Selasa, 22 Januari 2013

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Remaja hilang <b>di Cheras</b>, jumpa di Melaka – Perak Today

Posted: 14 Dec 2012 11:28 PM PST

Rahim (tiga, kanan) menunjukkan belukar tempat anaknya didakwa 'disembunyikan' kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Kiat (kanan).

KUALA LUMPUR – Sebuah keluarga kebingungan apabila anak lelaki mereka yang didakwa hilang sejak tiga hari lalu selepas masuk ke kawasan belukar di belakang rumahnya di Flat Taman Bukit Segar 1, Cheras akhirnya ditemui di sebuah surau di Melaka.

Mangsa Mohd Shukri Rahim, 15, menghubungi keluarganya menerusi telefon bimbit kira-kira jam 11 pagi semalam selepas pelbagai ikhtiar dilakukan untuk menjejaki remaja malang itu.

Remaja itu sebelum ini disedari tiada di rumah pada jam 6.30 pagi, Rabu lalu.

Bapa mangsa Rahim Jamuri, 40, berkata, dia mengesyaki sesuatu yang tidak baik berlaku kerana anaknya itu sebelum ini tidak pernah langsung keluar rumah tanpa memberitahunya apatah lagi keluar senyap-senyap pada awal pagi.

Menurutnya tambah memelikkan apabila seliparnya tidak terusik malah dia turut mengunci pagar rumah dengan mangga tetapi kuncinya dibawa sekali.

"Dia hanya memakai baju t dan berseluar pendek, puas saya bertanyakan rakan-rakannya yang tinggal di kawasan ini tetapi masing-masing tidak tahu di mana anak saya berada," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Menurutnya, telefon bimbit cuba dihubungi banyak kali namun gagal menyebabkan dia terpaksa membuat laporan polis selepas usaha menjejakinya gagal.

"Saya diberitahu oleh beberapa ustaz yang mengatakan anak saya masih berada berhampiran kawasan rumah iaitu di belukar berhampiran blok A3 menyebabkan pasukan bomba dan Gerakan Am dipanggil untuk membantu mengesan anak saya," katanya.

Difahamkan anggota bomba terpaksa menjalankan operasi mencari menggunakan khidmat anjing pengesan namun gagal menemui sebarang petunjuk menyebabkan operasi dihentikan pada hari kedua.

"Kami sekeluarga tidak pernah berselisih faham dengan Mohd Shukri dan apa yang berlaku memang di luar dugaan. Saya sendiri tidak sangka perkara seperti ini boleh berlaku," katanya.

Sembahyang hajat tepi belukar

USAHA berterusan dilakukan termasuk mengadakan sembahyang hajat dan bacaan Yasin oleh kariah Surau Yusof Al-Amin telah dilakukan beramai-ramai di satu kawasan lapang berhampiran kawasan belukar yang dikatakan menjadi laluan terakhir remaja itu sebelum hilang.

Pengerusi Suraunya Mahmud Abas berkata usaha yang dibuat bagi memohon kepada ALLAH SWT memberikan petunjuk terakhir selain usaha mencari mangsa terus dilakukan.

"Penempatan ini dahulunya bersambung dengan hutan simpan, jadi kami di sini memang akui lokasi ini agak keras kerana ada penduduk pernah terserempak dengan lembaga wanita menakutkan melintas di blok A 2 minggu lalu," katanya

Tambahnya lagi, kejadian kehilangan yang berlaku sedikit sebanyak ada kena mengena dengan beberapa insiden pelik yang berlaku ketika pembinaan kawasan itu dijalankan.

"Ketika pembinaan rumah ini dahulu ada enam kes buruh binaan tergelincir jatuh dan ke semuanya menemui ajal," katanya.

Dijaga harimau putih

SEMENTARA ibu remaja berkenaan Sharifah Rahimah Syed Sharif,40, berkata, melalui perbualan telefon Mohd Shukri ada memberitahu dia seperti mahu mencari seseorang dalam kawasan belukar tetapi tidak ingat siapa.

"Dia juga terdengar bunyi suara orang memanggil namanya berkali-kali berserta dengan laungan azan namun cubaannya melarikan diri dihalang sebelum dijaga seekor harimau putih.

"Sekarang dia berada di sebuah surau di Melaka, kami tidak tahu di mana tetapi kami akan ke sana mengambilnya dalam waktu terdekat," katanya.

- SINAR HARIAN

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Majlis Perkahwinan Yana <b>di Ampang</b> Jaya - Makeup Sweet & Sis <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2013 11:34 PM PST






Makeup by Intan Makeup Sweet (SIS)
Pelamin Mini by Sis Wedding Planner - RM 999.00

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


MAJLIS PERASMIAN PAKUA <b>NEGERI SELANGOR DI</b> DEWAN <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2013 05:25 PM PST

MAJLIS PERASMIAN PAKUA NEGERI SELANGOR DI DEWAN JUGRA TABUNG HAJI KELANA JAYA PADA 30.3.2012

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


Keropok Losong <b>Tanjung Karang</b> Selangor | ladfeamir.com

Posted: 12 Jan 2013 06:47 AM PST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar korang semua? Semoga korang semua sihat waafiat.

Aku dah lama nak tulis entri ini, tetapi masa yang agak terbatas menyebabkannya tertangguh.

Keropok Losong Tanjung Karang Selangor

Selepas makan Cendol Bakar di Kuala Selangor, kami terpaksa mengharungi jalan Jem yang agak teruk.

Isteri aku ternampak signboard Keropok Losong sebelum sampai ke Bandar Tanjung Karang. Kami kemudiannya singgah di Restoran Keropok Losong tersebut yang terletak sebelah kanan jalan jika korang dari Klang.

Restoran Keropok Losong ini kecil sahaja. Menu rasminya adalah keropok losong yang digoreng panas-panas selepas di order. Tak silap aku harganya RM1 = 4 keping.

Kami tidak singgah, cuma sekadar beli Keropok Losong  mentah untuk dibawa balik ke Sungai Besar. Satu bungkus RM5.

Di rumah mertua di Sungai Besar, Farris cukup suka dengan Keropok Losong ini. Semua orang di rumah mertua aku pun turut suka. Rasanya tiada berbeza dengan Keropok Losong dari negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ada lebih isi ikan daripada tepung.

Apabila kami pulang semula ke Lembah Klang sehabis cuti sekolah, kami singgah lagi di Restoran Keropok Losong ini. Jika dari arah Sabak Bernam atau Sungai Besar, korang kena lepasi Bandar Tanjung Karang. Restoran ini terletak di sebelah kiri pula.

Ok layan gambar pula

Kedainya nampak kecil sahaja. Owner berasal dari Kelantan. Ada Laksam,Sagun serta Madu lebah.

Sos berharga RM5 sebotol.

image

Keropok Losong mentah sudah siap dibungkus

image

image

Pada plastik ada tertera alamat dan no telefon untuk korang hubungi nika korang berminat ingin membeli keropok losong ini.

image

sampai di rumah terus snap gambar. Aku beli sampai 4 bungkus dan sebotol sos. Sos nya agak manis tetapi sedap.

image

Mula-mula aku nak letakkan gambar di bawah sebagai salah satu soalan Contest Cikai. Tetapi tidak adil pula aku rasakan kerana bukan semua orang berkesempatan untuk pergi ke Tanjung Karang untuk membeli Keropok Losong.
image

Jika korang berkesempatan atau mengidam. Bolehlah korang beli Keropok Losong Tanjung Karang ini sebagai ganti kepada Keropok Losong Negeri Pantai Timur.

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


tanah <b>di batang kali</b> 3 ekar - Semua iklan

Posted: 21 Jan 2013 07:44 AM PST

Diiklankan pada 21 Jan 2013 | Hit : 11

Lokasi:   Selangor

Kawasan:   Hulu Selangor

Jenis Iklan:   Sedang Menawarkan

Tanah di Batang Kali Untuk dijual
Keluasan 3 ekar
Tanah Rezab Melayu Kekal
Masih Tanah Pertanian
Tanah Cantik
Sila Hubungi:-
Talian H/P : 012 2020207
E.Mail : mrham5757@gmail.com
Https : www.pakarhartanahmalaysia2u.blogspot.com
Https : www.pakarhartanah.blogspot.com
Https : www.buahmahkotadewa2u.blogspot.com

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Sassy MP » Blog Archive » Polis Kelihatan Menyusahkan Penganjur <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 12:05 AM PST

Ceramah banner_17 jan

Kenyataan akhbar Teresa Kok, ADUN Kinrara dan Exco Kerajaan Negeri Selangor Pada 16 Januari 2013 di Shah Alam

Saya merasa hairan cara polis menangani permohonan ceramah politik yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Kinrara pada 17 Januari 2013 malam di Jalan Helang 13, Bandar Puchong Jaya.

Pada asalnya ceramah politik tersebut diadakan pada 8 Januari 2013 di tempat yang sama, tetapi polis menolak permohonan kami dengan alasan tempoh pemberitahuan oleh pihak kami kepada polis hanya 8 hari manakala pihak penganjur sepatutnya memberitahu kepada polis 10 hari sebelum program diadakan sebagaimana termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman.

Selepas penganjur menunda tarikh ceramah ke 17 Januari 2013 dan memberitahu polis notis sebanyak 10 hari, pihak polis pula mencetak 1,500 naskah notis kepada penduduk persekitaran tapak ceramah tersebut yang menggalakkan orang ramai membantah.

Dua hari yang lepas, Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Abd. Razak Bin Elias mengeluarkan "syarat-syarat kepada penganjur" ceramah politik tersebut dengan menyenaraikan 25 syarat. Di antaranya, beberapa syarat yang terkandung dalam surat tersebut adalah amat tidak munasabah, iaitu:

(r) Unit Amal PAS tidak dibenarkan sama sekali mengawal kenderaan lalu-lintas kerana ini akan dan boleh membangkitkan perasaan provaksi kepada masyarakat awam yang tidak terlibat dengan perhimpunan tersebut;

(s) Penganjur telah menytakan jangkaan kehadiran peserta seramai 500 orang di dalam borang di bawah jadual keempat (seksyen 10) Pemberitahun Di Bawah Subseksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736), sekiranya kehadiran peserta melebihi dari jangkaan dan berada di luar kawasan yang dibenarkan, Ketua Polis Daerah mempunyai kuasa untuk menyuraikan perhimpunan di bawah Seksyen 21(1)(a) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

(v) Penganjur hendaklah memastikan peserta atau hadirin tidak meminum minuman keras atau mengambil dadah semasa menghadiri ceramah ini untuk mengelak tingkah laku yang agresif di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Syarat-syarat yang dikenakan oleh Balai Polis Serdang itu telah mendatangkan banyak ketidaksenangan pada pihak penganjur, kerana:

i)                   Bagi syarat ( r ), Ceramah politik diadakan di tempat ruang di tepi jalan dan di hadapan restoran, sekiranya anggota Unit Amal PAS tidak dibenarkan untuk mengarah trafik, ia kemungkinan akan menyebabkan kesesakan lalu-lintas di tempat berkenaan;

ii)                 Bagi syarat (s), kami tidak dapat memastikan bilangan peserta yang datang menghadiri ceramah kurang daripada 500 orang. Bagi polis untuk menyuraikan peserta sekiranya kehadiran melebihi dari jangkaan adalah tidak munasabah.  

iii)               Bagi syarat (v), tapak ceramah diadakan di hadapan restoran yang mana pelanggannya juga makan dan minum di tapak di luar restoran. Kami memang tidak boleh menghalang pelanggan restoran untuk minum di tapak di luar restoran. Jadi syarat yang dikenakan adalah sukar dipatuhi.

Saya dan pembantu saya mendapati bahawa polis kelihatan mengenakan syarat yang lebih ketat terhadap pihak penganjur ceramah berbanding dengan sebelum adanya Akta Perhimpunan Aman.

Sebelum adanya Akta Perhimpunan Aman, polis selalu meluluskan permohonan program kami malah dengan notis beberapa hari sahaja, tetapi sekarang pihak polis menolak permohonan kami dengan alasan kami beritahu polis kurang daripada notis 10 hari.

Selain itu, sebelum adanya akta ini, polis tidak begitu serius untuk mengajak bantahan daripada penduduk persekitaran tapak ceramah, tetapi dalam ceramah ini, polis mengedarkan 1,500 notis kepada penduduk persekitaran tapak ceramah, ini seolah-olahnya mengajak bantahan daripada orang ramai terhadap program kami.

Objektif Akta Perhimpunan Aman adalah untuk memudahkan pihak penganjur untuk mengadakan program ataupun perhimpunan, dan bukan digunakan oleh pihak polis untuk menghalang perhimpunan dan program kami.

Saya ingin tanya samada polis akan mengenakan syarat yang sama terhadap ceramah politik ataupun apa-apa bentuk aktiviti kami dalam kempen pilihan raya yang akan datang.  Sekiranya ini berlaku dalam kempen pilihan raya, maka Akta Perhimpunan Aman akan dijadikan sebagai undang-undang yang boleh disalahgunakan oleh pihak polis untuk menghalang apa-apa bentuk program dan bukannya memudahkan program dan ceramah politik kami.

Saya akan tulis surat kepada Ketua Polis Selangor untuk menyampaikan ketidakpuasan saya terhadap perkara ini.

Teresa Kok

Sila rujuk:

Notis Polis_Ceramah Umum 17Jan

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


Nice to see, nice to eat: Sepetang <b>di Morib</b>

Posted: 20 Jan 2013 10:14 PM PST

Hari tu masa tengah blogwalking aku ternampak post pasal Pantai Morib. Tetiba aku rasa nak pergi. Kat area Banting tu jer. Tak jauh dari rumah aku pun, adalah dalam 40km. Aku keluar rumah sebelum Asar, tak jauh lepas tu hujan lebat giler. Kalau masa kat rumah hujan, aku rasa aku cancel kot pergi Morib ni.
Sampai kat tengah jalan, hujan seriat balik. Aku boleh memandu dengan tenang. Lepas tu sambung hujan lebat balik masa on the way ke Banting. Aku dah rasa nak give up. Target nak tengok sunset, tapi kalau hujan ni macam punah jer harapan. Pujuk hati, padahal dah separuh jalan.
Dalam 5.30 aku sampai di Pantai Morib, singgah solat dulu di masjid seberang jalan tu. Orang ramai, nak cari parking pun susah sikit. Wiken kan. Lepak-lepak makan atas tembok.
First yang keluar dari kepala aku masa mula-mula sampai, hmm...Takdelah cantik sangat, tapi boleh la..Mungkin sebab port yang aku pilih tak best sangat. Kene pergi pantai yang satu lagi, baru neutral sikit agaknya. Sebab dah nak hujan, nak pindah randah pun tak best. 
 Aku sempat snap gambar sikit-sikit sebab matahari tak sabar-sabar dah nak masuk tidur..Awan cover baekkk punya...Takde rezeki kali  ni. Last-last pi melantak sate kat gerai-gerai yang ada kat situ.




12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


Coretan Ibu Aisyah...: Rest Minda <b>di Sekinchan</b>

Posted: 04 Dec 2012 09:09 PM PST

Jumaat lepas kami sekeluarga pergi berehat di Sekin Resort. Lokasinya Kampung Nelayan Sekinchan. Ownernya sama dengan owner Restoran Sekinchan Ikan Bakar. Dalam Resort ni pun ada restoran tu.. makan memang puas hati. Percutian kali ni last minute planning, pukul 12 mlm baru nak call & booking bilik. Resort ni baru beroperasi 2 bulan. Dia ada keluar Kosmo. Tu yang boleh tau tu.. Sapa kaki pancing boleh la try.. sebab ada kolam pancing yang penuh dgn ikan talapia merah & baung (kalau tak silap).. ikan yang di pancing boleh bg chef kat restoran tu masakkan.. :) Rate memancing + masak ikan tu kurang pasti coz kami xmancing pun. kami just beli makanan ikan (RM2) dan bg ikan2 tu makan.. memang best.. aisyah & adam pun teruja sgt tengok ikan2 tu berebut makan.
Kalau tgk sekeliling resort ni mmg agak tak teratur. sebab byk lg blok & bilik masih dlm pembinaan. surau, swimming pool, pusat spa, dewan, tempat jet ski semua masih dlm pembinaan.. so, next 1-2 years kena mai lagi la.. mcm best ja.. kat belakang resort ada pantai.. kat situ la nanti akan ada jet ski & spa. Menara pun ada. Boleh naik ambil gambar. :)

Keadaan bilik sgt excellent.. cukup Kemas & bersih. kami ambik Family Room. Sangat luas dan selesa. 1 double bed + 2 single. aisyah & adam dapat katil sorang satu.. depa memang suka la.. Bilik air pun besar. Berbaloi la ambik bilik tu.. :)
 
 Salah satu tarikan resort ni restoran ikan bakarnya.. orang luar pun ramai yg datang mkn kat situ.. Dia buka dari pagi hingga 12 mlm.. Biasanya kita akan mkn mlm je kalau restoran ikan bakar lain.. tapi kat sini kita boleh mkn ikan bakar dari pagi sampai mlm. Pilih ikan & order je. ikan tu selain bakar, 3 rasa, goreng tepung, kita juga boleh order masak kari, gulai lemak, lemak cili api dll.. Menu lunch kami : kari sembilang + kailan ikan masin + sup sayur. dinner pulak : kerapu 3 rasa + ikan bakar + sotong grg tepung.. marvelous!
 
Check out Sabtu.. On the way balik singgah kat Chendol Bakar Drive Thru. Order 2 Cendol VIP.. Boleh tahan la rasanya.. pastu drive terus balik Putrajaya... :P

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


Kelas Menjahit Baju Kurung <b>di MERU</b>, KLANG - flora beads creation

Posted: 10 Jan 2013 08:44 PM PST

Kelas ini saya adakan di umah mak saya di Jalan Paip , Meru, Klang...

hanya pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad)

kira kira 1 km dari Pekan Meru....

berminat?

hubungi sy 0137729088

Hujung bulan nie pada 25hb - 28hb, saya akan berada di Meru, Klang

25hb - ZATY DI TTDI SHAH ALAM (baju kurung tradisional)
26hb - hanie dan kawan di meru (baju kurung tradisional dan baju kurung moden)
27hb - kosong
28hb - kosong
                      ______________________________

Saya juga boleh ke rumah tuan/puan di kawasan yg berdekatan dengan Meru...
seperti Bandar Setia Alam, Bandar Puncak Alam, Shah Alam....

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Lebih 1,000 polis bertugas <b>di Batu Caves</b> semasa Thaipusam <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2013 10:28 AM PST

Posted on January 11, 2013, Friday

KUALA LUMPUR: Polis akan menempatkan lebih 1,000 anggota bagi menjaga keselamatan orang ramai sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves, selama empat hari mulai 24 Jan ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata selain menempatkan anggota di situ, orang ramai sendiri boleh mengambil beberapa langkah bagi menjamin keselamatan mereka.

Sebagai contoh, katanya ibu bapa dinasihatkan agar menyimpan nombor telefon anggota keluarga dalam saku anak kecil mereka kerana itu akan memudahkan keluarga dihubungi sekiranya anak mereka hilang dalam kesesakan orang ramai. — Bernama

"Pengunjung juga diingatkan tidak meninggalkan barang bernilai seperti komputer riba dan telefon bimbit dalam kenderaan mereka yang diletak di tepi jalan," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Beliau berkata para pengunjung juga mesti berkelakuan sopan dan tidak memakai pakaian yang menjolok mata bagi mengelakkan sebarang kekecohan di tempat ibadat itu.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau kumpulan yang melakukan kegiatan yang tidak senonoh seperti meminum arak, memiliki senjata tajam dan mengganggu ketenteraman penganut lain," kata beliau.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniar Swamy Devasthanam Batu Caves, Datuk R. Nadarajah yakin jumlah penganut yang mengunjungi Thaipusam kali ini akan meningkat berbanding tahun lepas.

"Sambutan Thaipusam kali ini yang jatuh pada hari minggu (27 Januari),akan menjadikannnya lebih meriah kerana lebih ramai pengunjung berpeluang melawat kuil itu," katanya.

Nadarajah berkata para penganut harus memberi keutamaan terhadap keselamatan diri, di mana mereka dinasihatkan supaya tidak memakai barang kemas seperti rantai leher dan gelang tangan bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini.

Beliau menyarankan ibu bapa yang membawa kanak-kanak kecil supaya memerhatikan mereka untuk mengelak kes kehilangan, kerana Thaipusam kali ini dijangka akan dibanjiri 1.5 juta penganut Hindu.

"Kuil menyediakan perkhidmatan kaunter maklumat beroperasi 24 jam untuk membantu kanak-kanak mahupun sesiapa yang sesat mencari anggota keluarga mereka," katanya. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Bandaraya <b>Petaling Jaya</b> (MBPJ) - Jan 2013

Posted: 15 Jan 2013 05:58 AM PST

JAWATAN:
1. PEGAWAI PENGUATKUASA
2. AHLI MUZIK
3. PEMBANTU PENGUATKUASA
4. PEMBANTU AM PEJABAT
5. TUKANG K2 (JURUGEGAS)
6. PEGAWAI PENILAIAN
7. PENGURUS TAMAN/LADANG
8. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN
9. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA
10. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
11. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG
12. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA
13. ARTIS BUDAYA (PEREKA TARI)
14. JURURAWAT MASYARAKAT
15. PEMBANTU KESIHATAN AWAM
16. JURUTEKNIK
17. RENJER HUTAN
18. PEMBANTU AKAUNTAN
20. PEMBANTU PENILAIAN
21. PEMBANTU TADBIR (GURU)
22. PEMBANTU TADBIR
23. PEMBANTU TADBIR (PENGAWAS)
24. PEMBANTU AM PEJABAT (PENGASUH)
25. TUKANG K2 (JURUGEGAS)
26. TUKANG K2 (JURUKIMPAL)
27. TUKANG K2 (JURULEKTRIK)
28. TUKANG K3 (TUKANG PAIP)
29. TUKANG K3 (TUKANG CAT)
30. TUKANG K3 (TUKANG KAYU)
31. PEKERJA AWAM
32. PEGAWAI PENERANGAN
33. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN
34. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN
35. TUKANG K2 (JURULEKTRIK
36. TUKANG K3 (TUKANG PAIP)

IKLAN JAWATAN:
http://www.mbpj.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=6902fd0c-af68-472e-a5b7-eaae68cb0a8a&groupId=21857

BORANG PERMOHONAN:
http://myjob.mbpj.gov.my/home/login_aduan

Tarikh Tutup : 24 Januari 2013

12 di pandamaran - Google Blog Search

12 di pandamaran - Google Blog Search


GEMPAR! RAMAI YANG JADI SAKSI NAMPAK KEMALUAN <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2013 09:43 PM PST


AKU BERANGGAPAN YANG EXCO KERAJAAN TEMPATAN YANG SORANG NI IBARAT DAH JATUH DITIMPA TANGGA..GEDEBUKKK..ADUHHAAAI...KESIAN PUN TARA GUNA WOO..LU SENDIRI MAU INGATLAH,SEPANDAI-PANDAI ITU TUMPAI LOMPAT,ONE DAY PASTI JATUH JUGAK KE TANAH..DULU ORANG DENGAR LU PUNYA KATA..TAPI..SIKALANG NO WAY MAN!

BEGINILAH NASIB YANG MENIMPA SI RONNIE LIEW,EXCO KERAJAAN TEMPATAN DIMANA KUASA MUTLAKNYA JAGA PBT-PBT KAT NEGERI SELANGOR...
KENAPA AKU KATA CAMNI..PADA TANGGAL 13 JAN 13..TARIKH YANG BUAT SI RONNIE DEMAM HAMPIR KE HARI INI,TARIKH YANG AKAN RONNIE LIEW AKAN KENANG SAMPAI AKHIR HAYAT BELIAU....TARIKH INI TELAH DIADAKAN 1 PROGRAM CERAMAH YANG BERTAJUK UBAH BERSIHKAN MALAYSIA DIHADAPAN DEWAN JKKK PANDAMARAN YANG MANA KAWASAN INI ADALAH JAJAHAN TAKLUK SI RONNIE..
YANG MENJADI TANDA TANYA HINGGA HARI INI,WALAUPUN PROGRAM DIKAWASAN BELIAU,NAMUN KENAPA RONNIE LIEW TIDAK DIBERI PELUANG UNTUK BERUCAP..YANG BERUCAP IALAH NG CHIN HENG,DATO MOHD ARIF,NG SUEE LIN,TONY PUA,CHARLES SANTIAGO dan SI TERESSA KOK..HAHHAHAA..

RONNIE DIKESAN PADA JAM 10PM..TU PUN HANYA 1/2 JAM JE..TAK TAHAN KENA PERLI NGAN KAWAN-KAWAN SEKUTUNYA..HAHAHA.JELAS KITA LIHAT BAHAWA HUBUNGAN RONNIE LIEW DENGAN D.A.P KLANG MASIH TAK PULIH LAGI HINGGALAH KE HARI INI..PERGHHH!KAN AKU DAH CAKAP..MEREKA YANG ADA DALAM PARTI PKR NI MEMANG TAK BOLEH DIBAWA BERBINCANG..MEMASING NAK TUNJUK POWER..MEMASING NAK ISI POKET SENDIRI JE..RAKYAT DIKETEPIKAN!HARKTUII..
JOM BACA KAT SINI KEMALUAN RONNIE LIEW JELAS KELIHATAN
PADA HAKIKAT,RONNIE NI TERPAKSA TEBALKAN MUKANYA UNTUK HADIR WALAUPUN SEKEJAP SEBAB TU ADALAH KAWASANVDUN DIA SENDIRI WALAUPUN MEREKA TIDAK JEMPUT RONNIE BERCAKAP.YANG PALING KETARA..JELAS MENUNJUKKAN TERDAPAT PERPECAHAN YANG KETARA DAN SIFAT BERPUAK-PUAK DIKALANGAN PEMIMPIN DAP DAN APAKAH NASIB RONNIE PADA PRU-13 NANTI...ADAKAH DIA AKAN TERCALON???HAHAHA..MUNGKIN TIDAK!
TUNGGU PENDEDAHAN TEAM PUcTD MENGENAI NASIB RONNIE DI PRU13 NANTI...JENG.JENG.JENG..


ads