Ahad, 15 April 2012

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


PERSEPSI KITA BERBEZA: Banjir besar <b>di Ijok</b>,penduduk desak <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2012 01:31 PM PDT

Bagai dilanda "tsunami",begitulah situasi yang dapat digambarkan dalam satu kejadian banjir yang yang melanda beberapa buah perkampungan sekitar Ijok yang terletak dalam Dun Kubu Gajah baru-baru ini.


Ekoran daripada kejadian,rumah milik seorang warga emas telah dihanyutkan arus banjir sejauh beberapa meter dari tapak asal.


Mangsa Zainab Abd Kadir,80,berkata dia sendiri tidak menyangka banjir besar akan berlaku di kawasan ini berikutan keadaan hujan hanya renyai-renyai


Zainab merupakan salah seorang daripada hampir 300 penduduk di tiga buah kampung di sekitar Ijok yang turut sama menanggung kerugian besar ekoran daripada kejadian ini.Walaubagaimanapun,hanya kediaman beliau sahaja yang dihanyutkan arus banjir.


Difahamkan,kejadian ini berlaku akibat aliran deras dari bukit berhampiran menyebabkan air Sungai Simpul,Sungai Lata Putih dan Sungai Tebing Tinggi melimpah.


Kejadian ini sekaligus telah mengundang keprihatinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa terlibat


Dewan Pemuda PAS kawasan Larut dengan kerjasama Unit Kebajikan Pemuda PAS Cawangan Carak Salak,Ijok telah bertungkus-lumus menjalankan kerja-kerja pembersihan di rumah-rumah penduduk yang dimasuki air dan lumpur.


Kerja-kerja pembersihan mengambil masa selama dua hari bermula dari 12 hingga 13 April 2012.


Sementara itu,rata-rata penduduk di sini mendesak kerajaan negeri  atau wakil rakyat di kawasan ini campur tangan bagi mendesak supaya kerja-kerja pembalakan yang tidak terkawal di kawasan bukit berhampiran dihentikan segera.


Ini kerana,ia merupakan satu-satunya kawasan tadahan air yang masih tinggal,penduduk mungkin akan berdepan dengan risiko berbahaya sekiranya arus deras dari bukit berhampiran mengalir ke beberapa buah perkampungan terdekat


Perkara seperti ini pastinya tidak akan berlaku sekiranya kawasan tadahan air tidak dimusnahkan oleh kerja-kerja pembalakan.


"Jangan kerana nak mengejar keuntungan,rakyat yang terpaksa menanggung akibatnya"tegas salah seorang penduduk.


Keadaan rumah yang hanyut sejauh lima meter dari tapak asal
Kerja pembersihan dilakukan oleh pemuda-pemuda PAS kawasan Larut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads