Ahad, 15 April 2012

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Malaysians Must Know the TRUTH: Lima, Enam, Tujuh, Lapan

Posted: 15 Apr 2012 06:06 PM PDT

TAWAN SELANGOR TAKDE HARAPAN.
kita lihat ribuan pasukan bermotor menyambut dan mengiringi kehadhiran Dato Najib , presiden UMNO dan PM for the time being, datang ke negeri Selangor. dalam konteks negeri Selangor, UMNO dan BN adalah parti pembangkang. Maka ketua parti pembangkang ini datang ke negeri yang di kuasai oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk meniup semangat kedalam soldadu UMNO untuk menawan negeri Selangor. 
zaman pancaroba UMNO sudah tiba.  Siapa soldadu presiden UMNO ini? mat motor, pekida, persatuan silat, RELA, dan pertubuhan yang sewaktu dengan nya. Mat motor tidak ada ibu bapa yang di rundung malang oleh harga barangan yang melambung tinggi? Tidak ada abang atau kakak, atau adik lelaki dan perempuan yang di bebani oleh hutang PTPTN? 
Di Germany negara taraf dunia pertama, pendidikan adalah percuma kecuali kos penyaraan. Jika kita menampung kos penyaraan nilai PTPTN akan jatuh serta merta. PTPTN boleh di biayai boleh sumbangan Petronas yang di bayar beransur ansur. PTPTN pun tidak dibayar oleh pelajar sekali gus. Mereka bukan menabung sejak mereka merangkak lagi. Dalam dunia ini hanya isteri PM Malaysia yang menyimpan duit untuk beli cincin dari Jacob and Company. 
PTPTN boleh kita bayar dengan membatalkan sabsidi kepada IPP kesayangan UMNO dan Dr Mahathir. PTPTN boleh di bayar dengan membatalkan sabsidi kepada operator dan pemilik tol lebuhraya. Hentikan sabsidi kepada mereka. 
Jadi jangan terpengaruh dengan janji palsu ketua UMNO dan BN ini. keadaan untuk Najib betul2 sesak dan terdesak. Dalam bahasa Inggeris ini di katakan sebagai scrapping the bottom of the barrel. Kerak pun kerak lah. Takpe bila makan mendatangkan pening kepala. Apa nak buat. Desperate times call for desperate measures. Kalau pening telan panadol. Tak lut, telan sahaja cincin atau beg tangan birkin hermes tu. 
Apa yang Najib tak buat? Mempromosi diri melalui menghasilkan survey yang menunjukkan bahawa 69% daripada yang di temubual menyokong nya? Lihat lah- belasan tahun minda orang Melayu Malaysia di asak dengan cerita seksual dan betapa besar saiz kemaluan Anwar Ibrahim. Maka hasil kajian temubual pun mesti 69%- ini posisi seksual atau apa? 
Dalam dunia ini, hanya Malaysia dan UMNO sahaja yang bergantung harap kepada punggung orang lain untuk survival nya. Apa jadi kepada pengadilan keatas punggung Saiful Bahri jadi penentu jatuh bangun UMNO dan Malaysia. 
Kemudian menghasilkan report card untuk nya oleh dia sendiri? Orang yang buat report card sendiri untuk di kemukakan kepada ibu dan bapa ialah orang yang ada perkara yang hendak di sembunyikan. Dunia ketawa bila Najib buat kad lapuran keatas diri nya.
Berpakat dengan genster Melayu? Kaki pukul? Semua Najib buat asalkan boleh mendatangkan kemenangan. Pahlawan dan panglima- anda tidak ada ibu bapa yang sengsara dan abang, kakak dan adik yang menanggung beban hutang? Panglima dan pahlawan melindungi orang yang lemah dan tertindas – bukan menyebelahi penindas dan mereka yang zalim. 
Kita tahu bagaimana pasukan bermotor ini di kerah. Semua mereka menerima bayaran untuk menujukkan bahawa force berada dalam tangan Najib. Hari ini, ini sahaja lah yang boleh Najib tunjukkan. Menakutkan rakyat dengan mengembeling elemen2 yang boleh menakutkan rakyat serta ingin menunjuk kepada kerajaan negeri bahwa dia ada kekuatan. 
Sejak akhir ini, UMNO hanya ada strateji menakutkan orang ramai. Sebab itu pegawai kerajaan yang saya ingat siuman sedikitlah fikiran mereka dan pemimpin UMNO kesana kesini macam orang gila menyatakan bahawa jika UMNO tiada maka orang Melayu akan hilang dan musnah, jika UMNO tidak ada , agama Islam akan terancam dan jika UMNO tidak ada siapkah yang akan menjaga institusi raja Melayu? 
Saya kira raja Melayu mampu menjaga diri mereka sendiri jika kita lihat dari kemampuan seorang anak raja memukul seorang penyanyi sehingga pengsan kerana berebut gadis yang jelita. 
Secara serius, Inistutsi raja di jagai oleh perlembagan lah mat nye, bukan UMNO. Dan UMNO ternyata bukan nya pertubuhan yang boleh di percayai oleh raja2 Melayu. Dalam krisis perlembagaan 1998, bukankan UMNO yang mengepalai gerakan untuk menghina raja2 Melayu. Mustahil tuanku tuanku semua dapat melupakan bagaimana raja dari benua Hindi  mahu menghapuskan raja2 Melayu? 
Perlembagaan lah yang melindungi insitusi raja dan kasih saying semua rakyat yang menentukan hidup nya insitusi raja Melayu. Dan semua rakyat bukan hanya rakyat yang ahli UMNO. UMNO tidak lansung mempunyai moral standing untuk mengakui mereka lebih menyayangi institsusi raja Melayu. 
DAP, PAS dan sekarang PKR tidak pernah mengancam instusi raja Melayu. Yang menggugat dari track rekod nya ialah UMNO. Maka adalah penipuan dan hipokrasi tahap tinggi pada pihak UMNO bilamana ia mengakui konon mempertahankan insitusi raja Melayu.
Posted by sakmongkol AK47 

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Suka Duka Mama Yana: Kaw kaw Burger <b>di Puchong</b> Utama ~ Dah <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2012 12:48 AM PDT

Salam..^_^
Yes.. sapa2 yg tak sanggup nak beratur panjang.. sila la ke Lokas Makan, Puchong utama. kami dah try dah.. hehehe... tu la sapa suruh bising2 ckp kena beratur panjang.. mama tak yah nak beratur de... kih..kih.. #berlagak eks.. peace..
smpi2.. benda tuh yg menarik minat dia... huhuhu..

tu dia.. beratur ke..?? takde la lama.. kejap je.. hehehe
ni pun time lepas kitaorg order. tiba2 ramai jap2 tu lak.. :)

nih burger kaw double papa punya

ni mama punya. single and avalaible.. awww..
lapar tak ingat mencubit roti.. hehehe.. lupa nak snap pic.. #pitam lapar.. hahaha
burger kaw kaw kat Medan selera Lokas Makan, puchong utama
pernah msk jjcm dlm bulan lepas kot.. masa pengacara dia Qi lagi..
tp ms tuh burger kaw kaw blm ada.

Burger kaw kaw nih baru buka pada 31hb March (masa mama dtg mkn br 3hari buka.. cepat kira hari apa mama gi terjah sana.. hehehe..)
Pada kami (mama dan papa, maman tak makan.. dia sibuk berpeluh kat tmpt mainan tuh..) biasa2 je rasanya.. tah la.. mungkin tekak kami nih jenis org semeskin kannn... nak2 mahal lak bagi kami jika nak dibandingkan ngan burger biasa kami beli pasar malam atau ditepi jalan tuh.. hehehe.. atau jugak kami nih tak reti nak menilai keistimewaan burger dia tuh.. hahaha.. jgn marah ye bg peminat burger kaw kaw.. nih pendapat kami yg semeskin ye.. yg kayo2 tuh mungkin rasanya mewah kot ngan cheese tuh.. tah la.. bg mama burger tuh kalu dah sejuk tak sodap dah psl ada cheese tuh.. nnt keras tak ingat la kot..
Ok kalu nak gak rasa..eh... silap... mmg patut pun rasa dulu br judge ye dak.. baca review mama mmg belum tentu betul kann.. sebab kita kan ada tekak masing2. lain kan tuh. sila la berkunjung reramai kat medan selera lokas makan kat puchong utama... selain ada burger kaw kaw ada je makanan lain.. nak2 kalu yg suka karaoke.. boleh je layan jiwang satu dua buah lagu.. hehehe..

Khidmat masyarakat tidak berbayar ye. hehehe.
~Bg yg pernah rasa dan berbeza pendapat ngan mama.. sila2 la bg komen kat sini eks.. kot2 masa mama rasa aritu mama bawa tekak yg kureng sihat.. hehehe..
#mmg pun kureng sihat haritu... hehehe.. ~
Terus lekat dan melekat dengan Mama Yana Blog smpi bila-bila tau...
****************************

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


myBancik: Laksa Beras Sungai Bakau Kini <b>Di Sungai Buloh</b>

Posted: 12 Apr 2012 06:19 AM PDT

21 Jamadilawal 1433

Penulis hari ini telah tersempak dengan sebuah gerai laksa di Sungai Buloh, berdekatan Masjid Bandar Baru. Mulanya penulis rasa macam kenal aje kelibat salah seorang peniaga berkenaan. Rasanya macam Pak Teh Azmi, adik kepada Ak'(Pak Ishak, Imam yang menjual laksa beras di Sungai Bakau , di Kampung Penulis).Penulis agak was-was pada mulanya kerana imej beliau sekarang semakin warak berbanding semasa penulis kecil dahulu, ditambah dengan jambangnya yang tebal, ala-ala orang tabligh.

Bila pergi dekat gerai berkenaan, bau kuah laksapun mula tertusuk dihidung , macam kenal aje baunya dan ianya  meyebabkan penulis semakin yakin. Mulanya beliau tidak kenal penulis. Apabila penulis memperkenalkan, penulis ini siapa , anak siapa dan asal dari mana, barulah Pak Teh kenal.Maklumlah dah lama beliau merantau di sini berbanding dengan penulis.Selepas itu barulah beliau kenal  sebab abang ipar penulis mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beliau.

Penulis begitu teruja lantaran kerana dah lama tak pekena kuah laksa dari Sungai Bakau. Imam Ishak pun khabarnya dah tak meniaga lagi di sana. Patutlah setiap kali pulang ke kampung , penulis sudah tidak nampak lagi kelibat gerai bermotosikal yang menjual laksa beras di sana.

Namun alhamdulillah, kalau nak lepas gian selera laksa berkenaan lepas ni, penulis tak perlu balik kampung lagi. Kat Sungai Buloh pun ada ..Hu..Hu..

Wallahualam

p/s : penulis siap dapat free lagi cucoq udang  mee rebus dari Pak Teh untuk diletak dalam laksa. Pak Teh kata, orang kat sini tak makan laksa dengan cucoq.Itu sebab dia tak letak. he.he.. Hidup cucoq...cucoq forever, dulu ,kini dan selamanya..

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


RUMAH MAWI <b>DI BANGI</b> GOLF RESORT DIROMPAK, MAWI DIIKAT

Posted: 26 Mar 2012 05:02 AM PDT

26/03/2012-07:45pm
Assalam
Nasib baik tak ada nyawa melayang, apapun pasti ada hikmahnya buat Mawi sekeluarga,bersabar yea!


______________________
Rumah Dimasuki Perompak, Mawi Diikat
 Isnin Mac 26, 2012 MYT 1:19:00 PM

 rumah mawi
Mawi bersama isternya Ekin di rumah mereka di Bangi Golf Resort.
Pic source: http://beautifulnara.com/gambar-rumah-mawi-dan-ekin/

PETALING JAYA: Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi menerima nasib malang apabila rumah banglonya di sebuah kelab golf di Bangi dekat sini dimasuki perompak bertopeng awal pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Mawi,31, serta tiga penghuni rumah iaitu isteri, Nora'Asikin Rahmat (Ekin),33, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad,56, dan nenek mereka Salmah Sahar,77, telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk melalui pintu dapur rumah.
Anak mereka yang baru lahir pada 28 Februari lalu iaitu, Cahaya Malaika dan orang gaji tidak diapa-apakan.
Kembar kepada Ekin iaitu Nora'Ain Rahmat (Eein) berkata, semasa kejadian semua penghuni rumah sedang tidur sementara Mawi baru pulang dari Johor Baru selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
Katanya, perompak pada mulanya mengetuk pintu bilik nenek sebelum bertindak mengikat mereka kecuali orang gaji serta anak kecil sebelum mengarahkan mereka menyerahkan wang dan barang kemas.
"Tiga daripada empat perompak itu memakai topeng dan salah seorang daripada mereka bersenjatakan pedang samurai sambil memaksa semua penghuni rumah menyerahkan barang berharga," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Tambah Eein, perompak turut melarikan dompet milik Mawi dan Fatimah, telefon bimbit serta beberapa barang berharga lain yang dianggarkan bernilai RM10,000.
Een berkata, dia bersyukur kerana dalam kejadian itu tiada sesiapa yang cedera.
Sementara itu Mawi tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbitnya dan isteri turut dikebas perompak terbabit.
_______________________________(1)

Rumah Mawi di Bandar Baru Bangi dirompak

2012/03/26

PENYANYI Mawi atau nama sebenar Asmawi Ani menceritakan pengalaman beliau dan ahli keluarganya diikat dan diacu parang ketika rumahnya di Bangi Golf Resort, dipecah masuk perompak, awal pagi tadi. 
KUALA LUMPUR: Kediaman juara Akademi Fantasia musim ke-3, Mawi yang terletak di Bandar Baru Bangi dirompak, awal pagi tadi. 

Dalam kejadian itu, Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 31, sedang berada di rumah bersama isteri, Nora'Asikin Rahmat atau Ekin, 32, bersama anak dan ibu mertuanya.

Ekin ketika ini masih berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka, Cahaya Malaika, 28 Februari lalu.Dalam insiden itu, Mawi dan ahli keluarganya diikat sebelum perompak berjaya melarikan barangan bernilai lebih RM10,000.  
_____________________________End

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Aksi Umar Faris <b>di Selayang</b> Mall | Jendela Hidup

Posted: 14 Apr 2012 10:00 PM PDT

Tengok la Umar punya telatah...dia memang tak reti diam...









Dapatkan bekalan Air Galian Tasnim <b>di Selayang</b> Baru - SURAUKINI

Posted: 12 Apr 2012 08:40 AM PDT

NaRiz Mart - Serbaneka Produk muslim

Berita baik!! Penggemar air galian Tasnim di Selayang Baru kini boleh dapatkan bekalan air Tasnim di Kedai Runcit NaRiz Muslim Mart Serbaneka Produk Muslim di No 33 A, Jalan 11, Selayang Baru.
Produk muslim di NaRiz Mart
Kedai Runcit NaRiz Mart menjual pelbagai produk jualan Muslim. jemput datang ke kedai ini. Bantulah usahawan Muslim!!
Air Tasnim di NaRiz mart. Ketahui khasiat air ini di sini
Hubungi En. Mohd Subki di talian 019-3877551
____________________________________________________________

Ingin promosi kedai anda di blog ini?? Jadilah pengedar Air Tasnim. Promosi percuma di internet. Sure glamour!! :) . Berminat Hubungi : 013-2791608

Kenali rangkaian penjual tasnim di sini

12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


Mandi Manda <b>di Ulu Yam</b> | Jendela Hidup

Posted: 15 Apr 2012 12:00 AM PDT

Ini lah tempatnya yang selalu kami anak beranak pergi untuk mandi manda...kami selalunya pilih tempat yang paling last, P4 kot kalau tak silap...kat sini mencabar sikit la nak turun ke tempat mandi kerana ada beberapa anak tangga yang curam dan ada jambatan gantung .
Sebab tu la tak berapa ramai sangat kat sini..namun begitu kami tetap menjadi antara yang terawal sampai di sana..biasanya jam 9 pagi kami keluar dari rumah...15 minit lepas tu sampai la di sana.
Ahad minggu lepas kami ke sana, bawa bekal kuey teow goreng dan roti sandwich tuna, teh panas dan air masak.
Sampai-sampai je terus makan, memang terlupa terus nak ambil gambar...lepas tu la ambik beberapa keping sebelum kami semua berendam sampai jam 1 petang..lama gila ....
Cadangnya nak pergi lagi dengan membawa barangan perkhemahan, tak tau la jadi atau tidak.











12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Kematian Seorang Doktor Pelatih <b>Di</b> Hospital <b>Kajang</b>....Apa Yang <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2012 10:33 PM PDT

Seorang doktor pelatih dijumpai mati di dalam tandas di Hospital Kajang kerana dipercayai menyuntik sejenis 'bahan' yang belum dikenal pasti, melebihi dos yang dibenarkan.

Lee Chang Tat, 29, ditemui di dalam tandas lelaki di Wad Pediatrik hospital itu kira-kira pukul 7 pagi oleh seorang pekerja hospital yang sedang mencarinya.

Turut ditemui disisi mayat adalah jarum suntikan yang telah digunakan.

Apa yang 'mengharukan', mendiang dipercayai menyuntik bahan tersebut ditubuhnya bagi melawan kepenatan yang keterlaluan disebabkan tugasnya di situ.

Menurut The Star, Chang Tat yang telah bertugas di hospital berkenaan sejak tiga tahun lalu, telah bertugas 'on call' sejak lima hari berturut-turut.

Dalam pada itu, Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Azman Abu Bakar berkata, usaha menyelamatkan Chang Tat telah dilakukan namun ia tidak berjaya.

" Mendiang dikejarkan ke bilik kecemasan namun semuanya sudah terlewat," katanya.

Menurutnya, Chang Tat tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan sebelum ini.

Seorang pengawal keselamatan hospital memberitahu, dia mendengar bunyi telefon bimbit mendiang dari luar tandas.

" Kami terpaksa memecahkan pintu tandas sebelum menemuinya bersama dengan jarum suntikan itu," katanya.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, Chang Tat yang mendapat latihan perubatan dari Uruguay ada mengadu kepada keluarganya mengenai waktu kerjanya yang panjang.

" Keluarganya memberitahu Chang Tat merancang untuk bercuti di Kemboja bersama rakan-rakannya tidak lama lagi," katanya.

Beliau mengesahkan bedah siasat ke atas mendiang menunjukkan yang beliau meninggal dunia kerana pengambilan dos yang berlebihan.

Baik, penulis ingin bertanya kepada anda, bagaimana anda melihat kematian doktor muda itu?

Benar, jika betul, tidak wajar beliau mengambil suntikan itu kerana rasanya beliau tentu maklum mengenai risiko yang dihadapi tetapi bagaimana pula dengan pengorbanannya untuk menyembuhkan pesakit di hospital itu sehingga terpaksa 'mengorbankan' dirinya sendiri?

Banyak yang kita boleh ambil iktibar dan renungan dari kisah sedih ini….takziah buat keluarga Dr. Lee Chang Tat. - Oleh SYAHRIL A. KADIR

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


COCO NUTZ: SUCI Episod 2 - Wa <b>di</b> Sawah Padi Sekinchan

Posted: 04 Apr 2012 04:14 AM PDT


Sambung dari entry sebelum ini.
Perjalanan kami terhenti di Sungai Burung
(Jangan tanya camneh cari lorong Sungai Burung ini.....tetiba aje 'Panamera Lily' membelok ke kanan jalan lalu terus ke lorong yang ada sawah bendang kiri dan kanan..)
Bermula la episod seterusnyer....  payung?
 ..dan payung....
"Abanggggggggggg!!!!!!!!....cepat la !!! Anak nak kena salin lampin nih!!!"
"ok...ok...(sambil tutup psp3).... 
Sedutan drama yang ...drama ...(tiada kena mengena antara idup dan meninggal dunia...)
 "Bang....."
"iye..."
"agak-agak...kita boleh beli bendang sawah tuh, dengan padi tuh, dengan mesen padi tuh , dengan jambatan tuh, dengan tiang letrik tuh , dengan tali air nih dengan ....................."
"...dengan duit dua hengget yang ada dalam purse abang sekarang nih??? boleh sangatttt laaaa...." "meh sini...abang nak lari mana tuh? mehhhh sini!!!!"
"Jabb....sini ada lopak..jangan le tolak ...jatuh karang! (kontrol balancing badan dengan tangan) " " apa kata kita lari sampai sana..pastu kita lumba lari ke sini...nak?"
"apa kes? jauh laaa!!!....."
" ok redi? satu dua tiga empat lima nam tujuh lapan..lapan lagi...."
"wehhh...nih bila masa nak lompat sebenarnyer???"
" Auntie Coco, betull...Qillah nampak..kat situ..."
"Nampak apa?"
"Nampak aaaa.......siap menyangkung...depan kete..."
"ala...apa plak dia nih nampak?" haaa...betul lah! Pemilik kenderaan sempat membuat drift di sini.
Mujur jalan lengang
Kisah sebenar di sebalik setiap gambar.
Walaupun hanyalah sawah padi orang lain
Tapi wa rasakan memang cantik ciptaanNya ini...
Masuk bendang orang...tanpa izin...
Mujur tak kena lastik dek tuan tanah... Wa pejamkan mata....
Lelap seketika mengenangkan kejadian alam semesta.(cewah...stok ustazah pilihan...)
Oh lupa ...ada lagi photoshoot tak abis....

bab nih, wa dah tergolek pengsan nengok Janggel camtuh...
Apasal le wa leh terbabit dalam kancah ini???
Misi mencari SUCI masih belum terlaksana lagi.
Mana SUCI??????

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


PAS Pertikai Kehadiran DS Najib <b>Di Batu Caves</b>, Nik Aziz Rasmi <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 03:10 AM PST

Kehadiran Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak pada sambutan Hari Thaipusam di Batu Caves masih terus dipolitikkan walaupun beberapa hari telah berlalu. PAS terus mencari publisiti murahan dengan mempertikaikan tindakan DS Najib menghadiri majlis sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves pada 7 Februari lalu dengan lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda sambil ditemani isterinya DS Rosmah Mansor.
Agak kurang ajar Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan meminta Majlis Fatwa menyatakan pendirian berhubung tindakan itu tetapi dalam hal Mursyidul Am PAS, Dato Nik Aziz Nik Mat, PAS terus membisu. Lihatlah gambar di atas. Apa pula penjelasan yang mahu diberikan oleh PAS terutamanya Nasruddin? Apa fatwa yang PAS keluarkan sehingga membolehkan Dato Nik Aziz merasmikan tokong Buddha yang terbesar di Asia Tenggara dan memakai pakaian rasmi Tok Sami Siam?
CTS telah mendapatkan penjelasan daripada dua rakan CTS beragama Hindu yang kebetulan bersama-sama berkursus bersama-sama selama 2 hari. Menurut mereka, isu DS Najib datang ke Batu Caves telah dipolitikkan oleh PAS dan pihak-pihak tertentu. Menurut beliau, masyarakat Hindu terutama pemimpin-pemimpin Agama Hindu di Batu Caves amat sensitif dengan hukum dan halal haram di dalam Agama Islam. Menurut beliau lagi, DS Najib tidak berada di dalam kawasan kuil atau menyembah berhala. Beliau hanya berada di pentas yang disediakan khas berdekatan dengan kuil di Batu Caves. Lagipun, katanya, Perdana Menteri sendiri mempunyai Penasihat Khas Agama beliau sendiri. Takkanlah isu sebegini besar yang kononnya melibatkan akidah DS Najib terlepas pandang oleh Penasihat Agama beliau?
PAS sepatutnya tidak bersifat ayam jantan, berkokok kuat, telor tak ada. PAS lebih bersifat sebagai kuman di seberang laut nampak jelas sedangkan gajah di depan mata buat tak tau saja. PAS tidak perlu berselindung disebalik Agama dengan mengeluarkan beberapa fatwa mengikut musim kerana umat Islam akan keliru dengan perjuangan PAS sebenarnya. PAS sepatutnya menjawab persoalan Hari Valentine yang dipertikaikan oleh Karpal Singh. PAS sepatutnya berpendirian tegas dalam isu Hari Valentine. Bukan dengan menghalalkan hari yang diharamkan kepada Umat Islam disebabkan ditegur oleh Karpal Singh. PAS jangan jadi dayus. Kalau nak jadi juara berkenaan Islam, jangan hanya berani menegur Kerajaan sebaliknya dengan DAPig  dan pemimpin PAS sendiri, mereka membisu seribu bahasa!

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Pasar Raya Mydin <b>Di Subang Jaya</b> Ditutup Selepas Terbakar <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2012 07:55 PM PDT

SUBANG JAYA: Perniagaan di pasar raya Mydin Hypermarket di sini terpaksa dihentikan selepas papan tandanya tiba-tiba terbakar pada petang Selasa.

Ketua Balai Bomba Subang Jaya, Mohd Khairi Daud berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.12 malam.

"Kami tiba ditempat kejadian 10 minit kemudian, papan tanda tersebut telah hangus terbakar dan api telah marak hingga ke arah bumbung bangunan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Mohd Khairi berkata, dua kereta bomba serta 10 ahli bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memadamkan api dan mengawal kebakaran sepenuhnya pada pukul 8.20 malam.

"Kami telah menasihatkan pihak pengurusan supaya menutup bangunan ini sehingga kami dapat menentukan struktur bangunan berada dalam keadaan yang baik," katanya sambil menambah bahawa satu unit forensik telah dirahkan untuk menyiasat punca kebakaran.

Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin berkata semua kakitangan dan pelanggan telah diarahkan untuk segera meninggalkan bangunan tersebut ketika kebarakan itu berlaku.

"Hujan yang turun bukan sahaja membantu memadamkan api malah ia membantu daripada mengelakkan orang awam daripada terkorban kerana papan tanda tersebut betul-betul berada di atas sebuah restoran.

"Kebiasaannya, pada waktu malam, orang ramai akan duduk di luar dan mungkin ada yang akan mengalami kecederaan sekiranya papan tanda itu jatuh," katanya.

Beliau turut mengesahkan pasar raya tersebut akan ditutup sementara waktu sehingga jabatan bomba selesai menjalankan siasatan.

-mStar Online

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


PERSEPSI KITA BERBEZA: Banjir besar <b>di Ijok</b>,penduduk desak <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2012 01:31 PM PDT

Bagai dilanda "tsunami",begitulah situasi yang dapat digambarkan dalam satu kejadian banjir yang yang melanda beberapa buah perkampungan sekitar Ijok yang terletak dalam Dun Kubu Gajah baru-baru ini.


Ekoran daripada kejadian,rumah milik seorang warga emas telah dihanyutkan arus banjir sejauh beberapa meter dari tapak asal.


Mangsa Zainab Abd Kadir,80,berkata dia sendiri tidak menyangka banjir besar akan berlaku di kawasan ini berikutan keadaan hujan hanya renyai-renyai


Zainab merupakan salah seorang daripada hampir 300 penduduk di tiga buah kampung di sekitar Ijok yang turut sama menanggung kerugian besar ekoran daripada kejadian ini.Walaubagaimanapun,hanya kediaman beliau sahaja yang dihanyutkan arus banjir.


Difahamkan,kejadian ini berlaku akibat aliran deras dari bukit berhampiran menyebabkan air Sungai Simpul,Sungai Lata Putih dan Sungai Tebing Tinggi melimpah.


Kejadian ini sekaligus telah mengundang keprihatinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa terlibat


Dewan Pemuda PAS kawasan Larut dengan kerjasama Unit Kebajikan Pemuda PAS Cawangan Carak Salak,Ijok telah bertungkus-lumus menjalankan kerja-kerja pembersihan di rumah-rumah penduduk yang dimasuki air dan lumpur.


Kerja-kerja pembersihan mengambil masa selama dua hari bermula dari 12 hingga 13 April 2012.


Sementara itu,rata-rata penduduk di sini mendesak kerajaan negeri  atau wakil rakyat di kawasan ini campur tangan bagi mendesak supaya kerja-kerja pembalakan yang tidak terkawal di kawasan bukit berhampiran dihentikan segera.


Ini kerana,ia merupakan satu-satunya kawasan tadahan air yang masih tinggal,penduduk mungkin akan berdepan dengan risiko berbahaya sekiranya arus deras dari bukit berhampiran mengalir ke beberapa buah perkampungan terdekat


Perkara seperti ini pastinya tidak akan berlaku sekiranya kawasan tadahan air tidak dimusnahkan oleh kerja-kerja pembalakan.


"Jangan kerana nak mengejar keuntungan,rakyat yang terpaksa menanggung akibatnya"tegas salah seorang penduduk.


Keadaan rumah yang hanyut sejauh lima meter dari tapak asal
Kerja pembersihan dilakukan oleh pemuda-pemuda PAS kawasan Larut

ads