12 di cheras - Google Blog Search |
Ibnu Hasyim: Rumah Sundal <b>Di Cheras</b>, Mengapa Jadi Begitu? Posted: 15 Sep 2012 07:01 PM PDT TUNGGU GILIRAN... dua daripada lima wanita dalam rumah terbabit. Wanita melayan seorang pelanggan yang datang di ruang tamu rumah. KL 16 Sept 12: Sungguh kurang ajar apabila penyewa sebuah rumah teres di Cheras, dekat sini, menjadikan kediamannya sebagai pusat maksiat 'tiga dalam satu' urut, mandi bersama dan seks dengan bayaran RM130, walaupun dikelilingi jiran yang kebanyakannya tinggal secara berkeluarga. Tindakan liciknya menyebabkan kegiatan tidak bermoral yang didakwa dijalankan di rumah dua tingkat itu sejak lebih tiga tahun lalu tidak pernah diserbu pihak berkuasa. Taktik digunakan sindiket itu sungguh berkesan. Bukan sembarangan pelanggan dibenarkan masuk, malah pelanggan tetap sekalipun dihadkan antara lima hingga 10 orang saja sehari bagi mengelakkan operasi mereka dihidu pihak berkuasa. Bertindak atas aduan seorang lelaki yang mendakwa jiran di kawasan perumahan berkenaan, wartawan Metro Ahad menyamar sebagai pelanggan untuk menyiasat kesahihan rumah berahi itu. Terbukti, ia pusat pelacuran didalangi warga tempatan yang menawarkan khidmat wanita Thailand. Tidak seperti pusat maksiat lain yang menerima sesiapa saja, 'bapa ayam' atau lebih dikenali sebagai 'kapten' pusat itu hanya menerima pelanggan dikenali atau yang diperkenalkan oleh pelanggan tetap.(myMetro) Komen weblog Ibnu Hasyim: Kenapa boleh jadi begitu? Kerana kepala bapa-bapa ayam itu sudah dinajisi atau dibasuh oleh pemikiraan 'asal dapat wang tidak kira halal haram'. Tidak kira apa agama sekalipun, kerana semua agama pentingkan moral dan kemanusiaan. Pemikiran ini telah dicanai sejak merdeka lagi. Parti utama orang Melayu (UMNO) yang memimpin negara menggunakan pemikiran begini dalam mentarbiah rakyatnya. Bagaimana acuan begitulah kuehnya. Inilah hasil kueh-kueh pemikiran pemimpin nasionalis warisan penjajah terdahulu! |
Anak-Teladan: Polis tumpas sindiket 'Black Money' aktif <b>di Cheras</b> Posted: 08 Sep 2012 05:43 PM PDT KUALA LUMPUR 5 Sept. - Polis menumpaskan satu sindiket 'Black Money' yang bergiat aktif di Cheras sejak enam bulan lalu dengan tertangkapnya empat lelaki warga Nigeria selepas menyerbu sebuah kondominium mewah di Brickfields di sini Isnin lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, suspek yang berumur 25 hingga 37 tahun tersebut ditahan hasil serbuan berasingan di tiga unit kediaman itu yang dipercayai menjadi lokasi mereka beroperasi, pada pukul 12 tengah hari. Katanya, dengan penahanan itu polis percaya dapat menyelesaikan 10 kes penipuan di sekitar Cheras membabitkan kerugian lebih RM500,000. Beliau berkata, polis turut merampas peralatan elektronik seperti lima buah komputer riba, 14 buah telefon bimbit, sebuah kamera digital dan satu jalur lebar bersama 32 bungkusan besar mata wang 'Black Money' dalam dolar Amerika Syarikat. "Polis juga merampas dua botol cecair kimia, disyaki digunakan untuk mencuci wang 'Black Money' selain 80 kotak minyak pelincir kenderaan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini hari ini. Menurut Izany, modus operandi sindiket itu adalah dengan memperdaya mangsa di laman sosial agar membeli mata wang tersebut dalam kuantiti yang banyak sebelum mengatur pertemuan bagi membuat demonstrasi mencuci wang palsu tersebut. "Setelah mangsa berjaya dipengaruhi, sindiket terbabit akan memujuknya supaya membeli cecair khas itu yang dijual secara berasingan berserta wang tersebut," katanya lagi. Beliau berkata, kesemua suspek ditahan reman empat hari. |
You are subscribed to email updates from di cheras - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment