Ahad, 10 Jun 2012

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Aziz Bari Sahkan Bertanding Calon PKR <b>Di Sabak Bernam</b> | AIDC

Posted: 24 Apr 2012 12:35 AM PDT

AIDCNews – 24/04/12 – Bekas pensyarah undang-undang, Abdul Aziz Bari telah mengesahkan bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Sabak Bernam dalam pilihan raya umum ke-13 di bawah lambang PKR, lapor FMT.

Aziz, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) memberitahu FMT bahawa sejak tiga bulan lalu beliau sibuk bermesyuarat di Sabak Bernam yang merupakan tempat kelahirannya.

Sebelum ini, Aziz seolah-olah seperti menafikan beliau akan berkecimpung dalam arena politik khususnya bertanding dalam pilihanraya.

Pihak PAS juga pernah menawar Aziz bertanding di bawah panji-panji mereka, namun akhirnya beliau memilih PKR.

Hasrat Aziz bertanding di bawah panji-panji PKR bukan sesuatu yang mengejutkan kerana laman ini pernah membuat beberapa pendedahan perkaitan Aziz dan Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya berkaitan dengan yayasan dana asing. Klik di sini, sini, sini, sini sini dan sini

Sekitar Oktober tahun lalu, Aziz dikritik ramai pihak kerana kebiadapannya mempertikaikan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Damansara Utama.

Ekoran kritikan itu, beberapa laporan polis telah dibuat terhadapnya termasuk dari bekas Ketua Pemuda PKR, Senator Ezam Mohd Nor yang menggesa Aziz disiasat di bawah Akta Hasutan.

Aziz juga turut diberi surat tunjuk sebab oleh pihak UIA dan akhirnya beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai pensyarah di universiti itu secara sukarela.

Menurut rekod, Parlimen Sabak Bernam pernah ditandingi oleh Dr Badrul Amin Baharon, namun Badrul yang merupakan ketua cabang PKR kawasan tersebut tewas kepada calon BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads