12 di kuala kubu - Google Blog Search |
Meninjau Aktiviti Burung <b>Di Kuala Kubu</b> Baharu | Birding Activity <b>...</b> Posted: 14 Mar 2014 12:05 AM PDT Aktiviti Burung Di Kuala Kubu Baharu | Birding Activity | Cuti-cuti Malaysia kali ini memberi satu pengalaman baru bilamana baru-baru ini (8/3/2014) berkesempatan menyertai satu program bersama-sama "Geng Media" anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS). Program yang dinamakan "Birding activity" atau "Bird Watching" atau "Meninjau aktiviti burung" atau "skodeng burung". Perbezaan kali ini ianya bukanlah aktiviti merakam gambar di dalam taman burung akan tetapi burung-burung yang hendak ditinjau adalah burung yang habitatnya bebas di alam semulajadi. Agak mencabar, tetapi sungguh menyeronokkan. Birding Activity | Meninjau Burung"Bird Watching" Bunyinya agak janggal, tapi aktiviti meninjau burung ini tidak asing bagi penggemar photografi burung. Di sana, Kuala Kubu Baharu (KKB) program kami diselaraskan oleh Puan Azlina Mokhtar yang mana menjadi orang yang di pertanggungjawabkan dalam aktiviti menjejak burung-burung yang dikatakan ada sesetengah spesis disini yang datangnya bukan dari kelompok spesis tempatan.Spesis Burung Di Taman Millennium"Birding activity" ini tertumpu di Taman Millenium (Millenium Park) yang mana tasik ini terletak di kawasan berlatar belakangkan kawasan hutan dan bukit bukau. Sepanjang tinjauan kami ini ianya tidak mendukacitakan kerana terdapat beberapa spesis yang dapat Admin rakamkan dengan lensa. Antara spesis yang mudah didapati di kawasan ini adalah seperti berikut ;
Gambar-gambar Burung Sekitar Birding Aktiviti Antara gambar spesis burung yang berjaya Admin rakam sepanjang tinjauan dilakukan adalah seperti berikut; Faktor Kehadiran BurungTerdapat banyak faktor-faktor yang menjadi penyebab kehadiran burung-burung ke kawasan ini adalah seperti keadaan geografinya sendiri antaranya kawasan ini berdekatan kawasan bukit-bukau, lembah, persekitaran, dan bunga-bungaan dserta tumbuh-tumbuhan semulajadi yang menjadi punca atau sumber makanan burung-burung ini. Percutian Dengan Alam SemulajadiBagi penggemar dan pecinta alam semualajadi rasanya ke lokasi ini adalah pilihan yang tepat kerana MDHS ada menyediakan penginapan (Rumah Rehat) yang agak selesa, luas dan berhawa dingin di setiap bilik. Untuk keterangan lanjut anda boleh terus berhubung dengan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dengan melayari laman sesawang www.mdhs.gov.my atau di talian 03-60641331.Antara aktiviti-akitivi yang di tawarkan di bawah kelolaan MDHS adalah seperti berikut :
Sila lawat Prtal Rasmi MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR untuk keterangan lanjut. |
You are subscribed to email updates from di kuala kubu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |