Jumaat, 8 Februari 2013

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


laman blog pergerakan pemuda umno cawangan <b>telok datok</b>

Posted: 26 Jan 2013 07:49 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

GEMPAR! YB HASIMAN (UMNO)SERTAI D.A.P ?

Posted: 26 Jan 2013 02:04 AM PST

PANAS BERAPI..BENARKAH APA INFO YANG TEAM MEDIA PUCTD TERIMA NI.RISIK PUNYA RISIK..CONFIRM..
MEMANG SAH YB HASIMAN DAN PHILIP TAN (YANG KINI TENGAH HANGAT DENGAN PERMASALAHAN DALAMAN DENGAN DAP KUALA LANGAT)DUDUK SEMEJA SAMBIL DISAKSIKAN RAKYAT JELATA.PERH..BERSEJARAH NI..
ADAKAH YB HASIMAN SERTAI DAP?ATAU PHILIP TAN SERTAI BARISAN NASIONAL?
26 JANUARI 2013 MENJADI SAKSI BAHAWA  WALAUPUN BERLAINAN IDEALOGI POLITIK NAMUN PEMIMPIN BARISAN NASIONAL BOLEH DUDUK SEMEJA DENGAN PEMIMPIN PEMBANGKANG.TAK MACAM PROGRAM ANJURAN DAP..ASYIK BERGADUH AJE DAN ASYIK TAK JEMPUT PEMIMPIN MEREKA LANGSUNG..
TAHNIAH AKU UCAPKAN KAT PERSATUAN PENIAGA CINA KUALA LANGAT DI ATAS PENGANJURAN MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN TAHUN BARU CINA KEPADA HAMPIR 300 ORANG WARGA EMAS.TAHNIAH JUGA KAT PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG HADIR
DEMI RAKYAT..KORANG SANGGUP KETEPIKAN IDEALOGI..

Adun DAP Teluk Datuk..mengamuk

Posted: 25 Jan 2013 11:03 PM PST

ALAMAK..KALAU MINGGU LALU..TEAM MEDIA PUCTD TELAH MEMBUAT LIPUTAN MENGENAI SEKUMPULAN PENYOKONG KUAT PARTI FUCKATAN RAKYAT SIMPANG MORIB MEMBUAT DEMO BANTAHAN KAT PEMIMPIN MEREKA..HARI INI..ADAAAA LAGIII...KALI NI DI DUN TELUK DATUK PULA..PERGHH..HEBAT!PENDEDAHAN DEMI PENDEDAHAN MENGENAI SALAH LAKU PEMIMPIN PKR TELAH DIDEDAHKAN OLEH ORANG MEREKA SENDIRI..
ALHAMDULILLAHH..ALLAH TELAH MENUNJUKKAN KEBENARAN KEPADA SELURUH RAKYAT..
ALKISAH..PENDEDAHAN INI DIBUAT OLEH BEBERAPA ORANG BEKAS AHLI DAP KUALA LANGAT DAN MERUPAKAN ORANG KUAT ADUN TELUK DATUK..SI PHILIP TAN..ADEHHH..APA NAK JADI NI WAHAI YB...JOM KITA BONGKAR.. 26 JAN 2013,BERTEMPAT DI RESTORAN JAROM CORNER,SG. JAROM, BANTING TELAH BERLANGSUNG KENYATAAN AKHBAR OLEH YAP KON MIN- BEKAS AUDITOR DAP CAW. SERI KEMBANGAN BARU.

SERAMAI 4 ORG (3 CINA DAN 1 INDIA)ANTARA PERKARA YG DIBANGKITKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

A) PHILIP TAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS PROGRAM KERAJAAN NEGERI SELANGOR IAITU TIDAK MENGEDARKAN BERIBU BUKU LATIHAN KPD PELAJAR DLM DUN TELUK DATUK.

B) PHILIP TAN PERNAH MEMBERI BUKU/MAJALAH YG LAMA DARI KEDAINYA KPD RAKYAT DAN AMBIL KESEMPATAN & MENUNTUT SUMBANGAN DRP KERAJAAN SEL.

C) PHILIP TAN TIDAK MEMBAIKI JALAN YG ROSAK DI KG. SRI CHEEDING DAN HANYA MEMBAIKI DI PEKAN SHJ.

D) BELIAU MINTA LIM GUAN ENG DAN TERESA KOK MENYIASAT PERKARA INI. PHILIP TAN TIDAK BERHAK JADI WAKIL RAKYAT.

HAAAA..JAWAB JANGAN TAK JAWAB YE YB..PATUTLAH LAMAAA TAK NAMPAK YB..SEMENJAK 2008 PUN TAK PERNAH NAMPAK..HAHAHA..HARKTUIII PUNYA YB!
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


MIMPI SENJA: Himpunan Kebangkitan Beras Sekampit Najib <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2013 11:42 PM PST


King Jason Aku Rembat Gambaq Hang

Aku tengok gambar himpunan kebangkitan beras sekampit najib rosmah...orang ramai menyerbu lori yang agih beras.., teringat aku pada gambar gambar rakyat miskin di Eutopia yang kebuluran. Tiap kali misi bantuan makanan sampai, begitulah suasananya..macam kat Semenyih tu. mereka serbu lori yang agih bantuan beras kerana mereka tu miskin, tak ubah macam penduduk di Eutopia atau pelarian Rohingya.

Tapi penduduk penduduk tu warga Malaysia..bernaung bawah kerajaan UMNO BN yang berkuasa sekian lama, tapi masih miskin tak ubah macam penduduk di Africa. Nampak sangat UMNO BN ni hanya layan rakyat macam mereka mereka di Eutophia...hulur bantuan bila mahu perkuda mereka mereka itu.

Kalau gambar serbuan orang ramai ke lori bantuan beras tu di siar di media luar negara, pasti ramai menyangka itu di Africa atau mana mana tempat yang melarat dan miskin.

Megah kah orang orang Semenyih?. Seronok kah Najib dan UMNO BN ?

Tanpa beras, tanpa duit poket dan tanpa makan minum.....ratusan ribu rakyat hadir di Stadium Merdeka. Kalau gua PM Najib..dah lama saya pakai topeng tutup muka...maluuuuu !

Itu pun pencacai UMNO BN nak bermegah lagi?

Nie ha habuannya yang sampai bertolak-tolak bagai.. Himpunan sokong najib atau himpunan beras sekampit.

.pakat-pakat kalih

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


ZAKRI ALI: Altantuya dibunuh <b>di</b> tanah <b>Bukit Raja</b> Deepak-Ropiah <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2013 04:45 AM PST


Satu maklumat yang mengejutkan berkaitan pembunuhan kejam Altantuya Shaaribu ialah ia telah dikaitkan dengan isu perjanjian RM 160 juta Boustead Holdings Bhd, di mana firma senaraian awam itu dipercayai telah membantu dengan membeli 223 ekar tanah di Bukit Raja, Selangor untuk mendiamkan rentetan pendedahan rasuah yang dilemparkan oleh sekutu bertukar musuh Deepak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Adakah penterjemah Mongolia yang cantik berusia 28 tahun itu didakwa pernah menjadi perempuan simpanan Najib pada suatu ketika dahulu, dibunuh di atas tanah tersebut oleh dua bekas pengawal peribadinya pada tahun 2006 - ditembak sebanyak dua kali dan badannya kemudian dibom sehingga berkecai dengan menggunakan bahan letupan gred C4 untuk mencegah dari dikenalpasti?

Ini adalah antara soalan-soalan yang dikemukakan kepada pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli pada sidang akhbar yang diadakan pada hari Rabu untuk menyelidiki ke dalam intipati perjanjian Boustead, yang juga melibatkan ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiaah.

"Saya tidak pasti akan perkara itu. Ia tidak pernah terlintas dalam fikiran kami tetapi kami akan selidik," kata Rafizi kepada wartawan.

Hantu Altantuya- lebih dari khabar angin?


Menurut kertas pertuduhan, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar telah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, sebuah daerah kecil di negeri Selangor, yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat dibawah pimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua bekas polis itu telah dijatuhkan hukuman gantung pada 2009 selepas perbicaraan mahkamah yang menarik minat seluruh negara. Kedua-dua mereka merupakan sebahagian daripada pasukan keselamatan yang mengawal Najib dan isterinya Rosmah. 

Mereka telah mengemukakan rayuan bagi hukuman itu dan sedang menunggu untuk menjalani hukuman mati kerana tarikh pendengaran semula rayuan dikatakan sengaja ditangguh sehingga pilihan raya umum, yang perlu diadakan menjelang Jun sebelum berakhirnya tahun ini.

Semasa penyiasatan yang membawa kepada perbicaraan itu, mereka telah membawa polis ke tempat kejadian. Polis menemui serpihan tulang, yang kemudiannya disahkan sebagai milik Altantuya, dalam tanah hutan berhampiran Empangan Subang di Puncak Alam, Shah Alam.

Sehingga hari ini, tidak diketahui jika Altantuya benar-benar berada di kawasan Bukit Raja yang sekarang menjadi isu perbalahan dalam perjanjian Deepak-Ropiaah-Boustead.

Jika benar, apakah kaitan semua ini? Adakah ia dilihat sebagai sebab kenapa Najib kelihatan tergesa-gesa untuk memuaskan hati Deepak dan mementerai perjanjian penswastaan tanah kementerian Pertahanan kepada Ropiaah? Dan mengapa?

Jawapan kepada soalan-soalan ini masih lagi kabur sehingga lebih banyak maklumat didedahkan. Walau bagaimanapun, kepada wartawan yang sedang mengikuti kes kedua-dua perjanjian Boustead dan dakwaan Deepak, ia mungkin lebih daripada satu kebetulan terutama sekali apabila Deepak telah berkali-kali berikrar dia tidak akan berhenti membuat pendedahan sehingga "roh Altantuya mendapat keadilan". Setakat ini, Deepak yang telah dipanggil 'anak ikan' Rosmah tidak memberi penjelasan mengapa.

Ironinya, timbalan pengerusi Boustead Holdings yang juga pengarah urusan kumpulan Lodin Wok Kamaruddin juga telah dituduh sebagai seorang individu penting terlibat dalam penjejakan wang haram sejumlah RM 570 juta yang dibayar sebagai komisyen oleh firma kelengkapan tentera laut Perancis DCNS kepada Najib dan rakannya Razak Baginda untuk membolehkan pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai RM7.3bil oleh kerajaan Malaysia.

Najib mesti memuaskan rakan-rakan dalam Umno atau parti akan berpecah


Deepak yang berusia 40 tahun telah mendapat 'mangsa' pertamanya. Najib dikhabarkan telah mengalami strok kecil kerana tekanan dan desakan terutama dari rakan-rakan Umno untuk menjawab kepada dakwaan rasuah yang dilemparkan kepada dirinya dan isteri.

PM yang berusia 59 tahun itu telah menangkis khabar angin itu dengan menegaskan bahawa dirinya 'sihat'. Namun masih terdapat keraguan terhadap dirinya kerana penafiannya tidak bersifat mutlak.

"Bagi kami, keadaan kesihatan Najib tidak menjejaskan persiapan kami untuk PRU ke-13 dan bagaimana kita mentadbir urus Malaysia. Najib hanya perlu menjawab kepada Umno dan memuaskan hati mereka sahaja. 

Jika dia tidak berbuat demikian, Umno akan berpecah. Jika rakan-rakannya dalam Umno tidak berpuas hati atau merasa dia tidak layak dari segi kesihatan untuk memimpin mereka semasa PRU ke-13, mereka pasti akan mengambil kesempatan atas cerita keuzuran Najib," Rafizi memberitahu Malaysia Chronicle di luar persidangan akhbar.

Pemimpin PKR itu telah mengesahkan bahawa dia juga ada mendengar khabar bahawa Najib telah mengalami strok kecil dan PM sedang berada di Singapura untuk 'berehat'.

 IS HE REALLY ILL? Najib must clarify rumors he had a stroke & was resting in S'pore - Rafizi

Arahan berdiam diri Dr M berikutan isu 'kelemahan' Najib: "Jatuhkannya" kemudian


Penganalisis Umno telah memberi amaran akan berlaku perebutan kuasa dalaman, yang mereka jangkakan dimana kemuncaknya akan menyaksikan Najib berundur sebelum pilihan raya umum berlangsung, menyerahkan tampuk pimpinan kepada Muhyiddin Yassin, timbalannya dengan menyatakan kesihatan yang kurang baik sebagai alasan.

Tidak hairanlah jika Muhyiddin dan bekas PM Mahathir Mohamad telah dituduh sebagai dalang disebalik pendedahan Deepak. NEW PM FOR MALAYSIA? Najib to be forced to step down on 'health reasons'? OPPORTUNITY KNOCKS AT MUHYIDDIN'S DOOR: No direct denial from Najib, only 'healthy' claim

Mahathir, yang masih dianggap sebagai lelaki yang paling berkuasa dalam Umno, baru-baru ini dilaporkan memberitahu ahli-ahli Umno secara sulit tentang kontroversi yang melibatkan Najib, Presiden Umno sekarang.

Mahathir yang berusia 87 tahun itu menasihatkan ahli-ahli parti tidak mengadu atau membincangkan kelemahan Najib sehingga pilihan raya umum sudah tamat.

"Apabila BN memenangi pilihan raya umum ke-13, barulah kita boleh membetulkan kesilapan dan salah laku untuk kepentingan semua …Apabila masa itu tiba, kita boleh menegur dan menjatuhkannya," Mahathir dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional Bernama.

Malaysia Chronicle

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Berpolitik dengan Air : Agenda Sulit Kerajaan <b>Negeri Selangor</b>.

Posted: 23 Jan 2013 04:23 AM PST

alt

 

Ketika kerajaan  Pakatan Rakyat mula menaiki tahta pemerintahan, rakyat di negeri Selangor telah berdepan dengan pelbagai isu, dari hal ladang babi mega  di mana kerajaan Pakatan Rakyat tetap meneruskan projek tersebut menganggap apa sahaja yang dilaksanakan kerajaan BN sebelumnya sebagai satu bentuk pembaziran. Kemudian menyusul isu di mana rakyat negeri Selangor diuji pula dengan perihal UNISEL diikuti oleh perlantikan bukan Melayu ke jawatan utama  PKNS dan terakhir berkaitan acahan mahu memasukan pelajar bukan Melayu ke dalam UITM.
 
Belum pun perkara atas reda Politik negara menjadi kecoh apabila kisah wakil DAP yang terpaka menjadi pemberi maklumat rasuah parti pimpinan Karpal Singh tersebut telah dilaporkan membunuh diri di pejabat SPRM , walaupun dipercayai DAP yang mengugutnya, namun kematian nya di jadikan wayang untuk tayangan perdana seluruh Negara. Kepada Pakatan Rakyat apa sahaja yang boleh di jadi kan isu utuk  alih perhatian terhadap rasuah dan kepincangan kerajaan Selangor ia tentu sekali akan di manipulasi dan menjadi isu.besar.
 
Politik baru yang di bawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat dilihat membawa pelbagai karenah dan membebankan rakyat. Politik yang tiada batas dan hadnya telah sampai ke tahap melampau apabila bahan kegunaan harian ia itu bekalan Air telah kini tersasar ke arah sudut tersasar dari masalah utama yang dibangkitkan.
 
Bekalan yang terhenti di banyak kawasan telah menganggu penduduk negeri Selangor dan pinggir Kuala Lumpur. Masalah air ini  yang boleh dikira sebagai  unprecedented  kerana perkara sebegini belum pernah terjadi di negeri Selangor ketika di bawah kepimpinan kerajaan BN.Mana mungkin dengan air yang begitu banyak penduduk tidak dapat bekalan mencukupi.Bahkan kawasan perkilangan juga menghadapi ganguan bekalan air.
 
Masalah air ini bertambah teruk apabila kerajaan negeri memilih untuk menjadi penuduh dan penuding jari kepada seluruh pemasalahan air dan bukan sebagai penyelesai masalah.Pergeseran pendapat dan perkelahian terbuka antara kerajaan negeri dan syarikat SYABAS telah bertambah parah sehingga syarikat SYABAS terpaksa menjawap tuduhan kerajaan negeri di kebanyakan akhbar dan media tempatan.
 
Walaupun kerajaan negeri sendiri menjadi pemegang saham 30% di dalam syarikat pengurusan air  SYABAS, ia memilih untuk menyerang SYABAS seolah olah Syarikat SYABAS ada lah musuh nya.Lebih pelik apabila kerajaan negeri sendiri ada beberapa wakil lantikan nya di dalam Lembaga Pengarah SYABAS..Apa kah mereka hanya patung dan tunggul sahaja di dalam Lembaga Pengarah itu?Dan tidak berfungsi lansung untuk kebaikan pengurusan air?
 
Menteri Besar nya Datuk Khalid Ibrahim seringkali  berucap di merata tempat menyata kan betapa cukup nya bekalan air seolah olah air lombong, longkang, hujan dan sungai ada lah sumber nya tanpa membeza kan jumlah air yang di rawat dan air yang tidak di rawat.Kelihatan MB Khalid semecam cuba memperbodoh kan rakyat.
 
Di pihak Syarikat SYABAS pula mereka telah berusha menjelas kan kedudukan mereka dengan  had had kuasa dan kerja yang mereka boleh laksana kan sebagai pihak lantikan kerajaan negeri. Penjelasan SYABAS nampak sekali hal ini bergantung kepada kerajaan negeri.yang mempunyai kuasa penuh.dalam menetukan pelbagai peraturan.
 
Perang air di negeri Selangor ini sudah melimpah sehingga ke Pahang apabila Datuk Seri Adnan Yakob turut memberi kenyataan tentang projek air Langat dan betapa ianya harus di sokong dan di laksana kan dengan segera.Malah menambah kata bahawa terpulang kepada rakyat negeri Selangor untuk menentu kan nasib mereka di dalam hal ehwal air ini
 
Kerajaan Selangor ketika menuduh Syarikat SYABAS sengaja mahu menyusahkan rakyat dan mensyaki kerja sabotaj oleh SYABAS untuk kepentingan SYABAS dan agenda bersama kerajaan pusat, tuduhan ini telah dijelaskan bahawa amat mustahil SYABAS mahu membuat perkara ini kerana SYABAS terpaksa keluar kan kos lebih tinggi dengan kerja penyewaan lori dan kerja tambahan untuk membawa bekalan kepada penduduk dianggap tidak masuk diakal.
 
Bagi kebanyakan rakyat  mereka tertanya Tanya dan musykil apa kah sebenar nya permainan catur MB Khalid ini dengan  isu air. Ada kah ia nya berupa ugutan kepada kerajaan pusat agar memberi mereka wang  berbillion untuk saham SYABAS dan baru lah kerajaan negeri akan memberi kerjasama menyelesaikan nya?
 
Atau , ada kah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tahu yang mereka bukan lagi kerajaan selepas PRU 13 , maka dengan itu mereka tidak perlu sangat melayani karenah air, dan membiar kan sahaja kerajaan baru menyelesai kan nya nanti?
 
Mungkin juga banyak wang yang telah di habis kan oleh rejim Khalid ini kepada perkara lain seperti isu bailout TALAM , lalu kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ini perlu menyimpan sejumlah wang untuk menunjuk kan mereka tidak belanja semua nya di dalam kantong negeri lalu projek air dan urusan air ini harus di lengah kan, supaya wang tidak terhabis untuk selesai kan isu air ini?
 
Umum juga mengetahui kerajaan negeri Selangor telah menjual banyak aset milik kerajaan negeri lalu balance sheet kerajaan negeri Selangor harus kelihatan sihat lalu apa apa baki di dalam nya  tidak layak di sentuh kerana amat sukar memberi tahu rakyat kemana pergi jumlah besar wang setelah banyak harta negeri telah banyak di jual, maka apa apa jumlah yang ada harus di kekal kan dan bekalan air ada lah mangsa kepada percaturan ini.
 
Selain itu pulangan penjualan pasir yang begitu banyak di korek sekian lama juga perlu di tunjuk kan di dalam akaun negeri, maka tidak menguna kan nya untuk pemulihan air boleh menyelamat kan kerajaan Khalid Ibrahim dari menjawap kemana pergi nya kebanyakan  wang negeri.
 
Mungkin juga penasihat RM1 negeri Selangor sebagai boss Khalid memberi arahan
Kepada Khalid untuk berhelah itu dan ini kerana hasrat peribadi nya yang mahu memerintah Negara ada lah  lebih utama dari masalah rakyat negeri Selangor, dan sifat dendam nya kepada kerajaan pusat harus di terus kan?
 
Apa pun percaturan politik menguna kan air ada lah sesuatu yang merbahaya kerana air ada lah sumber kehidupan harian manusia tidak kira siapa yang mereka undi atau siapa yang dapat undi.
 
Ada kah ini semua petanda  kejatuhan kerajaan negeri Selangor yang di pimpin oleh 2 orang anak Ibrahim semakin jelas dan terang,  kerana jika isu air yang begitu penting pun tidak boleh di selesai kan, maka apa lagi yang boleh di harap kan dari rejim 2 anak Ibrahim ini.

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Bukan Rahsia...: Jom Singgah <b>di</b> Bukit Malawati, <b>Kuala Selangor</b>

Posted: 06 Feb 2013 02:59 AM PST

Hari minggu yang lepas 2 Februari 2013, aku balik ke kampung halaman.
Sebelum sampai ke kampung, aku singgah sekejap di Bukit Malawati, Kuala Selangor.
Dah lebih 10 tahun tak pergi tempat ni, seingat aku kali terakhir pergi
 masa mak dan abah balik Mekah tahun 90-an.

Hari Sabtu dan Ahad boleh naik Trem. 
Dengan harga yang berpatutan untuk menaiki Trem ni. 
Setiap 10 minit mesti ada trem yang lalu ambil penumpang. 


Memulakan perjalanan di pintu masuk Bukit Malawati, Kuala Selangor.

Bekalan mainan di atas
Pergh... Kena guna berus dawai tu nak bersihkan...
Mercu tanda Kuala Selangor - Rumah Api
(Cantik pulak gambar aku tangkap)
Berapalah usia pokok tu kan? Dah berjanggut panjang menyembah bumi...
Mama & Muhammad 
First time Muhammad tengok monyet ni... Tu yang nak berdokong je.
Tarikan utama - Memberi makan kepada monyet-monyet yang jinak.


Penjual yang menjual sayur dan buah kepada pengunjung untuk
 diberi kepada sang monyet.
Aku suka dengan warna monyet ni... sangat cantik..
Inilah dia Monyet Peranakan - kawin campur - Dapat anak yang comel


Ini hubby dia kot... Kemana saje dia ada di sisi...
Meriam zaman dahulu kala...
Dari atas ni, kita boleh nampak Laut Selat Melaka... Sangat Indah.
Inilah Kubu Pertahanan Zaman Raja Melayu - Selangor.
Cantik betul tunggul pokok ni.. Pun aku sempat snap.
Jom balik turun ke bawah... Dah penat main dengan monyet-monyet ni...
Bibik tanya aku, kat mana monyet-monyet ni tinggal... 
Seumur hidup bibik ini pertama kali tengok monyet yang banyak dan jinak.
Aku kata : Ni rumah dia (gambar di atas)... dengan pokok janggut tadi.
 (Bukan yang belakang tu ya.. Yang pokok besau tu).. Belakang tu Muzium...
 Makan Raja

Teringat aku 1 cerita pasal Makan ni... Ini Kisah Benar... (mood seram)

Masa kami sekeluarga naik Bukit Malawati ni kakak aku
 sesat sebab jalan nya berbengkang bengkok.
 Sebab kereta dia turun dulu, dia berhenti kat depan makam ni...
Abang (kereta lain) tanya dia kat mana? 
Dia kata dia kat depan masjid (makan). (Masa tu waktu senja)
Abang kata tak jumpa masjid, kat mana. Setahu abang tak de masjid kat bukit tu.
Kakak pergi jenguk kat masjid tu, tapi tak de orang. 
First time dia kata masjid tak de orang. Bila dia pergi kat papan tanda tu..
Baru dia tahu itu makam... Jadi.... (paham-paham ye)

Bila lalu kat makam ni, teringat kat kakak aku - Suhana.
Dulu pun, aku ingat makan tu surau kecik.


Tangga 100 - Pasti kurus 50 kg aku kalau naik tangga tu.
Singgah sekejap kat Taman Alam - Ada Taman Ikan Air Tawar. 

Akhirnya... Sampai juga ke pangkal jalan... Masa kat atas bukit tadi, kita boleh turun sampai berapa lama pun boleh kalau larat. 
Trem kat sana sentiasa bergerak untuk ambil penumpang.
Yang best nyer... Dekat tepi pintu masuk Bukit Malawati ni ada Masjid.
Jadi, kepada orang Islam boleh menunaikan solat dengan selesa.
Di samping melihat-lihat keindahan Bukit Malawati, sembahyang tidak dilupakan.

Ok... sampai sini cerita saya. Kalau jalan ke Kuala Selangor. 
Jangan lupa singgah melawat Bukit Malawati. 

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


Serama Cheqgu Jai: Santai <b>di</b> reban otai <b>Jeram</b>

Posted: 30 Jan 2013 08:45 PM PST


Salam,
Aha posting kali ini CJ nak berkongsi cerita tentang otai serama Jeram yang sebenarnya sudah lama berkecimpung di alam serama ni.Beliau yang CJ maksudkan ialah En Abd Jamal ,yang merupakan kakitangan Majlis Daerah Kampar.Beliau pernah menganjurkan beberapa pertandingan serama di sekitar Kampar-Slim River sekitar awal tahun 2000.Namun demikian hobi tersebut terhenti seketika kerana beberapa sebab yang tak dapat dielakan.
Bersama pembaka teras beliau..si bapak ara
Kini beliau mula menggegarkan kembali dunia unggas tercantik ini dan memeriahkan lagi geng serama Perak.Banyak ilmu yang CJ kutip dr beliau.Melihatkan reban serama beliau yang cukup banyak..menggambarkan minat beliau terhadap ayam serama yang menjadi kebanggan kita semua..cayalah bang!!

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


P094 - TERKINI - TERNOW - PEMECAH BERITA | Era Pasca

Posted: 24 Apr 2010 10:52 PM PDT

P094 - TERKINI - TERNOW - PEMECAH BERITA

Posted by era pasca Sunday, April 25, 2010
PEMECAH BERITA

CIKGU BARD DAN KUMPULANNYA TELAH DISERANG DENGAN PARANG

OLEH PENYOKONG BARISAN.

INI BERLAKU DI WILAYAH SUNGAI BUAYA.

TETAPI POLIS TELAH MENAHAN CIKGU BARD DAN LIMA RAKANNYA DI BALAI POLIS SERENDAH.

pelik tetapi benar !
yang menyerang tidak di tahan
yang kena serang masuk lokap !
this is malaysia for you maaaan kah kah kah

BERITA BAIK

LAPORAN TERBARU JAM 1.00 TENGAH HARI DARI FELDA

GEDANGSA:

saluran 2 dan saluran 3 ada pertambahan

SUNGAI TENGGI

di sungai tenggi dan sungai tenggi selatan ada peningkatan

10% dari tahun 2008 dauhulu.

SUHARTO

jelas ada pertambahan untuk pkr

NOTA : jika tidak ada penipuan yang beterusan
ahli parlimen hulu selangor ialah Zaid Ibrahim

LAPORAN DARI KAJI SELIDIK ZENTRUM

badan kaji selidik ini telah meramalkan
beberapa minit tadi nahawa calon pakatan rakyat
akan menewsakan calon mic.

LAGI BARU MASUK:

felda suharto telah dimenangi oleh pkr

di sungai buaya - warga emas memihak kepada mic

tetapi yang muda memihak kepada pkr

TT

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


PENGEDAR SAH SHAKLEE <b>DI DENGKIL</b> BANTING SEPANG KLIA <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2013 04:00 PM PST

Dah lama tak share testimoni vitamin untuk anak-anak.. So harini nak share dengan u all semua kisah seorang ibu yang mempunyai seorang anak (anak no.2) yang picky eater, badan pun kurus kering. Pada mulanya ibu ini ragu-ragu dengan Mealshakes tapi setelah sebulan mencuba, beliau nampak perubahan pada anak beliau dan sangat bersyukur.. Jom kita baca cerita beliau dengan lebih lanjut.. :-)
Jadi apa yang bestt sangat Mealshakes ni? Ini sekilas faktanya:
Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
Dan anda boleh klik DI SINI untuk mengetahui SEMUA tentang Mealshakes.
Saya juga suka kongsikan kisah anak saya sendiri (masa saya share kisah ni Irfan baru 5 bulan mengamalkan Shaklee), kini, Irfan yang kembali sihat selepas hampir 2 tahun mengamalkan Mealshakes dan vitamin-vitamin yang lain untuk kanak-kanak.
AlhamduLILLAH, Irfan yang dulu mengalami masalah CHRONIC BRONCHITIS (ASTHMA), kini kembali SIHAT dan CERIA malah semakin BIJAK.

Jika kita boleh berikan anak-anak toys, mainan, pakaian yang mahal-mahal, kenapa tidak INVEST untuk vitamin-vitamin demi KESIHATAN dan KECERDASAN mereka? Mana yang lebih penting? Fikir-fikirkan..

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


<b>PUCHONG</b> INFO: Pembayaran BR1M <b>Di</b> Pusat Bandar <b>Puchong</b>

Posted: 05 Feb 2013 11:00 AM PST

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Pahang mahu mata penuh <b>di Shah Alam</b> – Liga Super Malaysia

Posted: 19 Jan 2013 02:00 AM PST

PAHANG yang kembali ke saingan Liga Super musim ini, masih mengekalkan rekod cemerlang selepas mengharungi tiga perlawanan setakat ini.

Namun, rekod tersebut belum cukup untuk menggembirakan mereka selagi tidak berjaya menewaskan Selangor.

Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata, kemenangan ke atas Selangor amat penting kerana ia akan memberi gambaran terhadap perjalanan skuad Tok Gajah dalam saingan liga musim ini.

"Walaupun Pahang menang dalam tiga perlawanan sebelum ini, kita sebenarnya masih belum cukup selesa selagi tidak mampu mengalahkan pasukan handalan seperti Selangor.

"Selangor dikenali sebagai pasukan yang kuat dalam bola sepak Malaysia. Cukup penting untuk mengalahkan yang kuat dan merampas status itu daripada Selangor," kata Dollah ketika dihubungi Kosmo! di Kuantan semalam.

Ujar Dollah lagi, laluan pada aksi menentang Selangor tidak semudah yang dijangka memandangkan lawan mereka itu memiliki kelebihan beraksi di tempat sendiri di Stadium Shah Alam.

"Perlawanan menentang Selangor akan menguji kekuatan sebenar Pahang dan sudah pasti saya mengharapkan ia berpihak kepada kami.

"Kita selalunya sentiasa berhati-hati setiap kali menentang Selangor, tidak kira beraksi di venue mana sekali pun. Jadi, malam esok (malam ini) kita akan tetap berhati-hati.

"Saya harap semua pemain dapat mengekalkan komitmen serta disiplin yang tinggi pada perlawanan getir menentang Selangor.

"Jika mereka bersungguh-sungguh mahu meletakkan Pahang di kedudukan terbaik, semua pemain perlu tampil dengan aksi terbaik," ujar beliau.

Dalam pada itu, Dollah memberitahu, beliau hanya akan menurunkan kesebelasan pemain terbaik untuk memastikan barisan serangan dan pertahanan dapat mengekalkan momentum sepanjang 90 minit perlawanan.

Tambah beliau lagi, hanya pemain tempatan akan diturunkan dalam perlawanan tersebut dan ia diharap dapat mengurangkan risiko melakukan kesilapan ketika menghadapi asakan Selangor.

"Aksi menentang Selangor merupakan salah satu daripada cabaran besar dalam liga dan para pemain pula harus sentiasa bersedia."

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Januari 2013 bersama komuniti <b>di Subang Jaya</b> (Bhg 1) « Gan <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2013 08:35 PM PST

Apakah yang telah diusahakan oleh Gan Meng Foo, Penyelaras BN DUN Subang Jaya bersama komuniti, rakan-rakan dan NGO-NGO di Subang Jaya pada bulan Januari 2013?

.

2 Januari: Gabungan Persatuan Veteran Tentera Melayu dan 9 NGO membuat laporan polis di ibupejabat polis Subang Jaya terhadap 3 syarikat akhbar dan Rafizi Ramli berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dikeluarkan di Sinar Harian, Harakah dan Suara Keadilan.

Laporan polis gabungan PVTM dan 9 NGO

.

3 Januari: Sumbangan makanan dan hadiah 1Malaysia kepada komuniti India anjuran PPP Subang Jaya.

Sumbangan Angsana USJ1 3Jan

Sumbangan Angsana USJ1 3Jan 2

Sumbangan Angsana USJ1 3Jan 3

.

12 Januari: Makan malam bersama ahli-ahli PPKMSJ dan PPKWSJ. Tahniah dan Terimakasih kepada Persatuan PPPPSJ & PPKWSJ yang sentiasa mengambil berat kesejahteraan ahli-ahli persatuan dan memberi makluman terkini yang berguna kepada semua.

This slideshow requires JavaScript.

.

15 Januari: Kesemua borang BR1M2.0 yang telah diproses telah dihantar ke LHDN. Semoga semua permohonan diluluskan untuk semua pemohon-pemohon yang berharap.

BRIM2.0

Submission BR1M2.0

.

16 Januari: Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid tahun 2013 di SK Seafield, Jalan USJ6/3, Subang Jaya. Semoga bantuan khas ini dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan ibu bapa atau penjaga murid.

Bantuan Khas Awal Persekolahan 2

Bantuan Khas Awal Persekolahan

Bantuan Khas Awal Persekolahan 3

.

bersambung…

posted by: Admin

ads