan 13 remaja yang berekreasi di sungai itu sempena cuti hujung minggu negeri ini.
Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila seorang daripada remaja itu menghadapi kesukaran ketika berada di dalam sungai menyebabkan tujuh rakannya cuba membantu.
"Namun, rakan-rakan lain itu turut berhadapan dengan kesukaran ketika berenang di dalam sungai itu menyebabkan kesemua mereka dipercayai lemas," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Lima remaja lain selamat, katanya.
Sungai itu, yang terletak berhampiran sebuah kuari menyedut pasir, adalah kira-kira 10 km dari bandar Segamat dan merupakan kawasan rekreasi yang popular bagi penduduk sekitarnya.
Mohd Aizat berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 9.48 pagi sebelum anggota dan jentera tiba di tempat kejadian kira-kira 10 pagi.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa masih diteruskan selepas anggota-anggotanya melakukan selaman pertama di sungai itu yang sedalam antara 15 dan 20 meter, selain dipenuhi lumpur dan kayu.
"Pasukan kami akan melakukan selaman kedua dan yakin dapat menemui mangsa.
"Insyallah, jika berjaya menemui mangsa pertama, kita akan menemui mangsa lain kerana yakin kelapan-lapan mangsa berada berdekatan satu sama lain," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan kejadian itu. – Bernama
Incoming search terms:
The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.
Beginilah keadaan rakaman gambar yang dikirim menunjukkan betapa teruknya kesesakkan lalu lintas dari kedua belah arah di Lebuh Raya Utara Selatan PLUS menuju ke Bangi sempena hari penamaan calon PRK DUN N25 Kajang.
Mempenjarakan DSAI tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat malahan ianya membuatkan UMNO/BN semakin cemas dan lemas.
"SAYA LIHAT SEMUA KAWAN TERBAKAR DALAM KERETA ITU" - MANGSA KEMALANGAN NGERI DI JALAN KAPAR | KLANG UTARA - "Saya dapat lihat semua kawan terbakar dalam kereta itu, saya cuba selamatkan, tetapi mereka tidak sedarkan diri," kata Chai Chee Seng, 18, salah seorang mangsa yang terselamat dalam kemalangan ngeri melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi di Batu 10, Jalan Kapar, kira-kira jam 3.30 pagi semalam.
Mangsa yang maut adalah Ang Chin Foo (pemandu), Lee Boon Huat, Chong Chee Seng dan Chew Yee Ying.
Dia yang ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah memberitahu, mereka semua termasuk pemandu kepenatan selepas pulang dari menikmati minuman di Bandar Baru Klang.
"Ketika tiba di selekoh itu, kereta yang dipandu Chin Foo hilang kawalan lalu melanggar lampu isyarat dan akhirnya merempuh dinding sebuah kedai pajak gadai. Selepas rempuhan kuat itu, saya merangkak keluar melalui pintu pemandu.
"Saya cuba selamatkan mereka dengan cuba menarik mereka keluar namun gagal kerana masing-masing sudah tidak sedarkan diri, beberapa saat kemudian kereta api mulai marak," katanya yang mengalami cedera di tangan kanan serta melecur di bahagian punggung.
Difahamkan kelima-lima mangsa berkawan rapat sejak dari bangku sekolah rendah.
Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Klang Utara, Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, kesemua mangsa difahamkan dalam perjalanan pulang dari Bandar Baru Klang menghala ke Kapar.
Beliau berkata, bagaimanapun ketika tiba di lokasi kejadian, Chin Foo yang dipercayai memandu laju hilang kawalan, sebelum terbabas melanggar lampu isyarat di tengah jalan.
Beliau berkata, kenderaan itu kemudiannya merempuh tembok kedai pajak gadai, sebelum terbakar.
"Empat daripada mangsa termasuk pemandu gagal menyelamatkan diri dan maut akibat terbakar.
"Mangsa duduk di sebelah pemandu, Chee Seng sempat menyelamatkan diri dengan keluar menerusi pintu pemandu," katanya, semalam.
Menurutnya, mayat keempat-empat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk dibedah siasat.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sesiapa yang menyaksikan kejadian diminta tampil ke mana-mana balai polis terdekat atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nor Zaharuddin Sanip di talian, 0127044642 bagi membantu siasatan. -Sinar
Baru tadi Tulang Besi berjumpa dengan aktivis2 PKR SUbang yang dari bangsa India. Mereka beritahu pada Tulang Besi mereka telah berkempen pada kaum India Subang untuk mengundi PAS di Paya Jaras semenjak 2008 lagi.
Majoriti yang PAS dapat di Paya Jaras adalah sekitar 5500 undi. Undi kaum India boleh dikatakan membentuk kesemua dari majoriti yang memenangkan PAS di DUN Paya Jaras. Dengan kata lain, tanpa usaha gigih PKR dan PSM berkempen untuk PAS selama 5 tahun sebelum ini, nescaya keputusan tidak berpihak kepada PAS.
Maka, puak2 pro Din Ayam yang begitu kasar sekali memaki PSM di Kota Damansara seharusnya berhenti dengan mulut cabul mereka.
Tindakan bongkak mereka mempersoalkan Khalid Samad dan menyuruh Khalid Samad masuk PKR, menghalang tindakan disiplin ke atas Din Ayam serta PAS Subang, menyerang dan memfitnah Dr Nasir serta PSM dsbnya bakal membahayakan kedudukan PAS di DUN Paya Jaras.
Puak2 Pemuda pro Din Ayam ni berfikiran sempit dan pentingkan diri sendiri.
Mereka tidak sedar sewaktu diisytiharkan PAS meletak calon di Kota Damansara, jentera Paya Jaras berada dalam keadaan genting. Diberitakan pengundi2 India amat marah dengan tindakan PAS itu yang dilihat sebagai menikam belakang kawan sendiri.
Syukur Cikgu Pa telah mengisytiharkan kerusi Kota Damansara milik PKR menyebabkan kaum India di Paya Jaras kendur sedikit. Kesannya mereka telah kembali menyokong PAS di Dun Paya Jaras.
Kalau mulut2 dalam PAS seperti mulut Ketua Pemuda PAS Gombak serta Naib YDP Gombak tidak dijaga dan ditutup maka tidak mustahil PAS akan hilang DUN Paya Jaras dalam pilihanraya yang akan datang.
Malahan, sokongan kaum India seluruh negeri Selangor bakal dalam bahaya.
Adalah lebih baik PAS memecat manusia2 seperti Ketua Pemuda PAS Gombak, PAS Subang, calon PAS Kota Damansara serta menantu Presiden Ustaz Din Ayam. Saya jamin sokongan kepada PAS akan melonjak seluruh Malaysia kalau ini dilakukan.
Saudara/ri pembaca boleh lihat sendiri betapa ceteknya pemikinan setengah2 puak Pemuda dalam PAS ini. Langsung tidak kesah pasal kepentingan parti. Yang penting adalah kepentingan puak mereka serta ketua mereka merangkap menantu Presiden itu.
Sudah tiba masanya PAS melakukan operasi pembersihan besar-besaran supaya PAS tidak lagi rugi dan hilang sokongan angkara sekumpulan pemuda yang jumud lagi cetek akal. Mereka2 ini lebih baik dibuang keluar dari PAS dan biarkan mereka reput dalam UMNO.
ps Punya kuat kempen PKR pada orang India di Paya Jaras sehingga ada orang2 India ini rupanya mendaftar dalam DUN Kota Damansara. Pengundi2 India ini telah mengundi calon PAS di Kota Damansara dan bukannnya calon PKR. Kita tahu ini kerana apabila mereka habis mengundi mereka memberitahu mereka telah mengundi PAS tapi mereka hairan kerana nama Khairuddin Othman (calon PAS Paya Jaras) tiada dalam kertas undi.
pss Oleh kerana Tulang Besi ada di kawasan Kota Damansara, maka Tulang Besi telah bertanya keapda anak Dr Nasir berkenaan dengan beberapa fitnah yang dilempar oleh puak2 PAS Kota Damansara. Anak Dr Nasir menafikan bahawa bapanya tidak solat dan terdapat gambar Lenin dan Stalin digantung di pejabat beliau
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Berita di TV ni, dengar tadi. di Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras yang digelar sebagai Kampung Kemboja.
Masyarakat merungut. Saya berpendapat, tidak payah merungut dan minta pihak berkuasa campur tangan. Mereka boleh berniaga di situ kerana mendapat sokongan masyarakat yang menjadi pembeli. Prinsip ekonomi senang, ada permintaan pasti ada penawaran. Jika tidak ada pembeli dan hasil jualan mereka tidak laku, pasti mereka akan pindah ke tempat lain.
Jadi, pandangan saya, kehadiran mereka disokong oleh masyarakat tempatan juga, mengapa hendak merungut.
Membekam 1 family di Kg 10 Sungai Panjang, Sungai Besar. 3 adik beradik wanita dan 1 lelaki. Masalah sakit badan dan migrain.
Jom berbekam untuk meningkatkan tahap kesihatan anda sekeluarga!!
70% BADAN KITA MENGANDUNGI AIR DAN DARAH! JANGAN JADIKAN DIRI ANDA SEBAGAI BANK TOXIN OH! TOXIN~jom buang toxin dari badan anda!
Anda mengalami sakit-sakit badan? Gout, diabetes, hypertension, migrain, stroke dan sebagainya boleh dirawat menggunakan kaedah bekam.
Tahukah anda? Bekam adalah amalan Rasulullah saw dan merupakan perubatan Nabi saw. Bekam mempunyai hikmah tersendiri. Justeru, orang yang berbekam telah menghidupkan sunnah Nabi saw dan setiap sunnah pasti membawa kejayaan dunia dan akhirat.
Rasailah nikmat berbekam bersama kami. Kami memiliki pakar-pakar bekam profesional yang sedia membantu anda dalam menyingkirkan darah kotor(toksin) dan angin berlebihan dari dalam badan anda.
Aamiin ya Rabbal'alamin
**Waktu bekam terbaik waktu pagi dari 10am menguatkan hafalan dan menyembuhkan penyakit. Anda juga boleh pilih waktu petang jam 2pm. Sila tempah seminggu awal tarikh temujanji anda.
Alhamdulillah…berbekamlah sebulan sekali secara konsisten…setiap yg sunnah pasti ada keberkatannya…Menurut Anas Bin Malik, telah bersabda Rasulullah S.A.W. "Pengubatan yang paling baik di antara kalian ialah al Hijaamah (Bekam Darah)".
Rahsia kesihatan optima~buang toksin dan racun dari tubuh anda!!! PAKEJ OVERHAUL LENGKAP 1 BADAN 22 POIN~Rawatan BEKAM POWER saya bermula seawal jam 10 pagi. Anda tak perlu bersusah payah hendak ke pusat rawatan saya. Biarlah saya datang kepada anda. Pakej rawatan saya KL & SELANGOR (jurubekam wanita juga disediakan) :
a)Rm110 utk 22 cups b)Rm60 utk 10 cups
Appointment bekam sms/whatsapp NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN facebook: http://bit.ly/bekamazzahra ♥jom LIKE & SHARE|♥ INSHA ALLAH BERMANFAAT PADA RAKAN2 ANDA
♥ Allahu Akbar! Alhamdulillah! Subhanallah! ♥ Jom Kempen 100,000 rakan-rakan kita berbekam Sunnah SAW ♥ like & share info untuk semua ♥
Musim cerita hantu kembali memeriahkan filem tempatan. Selepas penanggal.. bakal muncul filem yang di adaptasi dari kisah banglo di shah Alam yang katanya berhantu & di sewakan dengan harga yang murah iatu RM50. Rasanya ramai yang pernah baca kisah seram sekumpulan pelajar lelaki yang pernah menyewa tak sampai 1 hari pun kat banglo tu & mengalami kejadian misteri & seram sehingga mengakibatkan kematian. Kalau korang nak tau kisahnya nanti korang google la yer...
Inilah gambar banglo yang di maksudkan..
Yang den nak cerita ni pasal kisah ni dah di filemkan. Rentetan daripada kisah itu, M Jamil membawakan sebuah filem Rumah Sewa RM50, yang digarap semula berdasarkan kisah tersebut. Wah bunyi macam best je kisah ni di filemkan. Dari cerita yang di sebarkan kat internet memang agak seram tapi bila di filemkan ni kena tunggu filem keluar dulu la baru boleh nilai. Hope.. takde seram hanya pada tajuk.. tapi bila tengok sedih gitu. Sedih bukan pasal cerita sedih.. tapi cerita seram yang tengok tengah malam pun feel seram tu takde. Memang menyedihkan. Terus terang tak sabar jugak nak tunggu filem ni keluar dalam pada masa yang sama harap tak mengecewakan sangat la filem ni. Semoga berjaya M.Jamil.. ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE