Ahad, 11 Mei 2014

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


RUMAH FLAT UNTUK <b>DI</b> JUAL, BANDAR <b>BUKIT RAJA</b>

Posted: 28 Apr 2014 08:33 PM PDT

Rumah flat ( Aparment kos rendah ) :
Lokasi : BLOK F, FLAT SERI REBANA
             Jalan Gamelan,
             Bandar Bukit Raja.
Keluasan : 650 sq.ft
Status : FREEHOLD





- 3rd floor 
-3 bilik
- 1 toilet
- 1 bilik mandi
- Grill sudah pasang
- kipas siling 

Harga promosi bertempoh !! : RM 56 K ( sah hingga 15 May 2014 )

* Owner perlukan duit segera .
1. Pendapatan isi rumah < RM 5K
3. Belum memiliki sebarang rumah
4. Bermastautin di Selangor

Berdekatan dengan:
- Tesco
Setia Alam (5 minit)
- Giant
Meru (5 minit)
-
Setia City Mall (8 minit)
- Petron (5
minit)
- Bandar
Klang (15 minit)
-
Lebuhraya NKVE (exit Setia Alam)
-
Lebuhraya Persekutuan
-
Klang SentralKemudahan lain:
-
Dobi
-
Surau
-
Tadika
-
Kedai Runcit
-
Kedai Makan
-
Dewan Kecil Orang Ramai
-Taman
Permainan Kanak Kanak

Yang betul2 berminat hubungi 017-8822364 Mohd Kamal



12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Perjalanan Yeop <b>di Kuala Selangor</b> Bahagian 1 | Ceritaku Di Mana <b>...</b>

Posted: 09 May 2014 05:23 AM PDT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah yeop sangat bersyukur kepada Allah kerana masih hidup di atas dunia ini.

Baiklah, selepas yeop balik ke rumah abah yeop di Sungai Besar Selangor, yeop telah berada di sana selama hampir 7 hari. 4 hari untuk bercuti rehat pada waktu pejabat, yang lain cuti hujung minggu.

Yeop dah pergi ke Kuala Selangor melalui jalan Teluk Intan – Klang untuk mencari ketenangan dalam hati. Biasalah bukan mudah untuk mendapat cuti rehat sepanjang begini.

Yeop telah singgah ke Bukit Malawati (bukan Melawati), saja jalan-jalan ke tempat tu. Kemudian baru nak ingat nak pergi rumah api yang berada di bukit tu tetapi tutup pula sebab sedang dibaikpulih.

Fakta Bukit Malawati

1. Bukit Malawati terletak di Kuala Selangor, Selangor. Kedudukan Bukit Malawati cukup strategik kerana terletak di kuala Sungai Selangor yang menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra, Indonesia.

2. Bukit Malawati pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor iaitu sebelum Sultan Abdul Samad berpindah ke Bukit Jugra di Kuala Langat.

3. Di atas Bukit Malawati terdapat :

  • Kediaman Pegawai Daerah Kuala Selangor
  • Rumah api
  • Kubu pertahanan
  • Beberapa buah meriam lama
  • Menara tinjau
  • Kereta api mengelilingi Bukit Melawati
  • Makam Sultan dan kerabat diraja
  • Batu pancung
  • Perigi
  • Puluhan ekor lotong

4. Di bahagian bawah pula terdapat :

  • Masjid Kuala Selangor
  • Taman Alam Kuala Selangor
  • Bandar Kuala Selangor
  • pangkalan nelayan Permatang
  • jeti istirahat Kuala Selangor

Dah sampai kasi klik klik klik.

Dah nak balik ke rumah abah yeop tersinggah di Giant Kuala Selangor dan Restoren Dinding Gelas Besar di Tanjung Karang. Sampai di sana fuh penuh (taklah penuh sangat tempat duduk tu, dan yeop pula nak merasa air kelapa di situ.

Di sana macam-macam ada, nak makan tengahari pun ada di sana. Apa yang spesel di restoren tu adalah Coconut Shake Gelas Besar. Harganya kiranya boleh tahan, hanya RM5.00 untuk saiz gelas besar. Sedap sangat air ni. Rasa lemak ada, rasa kelapa parut pun ada. dengan ais krim vanila sebagai hiasan akan menaikkan rasa nak lagi. Apa lagi jomlah cuba di Restoren Dinding Gelas Besar di Tanjung Karang, Selangor.

Kemudian yeop singgah di Sekinchan pula, cadang nak pergi ke pantai di sekitar tempat tu dan yeop sampai di Pantai Redang Sekinchan.  Di sana yeop dapat melenakan diri untuk seketika. Sangat berangin panas-panas meruap dalam badan yeop.

Kemudian yeop baliklah ke rumah abah di Sungai Besar. Alhamdulillah yeop sampai ke rumah dengan selamat.

Ada lagi cerita yeop untuk entri akan datang. Sekian, wassalam.

The following two tabs change content below.
Bekas pengguna Blogger (www.khairilmazri.net) dan kini bertapak di Wordpress. E-melkan ke [email protected] / [email protected] atau klik di Hubungi Saya jika pertanyaan, jemputan event atau review barangan. "Berani Berubah Sebelum Anda Diubah Oleh Seseorang"

Latest posts by Khairil Mazri (see all)

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


Berita: Projek Pelebaran Lorong Keempat PLUS | BH Auto

Posted: 11 May 2014 05:54 PM PDT

PLUS 4Bagi memastikan kelancaran perjalanan dan keselesaan pengguna lebuh raya pada masa akan datang, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) giat menjalankan kerja projek pelebaran lorong keempat dibeberapa laluan utama di lebuh raya kendaliannya.

Projek dengan anggaran nilai RM1.4 bilion ini dimulakan sejak Julai 2012 dan dijangka siap pada penghujung tahun 2014 dilaksanakan untuk memberi manfaat jangka panjang kepada orang ramai dan pengguna lebuh raya.

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi, "Projek Pelebaran Lorong Keempat di lebuh raya kendalian PLUS melibatkan laluan Shah Alam-Sungai Buloh (16 kilometer), Bukit Lanjan-Jalan duta (7 kilometer), Sungai Buloh-Rawang (13 kilometer) dan Persimpangan Nilai Utara-Port Dickson (27 kilometer)".

Selain meningkatkan kapasiti trafik, ciri tambahan lain dalam projek ini adalah dengan penambahan loroang tambahan kelima melibatkan melibatkan laluan Damansara-Subang (Arah Selatan) serta penambahan lorong mendaki di laluan Kota Damansara-Bukit Lanjan.

Kerja-kerja fasa kedua sedang dijalankan pada ketika ini dengan melibatkan penjajaran dan penandaan semula lorong sedia ada, penutupan lorong kecemasan dan melaksanakan kerja-kerja pembinaan asas jalan di laluan terbabit.

Bagi menjamin keselamatan pengguna ketika melalui lokasi kawasan pembinaan, PLUS telah membuka laluan dan hentian kecemasan di setiap dua kilometer di sepanjang kawasan pembinaan, meningkatkan rondaan pasukan PLUSRonda serta menyediakan perkhidmatan trak tunda.

"PLUS menasihatkan orang ramai agar merancang perjalanan mereka dan mendapatkan maklumat terkini berkenaan penutupan lorong dan menggalakan penggunaan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan. " ujar Fuad

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi PLUS di talian PLUSLine di 1800 88 0000, twitter @plustrafik, aplikasi PLUS Mobile App atau menerusi laman web PLUS di www.plus.com.my untuk mendapatkan keadaan trafik semasa.

12 di padang jawa - Google Blog Search

12 di padang jawa - Google Blog Search


Kilang terbakar <b>di Padang Jawa</b> | informasi.my - Busuk.org

Posted: 01 May 2014 02:15 AM PDT

Laman Ping.Busuk dibangunkan dan diaturcara oleh pengaturcara kami tersendiri. Sebarang kesulitan, diharap anda dapat menghubungi kami melalui email busuk.org[at]gmail ataupun melalui laman fb kami.

Online user : 807
Widget Aktif : 3,893
Banner Aktif : 5,660

Domain Dibenarkan: 9,553
Jumlah Artikel : 705,735

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


Sampai Hati! Ibu Tiri Sumbat Cili Dalam Kemaluan Anak <b>Di Beranang</b>

Posted: 08 Jan 2014 06:30 PM PST

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


ADUN <b>Sekinchan</b> pertahan air lombong sebagai selamat — KL <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2014 08:27 PM PDT

Rakyat tidak perlu gusar dengan usaha Kerajaan Negeri menggunakan air lombong sebagai sumber tambahan air dalam berhadapan situasi empangan di Selangor yang mengalami kekurangan air.ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata pelbagai usaha dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan kapasiti air diempangan melalui projek Horas dan pengambilan air daripada bawah tanah akan membantu masalah kekurangan air akibat cuaca kering dan panas.

"Selangor mempunyai banyak lombong, tetapi kita ambil air itu yang sudah dijalankan ujian ke atasnya oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan jabatan berkaitan.
-Pam Besarkan Alat Lelaki No#1 Paling Laris Di UK!… KLIK SINI
-Hormon Pemikat Lelaki No#1 Paling Berkuasa Didunia! … KLIK SINI

"Kita jamin keselamatan untuk semua pengguna air di Selangor dan baru kita pam masuk ke dalam Sungai Selangor dan kemudian dialihkan air itu ke loji rawatan untuk proses rawatan sebelum disalurkan kepada pengguna," kat Suee Lim.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Penyampaian Penyata Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) di Dewan Seri Sekinchan, di sini.

Dalam program itu kira-kira 250 orang menerima penyata yang diserahkan daripada TAWAS untuk DUN Sekinchan dan DUN Sungai Panjang.
-Rahsia "Pink"kan Puting Payudara Dalam Masa 3 Hari Sahaja!… KLIK SINI
-Cecair Perangsang Isteri, Kembalikan Masalah Dingin Seks Isteri Terhadap Suami! … KLIK SINI

Suee Lim berkata, melalui pelbagai cara untuk menambah kapasiti air diharapkan catuan air akan berakhir dalam masa terdekat.

Beliau berkata kekurangan air yang berlaku pada masa kini bukan disebabkan oleh kelewatan Projek Langat 2 sepertimana yang didakwa sesetengah pihak.

"Isu Langat 2 tiada kaitan dengan catuan air dan ia memerlukan sehingga lima tahun untuk disiapkan," kata beliau.

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di</b> rantau <b>panjang</b> - Google Blog Search

Posted: 05 May 2014 07:31 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :- di rantau panjang - Google Blog Search

Mangsa Banjir <b>Di Rantau Panjang</b> Meningkat - MYNEWSHUB.MY <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2014 04:44 AM PST


KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan pada petang ini bertambah kepada 1,629 orang berbanding 1,423 orang pagi tadi.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, kesemua mangsa membabitkan 644 buah keluarga dari Rantau Panjang itu kini ditempatkan di lapan buah pusat pemindahan sementara.

Peningkatan jumlah mangsa banjir di kawasan jajahan Pasir Mas itu berikutan limpahan air Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih mencatatkan bacaan melepasi bahaya.

Keadaan itu juga menyebabkan kebanyakan peniaga di zon bebas cukai Rantau Panjang menutup perniagaan mereka hari ini berikutan kawasan digenangi air selain kenderaan ringan tidak boleh memasuki kawasan itu.

Paras air di Sungai Golok, Rantau Panjang pada pukul 5 petang berada pada paras 10.34 meter iaitu melepasi tahap bahaya 9 meter.

Jalan alternatif antara Rantau Panjang ke Jeli iaitu di Panglima Bayu masih lagi ditutup kepada kenderaan ringan.

Laporan itu turut mengesahkan semua pusat pemindahan banjir dalam jajahan Tanah Merah telah ditutup selepas 199 orang mangsa banjir yang ditempatkan di situ dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi tadi. – BERNAMA

Anda mungkin juga meminati:

Mangsa Banjir Di Rantau Panjang Meningkathttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/FW310208_KB10_130114_BANJIR_JALAN-lpr.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/FW310208_KB10_130114_BANJIR_JALAN-lpr-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan pada petang ini bertambah kepada 1,629 orang berbanding 1,423 orang pagi tadi. Menurut portal rasmi kerajaan negeri, kesemua mangsa membabitkan 644 buah keluarga dari Rantau Panjang itu kini ditempatkan di lapan buah pusat pemindahan sementara. Peningkatan jumlah mangsa banjir di kawasan jajahan Pasir...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan pada petang ini bertambah kepada 1,629 orang berbanding 1,423 orang pagi tadi. Menurut portal rasmi kerajaan negeri, kesemua mangsa membabitkan 644 buah keluarga dari Rantau Panjang itu kini ditempatkan di lapan buah pusat pemindahan sementara. Peningkatan jumlah mangsa banjir di kawasan jajahan Pasir Mas itu berikutan limpahan air Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih mencatatkan bacaan melepasi bahaya. Keadaan itu juga menyebabkan kebanyakan peniaga di zon bebas cukai Rantau Panjang menutup perniagaan mereka hari ini berikutan kawasan digenangi air selain kenderaan ringan tidak boleh memasuki kawasan itu. Paras air di Sungai Golok, Rantau Panjang pada pukul 5 petang berada pada paras 10.34 meter iaitu melepasi tahap bahaya 9 meter. Jalan alternatif antara Rantau Panjang ke Jeli iaitu di Panglima Bayu masih lagi ditutup kepada kenderaan ringan. Laporan itu turut mengesahkan semua pusat pemindahan banjir dalam jajahan Tanah Merah telah ditutup selepas 199 orang mangsa banjir yang ditempatkan di situ dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi tadi. - BERNAMA

Parti Yang Menang <b>Di Sungai</b> Limau Dapat Kelebihan Jangka <b>...</b>

Posted: 02 Nov 2013 02:32 AM PDT

PRK

YAN: Walaupun Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Isnin ini, tidak akan mengubah stuktur kerajaan negeri Barisan Nasional (BN), tetapi keputusannya memberi impak yang besar kepada BN dan PAS dalam jangka masa panjang.

Bagi penganalisis politik Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, walau apa pun alasan dan persepsi PRK ini, kedua-dua parti tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk menang.

BN mahu menang kerana kemenangan ini akan memberi impak besar kepada BN kerana DUN Sungai Limau adalah kubu kuat PAS dan kawasan bekas Menteri Besar dari PAS iaitu Tan Sri Azizan Abdul Razak, kata Dr Mohd Azizuddin yang juga Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) kepada Bernama di sini.

"Kalau PAS kalah ia satu tamparan besar kepada PAS. Pemimpin PAS dan ahlinya akan lemah semangat. Ini beri kekuatan dari segi psikologi kepada BN, dan rakyat akan beri pernyataan sah yang lebih mantap lagi khususnya kepada agenda pembangunan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu," katanya.

Dr Mohd Azizuddin berkata walaupun kempen kedua-dua pihak dilihat kurang agresif selepas proses penamaan calon pada 23 September lepas, sebenarnya ia agresif tanpa tidak ditunjukkan kerana kedua-dua parti menyedari akan sentimen tempatan, dan kerana itu penampilan calon-calon dilihat sederhana.

"Ini kerana penduduk di DUN Sungai Limau agak konservatif dan cara hidup bersederhana. Jadi penampilan calon perlulah bersederhana. Yang saya bimbang orang luar yang berkempen cara agresif tapi tak faham pendekatan dan cara hidup di DUN Sungai Limau. Kesopanan dan tatasusila kena jaga ketika berkempen di sana," kata Dr Mohd Azizuddin.

Beliau berkata peluang kedua-dua parti pada PRK kali ini dilihat seimbang walaupun DUN Sungai Limau dikatakan kubu kuat PAS sejak 1995.

"Peluang untuk BN menang ada dan BN kena tumpukan kempen kepada pengundi muda yang berada di luar, serta pengundi Cina di pekan. Ada kecenderungan mereka kembali menyokong BN," katanya.

Untuk rekod daripada 27,222 pengundi, kedua-dua parti iaitu PAS dan B Nmempunyai anggota yang hampir sama banyak sebagai pengundi, dan pengundi atas pagar pula kira-kira 24 peratus yang akan menjadi penentu pada Isnin ini.

DUN Sungai Limau mungkin dilihat sebagai kubu kuat PAS kerana diwakili oleh Azizan sejak 1995 dan merupakan Menteri Besar Kedah bagi tempoh satu penggal iaitu dari 2008 hingga Mei lepas.

Namun fakta menunjukkan DUN Sungai Limau, sebelum pilihan raya umum 2004 dikenali sebagai DUN Sala, bukan hak milik mutlak mana-mana parti kerana wakil rakyat di kawasan itu sering silih berganti antara wakil BN dan PAS.

PAS dalam usahanya mengekalkan kerusi DUN itu telah memainkan hubungan calonnya Mohd Azam Abd Samat sebagai anak didik Azizan dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya, malah telah menggunakan gambar dan nama Azizan dalam kempennya.

Dalam ketaksuban mereka mempamerkan hubungan yang akrab antara Azizan dan Mohd Azam sehingga sanggup mengeluarkan risalah calon dengan menggunakan gambar calon menggantikan wajah seorang daripada dua wartawan kanan akhbar Sinar Harian yang mengunjungi Azizan pada 2011.

Calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim, walaupun bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris dilihat tidak menonjolkan diri, dan menjalankan kempen lebih kepada bersemuka yang memenuhi "selera" penduduk tempatan.

Bagi Dr Mohd Azizuddin strategi calon BN berkesan berbanding strategi PAS yang "lebih menampakkan macam mereka terdesak kerana masih gunakan Ustaz Azizan."

Mukhriz, yang juga Pengerusi BN Kedah, baru-baru ini menyatakan keyakinannya yang BN akan diterima penduduk DUN Sungai Limau kerana hanya parti itu yang mampu membawa pembangunan ke kawasan itu.

Walaupun BN kalah di DUN Sungai Limau sejak Pilihan Raya Umum 1995, rakyat perlu melihat kesungguhan BN untuk memajukan Kedah selepas kembali menerajui negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu, katanya.

"Kami parti yang menunaikan janji. Selepas menang, saya dan barisan exco berusaha gigih untuk membangunkan Kedah. Ini (pembangunan) memang diperlukan dan dituntut oleh rakyat. Kami tawarkan (apa yang boleh dibuat), sekiranya boleh diterima rakyat di Sungai Limau," katanya.

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar pula berkata tinjauan terkini parti itu menunjukkan PAS mampu mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti yang kurang, iaitu hanya 500 undi.

PRK kali ini sebenarnya bukan sahaja, pertembungan antara BN dan PAS, bukan sahaja antara Dr Sohaimi dan Mohd Azam, tetapi juga antara Mukhriz dan Mahfuz, yang baharu sahaja dilantik mengetuai parti masing-masing di peringkat negeri selepas PRU13 Mei lepas.

- BERNAMA

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Fiza Elite Fail Penceraian <b>Di Shah Alam</b> | Sensasi Selebriti

Posted: 20 Apr 2014 02:24 PM PDT

Fiza Elite Fail Penceraian Di Shah Alam  |  Belum sampai setahun usia rumah tangga mereka tetapi macam-macam dugaan yang telah dilemparkan umum kepada pasangan ini. Tak habis-habis orang dalam industri bercerita tentang rumah tangga yang dibina atas dasar cinta ini sedang dilanda badai.

Syed rasa bukan sekali dua kita mendengar kisah rumah tangga mereka mengalami masalah sebaliknya sudah diperkatakan sejak dulu. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan pasangan ini, sejak akhir tahun lalu lagi perkahwinan mereka dikhabarkan menghadapi tekanan.

Syed masih ingat macam-macam cerita yang tersebar kononnya Fiza bergaduh besar dengan Adam. Dan berita tersebut telah dijelaskan secara terperici oleh Fiza untuk menenangkan keadaan ketika orang memberikan tumpuan kepada mereka.

Iyalah apabila cerita rumah tangga sendiri mula diperkatakan, mana boleh duduk diam. Lebih-lebih lagi apabila orang luar lebih tahu apa yang berlaku daripada mereka sendiri.

Tapi baru-baru ini cerita rumah tangga Fiza-Adam sekali lagi diperkatakan apabila ada sumber memberitahu masing-masing semakin kurang persefahaman sehingga membuatkan teman-teman rapat mengetahui masalah sebenar.

Sejauh mana kebenaran tak pula Syed ketahui tetapi khabarnya Fiza ada ke mahkamah pertengahan minggu lalu untuk merujuk masalah rumah tangga ke pejabat agama.

Walaupun pemergian Fiza ke mahkamah tidak diketahui ramai tapi ada sumber yang mendedahkan Fiza dikhabarkan memfailkan penceraian pada hari Rabu lalu di Shah Alam, Selangor.

Cuma sampai sekarang Syed masih tak dapat pastikan sama ada dakwaan memfailkan penceraian itu benar atau Fiza sekadar ke sana mencari penyelesaian kepada isu rumah tangga yang sedang dihadapinya.

Syed: Ramai geram dengan kenyataan Raja Azmi terhadap isu menutup aurat.  – sumber -

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


Pelajar sekolah agama mati dalam pergaduhan dengan rakan <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 30 Apr 2014 05:56 AM PDT

Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Agama Rawang dipercayai mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan rakannya di gelanggang bola tampar sekolah itu malam tadi.

Pelajar lelaki yang berumur 15 tahun itu dikatakan ditumbuk di muka sebanyak tiga kali sebelum mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri dalam kejadian 11 malam itu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah menuduh rakannya itu mencuri alat permainannya sebelum tercetus pergaduhan antara mereka.

"Mangsa dikatakan memukul rakannya dengan tangan sebelum suspek menumbuknya di muka sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata seorang rakan mangsa yang berada di tempat kejadian telah meminta bantuan warden

Namun mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Selayang.

Abdul Rahim berkata hasil siasatan mendapati tiada sebarang senjata tajam atau kayu digunakan oleh kedua-dua mereka.

Beliau berkata rakan pelajar itu telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Namun punca sebenar kematian mangsa masih disiasat," katanya. – Astro Awani

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Kemalangan Babitkan Kereta Peronda Polis <b>Di Subang Jaya</b> <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2014 01:51 AM PDT

- Tuesday: 2014-04-15 16:51:53'.

kereta-peronda-kemalangan-subang-jaya (1)

Sebuah kereta peronda polis terbabit kemalangan jalanraya di Jalan USJ 30/1.

Seorang konstabel polis tersepit didalam kenderaan tersebit dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba setengah jam kemudian.

Konstable yang berumur 30 tahun terbabit cuma mengalami kecederaan ringan telah dihantar ke hospital.

kereta-peronda-kemalangan-subang-jaya (1)

DUNIA ITU: Empat maut akibat denggi <b>di Subang Jaya</b>

Posted: 31 Mar 2014 09:14 PM PDT

SUBANG JAYA – Satu lagi kematian disahkan akibat demam denggi di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjadikan jumlah keseluruhan maut akibat wabak itu empat sejak awal Januari lalu.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi berkata, tiga kes membabitkan penduduk yang menghuni pangsapuri manakala mangsa terakhir mendiami perumahan teres di Bandar Kinrara 1/7.

Asmawi berkata, masih terdapat enam lokasi panas merekodkan kes tertinggi wabak berkenaan termasuk Taman Kinrara Seksyen 3; Taman Puchong Utama 7; Pangsapuri Enggang Bandar Kinrara 6; SS15/5, Lestari Puchong 6 dan Taman Pinggiran USJ 2.

Sehingga minggu ke-11, sebanyak 2,178 kes dilaporkan dengan 1,829 disahkan positif.

Asmawi dalam pada itu mengingatkan penduduk yang menyimpan air dalam bekas berikutan jadual catuan bekalan tersebut supaya memastikan bekas digunakan ditutup sebaiknya.

Ia bagi mengelakkan bekas tersebut menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

"Cuaca panas dan catuan air dilaksanakan menyebabkan ramai penduduk menyimpan air dalam pelbagai jenis bekas, kena pantau selalu bekas tersebut kerana takut ia jadi tempat pembiakan aedes," katanya.

Dalam pada itu, daerah Klang mencatat peningkatan mendadak kes demam denggi bagi tempoh Januari hingga 26 Mac sebanyak 2,186 sedangkan sepanjang tahun 2013 hanya 2,217 jumlah kes dilaporkan.

Yang dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mohammad Yacob berkata, lonjakan kes untuk suku tahun pertama itu hampir menyamai kes sepanjang tahun lalu dengan dua kematian disahkan bagi tempoh berkenaan.

"Jumlah kes demam denggi di daerah Klang menunjukkan kawasan ini menjadi antara lokaliti aktif nyamuk aedes, oleh itu masyarakat perlu bekerjasama membendung penularan wabak berkenaan.

"MPK anjurkan satu program baharu iaitu Cikgumu Cantik, dan antara inti patinya ialah cikgu dan  murid cari jentik-jentik di kawasan sekolah," katanya.

Mohammad menjelaskan, inisiatif ini bertujuan mendidik masyarakat bermula dari peringkat kanak-kanak akan kesedaran bahaya aedes dan denggi yang menjadi penyumbang kepada kematian.

Kes denggi di Selangor mencatatkan peningkatan sehingga 354 peratus dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2014 iaitu 6,211 kes berbanding 1,367 kes tahun lalu.

Sinar Harian 1 Apr 2014

ads