Khamis, 7 Julai 2011

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN <b>TELOK DATOK</b> | BLOG <b>...</b>

Posted: 05 Jul 2011 07:42 AM PDT

Rancangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh yang sama dengan perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini akan bergantung kepada keputusan penganjur perhimpunan haram itu.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata sekiranya perhimpunan haram itu dilakukan di kawasan tertutup maka PERKASA juga akan membuat perhimpunan di kawasan tertutup.

"Jika mereka lakukan di kawasan terbuka, kita juga akan berbuat demikian... namun kita akan mengadakan di kawasan yang jauh daripada mereka untuk mengelakkan pertembungan," katanya dalam sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur Isnin.

Bernama melaporkan katanya tujuan PERKASA mengadakan perhimpunan itu adalah sebagai menunjukkan bantahan terhadap perhimpunan haram tersebut.

"Saya harap pengerusi penganjur perhimpunan haram itu, Datuk S.Ambiga akan menurut titah perintah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik, dan membatalkan perhimpunan haram itu," katanya.

Ibrahim juga menganggap kenyataan Ambiga yang hanya akan membatalkan perhimpunan haram tersebut sekiranya dititahkan berbuat demikian oleh Tuanku Mizan dan memohon perkenan menghadap baginda adalah sesuatu yang biadab.

"Ini satu tindakan yang biadab, kita (Perkasa) sudah banyak kali memohon untuk mengadap Tuanku Mizan tetapi tidak berpeluang namun kita tidak melenting tetapi menggunakan cara yang betul untuk menegakkan kebenaran," katanya.

Beliau berpendapat titah Yang di-Pertuan Agong semalam juga sudah cukup untuk Ambiga membatalkan hasrat meneruskan perhimpunan tersebut dan tidak perlu sehingga menghadap Tuanku Mizan.

Ibrahim juga berkata sebagai persediaan membantah perhimpunan tersebut, Perkasa turut menyediakan sebanyak 15 ribu helai kemeja T berwarna putih yang bertulis 'Aman Perkasa Pertahankan Keamanan Negara'.

"Lebih 10,000 anggota Perkasa dari Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak dijangka akan menyertai perhimpunan Perkasa sekiranya ia diteruskan," katanya.-4/7/2011
Sumber:agendadaily
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Review KL-<b>Kuala Selangor</b> Expressway LATAR | ondscene

Posted: 30 Jun 2011 09:44 PM PDT

Review KL-Kuala Selangor Expressway LATAR

KL-Kuala Selangor Expressway
1 Jul 2011

Biasanya penulis blog membuat review mungkin mengenai biskut raya atau sabun mandi dari susu unta.

Ada juga mungkin mengenai beg mengkuang keluaran terbaru atau juga kenderaan hybrid terkini keluaran Modenas…

Tetapi, ondscene kali ini membuat review mengenai lebuhraya yang baru dibuka kepada umum pada 23 Jun lalu, KL-Kuala Selangor Expressway LATAR.

(Atau cuba pada link ini : www.latar.com.my atau di sini : www.kls.com.my)

Lebuhraya sepanjang 32km ini hanya akan mengenakan tol kepada pengguna bermula 1 Sept 2011.

Bagaimanapun, nama yang diberikan agak kurang sesuai kerana ia bukan bermula dari Kuala Lumpur, tetapi pinggir Kuala Lumpur, lebih tepat sebelum memasuki bandar Rawang, Selangor (Templer Park).

Saya rasa, mungkin nama paling sesuai ialah Rawang-Ijok Expressway atau RAJOKE.

Review ini saya lakukan pagi tadi, setelah lebuhraya ini dibuka seminggu , dengan tujuan utama saya untuk membuat 'marking' perbatuan dan juga 'response-time' jika saya menerima maklumat kes yang berlaku di lebuhraya ini sehingga Kuala Selangor.

Ia mempunyai 3 plaza tol iaitu Plaza Tol Taman Rimba Templer, Kuang Barat/Kuang Timur dan Ijok.

Kadarnya masih belum diumumkan ,bagaimanapun difahamkan adalah RM2 untuk setiap plaza tol bagi kenderaan 2 gandar.

Kadar ini dirasakan agak mahal kerana bayangkan untuk sampai ke Ijok, anda terpaksa melalui 3 Plaza tol dan jumlah keseluruhan adalah RM6.

(Kadar paling sesuai dicadangkan ialah RM1 setiap Plaza Tol atau paling tinggi RM1.50)

Memasuki lebuhraya ini, kita akan menemui beberapa keunikan yang saya rasa tiada pada lebuhraya lain di Lembah Klang.

1- Satu-satunya lebuhraya yang tiada satupun kawasan perumahan di kiri-kanan – hampir keseluruhan adalah ladang kelapa sawit dan juga kawasan berbukit.

2-Satu-satunya lebuhraya yang mempunyai pembahagi jalan dibina dari struktur tembok setinggi kira-kira 1 meter sepanjang laluan.

-Kebaikannya:

- kemungkinan kenderaan 'terbang' memasuki laluan bersebelahan adalah sukar jika berlaku kemalangan.

- kemungkinan kenderaan laluan sebelah memperlahankan kenderaan untuk melihat kemalangan , adalah kurang kerana halangan dari tembok tersebut.

Keburukannya:

-Impak kemalangan dijangka akan menjadi lebih buruk kerana tembok tidak mempunyai sebarang 'penyerap-hentakan' seperti getah bagi mengurang kesan rempuhan/hentakan.

Jadi kepada anda yang gemar memecut dan memandu melebihi had laju, jika berlaku kemalangan dan kenderaan anda merempuh tembok ini, minta maaflah, walaupun ambulan boleh sampai cepat, tetapi nampaknya nyawa anda mungkin cepat juga melayang.

3- Mutu pembinaan lebuhraya ini adalah baik- tiada selekoh tajam, tiadanya laluan 'berombak' , tiada kawasan angin lintang,

4-Satu-satunya perumaham awam yang ditemui di tepi lebuhraya ini ialah Perumahan Awam Burung Walit.

Ketika saya melalui lebuhraya pagi tadi, saya percaya sebuah ambulan sedang melakukan ujian 'response time' jika berlaku kemalangan kerana 3 kali terserempak dengan ambulan yang sama mengelilingi lebuhraya ini.

Untuk bantuan kecemasan, setiap beberapa kilometer, palang besi menggantikan tembok yang boleh dibuka oleh pihak lebuhraya.

Tujuannya untuk kenderaan penyelamat seperti Bomba dan Ambulan boleh membuat pusingan U dengan pantas untuk ke lokasi kemalangan.

Ia juga bagi membolehkan pihak lebuhraya membuka palang besi ini untuk membuat laluan 'tidal-flow' jika laluan di hadapan tersekat akibat kemalangan atau bencana lain.

Kemalangan maut mungkin belum ada kerana baru seminggu dibuka, tetapi sekitar KM24 , saya memenui kesan tayar dan darah di atas jalan, berkemungkinan kesan kemalangan dengan haiwan liar/ternakan.

Ini kerana beberapa kawasan ladang kelapa sawit turut ditemui lembu di dalam kawasan pagar,  yang mungkin ada yang boleh terlepas ke lebuhraya.

Kenderaan yang melalui lebuhraya ini dikedua-dua arah masih ditahap amat-amat rendah ketika saya memasukinya jam 8.40 pagi tadi.

Lebuhraya ini saya andaikan 90 peratus telah siap  kerana beberapa kemudahan lain masih dalam pembinaan.

Antaranya kawasan Rehat dan Rawat belum siap , manakala penandaan perbatuan (KM) baru sehingga KM 10 di Ijok (anggaran bacaan saya dari KM 30 di Tol Taman Rimba Templer).

Nota:

Lebuhraya ini 'dimiliki' oleh 2 Ibupejabat Polis Daerah IPD  iaitu IPD Gombak dan IPD Kuala Selangor yang bersempadan di kilometer 15.4

Post Lain Yang Berkaitan

14 Comments

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


jokisenja.blogspot.com: Kelainan MadAss 125

Posted: 01 Jul 2011 07:24 AM PDT

Jentera yang diedar oleh Mofaz Motosikal Sdn. Bhd. (Momos) sebenarnya bukanlah baru dalam pasaran. Kehadirannya sudah melepasi tempoh setahun.

MadAss 125 merupakan jentera underbone rekaan sebuah syarikat Jerman iaitu SFM GmbH. Syarikat tersebut merupakan antara pengeluar motosikal tertua dunia yang berkecimpung dalam aspek penghasilan basikal elektrik dan moped.

Bagi model MadAss 125, ia memiliki rekaan Jerman tetapi dihasilkan oleh pihak 5R Motors (Guangzhou) Co. Ltd. di China. Untuk pasaran Malaysia, jentera ini dibawa masuk dari China dan pemasangan dibuat di Bukit Lanjan, Selangor oleh Momos.

MadAss 125 dilengkapi enjin bersesaran 119.7cc. Ia merupakan enjin gred dua binaan syarikat pengeluar enjin Lifan Industry (Group) Co. Ltd. di China. Motosikal empat lejang itu dilengkapi kotak gear empat kelajuan dan menggunakan sistem karburetor.

Enjin tersebut dikatakan mampu menghasilkan kuasa 11 kuasa kuda (hp). Ada dua cara untuk menghidupkan enjin iaitu melalui penendang kaki atau butang penghidup.

Sekali pandang model MadAss 125, ia kelihatan seolah-olah kompleks. Sedangkan hakikatnya motosikal itu sebenarnya cukup ringkas.

Tiada double stand, ruang simpanan barang, penghadang udara mahupun bakul. Sebaik sahaja menaiki motosikal underbone ini, kaki terpaksa dijengket sedikit untuk mengimbangi jentera meskipun ketinggian saya melebihi 170 sentimeter (sm).

Hari pertama menunggang MadAss 125, lengan mula terasa lenguh. Posisi tempat duduknya yang sedikit tinggi, ditambah dengan kedudukan hendalnya yang rendah membuatkan tubuh penunggang seolah-olah terpaksa menganjak ke hadapan.

Tidak konvensional

Menyusuri kesesakan jalan raya tidak menjadi masalah besar. Tidak jauh bezanya dengan motosikal lain. Tetapi cabaran mengendalikan MadAss 125 akan muncul ketika mahu mencelah di sebalik kenderaan yang berbaris rapat.

Hendalnya yang agak panjang itu menyukarkan pergerakan, terutama ketika terpaksa mengelak daripada melanggar cermin sisi kenderaan. Namun, jika anda mempunyai skil tunggangan yang bagus dan biasa menunggang motosikal, masalah itu tidak perlu dibimbangkan.

METER digital diketengahkan tetapi tiada petunjuk minyak.



Bersifat tidak konvensional, kunci motosikal MadAss 125 terletak di sebelah kiri lampu hadapan. Untuk menghidupkannya, klac tangan perlu ditarik sebelum menekan butang penghidup. Enjinnya juga mudah untuk dihidupkan.

Memandangkan enjinnya cuma bersesaran 125cc, maka deruman bunyi ekzos dihasilkan tidaklah padat. Mungkin mengambil inspirasi daripada sebuah superbike, corong ekzosnya diletakkan di bahagian bawah tempat duduk.

Saya membawa jentera ini ke laluan sepanjang Bukit Ampang menghala ke Batu 14 di Cheras, Kuala Lumpur. Pendek kata, pengendalian MadAss 125 yang seberat 100 kilogram itu cukup mudah dan lancar.

Padanan suspensi teleskopik untuk tayar hadapan dan penyerap hentak tunggal boleh laras pada roda belakang menawarkan tahap keselesaan tunggangan yang masih boleh diterima.

Penggunaan tayar belakang bersaiz 120/70 dengan sport rim 16 inci meningkatkan lagi kestabilannya sewaktu mengambil selekoh. Kelajuan maksimum MadAss 125 sewaktu diuji mencapai 108 kilometer/sejam (km/j). Hipotesis mudah yang boleh dibuat ialah, jentera itu sebenarnya dibina untuk tunggangan secara santai, bukan merempit tidak tentu pasal.

Sewaktu menunggang MadAss 125 pada kelajuan kira-kira 80km/j dan pendikit minyak dilepaskan sedikit, kedengaran beberapa letupan kecil yang datangnya daripada ekzos. Muncung ekzos juga hitam kerana wujudnya lebihan karbon. Jadi, penalaan minyak dan udara perlu dilakukan semula.

MadAss 125 didatangkan dengan dua set brek cakera. Bahagian depan bersaiz 260 milimeter(mm) dengan angkup dua omboh. Roda belakang pula bersaiz 215 mm dengan angkup satu omboh. Sewaktu menunggang pada hari kedua, saya dapati brek belakang sudah berbunyi, Rupa-rupanya pad brek sudah bergesel dengan cakeranya. Mujur ia tidak melekat terus ketika memecut.

Satu kekurangan paling nyata pada model ini ialah ketiadaan paparan status minyak pada meter digital. Difahamkan bahawa motosikal dengan kapasiti 5.1 liter petrol itu perlu diisi semula apabila jarak perjalanan menghampiri 130 kilometer (km).

Jika sudah kehabisan minyak, anda masih boleh bergerak kira-kira tiga km lagi kerana motosikal itu memiliki simpanan minyak. Anda hanya perlu memulas penutup minyak berdekatan karburator.

Menunggang pada waktu malam, motosikal itu harus diberi pujian. Lampu hadapannya cukup cerah kerana menggunakan lampu kembar berkuasa 55watt. Lampu belakang LED dan lampu isyarat membeloknya, meskipun kecil paparannya cukup jelas.

Secara umumnya, cuma beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan, terutama aspek promosinya. Ini kerana masih ramai yang kurang mengenali MadAss 125.

MadAss 125 ditawarkan pada harga bersih RM5,453 seunit. Untuk maklumat lanjut, hubungi MVAugusta Flagship Store/Momos Taman Tun Dr. Ismail, Petaling Jaya di talian 03-77258057.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Kasih Aleeya & Kasih Amaani: Kenduri <b>di Ulu Klang</b>..

Posted: 05 Apr 2011 01:01 AM PDT

lepas gi Bazaar kat JayaOne tu.. terus gi kenduri kat Ulu Klang.. sebenarnya Pak Radie orang ulu klang (belah mak) semua Mak Mentua yang masak.. sedap! tapi amik gambar jer yang lebih.. hahaha...

orang dah lama tak de baby.. cengginilah.. Acih, tolong bagi laluan adik plak yer? hahaha..

amaani gembo-gembo in da house!

ni first time kenduri kat rumah baru.. tapak yang sama.. tapi rumah lama dah roboh so ganti rumah baru..

Amaani with Kak Sofea.

lauk peberet nie.. dapnye!

mak mentua.. tumbuk sendiri sambal belacan...

Acih rambut tak reti sikat? heheh.. ok tu handbag baru Acih yang mama belikan kat Bazaar.. kelas tak kecik-kecik dah gedik nak henbeg mcm nie.. tapi dia suker giler okeh!

celah-celah pon jadiklah ;)

kecik-kecik dah main BB ke amaani? heeeheee... ko tengok muke dia khusyuk giler ;)

close up sket

new house di design oleh Pak Radie.. eh ye ke Pa?

with cousins

Nurin-Acih-Azhar-Syasya

aku siap buat numbering nie.. kalau nak tau, nilah cucu-cucu Atok Hamid & Nenek Ani... dah 7 okeh!!!

nombor ikut ketuaan sampai kemudaan ;) dari 7 orang ada 1 jer jantan in da house yo! hmmmmmm.. cemana aku nak dapat boy nie? sile tolong bagi tau sket ;)

mereka semua adalah pembuli.. sian Pak Radie.. no wonderlah ku--- okeh diam kang dia sentap!!

ok ni takde nombor

mak nenek

with IBU..

eh dah habis yeh gambo? hahahha.. ok lah sekian dulu... eh ok ke aku buat xtra large gambar? rasa puas sket tengok ye dak?? ke over???



EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE
THE CHEAPEST RATE SO FAR
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS
http://www.framekasih.blogspot.com/
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>sungai tengi</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 12:00 AM PDT

Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal (kanan sekali) bergambar dengan pengusaha ikan air tawar di Felda Gedangsa.

Dari kiri: Sdr Karip, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Negeri Sembilan merangkap Bendahari Biro Masyarakat Biro Felda dan Orang Asal PKR Pusat, dan Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat bergambar bersama-sama Pengusaha Ikan Air Tawar di Felda Gedangsa. Peneroka-peneroka Felda Gedangsa yang juga pengusaha Ikan Air Tawar di Felda Gedangsa telah memohon agar kolam-kolam ikan mereka diberikan tol. Permohonan mereka telah ditolak semasa pentadbiran Kerajaan UMNO/BN Selangor dahulu walaupun mereka telah mengerjakan kawasan kolam itu sejak hampir 30 tahun yang lampau, dan permohonan mereka dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat masih juga tidak memperolehi kelulusan. Task Force Felda Selangor telah membuat perakuan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya tanah-tanah kolam ikan itu diberikan kelulusan tol, dan perakuan ini telah disampaikan kepada YAB Menteri Besar Selangor, dan Task Force Felda Negeri Selangor serta Biro Masyarakat Felda PKR mengesyorkan supaya permohonan daripada pengusaha-pengusaha ikan air tawar di Felda Gedangsa ini diberikan kelulusan segera dari pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat Tanah Daerah Hulu Selangor.

Bergambar bersama-sama pengusaha Ikan Air Tawar di Felda Gedangsa.

Dialog bersama-sama peneroka-peneroka Felda Suharto. Antara isu yang diketengahkan adalah mengenai geran tanah peneroka-peneroka Fasa 6 Felda Suharto dan peneroka-peneroka Felda Sungai Tengi Selatan. Peneroka-peneroka ini telah pun menjelaskan BK mereka kepada Felda, mereka juga telah menjelaskan cac melalui Felda; tetapi hingga kini Felda masih enggan mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya geran bagi ladang-ladang mereka dikeluarkan. Kuasa sebenar bagi mengeluarkan geran terletak kepada Kerajaan Negeri dan Biro Masyarakat Felda PKR dan Task Force Felda Negeri Selangor telah memanjangkan pandangan kepada Kerajaan Negeri Selangor agar geran tanah peneroka-peneroka berkenaan dikeluarkan samada Felda membuat pengesyoran atau sebaliknya.

Tekun menghayati dialog yang diadakan. Didalam dialog di Felda Suharto itu, masalah perumahan bagi anak-anak peneroka dari generasi kedua dan ketiga ditimbulkan untuk golongan itu yang tinggal di Felda Gedangsa, Suharto, Sg Tengi, Sg Tengi Selatan dan Sungai Buaya. Terdapat seluas 32.6 ekar tanah kerajaan di Felda Suharto yang sudah dikenalpasti boleh dimajukan sebagai kawasan perumahan bagi generasi kedua dan ketiga; dan pihak Kerajaan Negeri Selangor dicadang melaksanakan projek perumahan untuk rumah-rumah mampu-milik oleh generasi kedua dan ketiga di kawasan tersebut melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Suhaimi Said memberikan pandangannya didalam Majlis Dialog di Felda Suharto tersebut. Sdr Rebin Birham sedang serius berbincang dengan Ketua PKR Cabang Hulu Selangor. Dibelakang kiri, Sdr Abu Nasir, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Selangor dan dibelah kanan, Sdr Karip, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Negeri Sembilan.

Sdr Shamsul Iskandar, Ketua Angkatan Muda PKR merangkap Pengerusi Task Force Felda Negeri Selangor mewakili YB Elizabeth Wong didalam Majlis Dialog di Felda Suharto tersebut.

Sdr Nasar, Ketua PKR Cabang Hulu Selangor memberikan pandangan beliau.


Sdr Samsul Iskandar berucap di Majlis Dialog bersama-sama Anggota JKK Felda Sg Tengi.

Sdr Rebin membentangkan tugas yang telah dan akan dimainkan oleh Biro Masyarakat Felda PKR dan Task Force Felda Negeri ASelangor kepada Anggota JKK Felda Sg Tengi.

Dari kiri: Sdr Shamsul Iskandar, Sdr Suhaimi Said dan Sdr Karip.

Sdr Rebin memberikan pandangannya mewakili Biro Masyarakat Felda.

Suhaimi Said memulakan ucapannya dengan gurauannya bertanya mengenai harga gula di Felda Sg Tengi. Apabila dijawab harga gula berharga RM2.30untuk 1 kilo beliau menyampuk bahawa harga itu mahal sedangkan di kawasannya di Temerloh harganya murah kalau dibeli 2, gula-gula, boleh dibeli dengan harga 10 atau 20 sen.

Inilah Kak Yah, tuan punya Restoran tempat kami berdialog. Dia cukup gembira bertemu Suhaimi Said dan Kak Hendon. Kami menghabiskan masa 3 minggu di kawasan Felda di Hulu Selangor semasa PRK Hulu Selangor dahulu, dan di kedai Kak Yah inilah kami menjamu selera setiap hari.

Minum dulu!

Sebelah kiri: Wak, Ketua Kampong Sg Tengi, dan kanan Hj Shukur, Pengarah/Penhyelaras DUN Ulu Bernam.

Kak Hendon juga terlibat didalam kursus pendek yang dibentangkan oleh Tuan Haji Nordin, seorang pakar motivasi yang dibawakan khas dari Melaka.

Masing-masing kena membuat kira-kira didalam kertas yang dikemukakan oleh Haji Nordin.

Masih belum siap?

M Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Masjid At-Taqwa Bukit <b>Kapar</b>: CERAMAH KHAS DAN PELANCARAN JOM SOLAT <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2011 06:03 AM PDT

FIRMAN ALLAH SWT:

"Hendaklah mereka itu memberi peringatan kepada kaumnya(setelah belajar ilmu keagamaan),yakni diwaktu mereka telah kembali ke tempat kaumnya tadi.Barangkali kaumnya itu menjadi hati-hati kerananya".

(Surah At-Taubah:122)

"Dan diwaktu Allah telah mengambil janji-janji orang-orang yang diberi kitab suci,iaitu:"Haruslah kamu menerang-nerangkan itu kepada seluruh manusia dan jangan kamu menyimpan-nyimpan isinya".

(Surah Al-Imran:187)

"Siapakah orang yang lebih baik ucapannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan berbuat kebaikan?".

(Surah Fussilat:32)

HADIS NABI SAW:

"Barangsiapa yang mengetahui sesutu ilmu,kemudian menyembunyikannya(tidak suka mengajarkannya).maka oleh Allah ia akan diberi kendali pada hari kiamat nanti dengan kendali dari api neraka'.

(Diriwayatkan oleh Abu Dawaud,Tirmdzi dan Lain-lain)

"Sesungguhnya Allah SWT,juga malaikat serta para penghuni langit dan bumi,sampai-sampai semut yang didalam lubangnya dan ikan hiu yang ada di lautan,semuanya memohon rahmat bagi orang yang mengajarkan kebaikan pada orang banyak".

(Diriwayatkan oleh Tirmidzi)

"Apabila seseorang anak Adam(manusia) meninggal dunia,maka putuslah amalannya,melainkan dari tiga hal,iaitu sedekah yang mengalir(jariah0,ilmu yang diambil manfaatnya dan anak soleh yang mendoakan untuknya".

(Diriwayatkan oleh Muslim)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di sekinchan - Google Blog Search

12 di sekinchan - Google Blog Search


Mentarang hanya ada <b>di Sekinchan</b> je ke? ~ Jom singgah makan

Posted: 14 Jun 2011 04:30 AM PDT

Kalau korang tak tahu apa itu mentarang, atau tak pernah mendengarnya sebelum ini, aku nak bagitahu mentarang ni adalah spesis makanan laut kerang kerangan. Ia bersepupu dengan kerang, remis, lala dan berjiran dan sehabitat dengan spesis akuatik laut yang lain. Dia tinggal di dalam lumpur di dalam tanah. 

Bila aku balik Sekinchan, kadang kadang pergi juga ke Sungai Besar.Di sepanjang jalan arah ke Sungai Besar itu , memang banyak gerai orang menjual mentarang di tepi jalan. Aku dengar , bahawa mentarang ini hanya ada di pesisiran pantai di sekinchan sahaja.  Aku tidak pasti pula betul ke tidak.
Ini ialah mentarang yang sudah di kopek kulitnya. Kadang kadang tengok sekali imbas macam sesiur yang di kupas pun ada. Macam la aku pernah kupas kulit sesiur tu. haha.
Sebelum di kopek mentarang tu  beginilah paras wajahnya. Kalau korang nak tahu, harga diorang jual di tepi jalan tu sekitar RM 8 sekilo . Sama taraf harga dengan harga ikan kembung besar di sekinchan tu. Makannya diorang ni berharga jugalah ye. Hahaha
Memang di sepanjang jalan tu, diorang bukan sahaja jual mentarang yang mentah, malah ada juga yang jual bakar. Cuma aku tak sempat nak ambil gambar gerai gerai jual mentarang tu. Lain kali kalau aku balik kampung aku snap dan share di blog ni.

Sebelum tu, ada beberapa resepi yang biasa orang buat. Resepi yang biasa aku dan famili aku buat,diorang masak pun sebab terfollow cara aku. Yelah benda ni benda baru di ketahui, masih banyak resepi yang belum di teroka sepenuhnya.

Resepi Mentarang Sambal Cili Padi


Resepi aku ialah, Mentarang masak sambal cili padi. Cara buatnya korang ambil bawang putih dalam 2-3 ulas, bawang merah pun sama juga, cili padi ambil dalam semangkuk yang telah di blender.

Tumis bahan bahan tadi sampai cili itu masak,masukkan mentarang dan perasa secukupnya. Kemudian boleh lah di makan dengan nasi bersama lauk pauk yang lain. 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Apple Kitchen: Cupcake Decoration Class - Dataran Mentari, <b>Bandar</b> <b>...</b>

Posted: 07 Jul 2011 07:35 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Cupcake Decoration Class - Dataran Mentari, Bandar Sunway. Cupcake Decoration Class for Teenager and Adult. Date: 20 August 2011 (Saturday). Time: 2pm - 5.30pm. Type: Semi Hands-on. Age: 15 and above. Fee: RM160.00 per person ...

Apartment : Room for Rent in Sunway Court, <b>Bandar Sunway</b>, Selangor <b>...</b>

Posted: 07 Jul 2011 04:11 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]LocationSunway Court, Bandar Sunway, SelangorProperty Details 1 Rooms in Apartment Rental Fees: 500 2 House Mates Preferred Gender Male Or Female Move In Date:

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di Petaling Jaya</b> – Sales Coordinator

Posted: 14 Jun 2011 10:03 PM PDT


advertisements

Tomypak Berhad
Jawatan Kosong Terkini di Petaling Jaya – Sales Coordinator
Sebuah perusahaan manufaktur khusus dalam bungkusan fleksibel memerlukan anggota berikut untuk pejabat jualan di Petaling Jaya:

Sales Coordinator
(Petaling Jaya)

Requirements:

  1. SPM or equivalent
  2. Conversant in English
  3. Computer literate

Responsibilities:

  1. To provide administrative support to sales team.
  2. To assist and support other daily administrative duties.
  3. To handle any other tasks assigned from time to time.

Interested candidates, please send us your resume or call us for interview :

Miss Teh
Tomypak Berhad
736, Block A, Kelana Centre Point
No 3 Jalan SS7/19
Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel: 603 – 7880 4233 (3 Lines)
Fax: 603 – 7880 7233
Email: tomypak@tm.net.my

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads