Ahad, 10 Jun 2012

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


Burberry Red Bow Checked Sleeveless Dress - ~ Betty'sBabyBoutique

Posted: 10 Jun 2012 06:47 PM PDT

Burberry Black Bow Checked Sleeveless Dress

Burberry Classic Red Satin Bow Dress

Gymboree Blue Love Layer Dress

12 di paya jaras - Google Blog Search

12 di paya jaras - Google Blog Search


Freedom,Reality & Colourful Of Life: Kenduri Rakyat <b>Di Paya Jaras</b> <b>...</b>

Posted: 09 Jun 2012 09:55 AM PDT

Meriah... itulah yang dapat digambarkan oleh penduduk Kampung Paya Jaras Hilir dan kawasan sekitarnya.Kenduri bersama rakyat dari Kepimpinan Barisan Nasional bermula seawal jam 8.30 pagi-6.30 petang.Antara aktiviti ialah gubahan & masakan,gunting rambut percuma,street soccer,bolasepak bersama veteran Selangor & artis,sukaneka dan bermacam-macam lagi.

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Umno-BN Monopoli Penggunaan Balairaya <b>Di Sungai Burong</b>

Posted: 09 Jun 2012 05:00 PM PDT

TANJONG KARANG, 10 JUN : Tujuan utama pembinaannya adalah untuk kegunaan semua pihak tetapi lain pula ceritanya di DUN Sungai Burong di sini apabila balairaya yang dibina dimonopoli pembangkang Umno-BN untuk agenda politik mereka.

Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong, Mohamad Judi Sarjo berkata, pihak pembangkang(Umno-BN) di Selangor harus memahami kerajaan mewujudkan kemudahan awam seperti balairaya adalah untuk kepentingan semua dan bebas digunakan apabila diluluskan pihak berkuasa.

Menurutnya, Umno-BN tidak sewajarnya menganggap balairaya tersebut seperti kepunyaan mereka kerana ia menyalahi peraturan dan undang-undang sedia ada.

"Setelah diadukan perkara ini, kita memandang serius mengenainya dan akan merujuk kepada Pejabat Daerah untuk reaksi seterusnya. Kita berharap semua pihak dapat bekerjasama dalam perkara ini demi kepentingan bersama.

"Balairaya itu boleh digunakan semua pihak seandainya dibenarkan untuk berbuat demikian," katanya kepada SelangorKini.

Isu balairaya di Kampung Sungai Kajang Baru mendapat perhatian orang ramai apabila didakwa digunakan Umno-BN sejak sekian lama untuk kepentingan sendiri. Ia dikatakan satu-satunya balairaya yang ada di kampung itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung, Khairon Dahalan berkata, pihaknya kesal dengan apa yang berlaku kerana Umno-BN cuba memonopoli balairaya tersebut.

Dakwanya, sebelum ini beberapa program yang ingin dijalankan menghadapi kesulitan dan ada yang terpaksa dibatalkan berikutan tidak dapat menggunakan balairaya tersebut.

"Umno-BN perlu memahami bahawa balairaya itu dibina bukan untuk mereka. Ia kemudahan untuk semua. Tidak kiralah sama ada untuk badan bukan kerajaan (NGO) atau pihak lain termasuk parti politik.

"Kita harap pihak berkuasa dapat mengambil langkah sewajarnya bagi penyelesaian isu ini," katanya.

Khairon menjelaskan Umno-BN juga menyalahgunakan balairaya itu apabila memasang dan mengibarkan bendera parti di bangunan dan di sekitar kawasannya.

Umno-BN Monopoli Penggunaan Balairaya <b>Di Sungai Burong</b>

Posted: 10 Jun 2012 06:21 AM PDT


TANJONG KARANG: Tujuan utama pembinaannya adalah untuk kegunaan semua pihak tetapi lain pula ceritanya di DUN Sungai Burong di sini apabila balairaya yang dibina dimonopoli pembangkang Umno-BN untuk agenda politik mereka.

Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Burong, Mohamad Judi Sarjo berkata, pihak pembangkang(Umno-BN) di Selangor harus memahami kerajaan mewujudkan kemudahan awam seperti balairaya adalah untuk kepentingan semua dan bebas digunakan apabila diluluskan pihak berkuasa.

Menurutnya, Umno-BN tidak sewajarnya menganggap balairaya tersebut seperti kepunyaan mereka kerana ia menyalahi peraturan dan undang-undang sedia ada.

"Setelah diadukan perkara ini, kita memandang serius mengenainya dan akan merujuk kepada Pejabat Daerah untuk reaksi seterusnya. Kita berharap semua pihak dapat bekerjasama dalam perkara ini demi kepentingan bersama.

"Balairaya itu boleh digunakan semua pihak seandainya dibenarkan untuk berbuat demikian," katanya kepada SelangorKini.

Isu balairaya di Kampung Sungai Kajang Baru mendapat perhatian orang ramai apabila didakwa digunakan Umno-BN sejak sekian lama untuk kepentingan sendiri. Ia dikatakan satu-satunya balairaya yang ada di kampung itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung, Khairon Dahalan berkata, pihaknya kesal dengan apa yang berlaku kerana Umno-BN cuba memonopoli balairaya tersebut.

Dakwanya, sebelum ini beberapa program yang ingin dijalankan menghadapi kesulitan dan ada yang terpaksa dibatalkan berikutan tidak dapat menggunakan balairaya tersebut.

"Umno-BN perlu memahami bahawa balairaya itu dibina bukan untuk mereka. Ia kemudahan untuk semua.
Tidak kiralah sama ada untuk badan bukan kerajaan (NGO) atau pihak lain termasuk parti politik.

"Kita harap pihak berkuasa dapat mengambil langkah sewajarnya bagi penyelesaian isu ini," katanya.

Khairon menjelaskan Umno-BN juga menyalahgunakan balairaya itu apabila memasang dan mengibarkan bendera parti di bangunan dan di sekitar kawasannya.


12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


. JoNaS RooM .......: Dunia Telekung - Gedung Eksklusif Telekung <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2012 07:32 AM PDT

If you're searching for variety of telekung - Gedung Telekung Eksklusif is the PIT STOP :)
Why?...there are so many ranges of telekung available in the shop, such as the colours, the design, the material and etc :) You'll go crazy searching for your telekung :)

I am thankful to the owner for allowing me to take some pictures to share with all of you in the blog. Let the picture speaks by itself.











Besides telekung, the shop also sells sejadah, kain pelikat, kain pasang and there is also a RM99 clearance stock for baju kurung. Picture below :) So if you decide to buy a new telekung or make it as telekung hantaran or buy it for a friend or even for your travelling purposes, do drop by to GEDUNG EKSKLUSIF TELEKUNG. The shop is located near the UiTM Back Entrance where u can find Jackel and Nasi Beriyani nearby.

You can call them at this number  019-267719. 
Or look for details at  https://www.facebook.com/gedung.telekung.eksklusif  ya :)

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Souq Qafilah Di Masjid Al Husna <b>Di Bandar Sunway</b> « Rezeki Halal

Posted: 24 Feb 2012 04:56 AM PST

Souq Qafilah Masjid Al Husna Bandar Sunway

Lokasi : Tempat Parkir Kereta Bersebelahan Masjid Al-Husna Bandar Sunway

Alamat : Masjid Al-Husna Bandar Sunway, Jalan PJS 10/22, 46000, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tarikh : 7 April 2012 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 5.30 petang
Yuran : Percuma

Hubungi:

  • 019 8433390  (Ust. Mawaridi Abdullah)
  • 016 3157356  (Shahrin Ramli)
  • 017 6300178  (Mazli Alias)
  • 012 6526676  (Arif Azizi)

ATURCARA SOUQ QAFILAH
7.30 pagi: Perniagaan-Perniagaan Mengambil Tempat
10.00 pagi: SOUQ QAFILAH bermula
11.00 pg – 1.00 ptg: DINIHARI DINAR Sesi Pagi
Taklimat dan Pencerahan Mengenai DnD Matawang Syariah
1.00 ptg – 2.00 ptg: Rehat dan Solat Zohor
[Souq Qafilah masih berjalan dikalangan Muslimah]
3.00 ptg – 5.00 ptg: DINIHARI DINAR Sesi Petang
Taklimat dan Pencerahan Mengenai DnD Matawang Syariah
5.30 ptg: SOUQ QAFILAH di tutup dan bersurai.

RESAM AMAL MADINAH DI SOUQ QAFILAH

  • TIADA TEMPAHAN (BOOKING) untuk tapak perniagaan – amalan siapa cepat dia dapat tapak yang diinginkan;
  • PERALATAN PERNIAGAAN DIBAWA SENDIRI oleh peniaga seperti kerusi, meja dan plastik sampah;
  • TIADA SEWA, TIADA CUKAI, TIADA FI. Acara TERBUKA; Penyertaan PERCUMA.Perniagaan yang adil dari segi harga, timbangan, sukatan yang akan dipantau oleh Para Muhtasib Souq Qafilah;Souq Qafilah dianjurkan bagi membolehkan aktiviti jual-beli menggunakan matawang syariah Dinar & dirham (DnD)*.*Dinar dirham yang diiktiraf sebagai matawang syariah dan diperakui WIM termasuk Dinar & Dirham Kelantan keluaran Kerajaan Negeri Kelantan (kelolaan KGT).
  • Penganjur menyediakan khemah-khemah "Arabian" berkipas secara PERCUMA!
  • TIADA SEWA. TIADA CUKAI.
  • TIADA "BOOKING",
  • SIAPA CEPAT, DIA DAPAT TAPAK .
  • Peniaga perlu bawa peralatan perniagaan masing-masing seperti kerusi, meja & plastik sampah.

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


SHANANA HOMESTAY IPOH: GEMBALA LEMBU <b>DI MERU</b> RAYA <b>...</b>

Posted: 08 Jun 2012 05:25 AM PDT

memandangkan terdapat kawasan di  meru raya yg belum dibangunkn....kesemptan diguna spenuhnya si gembala lembu bawak lembu2 nye bsiar2....makan angin...nnt bleh singgah mydin...wat shuffle...he he...
    mcm2 saiz ader...ni bdkatan dgn sekolah memandu..jalan nk ke hgway semula...banyak sejarah aku kat area ni...mase mula terlibat dgn projek meru raya dolu2....kerja tanah yg menyiksakan...

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Anak Sungai Derhaka: LIVE!! Ceramah Merdeka Rakyat <b>di Kajang</b>..

Posted: 09 Jun 2012 06:47 AM PDT


Lintas langsung Ceramah Perdana , Merdeka Rakyat di Sadium Kajang ini dibawakan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Antara pemimpin yang dijadualkan berucap ialah YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, YB Mujahid Yusof Rawa, YB Zuraida Kamaruddin, YB Ng Swee Ling, YB Lee Kim See dan juga CheguBard.

 Ada pihak memberitahu bahawa pencacai-pencacai UMNO akan menganggu ceramah ini.. bersamalah kita tunggu dan lihat..

Semasa ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Permatang Pauh minggu yang lalu, siaran telah tergendala ketika DS Anwar Ibrahim memberikan ucapan diharap kali ini ianya lancar..

Broadcasting live with Ustream

Untuk memastikan kelangsungan siaran, Pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memerlukan sumbangan anda dan sumbangan boleh disalur terus ke akaun SAMM (Maybank 5550-4111-3224)

Ini lagi satu channel.. yang banyak sikit modalnya...

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Rakaman video ceramah Anwar Ibrahim <b>di Batu Caves</b>: Sambutan <b>...</b>

Posted: 07 May 2012 10:22 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Rakaman video ceramah Anwar Ibrahim di Batu Caves: Sambutan baik pasca BERSIH 3.0 terhadap PR & di bawah presiden baru Perancis, kes rasuah Scorpene – jibby Altantuya pasti hangat…

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


mi1: Anwar: Saya cabar Muhyiddin turut dedah akaunnya

Posted: 09 Jun 2012 10:47 PM PDT

Menurut Ketua Pembangkang itu, dakwaan tentang akaun-akaun itu pernah dilontar terhadap dirinya sebelum ini.
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan semua akaunnya (Muhyiddin) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Saya cabar beliau dedahkan akaunnya. Saya akan buka setiap dokumen saya untuk disiasat oleh SPRM," kata Anwar yang pernah dituduh mempunyai 20 akaun dalam tahun 1999.
Beliau berkata begitu ketika mengulas tohmahan Muhyiddin terbaru bahawa dirinya mempunyai 20 akaun.
Sebelum itu, beliau berucap dalam sesi dialog bertajuk Anwar Ibrahim berkenaan Agenda Ekonomi Malaysia anjuran Persatuan Syarikat
Perniagaan dan Perindustrian Selangor di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Antara perubahan ekonomi yang beliau rancang ialah penswastaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
"Urusan kerajaan bukan berkaitan perniagaan atau mengambil alih perniagaan. Peranan kerajaan hanyalah untuk memerhati dan membantu urus sahaja.
"Sekarang negara ini mempunyai kemampuan maka kita seharusnya menggalakkan sektor swasta dalam perniagaan. GLC sepatutnya diperkecilkan atau diswastakan," jelas Anwar kepada lebih kurang 1,000 hadirin.
Sementara itu Bernama melaporkan ketika di Muar Muhyiddin menggesa Anwar menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion seperti terkandung dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid, 13 tahun lepas.
"Angka (RM3 bilion) yang disebut adalah besar. Jadi, ia merupakan tanggungjawab Ketua Pembangkang untuk memperjelaskannya.
"Apakah benar atau tidak. Rakyat hendak tahu…pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat tuntutan supaya penjelasan dibuat pun mewakili kumpulan rakyat yang bukan sedikit.
"Kalau tidak betul, Anwar harus mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat dakwaan termasuk bekas Penolong Gabenor Bank
Negara," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program Kasihi Pekebun peringkat negeri di Dataran Sarang Buaya, di Muar hari ini.

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Aziz Bari Sahkan Bertanding Calon PKR <b>Di Sabak Bernam</b> | AIDC

Posted: 24 Apr 2012 12:35 AM PDT

AIDCNews – 24/04/12 – Bekas pensyarah undang-undang, Abdul Aziz Bari telah mengesahkan bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Sabak Bernam dalam pilihan raya umum ke-13 di bawah lambang PKR, lapor FMT.

Aziz, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) memberitahu FMT bahawa sejak tiga bulan lalu beliau sibuk bermesyuarat di Sabak Bernam yang merupakan tempat kelahirannya.

Sebelum ini, Aziz seolah-olah seperti menafikan beliau akan berkecimpung dalam arena politik khususnya bertanding dalam pilihanraya.

Pihak PAS juga pernah menawar Aziz bertanding di bawah panji-panji mereka, namun akhirnya beliau memilih PKR.

Hasrat Aziz bertanding di bawah panji-panji PKR bukan sesuatu yang mengejutkan kerana laman ini pernah membuat beberapa pendedahan perkaitan Aziz dan Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya berkaitan dengan yayasan dana asing. Klik di sini, sini, sini, sini sini dan sini

Sekitar Oktober tahun lalu, Aziz dikritik ramai pihak kerana kebiadapannya mempertikaikan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Damansara Utama.

Ekoran kritikan itu, beberapa laporan polis telah dibuat terhadapnya termasuk dari bekas Ketua Pemuda PKR, Senator Ezam Mohd Nor yang menggesa Aziz disiasat di bawah Akta Hasutan.

Aziz juga turut diberi surat tunjuk sebab oleh pihak UIA dan akhirnya beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai pensyarah di universiti itu secara sukarela.

Menurut rekod, Parlimen Sabak Bernam pernah ditandingi oleh Dr Badrul Amin Baharon, namun Badrul yang merupakan ketua cabang PKR kawasan tersebut tewas kepada calon BN.

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Lebai Malang Cerita Benar Berlaku <b>Di Kuala Langat</b> ! Tambahan <b>...</b>

Posted: 17 Mar 2012 02:57 PM PDT

Pejabat Daerah, Kuala Langat, 22 Rabiul Akhir 1433 = 15 Mac 2012 (Khamis):

Ketika hadir bagi mempengerusikan Mesyuarat Persiapan bagi YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor merasmikan Muzium Insitu Jugra, Kuala Langat dijangka pada 24 Mac 2012 akan datang, kami AJK diraikan oleh Encik Yazid Pegawai Daerah Kuala Langat yang dulu adalah Setiausaha Dewan Negeri Selangor. Bersama minum semeja ialah En. Yazid sendiri, Dato` Raja Uzir Orang Besar Daerah Kuala Langat, YB Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi, Puan Azlinda binti Azman Ketua Pegawai Executive PADAT dan En. Mohamad Aris bin Haji Sahid Kurator PADAT.

Bercakap tentang Muzium Insitu Jugra , Kuala Langat yang menarik kehadiran pelancong di samping bahan-bahan sejarah yang lain yang terdapat di Kuala Langat ini, En. Yazid menyebut bahawa selain dari bahan-bahan yang bersifat fizikal, beliau menimbulkan tentang cerita rakyat yang menurutnya sebagaimana dicerita oleh penduduk setempat, bahawa cerita Lebai Malang adalah merupakan cerita benar yang berlaku di Kuala Langat!

Lebai Malang adalah watak tamak yang membawa rugi. Ceritanya pada satu hari Lebai Malang mendapat dua jemputan kenduri satu di hilir dan satu lagi di hulu. Dengan harapan tidak terlepas kedua-dua jemputan, Lebai Malang membuat perhitungan, bahawa lebih baik baginya pergi ke jemputan yang jauh terlebih dahulu, kemudian baru berpatah balik ke jemputan yang dekat – di Kuala. Dengan perhitungan sedemikian Lebai Malang berkayuh perahu ke hulu mencanggahi air yang mengalir surut. Menyebabkan lambat sampai dan bila sampai kenduri sudah selesai. Lantas dengan harapan tidak terlepas dari satu lagi jemputan di hilir di tempatnya, beliau berkayuh balik, malangnya semasa berkayuh ke hilir air mulai naik pasang, sebab itu perahunya juga tergendala dan lambat sampai, menyebabkan dia juga tidak berkesempatan kenduri di hilir, akibatnya dia lapar dan dahaga selepas membuat perhitungan yang salah dan sia-sia. Sifat tamaknya menyebabkan dia mengalami kerugian. Pada hal kalau dia pergi kenduri di hilir di tempatnya terlebih dahulu, dia dengan mudah mudik ke hulu bersama air pasang dalam masa yang lebih pendek.

Encik Yazid meyakinkan kami secara sungguh-sungguh dan bertanya kami, ``Sudahkah naik ke puncak Bukit Jugra?``

Jawab Adun, ``Sudah, di atas puncaknya ada rumah api, radar dan `Baitul Hilal` tempat melihat anak bulan.`` Tanya Encik Yazid, ``Apa yang dapat dilihat dari atas puncak Bukit Jugra ?`` Jawab Adun, ``Pandangan yang indah, larian sungai Kuala Langat yang tenang dengan kiri kanan sungai pokok-pokok menghijau. Dari atas bukit ke bawah tempat gliding dan taburan bangunan di bawah bukit di tepian Sungai mengindahkan pandangan.``

Kata Encik Yazid, ``Lebai Malang bertolak dari Kg. Hilir Jugra, Sungai Kuala Langat untuk ke tempat kenduri ke Kampong Hulu Bandar sebagaimana dalam cerita,`` tekannya secara sungguh-sungguh sedang Dato` Raja Uzir Orang Besar Kuala Langat, Puan Azlinda dan Adun mengiakan sambil ketawa.

``Yalah masa itu tak ada jalan darat lagi agaknya,`` sokong Adun.

``Sungai adalah jalan utama pada zaman tradisi,`` kata Puan Azlinda, dan Dato` Raja Uzir mengiakan !

Untuk meyakinkan kami Encik Yazid menambah, ``Lebai Malang, bukan saja malang tidak berpeluang makan kenduri, kerana sifat tamak dan salah perhitungan, tetapi lebih malang lagi, bila Lebai Malang mati, beliau dikebumikan secara bersendirian dekat dengan jirat (kubur) Cina !

Kata Adun, ``Memang atas puncak dan di lereng Bukit Jugra itu ada kuburan Cina.`` Adun menambah, ``Memang pada kali pertama Adun melawat ke puncak bukit itu, Adun diberitahu ada kuburan Islam yang tidak diketahui kuburan siapa !``

``Itulah Kuburan Lebai Malang, menurut ceritanya.`` kata Encik Yazid.

Dalam hati Adun berkata, ``Nampaknya watak, tempat, jalan cerita ada keselarian sebagai cerita rakyat !``

Kami semua ketawa seolah-olah mengiakan, ``Boleh dijadikan tambahan bagi pekej pelancongan yang dapat diceritakan kepada pengunjung-pengunjung,`` kata Dato` Raja Uzir.`` kami menjawab, `Yalah`.

Pada masa itu pihak yang menyediakan tempat mesyuarat mengingatkan kami dan menjemput kami untuk masuk ke bilik mesyuarat. Kami masuk mesyuarat, tetapi Encik Yazid tidak turut sama, kerana ada urusan, sebaliknya beliau mewakilkan kepada pegawainya bermesyuarat bersama kami.

Sekian.

ads